EXT. warung tepi jalan – DAY

Api menyala dari dapur gas yang sedang menanak sup.

Kita lihat PEKERJA WARUNG sedang memasukkan ramuan untuk mee sup di dalam mangkuk. Kedengaran bunyi hand phone.

CUT TO:

EXT. JALAN BESAR – CONTINUOUS

Mano berdiri di tepi jalan sambil menggunakan hand phone. Di belakangnya kereta Proton Perdana V6 sudah  parking di parking lot.

Mano

Kat mana?…. Kat mana tu…

Mano memandang ke arah kanan ke seberang jalan.

Mano (cont’d)

Warung? tepi tu?

CUT TO:

 

 

EXT. WARUNG TEPI JALAN – CONTINUOUS

Wan sedang menyuap mee sup ke mulutnya. Hand phone di kepit dengan bahu kiri ke telinga. Wan meletakan sudu ke dalam mangkuk dan mengangkat topinya ke atas.

Dia memberi isyarat kepada Mano yang jauh di seberang jalan tanpa menoleh ke belakang.

Kita lihat kepala Wan yang hampir botak itu buat pertama kalinya.

Dari sudut lebih luas, kita melihat Wan membelakangkan kita mengadap warung di tepi jalan. Tangannya mengangkat topi ke udara.

CUT TO:

EXT. JALAN BESAR – CONTINUOUS

Mano memandang jauh ke arah kanannya di seberang jalan. Dia tersenyum kecil lalu menoleh ke kiri  sebelum melintas jalan besar tersebut.

CUT TO:

EXT. WARUNG TEPI JALAN – CONTINUOUS

Wan menghirup saki baki mee sup di dalam mangkup yang hampir kosong itu.

Mano melintas di belakangnya lalu duduk dibangku sebelah Wan.

WAN

Dik!!!

(ke arah Pekerja Warung)

Wan memberi isyarat 1 dengan jarinya.

Mano

Tak sempat tunggu aku… Sedap sangat ke…

WAN

Lebih sepuluh tahun

(aku tak rasa mee ini)

… Tapi rasanya sama jugak, macam masa sekolah dulu…

Mano memandang sekitar warung tu. Raut wajahnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap keenakan mee sup itu. Sekeliling warung itu bukanlah bersih. Lalat pun ada berterbangan. Pinggan mangkuk di cuci di tepi jalan besar saja.

Pekerja Warung menghulurkan semangkuk Mee Sup ke arah Mano.

Pantas Wan menarik mangkuk itu ke arahnya lalu mula makan semula.

Mano memandang Wan. Dia tidak percaya Wan begitu berselera.

Wan terus menikmati mee sup itu tanpa bertangguh.

 

Mano

Lupa makan ubat ke hari ni?

(Perli)

Wan buat tidak peduli.

Mano senyum. Menampakkan dia gembira dengan selera Wan.

Mano (cont’d)

Sama

(menunjukkan ke arah mee sup Wan)

satu!

Wan terus makan dengan berselera. Bunyi dia menyedut sup ke mulutnya begitu kuat. Beberapa pelanggan lain di tepi turut memandang ke arah Wan.

Mano menepuk – nepuk bahu Wan. Dia memang ternyata menunjukkan kegembiraannya.

CUT TO:

EXT. hadapan pagar rumah wan – EVENING

Wan tersandar di kerusi penumpang hadapan sambil melihat ke luar.

 

 

WAN

Tiga puluh lebih tahun dah. Tak pernah tak da orang. Mesti penuh selalu warung…

(Wan sedawa kuat)

Dia tu… Alhamdulliah..

Mano tersenyum. Dia asyik memandang ke arah Wan dengan kusyuk.

Pandangan luar kita lihat Kereta Proton Perdana itu tidak bergerak. Ia mengadap ke arah sebuah rumah banglow di hujung tanah yang agak sebesar satu ekar itu. Rumah itu terletak di hujung tanah dengan jalan tanah di antara banglow itu dan pintu pagarnya yang terletak di hujung satu sama lain.

Di hadapannya terdapat kawasan lapang yang ditumbuhi rumput dan pokok-pokok renek.

WAN (cont’d)

Sapa kat pekan ni tak tahu Mee Isa… Sebut mee sup, Isa punya mee memang takda lawan…

Mano

Tapi tu bukan sebab kau  beli balik rumah ni kan…

Wan diam. Dia memandang jauh ke arah rumah itu.

Kita lihat rumah itu. Ia kosong. Tetapi halaman di jaga elok. Seperti baru dibersihkan semak samun di sekitarnya. Rumputnya baru di potong dan dindingnya baru di cat semula.

WAN

Kalau dah 30 tahun laris meniaga, Isa tu patut dah jadi jutawan…

(Mencemuh)

Betul tak… Lebih 1000 mangkuk sari dia jual…

Wan meraba sesuatu dari kocek seluarnya.

WAN (cont’d)

Dah boleh bukak franchise.

Wan mengeluarkan inhaler.

Mano memandang ke arah Wan. Wajahnya berubah serius sedikit.

WAN (cont’d)

Tak kaya… Sampai hari ni, tak kaya, dulu aku dengar warung tu pun dah orang lain ambik, dia jadi kuli je.

Wan menyedut inhaler.

 

Mano

Nak aku…

(ke arah tangki oksigen)

Mano memandang tangki di kaki Wan.

WAN

Sebabnya… Dia gadai. Tiap – tiap malam main judi. Duit untung habis kat meja judi.

Wan membersihkan muncung inhalernya.

WAN (cont’d)

Tak payah… Okey dah…

Mano senyum. Dia meraba kocek bajunya. Di situ terletak sekotak malborough lights siang tadi.

WAN (cont’d)

Judi… Macam rokok.

Mano tidak menyangka Wan akan pusing ke situ.

Cepat-cepat dia turunkan tangannya dari kocek.

WAN (cont’d)

Seronok… Ketagih… yang tinggal habuk.

Seorang perempuan berjalan dengan laju ke arah kereta Perdana itu. Dia adalah CIK YAH. Dia memegang serangkai kunci.

Mano nampak Cik Yah dari cermin pandang belakang. Dia cepat-cepat buka pintu dan keluar.

CUT TO: