Result_0026

Sebahagian daripada penyokong PAS yang mula berkumpul sejak 5.30 petang di pusat penjumlahan undi.

UMNO BN menang 1287 undi dari majoriti PAS 2008 dan PAS pertahankan DUN Manek Urai dengan 65 undi. Begitulah senario malam ini. Para penyokong PAS tiba di pusat penjumlahan undi seawal 5.30 petang dan masing-masing penuh yakin untuk menang dengan majoriti 2,000 undi. Bagaimanapun, apabila hari semakin senja, semangat penyokong PAS semakin malap dihujani oleh kekeliruan yang mula tersebar. Walaupun tiada siapa mahu percaya PAS boleh tewas di Manek Urai, tetapi hakikat bahawa UMNO mendapat lebih undi di 5 daripada 9 daerah mengundi merupakan satu mimpi ngeri menjadi nyata.

Akhirnya setelah lebih dua jam di dalam kekeliruan, lebih 5,000 orang penyokong PAS yang berkumpul di hadapan Pusat Penjumlahan Undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai akhirnya menerima keputusan kemenangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan rasa kecundang. 

Manek Urai dimenangi oleh PAS, dan laungan selawat keatas Rasullullah semakin kuat kedengaran cuma nadanya bukan nada kejayaan.

Beberapa hari yang akan datang, banyak perbualan dikedai-kedai kopi akan berkisar kepada bagaimana PAS boleh kehilangan sebegitu banyak undi? Jawapan yang sudah pasti ialah janji demi janji dan wang ringgit Kerajaan Persekutuan yang ditaburkan kepada mereka yang sudi menerimanya. Persoalannya, bukankah janji dan wang ringgit adalah modus operandi tetap UMNO BN dalam setiap pilihanraya, kecil atau umum. Persoalannya juga bukankah PAS telah berdepan dengan masalah ini sekelian lamanya.

Saya secara peribadi menerima keputusan ini dengan gembira  kerana saya merasakan sebelum ini PAS boleh tewas di Manek Urai  tetapi  disebalik apa yang diperkatakan, dilakukan dan diusahakan oleh sesetengah pemimpin UMNO, saya masih rasakan UMNO tidak bersatu untuk menang di Manek Urai.

65 harus menjadi angka yang amat berharga bagi PAS Kelantan di dalam berhadapan dengan minggu, bulan dan tahun yang akan datang sebelum berlaku lagi pilihanraya kecil di Kelantan atau pilihanraya umum ke 13.

Result_0032

Peti-peti undi terawal tiba di Pusat Penjumlahan Undi dari daerah Mengundi Manek Urai Baru di mana tidak menyebelahi PAS

Result_0047

Para penyokong masih penuh yakin akan menang besar

Result_0077

Lagi peti-peti undi dari Daerah Mengundi di mana BN menewaskan PAS – Manek Urai Lama

Result_0092

Peti-peti Undi dari Chucoh Puteri yang akhirnya memeterai kemenangan bagi PAS

Result_0116

Peti-peti undi terakhir

Result_0127

Keliru dan tidak percaya, suasana di luar Pusat Penjumlahan Undi menjelang jam 8 malam

Result_0159

Para penyokong PAS cuba memujuk pemandu sebuah kenderaan SPR Johor yang tidak diiringi Polis dan agen pilihanraya supaya tidak membawa  kereta itu yang membawa dua beg besar dan sebiji buah durian dari masuk ke pusat penjumlahan undi ketika saat-saat genting mengatakan keputusan semasa menunjukkan PAS nyawa-nyawa ikan. Kejadian ini berlaku satu jam selepas peti undi terakhir diiringi masuk dan laluan ke pusat penjumlahan telah tidak lagi di kawal polis.

Result_0163

Keputusan tidak rasmi mula tersebar bahawa PAS menang dengan majoriti amat tipis.

Result_0164

Rasmi, PAS menang majoriti 65 undi