Untuk gambar banner di sekitar Parlimen Bachok, sila ke sini.

Bila pemimpin bijak berunding, perundingan tidak perlu berlaku menerusi perjumpaan dalam gelap. Bila pemimpin pintar berunding, perundingan tidak perlu berbentuk dua hala. Bila pemimpin hebat berunding, tiada siapa pun menyangka dia sedang berunding.

Tetapi, semua akan terkejut dengan keputusannya. Pantas dan tepat seperti dimahukan.

Muhyiddin hari ini telah membuka laluan seluas-luasnya buat PAS untuk berunding dengan UMNO. Ramai terkejut dan merasakan ianya adalah satu perangkap atau satu petanda betapa desperadonya UMNO. Tetapi semua silap.

Ini adalah petanda betapa jujur dan seriusnya UMNO mahu berunding dengan PAS.

Timbalan Presiden UMNO hari ini berkata,

“We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I’m concerned, we have to be open,”(di sini)

Muhyiddin mengajak pemimpin, ahli dan penyokong PAS lupakan yang lalu, let bygones be bygones katanya. Muhyiddin dengan ikhlas bersetuju untuk UMNO tidak meletakkan sebarang syarat tetapi sebaliknya bersedia menerima sebarang syarat dari PAS supaya rundingan ini berjaya.

Syukur kepada yang Maha Kuasa, akhirnya dianugerahkan kepada UMNO seorang messiah yang akan membuka pintu kebenaran buat UMNO.

Keikhlasan Muhyiddin pasti bersambut, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Memandangkan Muhyiddin bersedia menerima sebarang syarat, saya mencadangkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mengusulkan syarat-syarat berikut sebelum rundingan bermula.

  • Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia harus mengambil cuti dan serahkan kedua-dua jawatan tersebut kepada Muhyiddin Yassin sebagai Pemangku sepanjang tempoh perundingan.
  • Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera menyiasat kes pembunuhan Altantunya dan mencari segala jawapan yang tidak terjawab didalam perbicaraan di Mahkamah dengan tujuan membersihkan nama Najib Razak buat selamanya. Sesiapa yang didapati bersubahat didalam kes ini harus didakwa segera.
  • UMNO dan BN harus mengundurkan jenteranya dari Manek Urai segera dan bukan sahaja tidak bertanding tetapi tidak akan meletakkan calon-calon bebas di situ. PAS wajib diberi kemenangan tanda bertanding.
  • Muhyiddin Yassin terus mengetuai perundingan bagi pihak BN sehingga nama Najib dibersihkan.
  • Kedua-dua parti, UMNO dan PAS perlu memanggil EGM segera bagi mendapatkan mandat perundingan.

Dengan persetujuan UMNO menerima syarat tersebut, rundingan boleh dimulakan segera.

Berikut adalah saranan intipati rundingan.

  • UMNO dan PAS hendaklah dibubarkan.
  • Sebuah parti baru ditubuhkan yang menggabungkan ahli kedua-dua parti tersebut. Ini supaya parti yang lebih besar tidak menekan parti yang lebih kecil untuk tujuan politik.
  • Parti baru hendaklah mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai pedoman dan intisari perlembagaannya.
  • Parti baru hendaklah ditadbir berlandaskan pertadbiran yang Islamik dari segenak aspek.
  • Parti baru hendaklah diterajui berdasarkan konsep kepimpinan Ulama iaitu, ianya dikawal oleh sebuah Majlis Perundingan Ulama-ulama tertinggi di dalam parti tersebut. Ini tentu tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO kerana beberapa bulan kebelakangan ini mereka berpegang teguh kepada Ulama memimpin parti.
  • Parti baru perlu komitted untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan kebebasan mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu.
  • Parti baru hendaklah komitted mempertahankan pengagihan kekayaan negara secara adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa keturunan.
  • Barisan pimpinan parti hendaklah di pilih terus menerusi pengundian oleh ahli-ahli dengan menghapuskan kuasa perwakilan bagi memastikan segala elemen yang memakmurkan politik wang dalam UMNO dahulu tidak merebak ke parti baru.

Selamat bersatu umat Melayu dan selamat melangkah sebagai ummah.