
SAYA banyak menerima email dan pertanyaan mengenai dakwaan dan tuduhan ke atas saya berhubung projek kambing Jamnapari atau Jihad Ternak. Saya tidak bersedia untuk menjawab di sini sebab isu itu sudah lama ditimbulkan. – Mohd Sayuti Omar a.k.a Imam as Souti
Jawap Kickdefella 1 oleh Mohd Sayuti Omar di sini
Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?
Di dalam artikel bertajuk “Husam’s Fight For Survival” di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.
Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk “Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS”.
Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.
Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.
Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung disebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.
Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.
Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,
Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini.
Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.
Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato’ Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.
Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.
Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.
Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.
Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.
Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.
Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,
“As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”
Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.
Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.

Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.
Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.
Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.
Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.
Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.

Husam Tewas?
Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.
Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.
Terima Kasih.
AlhamduliLLah, syabas dan tahniah diatas usaha saudara menjernihkan fitnah Bro Husam dalam isu jihad ternak ini. Mudah-mudahan ahli PAS yang memamah fitnah ini dengan enak dapat meluahkannya kembali, wALlahua’lam.
Syabas bro. Teruskan. Hapuskan pembohongan MSO.
yes, tidak pada yang tidak, bukan ya pada yang tidak. Sejak awal lagi saya dah agak, tapi tiada penjelasan. tq
buang yang keruh, ambil yang jernih…
sbg seorg yg msih lg belajr..sy pn x fhm mengapa org asyik nk fitnah kat Husam.. Bagi saya sendiri pn, Husam Musa layak utk jwtn Timbalan Presiden.. Sy melihat beliau seorang yang beragama, profesional dalam kerja dan juga berstrategi dalam membuat sesuatu perkara..
sy tertarik ngan ayat ni
“Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.”
Setiap kali saya membuka blog MSO, saya berpeluang menatap wajah Tuan Guru kesayangan kami, Syaikhuna Haji Abdullah Abdul Rahman mudir Pondok Lubuk Tapah, terima kasih atas sumbangan yang baik itu dari walaupun dari MSO.
Saya teringat pada beberapa tahun yang lalu saya sendiri telah melihat MSO telah menaiki rumah Tuan Guru kami bersama beberapa orang yang lain termasuk Datuk Husam Musa. Yang jelasnya MSO membawa kamera bersamanya. Saya, sebagai orang tempatan juga berada di atas rumah Tuan Guru, Tuan Guru telah melayan tetamu-tetamunya itu dengan baik sekali, dan memang itulah resam Tuan Guru Hj Abdullah. Semoga Allah menganjarinya di atas kebaikannya , sehingga kini layanan baiknya sentiasa dikenang oleh orang-orang yang pernah mengenali beliau.
Selepas rombongan itu meninggalkan rumah Tuan Guru, saya menghampiri Tuan Guru dan berbisik kepada beliau, semada beliau mengenali sosok badan MSO itu, beliau menjawab: “dia tu penulis, dia dah beri hadiah buku yang ditulisnya kepada ambo”. (buku yg diberi itu ialah buku 3 Abdul).
Saya bertanya lagi: “Tok Guru tak kenalkah dia tu siapa?, Dia tulah adik kepada Mat Laksamana”
Tuan Guru nampak agak terkejut: “Oh begitu….” .Dia mengeleng-ngeleng kepalanya, agaknya dia terkejut. Siapakah di kalangan yang minat dan apa lagi yang celek agama di Kelantan yang tidak tahu kisah Ajaran Tajalli Mat Laksamana?
Dan itulah setakat yang saya tahu tentang perspektif Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah terhadap MSO, kerana Tuan Guru tahu sangat tentang kesesatan ajaran tersebut. MSO mungkin sahaja menyangka Tuan Guru Hj Abdullah tidak mengetahui kedudukan perkara yang sebenar, Alhamdulillah saya sempat berbisik kepada beliau.
Semoga Allah memberi kepada saya, murid-muridnya yang lain serta kenalannya akan aqidah yang sahih, amalan yang sahih dan dimakbulkan Allah.
izinkan saya sampaikan maklumat ini kepada LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA.
Salam sheikh,
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Manusia sering bertindak di luar batasan apabila terperangkap dengan isu duit, perniagaan, kerugian dan sebagainya.
Yang pasti, dalam perniagaan orang yang tidak ikhlas, bermasalah tidak boleh dijadikan rakan kongsi, apatah lagi melibatkan anak syarikat kerajaan negeri ataupun projek rakyat.
Semoga para perwakilan muktamar nanti makin jelas apa yang sebenarnya berlaku, dan membuat keputusan mengundi dengan bijak, kerana jawatan dalam PAS bukanlah satu rebutan, tapi satu tanggungjawab, amanah yang berat, yang akan dibebankan di akhirat kelak sekiranya tidak berjaya dipikul sebaik-baiknya, apatah lagi kalau berlaku penyelewengan.
MSO…rupanya ingat kan duit..ingat saya MSO ingatkan perjuangan?
Alahai MSO..
barulah dia senyap sekarang MSO tu. ada agenda peribadi rupanya…
aku pun pelik dgn MSO……..tetiba serang org dgn tak ada bukti……byk fitnah la dalam MSO punya blog……
Alahai barulah ambo tahu bakpo selama ini tulisan MSO terhadap Husam banyak menyakitkan…rupanya ada kudis di hati MSO!
Asm semua, saya selalu mengikuti tulisan MSO tapi cukup mencurigai cara ia menulis, apabila bisikan syaitan telah menguasai tapi ia masih menulis. Ulamak yang terdahulu dia berhenti menulis apabila ada saja bisikan syaitan datang untuk menjaga kesahihan apa yang ia tulis dan nak menjaga hubungan ia dengan ALLAH. saya harap MSO kena sedar bahawa perjalanan hidup kita semua menuju ke akhirat dan situ akan dipamirkan apa kerja-kerja kita di atas dunia ini. wassalam
hahaha…. smash pancung tuk mso….
Macam ni ada bagus…saya tarok sama lu!
Syabas bro! Depa-depa ni makhluk perosak PAS sahaja.
Bagi SPRAY.
syabas…ini yg aku nak baca!!mgkin mso tgh mencari fitnah terbaru nak di lempar pd yb husam…sbb tu aku ckp…baca artikel mso ni mmg seronok ibarat dibuai di alam fantasi!!itu kelebihan mso aku tabik!!kelebihan yg menjahanam kan…boleh jahanam lah mso…yb husam jangan lah salah pilih kawan lg!!
selamat berjuang!!
btl tue buanglah yg keruh ambil yg jernih jgn biarkn perbalahan dlm pas merosakkn parti,coz sy sbgai org muda menaruhkn harapan yg penuh kpd pemimpin pas untk membawa n mendidik kami..
Sheih..
Ana dr dulu lg nak buka kertas nih…tp tkt dato marah..
Loni enta bukok doh so Ok la tu
Lg pun doc hak ada dgn ana telah ana bakar belako
Salam untuk semua,
Memang sahlah…makin dekat dengan muktamar PAS, maka akan makin bercambahlah fitnah memfitnah berlaku dlm organisasi PAS. Mungkin inilah dikatakan, bila PAS telah kelihatan lebih ke hadapan dari UMNO, maka bermulalah berbagai pihak mencuba nasib dengan berbagai tujuan – hanya mereka yang terlibat sahaja mengerti !!
Apa-apapun sebagai golongan atas pagar yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam PAS, diharapkan perwakilan PAS dapat memilih pemimpin yang benar-benar “COMPETENT” untuk menerajui parti, khususnya utk berdepan dgn cabaran yg semakin hebat pada masa hadapan dan menghadapai PRU ke 13.
Kompetensi menjadi pemimpin boleh ditafsirkan dlm pengertian yang amat luas untuk menerajui PAS. Apakah ertinya mempunyai label ustaz/ulama, tetapi tidak kompeten sebagai seorang pemimpin parti apatah lagi bagi memimpin rakyat Malaysia yang berbilang ugama / kaum ?.
Alangkah bagusnya, jika kedua-dua elemen ulama/Islamic scholars dan professional itu dapat sama-sama diambilkira dalam menentukan bakal kepimpinan PAS nanti. Bukankah PAS sudah mempunyai Majlis Syura yang akan memandu pemimpin dan parti untuk bergerak ke hadapan ??. Jadi, tidak menjadi masalah, sekiranya bakal tenaga esekutif PAS terdiri dari golongan professional yang warak / kuat pegangan agamanya seperti DS Nizar, Dato Husam, Abg Mat dsbnya, jika landasan kepimpinannya tidak lari dari apa yang ditetapkan oleh Majlis Syura PAS ???!!!
Diharap perwakilan muktamar dapat membuat pilihan bijak dalam menentukan pemimpin PAS utk menerajui parti dalam menawan putrajaya dlm PRU ke 13 nanti bersama komponen PR yg lain.
Sekian, komen 20sen dari anak watan diUK.
OMG… rupa-rupanya MSO ni adik kepada ketua ajaran sesat no. 1 di negeri kelantan. ahmad laksamana adalah berada top dalam list kumpulan ajaran sesat ekstrem bersama2 dengan mat nor kua supa (machang). mengaku diri tuhan dan sebagainya
saya dah agak.. rasa macam ada satu demdam kesumat tinggi dalam tulisan MSO. rupanya kambing isu dia
alhamdulillah,,,akhirnye,,,ad gak yg berani menampilkan bukti terhadap tohmahan mso x sdar dosa n pahala ni….
syabas…
sy tau,,pendedahan tuan ini ats kbnaran husam gak….sbb sy tau husam x suka menghebohkan n mengaibkan org…tp inilah yg tindakan sebetulnye bler mso dh keterlaluan….
moga ALLAH melindungi hj husam n keluarga
>>cucu haji musa
Keep it up. Thanks for giving detail explanation about the Jamnapari . MSO, ….behave yourself.
dalam blog mso ada ckp,klu mahu bukti menafikan tuduhan terhadap beliau sila dtg berjumpa dgnnya.
fuhh..ckp aje tak guna.knp tak keluarkan kat blog tu mcm sdr kickd ni buat tak gitu bro??
terima kasih diharap semua dokumen lampiran ini tidak di padamkan untuk di rujuk kepada pihak SPRM, berani kerana benar, salam hormat.
Kesian Husam. Kena belasah left, right and center for doing the right thing. Those greedy salesmen should get a life and leave Husam alone.
kononnya lebih banyak menulis daripada Sheikh…?
kononnya dia pun pernah ditahan atas akta hasutan…?
cit poorah… kaki fitnah !
Sebenarnya bagi saya, sama ada nasaruddin atau husam menang tak penting. Yang penting pas terus ke hadapan, mendepani cabaran semasa. Kita tak perlu jadi macam pihak yang satu lagi untuk menangkan calon yang kita pilih. Kita ada adab dan sopan. Bukan budaya kita naik dengan memijak sesiapa. Pulihkan kembali ukhuwwah dalam PAS, rapatkan saf. Musuh kita bukan kawan dalam perjuangan. Kalau ada yang berburuk sangka, buangkanlah. Mudah-mdh2an sapa2 yang menang akan membawa agenda Islam dan tetap pada prinsip-prinsip Islam yang benar.Semua usaha untuk melaga-lagakan pimpinan kita adalah anasir yang tidak baik, perjuangan kita bukan untuk peribadi sesiapa, tapi untuk Islam yang kita cintai. Ingatlah akan ayat Allah surah Ali Imran ayat : 103 dan bacalah kisah yang berlaku disebaliknya antara Aus dan Khazraj.
Korang agak2 saper yang bayar mso untk hentam husam?
respet to u bro,
bukti bro dedah d blog sendiri, tak payah bawa bukti gi jumpo mso!!!
sama mcm husam tak layan mamat kotak di tv9 tempoh hari……
hahahaah….
mso tak leh nok lelap mato, husam menang pulok , penduduk siber tahu siapo dio sebenar….
pahtu tak dae tobat mati…(moga Allah beri kesempatan,amin)
muktamar 55,
TGHA presiden , husam timbalan..
muktamar 57,
husam presiden ,abg mat sabu timbalan….
ulamak kemah jemaah di majlis syura, dewan ulamak, mursidul am…
‘ulamak payung umarak’
pru13 PAS ambik 80 kerusi parlimen !!!
Husam bace buku ‘Dare to Lose’ kot. Yong memang sokong Husam. Tapi malangnya Yong tak mengundi. Alhamdulillah. Ramai ahli profesional dan akademik macam Yong yang sokong Husam. Beliau talian hayat kami dalam PAS. Kami menghormati TGNA dan ulama original. Bukan ulama UMNO. Ingat PAS boleh maju ke depan tanpa kami ke??? Jangan dok perasan nuuu!!
Kes pribadi janganle dicampur2kan dengan politik! Itupun rasuah jugak.
Brother Sheih,
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah di atas pendedahan yang dapat menerangkan kepada semua siapa yang benar dan siapa yang salah………Tahniah sekali lagi untuk semua rakyat Malaysia yang menegakkan keadilan dan kebenaran tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.
Salam ikhwan
Saya sayangkan semua pemimpin2 didlm PAS. Pemimpin2 nie banyak berkorban utk memartabatkan Islam. Kepada ahli2 PAS jgnlah termakan fitnah drpd mereka2 yg tak bertanggungjawab nie. selidik dulu apa2 berita yg kita dengar. Kepada Penfitnah2 diluar sana moga2 Allah membalas kamu terhadap apa yg kamu lakukan. Ingat lah, azab Allah tersangatlah pedih.
Although Tok Guru supported Husam…he lost the election to a religious candidate…signaling PAS will keep using Islam to play politics..which is actually out-dated.
I guess UMNO will win Kelantan..if PAS does not fight .. head on using.. religious politics.
So sorry for Husam.
wah hebat nih informasinya. makasih udah sharing ya. selamat hari raya aidhil adha, mohon maaf lahir bathin info ternak
he..he… macam macam mso nih.