Suka saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Zulkiflee Bakar di muka 8 Mingguan Malaysia. Didalam kolum Rencana, artikel yang ditulis oleh Zulkiflee Bakar bertajuk “Menilai Hujah Husam” antara lain telah menjatuhkan maruah penyunting akhbar arus perdana dan penganalisa politik tempatan.
Sebagai seorang yang rapat dengan pihak media, saya merasakan tulisan Zulkiflee ini satu penghinaan kepada pengamal media dan menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau. Saya berharap ini bukanlah mentaliti yang dikongsi oleh kakitangan dan pengurusan Utusan Melayu.
Di dalam artikel tersebut, Zulkiflee ada menulis seperti berikut,
“Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS sehinggakan sesiapapun pemimpin PAS yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan.”
Bersandarkan kepada anggapan bahawa tulisan Zulkiflee berlandaskan niat yang baik, ternyata ia hanya menunjukkan sikap malas penyunting akhbar ini untuk melakukan sedikit kajian. Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.
- Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
- Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
- Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan.
Dosa ini berterusan sehingga ke hari ini walaupun ada usaha oleh segelintir pihak di dalam PAS untuk membawa parti itu bekerjasama dengan UMNO.
Sikap barbarik UMNO sebenarnya amat dahsyat sekali dan saya amat pelik bila Zulkiflee seolah-olah tidak pernah mendengar Tragedi Memali yang berlaku pada subuh November 21, 1985. Ketika itu Presiden UMNO ialah Tun Dr. Mahathir dan Timbalannya adalah Tun Musa Hitam.
Tuan Guru Haji Hadi dan Anwar Ibrahim, tak lekang dengan fitnah dan dakyah dari UMNO
Saudara Abd. Rahman telah menulis di Muslimedia, January 16-31, 1999 yang saya temui di internet, antara lainnya,
“The police had surrounded the whole village by then, motorist to and from Memali were stopped and their names taken. Ustaz Ibrahim had just finished his daily lecture – kuliah subuh – after prayers,”
Beliau kemudian menyambung,
“On that day, the police numbered around 4,000; they were heavily armed and dangerous. They were acting on orders from Mahathir (Presiden UMNO) to arrest Ibrahim Mahmood, the man the villagers were ready to defend till their last drop of blood – which they did.”
- Sejarah mencatatkan seramai 14 orang terbunuh dan mereka terdiri dari lelaki dan perempuan yang bersama Ustaz Ibrahim menunaikan sholat subuh.
- Al Shahid Ibrahim adalah ‘orang’ PAS begitu juga mangsa yang lainnya.
- UMNO menerusi medianya menyalahkan Presiden PAS sekarang dengan berulang kali mengaitkan kejadian tersebut dengan Amanat Haji Hadi.
- UMNO menuduh mereka yang terkorban mempertahankan hak mereka yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai telah termakan hasutan Tuan Guru Haji Hadi.
- UMNO melepaskan tanggungjawab mereka terhadap kejadian itu dan sehingga hari ini menyalahkan PAS.
Tidak cukup dengan penyalahgunaan kuasa dan keganasan terhadap Parti lawan, UMNO juga seringkali sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara untuk mencapai hasrat mereka dalam merampas apa yang diberi Rakyat kepada PAS.
Kalau Zulkiflee boleh tidak ingat kepada kejadian Memali sudah tentu Zulkiflee juga tidak tahu tentang peristiwa Turn About About Turn.
Bagi mereka yang merasakan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang membelakangkan undang-undang dan pencabulan terhadap mandat rakyat, mungkin anda akan lebih terkejut dengan peristiwa ini.
Turn About About Turn adalah satu kejadian dimana 4 wakil rakyat PAS termasuk speaker Dewan Negeri Kelantan telah diculik, dikurung dan dipaksa membuat kenyataan media mengaku mereka menyertai UMNO.
YB. Umar Muhammad (diambil dari Steps Towards Mardhatillah)
Peristiwa yang berlaku pada 1968 ini sepatutnya berakhir dengan speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.
Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,
- Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.
- YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.
- Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.
- UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.
- UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dah Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.”
- Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.
- Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.
- Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidangan khas Dewan Negeri.
- 2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.
- Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
- Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.
- Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.
- Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan.
Di atas tadi adalah antara dosa besar UMNO. Dan jika diambil kira juga tindakan-tindakan zalim UMNO kepada orang-orang perseorangan di dalam PAS dengan pelbagai cara termasuklah menghumbankan mereka ke dalam penjara sebagai tahanan politik, tentu sekali tidak tercatat banyaknya.
Begitu juga penghinaan dan diskriminasi kepada penduduk-penduduk kampung yang mengundi PAS.
Zulkiflee Bakar juga mempersoalkan mengapa PAS boleh duduk semeja dengan DAP tetapi tidak dengan UMNO. Zulkiflee juga berpendapat bahawa DAP menentang penubuhan negara Islam yang dikatakan menjadi agenda PAS.
Adalah bukan suatu yang pelik bagi DAP menentang penubuhan negara Islam kerana rata-rata pemimpin, ahli dan penyokong DAP adalah terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam. Bagaimanapun DAP tidak pernah bertindak zalim sehingga membunuh, menculik dan mencederakan pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang mahu menegakkan syiar Islam.
Zulkiflee mungkin lupa juga UMNO yang diangkatnya adalah lebih pelik. Ini kerana pemimpin, penyokong dan kebanyakkan pengundi UMNO adalah penganut ajaran Islam. Tetapi mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.
Mungkin Zulkiflee boleh menjelaskan takrifan orang yang mengaku Islam tetapi menentang ajaran Islam sehingga sanggup membunuh, menculik dan mencederakan, menyekat hak dan menyekat pembangunan dari dinikmati rakyat.
Berbaik dengan UMNO tidak boleh disamakan dengan berbaik dengan DAP. DAP menghormati PAS, menghormati pejuang PAS dan kepimpinan PAS.
Zulkiflee menutup rencananya dengan berkata,
“Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya.”
Persoalan yang dibawa dalam menjadi teras penawaran diri sebagai Timbalan Presiden oleh Haji Husam adalah bukan persoalan puak atau fraksi sebaliknya diasaskan oleh rasa risau atas usaha-usaha oleh segelintir pucuk pimpinan untuk bersama dengan UMNO.
Haji Husam melihat cara terbaik untuk mengangkat kepimpinan ulama ialah dengan terus bersama Pakatan. PAS hari ini adalah parti induk Melayu kedua selepas UMNO. Berbaik-berbaik dengan UMNO tidak akan menjadikan PAS lebih besar sebaliknya berpotensi untuk menguncup dan sampai bilapun tidak mungkin PAS akan muncul sebagai parti induk Melayu.
Sebaliknya hanya dengan berdepan dengan UMNO secara bersemuka di gelanggang demokrasi, PAS akan dapat mengambil alih peranan itu.
Saya akhiri dengan petikan temubual Haji Husam dengan Ahmad Naim Tahir dari Berita Harian,
“Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan. Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas. Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar. Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti. Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang. “
P/s: Bagi kita yang mahu berkongsi pengalaman / anecdote tentang kezaliman dan Dosa UMNO keatas diri kita sila klik gambar di bawah.
Melayu UMNO mudah lupa. Bila dah tinggal nyawa2 ikan barulah buat mukas sedih, ajak PAS bersatu. Bersatu utk Melayu kononnya…bersatu utk Islam ( pura2nya)… Sebenarnya orang melayu dah kenal dgn muka hipokrit UMNO ni… UMNO adalah menzalim besar orang melayu, penindas orang islam serta musuh besar gerakan islam ( berapa ramai pendakwah islam dari luar yg dihalang dari masuk ke Malaysia, kerja siapa?). UMNO musuh PAS yg lupa dosa2 pada PAS. Memang dasar parti Mahadey ni… mudah lupa pada dosa sendiri… Kalau lupa pd dosa bila masanya nak bertaubat? Macamana PAS nak bersama pada penzalim yg tak bertaubat? Serikkk! Baik berdakwah pada DAP..sekurang2nya DAP hormat pada islam dan PAS… Hormat pada orang melayu, hormat pada undang2, hormat pada sifat kemanusiaan…Kalau UMNO … jangan harap….
Sekadar berkongsi cerita kejahatan UMNO ….Bapa saya seorang pesara guru dan bekas aktivis PAS Kedah . Semasa menjadi guru beliau ditukarkan ke merata tempat dari Kedah sampailah ke Pulau Pinang disebabkan terlalu aktif dalam PAS .Begitu juga dengan rakan-rakan bapa saya ada yang ditukarkan dari Kedah ke negeri-negeri di Pantai Timur. Selain itu kenaikan pangkat disekat. Beliau menjadi guru biasa dari tahun 1957 sampailah beliau pencen pada tahun 1995.
Sedangkan rakan-rakan bapa saya yang mempunyai kelulusan yang sama dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengetua semata-mata kerana mereka UMNO.
Sebenarnya banyak lagi tekanan yang dihadapi oleh bapa saya angkara UMNO yang jahat.
sekadar nak kongsi kejahatan Umno…
Aku ditidakkan biasiswa dan juga bantuan basikal kepada orang miskin (walaupun pada masa itu aku cukup miskin) semata2 kerana ibuku dan arwah ayah gagal tunjukkan nombor keahlian Umno.
Umno bawah2 ni sibuk dok kata parti Umno wujud untuk bela nasib bangsa melayu. Aku pun Melayu, malah melayu ku lagi kental dan ikhlas jika nak dibandingkan dengan Melayu Umno. Tetapi aku tetap tidak dapat kemudahan-kemudahan itu semua.
Jadi dimana baiknya Umno ni? boleh korang (ahli Umno) jawab?
Seingat saya dari semenjak P*s diusir dari B*****n dan Kedah jatuh ke pihak mereka, tidak pernah saya mendengar rayuan, ajakan, galakan, sokongan malah sampai ada sogokan agar P*s bekerjasama dengan U**o……..Sehinggalah sekarang ini………Agak-agak mengapa baru sekarang dan tidak ketika P*s diusir dahulu………Apakah orang P*s ni bodoh sangat atau mereka mudah lupa???……….bagi saya………Cukup sekali……………Jangan sampai pisang berbuah dua kali…….
Bravo Sheikh,
Jawapan yang tepat kepada Zulkiflee Bakar. Walaupun dia menulis dalam media arus perdana dikuasai UMNO, tidak semestinya minda dia juga dalam kelas perdana malahan tersekat oleh kenaifan dan kesombongan yang selalu ditunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO.
sebelum nak berbaik dgn umno, umno kena tunjuk dulu yg dia baik.
yg pi tembak org awam kat batu buruk tu apa kebaikan dia?
yg polis FRU duk ketuk, tangkap dan belasah org tu apa kebaikan dia?
yg duk hantar org yg tak sokong kerajaan pi kerja jauh2 tu, apa kebaikan dia?
yg marah guru terlibat politik pembangkang tu apa kebaikan dia?
yg duk buang students atas sebab auku tu apa kebaikan dia?
yg duk suruh zamry tu jadi MB perak tu apa kebaikan dia?
yg baru lepas kalah teruk dalam election baru nak berkawan tu apa dia?
yg duk tangkap org politik (cam mat sabu, teressa kok, shaari sungib) masuk penjara atau ISA tu apa kebaikan dia?
yg duk marah sangat dekat negeri kelantan dekat 20 tahun tu, apa kebaikan umno beri kat kelantan?
sejak bila pula umno nak kepimpinan ulama? sejak bila umno boleh terima ‘hudud pas’ yg mereka selalu duk canang dalam media?
Si mamat ZB menulis di Malaysian Insider. Maleh nak baca http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/28106-jangan-buta-sejarah-kerana-kepentingan-politik–zulkiflee-bakar-
satu lagi bro sheih…penyokong PAS mati ketika pilihanraya kecil di Pendang..tragedi LUBUK MERBAU…1986 (stand to be corrected)..that’s why we urge BN to stage another power hijack in KEDAH..we’ll see what happen then…
ai… takan takde yg menjawab kot…. camner ni.. tak best la camni… maner nih…
maner ni sniper2 yang kununnya nak menegakkan MELAYU dan ISLAM…?
dimana abe2 ni… dah beraper hari puasa ni…
opss… maaf, isu baja tak main yea…
Saya kerap membaca tulisan Zulkiflee Bakar dalam Mingguan dan Utusan Malaysia. Walau pun dia orang yang agak lama dalam kewartawanan tapi dia kerap tersilap fakta bila menulis tentang PAS. Contohnya, kalau kita selak tulisan beliau beberapa minggu lalu, dia ada sebut Ustaz Azizan (MB Kedah) ialah Naib Presiden PAS.
Motif tulisannya amat mudah difahami. Berselindung dengan kerisauan kalau-kalau PAS kehilangan kepimpinan ulamak, beliau sebenarnya membawa rasa gerun/takut/dendam/meluat UMNO terhadap DS Anwar. PAS telah memberi talian hayat kepada DS Anwar untuk terus bernafas, malah bersama-sama berlari mengejar impian.
Bila Dato’ Husam yang dilihat dekat dengan DS Anwar bertanding melawan YB Ustaz Nasa, UMNO sangat susah hati. Mereka tahu peluang Dato’ Husam untuk menang adalah besar.
Zulkiflee Bakar yang cari makan melalui akhbar UMNO sama ada diarah atau ambil kesempatan kenalah memburukkan Dato’ Husam.
Zulkiflee Bakar mungkin berjaya memperbodohkan orang UMNO, tapi perwakilan PAS tidak! Orang PAS sangat faham/ingat akan dosa UMNO kepada PAS, Melayu dan Islam…
Sama ada Dato’ Husam kalah atau YB Ustaz Nasa menang, UMNO jangan mimpi PAS akan bersatu dengan UMNO selagi UMNO tidak bertaubat nasuha!
🙂
Seperti yang ditakuti sebahagian ahli PAS dan kebetulan juga Utusan Malaysia, adalah lebih baik golongan profesional pi balik ke karier masing-masing. Yang doktor pi balik hospital, yang engineer pi balik ke firma konsultant, yang aktivis pi buat teater, biar puak-puak ustaz dan ustazah saja duk dalam PAS bagi memastikan majoriti golongan depa dan kelangsungan kepimpinan ulama tidak tergugat.
Saya antara juga seperti pengundi bebas yang lain..yang turut tidak begitu bernasib baik kerana tidak mempunyai hubungan dengan parti atau pimpinan UMNO……dan tidak sentiasa dapat apa yang diperlukan………
Saya tidak menyokong atau mengundi UMNO tetapi saya juga diajar supaya tidak membenci atau berdendam dengan mana-mana parti pimpinan Islam….
Betul rakan-rakan yang berdamping dengan pemimpin UMNO mendapat habuan masing-masing…tetapi saya tidak merasa akan ada jaminan bahawa jika parti lain yang memerintah perkara yang sama tak akan berlaku…
Adakah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar? Biarkan sejarah menjadi pedoman tetapi bukan penghalang kepada persaudaraan sesama islam…
Jika Nabi S.A.W berdendam seperti kita maka islam tak akan tersebar diseluruh pelusuk dunia….Nabi S.A.W walau dihina, keji,dibaikot bahkan hampir dibunuh namun Nabi tidak pernah menutup saluran persaudaraan…
Bahkan Bapa saudara Nabi…yang dijanjikan Neraka oleh Allah….Namun Nabi S.A W tidak pernah memaki,menghina atau memutuskan tali persaudaraan dengan beliau…….
Saya pasti kita boleh listkan 1000 bahkan mungkin sejuta kejahatan dan kezaliman UMNO jika itu yang kita cari…..amat mudah mencari kesalahan orang lain…amat mudah mencari kelamahan orang lain….bahkan amat mudah juga mencari dalil bagi menyokong hujah kita…….
Adakah semua orang Jahat hanya kita yang baik…….tak salah berbincang dan mencari titik pertemuan kerana yang pasti Pemimpin UMNO dan PAS mentauhidkan Allah…….
JIka betul UMNO sesat dan kejam, zalim tak berguna sesen pun adakah itu menjadi dalil kita untuk menjauhi dan tidak menghulurkan tali persaudaraan islam…..dan kerana kita perlukan sokongan kaum bukan Melayu maka kita lebih rela bersaudara dengan kafir Harbi hanya dengan dalil mereka kafir tak faham maka lebih mulia dari saudara islam yang sesat….Adakah itu ajaran islam yang mulia…..Jika Umno sesat bukankah kita perlu untuk berdamping dengan mereka…….Adakah hukum islam mengatakan jika seorang silam itu sesat maka kita perlu menjauhi beliau,memaki beliau atau menjatuhkan beliau……
UMNO tak bersih/…..UMNO tak suci…….namun tak adakah sekelumit kebaikan yang dilakukan kepada negara ini atau kepada agama islam….Tidakah Tok Guru pernah berterima kasih kepada Tun Mahathir…..maknanya sekurang-kurangnya masih ada tokoh yang rasional didalam PAS dan UMNO.
Tak kira sesiapa menerajui mana-mana parti pimpinan islam…yang penting keikhlasan dan demi perjuangan islam…bukannya perjuangan islam dijadikan jambatan mencapai cita-cita politik…
Selalau kita buruk sangka kepada saudara islam kita yang lain….tidak bolehkah kita baik sangka kepada saudara islam kita yang lain sebagaimana kita baik sangka kepada Kafir Harbi DAP?????? UMNO telah patuk kita sekali…Alhamdullilah akibat patukan itu kita kuat hari ini…..Bila berseru supaya bersatu maka ramai yang berkata JANGAN BERSATU…(MARI KITA BERPEACAH BELAH) jangan dipatuk kali kedua….Kita asyik bersangka buruk akan dipatuk sekali lagi…..Adakah kita pasti Bahawa DAP kafir Harbi TAK AKAN PATUK KITA???? MUngkin sekali patukkan DAP kafir Harbi akan lumpuh terus PAS???? Mungkin tak??? Mungkin kan tapi akibat sangka baik…kita terus berbaik dengan DAP kafir Harbi…..Kenapa tak boleh berbaik dengan suadara islam……BUkan urusan kita untuk melanggar hukum Allah hanya semata-mata dalil UMNO jahat,UMNO busuk, UMNO tak guna maka kita tak boleh bersaudara dengan UMNO….adakah kita tahu perkara akan datang….Kita ketepikan hukum persaudaraan dalam islam demi mendapat sekelumit kuasa didunia ini……
Sedih melihat saudara islam dikeji…tapi DAP kafir Harbi di Agungkan….Bahkan diberi dalil bahawa DAP kafir HArbi Menghormati perjuangan ISlam…..MUngkin saudara penulis lupa bahawa Karpal SIngh pernah mengatakan bahawa langkah mayat beliau dulu jika hendak adakan hudud…..Bahkan DAP terang-terang mengatakan tidak akan menyokong hudud…..Bagaimana PAS hendak menjalankan hudud jika DAP kafir harbi tidak menyokong….Bagaimana pindaaan perlembagaan hendak dibuat tanpa sokongan DAP kafir Harbi???? Bahkan ketika Tun Mahathir Umumkan Malaysia sebagai negara islam….DAP membantah keras dan mengadakan kempen menentang pengistiharaan tersebut…..Itu baru Negara ISlam ala UMNO pun DAP dah menentang…..Rasa-rasa DAP akan menyokong Negara Islam yang diperjungkan oleh PAS…..
Jangan bercakap berdasarkan andaian sahaja…kononnya DAP faham, DAP menghormati……JIka betul DAP faham dan menghormati….SAYA CABAR PAS KEMUKAKAN USUL DIDEWAN RAKYAT SUPAYA PERLEMBAGAAN MALAYSIA DITUKAR KE PERLEMBAGAAN ISLAM….DAN KITA LIHAT JIKA DAP KAFIR HARBI DAN PKR AKAN MENYOKONG ATAU TIDAK….Jika DAP kafir Harbi dan PKR menyokong usul perlembagaan islam…..saya amat bersyukur kerana itu bermakna UMNO menanti masa dijemput malaikat maut……Tapi beranikah PAS kemukakan usul tersebut…..Saya pasti PAS berani….tapi saya amat menanti apa pendirian Kafir Harbi DAP dan PKR….
Saya menulis hanya satu tujuan dan saya yakin bahawa jika kedua-dua pihak ikhlas dan benar-benar perjuang demi fisabililah maka pasti ada titik pertemuan antara saudara islam ku di dalam UMNO dan didalam PAS……
Setiap umat islam adalah bersaudara….biar kita berselisih pendapat…biarkita berlainan fahaman politik…tetapi apabila tidak hal persaudaraan islam dan kemuliaan islam rapatkanlah shaf….hulurkan tangan persaudaraan…….JIka perbezaan yang kita cari maka itu lah yang kita dapat….tapi jika persamaan dan persaudaraan yang kita cari….Inshaaalah itu yang kita dapat…….SESUNGGUHNYA JANJI ALLLAH ADALAH BENAR……
Umnoi tak payah dibela oleh sapa-sapa walau macam mana punya ampu & bodek ! Kezaliman depa lebih dari yahudi , DAP walau kafir tapi tak zalim & khianat macam Melayu dajal dalam umnoi yang mengaku Islam ‘konon’ tapi hanya munafik besar ! Tak payah lah kaki-kaki ampu nak jadi barua umnoi nak menegakkan benang basah ,Melayu kini bukan macam Melayu dulu yang senang umnoi perlembu & perbodoh ,pada yang kaki ampu & barua-barua umnoi tu teruskan kerja mengampu anda sampai kiamat ! Janji Allah adalah benar hanya pada munafik saja yang buat-buat buta & pekak ! Allahu Akbar !
teringat uk guru nik aziz pernah jawab bila mahathir duk sindir dia dulu, sebab nik aziz ulama’, supaya nik aziz pergi balik mengajar di masjid dan pondok, sbb dia ulama’, tak payah nak fikir payah2 untuk tadbir negeri (cara dia perlekeh tuan guru)
jawapan tuan guru: dia pun patut balik ke klinik gigi! (sebab mahathir tu doktor gigi.. pi cabut gigi orang ler tak payah nak susah2 fikir nak tadbir kerajaan..)
yg duk suruh org pi sana – sini ikut profesen ni apa? rase2 kita akan suruh abu bakar al-siddiq balik ke kedai dia, dari jadi khalifah?
rasa2 kita akan suruh umar al-khattab pergi buat kerja dia , dari jadi khalifah kedua?
apa kita akan kata pada uthman bin affan yg kaya raya dengan harta korporat dia untuk Islam? tak payahlah jadi khalifah Islam sebab pergi buat kerja, cari duit byk2, bagi untuk agama?
kenapa tak lantik yang betul2 fuqaha dan alim seperti abdullah ibn mas’ud sebagai khalifah Islam? kenapa tak lantik muaz bin jabal yg nabi puji kealiman dia gantikan nabi di madinah? bukan ke yaman?
kenapa Allah swt pilih nabi muhammad sebagai nabi dan pemimpin sedangkan nabi dari segi profesionnya ahli perniagaan, bukannya waraqah pun nawfal, seorang ahli kitab yang mmg alim dalam agama samawi?
en. shah, anda salah guna term kafir harbi di sini. kesilapan fakta yg amat2 jelas. pergi belajar lagi. cuba google dalam internet kalau nak cepat jwpan atau tanya org alim. cuba faham apa itu harbi, apa itu dhimmi.
nabi muhammad saw byk kisah dia dgn golongan bukan Islam. termasuk yahudi yang membeli baju besi baginda, termasuk suraqah yang musyrikin bantu perjalan baginda ke madinah sewaktu peristiwa hijrah.
baca lagi kisah perang nabi, yg turut disertai oleh golongan yahudi dan nasrani yang mendiami madinah. cuba ramai yg tak baca kisah ini secara mendalam. mereka bantu rasulullah s.a.w.
mereka itu adalah orang bukan Islam, tapi bantu rasulullah baik dlm perang, baik dalam keaadan aman. jangan membaca sejarah Islam, dengan bias terhadap orang lain.
nabi muhammad berlawan dengan orang yg sebangsa dengannya sepanjang hidupnya. org yg sebangsa dengan baginda itulah yg halang baginda. siapa mereka? orang Arab. bangsa nabi sendiri!
ai bro diehard… tak buat research dulu ker sebelum bagi komen…?
Kalo ikut zaman Rasulullah SAW… hanya Rasulullah SAW sorang jer yg terima wahyu.. pastu sahabat2 yg awal dan semua yg lain hingga lah sampai kat kita..
Ko tau tak saper Sidi Abu Bakar As-Siddiq r.a..? dia businessman bro..
Ko tau tak saper Sidi Umar Al-Khattab r.a..? dia duta, leader dalam pasukan perang.
Ko tau sapa Sidi Usamah bin Zaid r.a..? dia anak Zaid bin Harithah r.a.. ibunya seorang afrika..
adakah bro fikir akan ada Islam dalam diri bro kalo diorang buat cam bro cakap..?
ijtihad aper yg bro pakai?
adakah ijtihad gereja ketika zaman gelap di eropah? sistem pemerintahan dan agama diasingkan?
abe shah.. hebat demo.. tapi impian sekadar impian.. selagi org por kitor hok jadi pengikut, penyokong & pendokong.. payoh.. Suppor UMNO lah.. rusok keh dasar dan pendokong…
CORRECTION!!
“Kalo ikut zaman Rasulullah SAW… hanya Rasulullah SAW sorang jer yg terima wahyu.. then disampaikan kepada sahabat2 yg awal dan semua yg lain hingga lah terus menerus saling sampai menyampai… sampai lahj zaman kita.. “
Bro nawi,
we are alright as long as no agenda on Islamic nation perhap Nizar is more convincing and with conviction to assure us.
Kepada Shah (01:09:29)
Aku rasa ko ni orang UMNO. Aku rasa Tok Guru Nik Aziz adalah manusia paling baik kat Malaysia. Dia pernah kata dia akan bubarkan PAS dengan satu syarat. Syaratnya UMNO sedia tukarkan dasar parti sekularisme dan nasionalisme itu kepada dasar Islam. menggunakan hukum Islam sepenuhnya.
Inilah antara sebab mengapa TGNA tidak mahu bergabung dengan UMNO. Dasar UMNO semenjak dahulu sehingga kini tidak pernah berubah. Jadi, UMNO akan khianat apabila tiba masanya. kerana mereka tidak berpegang dengan Islam.
aku bukan membela DAP tapi sekurang-kurangnya jika mereka tidak setuju dengan islam kita faham mereka adalah bukan islam. yang aku hairan UMNO yang mengaku Melayu Islam tapi lebih celaka berbanding kafir quraisy. Robohkan masjid surau, sekat bantuan sekolah agama rakyat dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi.
brother diehard tu menyindir golongan sempit pemikiran dlm PAS. Dia bukan menolak golongan professional dr menganggotai PAS. Read between the lines. Peace.
selagi umno tak berubah,jangan kata nak bincang nak sms pon tak boleh…
selepas kalah teruk bn di pru 12,
media,pemimpin mereka masih lagi attack pr sama mcm dulu…
hanya pemimpin pas yg akan ditukar sahaja berusaha mencari damai dgn umno…
sarkas di perak adalah dosa terbaru umno yg ada 28 adun tapi tak dapat memerintah perak selepas pru12….
kalau begitu sikap mereka mengapo kita dari pas ingin terus mahuberbincang dgn mereka…
itulah sebab kawe memang anti mereka yg nak berbincang dgn umno…
umno ketakutan akibat aura husam yg nyata mengatakan say no to umno….
jika ustaz nasa pon buat kenyataan yg sama …tiga hari tiga malam media perdana pon kutuk ustaz nasa…
di sini istiqomah ahli-ahli pas perlu di dalam usaha melawan umno ni…
teruskan istiqomah say no to umno sampai 2013…
lepas tu baru kaji balikhubungan PAS-UMNO nie…
kalau betul umno ikhlas tunggu, buat/tunjukan melalui polisi/dasar selagi bn berkuasa sebelum pru 13…
shah ko tak penat ke menaip panjang berjela…ko tau tak 5-6 baris jer org baca komen ko tuuu…
sheih dah mula angkat anwar berahe ke tahap suci pangkat nabi, semata-mata kerana anwar duk belah pembangkang. hitam cakap hitam la brader!~
Bacalah dengan hati dan fikiran terbuka…..
PETIKAN KENYATAAN DAP BERKAITAN HUDUD
KUALA LUMPUR: The DAP would pull out of Pakatan Rakyat if hudud laws were ever to be implemented by its alliance partner PAS, said DAP chairman Karpal Singh.
He said DAP has always stood against the implementation of hudud laws and has made its stand known from the very beginning.
“Of course, of course … DAP would (pull out). We have to be consistent.
“We cannot sacrfice our principles at the expanse of public interest and at the expanse of what we have been saying along,” he told newsmen here on Wednesday, adding that being a secular state, Malaysia cannot have Islamic laws.
Karpal and his son Ramkarpal Singh were at the Istana Negara to deliver a letter to the Yang Di-Pertuan Agung’s secretary.
The letter called for an emergency session of the Conference of Rulers to consider the status of Chief Justice Tan Sri Zaki Azmi and to revoke his appointment.
Tuesday, 23 December 2008 00:17
Lim Guan Eng, the secretary-general of DAP said that the party do not agree with PAS’ commitment to implement Hudud laws if the Pakatan Rakyat takes over the government. He said “The DAP does not agree and definitely opposes the plan,” Datuk Zahrain Mohamed Hashim, the chairman of the Penang PKR said “PAS should refer to all the component parties in Pakatan Rakyat. It’s not nice to make the decision by itself,”
DAP’s commitment towards a multi-racial, multi-religious and multi-cultural Malaysia is not only an article of faith but a deep conviction in Bangsa Malaysia. DAP is inclusive of all races and religions. We represent the interests and fight for the rights every Malaysian.
In the effort of being representative of all Malaysians, including both Malays and non-Malays, the party is willing to undertake a transformational process that may be painful but necessary. We have no alternative but to grow without compromising our basic principles.
DIpetik dari http://limguaneng.com (Setiausaha agung DAP)
DAP reaffirms support for Pakatan Rakyat(PR) to establish an alternative government that is democratic, people-centric and with an ethical leadership based on the 5 principles of freedom, justice, truth, social welfare and universal moral values. In this regard the DAP supports PKR de facto leader DSAI Anwar Ibrahim as the Parliamentary Opposition Leader and will remain so as no single leader has ever questioned this during internal meetings whether at the highest levels or otherwise.
The Pakatan Rakyat leadership has clearly endorsed a position that no individual party policy can be PR policy unless it is fully approved unanimously by all three parties.
DAP’s position on hudud and Islamic state is crystal clear and regardless of whatever support for both hudud and the establishment of an Islamic State, whether from PAS or PKR, this will not be PR policy as long as DAP does not agree to it.
Similarly DAP’s leadership has been consistently urging the government to enact an anti-hopping law even before the Perak crisis, and we have expressed support of our 28 MPs. As BN does not have a 2/3 parliamentary majority, the support of DAP’s 28 MPs will be required to effect any constitutional amendment for such an anti-hopping laws.
As a democratic party, DAP policies can be changed in accordance with the wishes of its members. However until today there has been no requests to question or disturb the basic framework of co-operation between the 3 parties of DAP, PAS and PKR that makes up PR.
As the party secretary-general, I am duty-bound to execute these policies. However should any member wishes to change them, there are required to use proper party channels to do so and not use the BN-controlled media. I appeal to Sdr Karpal Singh as Chairman of the DAP to use internal party channels should he wish to change these policies or even criticise my leadership.
Semoga PAS akan terus berjuang menegakkan perlembagaan ISlam walaupun bermakna meninggalkan DAP & PKR….Tiada guna menumbangkan BN jika masih gagal melaksanakan perlembagaan islam.
Buat Minta Evidence:…….
fakta anda teramatlah salah…….DR Mahathir bukan DR gigi…..dan tak pernah buka klinik gigi pun…..yang ada MAHA klinik…….
Jangan hanya dengar cakap orang….lidah tak bertulang….tapi kita bertanggungjawab jika menyampaikan perkara palsu…..
Sabda Nabi yang hampir bermaksud….Apabila orang munafik membawa berita kepada kamu…periksalah dulu kesahihannya…
Shah,
Good point. Similar slightly to Turkey’s political and social barriers, our brother Erdogran taking very smooth and pragmatic process accordingly without leaving his hidden principle. Yet, our brothers here call him “Erdoganisme” for his ‘ liberally pragmatism’.
to shah: bukan ke mahathir tu doktor gigi@dentist?
1.
Rasulullah dan 300 orang (lebih kurang) tentera Badr adalah Arab. Abu Jahal dan 1000 orang ( lebih kurang) tentera musyrikin adalah Arab. Mereka berperang sungguh-sungguh demi menegakkan aqidah masing-masing.
2.
Demi Islam PAS dan UMNO harus berbincang. Pernah Dato’ Fadzil dan Dr Mahathir pernah berucap (kemudian menandatangani plak) bersama di DBP menyokong umat Islam Palestin, tiada masalah.
3.
Tiga empat tahun lalu PAS serang habis-habisan UMNO atas Islam Hadhari. UMNO pula pertahan habis-habisan. Sekarang Dato’ Jamil Khir kata nak kaji kembali Islam Hadhari.
4.
Elok kiranya UMNO mengaji dahulu hal-hal aqidah, bagi jelas. Kemudian baru ajak bincang tentang perpaduan Islam. Kena mengaji juga akan keutamaan menjadi imam/pemimpin. Nanti tidaklah menjadi isu jika PAS cadang DS Abd Hadi sebagi Perdana Menteri… atau tidak pun Dato’ Husam.
assalammualaikum,
1)Buat saudara “minta evidence”..memang Dr Mahathir adalah Doctor perubatan dan beliau pernah mempunyai kilinik perubatan: ini adalah sahih.
2) My Dear Diehard,..yah like “torjan horse”……But not many members can see all this tricks and hidden agendas play by this group of people….Most of our members are sincerely straggle and sacrifice them self to see PAS achieve the objective to implement Perlembagaan Islam but certain group is using this as a steeping stone to achieve their group political ambition.
3) Buat saudara ku Cikguuat, saranan tuan amat baik,
Alahamdulliah, walaupun terdapat syarat-syarat yang diletakkan untuk saudara kita dalam UMNO untuk bersaudara dengan kita, namun saya lihat itu adalah langkah pertama kearah persaudaraan islam….Walaupun syarat diletak namun itu semua tiada menjadi masaalah kerana itu adalah asas kepada seorang muslim sejati….Harap pemimpin UMNO mengambil serius cadangan dan pembetulan yang perlu dilakukan….kerana tiada manusia yang sunyi dari kesalahan dan tiada parti yang tiada melakukan kesilapan….Walaupun nampak mudah untuk menjalinkan hubungan dengan DAP tanpa syarat hanya kerana mereka kafir dan tak faham islam.
Inshaalah jika kedua parti meletakkan kepentingan Islam melebihi yang lain, satu hari akan terjalin persaudaraan antara UMNO dan PAS…. tidak perlu bergabung, tidak perlu saling puji memuji, tidak perlu sentiasa bersetuju antara satu sama lain dalam hal keduniaan……tetapi kedua Parti boleh berbincang, bertukar-tukar fikiran, tegur menegur dalam suasana dan tertib persaudaraan islam dan bila hal-hal kesucian islam digugat maka UMNO dan PAS bersatu demi kerana Alllah….Tidak yang mustahil…….Setelah kita berusaha kearah itu maka berazamlah dan bertawakkal kepada Allah….
Perpaduan adalah tonggak kekuatan Ummah!
abe cikguat… selidik mollek bro.. NO.1 tu agok meragukae tuh.. Sidi Bilal bin Rabah r.a tu tidak arab bro.. halooohh la.. bukok kitab sirah muktabar bro.. ambo pon tgh ngaji jugok… mari mari mari…
Shah,
Selagi umno tidak menunjukkan bukti untuk bersatu kerana Allah, selagi itu saya tak bersetuju dengan segala bentuk rundingan.
Baca betul-betul: BERSATU KERANA ALLAH.
nak kerjasama…boleh, sila bubar dun perak..x baik rampas hak rakyat perak
Bolehkah kita bayangkan PAS yang diterajui Ulamak di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi dibantu oleh seorang tokoh yang dianggap `Erdogan’ itu akan membawa hala tuju PAS di masa-masa akan datang ? Saya merasakan bahawa jika ini benar-benar berlaku, yang paling takut ketika itu adalah Umno. Umno pasti bimbang kerana mereka tiada lagi tempat untuk dijadikan sasaran menyerang PAS. Lebih menakutkan Umno lagi iaitu peluang untuk Umno `memperkudakan’ PAS untuk kali kedua hancur musnah. Saya melihat pertandingan jawatan di dalam PAS akan datang akan dilihat penuh minat oleh Umno dan tidak mustahil Umno turut memainkan peranannya dari belakang. Kini wujud pengendali blog atau penulis yang dilihat begitu berminat jika Umno kembali berselimut dengan PAS. Mereka ini juga lebih suka PAS membiarkan teman-temannya yang lain dari PR `kesejukan’ di luar selimut mereka dan Umno.
bukankah pelik bila mana UMNO yang x ingin nak laksanakan Islam di Malaysia ni mempertahankan kepimpinan ulama’. bukankah memudahkan mereka kalau PAS merosot disebabkan kepimpinan ulama’ yang selama ini menjadi tunjang kepada gerakan PAS tergugat? kenapa Umno nak sibuk-sibuk pertahankan ‘rumahtangga’ orang lain sedangkan ‘rumahtangga’ sendiri tunggu masa nak karam? siapa sebenarnya yang UMNO takut? pasti UMNO x takut kepada mereka yang boleh duduk semeja.
Assalamualaikum..
Ya, thank you very much sheikh,
Hmphhhhh…everytime gua baca artikel politik melayu ini, gua hentam lu, lu hentam gua, gua belasah lu, lu belasah gua, gua kata lu, lu kata gua. Bila la korang ni nak berbaik. Dah nak termuntah dah aku tengok. Lupakanlah perkara yang lalu tu, berperangailah positive. Takkan nak gali cerita dari zaman Melaka dulu kot. Pikirlah anak cucu kita, jgnla ikutkan marah tu sangat. Rilex la brader. Kecoh lebih.
By the way Shah, yaAllah english hanggg…tunggang langgang….tulis melayu aja lah
Untuk saudara2 saya di dalam PAS, UMNO, PKR & yang tak berparti politik,
Assalamu ‘alaikum,
Politik tuntutan wajib di dalam Islam sebagaimana wajibnya solat, puasa, dan ibadah-ibadah ritual lain. Tokoh/Idola di dalam politik bagi umat Islam tidak ada lain, Nabi saw, yang tidak pernah memisahkan aktiviti dakwah dari perjuangan politik, sehingga tertegak Daulah Islam di Madinah. Itulah satu-satunya bentuk negara yang wajib didirikan oleh / bagi umat Islam (dan bagi umat bukan Islam yang akur di bawah naungannya). Baginda saw menjadi ketua negara – negara Islam – yang mentadbir rakyat majmuknya (Muslim & non-Muslim: Arab, Yahudi, Parsi,Badwi, Romawi) semata-mata dengan berlandaskan hukum-hukum Allah, hukum syarak (syari’at) – secara kaffah – hukum yang sumbernya wahyu Allah; al-Quran. Demikian sunnah Nabi saw dalam pemerintahan/ bernegara – sunnah yang wajib dicontohi & diambilpakai oleh umatnya apabila bernegara di kemudian hari; persis wajibnya mereka mengambil sunnah-sunnah Nabi saw yang lain spt puasa, solat, zakat, jihad, haji, sedekah dsb – sunnah berpolitik (dengan ideologi Islam) yang sama sekali tidak boleh ditolak atau dicampur-baur dengan ideologi-ideologi lain yang disebut di dalam al-Quran dengan panggilan thaghut, (termasuk demokrasi-kapitalisme, feudalisme, sosislisme/ komunisme). Begitulah politik Nabi saw untuk menzahirkan kesyumulan Islam ke dalam kehidupan nyata bagi memperjelas kepada umatnya makna dan wajah sebenar politik mengikut takrif syarak, iaitu: “mengurus umat dengan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah”. Sunnah (contoh bernegara) itu bukan untuk golongan spt Lee Kuan Yew, Barrack Obama, Fidel Castro, Jintao. Untuk kita, umatnya! Kerana itu, di dalam pemerintahan (kecuali di dalam pentadbiran) negara Islam tidak ada sekerat kafitr pun diikutsertakan. Kenapa? Bagaimana mungkin orang yang tidak mengimani keesaan Allah dibawa bersama melaksanakan hukum-hukum-Nya melalui pemerintahan. Ini sahaja sudah cukup untuk menjelaskan bahawa, dari segi tuntutan hukum, urusan pemerintahan negara semata-mata dipertanggungjawabkan kepada umat yang tahu hukum-hukum syarak sahaja. Golongan kafir bagaimana? Mereka pun diurus dengan hukum syarak – hukum ahluz zimmah – yang lebih mensejahterakan berbanding hukum hak asasi manusia di dalam demokrasi, kerana hukum itu daripada Allah. Namun, kita sudah tidak hidup di dalam suasana politik seperti itu sekarang, bahkan melakukan yang sebaliknya. Politik kini tidak mengambil al-Quran & Sunnah Nabi jadi sumber dan rujukannya. Rujukan kita perlembagaan buatan Lord Reid & kawan-kawan sesuruhanjayanya. Selagi begitu, umat Islam tidak akan pernah ada upaya untuk merealisasikan maksud hadis Nabi, “Islam itu paling tinggi; tidak ada yang lebih tinggi daripadanya” . Tamadun era emas Islam yang berjalan selama lebih 1300 tahun itu sekadar dapat diimbau penuh nostaljik, sejarahnya telah pun dimuziumkan, sedang jalan ke arah mencapai kembali era emas itu (Daulah Khilafah) tidak pernah digali semula sejak jatuhnya Daulah Khilafah terakhir pada 1924M. Satu hal yang dapat menyeka sedikit kehinaan dari wajah kita sekarang adalah: Kalau sahaja para pemimpin UMNO, PAS, PKR (dan seluruh kepimpinan politik umat Islam sedunia) merujuk serta mengimani ayat 28 Surah Ali Imran, ayat 49 Surah al-Ma’idah, & ayat 51 Surah Al-Ma’idah, politik tidak akan menjadikan kita bertelagah sesama kita dan berpecah-belah seperti sekarang; tidak akan dihina di depan mata musuh-musuh Islam dan musuh-musuh umat Islam. Kalau sahaja Daulah Khilafah wujud, apakah pernyataan seperti yang dibekalkan oleh Sdr Shah (di atas) disodorkan ke batang hidung kita? Kesalahan cara kita berpolitiklah yang menjemput datangnya penghinaan seperti itu (dan penghinaan-penghinan lain yang akan datang dan datang lagi). Bagaimanakah sistem politik dan bernegara sebuah umat yang membaca al-Quran boleh serupa dengan sistem negara-negara yang tidak punya kitab wahyu pun; sama-sama merujuk kepada perlembagaan buatan manusia sebagai sumber undang-undang yang dibuat didewan legislatif (olah para MPs – yang Muslim dan yang non-Muslim) bagi menggantikan hukum-hukum Allah (syari’at) di dalam pemerintahannya! Subhana Allah! Marilah kita – umat dan para pemimpin Muslim – sama memuhasabah kembali asas dan peta politik kita, adakah sejalan dengan tuntutan akidah kita atau menyimpanginya.