Saya tidak tersinggung, tetapi menghormatinya. Itulah yang saya luahkan bila ditanya oleh rakan akhbar tentang kenyataan Datuk Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.

Bahkan ramai yang tinggalkan UMNO untuk mencari kebenaran, kini merasa kebingunggan. Merasa dituduh sebagai musuh dalam selimut dan diperlekehkan.

“(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam”, kata Dr. Haron Din seperti dilaporkan Malaysiakini, didalam ucapannya sewaktu merasmikan seminar ulama selama sehari sempena meraikan 25 tahun kepimpinan ulama yang sepatutnya diadakan 2 tahun lalu.

Ucapan yang dibuat didalam seminar tertutup itu dilaporkan dengan meluas di akhbar online dan dijangka turut akan mendapat liputan meluas di akhbar tempatan khasnya Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu Malaysia Insider melaporkan seperti berikut,

A prominent PAS ulama today proposed an amendment to the party election process, a move seen as an attempt to curb the influence of the pro-Pakatan Rakyat (PR) Erdogan faction.

The party’s deputy spiritual adviser Datuk Dr Haron Din said the party was now facing the risk of being taken over by its enemies as any member was allowed to contest the top positions in PAS.

The famous faith healer was delivering his opening speech, a copy of which was made available to The Malaysian Insider, at a closed-door seminar this morning.

“Any PAS member can contest the highest position as provided by the constitution. This gives the enemies within, with the support of the external enemies, chances of climbing the party hierarchy,” said Haron at an ulama leadership seminar in Gombak near here.

He also doubts the sincerity of the members of the Islamist party, as every Muslim could apply to join.

“PAS accepts any Muslim as members, and they decide on the party’s leadership. This opens the party to penetration by Umno or foreign enemies with the objective of influencing the PAS elections or ensuring the victory of enemies of Islam in the party,” said Haron.

“Until today, we do not have specific mechanism to shield ourselves from the enemies,” he added.

Haron said it is common for Islamic movements across the globe to be penetrated by enemies.

He said party members are also easily influenced by the media in electing their leaders.

Blogger JiwoKelate pula melaporkan ada pihak berpendapat, seminar sehari di Taman Melewar itu adalah satu usaha untuk berkempen di kalangan ulama supaya sokongan terhadap calon Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dapat diperkukuhkan menjelang muktamar PAS ke 55.

Namun, blogger yang sama menyiarkan secara penuh video sidang media Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS selepas majlis perasmian tersebut. Sama ada Nik Aziz berkongsi pandangan dengan Dr. Haron Din, eloklah anda membuat kesimpulan sendiri setelah melihat video tersebut.

Kuda Trojan

Menjelang muktamar PAS, 2 minggu lagi, pihak media massa telah membuat kesimpulan mudah berlakunya pertembungan diantara kelompok Ulama dan kelompok professional di dalam PAS.

Saya bersetuju dengan kalimah ‘over simplify’ yang digunakan oleh seorang sahabat media. Walaupun hanya orang luar, tetapi saya jelas melihat bahawa apa yang berlaku bukan pertembungan dua kelompok itu.

Apa yang berlaku ialah pertembungan diantara golongan minoriti tetapi berkedudukan di dalam PAS yang mesra UMNO dengan golongan yang mahu memperkukuhkan PAS dan menyahut resolusi muktamar ke 54 iaitu memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Presiden telah dilihat terpalit sama bila segelintir kecil mereka yang dekat dengannya dilihat sebagai pahlawan pro UMNO dan mereka tanpa berahsia lagi menggunakan kedudukan dan hubungan mereka untuk bermain minda seolah-olah Tuan Guru Presiden turut menyebelahi pakatan bersama UMNO. Lantaran mereka yang tergolong dalam kumpulan mahu meneruskan memperkasakan PAS supaya menjadi parti tunjang Melayu dan Islam telah diklasifikasikan sebagai pemberontak kepada Presiden.

Kumpulan yang pro UMNO ini walau dilihat sebagai terdiri daripada golongan ulama, tetapi sebenar-benarnya ianya hanya satu silap mata atau ilusi semata-mata kerana penggerak mereka majoritinya bukan menerima pendidikan formal Islam dan tidak memiliki kelayakan minima iaitu STU.

Agenda kumpulan ini pula janganlah dilihat sebagai bersatu dengan puak yang bertelingkah di Kelantan.  Ia cuma perkahwinan sementara kerana menentang ‘the common enemy”.

Akhir sekali, menghayati semula kalimah yang diungkapkan oleh Dr. Haron Din, ternyata ianya berasas. Ahli-ahli PAS terutama perwakilan-perwakilan ke Muktamar akan datang harus peka tentang kewujudan Kuda Trojan di dalam pimpinan tertinggi PAS.

Kuda Trojan ini akan membuka pintu masuk ke dalam BN. Kuda Trojan itu adalah musang berbulu ayam.