Krisis di Perak yang bermula dengan keengganan KDYMM Sultan Perak memperkenankan hak memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat hari ini bertambah buruk dan memalukan. Ia hanya akan menambah pelbagai intrepretasi terdapat urusan perundangan dan kesahihan jalan yang dilaluinya.

Ia juga menyaksikan bagaimana pihak Polis DiRaja Malaysia lebih berminat mengawal ketenteraman awam dengan menangkap wakil-wakil rakyat daripada menangkap penjenayah yang semakin diakui oleh Musa Hassan dalam Buletin Utama TV3 6 Mei 2009 diluar kemampuan polis.

Tetapi apa yang paling memalukan ialah lawak ngeri oleh Menteri Besar Haram Dr. Zambry. Saya tidak tahu dia mendapat ijazah kedoktoran didalam bidang apa tetapi kalau dilihat dari gaya, tuturkata dan aksinya, sah dia layak dapat ijazah kedoktoran di dalam bidang lawak boria.

Malas nak diulas apa yang dilakukan oleh Zambry di dalam Dewan kerana yang pasti, berdozen kes mahkamah baru akan berlaku dalam masa terdekat bagi mempertikaikan lawak boria Zambry itu.

Zambry tidak sepatutnya masuk ke Dewan Negeri hari ini tetapi elok masuk ke ujibakat Raja Lawak.

Bagaimanapun setidak-tidaknya, hari ini kita boleh bertambah bangga dengan YB Sivakumar. Walaupun bukan Melayu tetapi dia mengangkat tinggi institusi Raja Melayu dan merayu berkali-kali supaya Zambry bersabar supaya YTM Raja Nazrin dibenarkan menyampaikan titahnya dan merasmikan Penggal baru Dewan Negeri Perak sebelum Zambry memulakan lawak borianya.

Bagaimanapun, Zambry terus engkar dan derhaka. Membelakangkan Raja Nazrin dan memaksa Raja Nazrin menanti 5 jam semata-mata kerana dia mahu teruskan lawak borianya sebelum Raja Nazrin dibenarkan bertitah.

Kesian.