The wise man has spoken. The Father in Law of Nik Abduh and one of Nik Aziz’s trusted whisperers made the headline today in Malaysikini,

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap. 
Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya seperti dilaporkan Bernama
Beliau, juga ADUN Bukit Tuku, diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud yang mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden diberi kepada ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti. 
Abdul Fatah berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa. 
Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam. 
“Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama,” Abdul Fatah dipetik berkata hari ini. 

With that, the blogosphere erupted like a volcano and larva of writings crawl from every corner. My Lock-Up buddy, The Trishaw Man Bakaq Haq has this to say,

Mengenai kepimpinan ulama, Abe Tah adalah antara Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat ketika Pemuda PAS membentang dan mempersetujui gagasan kepimpinan ulama dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS di Madrasah Masriah, Bukit Mertajam pada tahun bulan April 1982 (sayangnya Abe Tah tak ingat lagi di mana dia simpan dokumen mengenai kepimpinan ulama yang diterima oleh muktamar Pemuda PAS 1982 itu). 
Ketua Pemuda PAS pada masa itu ialah Haji Mustapha Ali (Cik Gu Pa). Setiausaha Pemuda PAS pada masa itu ialah Haji Subky Latiff. 
Setakat yang saya ingat, konsep kepimpinan ulama yang dikemukakan oleh Pemuda PAS pada masa itu bukan sahaja mudah diterima oleh ahli-ahli PAS dan mereka berusaha bersungguh-sungguh memahaminya, malah ia mencipta magik yang begitu hebat seolah-olah ia masuk menyerap ke dalam tubuh ahli-ahli PAS. Bagi diri saya sendiri, bila orang sebut kepimpinan ulama pada masa itu, terasa meremang bulu roma.

Meanwhile, Sayuti Omar of Merah Tinta MSO make sense to everything when he wrote,

Soal puak, samada ada ulama atau profesional tidak boleh dijadikan kayu ukur ke atas mereka. Ia adalah subjektif. Di zaman serba baru ini semuanya sukar untuk ditentukan hatta menggunakan mikroskop yang paling tinggi nilainya. Ia teralu seni. Ulama tidak lagi boleh diukur menerusi pakaian tradisi, jubah dan serban, jangut dan misai, cara makan dan berbini.


Begitu juga profesional bukan boleh diukur dengan profesyen mereka dan budaya pergaualan dan makan minum serta hobi mereka. Hari ini yang kahwin satu, dua dan tiga bukan sahaja golongan ulama atau ustaz tetapi golongan profesional juga turut sama mengamalkan poligami seperti kebanyakan ustaz.

Manakala hari ini sudah ada mereka yang bergelar ulama memakai kot dan tali leher.
Pakai Mercedez atau Lexus berplatkan dua angka. Makan menggunakan gerpu, menimum berdiri dan tinggal di hotel-hotel lima bintang. Makan malam di Singapore bersahur di Cairo biasa bagi ulama zaman moden ini.


Demikian juga dengan golongan profesional mereka bukan saja sanggup bermesyuarat di hotel, tetapi ikut sama berjemaah di surau di hujung kampung. Berpeluh berpelai bersama rakyat marhaen di tengah jalan mengimarakan tunjuk-tunjuk perasaan. Menziarahi lorong ‘tui’ untuk menyedarkan masyarakat. Pakaian mereka juga bukan ala Barat lagi, tetapi ada kalanya lebih Arab daripada Arab jubah sampai meleret boleh menyapu kaki lima. Ekor serbannya pula mengembang macam ekor Merak janta nak mengawan.

And Fakulti Siyasah Syar’iyah has come out with this decree,

Saya bukan merombak atau mentakrif semula “ulamak dan kepimpinan ulamak” secara menyeluruh. Tapi sekadar memberi pendapat mengenai “kepimpinan ulamak dalam PAS.” 
Saya berpendapat, kepimpinan ulamak dalam PAS tidak mesti Presiden dan Timbalan Presiden dari kalangan ulamak. Tetapi cukuk sekadar: 
1. Mempastikan Lembaga Mursyid Am, atau Lajnatul-Irsyad (umpamanya), terdiri dari ulamak muktabar dalam PAS; 
2. Mempastikan Dewan Ulamak terdiri dari golongan ulamak muktabar dalam PAS; dan 
3. Perlembagaan PAS menyatakan dengan jelas sebarang perkara besar, termasuk yang diputuskan oleh muktamar agung, hendaklah diluluskan atau dipersetujui oleh Dewan Ulamak dan Lembaga Mursyid Am. 
Adapun AJK Agung PAS yang dipimpin oleh presiden tidak mesti terdiri dari golongan ulamak, kecuali wakil-wakil Dewan Ulamak ke dalamnya. Maksudnya, AJK Pusat bolehlah terdiri dari berbagai golongan, yang ulamak, yang ahliz-zikr dan yang awwam. Kerana AJK lebih menumpukan hal-hal jentera dan pentadbiran. Mereka samalah seperti YB-YB dalam DUN dan dalam Parlimen.

All this eruption begins after a statement by Dato’ Muhammad Daud a.k.a ustaz Mat Iraq (Remember him?) who is the Head of Dewan Ulamak PAS.

Datuk Mohamed Daud Iraqi sehubungan itu meminta ahli-ahli parti mengutamakan kepimpinan ulama kerana dua pemimpin tertinggi itu berperanan memberikan nasihat dan memastikan hala tuju parti bertepatan dengan ajaran Islam.
“Bagi saya, kedua-dua jawatan tertinggi itu mesti alim ulama, siapa yang tawarkan diri tidak kira sebab masing-masing hendak naik, cuma kita orang parti ada pertimbangan sendiri. Mesti utamakan kepimpinan ulama. Nombor satu dan dua mesti ulama.

Ustaz Mat Iraq was my former Assemblyman. I once kicked him in this blog for his ignorance in performing his duty. Since then, we have met, have tea and even lunch together in few occasion.

Nevertheless, Ulama’ or Professional, it is leadership by example that is important.

What we see these past few days, is not a sign of friction in PAS, it is just an organised effort of demonstrating ‘the-many-ways’ to skin Husam.

For those who wonder why this thing is happening, The Straits Times analysis today answer it all,

PAS has at least three viable names (for Prime Minister Post):
Husam Musa, 50, vice-president
Tipped to contest the party deputy presidency, this economist is seen as a favourite of spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Datuk Seri Nizar Jamaluddin, 52
The former Perak mentri besar is popular for his moderate positions and administrative abilities.
Nasharuddin Mat Isa, 47, deputy president
This Jordan and British-trained academic could see stiff competition from Husam in party polls next month.

The above answer it all. Please read the rest here.

People see Husam as someone capable of many positions, from the MB of Kelantan to the Prime Minister of Malaysia, but what people just fail to see is that, Husam is just a victim. That is his actual position.

But, for a wise man like Abe Tah, he knew it all along. He was there when PAS  with BN and lost almost everything. He is still there when PAS and Pakatan rewrite the history. People like Husam, he just remember  the lesson learned from  history and determine not to let history repeats itself.