Oleh G. MANIMARAN (MStar)

PETALING JAYA Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, gambar yang pernah mencadangkan supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, disambung jaminan polis hingga hujung bulan depan.

Syed Azidi, 38, yang hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman pukul 10 pagi tadi, dimaklumkan bahawa jaminan polis disambung sehingga 21 November.

Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu dibebaskan 20 September lalu dan dikehendaki hadir hari ini untuk mengetahui perkembangan lanjut tindakan polis.

Beliau berada di bahagian itu kira-kira 30 minit.

“Saya perlu datang semula 21 November, jaminan polis disambung sebulan lagi… polis memerlukan masa untuk mengendalikan siasatan mereka,” kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

“Saya akan dimaklumkan kemudian sama ada dikenakan tuduhan ataupun sebaliknya.

“Saya berharap saya akan didakwa dan saya akan mendedahkan maklumat yang saya ada di mahkamah. Jika dibicarakan, saya akan memanggil beberapa saksi termasuk Perdana Menteri,” katanya yang hadir di bahagian itu dengan ditemani seorang ahli Umno Bahagian Kepala Batas.

Kata Syed Azidi, polis juga tidak memberikan salinan aduan yang dibuat ke atasnya atas alasan ia hanya boleh dikeluarkan jika dikenakan tuduhan kelak.

Pada 17 September lalu, pihak polis telah menahan Syed Azidi di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman.

Sheih’s Notes,

Dear Friends,
I arrived at The Cyber and Multimedia Crime Department of the Bukit Aman’s CCID office at 10 am today accompanied by a member from UMNO Kepala Batas. I am a bit frustrated to know that they yet going to charge me. Nevertheless I shall keep on waiting. I have all the time in this world to play this waiting game.

I am sad that the police department is being used to put psychological pressure on me by extending my police bail until 21 Novermber 2008. They have my sympathy.

Please forgive me for not being able to update my blog more often this week because I am preparing myself with all the information and evidence to fight my case in court. Rest assured, I shall be back very very soon.

Salaam!