Ramadan Charity 2008 Update

To date we have received a total of RM3,000 donated from Malaysian from various part of the earth. We would wish to thanks all for the donation. Mostly the donations came from the same readers whom had donated a total of almost close to RM5,000 for our charity drive last year. For accounting details please refer to Kijang care website.

For more info on Ramadan Charity 2008, please click here.

“Malaysia sudah menjadi satu bangsa yang lebih mengagungkan ‘masturbation’ dengan pelbagai fantasi dan bukan ‘the real sex’. Sebab itu, simbol, lambang, panji-panji dan sebagainya lebih penting menggambarkan semangat perjuangan kita walaupun ianya bukanlah yang sebenar-benarnya.”

Apa yang paling menarik di dalam Bajet 2009 ialah pengecualian pembayaran penggunaan tenaga elektrik bagi pengguna yang menggunakan sumber tenaga elektrik kurang dari RM20 sebulan.

Sewaktu Kerajaan Selangor menjalankan dasar yang sama bagi tenaga air, ramailah yang berkata bahawa iaanya bertujuan politik dan hanya menggalakan pembaziran semata-mata.

Kerajaan Selangor telah menerajui perubahan sebagaimana kerajaan Negeri Kelantan menerajui perubahan didalam pelbagai polisi berhubung pentadbiran awam, kebajikan masyarakat dan lain-lain yang kemudiannya menjadi ikutan kerajaan Persekutuan.

Bajet 2009 cuba mengutamakan kebajikan Masyarakat dan memberi ruang kepada golongan pertengahan untuk mempunyai lebihan pendapatan supaya mereka dapat membantu untuk menjana semula ekonomi negara. Namun begitu, Bajet 2009 gagal dari segi semangatnya. Bajet 2009 gagal membuktikan keikhlasan Kerajaan Pusat dan ini berkemungkinan kerana kebanyakan elemen-elemen manis dalam Bajet 2009 hanya dimasukan setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai pemenang di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Bajet 2009 adalah satu belanjawan sorong tarik. Sepatutnya Bajet 2009 boleh menghapuskan terus cukai pendapatan selama 1 tahun seperti dasar yang pernah dibuat oleh Kerajaan pada tahun 1998. Bajet 2009 sepatutnya boleh mengurangkan caruman KWSP selama satu tahun dan dikaji semula pada 2010. Bajet 2009 juga seharusnya menghapuskan terus cukai pendapatan yang dikenakan ke atas bonus dan juga bayaran ex-gratia atau pampasan kepada pekerja terutama bayaran kepada mereka yang berhenti kerja menerusi skim VSS.

Mengapa perlu di cukai mereka yang berkhidmat dengan cemerlang? Mengapa perlu dicukai mereka yang akan hilang pekerjaan?

Pada waktu kerajaan menaikan cukai rokok mengapa tidak dinaikan cukai minuman keras?

Mengapa juga kerajaan tidak menghapuskan terus segala bentuk yuran tambahan disekolah-sekolah setelah menghapuskan cukai wajib pada bajet yang lalu. Penghapusan terus yuran-yuran tambahan di sekolah adalah langkah sewajarnya setelah ia menimbulkan begitu banyak kontroversi. Bukanlah kerajaan menjanjikan pendidikan percuma buat semua warganegara Malaysia.

Sebenarnya Bajet 2009 bukanlah satu Bajet yang ikhlas. Ia adalah Bajet yang terpaksa. Abdullah tidak pernah memiliki ‘kejantanan’ untuk bertindak diluar konvesyenelnya. Abdullah amat gentar kepada defisit sebab dia sendiri tidak pernah memahami ekonomi dan ini tidak hairanlah bagi seorang yang gagal dalam statistik mengakibatkan beliau tidak dapat masuk ke sekolah ekonomi.

Negara Berkebajikan

Selepas Mac 8, 2008, 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Di Parlimen pula Barisan Nasional kehilangan majoriti 2 per tiganya.

Hari ini, kita telah mula merasakan hasilnya memiliki pembangkang yang kuat di Parlimen. Tanpa pembangkang yang kuat di Parlimen dan tanpa dasar-dasar alternatif di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, rakyat miskin tidak mungkin dapat impikan perkhidmatan elektrik percuma.

Syukur kepada rakyat miskin di Selangor kerana kini mereka tidak lagi perlu membayar untuk tenaga elektrik dan juga air. Walaupun Pembangkang belum memerintah Malaysia tetapi angin konsep Negara Berkebajikan sudah mula bertiup kencang dan sudah mula dinikmati rakyat.

Bajet 2009 seperti juga penuruman harga minyak sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti penipuan Abdullah, Najib dan rakan-rakan dusta mereka di kabinet. Sebelum ini mereka menjerit pekik bahawa konsep Negara Berkebajikan dan idea penurunan harga minyak oleh Pakatan adalah mustahil di laksanakan dan boleh membangkrapkan negara. Tetapi hari ini mereka membuktikan bahawa idea Pakatan Rakyat sebenarnya praktikal dan boleh dimanfaatkan.

Semakin kuat tekanan oleh rakyat dan bersenjatakan pembangkang yang kuat di Parlimen dan 5 negeri di bawah pemerintahan pembangkang, semakin kerajaan pusat terpaksa mengaku kalah dan tunduk kepada kehendak sebenar rakyat.

Rakyat mahukan kesejahteraan dari segenap aspek. Tanggungjawab pemerintah untuk memikirkan bagaimana untuk melaksanakannya. Kerajaan Barisan Nasional tidak melaksanakan apa yang dituntut oleh rakyat kerana mereka risau kehilangan cengkaman terhadap rakyat.

Mereka mahu rakyat miskin terus bergantung kepada Barisan Nasional dan bukan kepada Kerajaan. Mereka mahu orang Melayu terus bergantung kepada UMNO dan mereka mahu Malaysia terus berpecah dan terus berpolemik didalam isu perkauman dan keagamaan. Barisan Nasional tidak bercita-cita untuk menyelesaikan ‘outstanding issues’ ini.

Merdeka

“Di dalam peperangan, kita masih menganggungkan betapa hebatnya tukang bawak bendera berjaya mempertahankan panji-panji kita megah berdiri di medan peperangan dan bukannya betapa hebatnya pandekar-pendekar kita berlumuran darah mempertahankan nyawa anak bangsa dari menjadi korban.”

Negara mencapai kemerdekaan pada 31 hb Ogos 1957. Kemerdekaan ini hanya di capai oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu dan 2 daripada 3 Negeri-Negeri Selat. Negeri-negeri ini merdeka dibawah sebuah negara yang di panggil Persekutuan Tanah Melayu.

Selepas itu setiap 31 Ogos, rakyat di seluruh Persekutuan Tanah Melayu akan meraikan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah merdeka di bawah Malaysia. Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu telah bersama Sabah, Sarawak dan Singapura bersatu menubuhkan sebuah negara yang dipanggil Malaysia. (Singapura meninggalkan Malaysia kemudiannya).

31 Ogos bukan tarikh ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Ini kerana Sabah dan Sarawak merdeka di dalam Malaysia pada 16 September.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti semua pihak, 31 Ogos diistiharkan sebagai Hari Kebangsaan dan bukan hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.

16 September pula adalah hari Penubuhan Malaysia dan sebenar-benarnya adalah tarikh yang perlu diraikan kerana pada tarikh itulah wujudnya sebuah negara berdaulat bernama Malaysia yang menjadi tempat berlindung semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan asal keturunan.

Penduduk Sabah dan Sarawak memilih untuk Merdeka di bawah Malaysia dan bukannya negeri mereka di ‘annex’ oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Kebelakangan ini, Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional semakin mahu mengikis terus detik bersejarah penubuhan Malaysia itu. Hari Kebangsaan kini semakin rancak di kenali semula sebagai hari Merdeka dan berteriaklah kita melaungkan Merdeka.

Ini tidak pelik sangat kerana saya sudah merumuskan rata-rata kita di Malaysia ini adalah masyarakat yang mengutamakan perlambangan semata-mata. Kita lebih pentingkan panji-panji dari nyawa. Kita lebih pentingkan kedudukan Jalur Gemilang yang betul dan bukan kedudukan kita ditempat yang betul.

Malaysia sudah menjadi satu bangsa yang lebih mengagungkan ‘masturbation’ dengan pelbagai fantasi dan bukan ‘the real sex’. Sebab itu, simbol, lambang, panji-panji dan sebagainya lebih penting menggambarkan semangat perjuangan kita walaupun ianya bukanlah yang sebenar-benarnya.

Di dalam peperangan, kita masih menganggungkan betapa hebatnya tukang bawak bendera berjaya mempertahankan panji-panji kita megah berdiri di medan peperangan dan bukannya betapa hebatnya pandekar-pendekar kita berlumuran darah mempertahankan nyawa anak bangsa dari menjadi korban.

Hari ini, ribuan rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Ia, hari ini di hari umat Islam mula menyambut Ramadan. Tak mengapa, kita tidak perlu peduli itu semua. Bukan salah kita. Itu semua salah mereka kerana bekerja di Stesen Minyak. Bukankah Panji-Panji di stesen minyak itu patut di julang oleh rakyat asing dan bukan rakyat tempatan. Jadi padan muka engkaulah anak-anak tempatan yang nak sangat buat kerja jadi kuli di stesen minyak.

Insan-insan kerdil tiada di alam fantasi.