Aboo dan Lady Dark beri saya gelaran Mr. Evil Betis Berbulu, ketawa besar saya, tapi  bila saya baca artikel yang di tulis mereka, menitis pula airmata secara tak segaja. Tak sangka, perkenalan yang singkat bersulamkan panggilan telefonnya yang sering saya tak sempat jawab, mereka masih sudi mengingati saya yang kerdil. Kalau ada masa, jenguk-jenguk Kroni Blues Untuk Mr. Evil Si Betis Berbulu di sini.

Sementara itu seminggu lagi menjelang Ramadan di mana umat Islam diseluruh dunia akan mula berpuasa. Bulan Ramadan sering diserikan dengan pelbagai amal ibadat dimana umat Islam lazimnya akan mengurangkan diri mereka dari bebanan dunia dan menumpukan lebih perhatian kepada beribadat.

Setelah sebulan berpuasa, Syawal akan menyusur dan pada tarikh 1 Syawal umat Islam akan meraikannya dengan penuh keinsafan dan kegembiraan sebagai tanda kemenangan.

Kebelakangan ini, amalan berpuasa di bulan Ramadan bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam. Di Malaysia, terdapat juga rakan-rakan dari bukan Islam turut berpuasa samada bagi mencuba-cuba, menghormati sahabat sepejabat atau sekerja atau bagi tujuan kesihatan. Itulah kehebatan Warga Malaysia yang seringkali keakraban ini menjangkaui batasan perbezaan agama.

Pada tahun lepas, Bariah Ishak, telah mengesyorkan supaya Kickdefella menjalankan kempen mengutip derma bagi tujuan dibahagi-bahagikan kepada mereka yang tidak bernasib baik supaya dapatlah kiranya sedikit membantu meringankan bebanan mereka menghadapi Hari Raya Aidil Fitri.

Bagi melihat semula aktiviti Ramadan Charity 2007, pembaca budiman bolehlah melayari pautan di bawah,

Bariah Ishak: Ramadan Charity
Ramadan Charity Pt 1
Ramadan Charity Pt 2
Ramadan Charity – Finale

Pada tahun ini, Kickdefella sekali lagi akan bekerja sama dengan Bariah Ishak dan juga dengan Kijang Care untuk mendapatkan sumbangan bagi menghulurkan sedikit keceriaan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan juga yang hilang pekerjaan akibat kemelut ekonomi negara yang tidak menentu.

Kijang Care sedang mengumpulkan sumbangan berbentuk barangan daripada firma-firma korporat untuk diedarkan pada Ramadan ini.

Bagi pembaca budiman yang sudi untuk menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan tunai sempena kempen Ramadan Charity ini, bolehlah berbuat demikian secara online kepada :

Bariah Ishak
Akaun Maybank – 1 14105 20748 4
Akaun RHB – 1 12170 0004782 8
Atau menerusi akaun PayPal Kijang Care.

Sila email kepada bariahishak@yahoo.com.my nama saudara dan saudari pembaca budiman dan tujuan atau niat derma (jika ada) bagi tujuan pengurusan dan akaun.

Segala sumbangan akan disenaraikan di blog ini dan juga di laman Kijang Care berserta dengan penyata akaun bagi menjamin ketelusan.

Derma yang mempunyai niat-niat khas atau tujuan keagamaan (seperti zakat) akan diasingkan dari derma umum.

Sumbangan tenaga bagi tujuan pembungkusan, pembelian barang-barang edaran dan pengagihan juga amat-amat dialukan.

Kepada para pembaca yang telah memberikan respons dari awal lagi, kami mengucapkan amat-amat bersyukur.