Abdullah menyangkakan aksi asmaradananya dengan rakan Ana-Anta boleh sampai melahirkan zuriat, rupa-rupanya, setelah sakit belakangnya bekerja mengeraskan dirinya siang dan malam menahan tidur, barulah Abdullah terngadah diatas kemandulan perhubungan itu.
Abdullah akhirnya terpaksa merayu-rayu seperti P.Ramlee didalam filem Penarik Beca sambil menyanyi-nyanyi, “Engkau laksana Bulan, tinggi di atas Jalan Raja Laut….” Setelah beberapa rangkap, Abdullah tersedu-sedu cuba menahan pilunya, tetapi terus berusaha menyanyi meluahkan keperitannya, “Mengapa ku disiksa, mengapa kita bersua… berjumpa dan bercinta… tetapi menderita….”
Sementara itu, dibawah bulan mengambang yang sama, Ana-Anta berjalan-jalan dijalan belakang sambil menghantar sms, “Abdullah… kita tidak dapat bertemu lagi Abdullah…”
Maka meracau-racaulah Abdullah sendirian sambil diperhatikan oleh Jeanne di jemboran, “Ooo jangan tinggal daku, oh Bulan ku oh kekasihku….”
Dan setelah habis meratah lagu Jangan Tinggal Daku dari filem Parti Pembangkang Ku oops silap, filem Ibu Mertua Ku, Abdullah masih tak henti menyanyi, “Bendera kamu yang hijau, lambang kamu yang bulat, bikin situa macam ku jadilah gila….” mengikut rentak lagu Azizah.
Begitulah nasib malang yang menimpa pemimpin negara Abdullah Ahmad Badawi. Ketamakan kuasanya membutakan matanya terhadap kebencian ahli-ahli partinya sendiri. Tekanan dari akar umbi memaksa Majlis Tertinggi UMNO membincangkan satu pelan peralihan kuasa supaya kebencian terhadap Abdullah reda buat seketika, setidak-tidaknya sehingga tamat mesyuarat agung bahagian-bahagian UMNO.
Maka, Abdullah sendiri sudah hilang tempat bergantung terpaksa merayu supaya dibenarkan menjadi Presiden sehingga pertengahan tahun 2010. Bagaimanapun didalam gelap-gelita, Abdullah meninggalkan pintu belakang terbuka luas supaya cahaya Bulan dapat masuk menerangi dirinya yang dalam kegelapan apabila menyedari pelan peralihan kuasanya ditolak oleh akar umbi.
Abdullah melontar umpan Agama dan Bangsa supaya ikan-ikan yang kelaparan mudah terperangkap. Umpan yang sama yang ditaburkan oleh Presiden UMNO sebelum ini setiap kali mereka tertekan, setiap kali mereka lihat orang Melayu sudah mula meninggalkan mereka.
Apa yang Abdullah tidak sedar bahawa UMNO sudah ditolak oleh saluran anak-anak muda dan golongan pertengahan Melayu kerana mereka sudah muak dengan telatah UMNO yang menghunus keris kononnya untuk membela anak bangsa tetapi bila pusing belakang, keris UMNO itu menikam anak bangsanya sendiri.
Mereka yang bercakap soal mempertahankan bangsa Melayu terbahagi kepada tiga,
1. Pertama adalah golongan berpendidikan dan bersemangat kebangsaan yang masih merasakan anak bangsa mereka jauh ketinggalan didalam segala lapangan. Lebih tinggi golongan ini melihat kejayaan bangsa lain, lebih sedih mereka mengenangkan anak bangsa mereka.
2. Golongan segelintir ahli-ahli UMNO yang menyebabkan anak-anak Melayu terus ketinggalan jauh dibelakang kerana semangat main belakang mereka didalam segala aspek ekonomi.
- Golongan ini memasuki UMNO semata-mata kerana mahu mendapat kunci pintu belakang diatas segala kontrak-kontrak kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Golongan ini hanya akan bercakap soal Melayu tiga bulan dalam setiap 3 tahun iaitu sewaktu berlaku pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian. Selepas ini mereka hanya bercakap soal kabel dan contact.
3. Golongan elit UMNO yang ingin pertahankan kuasa yang ada pada mereka.
Bagi golongan yang pertama tadi, mereka harus mengkaji mengapa daya saing orang Melayu semakin lemah? Sedangkan orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera telah dihumbankan dengan pelbagai insentif?
Siapakah yang menyebabkan orang Melayu menjadi lemah? Apakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh? Apakah Lim Guan Eng yang baru menjadi Ketua Menteri tak lebih empat bulan?
Apakah Parti PAS yang memerintah Kelantan selama 18 tahun yang bersalah menyebabkan orang Melayu menjadi lemah?
Mengapakah Negeri Terengganu yang merupakan negeri yang kaya dengan hasil bumi dan limpahan wang bukan hasil negeri itu atau lebih dikenali dengan kalimah royalti minyak masih jauh ketinggalan dengan kemiskinan tegar jauh lebih tinggi dari Kelantan? Apakah kerana PAS memerintah negeri itu dari tahun 1999 hingga 2004?
UMNO melalak mengaku Kerajaan yang berteraskan UMNO telah bersusah payah mempertahankan bangsa Melayu, itu memang benar. Tak usah kita nafikan pelbagai usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu tetapi yang perlu kita persoalkan bukan polisi tetapi perlaksanaan. Perlaksanaan yang menikam orang Melayu sendiri dari belakang.
Apabila Pemuda UMNO berdiri menghunus keris dipentas kononnya akan mempertahankan ketuaanan Melayu, ia sebenarnya mahu mempertahankan ketuanan UMNO. Sebab apabila turun dari pentas itu, yang tertikam oleh keris itu tidak lain dari anak bangsa Melayu sendiri.
Didalam sejarah kepahlawan Melayu, keris tidak pernah dihunus sebagai tanda persahabatan, keris dihunus sebagai lambang darah yang akan tumpah hingga ketitisannya yang terakhir. Didalam konteks ini, keris dihunuskan UMNO bagi melambangkan segala kekayaan yang diperuntukkan untuk orang Melayu akan ditebuk oleh segelintir didalam UMNO hingga kering.
Oleh yang demikian, jika UMNO benar-benar jujur didalam ingin bermuzakarah tentang Melayu dan masa depannya, maka UMNO perlu bermuzakarah pegawai-pegawai Kerajaan yang telah sekelian lama melihat (dan setengahnya tumpang sekaki) bagaimana Menteri-Menteri meluluskan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka dengan tujuan mengukuhkan kedudukan mereka di dalam UMNO.
Bermuzakarahlah dengan semua orang Melayu. Bukalah satu referendum bagi melihat bagaimana anak bangsa menilai mereka.
Apabila UMNO hanya bermuzakarah dengan ana-anta, waima apapun alasannya tetapi yang jelas, ianya adalah untuk mengukuhkan kedudukan UMNO sebagai ketuanan politik Melayu.
Mengapakah muzakarah itu dilakukan melalui pintu belakang jika ianya benar-benar atas nama Islam? Mengapakah muzakarah itu tidak diminitkan dan disebarkan kepada ahli kedua-dua parti? Kalau muzakarah itu bukan melibatkan perkongsian kuasa, apa yang hendak ana-anta takutkan ia diketahui oleh rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat?
UMNO adalah sebuah parti yang sudah lama songsang. UMNO bukan lagi parti yang diperintah dengan kuasa dan amanat dari akar umbi. UMNO adalah sebuah parti yang diperintah oleh segelintir elit didalamnya dan memaksa akar umbi menerima perintah mereka.
Akar umbi UMNO sudah lama memendam rasa tidak puas hati terhadap ketuanan elit UMNO ini. Gelodak tersebut semakin memuncak apabila Barisan Nasional kehilangan 4 lagi negeri di Semenanjung ‘Tanah Melayu’ dan kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.
Sekarang, apabila UMNO mahu menghadapi pemilihan pucuk pimpinan partinya, elit UMNO ini membuktikan tiada demokrasi didalam UMNO apabila mereka sendiri yang membuat keputusan bahawa semua bahagian di negeri mereka akan mencalonkan Abdullah dan Najib untuk dua jawatan tertinggi. Bukankah keputusan itu harus dibuat oleh akar umbi diperingkat Cawangan yang kemudiannya memilih perwakilan untuk mewakili mereka di dalam pengundian di peringkat Bahagian? Seterusnya Bahagian akan membawa pencalonan yang dibuat oleh akar umbi itu untuk diundi oleh perwakilan mereka di peringkat nasional.
Tetapi UMNO adalah parti songsang, keputusan-keputusan UMNO dibuat oleh elit UMNO yang merupakan minoriti dan memaksa akar umbi yang merupakan majoriti menerimanya. Bagaimanakah ini dilakukan? Modus operandi ini hanya boleh berjaya dengan kuasa wang ringgit yang dikutip menerusi segala pintu belakang disetiap tender dan kontrak Kerajaan. Itulah Keris Keramat lagi Berpuaka milik UMNO sekarang.
Jika elit UMNO boleh menggunakan kroni-kroni mereka untuk meliwat Kerajaan pimpinan mereka sendiri dan menggunakan kuasa mereka untuk meliwat akar umbi mereka, maka bagaimanakah Parti itu hendak berjaya sepenuhnya membela anak bangsa mereka?
Elit UMNO telah terlalu banyak menggunakan pintu belakang sehingga mereka tersesat jauh dalam permainan diluar aturan tabii. Kalau sahabat kita ana dan anta benar-benar jujur didalam bermuzakarah, maka seru sajalah mereka didalam UMNO agar tinggalkan parti itu dan sertailah PAS, PKR atau DAP supaya ahli-ahli Parlimen Melayu bertambah ramai di dalam Pakatan Rakyat.
Dengan kekuatan itu, Pakatan Rakyat akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan baru yang dapat menutup segala ketirisan menerusi pintu-pintu belakang dan memberi kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia.
Sementara itu, kita biar sahaja Abdullah terus menyanyi lagu penutupnya yang berbunyi, “Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan, tak boleh nak metakedarah seorang, tidur sekejap rakyat dah meradang, kerja berat takut reput tulang…..”
“Tidaklah boleh ku kenanglah kenang, oh airlah mata hai jatuh berlinang…. Karam di laut ku ada Cobra Sultan, Karam di darat, semua dah disapu pembangkang….”
“Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan, tak boleh metakedarah seorang, tidur sekejap rakyat dah meradang, kerja berat takut reput tulang…. Reput tulang…. Reput tulang….” Maka akhirnya terlena jugalah Abdullah diatas ribaan isterinya mengenangkan muzakarah diluar aturan tabii sekumpulan manusia yang sudah menopause politiknya,
sungguh sinis sekali
Sheikh…
AAB silap bila terus umumkan pertemuan yg tidak direstu itu…..
I’m spreading the below article from The Edge Daily which I find most revealing. Simple and makes sense. Please read and let’s all return back to using our minds (instead of just “Saya sokong”, “Saya sokong”, justice and righteousness.
Separate politics from economic management
By R B Bhattacharjee
Recent events involving leaders on both sides of the political divide are uncanny enough to stop people in their tracks. The first-ever US presidential-style debate between Pakatan Rakyat (PR) leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and Information Minister Datuk Shabery Cheek last Wednesday, that had the startling PR theme “If we form the government today, we’ll reduce the oil price tomorrow”, suggests an impatience on the opposition coalition’s part to take over the helm of the nation. The signal that change may be in the air is surely not lost on the business community too.
The next day, further confirmation that all is not well in the political sphere came when Anwar was arrested by police in response to a sodomy report lodged by a former party volunteer. More precisely, the SWAT-style interception of Anwar’s car by balaclava-clad police personnel in a convoy is not exactly the usual reaction to a sexual offence report. The strenuous explanations of the Home Minister and a senior police official, and the ruckus in Parliament over the arrest, all make the political point too obvious.
These developments, and many lesser tremors over the past several weeks, have generated a cloud of uncertainty over the political landscape. The message it bears for business is “wait and see”.
Naturally, therefore, Malaysia has been pushed to the side of investors’ radar screens, together with Thailand, which is in the midst of political churn as well.
One weakness in the current governance environment in Malaysia is the overly powerful effect of political developments on the conduct of economic affairs. This is to be expected due to the unbroken hold that the same political parties have had over the federal government since Independence five decades ago. Now, however, the time has come for the administration to be separated from the economic management of the country. This is a journey towards good governance that we have to take. There are lessons in this regard that can be drawn from the experience of our neighbours.
During the 21 years of Ferdinand Marcos’ rule over the Philippines, more schools, hospitals and infrastructure were built than in the tenure of the nine presidents who preceded him. Much of this was accomplished through hundreds of millions of dollars in aid from the US, which Marcos and his cronies unabashedly tapped for personal gain. The extent of the kleptocracy was so huge that till today no one is able to accurately estimate how many billions have been salted away.
The excesses of the Marcos regime finally led to his overthrow in the spectacular People’s Power uprising of 1986. Ironically, after the dictator was deposed, the political situation became highly fractious. Not surprisingly, some became nostalgic for the orderly if heavy-handed government of his era, when the citizenry was law-abiding and disciplined.
Since the March 8 general election, Malaysia has entered a new phase of democracy that is tending to become rather turbulent. While there is a vast difference between the Philippines, which Marcos had to flee, and the political climate in Malaysia today, it is clear that the Barisan Nasional (BN) government is being challenged in unprecedented ways. The contest for the people’s support between the BN and the nascent PR has led to exposés involving land deals to charges of questionable use of representatives’ allocations and even an attempt to file a no-confidence motion against the prime minister and his government.
Clearly, this is a time for some honest reckoning to take place.
When economic mismanagement left the Filipinos with empty rice pots, they began to look overseas for jobs and incomes that their government had failed to provide. The well-educated and urbane Filipina domestic maids who are a familiar feature in many Malaysian households are testimony to this failure of development to meet the people’s basic right to a livelihood.
The Philippines is also the largest supplier of maritime crew in the world, partly because a Filipino seaman can earn up to 500 times his local wages if he manages to get out of his country. So powerful is this incentive that impoverished rural youth go to great lengths to secure a certificate from the many maritime training centres in the Philippines.
However, shipping lines that employ these “instant” crew have found that their skills are extremely suspect, resulting in a high rate of accidents and indiscipline among them. Indeed, the credentials are so dodgy that international liners have set up maritime institutes of their own in the Philippines to ensure that their graduates measure up to the required standards.
Malaysia appears to be a long way from such a situation, but if its people are not to land in the same boat one day, governance authorities in both the public and private sectors need to uphold a strict code of accountability.
buat apa kecoh-kecoh.ramai yang dah expect perbincangan tu takkan bawa sampai kemana.tapi usaha yang bagus apa dari tiada usaha langsung.sekurang-kurangnya Pak Lah dah berusaha.begitu juga pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat.
ramai sangat yang “melatah” bila perjumpaan tersebut diadakan.banyak reaksi yang diterima.tapi jika perbincangan ada membuahkan sesuatu yang positif maka apa salahnya diteruskan? 🙂
malaysians, dun get intimidated by your “incredible” authorities. fight for your rights to progress with the rest of the world. not an anwar case, you ought to fight for your own human right! if not, your “incredible” authorities can do the same to anyone of you Malaysians as they wish next time round.
Typical of UMNO ppl trying to justify and hold power. But I’m surprised and wonder what goes in the minds of the PAS delegation ??
perlahan lahan tulisan anda bertukar seakan2 gaya penulisan sinis aktivis Hishamudin Rais. tapi aku heran dgn penulisan anda, nampak pro-Husam, tapi kemudian memuja Ku Li dan mengimpikan beliau menyatukan PAS-UMNO,kemudian memuja DSAI, kemudian menempelak ulama PAS kerna isu muzakarah..hmm apa pendirian anda sebenarnya?
saya setuju 100% dgn artikel ni…
river
Ramai yang melatah kerana faham sangat niat dan tujuan UMNO mengajak segelintir pemimpin PAS bermuzakarah. Muzakarah ni bukan cerita baru…dah berpuluh-puluh kali PAS ajak bermuzakarah. Antara isu yang PAS ajak bermuzakarah adalah isu amanat Haji Hadi. Umno canang isu itu sampai lumat, tapi bila ajak bermuzakarah, hampeh!….UMNO tak nak.
Dalam satu isu nak bermuzakarah, UMNO siap guna DYMM Agong untuk membatalkan muzakarah. UMNO bila dalam keadaan kuat memang tak pernah teringin nak ajak PAS muzakarah.
Sepatutnya selepas menang besar dalam tahun 2004 dulu, mengapa UMNO tak ajak bermuzakarah untuk mengukuhkan perpaduan melayu dan mempertingkatkan syiar Islam? Bila UMNO dalam keadaan lemah, bila UMNO dalam keadaan kelam kabut sesama sendiri merebut jawatan parti – tiba-tiba aje ajak segelintir pemimpin PAS bermuzakarah, buat tawaran jawatan kepada mereka.
Sekonyong-konyong, pemimpin PAS yang dah masuk era senja ini tiba-tiba rasa tak selesa berjubah. Dah gatal kepala pakai kopiah dan serban. Tiba-tiba mata jadi berpinar….depa dok nampak bagaimana segaknya pakai kot, naik kereta mewah, gaji dan elaun mencecah 5 angka!
Sejak bila UMNO ni perihatin tentang orang melayu? Kalaulah mereka perihatin tentang melayu, mereka tidak akan mendera rakyat kelantan yang memilih PAS sejak tahun 1990 lagi. Pembangunan tidak akan disekat. Yang paling jelas bukti UMNO tak peduli pasal melayu apabila PAS menang Terengganu – mereka tarik balik royalti minyak.
Kalau mereka perihatin tentang orang melayu – dengan memberi royalti minyak kepada kerajaan PAS, sekurang-kurangnya kerajaan PAS terengganu boleh menggunakan wang tersebut untuk membaiki keadaan ekonomi orang melayu/Islam dan syiar Islam. Tapi tidak…mereka hukum orang melayu terengganu!……baik TDM ataupun AAB.
Dengan memberi royalti tersebut kepada kerajaan PAS terengganu adalah merupakan satu jasa terbesar UMNO kepada orang melayu. UMNO dalam BN tentunya terikat dengan komponen lain yang bukan melayu….they cant be seen as favouring and helping the malays too much!
YANG PALING PENTING – apabila UMNO(baru) memasuki sabah dalam tahun 1992, UMNO telah membuka keahlian parti kepada SEMUA BUMIPUTRA. Hari ini
kalau kita bukak daftar ahli-ahli UMNO di sabah kita akan dapati ramai KAUM BUMIPUTRA SABAH BUKAN MELAYU DAN BUKAN ISLAM MENJADI AHLI UMNO!
Jadi secara teknikalnya UMNO(baru) BUKAN LAGI PARTI ORANG MELAYU!…….tetapi apabila time hendak meraih simpati, time lemah….mereka bangkitkan semangat ketuanan melayu…..bagaimana dengan nasib ahli-ahli UMNO sabah yang berketurunan bumiputra bukan melayu dan bukan Islam? UMNO tak perjuangkan nasib mereka kah?
jadi, aku pun naik heran dengan segelintir pemimpin PAS yang dah tak mau pakai jubah dan gian nak pakai baju kot ni……river lagi le tak tahu….hakikat UMNO hari ni!
bat8
Saudara Sheih,
Saya terdiri dari golongan yang pertama mempunyai perasaan marah bercampur sedih. Apa yang dicakapkan oleh saudara adalah benar. Itulah sebabnya Konvensyen Ekonomi Bumiputera yang telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas saya walk out daripada konvensyen tersebut sekerat jalan sebab saya muak dengan segala perbincangan yang telah diadakan. Ia seperti menghadhiri konvensyen tahunan korporat dimana Pengarah Urusan sibuk mewawarkan Strategi syarikat tapi tak ada action plan to follow through untuk results.
Bila saya mencadangkan action plan sebagai peserta konvensyen, bolayan aje mediatiornya. Buang masa aje. Baik angkat kaki blah. Habis kan masa dipejabat dan buat action plan sendiri walau pun kecil, sekurang kurangnya apa yang saya buat secara kecilan dan persendirian akan mendatangkan hasil untuk melahirkan usahawan bumiputera yang hanya diperlaungkan di dewan persidangan. Orang macam saya yang tidak dilayanlah yang melahirkan usahawan dengan membimbing dan melatih usahawan menerusi program latihan yang syarikat saya tawarkan dan menerusi perkhimatan rundingan yang saya tawarkan.
Bank bank komersil lagi tak guna. Pegawai pegawai bank kepunyaan agensi kerajaan pula semuanya nak bahagian masing masing untuk meluluskan pembiayaan untuk usahawan melayu. Belum apa apa lagi, aliran tunai usahawan melayu dah “short” sebab nak kena suap pegawai bank untuk luluskan pembiayaan. Ini adalah golongan kategori kedua.
Kategori ketiga yang saudara sebutkan adalah kategori yang telah banyak melahirkan drama minggu ini di saluran media perdana. Kalau buat skrip memang dah melambak muka suratnya. Kalau saudara Sheih shooting filem tak tahulah dah berapa reel filem nak kena pakai!
Sebagai rumusan, amat menjelakkan segala apa yang berlaku kerana ini semuanya pada hemat saya kerana kita sebagai anak melayu ISLAM takut untuk menegakkan kebenaran kerana takut apa yang akan diperlakukan kepada diri kita di dunia daripada akhirat.
Keturunan Jebat
neutronic,
amboi…bukan main panjang lebar apa yang anda katakan.terima kasih 🙂
anda mengkritik kedua-dua belah pihak.UMNO dan PAS.bagus kerana tidak berat sebelah.saya tidak dapat nafikan sebahagian perkara yang telah anda nyatakan.cuma saya hanya mahu menyentuh tentang perjumpaan/muzhakarah yang sedang hangat diperkatakan.
yang lama dijadikan pengajaran.yang lama dijadikan sandaran.tapi politik tetap politik.masing-masing ada agenda tersendiri.itu tidak dapat dinafikan.kenapa dulu PAS mahu bermukharah tetapi UMNO menolak? dan kenapa sekarang UMNO mahu bermuzhakarah? kena lihat dari sudut PAS dan UMNO itu sendiri.seperti yang saya kata tadi,politik tetap politik.permainan politik itu banyak tipu helahnya.tapi apapun saya mengadaikan yang positif.mungkin PAS dan UMNO ada sebab yang positif untuk mereka bermuzkhakarah.kalo semua benda dilihat dari sudut negatif maka kita tidak akan kemana-mana.
Hebat,
Tahniah, saudara telah mengupas isu ini dengan baik dan berani sekali.
Saya sokong ulasan saudara.
Saya tidak dapat nafikan bahawa banyak isu-isu yang timbul setelah AAB mengambil alih takhta daripada TDM.
Saya juga tidak dapat nafikan bahawa kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh TDm adalah sangat jelas berbanding dengan AAB dalam tempoh lebih kurang 20 tahun kepimpinan beliau.
Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana parti, akan tetapi perubahan yang sedang berlaku di negara mula menunjukkan perubahan arus politik dan polisi kerajaan secara keseluruhannya. Dengan kebangkitan dan revolusi yang dibawa oleh DSAI telah menyedarkan pihak kerajaan dan juga warga rakyat akan perjalanan arus politik dan juga pengurusan kerajaan yang lemah pada masa kini.
Saya percaya kepimpinan AAB masih boleh diperbaiki sekiranya reformasi yang sewajarnya dapat dilakukan di dalam pentadbiran kerajaan. Warga rakyat kini sudah pun semakin bijak dengan perkembangan politik dan isu-isu yang berlaku di dalam negara. Saya percaya reformasi yang dibuat oleh AAB mungkin tidaklah jelas kelihatan pada masa kini, tetapi akan dapat dirasai dalam jangka masa yang panjang. Reformasi yang berlaku di dalam undang-undang, BPR, pendidikan, dan pelbagai lagi akan dapat membentuk malaysia menjadi negara yang lebih stabil dan kukuh dari segi politik, ekonomi, dan membangun sejajar dengan negara-negara yang maju pada masa akan datang.
Mereka sudah gagal dengan Islam Hadhari, kini mahu lari!!!
Pak Lebai masih belum sedari, lama-lama akan jadi balaci kalau mahu terjun ke lembah hadhari.. Masalah melayu kononnya, poodahh!!!! Cakap tak serupa bikin lagi mahu cakap pasal bangsa Melayu..
kawan-kawanku,
Apabila pak lah umumkan ttg ada perjumpaan dan kemudian dia canang dalam media dia tentang gabungan UMNO-Pas (jauh sekali dari makna muzakarah yang dihendaki oleh Pas) kelihatan begitu benar:
1. Umno sudah mengaku tewas dalam memperjuangkan hak orang melayu dan Islam di negara ini sehingga parti itu memerlukan Pas yang telah terbukti terbuka dan sudah diterima.
2. Sikap Pak Lah cuba melaga-lagakan di kalangan pakatan rakyat dan juga sesama orang-orang Pas – akan berakhir seperti berakhirnya perlagaan dan fitnah orang Quraisy yang mengheboh-hebohkan kematian Uthman bin Affan, yang telah menyebabkan semua orang Islam kembali bersatu bagi menuntut bela. Hati-hati Abdullah anda akan terkejut dengan outcomes muktamar Pas yang terdekat.
3. Permainan media yang cuba melaga-lagakan pihak pembangkang nampak gaya telah menjadikan sesama pihak umno sudah menikus. Sifat ‘tikus’ ini dia takkan kira, hak sesiapa sahaja, dia akan ambil kesempatan nanti. Sama-sama lah kita saksikan nanti kemunculan ‘tikus-tikus’ baru selepas ini.
4. Jika Pak Lah berada dalam organisasi seperti Pas, orang seperti ini, akan disuruh letak jawatan serta-merta kerana memalukan parti. Apakah sikap ahli-ahli umno terhadap perbuatan Pak Lah ini?
5. Apa yang berlaku ini, memperlihatkan kepada kita ada satu golongan yang cuba mengotorkan/mencemarkan keadaan. Golongan ‘pengotor’ ini akan dibersihkan sedikit demi sedikit.
Rakyat sudah muak dan akan bertindak. Setiap cukai yang dikenakan kepada rakyat, hasil peluh kerja rakyat di semua peringkat lah yang membayar gaji-gaji pemimpin supaya mereka mengurus negara dengan baik. Kalau nak bahas dan buat keputusan di parlimen, ingat betul-betul bahawa anda semua adalah ‘khadam’ kepada rakyat untuk menguruskan negara. Tolong jangan jadi MP, menteri, timb.menteri, ADUN, yang jahil, cakap perkara tak berfaedah dan tidak berguna.
(* elok jugak yang suka/ada urusan kerja luar negara – buat ‘lawatan sambil belajar’ ke house of Lord/house of Parliment di negara-negara barat dan lihat keseriusan MPs, Senators etc. berbincang hal ehwal rakyat secara matang)
4 tahun bukan masa yang lama untuk tukar kerajaan. Lagilah 2010, itu jangka pendek sahaja.
Yes, Hawaiian hits it right on the nail. It’s not so much Anwar or the opposition parties that the people are going for. Rather it’s the disgust and tiredness of the people seeing and hearing what the present regime’s been doing in the past 50 years. Loads of corruption and disregard for human rights. Where 2 of the most important institutions, the police force and the attorney general department, put there to serve and safeguard the citizens of the country, are cronies of the government. And when that happens, you essentially have a regime that can do practically anything they want with the backing of those 2 institutions. What chance do the innocent citizens have? Let’s fight for true democracy, fairness and rights as in laws and regulations. Irrespective of their colours, beliefs, positions, status and standing, ensure the laws apply equally to EVERYONE. Only by achieving this, can we leave a good country to the next generations.
sdra river
Anda telah miss a very important point – sejak UMNO masuk ke sabah, UMNO SUDAH JADI PARTI BUMIPUTRA!….bukan lagi parti melayu!
Jadi semuanya sudah tak relevan lagi…..mengapa dalam keadaan tersepit dan lemah bawa nada lain pula? Nada perpaduan melayu…bagaimana dengan ahli-ahli bumiputra bukan melayu dan islam kat sabah?
Sekarang rata-rata orang mempersoalkan niat UMNO ajak PAS bermuzakarah sekarang? Mengapa tidak selepas PRU11 tahun 2004 semasa UMNO berada dalam kedudukan yang terkuat dalam sejarah? Mengapa sekarang, bila keadaan tersepit.
Perlu diingat muzakarah pertama lebih kepada untuk membentuk kerajaan campuran anatara PAS-UMNO diselangor. Isu perpaduan melayu dan Islam ini timbul sebagai diversion setelah berita ini dihebohkan kepada rakyat.
bat8
Salam,
PAS perlu ikut nasihat TGNA…
Muzakarah boleh dilakukan selepas pembentukan kerajaan baru..
Jgn layan umno buat masa ini…
PR perlu tumpu perhatian agenda yang lebih besar… 16 sept..
Bukan melayan kerenah anjing tersepit.
Hidup PR
Semoga berjaya ke putrajaya…….
TERMAT SETUJU DENGAN PENJELASAN DI ATAS
Menopause politik hahaha
Pandai binaan ayat!
Keep it up Sheih,
Rgards…
PAS dari penubuhannya hingga ke hari ini, agendanya tak pernah berubah. Ianya dapat difahami oleh kawan & lawan. Very simple. Jika ada pemimpin PAS yang menggadaikan prinsip, sejarah telah buktikan mereka akan gugur. UMNO dikatakan telah tidak relevan…..DSAI????…….DAP???…..PKR……bagaimana AGENDA ye?
ahli-ahli pas jangan sekali-kali percayakan kata-kata manis “si-toyol” – oleh kerana toyol dilahir hanya untuk memechah belahkan orang-orang islam. bagi presiden pas dan timbalannya mari kita singkirkan saja mereka berdua kerana tidak mendapat mandat dari ahli-ahli.
parti pas kepunyaan ahli-ahlinya dan bukan hak milik presiden dan timbalannya. barangkali presiden pas belum dilahirkan sewaktu umno menghina pas dimasa lalu (1974-1978). tawaran umno kpd pas semata-mata niat memecah belahkan pas disamping menjatuhkan pakatan rakyat.
hidup pas bersama pakatan rakyat …..
Dalam politik nie ikhlas ade makna ke?? Semuanya berebut pangkat, harta dan kuasa….
see, Pak Leh showed his ignorance. He, indeed, did not know what is the meaning of ‘Muzakarah’ and the result now is,.. not in his side. the media even has ruined him too. jatuh tergolek-golek. ..la..tak tau makna rupanya….buat malu saja!!
Tuan guru Nik Aziz – has clarified the term ..
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015963&Itemid=85
manusia betul2 jujur payah nak jumpa…kalau macam tu, zaman ni orang akan kata lurus bendul..ada peluang baik…sapu. kalau kita tak sapu, orang lain sapu..peluang susah dapat..bila dah sapu, pikirkan cara nak lepas diri..berbagai alasan disediakan…saguhati, hadiah, sedekah, tanda ingata,..mcm2…bukan RASUAH TAU.RASUAH TAK BOLEH….politik lebih kurang ni kot..hati manusia susah nak duga..kuasa, kekayaan semua orang waras impikan…YANG SAYA TAU, TAK ADA ORANG BUAT KERJA FREE..NANTI NAK MAKAN APA??? apa pun..suruhan agama, kita laksanakan…tak tau pi belAJAR..yang tak baik..tak setuju…
tambah sikit…saya tak pandai ni n confuse…ada sapa2 boleh jawab atau putar belit itu jawapan…malaikat mungkar nakir ada tanya tak ” parti apa kau pilih masa kat dunia”…
Alhamdulillah,
God bless you, TG Nik Aziz! Of all of the people in PAS, it seems that you are the only one who have got “brains” for a practical thinking…
Pada kepimpinan PAS yg lain, yg sudah tu sudahlah! X payah lagi nak bermuzakarah dgn UMNO. Kalau suka sangat kepada UMNO, pergi ajer masuk UMNO. Nak MELAYU, masuk UMNO. Nak Islam, masuk PAS. Jangan jadi pelacur yg melacurkan maruah Islam…
Kalau org2 Melayu skrg pun dah makin ramai yg x mahu ada kena mengena dgn UMNO, buat apa PAS nak lebih2…? Ibarat melepaskan anjing yg tersepit, PAS dan rakyat yg akan ttp di “kencing” oleh UMNO selagi mana kesempatan diberi…
The whole issue here is NOT about PAS, or PKR, or DAP or PR… It’s totally IRRELEVANT! It’s about the RAKYAT vs UMNO! Yes! The whole RAKYAT regardless of race! The real issue here is to permanantly DELETE UMNO, put it into the recycle bin and PURGED the delete button so that UMNO can fade into oblivion forever…
Aku hanya salah sorang dpd rakyat biasa, salah satu dpd berjuta yg bukan ahli pada mana2 part politik! Aku x sokong PAS, aku x sokong PKR dan aku x sokong DAP. Cuma yg aku tahu, aku TAK SOKONG UMNO! Dan aku percaya, ramai lagi org2 yg diluar sana yg mempunyai pendirian seperti aku tanpa mengira bangsa dan ugama….
Aku dah muak dgn UMNO. Aku dah jijik dan loya dgn politik UMNO. Aku dah menyampah dgn keangkuhan UMNO dlm memperkudakan isu “Perpaduan dan Ketuanan” Umat Melayu hanya semata2 utk kepentingan diri sendiri! Siapa yg untung dan siapa yg rugi? Bukan umat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya?
Bagi aku UMNO dah x relevan lagi sejak kematian Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri diluar UMNO! Both of these founding fathers of UMNO died outside UMNO, refused to have anything to do with UMNO and remain steadfast with their convictions which they bring with them to the grave! UMNO has become IRRELEVANT the very moment they’ve decided to only pursue the doctrine of enriching themselves, their families and their cronies by any means, all at the expense of the RAKYAT!
orang terlampau sibuk memperbesarkan hal ini dan memandangnya dari sudut negatif. takpa, faham sangat dengan tingkah laku pembangkang ni. Sentiasa mencari silap dan kalau takda silap, benda yang baik pun akan disilapkan supaya nampak buruk. Teruskan berfikiran negatif, teruskan hidup diceruk yang terlalu curiga terhadap orang lain. Sempitkan otak.
To all aspiring politicians in capitalism democracy nation
It is very very easy to become rich and famous in capitalism democracy government system such as in Malaysia.
Just remember this, Bankers-businessmen and property developers are at the top of human food chain in this system.
As long as you pump in billions into infrastructure construction and property development industry. You will have populace support.
As long as you pump in billions for IT project, you will have more party members to support you, but of course, first you must ensure they all have education background in IT.Cinta IT, Suka IT, Belajar IT.
As long as you spend money in buying Mercedes,BMWs and other luxury cars, you will garner the support of the businessmen’ class since they are doing the job as importers and distributors.These businessmen then will pay money to promoters to sing praises on you and increase your popularity level so that you can continue to become a politician.
Remember this, the 3 golden rule of democracy:
Majority wins
Majority rules
Majority always right!
So dance!!you politician!Dance you must!
Dance to capitalists’ tunes.
Speak against capitalism, you will be bundle out of office in a blink of eyes.
Well said anak amalysia. You have pen down in a beutiful, simple and clear words the feeling of our non-political malay brotherens.
well said!
bat8
UMNO cukup hebat. AAB ingat semua orang tak ada otak dan tak boleh berfikir. Ahli kabinetnya boleh dia cucuk hidung dengar katanya. Dengan gah dia umum dah 3 kali jumpa PAS kononnya dia ada pengaruh boleh ajak musuh duduk semeja. Suratkhabar barua UMNO pun besar2 kejaguhan AAB dan niat AAB. Yang tulus di malaysia ni UMNO saja. Yang lain tak tulus.
Pemimpin pun berlumba-lumba mengulas. Yang pernah larang kakitangannya ke Kelantan tiba-tiba alu-alukan. Yang larang Tuan Guru berceramah di masjid Selangor lahirkan rasa kasihnya pada PAS. Demi Melayu katanya. Umno tak payah nak jadi heri tahi kucing! Anda adalah kelompok penyangak dan tak pernah kasihkan Islam. Islam Hadhari anda hanya pentingkan keraian semata-mata. Program tv, suratkhabar anda hanya heboh dengan benda-benda yang boleh menyeronokkan saja.
Sebagai orang Kelantan kami cukup sedih cara kerajaan pusat melayan kami. Semuanya yang beruk terkumpul di Kelantan. Yang cantik ada di tempat lain. Akhirnya negari anda jatuh juga di tangan pembangkang.
UMNO hanya mahu mengumpul orang-orang yang pandai tipu muslihat. Sebab itulah UMNO boleh hidup tetapi akhirnya apa yang dibuat untuk keselesaan diri sendiri memakan diri. Sekarang UMNO menjaja nasibnya, mengepis hari depannya.
Lucu juga tengah sibuk nak pilih presiden. awal-awal lagi presiden bagi tahu: tak payahlah tanding saya dah nak pergi dua tahun lagi. Tunggulah ada yang ganti saya. Kalau macam tu… YNBI ni oarti tunjuk-tunjuk atau parti cadang-cadang dalam memilih pemimpinnya.
Oh Ya! anda pembaca suratkhabar perdana? Sebelum beli anda kena fikir dengan duit anda itulah dia akan menyerang anda sehingga anda terduduk.
Tanpa beli suratkhabar harian anda jimat duit belanja. Ingat kita boikot Utusan, NST dll sewaktu dengannya.
Dua tiga kucing berlari,
Mana kan sama si kucing belang,
Dlm bnyk2 Perdana Menteri,
Yg kelima ni hobinya temberang…
Buai laju2,
Sampai pokok rhu,
Buat2 x tahu,
Nampak “lena” tapi penipu…
Siakap selama,
Gelama ikan duri,
Sikap selamba,
Akulah imam “Islam” Hadhari…
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Akulah ulamak akulah Perdana Menteri,
Mmg kerja aku utk bohong ngkorang…
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Berbohong-bohong dahulu,
Berbohong-bohong juga kemudian…
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang bohong x perlu dibayar,
Lantak ngkoranglah aku apa peduli…
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih ku lurutkan,
Buang bangsa, ugama dan negara,
Kerana kuasa dan harta hamba turutkan…
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah hamba berbohong lagi dan lagi…
Kajang pak malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang lalu,
Dagang hamba dagang x bertempat,
Dagang hamba buat anak menantu…
Puas saya menanam ubi,
Nenas juga ditanam orang,
Puas sudah ku “cover” sana sini,
Kenapalah ngkorang masih nak bangkang…
Masam manis buah kuini,
Jangan pula makan melampau,
Walau pun ngkorang marah sana sini,
Tapi aku peduli haper lancau…
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami klu nak kena gasak,
X cukup polis, IGP, AG, FRU dan ISA aku kirim2kan…
Naik sampan nak ke seberang,
Pergi bersama dgn si dara,
Hamba x pernah serik2 temberang,
Sebab masih lagi ramai yg percaya…
Burung terbang diatas perigi,
Sampan kolek penuh kelapa,
Mencari harta mudah begini,
Mana mungkin mahu ku lupa…
Buah delima tingalnya satu,
Tempat bersarang semut dan kerengga,
Sunguhpun banyak kali sudah ku tipu,
Namun rakyat mudahnya lupa…
Hamba bukan menggantung walang,
Cuma terniang bunyi senandung,
Canang dipukul rakyat berdalang,
Hamba dan anak menantu hamba juga yg untung…
Masak kari ikan sembilang,
Boleh dimakan di hujung minggu,
Bagaimana gerangan tuan menghalang,
Dah mmg rezeki kami ke anak cucu…
Baik-baik meniti bendang,
Tanah yang lecak licin sekali,
Jangan disalahkan nasib yg malang,
Salahkan saja si peti undi…
Anwar pi belakang (saiful)…
Najib pi belakang (altantuya)…
Paklah pun pi belakang…?
Macamana malaysia nak ke depan ni…???
Both Umno and PAS don’t value the universally accepted doctrine of power separation between judiciary and executive. Pas only says their leaders are “better” Muslims than Umno’s. That’s all. Eventually forces of evil in Umno and Pas join hands. Nasharussyaitan Mat isa & Najib both have no conscience (in fact, as Raja Petra nicely put it, there’s no Malay translation for the word conscience). To Nasharussyaitan, “islam” is about credits and debits. His belief system works like a Bonuslink card, if u get what I mean. Although I voted for Pas in 2008, I started believing that Pas is a bigger evil than Umno.
Semuanya boleh terjadi, tuan.
Saya amat menyokong penuh pandangan Dato Nik Aziz supaya dibubarkan kedua dua parti UMNO dan PAS dan ditubuh satu gadingan parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia.
Maka parti parti lain yang merupakan parti India dan Parti Cina boleh bergabung seperti itu, lagi pun mereka ini telah bergabung secara diam diam selama 50 tahun.
Maka kita ada dua parti, satu parti Islam, dan satu lagi parti bukan Islam.
Buang semua bukan Islam dari parti islam, dan seseungguhnya Melayu lah yang terbesar menjadi parti islam.
Tengok apa boleh buat, seperti pelajaran, bahasa kebangsaan, ugama, tanah air, nama jalan, nama orang, supaya menjadi satu bangsa Melayu Malaysia.
Saya sokong seratus peratus.