Petronas Dan Harga Minyak
Oleh Mahathir Mohamed (chedet.com)
Saya berasa amat sedih kerana ada orang menyalahkan Petronas kerana kenaikan harga minyak sehingga sanggup mengkasari beberapa pekerja Petronas yang memakai baju Petronas dan menolak-nolak mereka dalam keretapi komuter.
Kenaikan harga minyak disebabkan oleh peniaga minyak antarabangsa yang menjual beli minyak sesama mereka seperti dahulu mereka menjual beli matawang negara tertentu termasuk negara kita. Terdapat maklumat yang mengatakan mereka menyewa tanker besar untuk simpan minyak menunggu kenaikan harga.
Kenaikan harga yang amat tinggi mempunyai kesan negatif kepada negara seperti China dan Jepun yang bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.
Di masa yang sama pendapatan dolar yang bertimbun-timbun oleh Negara pengeluar minyak terpaksa disimpan di Amerika. Wang ini digunakan oleh Amerika untuk menampung ekonomi mereka yang menghadapi defisit dalam belanjawan negara dan defisit dalam dagangan Amerika.
Kebanyakan daripada syarikat pengeluar minyak dimiliki oleh rakyat Amerika dan mereka mendapat keuntungan yang amat besar daripada penjualan peratusan minyak yang dikeluarkan oleh mereka bagi negara-negara pengeluar yang tidak mampu mengeluar sendiri. Di Malaysia juga terdapat syarikat-syarikat asing yang untung besar daripada bahagian mereka dalam perjanjian “production sharing”.
Hanya di Malaysia Petronas memiliki bahagian yang lebih besar kerana kita tidak serah semua kegiatan pengeluaran kepada syarikat asing semata-mata. Industri petro-kimia juga adalah milik Petronas.
Kerana Petronas terlibat secara menyeluruh dalam industri minyak ia diundang untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran, penapisan dan lain-lain kegiatan industri minyak di 34 buah Negara.
Keuntungan daripada operasi luar Negara kian meningkat dan pendapatan dibawa balik dan di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. (Read more)
Politik Minyak
Oleh Husam Musa (husammusa.com)
Menaik atau menurunkan harga minyak, adalah pertimbangan politik.
Harga minyak dunia tidak akan terkejar, jika Negara ingin mengikut paras harga dunia. Waktu tulisan ini ditulis, ia sudah mencecah USD 146 satu tong. Sudah USD 11 lebih tinggi berbanding semasa Kerajaan mengumumkan kenaikan terakhir pada 5 Jun lepas.
Pilihan adalah samada untuk melindungi ekonomi Negara kita dan kesejahteraan rakyat atau mengejar harga dunia.
Oleh kerana Negara kita mempunyai minyak sendiri dan minyak yang kita keluarkan mencukupi untuk memenuhi keperluan kita sendiri, kita boleh memutuskan diri kita dari kenaikan harga minyak dunia. Kita tidak perlu terikut dengan harga dunia untuk menentukan harga domestik.
Untuk memudahkan pemahaman, kita andaikan semua keperluan dalam Negara menggunakan minyak yang kita sendiri keluarkan. Kita keluarkan 650,000 tong minyak sehari pada hari ini. Kita gunakan 500,000 tong. Kita masih mempunyai baki 150,000 tong sehari.
Setinggi mana pun harga minyak dunia meningkat, kita tidak perlu risau kerana harga yang kita kenakan untuk diri kita sendiri dari minyak perut bumi kita sendiri, boleh, secara teorinya, dipisahkan dari kenaikan dunia. Kecuali, keluaran kita kurang dari keperluan kita atau kita seronok mengikut rentak kenaikan harga dunia. (Read more)
dengar cerita malaysia ada perjanjian jual gas kat jepun n korea…tuh zaman dulu nyer perjanjian..jual rm 0.68 sen jer..mmg time tuh rega dia camtuh tp masalah nyer perjanjian tuh jugak menyatakan harga xleh dinaikkan…so walaupon rega skang ni dh tinggi..tp rega kita jual kt diorang tetap sama gak..kira nyer skang ni kita untung skt jer..ataupon xde untung lgsg utk perjanjian tuh…lepas tolak kos pengeluaran…
sumber dr engineer shell…tp xtahu mana dia dapat tahu psl benda ni..mungkin sesapa leh buat siasatan lanjut
ni memang sedih..sampai dikasari pulak semata2 kerana kerje kat Petronas. takkan rakyat Malaysia ni tak boleh membezakan bahawa mereka yg duduk komuter ni semata2 nak carik makan saje?
brother shiekh,
Satu pandangan yang berbeza dari dua ahli politik yang berlainan parti dan ini sememangnya berbeza.
Walaupun demikian, apa yang rakyat mahu sekarang ini adalah harga minyak diturunkan. Rakyat biasa tidak perlu tahu bagaimana ianya diturunkan dan kenapa. Yang rakyat biasa tahu, PKR belum lagi memenuhi apa yang telah dijanjikan oleh mereka untuk menurunkan harga minyak.
Bila kah harga itu akan diturunkan?.
Rakyat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan luas tentang geografi dunia tidaklah begitu terkejut dengan keadaan pasaran harga minyak petrol dunia dan boleh memahami apa juga justifikasi yang kerajaan akan buat.
Tetapi kesalan dan rasa terhina rakyat ialah pendekatan dan cara kerajaan menanganinya seolah olah ‘mengenakan’ rakyat dengan pengumuman tarikh kenaikan harga yang berbeza antara Menteri dan PM dan kadar kenaikan juga tidak manasabah. Pada harga USD135 kerajaan menaikan sehingga 41% tetapi membuat kenyataan bahawa tiada lagi kenaikan jika harga mencecah USD200. Otak ‘unta padang pasir husin lompoyang’ agaknya yang dipakai untuk matematik mudah ini.
Kenapa kerajaan tidak naikan 8% pada ketika petrol mencecah USD135, kenaikan 8% lagi ketika mencecah USD145, bererti kenaikan kasar baru 16% kalau diandaikan dari 5 jun hingga sekarang, tidaklah rakyat menanggung beban sehingga 41% sekaligus. Ini menunjukkan rakyat juga bersedia kenaikan 8% lagi pada ketika USD155 dan 8% lagi ketika USD165 dan seterusnnya.
Kalau bukan untuk kepentingan individu sudah pasti kerajaan akan melaksanakan secara berhemah dan tanpa terburu buru.
Badawi’s cronies realized that Dollah’s reign of power is nearly ending while they have not siphoned enough wealth from the country. Hence they created unnecessary projects like new rapid KL buses and sucked the fast money from our petrol subsidy, using incresing petroleum price as an excuse.
Let’s hope that Dollah is shown the exit door comes December, or else his reign of power will be sent to grave in such a disgrace.
Betu tu ZZ , kesian dia…..
Dari segi teorinya memeng PKR kata boleh turun harga tapi untuk implimentationya saya rasa x mungkin…… tapi kalau negara kita memang negara pengeluar miinyak terbesar dunia tu lain cita lah..
tengok Brunei negara kecil, kaya minyak x dapat harga rendah juga. Jadi harga pasara kita x dapat tentukan…. gamaknyalah.
Husam you speak the most sense. At the present crude oil price, we still make US$7.6b pa with no price increase.
How to cut down on our expenditure ?
1) Better utilise putrajaya offices. Move them into few buildings where they can accommodate all of them instead of having a reception the size of a playground and many empty meeting rooms. Dr M use RM18b of Petronas money to build putrajaya and now it’s lease to govt. Left to right pocket (not counting side pocket). The maintenance of each building is more than our fuel subsidy.
2) Sell off unuse govt buildings. Otherwise it will just rot and waste taxpayers money.
3) Move all the ministers to Sri Perdana. Sell off DPM home. The space can accommodate more than the size of cabinet.
4) Get those responsible to pay for PKFZ RM4.6b
It’s hard time. Govt must walk the talk. Ubah dahulu sebelum RAKYAT!
Wow… sebegitu sekali perangai “rasional” rakyat Malaysia ku? Amat membanggakan. Tidak perlu tertanya2 agaknya orang2 berpihak ke arah mana yang berkelakuan begitu. Sikap alahai siap… marah sampai lupa batas kesopanan dan adat budaya. Pada pandangan saya sudah tiba masa kit bergerak ke hadapan dan bersedia unutk apa jua keadaan dan sudah2 lah mahu menyalahkan kerajaan nak nak pula Petronas? Pak Lah? di atas kenaikan minyak ini. Kata mahu rakyat Malaysia yang global, kompetetif, kompeten dan sebagainya, perlulah menerima dan dapat menilai situasi keadaan ekonomi, sosial dan global yang sentiasa dinamik dan berubah!
Salam and good day.
Just a very very simple scenario:
If we all use our petrol for our own consumption at a rate below market price, we could all enjoy dirt cheap petrol for 10 years (maybe less based on our growing consumption).
Then, when we have to import, we realized that the world has left us far behind, with oil prices reaching, for example, USD300 per barrel. But wait, we can afford it, what with the money Petronas has been giving the government…oops…Petronas has not made any profit for the past 10 years because all petrol produced sold at below cost price. No profit to distribute for development. No money to pay for your children’s education.
No need to go to Ivy League Uni to figure Husam Musa’s plan as nothing but a n empty barrel…oil barrel pulak tuh.
Regards
http://www.suaradu.com
sao..perkara pokok kat sini..segala perbelanjaan di bawah kerajaan BN..selagi PR xdapat memerintah dan setup kabinet sendiri…xde harapan PR nak turunkan harga minyak…
Bro Sheikh,
It is easier said than done, without expenditure than no money in the system, and when there is no money in the system it leads to no work, then we start to de-growth. Of course there are some good and always there some bad consequences out of any expenditure expended out to the system. But do we need to force a degrowth nation? or restraining growth in a country?
Saudara 1f34I-I1r3,
Terima kasih, pandangan anda adalah baik.
Tetapi saya rasa kita jangan berjanji dahulu dan sekiranya berjanji dan tidak dapat ditetapi, maka pandangan orang kepada kita akan disalahertikan serta membabitkan kredibiliti penjanji.
Jikalau benar harga minyak dapat diturunkan, tidak payah berjanji pun ianya akan turun juga. Jadi apa faedah berjanji itu. Adakah hanya untuk mengenglabukan (?) para pengundi agar memilih calon?. Kami orang biasa yang tidak faham akan perkara itu keliru bilakah harga minyak akan turun seperti yang dijanjikan?.
SAO
betul tu..macam hebat sangat PR tu nak turunkan harga minyak..dapat beberapa buah negeri pun dah kucar kacir..dengan MB2 tangkap muat mereka..konon nak turun harga minyak..dengar sangat lah semua janji2 kosong tu..tu politik je, nak raih sokongan je..tak payah menaruh harapan sangat..
Assalamualaikum semua,
Bila harga minyak dah naik, mereka marah. Bila dah marah, kenalah cari penyebab untuk dipersalahkan. Inilah mentaliti kebanyakan orang malaysia yang langsung tidak membuka minda dan persepsi mereka terhadap isu kenaikan harga minyak ini dan sebab-sebab tindakan sedemikian diambil oleh pihak kerajaan secara menyeluruh. Kita sepatutnya membuat keputusan dengan wajar dan seadil-adilnya megikut semua jenis pandangan dan aspek dari kesemua belah pihak, bukannya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.
Pihak petronas sepatutnya dipersalahkan atas isu kenaikan harga minyak ini. Saya sebagai warga malaysia yang prihatin dengan isu-isu semasa ini sangat kesal dengan tindakan sedemikian.
Begitulah mentaliti rakyat Malaysia..’Marahkan nyamuk, kelambu dibakar’…Pada hal bukan pekerja Petronas tu yang naikkan harga minyak. Mereka hanya bekerja cari makan..Tak perlulah ditolak2kan..Mereka pun macam kita, cari makan.. Harga minyak naik bukannya Pak Lah saja2 nak naikkan.Harga minyak memang bergantung pada harga pasaran dunia..Ingat senang2 ke PKR nak turnkan balik harga minyak. Walaupun diakui memang kenaikan harga minyak amat memeritkan kita semua, tapi itulah hakikat yang kita terpaksa telan….
Apa? Kalau PKR memerintah persekutuan, harga minyak akan diturunkan? WOW! Hebat sungguh PKR ni..Kiranya PKR ni boleh kawal harga pasaran minyak dunia la kiranya…Mesti terkejut Pak Arab kat negara2 Arab pengeluar minyak dunia… Hentikanlah angan2 tu…Tak kesampaian punya…Kepada sesiapa yang berharap tu, harap dapat berhenti berharap..Berapa banyak berharap daa…
SEDIH DAN PILU ANGKARA HARGA MINYAK NAIK..KUASA BELI DAH BERKURANG. PEKERJA SWASTA LAGI RASA TERITNDAS. PADA SIAPA NAK MENGADU? GAJI BERKURANG, SEBAB KOS MENINGKAT.. SEMUANYA SALING BERKAITAN..BANYAK PIHAK YANG MERASAI KEPAHITAN PADA KETIKA INI. KALAU YANG ADA SEKARANG TAK MAMPU TADBIR DAN KURANGKAN HARGA MINYAK, BAGI CHANCE LA PADA YANG MAMPU DAN BERHASRAT MELAKUKANYA. SELAGI TAK CUBA, TAK SIAPA TAHU..YANG TAK MAMPU, UNDURLAH..