Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional. Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.
Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.
Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotak? Apakah isi kandungan kotak-kotak itu? Hari ini segala-galanya telah jelas lagi bersuluh. Sebenarnya satu ketika dahulu Ezam keluar UMNO dengan enam kotak kosong, tetapi hari ini, Ezam kembali ke dalam UMNO dengan 6 kotak berisi.
Apakah yang diisi di dalam kotak-kotak itu? Apakah enam kotak itu berisi segala bentuk dokumen yang boleh memusnahkan Anwar Ibrahim dan mereka yang setia dengannya? Apakah enam kotak itu berisi segala dokumen dan skandal yang boleh menumbangkan kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat? Atau enam kotak itu berisi berjuta-juta ringgit sebagai habuan kepulangannya ke dalam UMNO.
Seorang Ahli Parlimen yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim memberitahu saya, Ezam menawarkan RM10 juta kepada 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengikutnya menyertai UMNO. Jika ini berlaku, tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dijadikan pesta seperti dahulukala, bila ada pegawai kanan Parti Komunis Malaya menyerah diri, mereka dipaksa untuk membuat kenyataan terbuka dan menyebarkan propaganda Kerajaan. Melihat Ezam di kaca TV memberitahu bahawa beliau memohon untuk kembali ke dalam UMNO kerana kerajaan Pimpinan Abdullah adalah kerajaan yang Pro-Reform, bahkan Ezam seperti tidak tahu untuk menjelaskan keputusannya itu dan asyik-asyik berputar-putar pada kalimah ‘Pro-Reform’ mengingatkan saya disewaktu kecil dahulu menyaksikan bagaimana Musa Ahmad, bekas pemimpin kanan PKM tampil di kaca TV menceritakan mengapa dia menyerah diri.
Mengapa Ezam terjun ke dalam kapal yang hampir pasti akan tenggelam? Mengapa Ezam membiarkan dirinya sebagai tropi suasa Abdullah Badawi? Mungkin didalam darahnya ada sesudu dua darah amfibia dan menjadikan dia bersedia untuk melompat seperti katak.
Tetapi mungkin juga tindakan Ezam itu berdasarkan perancangan teliti yang memakan masa hampir setahun diperingkat perancangan. Perancangan yang diilhamkan oleh seorang ahli politik pembangkang yang amat bijaksana yang terkenal dengan pemikiran ‘out-of-the-box’.
Kembalinya Ezam ke dalam UMNO sudah tentu menambah percakaran di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan juga di peringkat akar umbi di mana Ezam terpaksa bertapak semula. Ezam akan dilihat sebagai Pro Abdullah lantaran menambah gelodak akar umbi yang masih ingat siapa Ezam.
Kembalinya Ezam dilihat oleh akar-umbi sebagai satu permulaan kepada usaha membuka pintu kepada Anwar Ibrahim untuk kembali semula ke dalam UMNO dan seterusnya meneutralkan Najib Razak yang mungkin akan bergabung dengan Muhyiddin Yassin menentang Abdullah.
Anwar Ibrahim tidak pernah menghentam kepimpinan Abdullah bahkan beberapa kali Anwar tampil dalam wawancara akhbar mempertahankan Khairy Jamaluddin.
Namun, Najib Razak tidak pernah terlepas dari menjadi sasaran pelbagai tomahan oleh Anwar. Musuh Anwar di dalam Anwar jelas nampak ialah Najib Razak dan bukan Abdullah.
Apabila Anwar memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan pada bulan September, apakah Anwar merujuk kepada kerajaan Abdullah-Anwar? Apakah pada bulan September Anwar akan menyertai UMNO dan akan dilantik sebagai ‘running-mate’ Abdullah untuk pemilihan pucuk pimpinan parti pada Disember 2008.
Di dalam politik tiada yang mustahil, di dalam UMNO, yang mustahil telah beberapa kali berlaku dan tentu kita masih ingat bagaimana ‘duri dalam daging’ UMNO, iaitu Musa Hitam bergabung dengan musuh tradisinya Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mahathir atau lebih jelas, untuk membunuh Razaleigh ‘once and for all’?
Segala yang berkemungkinan berupaya menjadi kenyataan dan buat masa terdekat, jelas sekali kemasukkan Ezam ke dalam UMNO menambahkan lagi kekusutan yang UMNO hadapi.
Siapakah yang mendapat habuan dari bertambahnya kekusutan di dalam UMNO ini?
kita sama-sama tengok bila pak lah cium ezam katak nie dia akan jadi putera atau badut sarkas! bawak masuk manusia ezam nie pun tak bincang MT.. mmg sah parti dah jadi hak milik keluarga badawi dan KJ!
Not surprised at all. Watch this prophecy http//www.youtube.com/watch?v=hFxO7DWqghM
Dear Kickdefella,
I’m conducting a research on “blogging and democracy” in Malaysia. It would be great if you could be part of it. Please contact me at mingkuok@gmail.com or mingkuok@psu.edu to further discuss about it.
Thank you
Ming Kuok
sheih, i smell somthg fishy going on here especially since anwar is not even a PKR registered member.
Kupasan yang menarik Sheih,
Politik di tanah air semakin kucar kacir terutama umNO & sebenarnya ini satu peluang yang baik bg PAS, Ezam semakin hari semakin berbelit, perlu diingatkan orang yang jilat ludah sendiri tak akan kemana wahai saudara Ezam. contoh sudah banyak dilihat, oleh itu lihat dan fikir lah sdr.
PKR… kepercayaan aku dgn PKR makin hari pudar.
PAS..Kami org bawahan menungu satu pendekatan yang agresif dr PAS dalam keaadaan lawan yang lemah sekarang ni, kelebihan di pihak kita, jangan biarkan kelebihan ini berlalu begitu sahaja!
meludah ke langit terkena muka sendiri……….
Salam ya akhi Sheih,
Nampaknya Ezam dah jadi clone AAB – cakap bercabang2… AAB mencari2 Al-Shafie & Al-Ghazali selama empat tahun… akhirnya terjumpa wang ehsan bertimbun2… Ezam dengan kotak2 “black magic”nya pun bertahun2… sampai sanggup masuk ISA… punya lah acting… sekarang nampaknya “perancangan dari arah selatan” akan terlaksana… kita doakan supaya segala perancangan jahat ini akan menemui jalan buntu, inshaallah, amin!
One can never trust the army of one eye PKR’s Sauron. Few can be examples for us to consider. Kamaruddin Jaafar was among the strongest Sauron’s supporters while in UMNO, making millions from Anwar’s position, but he quickly ended in PAS, why not PKR?
Ezam’s re-entrance to UMNO can never strengthen Dollah position, instead it can spark fire among the UMNO grassroot supporters to push for transition of power, as Ezam is seen as traitor.
And the pact of devils (Dollah, Khairy, Ezam and Anwar), if it has got some element of truth, the PAKATAN and BN were both fooled.
The must be a very good reason why Maha Gandalf placed Sauron in prison.
Siapakah yang mendapat habuan dari bertambahnya kekusutan di dalam UMNO ini?
(sheyh)
Bangsa Singapura.
PKR NOW “GILA TALAK”?.
In begining of the strugle the PKR is something similar to Parti Semangat 46 which is nothing more than another UMNO,or it is a clone type UMNO.In fact most of the Malay members could not shed their UMNO culture and brought it with them into PKR.Initially their struggle is to Free DSAI and if not too much to say they are the hard-core DSAI supporters.Even now they had new partners,PAS&DAP they continue to talk and act as its old partner UMNO. Some of them secretly had many negotiation with UMNO counter part.Its very famous story about Mr.Ezam built very good relation-ship with KJ for negotiate releasing DSAI from Sg.Buluh.After TDM Resign 2003.PR year 2003 Pak Lah win 90% seat.Sept.2004 DSAI freed . (sodomy case overthrown!).Even the Flight Ticket and International passport for DSAI are sent personaly by KJ at DSAI home!.Did you feel something smelt fishy about this?.
For PKR members ,It is like you divorce the first wife and married second wife but constantly talking and love the first wife.This kind attitude in Malay They called “GILA TALAK”.It things not correct and uphold the situation by DSAI immediately,It will not take long for PKR Malay leaders divorce its second wife and return to the first wife UMNO!.This are the leaders hoping for some breads to be thrown to them now!they cannot wait any longer but seems now the neighbour is throwing some expensive food better than the owner.So they will not jump but crawl and wipping their tails and settle down in the neighbour home!.They will do whatever the new master command!.This in our community attitude take generation to get over and healed!.
PAS don’t look back.Climb the uphill with the Most Gracious of Allah Help.Be prepared for another incident of Angkatan Perpaduan Ummah Collapsed as In Mei 1996,Tengku Razali and Dato’Sri Utama Dr.Rais Yatim buried the Semangat 46 and Joint the UMNO again!.For PKR members specialy to Malay… Semangat 46 is dead and buried.In its place you are now!please dont display the serious simptom of “GILA TALAK”.Ask your leaders to act fast for solving this problems ASAP!.May Allah blessed all PKR members!
Mungkin ezam mahu bawa umno masuk pkr? 😛
For a few million he will lick his spit.
For a few million more he will sell his soul.
For a few million he will sell his mother.
How much does it cost to sell melayu in US Dollar?
Kotak? What kotak? Apprently, he already found the highest bidder.
TDM brough us back our dignity beginning with the “dawn raid” and we managed to say “go to hell” to our kiasu neighbour. Anwar, KJ, Badawi… who are you guys? What is the going price?
Ini semua angkara KJ.
1) to put Ezam as his puppet for the pemuda umno chief
2) to make his father-in-law look good, having attracted a PKR strongman into his camp.
3) to make way for DSAI’s comeback into umno
In the early 1990s i was told by a Malay friend that if you want to get rich fast join UMNO. So i think that is the reason why ‘katak-katak’ jumping in and out of UMNO
This is what we call a True Islam Hadari Malay leader…..still in Denial, who will sell Islam, the nation, UMNO & the Malays for his own & family’s ego & survival – “The Malay Dielemma” – may God show them the Truth !
sheih,
Marks my word. I support Anwar as it takes me nearly a decade trying to believe him. And since lack of paklah governence, there is nobody else deserved the PM post but Anwar.
Upon on that, I believe he will bring full throttle of reformation in our system and of course ‘kebajikan rakyat’ will be spare.
But, if Anwar turn to UMNO to be a PM and as a reason to reform, I will not ever to follow any kind of 360 degrees turnover leader including Anwar himself.
Jika Anwar berpaling ke UMNO, tidak kira apa alasan sekalipun, saya tidak akan mengikutnya dan meneruskan wadah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebajikan rakyat.
Ingat, reformasi itu bukan untuk Anwar. Anwar adalah seorang pemimpin yang disanjung kerana perngorbanannya dan perjuangannya.
Kita reformist bukan taksub pemimpin, tetapi taksub ke arah perubahan total !
Salam Kepada Rakan Bloger Semua,
Janganlah kita menghina, mengherdik, membuat fitnah dan perkara yang sewaktu dengannya sesama kita. Wahai saudaraku, janganlah kamu ikut membuat dosa sesama orang ISLAM. Fitnah itu adalah lebih berat dosanya dari membunuh. Saudara Ezam Mohd Nor merupakan mentor saya, berilah dia peluang untuk membuat reform dalam parti barunya, sama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memeliharanya, semoga Kuda Trojan saya tidak lupa apa yang diperjuangkannya.
Cuba saudara fikirkan, pernahkan anda semua merasai hidup dalam penjara semata-mata utk memperjuangkan kebenaran? Saya rasa ini tidak berlaku pada kita semua tetapi Kuda Trojan saya pernah mengalaminya. Saya percaya dan yakin Kuda Trojan saya akan membawa “enam kotak rahsia” untuk menawan kota Putrajaya, Insya Allah
Justeru itu, sama-samalah kita menyokong perjuangan Kuda Trojan dan memberi peluang kepadanya. Sesungguhnya Allah berpihak kepada yang benar.
“Kita akan terus lawan, tidak hari ini hari esok, tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan” Lawan Tetap Lawan!
edyes,
apakah perjuangan anwar? apakah pengorbanan anwar? untuk dirinya?? untuk nafsu serakahnya?? apakah perjuangannya untuk malaysia?
Semoga PKR jangan lah jadi macam Semangat 46,
PAS pula ingatlah angkara Angkatan Perpaduan Ummah dan Jangan toleh belakang dan teruskan perjuangan demi Islam yang memberi rahmat kepada semua golongan rakyat di negara ini,makmur dan aman damai.Federalisma adalah visi PAS!
Abe Sheih dan Adik kakok yang dihormati sekelian..
EZAM… EZAM…
saya tidak pernah suka akan orang ini.. pernah beberapa kali mengikuti ceramahnya – itu pun bukan sebab dia menjadi watak utama.. tidak pernah meminati/mengagumi persembahannya.. adakah kata2nya sekadar retorik? mungkin saja..
Saya tidak lupa dgn kata2nya dlm sidang akhbar, bahawa PAS adalah pilihannya berbanding UMNO – sejurus selepas dia keluar dari PKR.. dan beberapa hari lepas dia bercakap mengenai MENGGUNA & DIGUNAKAN dalam politik.. Adakah beliau lebih baik dari Datuk Ibrahim Ali (DIA) ?? adakah dia setaraf dengan DIA..??
DALAM POLITIK SEMUANYA MUNGKIN… YA!! DALAM POLITIK YANG BERTUNJANGKAN NAFSU DAN BERMATA SATU (MATA KEDUNIAAN) SEGALANYA MUNGKIN…
EZAM… saya suka menyorot kisah sirah PERANG KHANDAQ.. perang selepas PERANG UHUD.. mungkinkah EZAM akan menjadi turning point dalam kekalutan politik malaysia..? adakah EZAM akan menjadi TROJAN HORSE seperti kata DATUK MUHYIDDIN.. orang seperti DATUK MUHYIDDIN YASIN adalah aset yang agak menarik.. mungkinkah beliau dan DATUK SHAHRIR SAMAD akan bersama PAS..?
DSAI masuk UMNO…? mungkin ya.. segalanya mungkin… TGNA pernah berkata sesuatu ttg PKR.. dan semestinya kata-katanya itu ada asasnya..
KERAJAAN PR..? jangan risaukan kelantan.. risaukan negeri2 lain.. kerana.. anda sendiri tahu jawapannya.. EZAM.. EZAM tahu jawapannya..
EZAM.. masihkah akan ada orang yang akan menghargainya seperti selalu..? InsyaAllah.. bahagialah kamu dengan harta duniamu yang amat sedikit berbanding kesejahteraan hidup di AKHIRAT…
Saya juga berfikir seperti saudara. Anwar akan pergi ke mana-mana yang menguntungkan dirinya kerana objektifnya dia mahu menjadi PM Malaysia. Dia seorang yang oppurtunis, tidak sabar dan suka bercakap besar. Saya mengikuti perjalanannya sejak dia menjadi Presiden PKPIM dalam tahun 70an dahulu lagi.Lihat sahajalah. Halangannya apakah UMNO sanggup menerimanay kembali…..
inilah dunia politik malaysia….bukan wadah perjuangan yg bertunjang dihati pemimpin hari ini tp apa yang ada dalam hati diaorang adalah wang,kuasa,nama,kedudukan dan sewaktu dengannya saje..bkn rakyat yang diaorang nak bela tp lebih kpd penjagaan periuk nasi sendiri..bg diaorng xkira parti mana yg diaorng bertapak janji periuk nasi diaorng terjamin..begitulah matlamat2 segelintir pemimpin parti kerajaan mahupun pemimpin parti pembangkang yang berkepentingan diri sendiri..nanti kita sama2 lihat apa yang akan terjadi pd ezam,pak lah dan anuar serta PKR dan UMNO!!!!!!!!!
kepada pak sheikh tlg sampaikan pesanan tok kepada tok guru presiden,tok guru mursyidul dan dato’ husam..”sementara PKR dan UMNO berhadapan dgn konflik ni..PAS haruslah memainkan peranan supaya dapat mengukuhkan kedudukan umat islam dibumi malaysia ni,jgn sesekali mencampuri urusan diaorng krn kemungkinan besar blh menjerut diri sendiri sebaliknya carilah alternatif yang boleh membawa kapada kemenangan yang besar bagi pihak PAS amnya dan UMAT ISLAM khususnya..perjuangan PKR masih samar2 dan bila berlaku konflik ini dan sepertimana penerangan pak sheikh tu xmustahil pesta lompat parti akan berlaku..tapi apa yg tok nmpak xmgkin pemimpin2 PKR akan melompat ke PAS kerana dasar diaorang bkn ISLAM tp sebaliknya.jd disini PAS haruslah memainkan peranan supaya PAS tidak terjerumus ke lembah ciptaan UMNO&PKR demi kepentingan umat islam..tidak mustahil PKR akan meludah ke arah PAS 1hari nanti jika PAS tersalah langkah..tok sentiasa bersama PAS demi Kepentingan Islam..berjuanglah hingga ke titisan terakhir tanpa bergantung kepada Parti Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka ni smua musuh dlm selimut dan gunting dalam lipatan….sesungguhnya PAS adalah sebuah parti ISLAM bukannya parti PERKAUMAN… Tok harap perubahan positif akan berlaku kepada PARTI ISLAM..Takbir!!!!!!!!!!
inilah politik dunia hari ini
tok batin kata politik dunia hari ini..
hamba pacar yg hina berkata.. sudah termaktub jelas 14++ tahun yg lalu akan keadaan di akhir zaman.. tersembunyi kemas dalam lipatan kitab kepada yg tidak mengetahui.. dan jelas kelihatan kepada yg mengetahui..
nampaknya isu berkaitan rakyat terbanyak sudah dilupai.. UMNO yg comot, ditempel oleh make up berjenama PRO-REFORM oleh juru make up baru bernama EZAM..
Kalau Ezam dikatakan sebagai katak …maka banyak sudahlah katak dalam UMNO …. Tengku Razaleugh, Rais Yatim, Shabery Chik, Shahrir Samad, … semua nya katak .. cuma satu kepala katak yangsudah tiada dalam UMNO tetapi sudah jadi MP pula …
Ezam hanya menilaikan semula dirinya supaya lebih nampak berharga, pakej baru dengan harga baru dan pembelinya atau pelanggannya adalah seorang PM yang mundur dan kecewa, sedang terhakis kewibawaan dan sokongan.
Kemasuskan ezam (satu orang) akan menyebabkan paklah hilang kepercayaan dari ‘beberapa’ orang UMNO. Ezam akan jadi kuda tunggangan KJ selepas kuda tunggakan lama seperti Nazri dan Zahid sudah monopause.
ezam nie kalau tgk melalui sesi ceramahnya yang banyak dan sila rujuk you tube… darah dia berwarna hijau… agama dia agama yang dibawa oleh anwar.. cara percakapan dia 100% anwar… cara mulut dia terlopong berhujah pun 100% lopongan anwar… dia tak pernah denounce anwar masa masuk UMNO.. dia tak pernah kutuk PKR masa masuk UMNO… objektif dia tak jelas.. apa kehendak sebenar dia?? siapakah manusia ezam ini hingga masuk UMNO lepas mencerca UMNO dan negara terus dapat jumpa 4 mata dengan PM..
orang muda cawangan semenyih nak apply masuk UMNO… 2 tahun kena tunggu kelulusan.. tapi ezam yang ada track rekod buruk dan busuk nie… bleh masuk UMNO sekelip mata tanpa persetujuan MT dan terus dapat jumpa perdana menteri.. … apa citer nie beb?
EZAM jadi PROTON KRETA KEBAL..
Bukankah ada seorang pemimpin muda ABIM yang popular satu ketika dulu yang begitu rapat dengan PAS dan menentang UMNO dengan keras sehingga di ISA kan juga menjilat kembali ludahnya dengan memasuki UMNO?
Apa bezanya pemimpin ABIM itu dengan Ezam?
Nakhaie masuk UMNO dari PAS..
Keng Yaik masuk GERAKAN dari MCA
Kamarudin masuk PAS dari UMNO
Ibrahim masuk S46 dari UMNO, reversed balik ke UMNO dan sekarang ‘bebas’..
Yap Pian Hon masuk MCA dari DAP
Semua ahli politik sama saja, penjilat ludah sendiri…bergantung disebelah pihak mana yang memandang.
ezam bukanlah 1nama besar dipersada politik negara..bagi tok, ezam hanyak sekadar pelengkap@penambah rasa dalam adunan politik tanah air ni..ezam juga bukan seorang pejuang bangsa@penegak keadilan tp eazam adalah perosak bangsa dan pemusnah negara..dengan adenya makhluk2 perosak yang sedia ada ditambah plak dengan katak hijau ni (ezam) maka bertambah kucar-kacirlah negara ni.
bukan keadilan yang aku cari tapi kejahatan yang ku inginkan……
bukan kebangkitan bangsa yang aku pertahankan tapi kemusnahan negara yang aku inginkan…….
aku bukan penegak keadilan bangsa tapi aku perosak bangsa
aku bukan pandang pada perjuangan tapi nama,pangkat,kedudukan dan harta yang aku pandang…
akulah pemusnah bangsa…
akulah perosak negara…
akulah musuh agama aku sendiri…
akulah musuh paling durjana….
akulah EZAM……..
mana B.rother A.nwar B.in I.brahim?? apsal dia tak bagi komen kemasukan ezam katak dalam AMNO? Aku betul2 musykil permainan orang yahudi totok nie.. KJ, anwar dan ezam nie sambut raya sabath bukan aidilfitri.. hari sabtu duk dalam rumah tak keluar2!
mungkin elok jika ezam boleh kembalikan kotak2 rahsia yang boleh menggulingkan kerajaan kepada Pak Lah. MT pun boleh tanya pasal otak ni.
Kalau anwar jadi PM, mungkin Special Branch boleh buka balik kotak2 rahsia anwar. Shut him up for good.
mungkin elok jika ezam boleh kembalikan kotak2 rahsia yang boleh menggulingkan kerajaan kepada Pak Lah. MT pun boleh tanya pasal kotak ni.
Kalau anwar jadi PM, mungkin Special Branch boleh buka balik kotak2 rahsia anwar. Shut him up for good.
Nak Lihat Apa Ulasan DSAI on Ezam? LIVE BLOOMBERG!
Siapa Timbalan Anwar?
Terry,
Bro Anwar ada reply pasal ezam di sini –> http://anwaribrahimblog.com/2008/05/29/keputusan-sdr-ezam/
Jika DSAI mengikut arus Mahathir pada tahun 1998 lalu, sudah tentu PM kita pada hari ini ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bukan paklah.
kenapa Anwar ditendang dari UMNO secara aib? Kerana perjuanganya membela bangsa dan memerangi kronisme nepotisme dan sbgnya
Nak Lihat Apa Ulasan DSAI on Ezam? LIVE BLOOMBERG!
Siapa Timbalan Anwar??
sila klik sini –> http://edyestv.blogspot.com/2008/06/anwar-will-run-for-malaysia-parliament.html
Edyes,
B.rother A.war B.in I.brahim bukan ditendang dari UMNO kerana perjuangannya menentang kronisme dan nepotisme.. tetapi kerana salah laku seksnya. B.rother A.war B.in I.brahim berjaya memesongkan isu tersebut kepada isu konspirasi dengan jayanya. Dia berada dalam UMNO hampir 20 tahun, apa yang dia lakukan untuk menentang rasuah?????? Harap saudara buka hati dan mata untuk lihat fakta dan bukan retorik yang keluar dari mulut B.rother A.war B.in I.brahim .
kisah makin menarik, kita tengok episod seterusnya……….banyak kejutan!!
Salam hormat,
Takpalah, Katak-katak yang UMNO ternak di Sabah sejak 1994 gemuk-gendut belaka. UMNO adalah penternak katak yang paling berjaya dan cemerlang. Hidup BN (Barang Naik) Eh Eh Eh.:)
Wassalam.
Ezam seorang oportunis dan tidak berprinsip. Setelah menghetam UMNO, Mahathir, Dolah dan sekutunya kini hendak jadi ahli UMNO pula. Apa kelebihan Ezam sehingga hendak diheboh sangat oleh media? Ezam bukan pakar ekonomi yang boleh menyelesaikan masalah negara sekarang. Dia hanya seorang politikus yang bankerap. GERAK tak bergerak dan tiada sokongan kewangan. Tak siapa pu nak ambil kisah apa yang diajukan oleh badan ini. Ezam pernah keciwa dan meninggalkan PKR. UMNO pernah ditinggalnya dan dihina teruk dengan kata-kata kesat. Kesemua pemimpin UMNO pernah dihina dan dikutuknya. Tiba-tiba nak kembali kepada UMNO. Apa muslihatnya? Tiada duit kok? Mungkin malu kerana PKR dapat menambahkan kerusi di Parliamen dan memerintah 5 buah negeri? Orang begini tidak boleh dipercayai langsung. Dia tetap akan ditolak rakyat. Ini bukan politikus yang berwibawa tetapi politikus cari makan. Bagaimana rakyat boleh bergantung kepada orang yang tidak berprinsip seperti ini. Kononnya “pro-reform”. Entah apa yang PM buat selama ini yang “pro-reform”? Tak payahlah berslogan secara picisan begini. Rakyat bukan bodoh lagi.
jika di baca komen B.rother A.nwar B.in I.brahim ttg ezam masuk UMNO sah mmg ezam ni kuda trojan anuar… tapi binatang kuda terlalu mulia utk diberikan gelaran kepada manusia ezam.. ezam lebih sesuai disamakan kepada darah B.A.B.I yang banyak dijadikan makanan dalam mee sup oleh bangsa bukan Islam di negara China atau di Hong Kong!
alamak bro… minyak naik lg! selok kekeng laaaaa…
Orang UM NO yang disenaraikan oleh Ezam sebagai kaki rasuah mengurut dada lega. Maklumlah Ezam dah tinggal satu reba dengan mereka. Lepas ni Ezam tak akan bercakap lagi tentang dakwaannya dahulu. Dia sedang tunggu habuan dari Pak Lah dan KJ. Inilah contoh pejuang kalau tidak berpaksikan agama. Semuanya main akal dan pertimbangan sahaja. Akhirnya masuk dalam selera nafsu nakkan kedudukan.
Ezam bukanlah nak berjuang apa-apa. Kemasukannya dalam UMNO tidak lebih dari perseteruan dengan beberapa individu dalam PKR. Tapi ada juga cerita tugas Ezam ialah tarik beberapa UMNO agar berpaling tadah. Ada perjanjian kalau belot… PM orang PKR tapi TPM mesti orang UMNO yang berpaling tadah… yang pasti bukan Najib. Awas UMNO jangan kena main oleh Ezam yang licik. Tapi tak payahlah kagum sangat dengan Ezam yang cuba bersih najis daklam tong taik.
maybe we should ask ezm now what he has to say about the petrol price hike. this was the same bloke who once fought for the people.
syeikh..minyak naik…semua naik..jom ajak Husam beniaga kuda ganti rapid kl hehe
lepas kenaikan harga minyak, aku rasa aku kena naik basikal lah.
Salam
Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
Video 7-Siapa godfather Anwar ?
Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Orang politik ni memang x boleh dipercayai…
Seems like theres so much going wrong with the BN. I where’s the rot coming from? I understand the much publicized issues with UMNO, and even more with MIC, but I can’t help but wonder what’s wrong with MCA? What do YOU think is wrong?
To be honest, I think it’s the least wrong party in BN; but it does need to refocus on what it is set up to do in the first place.
What would YOU do if you led them?
Sabtu, 2008 Mei 31
Walimatulurus: Mat Ezam & Ummi Mariammah Nagore Omar
Pada hari Rabu lalu, sorang saudara lama aku, Mat Ezam melangsungkan perkahwinannya dengan bekas isteri lamanya, Ummi Mariammah Nagore Omar. Panjang sangat namanya! Baik aku panggil UMNO saja lah. Cis! Lagi tak sedap!. Ok lah. Aku panggil nama timang-timangan dia, Chom Bee.
Aku tak pernah tengok janda Mat Ezam ni, sebab aku kenal Mat Ezam selepas dia bercerai dengan isterinya. Masa tu, dia kahwin dengan anak saudara aku, tahun 99. Abang aku kawin dengan sorang perempuan Cindian, mak Cina bapa India. Bila abang aku dapat anak, tak tau nak bubuh nama apa. Nak sedapkan hati semua pihak, dia bubuh nama, Pauline Khairunissa Raj. Fair and square. Sapa pun tak kecil hati.
Tapi perkahwinan tu tak lama. “Susah ,Yob! Pagi nasi lemak, tengahari tosai, malam Char Kuey Teow, perut selalu meragam!” rungut Mat Ezam.
Bapak Chom Bee ni ‘money changer ‘ kat lebuh Chulia. Depan Restoran Kapitan. Dah puluh tahun depa duduk kat situ. Sebelah kedai depa ada satu masjid, Masjid Nagore Shariff, sempena nama Tok dia. Bila Mat Ezam dapat tahu bapak Chom Bee dah balik keChennai, Mat Ezam rasa dia ada chance nak rujuk balik. Apatahlagi, semua bisnis orang tua tu dah pass kepada Combi. Meleleh la air liur Mat Ezam.
Aku dapat tahu, Chom Bee ni, anak penakan K.M Oli Mohamed. Bila aku Tanya K.M tu apa dia? Mat Ezam bagi tau, Kutty Mohamed. Aku kata, macam biasa dengaq saja! Mat Ezam jawab, ” Awat tak biasa, khalu dia orang kuat kat Kedah dulu!”
Whoa! Mat Ezam ni jawa pekat! Tiba-tiba dah cakap Penang. ” Dulu 7 tahun aku duduk kat Tanjung tapi Pak Mentua aku peghalau. Bukan aku tak sayang kat bini aku, tapi dah orang tua tu tak suka, aku nak buat macam mana?”
Majlis perkahwinan sepatutnya diadakan diMasjid India diLebuh Pitt, tapi pasai adik beradik Chom Bee tak berkenan dengan Mat Ezam, sebab dulu Chom Bee ditinggalkan semasa mengandung enam bulan, semua pakat boikot. Maka terpaksalah majlis perkahwinan dibuat dirumah bapa saudara Mat Ezam di Kuala Lumpur. Mat Ezam pun seronok la, tak payah pakai kurta, tak payah suap halua.
Tapi kesian kat Chom Bee, semua sedara dia tak mai. Nana-Nani, Khala-Khalu, Bu-Bai, Mamu-Mami, semua tak mai. Nasib baik ada sedara sekapal yang mai. N.M Reezal, Azeez, Kadeer Naina Mohamed, ada la sejuk hati sikit. Belah Mat Ezam pulak, aku tengok ada jugak beberapa orang tua buat tangkal. Opah Pidah pun ada. Wah! Mak Andam Hishamuddin pun ada!
Oleh kerana Mat Ezam kawin janda lamanya, majlis tak lah meriah sangat. Pulak tu mak bapak Chom Bee pun tak suka, jadi tak dak wali nak penikahkan depa. Terpaksalah cari wali hakim. Nasib baik Tok Imam Badawi setuju. Kalau tidak, naya saja.
Aku tukang bawak hantaran. Ada enam dulang, tapi semua serupa. Aku pun tak tau apa isinya. Mat Ezam jalan berlenggang bawak borang kahwin.
Tok Imam Badawi tanya kat Mat Ezam, ” Rukun kawin ada berapa?”
“Lima!” jawab Mat Ezam.
“Tu rukun nikah! Aku tanya rukun kahwin.” Balas Tok Imam Badawi.
“Dua” jawab Mat Ezam sekali lagi.
“Apa dia?” Tanya Imam Badawi.
“Beras dan keras” jawab Mat Ezam selamba.
“Whoa! Hapai no! Maklum la, dah tiga kali lompat, dah biasa la.” perli Imam Badawi.
“Kita mula no? Tanya Imam Badawi kat saksi-saksi. Terkejut tengok saksi-saksi yang nak kawinkan Mat Ezam ni. Raja Petra, Hishamuddin Rais dan Hamdan Taha! Macam Royal Inquiry kes Lingam pulak. Isham Rais tu ada ayaq sembahyang ka tak dak?
Imam Badawi pun memulakan majlis akad kahwin. “Aku kahwinkan dikau, Mat Ezam bin Sugiarto dengan Ummi Mariammah Nagore Omar dengan maskahwin sebanyak lima ringgit suku, tunaaiiiii!”
“Aku setuju dikahwinkan dengan Ummi Mariammah Nagore Omar dengan maskahwin sebanyak lima ringgit suku, tunaaaiiiii”
“Sah?” Tanya Imam Badawi kat saksi-saksi. Semua angguk.
“Belanja hangus tak dak ka?” Tanya Raja Petra. “Ada, dua juta!” jawab Mat Ezam.
“Mana hang dapat duit banyak tu?” Raja Petra terkejut beruk.
“Ikut adat sebelah sana, depa yang bagi. Bukan aku yang keluaq” jawab Mat Ezam .
“Habih hang bawak apa?” Tanya Isham Rais.
“Hantaran, enam kotak” balas Mat Ezam. Senyap soh satu dewan.
“Bukak tengok!” kata Tok Imam Badawi.
Mat Ezam pun bukak kotak pertama. Tengok-tengok kasut tumit tinggi yang dah patah. Terkejut lah masing-masing, riuh rendah sampai Opah Pidah melatah.
“Opocot kasut aku mak kau pakai,Ishhh. Tok kau Opah aku!!” Opah Pidah melatah tak tentu keruan .
Kemudian dibuka satu lagi kotak. “Aaauwww!!!!” Jerit Mak Andam Hishamuddin. “Sampai hati, you. Nanti la. I cubit you sampai lebam, tauu!”
Aku tak tau binatang apa yang menyebabkan Mak Andam Hishamuddin marah. Mungkin Mat Ezam curi lipstick ataupun bedak sejuk Mak Andam. Aku pun tak mau tengok apa ada dalam empat kotak lagi.
Hangpa nak tau, pi tanya kat Raja Petra, Isham Rais dan Hamdan Taha.
Bila dah selesai, tibalah masa untuk menyarungkan cincin kejari Chom Bee. Yang ni aku teringin nak tengok, sebab aku tak pernah tengok muka Chom Bee.
Masyaallah!!! Bila aku tengok muka Chom Bee, ketaq lutut aku. “Macam ni yang Mat Ezam berkenan sangat? Rambut dah gugoq, kulit dah kendoq, gigi dah berteraboq, Astaghfirullahilazim!!!
Aku tanya kat Mat Ezam, dia jawab sempoi saja.”Anak mami, got money”
“Hang kata kat aku, janda hang baru 20 tahun. Ni aku tengok kurang-kurang pun mesti lebih 60 tahun.” Aku tanya kat Mat Ezam.
“Dia lahir tahun 46, tapi dalam IC tahun 88” jawab Mat Ezam.
“Macam mana boleh jadi lagu tu?
“Dia masuk ikut Sabah!!”
Dicatat oleh Mat Saman Kati di 12:08
Nak bawak Ezam masuk balik UMNO kenalah naikkan harga minyak, kalo tak mana nak cari duit…
Salam,
Bila nak kuar poster baru, kalau boleh bertemakan ‘PM-5 sebagai Bapa Kenaikan’
Salam dari
http://kuda-trojan.blogspot.com/
hahahahahah…. Bro Mat Saman dah boleh jadi penulis skrip utk filem baru Bro Sheikh….. mesti Box Office