Ahli nombor satu UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamed, pada jam 12.35 tengahari tadi mengumumkan keluar dari UMNO. Sehingga saat ini Kickdefella belum mendapat sebarang pengesahan dari mereka yang terdekat dengannya.

Bagaimanapun sumber dari The Star mengesahkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah keluar dari UMNO.

Pada minggu lepas, ada usaha untuk menyatukan pemimpin-pimimpin Melayu Islam di bawah payung Pakatan Rakyat bagi memastikan nisbah kekuatan ras dalam Pakatan Rakyat adalah seimbang.

Sebelum ini Kickdefella telah merumuskan bahawa, sejarah membuktikan semua bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO. Adakah ini satu sumpahan yang berterusan hingga ke hari ini?

Meanwhile UMNO Veteran and former Kedah Menteri Besar, Sanusi Junid has also announce his decision to quit UMNO. Current situation will mark further instability within UMNO as the dominoes will start to fall piece by piece solely due to the ignorance of it’s President.

The nation currently waiting and guessing who going to be the first UMNO MP to quit UMNO. Kickdefella believe it will not be Mukhriz Mahathir.