FADE IN :

30. EXT – RUMAH AZURA – SIANG

Azura sedang berdiri di sisi kawannya, Wati yang sedang duduk membaca suratkhabar. Azura mencuri baca sama suratkhabar itu. Artikel itu berkaitan dengan Zuher dan bertajuk “Sasterawan Negara Bela Zuhairi” dan tajuk kecil “Ayah, Lelaki & Jutawan bawa filem kita ke era baru”.

Seorang kawan lain, iaitu Sam datang dan meletakan buku di meja lalu duduk berhadapan mereka.

SAM
Hei Ra, petang ni tak jadi training nyanyi…

AZURA
Tak… Nilah si Wati ni… lembab sangat…
tak dapat booking studio…

WATI
Bukan aku lembab… minggu lepas lagi
booking dah penuh…

Azura tarik kerusi lalu duduk. Dia menarik buku Sam.

AZURA
Sam… lepak rumah akulah petang ni…
akupun belum siap homework aku….

WATI
Nanti kejap… apa kata kita tengok wayang…

SAM
Okey… aku nak tengok cerita baru Brad Pitt…

WATI
Ah tak naklah, aku nak tengok cerita melayu ni,
Ayah, Lelaki & Jutawan…

AZURA
Ah boringlah!!! Malu aku… tak ada class lah
beratur beli tiket filem Melayu..

WATI
Hei… bagus cerita ni…

SAM
Sapa cakap bagus… sister aku dah pergi
tengok… boring gila dia cakap… dahlah tu
bukan ramai orang tengok pun, masa dia pergi
tu adalah 15 orang dalam panggung, lepas setengah
jam dah separuh keluar…

AZURA
Tapi masa midnite itu hari full house…

WATI
Engkau orang ni… perasan aje nak jadi artis,
sebenarnya buta seni… dengar ni…

Wati baca dari artikel itu.

WATI
Menurut Seniman Negara itu lagi, filem
sulong arahan Zuhairi Haji Mohammed Kamal
bukan sahaja mempunyai kekuatan visual yang
luarbiasa, ia juga mempunyai garapan estetika
yang layak menjadikannya filem Melayu paling
indah dalam sejarah industri perfileman tanah air….
Buat pertama kalinya anda akan merasakan tiket
yang anda bayar itu sebenarnya terlalu murah untuk
karya sehebat itu.

CUT TO :

31. INT – PANGGUNG WAYANG – SIANG

Azura, Wati dan Sam duduk sebaris di dalam panggung yang hanya di isi oleh empat orang penonton sahaja.

Sam sudah hampir separuh lelap, manakala Azura asyik memandang ke arah penonton ke empat, iaitu seorang lelaki yang duduk di satu sudut. Lelaki itu asyik bercakap di handphone.

LELAKI
Macam ni suratkhabar cakap bagus… dan satu jam
aku kat sini, belum ada nyanyi – nyanyi lagi, bercinta
pun tak ada… asyik bercakap aje… dahlah tu… lama –
lama pulak tu bercakap.

Di skrin kelihatan Zaleha sedang bercakap dengan Haji Mohammed Kamal di ruang tamu Banglow mewah itu.

CUT TO :

32. INT – RUANG TAMU BANGLOW MEWAH – MALAM

Zaleha sedang bercakap dengan Haji Mohammed Kamal.

HAJI MOHAMMED KAMAL
They all were announce dead on arrival…
Zuhairi bertuah… tiada siapa dapat memberi
penjelasan bagaimana dia boleh selamat… syukurlah…
tuhan itu Maha Kaya.

ZALEHA
Maha Kaya bagi kita… bagaimana dengan
keluarga mereka yang meninggal…

HAJI MOHAMMED KAMAL
Zaleha….

ZALEHA
Papa… apa lagi yang akan menimpa abang…
dulu, lepas tiga bulan kahwin… dah bercerai…
masa tu dia baru 19 tahun… okey I can accept
bila orang kata, apa nak buat, jodoh dia tak
panjang…. now, he have a decent family,
a son… just suddenly, there it goes again, god
take them away…

HAJI MOHAMMED KAMAL
Dia akan kaya dengan pengalaman itu… that’s
why he lived… he survived… because he gonna
be a strong man, dia akan hidup dengan
pengalaman yang tak dimiliki oleh orang lain.

ZALEHA
Yes yes yes… dia hidup seperti Oedipus…
hidup untuk merana… atau apa mungkin, dia
satu watak dalam dunia Shakespearean “Tragic
Hero” …

Haji Mohammed Kamal diam.

ZALEHA
Saya kesiankan dia… malang yang bertimpa – timpa…

Haji Mohammed Kamal bangun.

HAJI MOHAMMED KAMAL
Papa hanya berharap papa hidup cukup lama
untuk melihat anugerah yang bakal diterimanya
disebalik penderitaannya sekarang.

Haji Mohammed Kamal tersenyum kepada anak perempuannya.

HAJI MOHAMMED KAMAL
Good night.

Haji Mohammed Kamal beredar.

Zaleha menoleh ke satu arah lain. Zuher sedang duduk di sofa di satu sudut.

SUASANA SUDAH BERUBAH, SEKARANG IALAH SETELAH KEMATIAN HAJI MOHAMMED KAMAL.

ZALEHA
That was then… three years ago.. bila
abang nak balik semula ke US ?

ZUHER
Tak tahu lagi… mungkin seminggu dua lagi…
Jane mahu pulang segera… kami mengendali
kan bengkel teater di sana… few of us… kami
ada satu group teater, tak besar, dalam tiga belas
orang ahli.

ZALEHA
Jane, she’s nice… bila papa beritahu
abang sudah berkahwin semula… I feel good
for you.. I’m really happy…

Zuher dan Zaleha kembali diam. Suasana dalam rumah itu menjadi sunyi semula. Sebenarnya tiada banyak yang dapat mereka berdua kongsikan sebagai adik beradik. Mereka sudah tidak mesra lagi. Kadang – kadang mereka tak punya apa untuk diceritakan. Jelas sekali jurang di antara mereka.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Zuher memecah semula kebuntuan itu, sekadar untuk menamatkan malam itu secara rasmi.

ZUHER
Okeylah, abang rasa, baiklah you naik tidur…
tentu letih… lama dalam flight….

Zuher kemudian beredar. Zaleha masih di situ.

CUT TO :

33. INT – PERKARANGAN RUMAH – SIANG

Sekitaran rumah itu tenang dan sunyi sahaja. Terdapat sebuah kereta mewah di porch rumah itu dan juga sebuah kereta biasa. Seketika kemudian sebuah kereta mewah lain masuk ke perkarangan rumah itu dan memecah kesunyian di situ.

CUT TO :

34. INT – BILIK TIDUR ZUHER – SIANG

Zuher sudah siap berpakaian, dia hanya termenung di tingkap. Dia kelihatan menanti sesuatu yang amat besar sekali.

Jane pula sedang berpakaian di satu sudut lain rumah tersebut.

CUT TO :

35. INT – BILIK TIDUR ZALEHA – SIANG

Zaleha juga sudah siap berpakaian rapi. Dia berlegar – legar di sekitar biliknya.

CUT TO :

36. INT – BILIK ZUHER – SIANG

Jane merapati suaminya yang masih termenung itu.

JANE
Are you nervous ?

Zuher menoleh ke arah Jane. Jane menjamah pipi suaminya,

JANE
You are nervous….

ZUHER
Am I ?
CUT TO :

37. INT – RUANG TAMU – SIANG

Ismail merapati pintu utama lalu membukanya,

ISMAIL
Selamat pagi Dato’

RAZALI
Mail… how are you…

Ismail mencapai briefcase Dato’ Razali.

Cara Dato’ Razali bercakap amat protokol sekali. Cara dia berpakaian juga begitu. Sekali pandang saja nampak sangat karektor Western Oriented Gentlemen yang menebal dalam dirinya.

CUT TO :

38. INT – BILIK ZUHER – SIANG

Zuher masih berbicara dengan isterinya.

JANE
I’m nervous… since the first day we arrived
here… I don’t like it…

CUT TO :

39. INT – BILIK TIDUR ZALEHA – SIANG

Zaleha masih lagi berlegar – legar didalam bilik itu. Dia juga nampak sudah semakin gementar.

CUT TO :

40. INT – BILIK TIDUR ZUHER -SIANG

Zuher masih lagi bersama dengan isterinya.

JANE
Promise me… finish this and we are out
of here….

Zuher memegang tangan isterinya.

CUT TO :

41. INT – KORIDOR MENUJU KE BILIK – BILIK – SIANG

Ismail berjalan seorang diri menuju ke arah bilik Zaleha.

45. INT – BILIK STUDY – SIANG

Dato’ Razali membuka briefcasenya. Kelihatan dokumen – dokumen wasiat Haji Mohammed Kamal berada di dalam tersusun rapi didalamnya.

ZUHER V.O
Don’t you think we belong here…

JANE V.O
Neither me nor you…. it’s so uncharectoristic
for us to be here…

ZALEHA V.O
Dato’ is it appropriatte for us to have this meeting
now and today.

ISMAIL V.O
Dato’ Razali, Encik Zuhairi, Puan Jane dan Cik
Zaleha… pada saat ini, saya telah menyempurnakan
janji saya pada arwah untuk memastikan perjumpaan
ini dilakukan seberapa segera… dengan ini, berakhir
sudah tanggungjawab saya selama 10 tahun sebagai
setiausaha sulit Arwah, izinkan saya mengundur diri.

CUT TO :

49. INT – BILIK STUDY – SIANG

Zuher, Jane dan Zaleha sedang duduk di sofa berhadapan dengan Dato Razali. Mereka memerhati dengan gementar tangan Dato’ membelek dokumen dihadapannya.

DATO’
Ladies… gentleman, maka hari ini, 17
Januari Seribu Sembilan Ratus Sembilan
Puluh Empat, seperti terkandung di dalam
perjanjian saya dengan Allahyarham Haji
Mohammed Kamal… maka seperti kehendak perjanjian
berkenaan, saya hari ini akan menunaikan
perjanjian itu dengan membaca surat wasiat
Allahyarham, seperti kehendaknya dihadapan
tiada orang lain melainkan Encik Zuhairi Haji
Mohammed Kamal… Cik Zaleha Haji
Mohammed Kamal dan Puan Jane
Baiduri Douglas Abdullah…. maka izinkan
saya menunaikan janji saya tanpa sebarang
halangan.

FLASH TO :

50. EXT – PERKARANGAN BANGLOW – SIANG

Ismail membuka pintu rumah dan membimbit sebuah beg pakaian sederhana besar dan juga sebuah briefcase. Perlahan – lahan dia menutup semula pintu itu. Ismail melangkah beberapa tapak lalu berhenti. Memandang semula pintu yang sudah tertutup rapat itu.

CUT TO :

51. INT – BILIK STUDY – SIANG

Dato’ Razali masih membaca dokumen yang berada di hadapannya

DATO’ RAZALI
Maka pada hari ini bertarikh 21 March Seribu
Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tiga, saya
Haji Mohammed Kamal bin Arshad dengan
ini menulis wasiat ini untuk dibacakan sesegera
mungkin apabila saya meninggal dunia nanti.

FLASH TO :

52. INT – BILIK STUDY – SIANG

Ismail sedang duduk di satu sudut. Di sebelahnya ialah seorang jurutaip yang sedang menaip apa sahaja yang di katakan oleh Haji Mohammed Kamal.

Dato’ Razali pula sedang berdiri sambil menghisap paip berdekatan dengan tingkap.

HAJI MOHAMMED KAMAL
Maka, wasiat ini hendaklah di anggap sebagai
sah dan rasmi dan bererti terhapusnya segala
wasiat – wasiat yang terdahulu. Dan tiada selepas
ini mana – mana pihak boleh mengemukakan
sebarang dokumen yang cuba menentang kesahihan
wasiat ini.

Haji Mohammed Kamal termenung.

FLASH TO :

53. INT – BILIK STUDY – SIANG

Zuher membisikan terjemahan bacaan Dato’ Razali kepada Jane.

Di satu sudut, Dato’ Razali sedang meneguk segelas air kosong.

FLASH TO :

54. EXT – HADAPAN BANGLOW – SIANG

Ismail membuka boot mercedes dihadapan perkarangan banglow itu. Dia memasukan beg pakaiannya ke dalam banglow itu. Dia kemudian menghidupkan kereta berkenaan.

CUT TO :

55. INT – BILIK STUDY – SIANG

Haji Mohammed Kamal memandang ke arah Ismail.

HAJI MOHAMMED KAMAL
Kenderaan rasmi saya dan semua kenderaan saya
yang lainnya hendaklah diserah miliknya kepada
Encik Ismail Mahmud.

CUT TO :

56. INT – BILIK STUDY – SIANG

Dato’ Razali sedang membaca Wasiat.

DATO’ RAZALI
Kediaman rasmi saya di Kuala Lumpur ini hendaklah
dikosongkan selepas seminggu dari tarikh wasiat ini
di baca dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat bagi tujuan penempatan anak – anak yatim.

FLASH TO :

57. INT – RUANG TAMU – SIANG

Zuher sedang termenung seorang diri di ruang tamu. Jane juga turut bersalam dengan Dato’ Razali.

Di satu sudut lain, Zaleha sedang bersalam dengan Dato’ Razali.

Jane merapati Zuher.
CUT TO :

58. INT – BILIK STUDY – SIANG

Haji Mohammed Kamal kelihatan sedang berfikir.

FLASH TO :

59. INT – BILIK STUDY – SIANG

Dato’ Razali terus membaca wasiat tersebut.

DATO’ RAZALI
Segala kediaman – kediaman lain, bersama
dengan 55 peratus ekuiti pelaburan saya di dalam
Fly Mohammed Kamal Sdn Bhd, Mohammed
Kamal Properties, Mohammed Kamal and
Co, Jaya Construction, Street Holding, Mohammed Kamal
Diversified, Communication Fleet Holding ( Fade under )

FLASH TO :

60. INT – BILIK STUDY – SIANG

Dato’ Razali menghembuskan asap paipnya.

Haji Mohammed Kamal sedang berfikir dan tiba – tiba dia bersuara.

HAJI MOHAMMED KAMAL
Remang Engineering Malaysia….

FLASH TO :

61. INT – RUANG TAMU – SIANG

Zuher masih termenung di sofa di satu sudut. Jane datang menghampirinya dan duduk di sebelahnya. Zuher memeluk isterinya rapat dengannya.

Zaleha mengambil tempat di satu sofa hampir sebaris dengan Zuher. Mereka semua berpandangan ke arah berlainan. Tiada siapa memulakan bicara. Bahkan tiada siapa berminat untuk berbicara. Mereka terus senyap.

Buat beberapa ketika suasana sunyi sekali. Hampir tiada pergerakan didalam banglo besar itu.

CUT TO :

62. INT – BILIK TIDUR ZUHER – SIANG

Keesokan harinya. Zuher terjaga dari tidur. Dia terus bangun dan menyandar. Jane terperanjat. Menoleh dan memandang Zuher seolah meminta penjelasan,

ZUHER
I want to make a movie….

JANE
Pardon…

ZUHER
I want to make a movie….

JANE
Movie ?

ZUHER
I’m rich… I’m a millionaire, I gonna
make a movie..

FADE TO BLACK :