dsc_0005.jpg 

 

Ibu, 

aku telah pulang

ke bumimu

yang dulu kau julang

bersamaku 

 

Ibu,

Aku telah pulang

Mencari gelodak pedoman

Yang telah hilang

Sejak alam mengajarku kemodenan

 

Aku mimpikan sejuta subuh

Bersamamu

Aku impikan sejuta dinihari

Ibuku

 

Ibu,

Aku telah pulang

Ke bumimu

 

Aku rindukan suara mesra

Mendodoiku pada lagu

Yang tidak sempat ku cari tajuknya.

 

Aku rindukan lauk lemak

Yang menjadi dagingku

Yang tidak sempat ku tanya awasnya

 

Aku rindukan kau ibu,

Menanti di bangku senja

Menghitung kepulanganku

Dengan senyum dan tangismu.

 

Ibu,

Aku telah pulang ke bumimu

Mencari jejak 

Mencari tapak

Yang kau tinggalkan dibumimu.

 

mama.jpg 

foto ehsan Ahiruddin Attan a.k.a Rocky