Ini adalah sebahagian dari surat mohon maaf peribadi dari Ketua Pengarang Bernama kepada Lim Guan Eng yang kemudiannya di siarkan untuk tatapan umum oleh Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP. 

“I would also like to take this opportunity to apologise for the sloppy editing in the news story of March 12, 2008, which we mistakenly quoted you as commenting on the May 13 incident as well. The inclusion of the fact was intended to give background on the establishment of the NEP in 1971. Nevertheless, upon a thorough review, the inclusion of that fact along with your quote may have been inappropriate.”

 

Surat tersebut bersama sedikit kekecewaan boleh di lihat di blog Rocky. 

Apa yang diakui oleh Yoong ialah beliau menambah latar belakang sejarah yang mengakibatkan terangkanya DEB. Bagaimanapun, latar belakang sejarah itu, akibat suntingan yang kurang baik mengakibatkan pembaca sangka itu adalah kenyataan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, di dalam kenyataan kepada Media oleh Karpal Singh, yang dipetik oleh Star, Karpal Singh mengulangi apa sebenarnya yang di kata oleh Lim Guan Eng berhubung DEB di Pulau Pinang. 

“…he wanted to run the state government administration free from the NEP that breeds cronyism, corruption and systematic inefficiency,”

Jadi, Karpal mengiyakan bahawa Lim Guan Eng mahu mentadbir Pulau Pinang bebas dari DEB yang pada pendapatnya mengakibatkan berleluasanya kronism, rasuah dan pentadbiran yang secara sistematik tidak efisien.

Lim Guan Eng harus sedar, Polisi-polisi dalam DEB tidak membuat berleluasanya semua itu. DEB secara dasarnya mengangkat satu polisi untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Apa yang mengakibatkan unsur-unsur negatif berleluasa ialah masalah kelemahan pentadbiran dan penyalahgunaan kuasa yang mengakibatkan DEB dipersalahkan.

Menerusi DEB, tidak boleh dinafikan Malaysia menjadi lebih aman dan masa depan terjamin. Sedar atau tidak, orang Melayu terutamanya menikmati hak untuk mendapat pendidikan yang lebih baik. Menerusi DEB jugalah, ketengangan kaum akibat rasa tidak puas hati berkurangan. DEB tidak sahaja dinikmati oleh bumiputera dan Melayu tetapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa kebanyakan mereka sedari.

Jika bukan Bumiputera merasakan bahawa perlaksanaan DEB tidak menguntungkan mereka, sebaliknya merasakan ia menggalakan kronism dan lain-lain, mereka juga harus sedar, bahawa bumiputera juga terjejas akibat elemen negatif tersebut yang membelenggu perlaksanaan DEB.

8 Mac 2008 melihat majoriti rakyat Malaysia keluar mengundi sebagai rakyat Malaysia bukan lagi sebagai Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kenyataan Guan Eng dan tindakan Kit Siang sebenarnya lebih banyak mengguris perasaan rakyat Malaysia keturunan cina daripada rakyat Malaysia keturunan Melayu. Rata-rata kita seharusnya menerima hakikat bahawa kerana DEB lah kita boleh menjadi bangsa Malaysia. Tanpa DEB, mungkin kita bermimpi pun tidak mampu.

Apa yang perlu ialah keberkesanan DEB yang kurang memberangsangkan itu di perbaiki oleh Barisan Rakyat sementara kita membentuk satu polisi yang lebih sesuai dengan keadaan semasa dan lebih berpadanan untuk kita mencapai Wawasan 2020.

Rata-rata, kita sudah selangkah ke hadapan di dalam menjadi warga Malaysia. Janganlah DAP membawa kita selangkah ke belakang semula.

Saya berharap, saya dapat menutup episode kelabu dalam kita merayakan kejayaan rakyat ini. Bagi DAP yang merasakan bahawa Media Arus Perdana memutar belitkan apa yang mereka katakan, saya rasa itu alasan yang hanya membodohkan diri. Bukankah sebelum menjadi Ketua Menteri lagi tokoh ini merasakan Media Arus Perdana tidak berlaku adil padanya. Kenapa pulak sejak jadi Ketua Menteri terhegeh-hegeh untuk mendampingi Media Arus Perdana. 

Bercakaplah menerusi blog. Mintalah Jeff Ooi siarkan transkrip temuramah itu sepenuhnya supaya mudah rakyat menilai. Dan seperkara lagi, rakamlah dengan video dan letaklah di YouTube supaya rakyat boleh melihat sendiri apa sebenarnya yang diperkatakan dalam temuramah sebegini.