dsc_0425.jpg

Kota Bharu, Hari Mengundi 2008, 4:18 pagi.

Lebih kurang Tiga Ribu Rakyat Kelantan berkumpul seawal jam 12.00 tengahmalam bagi membuktikan penyatuan rakyat menentang BN. Sepanjang-panjang Jalan Pasir Putih dari persimpangan Jalan Perkeliling hinggalah ke persimpangan Kubang Kerian, rakyat Kelantan yang kebanyakannya baru pulang dari luar Kelantan berkumpul dan mengibarkan bendera-bendera PAS dan PKR serta gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

dsc_0440.jpg

Tindakan mereka adalah untuk membuktikan kesetiaan dan kesediaan mereka untuk mempertahankan Rakyat dari kegelojohan BN untuk merampas Kelantan. Ia juga sebagai amaran kepada BN yang dijangkakan akan menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menang.

dsc_0444.jpg

Ada diantara mereka mengaku secara terang-terangan kepada Kickdefella bahawa mereka pulang dengan menggunakan wang yang diberikan oleh BN. Kata mereka, tiada salahnya kerana wang itu adalh hak rakyat yang selama ini disamun oleh BN.

Apa yang menghairankan tiada seorang pun anggota polis yang beruniform berkawal disitu.

Rakyat berkumpul dengan aman dan penuh kegembiraan serta semangat yang membara walaupun sekali sekala beberapa buah kenderaan yang membawa bendera BN lalu disitu dengan tujuan membuat provokasi. Bagaimanapun, disiplin rakyat adalah amat tinggi.

Suasana sepanjang jalan itu begitu bising dengan bunyi hon dan bunyi kenderaan serta laungan kata-kata semangat dan mengeji BN yang bagi mereka telah mengakibatkan penderitaan terhadap mereka yang mencari nafkah di kota-kota besar.

dsc_0450.jpg

Sementara itu suasana di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan dan bilik Gerakan BN sunyi sepi. Pos-pos BN di sekitar Jalan Telipot, Lundang dan Kubang Kerian ditinggalkan kosong setelah mereka menyedari segala dakyah mereka bahawa mereka mendapat sokongan padu rakyat yang inginkan perubahan ternyata palsu belaka.

dsc_0457.jpg

Namun begitu, diharapkan Mereka yang masih lagi berkumpul di saat posting ini ditulis, dapat bangun awal pagi esok untuk membuang undi dan masih mempunyai tenaga untuk berkumpul di pusat-pusat pembuangan undi bagi mengawal daripada sebarang penipuan yang terancang oleh BN.

dsc_0464.jpg