pru120012kota-bharu.jpg 

Update 8.50 amBeberapa buah bas dilaporkan memasuki Chalet Lata Hujan dan Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Tanah Merah. Oremis itu dikawal rapi oleh anggota keselamatan swasta yang bersenjata api. Apabila wakil-wakil PAS mahu memasuki premis itu untuk mendapat kepastian, pihak yang mengawal tidak membenarkan dan ugut untuk menembak sesiapa yang masuk ke premis berkenaan. Adalah dipercayai bas-bas tersebut membawa masuk pengundi klon dan disembunyikan di situ. Posting Asal Seorang broker pengundi Klon awal pagi ini menyerahkan 28 kad pengenalan milik pengundi yang berdaftar di DUN Bukit Panau dan Kemahang kepada peguam PAS Sdr Hisham Fauzi di Gual Ipoh.

Setelah disemak dengan daftar pemilih, kesemua 23 pengundi ini sah berdaftar di DUN Bukit Panau dan 5 lagi di DUN Kemahang dalam Parlimen Tanah Merah. Broker yang dirahsiakan namanya ini membuat pengakuan bahawa 28 pengundi ini tidak ada di Tanah Merah tetapi menyerahkan kad pengenalan untuk orang lain mengundi bagi pihaknya.

Ini adalah kes terawal yang diterima berhubung pengundi Klon yang dijangkakan berlaku secara meluas di Kelantan dan di Terengganu. 28 Kad pengenalan ini akan ditunjukan kepada pihak media antarabangsa dan tempatan yang telah dihubungi supaya ke Tanah Merah dengan segera.

Kesemua 28 orang pengundi ini telah didaftarkan oleh Barisan Nasional seawal tahun 2004 lagi. Kedua-dua kerusi DUN ini dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 manakala Parlimen Tanah Merah dimenangi oleh Barisan Nasional.

pru120007kota-bharu.jpg 

 pru120023kota-bharu.jpg

pru120024kota-bharu.jpg 

pru120026kota-bharu.jpg 

pru120038kota-bharu.jpg