Dato’ Husam Musa semalam memberitahu pihak media bahawa kerajaan negeri Kelantan terpaksa mendeposit hampir RM60 juta ke dalam akaun bank CIMB atas desakan Dato’ Seri Najib. CIMB bank diterajui oleh adik kepada Dato’ Seri.

kemiskinan-tegar-leaflet.jpg

Kerajaan negeri Kelantan khuatir jika tidak tunduk kepada desakan Najib, Felda tidak akan membayar kerajaan negeri Kelantan lebih RM90 juta yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

hutang-leaflet.jpg 

Dato’ Husam juga hairan mengapa Muhyidin Yassin menuduh Kelantan hampir bangkrap sedangkan hutang tertunggak Kelantan jauh lebih rendah dari Johor. Kelantan juga tidak ada masalah dengan kemungkinan tanahnya dirampas oleh pihak asing seperti Johor yang berhutang lebih RM4 billion dan menghadapi kemungkinan tanah-tanah negeri Johor yang dijadikan kolaterol akan dirampas dalam tempoh 14 hari jika Johor Corp gagal menjelaskan hutang tersebut apabila ia matang pada 2009. Husamhari ini menyerahkan dokumen CDRC dan Bank Negara kepada pihak media bagi menyokong hujahnya.