Di dalam sidang media hari ini, Dato’ Haji Husam Musa mengesahkan desas-desus yang telah hangat menjadi perbualan kedai kopi bahawa jentera Barisan Nasional di seluruh Kelantan hambar dan tidak bermaya.

Dato’ Haji Husam Musa bagaimanapun mengingatkan jentera pembangkang supaya jangan ambil sambil lewa didalam menggerakkan jentera parti diperingkat peti undi masing-masing kerana kita tidak mengetahui dengan tepat mengapa jentera BN menjadi sedemikian.

Fenomena yang melanda jentera BN di Kelantan ini merupakan satu fenomena yang sungguh membingungkan. Tidak dapat dipastikan apakah ini satu strategi BN yang hanya akan bangkit disaat-saat akhir atau memang benar maklumat yang diterima bahawa perpecahan dalam BN sungguh dasyat.

Kemungkinan benar jentera BN telah tersungkur akibat perpecahan ada benarnya kerana di dalam ucapannya kepada orang ramai semalam, Dato’ Seri Najib berkata, jika Awang Adek, Annuar Musa dan Mustapha Mohamed boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, BN boleh merampas semula Kelantan. Ucapan itu dibuat ketika ketiga-tiga mereka berada di pentas bersama Najib.

Di dalam tinjauan di bilik-bilik gerakan BN di sekitar Kota Bharu, jelas dilihat bahawa bilik gerakan BN agak lengang dan hanya dijaga oleh budak-budak belasan tahun yang sudah pasti belum layak mengundi.

Bagaimanapun, BN Kelantan juga dilihat lebih menumpukan kepada penggunaan gangster, peras ugut dan kekerasan disamping jentera pusat seperti Polis dan juga GLC seperti Telekom untuk menjalankan aktiviti subversif mereka.