Ketua Polis Kelantan sebentar tadi terpaksa akur dengan permintaan Badan Perhubungan PAS Kelantan berhubung larangan penggunaan skrin besar dan lcd projektor untuk tujuan ceramah dan kempen serta bagi menayangkan video. Dato’ Haji Husam memaklumkan Global Media Channel menerusi talipon jam 5.50 tadi bahawa, Ketua Polis Kelantan telah menarik balik larangan tersebut. Ini merupakan tamparan paling pedih buat BN Kelantan yang amat takut dengan visual-visual penyelewengan, penipuan dan aktiviti-aktiviti tidak sihat mereka ditayangkan kepada umum.