Awang Adek tergolek dari kerusinya di Restoran Hayaki apabila seorang rakannya menunjukkan video taklimat media harian PAS yang diletakkan di youtube.

Dalam usahnya menghubungi Kuala Lumpur, Awang Adek telah tertukar diantara handphonenya dengan curutnya yang bernilai RM500 sebatang itu mengakibatkan cuping telinganya melecur.

Entah siapa yang dihubunginya di Kuala Lumpur tetapi semenjak itu, setiap kali selepas talimat media PAS yang dikendalikan secara harian oleh sebuah syarikat PR, Global Media Channel yang berpengkalan di Kota Bharu, ‘seseorang’ dari Kuala Lumpur akan menalipon wartawan yang membuat liputan dan bertanya tentang isu yang dibangkitkan oleh Dato’ Husam dalam sidang media itu.

Awang Adek, setelah menyapu ais ke telinganya yang melecur itu, dia mengelengkan kepala beberapa kali tidak percaya yang PAS begitu advance di dalam kempennya dan mampu mengadakan taklimat media setiap hari sedangkan BN Kelantan sendiri terlalu kelam kabut hingga pihak media yang mengejarnya pun tak dilayan.

Awang Adek cuba menyedapkan hatinya bila berkata, biarlah Husam bercakap dengan media 24jam sehari, bukan kita bagi keluarpun dalam suratkhabar!

Seorang rakannya bercakap dengan nada agak rendah, memberitahu, masalahnya, transkrip taklimat media itu disebarkan ke seluruh Malaysia dengan pelbagai saluran. Videonya pula dicetak ke DVD dan tiba-tiba sahaja, entah pengundi-pengundi dari mana pun, tiba-tiba menerimanya di postbox mereka. Awang Adek termenung sekejap sambil meniupkan angin ke curutnya.

Kawannya membuka handphone communicatornya dan menunjukkan mesej yang tersebar. Mesej itu tertulis,

“Waktu Awang Adek jd chairman tnb, ada contract 3jt mt dengan harga USD49/mt tapi tenaga Coal International hanya dibayar USD30/mt. Ada unsur korupsi USD60jt dlm transaksi ini! 20% batu arang tnb dari Indonesia. Waktu geger TCIL ditawar, hanya dinilai USD23.85 jt pada tahun 2006. Tapi tnb bayar USD60 jt utk surat izin pada tahun 2002.”

“Doli (peduli) ada aku” Kata Awang Adek. Kawannya merasa marah lalu meninggi suara, “Tu lah mu, pade doh ore panggil Awe Agah!”.

Mungkin Awang Adek tertanya-tanya, mungkinkah video aksinya di Restoran Hayaki ini akan keluar di dalam youtube juga? Awang Adek hanya mampu menunggu.