Kebangkitan Rakyat di seluruh Malaysia mengakibatkan BN menjadi amat parah. Dato’ Husam Musa dalam sidang medianya kepada para wartawan hari ini memberitahu bahawa gelombang kebangkitan BN di Kelantan khasnya dan di merata-rata tempat di seluruh Malaysia menyebabkan tekanan yang amat kuat terhadap BN. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa pula di dalam sidang media sebelumnya memberitahu bahawa ‘manifesto’ BN 2008 membuktikan bahawa setelah 50 tahun memerintah Malaysia, BN hari ini mengaku bahawa gagal untuk menjamin Keselamatan, Keamanan dan Kemakmuran rakyat Malaysia. Atas sebab itulah, BN terpaksa menggunakan PRU 12 untuk berjanji menjadikan Malaysia selamat, aman dan makmur. 

Lebih menyedihkan, BN terpaksa berjanji di dalam ‘manifesto’nya bahawa mereka akan berusaha menjaga keselamatan taman-taman permainan di Malaysia.

Kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini juga bersetuju bahawa apa yang BN kata sebagai manifestonya sebenarnya lebih kepada pembentangan belanjawan. Husam dengan menyindir berkata dia ingatkan itu sebenarnya buku belanjawan.

Sementara itu, di Kelantan keranapan Barisan Nasional semakin jelas apabila bakal ‘Menteri Besar’nya, Awang Adek terpaksa lari ke Restoran Hayaki pada malam semalam kerana Dato’ Husam membuat ceramah di Bachok. 

Sewaktu Husam berceramah dan menerima penyertaan 125 orang ahli UMNO ke dalam PAS, Awang Adek dilihat sedang menghisap curut di Restoran Hayaki di Kota Bharu.

Gegaran yang paling dasyat setakat ini buat BN apabila Ustaz Nasaruddin berkata, rata-rata rakyat Malaysia bersedia mengundi pembangkang bukan atas dasar ideologi tetapi disebabkan faktor protes ke atas kelemahan pucuk pimpinan UMNO. Ini kerana ramai pengundi bukan Islam telah dengan terbuka berjanji akan mengundi PAS dan tidak lagi hiraukan ideologi PAS.

Bahkan, mereka secara terbuka mengakui bahawa Perjuangan Islam PAS ternyata lebih moderate dan bertamadun daripada Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah.

Husam pula dijangka akan membentangkan satu wadah baru buat rakyat Kelantan yang akan meranapkan BN di Kelantan ‘sehingga kiamat’. Menerusi kiasannya, Husam memberi isyarat kepada media bahawa wadah ini adalah berbentuk perjuangan habis-habisan mendapatkan royalti daripada operasi carigali Gas Asli di perairan Kelantan. Sehingga kini adalah disahkan oleh Petronas bahawa kawasan persisiran Pantai Kelantan tersimpan reserved Gas Asli sebanyak 13 trillion MMscf yang boleh diexplore untuk lebih 7 generasi. Berdasarkan kadar royalti bahan petroleum hari ini iaitu 5% yang menjadi milik negeri, beerti hasil bumi Kelantan dari sudut royalti sahaja telah bernilai hampir RM200 trillion.

Kebangkitan rakyat akan menjadikan BN lemah dan akibatnya akan terpaksa akur terhadap tuntutan rakyat termasuk tuntutan rakyat Kelantan terhadap hak pendaratan gas asli dan royalti hasil exploitasi bahan bakar.

BN Kelantan sudah semakin tercorot ke penjuru dan kemungkinan besar pada kadar serangan rakyat sekarang, BN Kelantan akan K.O sebelum tamat kempen pilihanraya.

Gelombang Rakyat telahpun memuncak di Kelantan. Sudah tiba masanya rakyat di negeri-negeri lain turut sama dengan arus kebangkitan rakyat ini. Hanya dengan mengurangkan majoriti BN dengan hanya memberinya simple majority sahaja, BN akan mendengar suara rakyat dan menjadi pemerintah yang taat kepada rakyat.

Sedarlah wahai rakyat, bukan rakyat yang sepatutnya taat kepada pemerintah, tetapi pemerintah yang sepatutnya taat kepada rakyat!. 

Rakyat yang memilih, melantik dan membayar gaji pemerintah. Oleh yang demikian, siapa bos? Siapa anak kuli?

Bangkit terus rakyat Malaysia. Tuntutanlah ketaatan daripada pemerintah kita!