For more on the campaign trail, click here.

jentera-pada-doh-18-tahun.jpg

 

Rata-rata para wartawan yang membuat liputan media sempena PRU 12 di Kelantan merasakan bahawa BN sudah menempah maut di Kelantan. Di dalam sessi taklimat media harian PAS, seorang wartawan dari Kuala Lumpur mengatakan kepada Dato’ Husam bahawa dia merasakan seolah-olah gelombang kebangkitan BN hanya mainan media di KL sebab bila di Kelantan, BN seorang hidup segan mati tidak mahu.

Bagaimanapun, Dato’ Husam dengan rendah diri berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan gelombang tidak menjadi BN kerana PAS kenal sangat musuh tradisi rakyat itu. BN mempunyai kekuatan jentera dan stamina yang sukar ditandingi.

Sokongan media juga semakin melonjak-lonjak buat rakyat walaupun tulisan mereka dimasakkan pula di Kuala Lumpur.

Masalah sebenarnya hari ini, musuh BN di Kelantan dan di Malaysia bukan lagi PAS tetapi rakyat Malaysia yang selama ini senyap dari menyatakan pendirian politik mereka.

Bagi pembaca Kickdefella di Republic Ireland, Ireland Utara, Wales, England, Scotland, Jordan, Yaman, Canada, Amerika Syarikat dan New Zealand dan terpencil dari maklumat semasa di Kelantan, sila maklum bahawa kebangkitan rakyat Kelantan menentang Barisan Nasional begitu jelas sekali. Bagi pembaca Kickdefella di seluruh Malaysia, Kickdefella ingin menjemput anda bersama-sama menyertai kebangkitan rakyat di Kelantan. 

Pilihanraya 8 Mac bukan lagi soal PAS menentang BN tetapi pertarungan satu lawan satu antara rakyat menentang BN.

Sementara itu kepada Khairy Jamaluddin, sebentar tadi Dato’ Husam mengumumkan kepada media bahawa menjelang tarikh pilihanraya nanti, dia akan membongkar segala taktik dan strategi Khairy Jamaluddin untuk PRU 12 yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. “90% maklumat itu kini sudah berada di tangan saya. Bersabarlah” kata Husam.

Sidang media hari ini juga turut disertai oleh seorang blogger dari Kuala Lumpur. 

Transkrip sidang media harian boleh diperolehi di www.globalmediachannel.tv. Videonya boleh disaksikan di youtube.