dsc_0261.jpg

PKR’s Credibility Eroding, Says Nik Aziz

KOTA BAHARU, Jan 18 (Bernama) — Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who is Kelantan Menteri Besar, says Parti Keadilan Rakyat (PKR) is in “a state of disorder” and he believes that the PKR’s credibility is eroding.

He said Pas would not rely on a cooperation with the PKR but was more willing to have a straight contest against Barisan Nasional (BN).He was commenting, after delivering a weekly lecture at his party’s office here Friday, on a reported statement by the PKR recently that it would not contest in Kelantan in the coming general election.”We had the experience of cooperating with Parti Melayu Semangat 46 in the 1990s, then the pact crumbled and they returned to Umno,” he said.However, he said, the relationship between Pas and the PKR was still good and it would continue as long as the PKR still needed Pas as a partner.

 

Nik Aziz tidak yakin pada PKR, anggap ia “bercelaru”18-01-2008 07:05:33 PM

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu “mencelarukan”.

Malahan, katanya, Pas lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat Pas di sini hari ini, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman Pas menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980an dan awal tahun 90an.

Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno,” kata Nik Aziz.

Pada pilihan raya umum 2004, PKR bertanding tiga kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di Kelantan tetapi tewas kesemuanya.

Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Nik Aziz berkata Pas akan menyertai pilihan raya selagi sistem itu membolehkannya untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak mungkin Pas menolaknya dan menggunakan kekerasan dalam mendapat kuasa, katanya ketika ditanya oleh wakil Metro TV dari Indonesia mengenai kedudukan Pas dalam sistem pilihan raya di negara ini.

“Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu,” katanya. BERNAMA

P/S : I was hit, I was elbowed, I was smacked, I was…. But I don’t care. Nevertheless, I pull it out, because I care for HIM. 

 

 dsc_0232.jpg