Kalau tidak dah mati YB Che Gu Rahim dan mayatnya sudah tentu kita langkah-langkah. Nasib baik juga Karam Singh Walia bukan YB DAP, kalau tidak sudah tentu Nik Aziz terpaksa membuat fatwa baru untuk membenarkan perbuatan Karam Singh Walia.

Malang bagi Karam Singh, kedua-dua pemimpin kesayangan kita iaitu Nik Abdul Aziz dan Wan Abdul Rahim tidak kelihatan muncul untuk membelanya. Ini kerana Karam Singh Walia hanya di dakwa menghina orang-orang Melayu. Cuba kalau Karam Singh Walia menghina Islam, tentu sekali dia akan mendapat pembelaan sepenuhnya dari dua Abdul ini.

Better luck next time bro!

Oh ya, dan semalam Nik Aziz mengesahkan pertemuan Malam Natal di Istana Terengganu. Alhamdullillah ini satu perkembangan yang baik. Lebih-lebih baik lagi Nik Aziz menghadiri makan malam Natal itu sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa Nik Aziz tidak akan di dakwa atas kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.

Sudah pasti kedua-dua insiden itu tidak berkaitan.