Usah berdalih Ariffahmi, Kita Jumpa Di Mahkamah Bila-Bila Masa

23 11 2009

Esok Ariffahmi akan memanggil mesyuarat dengan kakitangan PMBK. Esok juga khabarnya Ariffahmi akan dipanggil oleh SPRM. Saya berharap Ariffahmi akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya segera esok dan mesyuarat itu adalah yang terakhir. Ini akan memudahkan kakitangan PMBK memberi kerjasama di dalam siasatan SPRM.

Sewaktu sidang medianya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz tadi, Ariffahmi sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan yang terdapat didalam blog ini dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini adalah kali ke tiga ugutan dibuatnya bermula dari sidang medianya di rumahnya pada 11 November 2009. Nasihat saya pada Ariff, selesaikan dahulu masalah anda dengan SPRM. Selepas tamat siasatan SPRM dan sekiranya nama anda telah dibersihkan oleh SPRM, kita boleh bertemu di mahkamah pada bila-bila masa.

Tetapi sebelum itu, ada baiknya Ariffahmi memohon khidmat nasihat daripada pihak Parti dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebab kalau-kalau akibat saman ini banyak pula yang menjadi berita-berita panas.

Sementara itu, ada baiknya blogger-blogger upahan termasuk Ustaz Pil Kuda yang pernah dibuang kerja kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah agar pulangkan segera lap top milik perbadanan yang digunakan untuk kepentingan dakyah peribadi orang-orang tertentu. PMBK juga harus menyiasat pembayaran yang dibuat keatas mereka ini termasuk pembayaran pejabat sekali.

Rangkaian blogger ini diwujudkan oleh Ariffahmi untuk menyembelih mereka yang dirasakannya adalah penghalang cita-citanya. Antara yang telah menjadi mangsa blogger Ustaz Pil Kuda ini ialah Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kakitangan wanita PMBK yang sering berlagak seperti orang hilang akal dibelakang CEO dan bersikap pijak semut tak mati di depannya bolehlah turut berundur secara terhormat. 

Sementara itu saya amat berharap Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan meminta nasihat dari Lembaga Penasihat PMBK didalam membawa CEO baru ke dalam PMBk dengan kadar segera. Biarlah CEO ini seorang yang amat luas pengalamannya dan seorang yang terkenal dengan integritinya. Ini kerana terlalu dalam lurah yang telah digali kambus oleh Ariffahmi dan terlalu banyak baik pulih harus dilakukan.

Akhirnya saya berharap episod ini dapat ditutup sepenuhnya.





Leave Husam Alone, Please…

23 11 2009

Husam’s surgery is scheduled for today. He will need 5 days of rest. Please leave him alone.

Between Husam and me, there are nothing left accept for love and respect. I haven’t met Husam since  my last assignment with him on the 9 September 2009. He drop me at a hotel in KL way past midnight that day. We have taken separate flight back to KB on the 10 September 2009, the day my contract was terminated after merely 3 hours back in KB.

We supposed to meet in MB’s office but Husam was caught stranded mid-way when his official car breakdown.

What ever I have written in this blog or what ever my comment to the media is of my own. There are neither hidden hand nor secret instruction.

Like many people who has been touched by him, it is hard to forget the memory. With the termination of my contract, there is no more professional link between us.

I was asked by a television station to talk about Husam. I turned down the request like I have turned down other requests before.

I have sms Husam two days ago, offering my service to take care of him during his hospitalization period. He never replied. Perhaps it is for the best. I fully understand. We should not be seen together.

I would like to take this opportunity to wish him a safe surgery and a speedy recovery. My doa will always be with him and his family.

I seconded Nik Aziz’s claimed about Husam which appeared in today’s paper. He is a give by god not just for Kelantanese but for all Malaysian. Let us not forget that.

 





Jawapan Kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan.

22 11 2009

Tuduhan Saya Yang Mana Satu Ialah Khabar Angin, Zaki?

Laporan The Star hari ini menulis dakwaan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan sebagai berkata apa yang ditullis di dalam blog ini adalah sebagai khabar angin yang tidak berasas,

He regarded the posting by controversial blogger Kickdefella, also known as Syed Azidi Syed Abdul Aziz, about the issue as substantiated rumours.

“I understand that many allegations had been made in the blog but to date I have never heard anything factual and even in today’s meeting nothing about the investment arm was discussed or spoken.”

Saya ingin bertanya kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan, dakwaan saya yang manakah yang tidak berasas?

Salinan 1/3 daripada dokumen yang terdapat pada saya telah saya serahkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan tetapi malangnya saya mendapati pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 11 November 2009, satu usaha telah dibuat untuk memperbetulkan dokumen-dokumen tersebut supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak tercalar oleh perbuatan menantunya yang telah membelakanginya didalam membuat arahan-arahan bertulis tersebut.

Minit mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Perbadanan Menteri Besar Kelantan bertarikh pada 29 September 2009 juga telah diubah setelah perbincangan di antara Ariffahmi dan Nazeri Deraman di pejabat Ariffahmi di PMBK. Salinan mesyuarat yang telah diubah itu telah diedarkan kepada semua pihak yang terbabit.

Apa yang berlaku di dalam mesyuarat pada 29 September 2009 ialah di penghujung mesyuarat, Nik Aziz telah mengeluarkan sekeping nota dari koceknya dan membaca nota yang berbentuk pujian kepada menantunya sebelum mengumumkan dia telah melantik menantunya sebagai CEO PMBK berkuatkuasa pada 1 Syawal 1430H (Iaitu seminggu sebelum mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat).

Di dalam minit mesyuarat yang diubah, dimaklumkan perlantikan Ariffahmi adalah berdasarkan satu usul yang dibuat dan Nik Aziz telah berkecuali daripada terlibat didalam perbincangan.

Saya tidak edarkan untuk tatapan umum minit-minit tersebut kerana saya tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Atas dasar yang sama saya tidak edarkan untuk tatapan umum dokumen-dokumen yang saya terima kerana ia sudah tentu mengganggu siasatan SPRM.

Walaubagaimanapun, salinan dokumen-dokumen itu telah saya serahkan kepada seorang sahabat yang berkhidmat dengan media pada jam 3.00 ptg pada 7 November 2009 di Biker’s Cafe Kota Bharu.

Sebahagian lagi dokumen yang lain telah saya serahkan kepada seorang sahabat lain yang berkhidmat dengan media yang lain pada 11 November 2009, jam 12.15 tengahari di Hotel Rannasisance Kota Bharu.

Tujuan serahan ini adalah supaya jika apa-apa mencurigakan terjadi pada saya atau mana-mana anggota Pengurusan PMBK atau mana-mana Ahli Lembaga Penasihat PMBK, pihak tersebut akan dapat membuat sesuatu.

Saya nasihatkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan supaya berhati-hati meniti di dalam isu yang boleh menggugat intergriti Parti PAS Kelantan.

Jangan salahkan pihak lain di atas kebacolan pihak pimpinan PAS Negeri Kelantan. Jika anda tidak berminat untuk menegak keadilan dan membela insan-insan kerdil yang ditindas maka lebih baik tutup mulut sahaja dan tunggu masanya untuk kita berdepan didalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Bukan masalah rakyat bila Abdul Ariffahmi Ab Rakyat memiliki pinjaman bank berjumlah RM500,000.00 dan bukan rakyat yang perlu berfikir bagaimana Ariffahmi perlu membayar wang setengah juta itu jika dia meletakkan jawatannya.

Tetapi adalah menjadi masalah rakyat selagi Ariffahmi berada di PMBK dan sebab utama tekanan yang diterima oleh wakil-wakil rakyat ialah kerana kegagalan Kifalah Sdn Bhd melunaskan dengan kadar yang munasabah pembayaran pampasan Skim Takaful Kifalah.

Kifalah Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat PMBK yang mengendalikan Skim Takaful Kifalah tetapi PMBK telah menyekat Kifalah dari menerima wanga pampasan bayaran Takaful selepas kematian pencarum. Begitu juga wang yang diserahkan oleh pihak lain kepada Kifalah telah disekat di dalam akaun PMBK.

Tindakan PMBK menyekat pengaliran wang ini adalah kerana Abdul Ariffahmi memerlukan wang itu untuk melaburkan kepada aktiviti-aktiviti yang bertujuan menbodek bapa mertua dan ibu mertuanya selain menaikkan namanya supaya dipilih sebagai calon wakil rakyat pada PRU akan datang.

Antara projek-projek itu ialah pembayaran RM200,000 kepada sebuah syarikat milik anak saudara Abdul Razak Abas, sahabat baik Tuan Guru sendiri untuk program Kelantan Fiesta 2009 yang kini tertangguh.

PMBK menganjurkan pertunjukan fesyen bagi membodek ibu mertua Ariffahmi. Selain lebih RM150,000 dilaburkan pada pertengahan Ramadan untuk menaikkan billboard-billboard baru PMBK yang menunjukkan gambar anak-anak Ariffahmi sendiri membaca Al Quran. Salah satu billboard terletak tidak lebih 500 meter dari rumah Tuan Guru dan merupakan laluan utama kenderaan rasmi MB. Billboard ini tumbang sehari selepas Nik Aziz mengumumkan perlantikkan menantunya sebagai CEO PMBK.

Ini tidak termasuk penubuhan jabatan baru di PMBK bernama Jabatan Kreatif dengan siri penerbitan Qiadah yang edarannya dibuat disegenap pilihnaraya kecil.

Kakitangan PMBK juga bertambah dengan kadar lebih 300% sejak Ariffahmi mengepalai PMBK. Pada bulan Ramadan yang lalu juga, Ariffahmi telah meluluskan pemberian bonus 2 bulan gaji kepada semua melainkan 3 kakitangan PMBK serta menaikan gaji dan pangkat kakitangan-kakitangan PMBK mengikut siapa yang aling hebat membodeknya. Ini semua menyebabkan kos operasi PMBK meningkat pada kadar melebihi 500% sejak Ariffahmi mengambil alih PMBK.

Dimanakah konsistensinya Tuan Guru Nik Abdul Aziz didalam berdepan dengan kemelut ini. Jika sebelum ini Nik Aziz sering bertindak tegas memecat mana-mana kakitangan dan pihak pengurusan di dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan jika mendapat bantahan atau rungutan dari pekerja dan ahli parti, mengapa bila melibatkan soal menantunya, Nik Aziz menggunakan skala lain di dalam tindakannya?

Siapa tidak ingat insiden yang menimpa Tuan Haji Hashim Omar, Tuan Haji Fauzi Air Kelantan dan Tuan Haji Fadli Kompleks Perkayuan Kelantan. Adakah mereka di soal siasat atau dipanggil membela diri? Tidak.

Adakah mereka dibenarkan bertemu Tuan Guru untuk membuat penjelasan? Tidak.

Apakah penyelewengan benar-benar dilakukan oleh mereka? Tidak.

Sekali lagi saya tulis di sini, saya bukan ahli PAS. Tetapi kerana PAS adalah Jemaah Islam, kerana PAS adalah Parti Islam, kerana PAS kata Kerajaan Kelantan adalah Kerajaan Islam dan kerana Tuan Guru kata prinsip pentadbirannya mengikut prinsip Islam maka saya terpanggil untuk mempertahankan PAS dan Kerajaan Kelantan.

Tetapi apakah cara PAS menangani isu ini benar-benar Islamik?

Jawablah sendiri.





After Kickdefella, They Go for Husam

21 11 2009

HUSAM CLAIMS CONSPIRACY AGAINST HIM

By Adib Zalkapli (Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, Nov 20 – Kelantan executive councillor Datuk Husam Musa claimed today that there was a conspiracy to have him removed from the state government.

“There have been efforts to drive a wedge between me and Tok Guru,” said Husam (picture) referring to Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“I am fully aware of the conspiracy against me,” he told The Malaysian Insider.

Rumours were rife yesterday that Nik Aziz was considering removing Husam from the state administration following the actions of his former aide, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Syed Azidi was a corporate liaison officer at the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) until he was sacked early this month.

His removal was followed by a public argument between him and the PMBK CEO Ariffahmi Abdul Rahman, who is also the son-in-law of Nik Aziz.

Yesterday, Syed Azidi claimed that Nik Aziz had ordered Ariffahmi, who is under Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) investigation, to leave PMBK to avoid further embarrassment to the state administration.

Ariffahmi had denied the allegations, claiming that Syed Azidi was trying to pressure Nik Aziz.

Rumours of Husam’s removal surfaced soon after Syed Azidi made the claim that Nik Aziz would announce Arrifahmi’s resignation yesterday.

“I know Tok Guru will not do that as he is a very rational man,” Husam told The Malaysian Insider.

He refused to say if Ariffahmi was behind the attempt to kick him out of the state government.

“They are outsiders, trying to get me, eventually the target is Tok Guru, and then they will move in to topple the PAS government,” said Husam.

Meanwhile, the Kelantan PAS liaison committee will convene a special meeting tomorrow morning and is expected to discuss the latest crisis in the state government.

The Malaysian Insider understands that many members of the state PAS committee are in favour of removing Ariffahmi from the Kelantan government investment arm.

Kelantan PAS secretary Zaki Ibrahim, however, said tomorrow’s meeting is a routine one and the PMBK issue is not on the agenda.

“The matter does not arise, but the committee members are free to speak up during the meeting,” Zaki told The Malaysian Insider.

Pandangan Peribadi Saya

Saya akan merasa amat gembira jika Dato’ Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan.

Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan.

Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya.

Saya akan pertahankan Husam.





Berakhir Sebuah Episod

18 11 2009

Update 21:48 – Ariffahmi menghubungi Pengurus di PMBK petang tadi dan minta maklumkan kepada semua kakitangan bahawa dia tidak diminta berundur. Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Tuan Guru akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat. Kita biarlah Tuan Guru membuat pengumumannya. Tetapi saya berharap Ariffahmi berfikiran waras dan faham bahawa Tuan Guru lebih penting daripada Ariffahmi di dalam perjuangan ini. (Sekarang saya nak berkemas, hehehe).

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya.

Pimpinan PAS dari segenap peringkat telah membuktikan kejujuran mereka sebagai komponen yang membentuk kerajaan dan menampakan ketegasan dan kematangan mereka walau terpaksa membetulkan Tuan Guru mereka sendiri. Tuan Guru pula walaupun sudah 19 tahun dipuncak, membuktikan bahawa dia sedia diperbetulkan.

Saya juga gembira kerana Tuan Guru menerima dan memahami bahawa tiada siapa yang mendalangi episod yang berlaku ini. Tiada pimpinan PAS mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat.

Apa yang saya lakukan, saya lakukan sendirian atas pendirian dan panduan saya sendiri. Apa tuduhan dan kecaman ke atas saya saya telah terima dan akan terus terima dengan hati terbuka.

Biduk berlalu kiambang bertaut.

Prinsip saya, never to kick someone when they are down akan terus saya amalkan. Oleh yang demikian bagi saya segalanya berakhir disini. Terserahlah kepada Ariffahmi untuk menerima atau tidak hukuman moral. Dari segi perundangan pula, terserahlah kepada pihak berkuasa.

Kepada YB. Dato’ Haji Husam Musa, para sahabat dan kenalan yang telah gagal menemui atau menghubungi saya sejak 10 November 2009 saya harap dapat memahami tujuan saya menyepi diri. Apa yang saya lakukan adalah keputusan moral saya sendiri dan saya tidak mahu sesiapa tepalit sama.

Kepada pengurusan dan kakitangan PMBK, bangkitkanlah moral anda dan pertahankanlah prinsip-prinsip pertadbiran Islam yang digariskan oleh Tuan Guru kita. Berkhidmat kepada rakyat adalah berkhidmat kepada Allah yang menciptanya.

Pampasan RM20,690 yang diberikan oleh PMBK kepada saya, telah saya amanahkan sebahagiannya dibahagi-bahagikan kepada institusi tertentu dan juga untuk orang-orang miskin. Sebahagian lagi untuk dibahagikan kepada para sahabat saya yang telah banyak memikul beban akibat tindakan saya ini.

Pada 8 Oktober 2003, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua.





Sayang Laksamana Mati Dibunuh…

17 11 2009

Sayang laksamana mati dibunuh,
Mati dibunuh Dato’Menteri,

Tuan umpama minyak yang penuh,
Sedikit pun tidak melimpah lagi.

 

“Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh.  Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat.  Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat… (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta…serupa!”

Beliau menambah, “bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!”

“Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial.  Ini yang paling penting!”

“Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun.  Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize…”  Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah.  Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, “bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee…” – Abg Mat Sabu, AJK PAS PUSAT (Baca di sini)

 

Pada hari Ahad, 15 Novermber 2009, Ariffahmi telah mengarahkan kakitangan PMBK memusnahkan fail-fail yang dirasakannya boleh menggugat kedudukannya dan boleh membantu siasatan SPRM. Tindakan tergesa-gesa ini dibuat setelah beliau dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO Kelantan mengadakan demonstrasi kecil dan menghantar memorandum kepada pihak SPRM Kelantan. Pada hari Khamis lalu pula kakitangan PMBK melaporkan mereka merasa amat-amat curiga apabila Ariffahmi menggesa mereka bekerja hingga lewat bagi menyiapkan perjanjian dengan anak bekas Allahyarham pimpinan tertinggi UMNO berhubung permohonan tanah berjumlah 10,000 ekar oleh beliau untuk projek tertentu yang sudah pasti akan melibatkan tanah hutan. Yang menghairankan ialah mengapa Ariffahmi tergesa-gesa mahu mengeluarkan perjanjian sedangkan tanah itupun belum dikenalpasti. Anak bekas nombor 2 UMNO itu  juga dilaporkan berada di bangunan PMBK pada hari Khamis tersebut.

Manakala bagi menutup urusan berhubung penajaan Haji Tuan Guru dan rombongannya, Pak Sanggup telah ditemui dan ini berjaya memisahkan Nudin Awang daripada tajaan kepada Tok Guru dan rombongannya. Nama baru yang muncul sebagai pembayar ialah seorang kakitangan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan dan isterinya. Jika benar tiada siapa merasa salah di dalam hal ini seperti kata Tok Guru, Menantunya, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan juga beberapa orang Exco, mengapa nama Nudin Bin Awang yang begitu ikhlas sekali hendak bersama Tok Guru ke Mekah disingkirkan?

YB. Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pula mengesahkan dakwaan saya bahawa wujudnya pertemuan di Hotel Perdana bagaimanapun berkata, “Seingatan saya perkara itu bukan topik untuk mengguling tapi membincangkan masa depan parti, pimpinan masa depan parti.”

Bagaimanapun Ariffahmi sebelum ini di dalam kenyataan kepada Malaysian Insider pada 15 Novermber 2009 berkata, “Tak betul, sila nafikan,”

Salahuddin dalam laporan Agenda Daily hari ini beranggapan apa yang dibincangkan pada hari itu tidak sampai ke peringkat menggulingkan dan turut dilaporkan berkata,

“Apa yang dia (Syed Azidi ) tulis tentang saya adalah betul. (sepanjang pertemuan itu) saya diam.”

Laporan Agenda Daily turut menulis bahawa Salahuddin berulang kali menyatakan beliau tidak dapat ingat semua yang dibincangkan pada pertemuan berkenaan tetapi “perkataan guling itu saya tidak ingat”.

“Benda dah lama saya tidak mampu ingati setiap patah perkataan perbincangan,” tambah beliau

Sila rujuk di sini untuk membaca penafian Ariffahmi dan baca di sini untuk temuramah dengan Salahuddin.

Saya bersyukur Yang Maha Kuasa memberi saya kekuatan untuk kekal konsisten dengan kehidupan dan nilai-nilai penghidupan.

Sewaktu saya masih ahli UMNO, saya terus cekal menentang kepimpinan UMNO ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, anaknya dan menantunya apabila mereka melakukan onar kepada rakyat Malaysia.

Saya pulang ke Kelantan atas nilai yang sama. Ada seperkara yang tidak pernah saya lafazkan kepada umum apa yang saya lafazkan kepada Tuan Guru Nik Aziz sewaktu saya menemuinya buat kali terakhir bersaksikan Setiausaha Politiknya, lafaz saya padanya,

“Saya balik ke Kelantan untuk menyepak Pak Lah, Pak Lah dah lama rebah kita sama-sama sepak, jadi kalau kontrak saya tidak ditamatkan pun, tak ada sebab saya nak duduk di Kelantan lagi…”

Memang tiada sebab untuk saya duduk berjuang di Kelantan lagi, kalau Kepimpinan Tuan Guru sendiri kini sudah sama dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Mengata dulang paku serpih.

Dimana konsistensi saya?

Skala kecil kebobrokan yang dilakukan tidak boleh dijadikan alasan. Kalau dalam negeri yang miskin dengan belanjawan tahunan sekadar RM400 juta pun kita begitu kreatif membina empayar kita, bagaimana satu hari nanti bila kita berdepan dengan sumber kewangan berbillion-billion? Tak gelap matakah kita kalau dalam skala kecil pun sudah rabun.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Kata seorang bekas Naib Canselor Universiti Tempatan, siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi… Menteri….

Ramai yang menasihati saya, Sheih, fikirlah Husam, fikirlah Tok Guru. Saya bertanya semula kenapa tidak Husam dan Tok Guru fikir pasal saya?

Kenapa mesti orang-orang kecil yang sentiasa kena berfikir pasal orang-orang besar? Kenapa bukan orang-orang besar yang berfikir tentang insan kerdil? Bukankah orang-orang besar diangkat dan dijunjung untuk membela insan kerdil? Bukankah orang-orang besar dibayar gaji untuk mengambil berat insan kerdil. Oleh itu orang-orang besar fikirlah sendiri.

Insan-insan kerdil itu yang saya mahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz fikirkan. Bukan insan kerdil ahli PAS dan bukan insan kerdil ahli UMNO. Tetapi insan kerdil rakyat Kelantan!

Sedarkah Tuan Guru bahawa Tuan Guru sudah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja di Kota Bharu pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum pilihanraya umum 2008.

Antara intipati memondum itu ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan akan membina Bazar Tok Guru di dalam Projek Madinatul Raudhah. Pembinaan Bazar Tok Guru adalah sebagai tanda penghargaan kepada peniaga-peniaga yang setia menyokong kepimpinan Tok Guru. Tok Guru juga berjanji di dalam memorandum tersebut bahawa Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pemaju tidak akan mementingkan keuntungan di dalam projek ini serta para peniaga akan diberi tingkat bawah di dalam Bazar tersebut.

Apabila menantu Tok Guru diberi kuasa, beliau telah merubah semua perjanjian tersebut dan menyerahkan projek itu kepada sebuah syarikat yang telah membina sebuah bazar di Kota Bharu tetapi terpaksa di ‘bail out’ oleh MPKB BRI apabila para peniaga enggan berpindah ke Bazar itu atas sebab-sebab yang amat munasabah.

Apabila ditekan mengapa projek itu diberikan kepada syarikat yang sama, alasan yang diberikan oleh Abdul Ariffahmi Ab. Rahman ialah, “sebab syarikat itu bersetuju derma wang untuk pembinaan sekolah agama milik Tok Guru.”

Kesan daripada pemberian projek kepada syarikat tersebut, segala intipati memorandum yang ditandatangani oleh Tok Guru dengan peniaga dan penjaja telah dibelakangkan. Harga dan saiz setiap lot telah berubah ke tahap yang tidak munasabah. Perjanjian untuk menetapkan kedudukan peniaga di tingkat bawah juga diubah ke tingkat atas kerana tingkat bawah telah diserahkan kepada pemaju.

Antara kesan kemenangan besar PAS di Kota Bharu yang di nikmati oleh YB Dato’ Anuar Tan dan YB Dato’ Abdul Rahim ialah sokongan padu para peniaga tetapi apabila peniaga merujuk kepada saluran politik, semua tidak mahu terlibat kerana ia melibatkan menantu Tok Guru.

Akhirnya peniaga mengugut untuk berdemonstrasi.

Satu  sessi dialog telah di atur pada 14 Oktober 2009, di Bilik Mesyuarat Perbadanan Menteri Besar Kelantan di antara CEO PMBK dan Persatuan Perniaga dan dikendalikan oleh YB. Dato’ Haji Husam. Tujuan diaturkan mesyuarat di PMBK adalah supaya CEO PMBK tidak dapat melarikan diri daripada berdepan dengan masalah yang diciptanya sendiri.

Bagaimanapun CEO PMBK telah melarikan diri dan lebih dari itu mengeluarkan surat membatalkan sessi dialog yang dipanggil oleh Exco.

Sebaliknya beliau mengatur pertemuan sendiri dua hari sebelumnya di dalam suasana yang penuh had dan syarat.

Pada 14 Oktober 2009, bilik Mesyuarat PMBK telah dikunci dan YB Dato’ Haji Husam telah dihalang oleh penyambut tetamu daripada menggunakan jalan alternatif masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut atas arahan daripada CEO. Ini adalah satu tindakan yang amat-amat biadap oleh seorang penjawat jawatan awam.

Selepas melepasi halangan, YB. Dato’ Haji Husam sendiri terpaksa membuka kunci dan menghidupkan lampu dan alat penghawa dingin.

Menyedari tindakannya menyekat Exco meneruskan sessi dialog itu telah gagal, Abdul Ariffahmi kemudian menghubungi Pengerusi Persatuan Penjaja menawarkan rasuah kepada Pengerusi itu sekiranya dia bersetuju tidak menyertai sessi dialog itu. Tawaran rasuah dan bentuk tawaran tersebut dijelaskan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja itu di dalam sessi dialog tersebut.

Melihat kegagalannya untuk mengganggu mesyuarat itu, Ariffahmi memacu kemarahannya kepada saya. Dia mengarahkan seorang pegawai wanita dan seorang pegawai lelaki supaya memberitahu saya bahawa saya tidak dibenarkan memijak kaki ke premis PMBK dan mendesak saya keluar segera.

Apabila saya meminta kedua-dua pegawai itu memaklumkan arahan tersebut kepada Exco yang hadir, mereka berundur. Setelah mendapati pegawainya gagal mengusir saya keluar, Ariffahmi menalifon Pengerusi Persatuan Penjaja dan meminta beliau mengarahkan saya keluar dari premis PMBK.

“Suruh Sheih tubik, sheih tubik… suruh botak, hok botak tu tubik…” kata Ariffahmi.

“Syyyy… meeting ni… kami tengah meeting….” kata Pengerusi Persatuan Penjaja kepada Ariffahmi yang terus mendesak.

Begitulah sikap tidak profesional seorang CEO yang dilantik oleh bapa mertuanya sendiri.

Saya tidak pernah berkhidmat dengan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi tetapi saya adalah antara yang lantang menentang kepimpinannya. Bagaimana hendak saya bersubahat dengan kemungkaran yang dahulunya saya tentang? Skala kecil atau besar bukan alasan. Bukankan setiap yang besar bermula dari kecil. Samalah orang-orang besar pun satu ketika dahulu adalah orang-orang kecil.

Insan-insan kecil telah mengangkat dan meletakkan pemimpin-pemimpin di mana mereka berada sekarang. Janganlah dikhianati insan-insan kecil ini. Itu sahaja permintaan saya.

Sayang laksamana mati dibunuh,
Mati dibunuh Dato’Panglima,

Bukan tanaman tak mau tumbuh,
Kiranya bumi tidak menerima.





Jangan Kambus Tipu Dengan Tipu

16 11 2009

Janganlah penipuan dibela dengan penipuan.

Apa yang berlaku hari ini hanyalah hujah-hujah bahawa kenapa nak cari salah PAS bila UMNO yang lebih korup? Kenapa cerita pasal tajaan ke Mekah bila pimpinan UMNO di taja ke Disneyland. Bukan saya yang membandingkan semua itu.

Jadilah kita seperti menantu Tuan Guru Nik Aziz yang terang-terangan memberitahu rakan-rakan wartawan, “Memang saya ada ambik duit syarikat tapi RM500 ke seribu saja…”. Seorang rakan media menghubungi saya dan berkata, “bro, apa kejadahnya mamat ni, you tau tak RM10 pun kalau bukan hak you, tak boleh ambik….”

Ariffahmi memang seorang kaki penipu dan seorang hipokrit. Semalam dia menafikan pertemuan di Hotel Perdana di mana dia meminta Dewan Pemuda PAS untuk mencari jalan untuk menggulingkan Ustaz Hadi.

Apakah Abdul Ariffahmi juga akan menafikan bahawa dia merayu kepada seorang bernama Zahri Bin Ismail supaya meminta YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO untuk mengarahkan SPRM menghentikan siasatan ke atasnya.

Ariffahmi telah pergi menemui Setiausaha Sulit Kanan Tuan Guru MB ketika MB Nik Aziz berada di Kuala Lumpur untuk meminta rakan-rakannya di Kuala Lumpur memintas SPRM. Sebelum pergi ke Kuala Lumpur, Ariff memaklumkan pihak pengurusan PMBK supaya “jangan risau sebab ada ramai orang nak tolong ana,” Ariffahmi juga menyembunyikan fail peribadinya. Pengurusan PMBK pening lalat kerana, yang risau bukan mereka tetapi Ariffahmi sendiri.

Kalau Abdul Ariffahmi dipihak benar, mengapa beliau bersusah payah untuk ‘memintas’ SPRM supaya tidak menyiasat kesnya? Dan mengapa seorang yang bermaruah tinggi dan menantu Mursyidul Am PAS boleh merayu supaya Presiden UMNO membantu menutup siasatan dan campurtangan di dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Yang Tok Guru kata, pergi jahanam dengan UMNO, bukannya pergi melutut dekat UMNO.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK perlu faham bahawa menantunya adalah Kacang Hantu di PMBK. Semenjak dia dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi, beliau telah menindas dan mengugut pihak pengurusan yang tidak bersetuju dengannya walaupun tindakan pihak pengurusan itu jelas berasas.

Apabila dia dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, keganasannya semakin bertambah dan kini dengan siasatan SPRM, lebih teruk pihak pengurusan diugutnya hari demi hari.

Dan sekarang, Ariffahmi melatih pihak pengurusan bagaimana untuk menjawab kepada pihak penyiasat SPRM sambil berkata, “Anta tak perlu risau, ana ada team SPRM di KL pantau kes ni dan akan bagi maklumat pada ana apa anta cakap…”

Ariffahmi juga seorang hipokrit. Jika di Kelantan, dia berlakon lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz dan menolak sebarang permintaan untuk mengambil gambarnya dengan perempuan yang bukan muhrim waima gambar berkumpulan dengan kakitangan wanita PMBK.

Tetapi di luar negara, bukan main lagi kegatalannya. Menjerit-jerit  meminta tolong mengambil gambarnya dengan perempuan bukan muhrim.

Beijing0490Feb2009

Ariffahmi juga terkenal dengan dengkinya kepada mereka yang lebih elok dan berjawatan lebih tinggi darinya. Di dalam satu insiden, Ariff secara terbuka dihadapan lebih 10 orang kakitangan PMBK dan orang luar telah mencemuh YB Mohd Zaki Ibrahim, ketika melihat gambar Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Jahat ni! Sebab dia lah ana kalah. Jahat. Tok soh letak gambar dia ni!”, kata Ariffahmi merujuk kepada gambar YB. Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ketika itu.

DSC08530DSC08536Gambar Timbalan Speaker dan Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS yang di tuduh ‘Jahat’ oleh Menantu Nik Aziz

Jadi bila Arrifahmi menuduh saya tidak pernah ambil cuti dan MC maka itu adalah sesuatu yang memalukan dan menunjukkan betapa dia tidak melakukan tugasnya di PMBK kerana di dalam fail saya di PMBK ada beberapa keping surat permohonan cuti saya dan di dalam blog ini juga saya ada maklumkan saya mendapat MC selepas keluar hospital dahulu dan MC itu ada di PMBK. kesemua borang cuti saya tercatat namanya dan perlu kelulusannya. 

Ariffahmi juga mendakwa saya tidak berdisiplin dan tidak masuk ke pejabat. Mungkin Ariffahmi lupa, dia juga telah melantik seorang Pegawai Perhubungan Korporat di Darul Digital, anak Syarikat PMBK mulai Jun lalu dengan ‘mutual agreement’ yang sama seperti saya, iaitu tidak melapor kepada syarikat. Mutual Agreement saya ialah melapor diri kepada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan. Mutual Agreement pegawai yang Arrifahmi lantik itu ialah melapor diri kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Arahan perlantikan saya dibuat oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada PMBK. Arahan perlantikan pegawai di Darul Digital itu dibuat oleh Ariffahmi sendiri dan dua kali beliau menolak untuk membawa usul perlantikan itu ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PMBK.

Ariffahmi juga perlu menjelaskan setakat mana penglibatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam menutut skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali baru-baru ini. Setahu saya, Tuan Guru amat tegas didalam soal-soal moral begini.

Suatu ketika dahulu, seorang Pegawai Pejabat Menteri Besar ketika membuka email telah terbuka satu email spam yang menyebabkan terbuka tetingkap-tetingkap lain yang menunjukkan aksi-aksi lucah. Insiden itu disaksikan oleh seorang penceramah PAS yang pernah menuduh Tun Dr. Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya. Penceramah itu segera melaporkan kepada Tuan Guru dan Pegawai yang jujur dan ikhlas berkhidmat untuk Parti itu dipecat serta merta tanpa usul periksa dan tanpa diberi peluang pembelaan diri.

Bagaimana pula kes skandal dalam PMBK ini yang buktinya dalam bentuk rakaman video di handphone dan gambar foto diarah dimusnahkan? Mengapa orang tertuduh di bela dan orang yang membawa bukti diugut? Lebih menyedihkan orang kena tuduh diangkat pula untuk jawatan lebih tinggi.

Saya menggesa kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan supaya bertindaklah dengan penuh adil dan ingatlah PAS dipilih oleh rakyat untuk membela rakyat dan bukan elit-elit tertentu sahaja.

Saya serahkan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan. Tindakan dan jawapan pimpinan PAS sama-sama kita jadikan ukuran untuk ulasan saya seterusnya.





Tauke Teng, Nudin Awang dan George Michael

15 11 2009

Bagi yang belum baca apa Rocky Bru tulis pagi ini, sila terlebih dahulu ke sana.

Bagi yang sudah baca apa yang Rocky Bru tulis, apa kata kita naik beca dan perlahan-lahan memahami istilah kronisme bersama Bakaq Haq.

Di dalam dunia  junjungan kita Muhammad s.a.w tidak ada balak. Tetapi tidak pula saya dengar orang-orang alim bercerita bahawa junjungan kita menganugerahkan ladang kurma klon atau projek kambing dan unta Kerajaan Islam Madinah yang bernilai berjuta-juta dinar dan dirham kepada saudara maranya. Mungkin sebab tidak wujud projek-projek sedemikian.

Yang ada ialah pembahagian harta rampasan perang, hamba dan tawanan perang dan balu-balu korban perang.

Yang ada ialah pembahagian tugas untuk mengetuai bala tentera ke medan perang atau menyebarkan syiar Islam ke ‘hostile territories’. Tugas-tugas yang kalau diserah pada kita hari ini, tak ramai yang bersedia menerimanya.

Tiada siapa akan pertikaikan jika Ariffahmi di beri pangkat dan anugerah jika Nik Aziz sudah tiada. Seperti terangkatnya para Khalifah dari kalangan sahabat terdekat yang juga bapa mertua dan menantu Rasullullah s.a.w.

Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri.  Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru.

Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.

Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu.

Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin.

Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.

Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.

Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.

Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.

UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.

Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas.

Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini.

Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal  dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.

Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.

Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah.

Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael. Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut. Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya.

Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?





Selamatkan Tok Guru

14 11 2009

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.

Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.

Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.

Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.

Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”

Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?





Lihat Ke Belakang

11 11 2009

 “Sometime when you sacrifice something precious, you’re not really losing it. You’re just passing it on to someone else.”

-       Mitch Albom ‘The Five People You Meet in Heaven’

Saya telah menulis lama dahulu di blog ini bahawa saya menipu diri saya jika saya mengatakan saya gembira di Kelantan. Masalah saya d bermula dari hari pertama saya menjejakkan kaki di Perbadanan Menteri Besar Kelantan lagi.

Perkara pertama yang dimaklumkan kepada saya oleh pengurusan PMBK pada pagi pertama saya di situ ialah usaha-usaha sedang dijalankan supaya saya mendapat ruang kerja di luar bangunan PMBK supaya saya tidak diganggu oleh menantu Tuan Guru.

Pada bulan March 2008, selepas pilihanraya umum, COO PMBK meminta saya mengosongkan pejabat saya di PMBK untuk memberi ruang bilik pejabat itu kepada seorang pegawai baru.

Setahun kemudian, saya tidak lagi dijemput menyertai mesyuarat pengurusan PMBK.

Pada 14 Oktober 2009, saya telah diusir daripada bangunan PMBK oleh 2 pegawai PMBK yang bertindak diatas arahan CEO, ketika saya menghadiri sessi dialog di situ.

Bila pihak media menanyakan samada saya sedia mendedahkan penyelewengan di dalam PMBK, jawapan saya ialah, “sekiranya pihak berkuasa memanggil saya, seperti penjawat jawatan awam, bekas penjawat jawatan awam dan juga warga negara Malaysia yang lain, adalah menjadi tanggungjawab memberi kerjasama.”

Saya juga berkata adalah satu amalan yang tidak sihat bila pihak perbadanan seolah mengambil langkah yang menekan kakitangan bila ada laporan SPRM dibuat (jika ada dan jika benar dibuat oleh kakitangan).





Penamatan Kontrak Serta Merta

10 11 2009

Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.

Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,

  1. Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
  2. Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.

Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,

  1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
  2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.

Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.

Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.

Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.

Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Perjuangan Belum Selesai.

Patah Sayap Terbang Jua.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz

Kampung Demit





Surat Terbuka Buat YAB Perdana Menteri Malaysia

8 11 2009

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Bagi pihak saya dan keluarga saya, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas persetujuan yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Seri untuk memberikan kepada rakyat Kelantan wang bagi mengantikan aktiviti eksploitasi petroleum di blok PM301 di pesisir pantai Negeri Kelantan.

Walaupun suara saya tidak layak mewakili rakyat Negeri Kelantan tetapi saya yakin lebih dari separuh rakyat negeri ini menolak pendirian dan kepentingan politik mereka, secara jelas amat gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Dato’ Seri di Dewan Rakyat tempoh hari. Bulan atau Dacing, Wang Ehsan atau Wang Royalti, itu semua politik bagi kami.

Apa yang bukan politik ialah menerusi pengumuman itu, YAB Dato’ Seri telah membuat satu pengakuan rasmi bahawa ada aktiviti ekploitasi petroleum di blok PM301. Kami berharap dalam sedikit masa lagi, akan ada pula pengesahan bahawa adanya aktiviti eksploitasi di blok PM302. Seperti yang saya dimaklumkan blok PM301 dan PM302 akan semakin rancak dieskploit bermula 2011.

MAP EXPLORE AND EXPLOIT PM301-302

Gambarajah 1 (Peta Blok PM301 & PM302)

 MAP East Coast of MalaysiaEXPLORE AND EXPLOIT2009

Gambarajah 2 (Peta Aktiviti Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia)

Yang Berhormat Menteri-Menteri sebelum ini terus menafikan kewujudan ini samada di luar atau di dalam Dewan Rakyat yang mulia itu.

Tahniah YAB Dato’ Seri kerana memperkasakan wasiat dan falsafah yang dipesakakan dari kepimpinan Allahyarham Ayahanda YAB Dato’ Seri sendiri.

Saya juga yakin, sebahagian besar rakyat negeri ini, seperti saya dan keluarga saya tidak peduli bagaimana wang tersebut disalurkan. Melalui Kerajaan Negeri atau dikawal terus oleh Kerajaan Pusat, tidak penting. Yang pentingnya ia perlu mencapai sasaran yang digariskan oleh YAB Dato’ Seri iaitu bagi menjana pembangunan negeri dan membasmi kemiskinan. Dan amat juga penting, pihak yang disalurkan kewangan itu dapat menggunakan wang tersebut dengan penuh kejujuran dan memastikan semaksima mungkin dapat dirasai terus oleh rakyat dan bukan oleh pemaju, konsultan dan lain-lain pihak ketiga.

Alangkah baiknya jika sebagai permulaannya sebuah jaringan lebuhraya dua lorong dapat dibina sebagai penyambung jambatan kasih di antara anak-anak di kota-kota besar dengan ayah bonda di kampung halaman.

YAB Perdana Menteri, anak Kelantan ramai merantau mencari rezeki dan mereka terkenal dengan kesetiaan kepada kampung halaman. Setiap kali berpeluang untuk pulang, mereka pasti mengambil kesempatan ini. Bagaimanapun, walaupun jarak menerusi jalanraya yang sedia ada walau tidak lebih 500 kilometer, mereka terpaksa mengambil masa tujuh ke sembilan jam atau pada musim perayaan memakan masa 12 ke 20 jam untuk tiba ke destinasi. Lebih dari itu, mereka terpaksa menyabung nyawa mereka dan keluarga mereka kerana kualiti jalan yang amat buruk dan merbahaya kepada tubuh yang letih akibat perjalanan yang amat lama masanya.

Alangkah indahnya jika perjalanan mereka hanya mengambil masa 5 jam sahaja dan lebih dari itu keselamatan mereka terjamin dengan kualiti jaringan jalan yang baik. Alangkah baiknya jika apa yang Dato’ Seri gelarkan sebagai ‘Wang Ehsan’ ini akan bermula dengan lebuhraya kasih yang merapatkan jarak yang tua dengan yang muda.

YAB Dato’ Seri, rakyat Kelantan sudah biasa dengan diskriminasi politik yang membawa kepada sebahagian mereka dipinggir dalam kenaikan pangkat, hak memperoleh tender dan projek dan juga biasiswa pengajian kerana kecurigaan disebabkan warna hijau dan biru. Akibatnya, mereka amat sensitif dalam tuntutan hak mereka.

Saya mengambil kesempatan ini bukan untuk mempertikaikan keikhlasan pemberian apa yang Dato’ Seri gelarkan Wang Ehsan tetapi meneliti semula penjelasan yang Dato’ Seri buat di Dewan Rakyat berhubung kesahihan pembayaran royalti petroleum. Dakwa Dato’ Seri, seperti Terengganu, Kelantan tidak berhak menerima royalti kerana tiada aktiviti eksploitasi petroleum di dalam jarak 3 batu nautikal dari pantai Kelantan. Apa yang saya faham, maksud Dato’ Seri ialah, seperti Terengganu, aktiviti eksploitasi petroleum di Kelantan ialah di luar apa yang disebut perairan wilayah atau territorial waters.

Menurut wikipedia, perairan wilayah didefinisikan sebagai petikan dibawah.

Territorial Water

Lampiran 1 (petikan wikipedia)

Wiki Graphic

Gambarajah 3 (ehsan wikipedia)

Pertikaian tentang aktiviti eksploitasi petroleum Kelantan diluar perairan wilayah sering digunapakai oleh para Menteri didalam menafikan hak Kelantan.

Saya cuba mendalami tafsiran berhubung 3 batu nautikal mengikut perundangan Malaysia kerana mengikut Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi hak ekslusif kepada PETRONAS tidak menyebut langsung hal ini.

Saya menemui ungkapan 3 batu nautikal di dalam Akta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 yang seperti petikan di bawah:

EO 1

Lampiran 2 (Ordinan Darurat – Artikel 3 (1))

EO2

Lampiran 3 (Ordinan Darurat – Artikel 3 (2))

EO3

Lampiran 4 (Ordinan Darurat – Artikel 6)

Berdasarkan konteks perbincangan kita, Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, menyebut, bagi tujuan Akta 83 Pelantar Benua 1966 dan Akta 95 Perlombongan Petroleum 1966 perairan wilayah bagi sesebuah negeri hendaklah dirujuk sebagai kawasan tidak melebihi 3 batu nautikal dari kedudukan air surut. Oleh yang demikian, apabila pihak Kerajaan Pusat merujuk kepada jarak 3 batu nautikal kesimpulan peribadi saya adalah pihak kerajaan merujuk kepada apa yang diterjemahkan di dalam akta ini.

Oleh yang demikian ia perlulah dibaca bersama dengan Akta 83 dan Akta 95.

Bagaimanapun, ketiga-tiga akta yang dirujuk digubal sebelum akta yang dipanggil sebagai Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 digubal. Akta 144 ialah sebuah akta yang mewujudkan PETRONAS dan memberi hak ekslusif kepada PETRONAS untuk aktiviti carigali dan ekspolitasi di dalam Perairan Malaysia.

Sebelum Akta 144, menurut Akta 95 pihak berkuasa petroleum bagi perlombongan petroleum di daratan adalah Raja atau Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri-negeri berkenaan, manakala pihak berkuasa bagi kawasan luar pesisir pantai ialah Yang di-Pertuan Agong.

95-4

Lampiran 5 (Seksyen 4 (2) &(3) Akta 95 Perlombongan Petroleum 1966)

Apa yang dimaksudkan sebagai daratan dan kawasan tanah di luar pesisir menurut Akta 95 adalah:

95-2

Lampiran 6 (Seksyen 2 Akta 95 Perlombongan Pertoleum 1966)

Akta 83 pula menafsirkan pelantar benua seperti berikut:

83-1

Lampiran 6 (Seksyen 2 Akta 83 Pelantar Benua 1966)

Dan untuk tujuan Akta 83 ini had perairan Wilayah Negeri seperti yang dimaksudkan bolehlah ditafsirkan mengikut Artikel 2 (3) Akta Ordinan Darurat (lampiran 3) yang menjelaskan laut perairan negeri ialah kawasan 3 batu nautikal yang disebut-sebut itu.

Berdasarkan apa yang tercatat diatas, jelaslah bahawa pada suatu ketika dahulu iaitu sebelum Akta 144 digubal, segala urusan pengurusan, pentadbiran dang pengkuatkuasaan di luar dari 3 batu nautikal dari pantai adalah diluar pihak berkuasa sesebuah negeri. Apakah ini melucutkan hak negeri ke atas perairan diluar 3 batu nautikal itu?

YAB Dato’ Seri,

Pada tahun 1974, Akta 144 digubal berdasarkan kebijaksanaan tokoh-tokoh tempatan dan diterajui oleh Allahyarham Ayahanda Dato’ Seri sendiri. Suka saya mengajak YAB Dato’ Seri merujuk lampiran di bawah:

144-5

Lampiran 7 (Seksyen 8 Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974)

Dalam erti kata lain, setelah penubuhan PETRONAS, segala peraturan, undang-undang dan tafsiran yang terdapat didalam Akta 95 sudah tidak terpakai melainkan seksyen 14 yang saya lampirkan di bawah:

95-6

Lampiran 8 (Seksyen 144 Akta 95 Perlombongan Petroleum 1969)

Pada pendirian saya, Akta 144 adalah sebuah akta yang digubal dengan penuh semangat federalisme terutamanya setelah beberapa kali dirujuk dan dibincangkan dengan pimpinan-pimpinan politik dari Malaysia Timur yang ketika itu sudah terkenal dengan hasil petroleumnya.

144 -1

Lampiran 9 (Seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974)

144-2

Lampiran 10 (Seksyen 2 (2) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974)

Setelah membatalkan kesemua kecuali 1 seksyen sahaja di dalam Akta 95, Akta 144 memberi kuasa penuh kepada PETRONAS secara ekslusif bagi aktiviti petroleum di Malaysia bagaimanapun ianya hanya setelah suatu surat cara ditandatangani.

Apabila Akta 144 membatalkan hampir kesemua tafsiran dan seksyen kecuali seksyen 14 Akta 95 dengan itu hubungan antara Akta 144 dan Akta 83 tidak diwujudkan sama sekali. Tanpa hubungan di antara Akta 144 dengan Akta 83, saya tidak melihat bagaimana Akta Ordinan Darurat 1969 digunapakai dalam menafsirkan perairan wilayah.

YAB Dato’ Seri,

Akta 144 jelas menyebut di dalam seksyen 2(1) yang antara lainnya saya petik seperti berikut,

“…samada di pantai atau di luar pantai Malaysia”

Kalimah di pantai ialah onshore dan di luar pantai ialah offshore mengikut naskhah asal di dalam Bahasa Inggeris. Kalimah perairan wilayah langsung tidak tercatat walau sebahagian pun di dalam terjemahan Bahasa Melayu. Perkataan territory atau waters atau sea pula langsung tidak terdapat langsung di dalam dokumen asal Bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian timbul kemusykilan apabila YAB Dato’ Seri berpendapat royalti minyak tidak patut dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam surat cara yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Sukacita saya melihat tafsiran pantai dan luar pantai di dalam Akta 144 berdasarkan Artikel 1 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan seperti di bawah,

Artikel 1 (2)

Negeri-negeri Persekutuan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Artikel 1 (3)

Bergantung kepada klausa (4) Wilayah bagi setiap negeri tersebut dalam klausa (2) adalah seperti wujudnya sebelum hari Malaysia.

YAB Dato’ Seri,

DYMM Almarhum Sultan Kelantan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di King House pada 21 Januari 1948. Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948 bersama 8 buah Negeri Melayu lain dan 2 penempatan British iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Dengan itu Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya tertubuh pada 1 Februari 1948.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu memansuhkan Malayan Union dan menggabungkan negeri-negeri Melayu buat pertama kalinya dan ia juga mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu terhadap wilayah yang dikuasainya sebelum Malayan Union dilaksanakan.

Menerusi perjanjian pada 21 Januari itu, Kelantan menjadi Negeri Naungan British dan bukan Negeri Jajahan British seperti Pulau Pinang dan Melaka. Undang-undang antarabangsa menafsirkan negeri naungan sebagai,

“merupakan satu wilayah autonomi yang dilindung secara diplomatik atau pun ketenteraan daripada serangan pihak ketiga oleh satu negara atau entiti yang lebih kuat. Sebagai pertukaran untuk ini, negeri naungan biasanya menerima kewajiban yang dikhususkan kepadanya, yang mungkin mempunyai berbeza-beza di antara satu negeri naungan dengan negeri naungan yang lain, bergantung kepada perhubungan sebenar mereka dengan negara yang melindungi mereka. Walau bagaimanapun, negeri naungan mengekalkan satu kedaulatan yang lengkap dan masih satu negara di bawah undang-undang antarabangsa.”

Kelantan merdeka di dalam Persekutuan Tanah Melayu bersama 8 Negeri Melayu dan 2 wilayah jajahan British pada 31 Ogos 1957. Wilayah Kelantan menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah seperti sehari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan begitulah seterusnya apabila ianya menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Memandangkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin wilayah setiap negeri yang membentuk persekutuan kekal seperti sebelum tertubuhnya persekutuan, maka tafsiran perairan wilayah sejauh 3 batu nautikal hanyalah merujuk kepada kuasa-kuasa pentadbiran dan pihak-pihak berkuasa negeri. Ia tidak membentuk satu persempadanan baru wilayah bagi setiap negeri.

Dan pada pemahaman saya, ia tidak sekali-kali melucutkan kedaulatan DYMM Raja-Raja Melayu dan dengan itu ia tidak melucutkan hak negeri ke atas perairan diluar 3 batu nautikal itu dari pantai.

YAB Dato’ Seri,

Saya bukan ahli dan jauh sekali pakar dalam jurusan undang-undang tetapi saya merasakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia adalah jelas dan mudah difahami tanpa sebarang niat untuk menipu atau mengaburi pemahaman mana-mana rakyat Malaysia. Lantaran ia digubal untuk rakyat menerusi majlis perundangan yang diangkat oleh rakyat, ianya juga haruslah ditafsirkan sebagaimana majoriti rakyat menafsirkannya.

Memang benar, ada undang-undang yang digubal untuk tujuan diskriminasi iaitu memisahkan antara rakyat yang kita istilahkan sebagai melakukan kejahatan dengan yang baik, contohnya.

Tetapi Akta 144 yang digubal sewaktu Allahyarham Ayahanda YAB Dato’ Seri menjawat jawatan yang Dato’ Seri sandang sekarang adalah satu undang-undang yang tidak bertujuan untuk mendiskriminasikan mana-mana pihak, pentadbir atau wilayah. Ia adalah satu undang-undang yang tinggi semangat federalismenya. Memberi hak kepada yang berhak disamping yang berada berkongsi dengan yang tiada. Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah.  Begitulah cintanya Allahyarham kepada bumi tumpah darahnya. Begitulah hebatnya pusaka yang ditinggalkan dan kini diwarisi oleh anakandanya.

YAB Dato’ Seri,

Atas semangat 1 Malaysia saya merayu pertimbangan semula oleh Kerajaan Pusat di atas tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembayaran 5% royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri. Usah dibiarkan jurang pemisah antara kita semakin menebal hari ke sehari. Usah dibiar tersebar fitnah bahawa Bulan dan Dacing adalah penjenayah yang mengakibatkan rakyat menjadi derita.

Walaupun sistem demokrasi kita warisi daripada penjajah tetapi sistem itu terus kita junjung dan sanjung. Datuk dan ayah kita berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis kerana mempertahankan sistem demokrasi. Alhamdullilah, sehingga ke hari ini setiap kerajaan, baik di negeri atau di pusat dalam Persekutuan Malaysia ditubuhkan menerusi sistem tersebut.

YAB Dato’ Seri, sambutlah salam saya dan rakyat Kelantan. Binalah lebuhraya kasih antara kita.

Sekian terima kasih.

Syed Azidi AlBukhary

Kampung Demit, Kelantan.