Tomato Ceri Organik dan Anak Yatim Melawi

11 10 2009

Tomato Cherry_0006

Gembira tak terkira bila saya melihat Tomato Ceri yang saya tanam secara organik mula merah buahnya di tepi pagar rumah. Lebih gembira lagi buah ini terhasil dari penggunaan sisa-makanan dan sisa organik dari dapur yang saya jadikan kompos untuk menggantikan penggunaan tanah biasa.

Sebelum ini cubaan terhadap pokok bendi dan terung panjang juga telah berjaya. Bagaimanapun kegembiraannya tidak sama dengan kejayaan Tomato Ceri ini. Ini kerana sebelum beralih ke kaedah organik, dua tahun lepas saya pernah mencuba menanamnya secara konvensyenel tetapi pohonnya sekadar besar tanpa buah.

Bagaimanapun, benda yang baik tentu ada perosaknya. Cubaan menanam secara organik sepenuhnya berdepan dengan ancamannya tersendiri. Yang paling ketara ialah serangan serangga perosak.

Bagaimanapun, ia mungkin serangga perosak bagi petani tetapi bagi insan yang menganggap ini hanya satu hobi, saya menerima kedatangannya sebagai tamu dilaman kecil ini. Saya gembira berkongsi hasil makanan yang berkualiti tinggi dengan makhluk lain ciptaan Yang Maha Pencipta.

Kita berhak keatas rezeki yang diberikan kepada kita, tetapi hanya sekadar yang kita perlukan, bahagian yang lebihnya, adalah rezeki buat makhlukNya yang lain yang diberikan melalui kita, mungkin begitu.

Ia membawa saya kepada sambungan kisah Anak Yatim Melawi. Tanggal 1 Syawal saya menerima sms dari sahabat yang kembali berhari-raya dari Dubai, khabarnya membawa kutipan derma dari rakan-rakannya di sana untuk Ramadan Charity 2009. Mendengarnya, terus terlintas di benak saya anak-anak yatim Melawi yang Haji Husam dan saya kunjungi sebelum berakhir Ramadhan yang lalu.

Melawi Orphan_0003

Pada hari Khamis, 1 Oktober yang lalu, Haji Husam meraikan anak-anak yatim Melawi dalam satu majlis makan tengahari di Royal Guest House, Kota Bharu. Haji Husam juga berbesar hati menyampaikan sumbangan RM600 yang dikutip oleh sahabat saya Saudara Rusdi dari Dubai.

Sewaktu mengiringi adik bongsu dari 5 beradik itu memasuki ke dalam hotel tersebut, separuh perjalanan saya tersedar dia tidak memakai selipar dan saya dengan sayu menyedari, dia telah membuka seliparnya dan ditinggalkan diperkarangan masuk ke hotel.

Dia berkata dia berbuat demikian kerana hotel ini cantik dan tidak mahu merosakkan hamparan permaidani hotel itu.

Betapa sensitif jiwanya terhadap benda-benda yang sering kita anggap bukan milik kita. Betapa mulia jiwa dan perasaan anak kecil itu. Dalam diam saya berkata disudut sanubari saya, alangkah indahnya dunia ini kalau kita dewasa dalam jiwa dan perasaan semulia anak kecil itu.

Jelasnya, kemulian tidak datang dari rumah besar, kereta mewah dan dengan beristerikan anak orang besar-besar. Dalam hal ini, kemulian datang dari jiwa kecil yang tercalar oleh penindasan sesama manusia yang bergelut menuju kedewasaan didalam pondok usang bocor disana-sini.

Malangnya, kemulian itu akan dikorupkan hari demi hari dan kematangan adalah satu proses korupsi.

Tetapi saya lebih suka melihat, di satu pelusuk sana, pada insan kecil itu, masih ada harapan. Ini beerti, harapan masih lahir didunia ini.

Seperti usaha organik saya, harapan itu datang dari sisa-sisa buangan.


Actions

Information

25 responses

11 10 2009
fauzi

percayalah! saya sungguh terkesan dengan entry ini.sayu lalu tidak dapat menahan air mata mengalir di kelopaknya..

11 10 2009
Haji Abdul Rashid

phew, sakan tuan bermadah……..

II)kalau ada pest pada tumbuhan anda, gunalah organic pesticide, antaranya ialah air rendaman tembakau dicampur sedikit sabun. Atau air rendaman putawali. Dia tidak membunuh serangga sekadar menjauhkan serangga.

III)takut ingatkan phrase tuan, yang proses kematangan itu adalah proses pengkorupsisasi….. kalau begitu, biarlah kita sentiasa muda dari segi inspirasi dan mahu terus hidup berdasarkan idealisme kita seumpama di zaman kita muda-muda

11 10 2009
nawi

heeeeyyyy… guano weh.. sayu molek abe syeikh… duduk2 lah.. peghati mato-ari naik dae turun.. kalu2 ado hidayah hok nok maghi selik2 alik saun deburr ombok..

rilek bro.. tenae2..

11 10 2009
kbguy

hi brot., it;s nice to involve in charity work than just politics. Out goes Chua and Ong.

11 10 2009
Elsie

Yes, alangkah indahnya dunia ini kalau kita dewasa dalam jiwa dan perasaan semulia anak kecil itu…amen.

11 10 2009
nawi

kahkhakhkaaaaa… jangae gittu bro… barang buangan jangan dikatakan barang buangan.. setiap unsur ada tugasnya.. tak perlu risau sangat.. InsyaAllah.. budi baik dikenang jua..

hkehkehkeeeee… bakpo la petae ni jaddi nok sukko benar.. kahkhaaa.. apo khabar bro husam… Samo2lah kito pertahaekae gappo hok patut.. oghe lain hok nok jaddi/beghaso HERO.. kito lok ko dio la dihhh…

11 10 2009
spsb

Dalam maksud yang tersirat….tu

12 10 2009
Rusdi

Salaam,

AlhamduliLlah, dapat kita memberi sedikit kegembiraan kepada anak2 ini.
terima kasih kepada sahabat2 yang turut menyumbang.

12 10 2009
kd

sudah cukup nikmat :)

12 10 2009
boss

Bukan begitu begini.

Jikalau kita tidak mengajar anak anak muda kita kehidupan ala zaman moden, maka kasut itu ditinggal diluar, bukan kerana takut kotor permaidani, tetapi kerana sudah biasa hidup ala zaman kuno.

Iaitu, tidak tahu bahawa jalan raya boleh digunakan kepada 110 kmsj, tetapi biasa dengan 25 kmsj di Kelantan.

Biasa biasa lah ajar mereka benda baru, dan harap maklum, jikalau ini berlaku, PAS akan ditinggalkan.

Hendak kah ajarke mereka ini brother?, nanti mereka tinggalkan PAS.

Salam hormat, Selamat hari Raya.

12 10 2009
guanodemos

guano lo ni bro kure update blog ni…

12 10 2009
drebarsodok

kawe nak suruh user boss baca terjemahan ayat al Ankabut ayat 64:

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

12 10 2009
ayu

We really miss you sheikh..

13 10 2009
Saya

Ada plan untuk bantu keluarga ni on a long term basis?

13 10 2009
nawi

bagi aku.. kalo betul2 mau bantu sedikit sebanyak.. mudah aje.. cuma ramai yang salah sangka.. bila sebut bantu.. nampak seperti banyak yg perlu di keluarkan…

ok.. bantu short term.. bantu long term..

SHORT TERM>> pastikan that keluarga dapat makanan yg berkhasiat.. berzat.. sumber2 alam sekeliling pon ok.. pendidikan anak2 tu.. kalo ada timbangan, masukkan aje ke sekolah tahfiz… itupon kalo budak tu ndak masuk la…

LONG TERM>> check apa yg boleh dilakukan utk generate some income utk keluarga ni.. kalo perlu, pindahkan mereka ke penempatan baru yg membolehkan mereka dipantau…

SEBENARNYA… KES MCM NI BANYAK… tinggal lagi tunggu dibongkar.. edisi siasat..

14 10 2009
monsterball

Amin Iskandar is upset you keep ignoring him.
Why like that?

14 10 2009
big big boss

boss

demo ni maju terlajok… bendo tadok lagi di klate demo bulih paka doh..

kat kelate dan malaysia tadok lagi jalanrayo hok bulih hungga sapa 110km/j.

jiwo demo pun hilir dooh… pitih timbum2 kalih… bak org kato, kalu demo wat tubik pitih demo dlm bank, bank tu bulih bangkrap…

minda demo pun terlebih intelligent… nok pehe bakpo anak kecil tu buko kasut pun tokleh… mugo duk pk bendo atah2 jah sokmo….

huuuuu…..hebat demoooooo

14 10 2009
anok Tanah Meroh

jenis mace boss ni tinggi sangat doh martabat dio. kalu kato suruh berok dale rok(semak), rasanya rela amik flight balik negeri smula ni.

15 10 2009
ahmad norman

kita patut sedar ramai lagi yang memerlukan bantuan

15 10 2009
nawi

Sebenarnya.. projek kijang care adalah satu inisiatif yang bukan hanya perlu di kelolakan di DUN KIJANG.. sepatutnya terus menerus di kelolakan di DUN2 lain.. di parlimen lain dan dinegeri2 lain.. dan seterusnya hingga keperingkat tertinggi..

projek kijang care, ambo tgk banyok kebaikannyo.. dari segi kebajikan rakyat.. tu pon kalu kito betul2 niat buat baik utk rakyat.. bukan sebab perbatuan politikal.. So.. there u r.. masih ramai anak negeri yg laparkan nak buat kebajikan.. ramai yg nak menyumbang.. waima apa pon sumbangannya, kita patut terima dan seharusnya usaha2 sebegini dipergiatkan lagi..

Ya.. pulanglah kepada asal.. balik merenung semula jejak2 didepan.. moga2 ada ruang utk kita melonjak lebih tinggi dan sasa..

15 10 2009
nawi

khkeheee.. napok supor.. ghamar benar hok duk rindu nok beddil..

16 10 2009
addin

teruskan usaha yang mulia ini…

16 10 2009
Sam

Anak yatim rasanya tidak perlukan kita belanja mereka makan di hotel (tidak salah pun belanja mkn kat hotel), apa yang mereka lebih perlukan adalah kasih sayang (luas maknanya), sokongan yang membolehkan mereka mandiri/berdikari dengan jaya.

Teringat dulu ada satu program di TV berbayar, di mana artis Anita Sarawak menjemput golongan kurang berada sebagai tetamu dalam program tersebut. Apa yg membuat aku sebak sampai la ni adalah – ada seorang budak (rasanya drj 6) – artis tersebut tanya jika diberikan peluang apa yg dia nak makan – budak ni jawap – nak mkn aiskrim & kek – perkara ni nampak remah/kecil namun bagi sesetengah org ia sangat bermakna.

Bersyukurlah kita masih mampu menjengah internet – mungkin ada anak2 diluar sana yg belum pernah menyentuh komputer!!

18 10 2009
hamba allah

subhanallah…

19 10 2009
ja

Kawe suko budok2.

Leave a comment