Ramadan Charity and Surat Long Sidek Kepada PM

30 08 2009

RC2009

 

 

 

 

In 2001, I wrote Surat Long Sidek Kepada PM in collaboration with Datuk Effendi Norwawi, Tiara Jacquelina and Uwei Hajisaari. Below are parts of the screenplay.

111. INT. RUANG MAKAN COLISEUM KUALA LUMPUR — SIANG        111

 

Darren Staunton sedang meneguk wiski nya.

 

CHENG TECK CHI

(Dalam Bahasa Mandarin)

Jadi, kamu ke sini dari Lipis, kerana dia?

 

Darren Staunton meletakkan gelasnya yang sudah kosong. 

 

DARREN STAUNTON

(Dalam Bahasa Mandarin)

Aku tak keseorangan, burung pun aku bawa 

sama. Burung dalam sangkar.

 

 

Dia sedang duduk bersama dengan Cheng Teck Chi. Suasana di situ riuh rendah, sesuai untuk mereka bercakap perkara yang agak sulit.

 

Cheng Teck Chi kelihatan sudah sepuluh tahun lebih dewasa dari pertama kali kita lihat dia. Tubuhnya sudah berisi.

 

CHENG TECK CHI

(Dalam Bahasa Mandarin)

Apa permainannya?

 

DARREN STAUNTON

(Dalam Bahasa Mandarin)

Lepaskan dia terbang semula ke hutan. Bawa

subjek keluar. Dapat wang pampasan.

(Continued)

Raut wajah Cheng Teck Chi nampak dia sudah biasa dengan permainan tersebut.

 

CUT TO :

 

 

112. INT. BILIK HOTEL — MALAM           112

 

Kopi panas di tuangkan ke dalam dua cawan kosong. 

 

CHENG TECK CHI O.S

(Dalam Bahasa Mandarin)

Nama saya Li Bo Hua… saya di fahamkan

nama kamu Mei Ling… betul ?

 

Mei Ling menganggukan kepalanya.

 

Cheng Teck Chi meletakan flusk kopi itu. Dia kemudian menarik kerusi dan duduk di hadapan Mei Ling. 

 

CHENG TECK CHI

(Dalam Bahasa Mandarin)

Saya difahamkan, kamu juga di kenali dengan

nama “Half Half”*… boleh jelaskan kepada saya

kenapa?

 

*Di dalam dailek Hokkien.

 

MEI LING

(Dalam Bahasa Mandarin)

Sewaktu perang Jepun, selepas abang aku

mati di bunuh Jepun… aku di hantar bersembunyi

di kampung Melayu… 

 

Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya. Dia sudah tahu semua fakta – fakta itu daripada siasatan Cawangan Khas terhadapt Mei Ling selama dia didera sebelum ini. Dia cuma mahu menguji pattern jawapan Mei Ling sama ada konsisten atau tidak.

 

CHENG TECK CHI

Berapa lama kamu tinggal dengan keluarga itu.

 

Kali ini Cheng Teck Chi berbahasa Melayu untuk menguji Mei Ling.

 

MEI LING

Sehingga perang tamat.

 

CHENG TECK CHI

Siapa nama keluarga angkat kamu?

(Continued)

MEI LING

Lebai Leman dan Mak Tijah.

 

Cheng Teck Chi bangun dan menuju ke satu meja lain di bilik itu. Di situ ada bersusun fail.

 

Di hotel ini tidak mempunyai katil. Segala kelengkapan lain ada seperti bilik hotel lain waktu itu. Cuma tiada katil.

 

Sebuah fail terbuka dan kita lihat segala jawapan tentang latar belakang keluarga Lebai Leman dan Mak Tijah dengan detail.

 

CHENG TECK CHI

Siapa jiran terdekat kamu di situ?

 

MEI LING

Abang Din, anak Lebai Leman.

 

Jawapan yang sama terdapat pada fail itu.

 

Kita lihat senarai nama jiran – jiran Lebai Leman di kampung tersebut. Iaitu, Ibrahim Mat Sat, Din Belanda dan nama – nama lain.

 

CHENG TECK CHI

Boleh kamu sebutkan nama – nama jiran

tetangga di kampung itu?

 

MEI LING

Ibrahim Mat Sat…. 

 

Dan suara Mei Ling fade under sedang kita melihat konsistennya jawapan Mei Ling dengan dokumen Cawangan Khas sebelum ini.

 

CUT TO :

    

113. INT. BILIK HOTEL — SIANG           113

 

Mei Ling sedang menceritakan kepada seorang anggota Cawangan Khas yang lain. Anggota itu berketurunan Melayu.

 

ANGGOTA CAWANGAN KHAS 1

Siapa anak  Lebai Leman yang duduk dekat

dengan rumah dia.

 

MEI LING

Abang Din.

 

CUT TO :

 

114. INT. BILIK HOTEL — MALAM       114

 

Mei Ling kini di soal siasat oleh anggota cawangan khas perempuan berketurunan cina.

 

ANGGOTA CAWANGAN KHAS 2

Kamu kenal seorang lelaki yang duduk di kampung

itu, dia ni dulu dreber  kepada seorang Inggeris.

 

MEI LING

Ibrahim Mat Sat, dia pernah jadi dreber

tapi bukan pada pegawai Inggeris, dia pernah

jadi dreber kepada isteri seorang  pengurus 

ladang getah berketurunan Inggeris.

 

Muka Mei Ling sudah pucat. Matanya merah.

 

CUT TO :

 

115. INT. BILIK HOTEL — SIANG           115

 

Mei Ling kelihatan tidak bermaya langsung. Dia kini di soal siasat oleh seorang anggota Cawangan Khas lelaki berketurunan Melayu.

 

ANGGOTA CAWANGAN KHAS 3

Antara lima beradik anak – anak Cik Tijah,

siapa yang dah kawin?

 

MEI LING

Anak Cik Tijah hanya empat orang. Semua

belum kawin. Yang dah kawin, Abang Din, dia

anak Lebai Leman dengan isteri pertamanya.

 

CUT TO :

 

116. INT. BILIK HOTEL — SIANG           116

 

Darren Staunton sedang berdiri di tingkap.  Cheng Teck Chi turut ada di situ.

 

Di lantai, Mei Ling yang sedang tidur di atas lantai. Seorang anggota cawangan khas perempuan mengejutkannya.

 

Mei Ling bangun.

 

Cheng Teck Chi melihat ke arah Mei Ling.

 

CHENG TECK CHI

Selamat pagi Tan Su Hwa.

 

(Continued)

Darren Staunton menoleh ke arah Mei Ling.

 

DARREN STAUNTON

Hi Mei Ling… good morning…

 

Mei Ling masih kebingungan.

 

DARREN STAUNTON

Cepat – cepat ke sini… ada istimewa.

 

 

Cheng Teck Chi beredar dari tingkap itu. 

 

Anggota Cawangan Khas itu membawa Mei Ling ke arah tingkap.

 

Cheng Teck Chi menuangkan kopi ke dalam dua cawan.

 

Darren Staunton menarik Mei Ling rapat padanya.

 

DARREN STAUNTON

Look… down there.. look…

 

Mei Ling melihat ke arah yang ditunjukan oleh Darren Staunton.

 

CUT TO :

 

117. EXT. DERETAN KEDAI BERTENTANGAN HOTEL — SIANG          117

 

Terdapat sekumpulan rombongan keluarga cina sedang di bawa berjalan oleh anggota polis biasa.

 

CUT TO :

 

118. INT. HOTEL — SIANG           118

 

Mei Ling sedang melihat ke bawah. Darren Staunton berundur setapak.

 

DARREN STAUNTON

Look carefully… look at the crowd.

 

CUT TO :

 

119. EXT. DERETAN KEDAI BERTENTANGAN HOTEL — SIANG          119

 

Rombongan itu sedang berjalan. 

 

Kita tumpukan perhatian ke arah seorang budak lelaki berusia lingkungan sembilan tahun sedang berjalan mencari – cari sesuatu. Dia nampak panik. Kemudian seekor anjing berlari kepadanya. Budak

(Continued)

lelaki itu adalah budak lelaki di pemindahan kampung baru yang kehilangan anak anjingnya.

 

CUT TO :

 

120. INT. HOTEL — SIANG           120

 

Cheng Teck Chi memandang serius ke arah Mei Ling sambil memegang dua cawan kopi.

 

Mei Ling tiba – tiba tersenyum

 

MEI LING

Ah Chai…. Ah Chai….

 

Darren Staunton turut tersenyum.

 

MEI LING  (CONT’D)

(Di dalam bahasa Hokkien)

… Mak… itu mak… ayah…. ayah….

 

CUT TO :

 

121. EXT. DERETAN RUMAH KEDAI — SIANG           121

 

Budak lelaki itu kini bersatu bersama mak dan ayahnya juga anjingnya. Mereka kemudian beredar mengikut rombongan lain di atas arahan polis yang mengiringi mereka.

 

CUT TO :

 

122. INT. HOTEL — SIANG           122

 

Mei Ling kelihatan begitu gembira sekali. Darren Staunton berundur. Mei Ling memegang – megang tingkap seperti mahu menjamah mereka. Tiba – tiba dia jadi berubah.

 

MEI LING

(Dalam dailek Hokkien)

Mana mereka nak pergi… ke mana polis

bawak mereka….

 

Darren tidak faham. Dia memandang ke arah Cheng Teck Chi.

 

CHENG TECK CHI

Su Hwa….

 

 

 

(Continued)

MEI LING

(Dalam dailek Hokkien)

Ke mana kamu nak bawak mereka… kamu nak

buat apa pada mereka.

 

Cheng Teck Chi meletakkan semula kedua – dua cawan ke atas meja.

 

CHENG TECK CHI

Su Hwa… dengar sini dulu… dengar sini.

 

Cheng Teck Chi memegang Su Hwa. Darren Staunton cuba memahami apa yang di cakap secara tepat oleh Su Hwa. Dia cuma boleh menganggaknya sahaja sekarang.

 

CHENG TECK CHI

Biar saya cakap… mereka ke sini, tidak ada

kaitan dengan kami… faham…

 

Darren Staunton baru faham sepenuhnya perbualan di dalam Bahasa Melayu itu.

 

DARREN STAUNTON

Oh… jangan risau Mei Ling… jangan risau…

mereka datang ke Kuala Lumpur, atas 

jemputan dari General Templer!… 

 

Mei Ling mengangkat mukanya memandang ke arah Cheng Teck Chi minta simpati.

 

DARREN STAUNTON (CONT’D)

… Mereka terpilih menyertai rombongan 

bulanan ke King’s House… atas jemputan

General Templer.

 

Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya. Mei Ling merenung mata Cheng Teck Chi minta kepastian.

 

MEI LING

Aku mahu jumpa mereka.

 

CHENG TECK CHI

Ya… ya pasti… itu kamu jangan risau..

betul Darren ya?

 

DARREN STAUNTON

Ya… memang betul.

 

Cheng Teck Chi membawa Mei Ling dan di dudukan ke kerusi. 

 

(Continued)

Darren Staunton mengeluarkan Cuban Cigarnya.

 

CHENG TECK CHI

Tuan Darren sedang mengatur rancangan

untuk kamu sekeluarga, kamu akan di satukan,

dan dengan duit pampasan, kamu sekeluarga

akan dapat mulakan hidup baru.

 

Darren menghidu bau tembakau dari Cuban Cigarnya.

 

Cheng Teck Chi pergi mengambil cawan kopi itu.

 

CHENG TECK CHI

Kita tak boleh temukan kamu sekeluarga

sekarang. Ia amat merbahaya. 

 

Cheng Teck Chi membawa dua cawan kopi. Satu di serahkan kepada Mei Ling. Satu di hirupnya sendiri.

 

DARREN STAUNTON

Sementara itu, kami perlu kamu bantu kami

di dalam satu operasi.

 

Mei Ling memandang Cheng Teck Chi. Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya.

 

Darren Staunton menyalakan Cuban Cigarnya.  Cheng Teck Chi mendapat isyarat itu.

 

Dia tarik kerusi dan duduk.

 

CHENG TECK CHI

Aku mahu cerita pada kamu kisah Long

Sidek…

 

Mei Ling seperti kaku mendengar nama itu. Dia tidak bergerak. 

 

Darren Staunton menikmati Cuban Cigarnya seperti meraikan satu kejayaan.

 

Cheng Teck Chi memandang ke arah Mei Ling. Mei Ling memandang ke arah Cheng Teck Chi.

 

Mata tertentang mata. Suasana amat tegang.

 

CUT TO :

 

—————————-

Flashback

 

192. EXT. POS UTAMA — MALAM           192

 

Long Sidek memanjat tangga itu dan tiba di atas.

 

Cheng Teck Chi sedang melihat kem itu dari atas.

 

Long Sidek menghampiri Cheng Teck Chi. Dia juga menikmati pandangan dari atas itu. Kem itu gelap dan hanya ada satu dua cahaya yang datang dari obor.

 

CHENG TECK CHI

Selama satu tahun, selepas kami mendarat

dekat lumut, baru kami dapat kem ini. 

 

Cheng Teck Chi mengeluh.

 

CHENG TECK CHI

Itupun dengan ehsan Komunis.

 

Long Sidek memandang Cheng Teck Chi.

 

Cheng Teck Chi mengeluarkan dua batang cigar. Satu di hulurkan kepada Long Sidek.

 

 

(Continued)

CHENG TECK CHI

Bekalan baru di hantar dari India.

 

Bunyi di dalam hutan itu berlainan sekali dengan siang hari yang aman. Malamnya sungguh bising sekali dengan bunyi serangga. 

 

Long Sidek menampar nyamuk.

 

CHENG TECK CHI

Dari Singapura, aku ke Chungking… menyertai

Kem Kuomintang… untuk menentang Jepun.

 

Long Sidek mula mendapat gambaran sebenar.

 

CHENG TECK CHI

Tapi aku di pujuk untuk menawarkan diri

menyertai operasi sulit British untuk 

membebaskan Malaya. Dari situ, aku  ke

India. Kemudian ke Ceylon dan dengan

Kapal Selam, kami di hantar ke Pangkor.

 

Cheng Teck Chi memasangkan api cigar Long Sidek.

 

Kemudian dia seperti seorang yang kecewa melepaskan satu pandangan jauh.

 

CHENG TECK CHI

Pelik… tiba di sini, aku dan rakan – rakan di

paksa bekerjasama dengan Komunis. Aku

menyabung nyawa ke Chungking untuk 

bersama Kuomintang, tapi bila tiba sini,

aku terpaksa meletakan nyawa aku di tangan

komunis.

 

Cheng Teck Chi membakarkan cigarnya.

 

CHENG TECK CHI

British bekalkan mereka senjata, beri

mereka latihan… 

 

Long Sidek cuba bersuara tetapi dia tidak tahu apa yang akan di katakannya.

 

Cheng Teck Chi mengelengkan kepalanya beberapa kali.

 

CHENG TECK CHI

Siang tadi kami dapat maklumat… Kawan

kita, Inspektor Sanjit dan Shi Fu kini dalam

tahanan. Ah Eng.. tidak ada berita.

 

Cheng Teck Chi memandang ke arah Long Sidek.

 

CHENG TECK CHI

Wahab Dol juga di siasat. Pusat percetakan

nya di tutup. 

 

LONG SIDEK

Wahab…

 

Long Sidek memejamkan matanya.

 

LONG SIDEK

Jadi kamu agen British?

 

Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya. 

 

CHENG TECK CHI

Aku sangka kamu agen Jepun… dan

Wahab sama.

 

Long Sidek tersenyum.

 

CHENG TECK CHI

Kamu jujur Long… kamu jujur… dan 

peperangan kejujuranlah yang pertama

sekali menemui kematian, tapi kamu ada

sesuatu di itu..

 

Cheng Teck Chi menunjukkan ke dada Long Sidek.

 

Cheng Teck Chi melihat Long Sidek memegang cigar itu yang kini sudah padam. Dia tidak pernah sekali pun memasukan cigar itu ke dalam mulutnya.

 

CHENG TECK CHI

Esok, ada rombongan kanan dari Parti

Komunis Malaya akan datang.

 

Long Sidek menganggukan kepalanya.

 

CHENG TECK CHI

Aku akan pujuk mereka supaya menerima

kamu… 

 

Raut muka Long Sidek berubah.

 

CHENG TECK CHI (CONT’D)

… dan memberi perlindungan pada kamu,

sehingga selamat untuk kamu keluar.

(Continued)

LONG SIDEK

Kenapa?

 

Cheng Teck Chi mengelengkan kepalanya menandakan dia tidak akan menjawab soalan itu.

 

CUT TO :

————-

 

 

215. EXT. JALAN DI RAUB –  SIANG           215

 

Sebuah bas berhenti. Long Sidek turun dengan beg galasnya. Wajahnya kelihatan bersih dan berseri. Kulitnya menerima cukup sahaya matahari.

Pakaiannya kemas dan segak. Rambutnya di sisir rapi.

 

Dia memandang ke kiri dan kanannya. Yang dia nampak ialah ladang getah.

 

Long Sidek berjalan masuk ke dalam ladang getah itu.

 

CUT TO :

 

216. EXT. LADANG GETAH — SIANG           216

 

Long Sidek terus berjalan. Dia nampak ada pekerja ladang getah sedang memerhatinya. Long Sidek membetulkan beg galasnya dengan bergaya.

 

Salah seorang pekerja itu kemudiannya mengetuk tempurung penadah susu getah itu dengan pisau pemotongnya. Dia mengetuk dengan satu kod.

 

Ini di ikuti oleh pekerja lain, seorang demi seorang sehingga sampai ke hujung ladang getah itu.

 

“Malaya

1948”

CUT TO :

 

 

220. EXT.  BLOK KHEMAH PEGAWAI — SIANG           220

 

Khemah pegawai di buat daripada kayu dan nampak kukuh. Setiap pegawai mempunyai khemahnya sendiri.

 

Kelihatan “Machine Gun Soon” sedang berjalan menghampiri sebuah daripada khemah tersebut. “Machine Gun Soon” kelihatan susut sekali.

Dia nampak kurus dan pucat.

CUT TO :

 

221. INT. KHEMAH LONG SIDEK — SIANG           221

 

Long Sidek sedang membelek sepasang uniform yang di letakan di ata pelantar tempat tidurnya. Dia kurang bersetuju dengan uniform tersebut.

 

“MACHINE GUN SOON”

(Dalam Bahasa Mandarin)

Selamat pulang komrade kesayangan ku!

 

Long Sidek berpaling ke arah suara itu. Dia nampak “Machine Gun Soon” sedang tercegat di pintu.

 

LONG SIDEK

(Dalam Bahasa Mandarin)

Berapa tinggi burung terbang, dia pasti pulang,

pulang dan hinggap di ranting kesayangannya.

 

Long Sidek menarik kakinya dan berdiri tegak lalu memberi tabik hormat kepada “Machine Gun Soon”.

 

“Machine Gun Soon” tersenyum. Kali ini dia tidak membalas tabik hormat itu.

 

(Continued)

“Machine Gun Soon” menghampiri pelantar Long Sidek dan duduk. Dia nampak letih dan tidak gagah lagi. 

 

Long Sidek menghampiri meja membaca yang ada di dalam khemah itu. Long Sidek tidak duduk di kerusi, tatapi duduk di meja.

 

LONG SIDEK

(Dalam Bahasa Mandarin)

Aku dengar kau sakit?

 

“Machine Gun Soon” menganggukan kepalanya dan mengisyaratkan Long Sidek ke arah tubuhnya.

 

“MACHINE GUN SOON”

(Dalam Bahasa Mandarin)

Aku fikir, aku tidak akan bernyawa lagi untuk 

melihat kamu semua.

 

Long Sidek menerung tubuh “Machine Gun Soon” yang nampak kurus itu.

 

“MACHINE GUN SOON”

(Dalam Bahasa Mandarin)

Bagaimana konvesyen di London?

 

LONG SIDEK

(Dalam Bahasa Mandarin)

Kau tak tahu cerita.

 

“Machine Gun Soon” mengelengkan kepalanya.

 

Long Sidek memandangkan keluar seketika. Kemudian tanpa menoleh ke arah “Machine Gun Soon” dia bercakap.

 

LONG SIDEK

Komunis Komenwel tidak sokong permintaan

aku supaya menaja kemerdekaan Malaya.

 

“Machine Gun Soon” termenung seketika cuba memikirkan alasannya.

 

“MACHINE GUN SOON”

Mungkin sebab Tanah Besar Cina?

 

Long Sidek tidak menjawab. Mereka termenung.

 

Long Sidek nampak seorang perempuan berjalan keluar daripada Khemah pegawai yang terbesar. Itu adalah Khemah Chin Peng. Dan perempuan itu adalah  Mei Ling, dia memakai uniform Bintang Tiga.

 

CUT TO :

 

222. EXT. HADAPAN BLOK PENTADBIRAN — SIANG           222

 

Long Sidek sedang berjabat salam tangan dengan “Babi Kontot”. Dia nampak semakin bertambah berat badannya. Dia lengkap memakai uniform Bintang Tiga.

 

“BABI KONTOT”

(Dalam Bahasa Mandarin)

Aku dengar polis cari engkau.

 

LONG SIDEK

(Dalam Bahasa Mandarin)

Aku pun dengar begitu. Lepas aku balik dari

London.

 

“BABI KONTOT”

(Dalam Bahasa Mandarin)

Ya, sekarang mereka tengah buat operasi…

Komander Setiausaha Agung kita cukup marah.

 

CUT TO :

 

223. INT. BILIK MESYUARAT PKM — SIANG                                 223

 

Long Sidek masuk. Dia melihat sekeliling. Dia di sambut oleh Mei Ling. Long Sidek merenung Mei Ling. Mei Ling nampak serius sahaja.

 

Mei Ling menunjukkan tempak duduk Long Sidek. Long Sidek mengambil tempatnya dan duduk.

 

Bilik itu di penuhi oleh wakil – wakil tertinggi Parti Komunis Malaya di seluruh Tanah Melayu.

 

“Machine Gun Soon” duduk di sebelah tempat duduk yang di kosongkan untuk Setiausaha Agung.

 

Mei Ling meletakan beberapa keping kertas yang di siklostail di sisi Long Sidek. Kertas itu mempunyai tulisan Mandarin. Long Sidek kemudian membelek kertas itu.

 

Mei Ling terus mengedarkan kertas tersebut.

 

Long Sidek sesekali menjeling Mei Ling. Mei Ling sedang memberikan kertas itu kepada seorang lagi perwakilan berketurunan Melayu. Long Sidek memandang muka lelaki itu. Berkulit gelap dan matanya tajam sekali. Lelaki itu di panggil RASHID.

 

224. INT. KHEMAH LONG SIDEK — MALAM           224

 

“Machine Gun Soon” duduk di kerusi berhadapan dengan meja mambaca.

Long Sidek masih berdiri.

 

“MACHINE GUN SOON”

Dua kali cita – cita aku tak tercapai. 

 

Long Sidek tersenyum. Dia sedikit hampa.

 

“MACHINE GUN SOON”

Aku akan terus lobi untuk engkau… selagi aku

masih bernafas… kau serahkan pada aku.

 

LONG SIDEK

Mungkin betul, MUNGKIN,  aku tak ada bakat untuk

jadi askar…

 

“MACHINE GUN SOON”

Habis kau ingat kau sapa? Ahli Politik?

 

“Machine Gun Soon” nampak ‘piss off’.

 

(Continued)

“MACHINE GUN SOON”

Ahli politik tak duduk dalam hutan. Hanya

seorang sahaja ahli politik yang aku tahu

duduk dalam hutan!

 

CUT TO :

 

———————–

 

290. EXT. HADAPAN SEBUAH BALAI POLIS — MALAM           290

 

Satu tangan menepuk belakang seorang daripada dua anggota polis yang bertugas di hadapan balai itu.

 

Anggota itu menoleh. Serta merta dia melepaskan senjatanya ke bawah dan mengangkat tangan. Anggota kedua juga terkejut dan bertindak seperti anggota pertama.

 

“Machine Gun Soon” berada berdepan dengan dua anggota polis itu. Di belakang “Machine Gun Soon” terdapat 12 orang gerila Ct’s beruniform dan berketurunan Cina dan Melayu lengkap bersenjata. Kesemua gerila itu turut mengangkat tangan seperti anggota polis itu.

 

“MACHINE GUN SOON”

Kawan! Aku mahu serah dirilah… apasal kamu

pulak angkat surrender?

CUT TO :

 

291. INT. DALAM BALAI — MALAM           291

 

Kedua – dua anggota tadi masuk ke balai di ikuti oleh “Machine Gun Soon” bersama 12 orang gerilanya

 

ANGGOTA 1

Sir!

 

Seorang lelaki Inggeris berpangkat Inspektor menoleh ke arah anggota polis itu dan nampak para gerila itu di hadapannya.

 

Dia serta merta angkat tangan.

 

INSPEKTOR

“Bloody Marie” … mother of god! 

 

Para gerila itu turut angkat tangan. “Machine Gun Soon” mara ke hadapan.

 

“MACHINE GUN SOON”

Hei John… put your hand down… I 

surrender. They surrender…. no more

shooting!

 

Inspektor itu masih lagi panik

 

INSPEKTOR

Holly Shit…

(Continued)

Dia menoleh ke arah lima orang anggota polis lain yang berada di belakangnya. Kesemua mereka turut mengangkat tangan.

 

INSPEKTOR

You!… Call King’s House… ask General

Templer… what should I do.

 

“Machine Gun Soon” meletakan senjatanya di dalam tangan Inspektor itu.

 

“MACHINE GUN SOON”

I show you what you…. do.

 

“Machine Gun Soon” menoleh ke arah para gerila.

 

“MACHINE GUN SOON”

(Dalam Bahasa Mandarin)

Semua dengar sini. Letak senjata dekat sana. 

Lepas tu duduk mencangkung. Tangan atas 

kepala… sekarang.

 

Para gerila itu melakukan apa yang di suruh. Mereka nampak gembira.

 

“MACHINE GUN SOON”

(Dalam dailek Hokkien)

Cepatlah… terhegeh – hegeh… cepat sikit.

Nanti nak balik rumah…. cepat, cepat, cepat,

bini aku dah tunggu dekat rumah ni.

 

Para gerila itu semua tergesa – gesa.

 

“Machine Gun Soon” memandang ke arah Inspektor itu.

 

“MACHINE GUN SOON”

Hello kawan, 

 

Inspektor itu masih panik.

 

“MACHINE GUN SOON”

Ini baru posting ke?

(Ke arah polis lain)

 

Seorang Sarjan Polis keturunan Melayu keluar.

 

SARJAN

Mau surender ka?

 

“MACHINE GUN SOON”

Ya kawan… surender lah… nama aku…

(MORE)

“MACHINE GUN SOON”  (CONT’D)

…Ah Soon… komunis panggil

“Machine Gun Soon”, kawan baik panggil

la… “Bren Gun Soon”… Saya punya amoi

panggil “Kam Too Soon”. Berapa Leward 

aku?

 

Gerila lain semua sudah mencangkung. Ada yang sedang mengambil rokok dari seorang anggota polis.

 

CUT TO :

 

292. EXT. PONDOK ORANG ASLI — SIANG           292

 

Mei Ling sedang duduk di pelantar sebuah pondok orang asli. 

 

CUT TO :

 

293. EXT. HUTAN — SIANG           293

 

Seorang lelaki muncul dari celah pokok – pokok hutan itu. adalah seorang gerila keturunan Melayu dan bersenjata.

 

CUT TO :

 

294. EXT. PONDOK ORANG ASLI — SIANG           294

 

Mei Ling nampak lelaki itu. Dia cam muka lelaki itu. Mei Ling bangun.

 

CUT TO :

 

295. EXT. HUTAN — SIANG           295

 

Lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya berdiri di situ dan memandang sekeliling.

 

Di satu sudut hutan itu juga, muncul lagi seorang gerila berketurunan Melayu, di ikuti oleh lima lagi yang muncul satu selepas satu. Mereka agak tiga depa antara satu sama lain.

 

CUT TO :

 

296. EXT. PONDOK ORANG ASLI — SIANG           296

 

Mei Ling mula merasa curiga. Dia tidak mendapat sebarang respond daripada gerila – gerila itu.

 

CUT TO :

 

297. EXT. PONDOK LAIN — SIANG           297

 

Seorang perempuan orang asli di pondok itu menutup tingkap pondoknya. Dia seperti merasa takut.

 

CUT TO :

 

298. EXT. PONDOK ORANG ASLI – SIANG           298

 

Mei Ling tambah curiga. Dia berundur setapak. Tangannya mula menyeluk ke dalam bajunya, tempat tersembunyi pistolnya.

 

Perlahan – lahan Mei Ling berundur dan tiba – tiba, satu tangan menariknya dari dalam pondok itu.

 

CUT TO :

 

299. INT. DALAM PONDOK — SIANG           299

 

Long Sidek menutup mulut Mei Ling dengan tangannya. Kedua memberi isyarat kepada Mei Ling supaya diam.

 

Dia kemudian melepaskan tangannya. Mei Ling segera mendakap Long Sidek. Long Sidek turut mendakap Mei Ling dengan penuh rindu.

 

CUT TO :

 

300. EXT. HUTAN — SIANG           300

 

Para gerila tadi mencari tempat yang sesuai untuk masing – masing berehat.

 

CUT TO :

 

301. INT. BALAI POLIS — SIANG           301

“Machine Gun Soon” sedang duduk di bangku bersama beberapa anggota polis dan juga sarjan polis. Semua nampak amat letih dan mengantuk.

 

“MACHINE GUN SOON”

Apasal aku punya leward lagi sikit… dia lagi

banyak…

 

“Machine Gun Soon” sedang menyemak senarai reward. Dia membandingkan rewardnya yang hanya Straits Dollar 40,000.00 berbanding dengan Lau yang rewardnya adalah Straits Dollar 200,000.00.

(Continued)

KONSTABLE

Aisey Uncle… dia banyak jahat… lu tarak

jahat.. Lu Mat lawak…

 

“MACHINE GUN SOON”

Haiya… jangan cakap macam itu. Semua

rekrut takut sama aku, aku kem komander…

aku tarak bunuh orang, tapi aku ajar macam

mana bunuh orang ikut itu Soviet Union punya

cara.

 

Mereka semua ketawa.

 

“Machine Gun Soon” termenung seketika.

 

“MACHINE GUN SOON”

Macam ini ya. Lagi jahat  lagi mahal dapat

reward, lagi baik, lagi murah dapat reward.

 

Kali ini “Machine Gun Soon” serius seperti dia selalu di hutan. Dia tidak lagi cuba menceriakan keadaan.

 

Di kawasan lain di dalam balai itu, kelihatan para gerila lain sedang di ambil statement dan gambar mereka. Ada juga yang sudah terbaring tidur. Suasana di situ amat kecoh dan banyak aktiviti bagi Balai Polis kecil dan terceruk itu.

 

CUT TO :

 

302. EXT. HADAPAN BALAI POLIS — SIANG           302

 

Kereta yang di pandu oleh Darren Staunton masuk ke perkarangan Balai Polis itu.

 

Darren Staunton turun bersama dengan dua lelaki Melayu yang selalu mengikutnya.

 

Darren Staunton berjalan melihat kekecohan di situ. Dia nampak beberapa anggota gerila sedang menyusun kerusi. Dia jugak nampak seorang tukang gambar Polis sedang membetulkan kameranya.

 

CUT TO :

 

303. INT. DALAM BALAI — SIANG           303

 

Darren Staunton masuk. Dia lihat sekitarnya. Kemudian dia nampak “Machine Gun Soon” sedang di kerumuni oleh para anggota polis.

 

Darren Staunton tidak berganjak. Dia hairan.

CUT TO :

 

304. EXT. HADAPAN BALAI POLIS — SIANG           304

 

Darren Staunton sedang berdiri di satu sudut dengan Inspektor Polis warganegara British itu.

 

INSPEKTOR

(Di dalam Bahasa Inggeris loghat Welsh)

Aku tak tahu apa nak buat, mereka lebih 

ramai dari polis di balai… aku pun telefon

King’s House.

 

Darren Staunton tidak percaya apa yang di dengarinya.

 

INSPEKTOR

(Di dalam Bahasa Inggeris loghat Welsh)

Jeneral Templer cakap, ambik gambar bersama

mereka. Itulah yang saya nak buat sekarang.

 

Darren Staunton mengeluarkan cigarnya.

 

“Machine Gun Soon” menghampiri mereka.

 

“MACHINE GUN SOON”

Gentlemen… come… come…

 

Mereka semua, para gerila yang menyerah diri dan juga para anggota polis di balai itu berserta Darren Staunton duduk.

 

“Machine Gun Soon” sedang berdiri di kamera sambil memeriksa angle. Dan memberi pelbagai arahan dari situ.

 

Kemudian dia menghampiri tempat duduk tengah sekali, di himpit oleh Inspektor di sebelah Kanan dan Darren Staunton di kiri. Dia duduk.

 

Dia nampak cigar Darren Staunton.

 

“MACHINE GUN SOON”

Kawan… gimme me one…

 

Darren Staunton masih tergamam dengan karektor “Machine Gun Soon” lalu dia segera berikan sebatang tanpa kerelaan kepada “Machine Gun Soon”

 

“MACHINE GUN SOON”

Good… nanti aku tell you lot story about

komunis… I know everything. 

 

(Continued)

 

Darren Staunton memasang api kepada “Machine Gun Soon”.

 

DARREN STAUNTON

Kamu tahu pasal Long Sidek…

 

“Machine Gun Soon” memandang ke arah Darren Staunton satu macam.

 

“MACHINE GUN SOON”

Itu anak angkat aku… sebab dia, aku di sini.

Ketua mahu bunuh dia. Dia kahwin dengan

“Half Half”. 

 

Dia meletak cigar di mulutnya dan memberi isyarat ‘V’ dengan tangannya seperti Winston Churchill.

 

CUT TO :

 

 

308. EXT. PONDOK ORANG ASLI — MAGHRIB           308

 

Long Sidek dan Mei Ling masih diam. Tiada siapa yang berkata apa – apa.

 

Akhirnya Long Sidek menoleh ke arah Mei Ling.

 

Long Sidek turun dari tangga. Dia berjalan ke arah pinggir hutan.

 

Mei Ling memandang Long Sidek.

 

CUT TO :

 

309. EXT. HUTAN — MALAM           309

 

Long Sidek menghampiri tempat berteduh sementara yang di buat oleh gerila – gerilanya. Jumlah mereka sekarang lebih ramai dari jumlah asal siang tadi. Sekarang ada 25 orang gerila bersenjata. Ada juga yang di dalam keadaan kesihatan yang amat serius dan memerlukan rawatan.

 

LONG SIDEK

Kamu tahu kenapa “Half Half” ke sini…

Para gerila itu bangun dan membetulkan kedudukan. Keadaan moral mereka amat rendah sekali. Balan dan Guna di satu sudut. Hanya mereka sahaja dua gerila Tamil yang tinggal. Selainnya dalah gerila Melayu.

 

Balan terus tidak berganjak dan bersandar di pokok kayu.

 

LONG SIDEK

Semua ramalan kita memang benar, komrade.

Dan aku tahu ada di antara kamu yang telah

membaca risalah – risalah Imperialis… Mei

Ling… mahu bercerita tentang risalah itu.

 

CUT TO :

 

310. EXT. PONDOK — MALAM           310

 

Mei Ling berdiri di pangkin pondok itu. Melihat ke arah Long Sidek.

 

CUT TO :

 

311. EXT. HUTAN — MALAM           311

 

Long Sidek memerhatikan wajah para gerilanya.

 

LONG SIDEK

Aku… janjikan kamu merdeka… 

Kelihatan seorang gerila bangun. Dia memandang ke arah Long Sidek dan kemudian terus beredar ke arah Mei Ling di pondok sana,

 

Long Sidek terhenti dari berkata apa – apa.

 

CUT TO :

 

312. EXT. PONDOK — MALAM           312

 

Mei Ling nampak seorang gerila berjalan ke arah pondoknya. Dia menoleh ke arah Long Sidek. Dari jauh dia nampak Long Sidek memandang ke arahnya.

 

CUT TO :

313. EXT. HUTAN — MALAM           313

 

Long Sidek sedang merenung ke arah Mei Ling. Kemudian dia menoleh ke arah gerilanya.

 

Seorang lagi bangun. Di ikuti oleh seorang lagi. Mereka berjalan meninggalkan Long Sidek dan menuju ke arah Mei Ling.

 

LONG SIDEK

Aku janjikan kamu merdeka. Aku janjikan

kamu merdeka… 

 

Seorang gerila Melayu menghampiri Long Sidek. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Long Sidek.

 

LONG SIDEK

Aku janjikan kamu merdeka….

 

GERILA 1

Long, aku fikir – fikir, kalau kita kalah… bukan

Melayu yang kalah… cina… dan cina boleh…

(MORE)

GERILA 1 (CONT’D)

…balik ke negeri Cina, atau boleh terus duduk

di sini.

 

Long Sidek memandang Gerila itu dengan satu perasaan aneh yang sukar di huraikan olehnya.

 

Para gerila lain yang sedang berjalan ke arah Pondok itu turut terhenti dan mendengar kalimah ucapan Gerila 1 itu.

 

GERILA 1

Tapi kalau kita menang Long… yang kalah Melayu,

ke mana bangsa Melayu nak bawak diri, negeri

tergadai pada orang….

 

Gerila itu terus berdiri di hadapan Long Sidek. Long Sidek tidak memberi sebarang reaksi.

 

CUT TO :

 

314. EXT. PONDOK — MALAM           314

 

Mei Ling memandang ke arah sana. Di hadapannya, seorang gerila sudah tiba dan berdiri. Tetapi turut memandang ke arah sana.

 

CUT TO :

 

315. EXT. HUTAN — MALAM           315

 

Gerila – gerila lain juga terus bangun. Dan mereka mula berjalan seorang demi seorang meninggalkan Long Sidek. Ada gerila yang memapah komrade mereka yang cedera. Ada yang terhinjut – hinjut. Tetapi mereka terus satu persatu pergi.

 

Gerila yang berada di hadapan Long Sidek kemudian memandang ke belakang dan melihat rakan – rakannya sedang berjalan.

 

Gerila itu kemudian memandang Long Sidek.

 

GERILA 1

Di sana juga, ada menjanjikan merdeka,

cara mereka lebih sesuai dengan kita,

Long.

 

Long Sidek memandang Gerila itu.

 

GERILA 1

Silakan Long….

(Continued)

Dia memberi isyarat tangan supaya Long mendahuluinya. Long Sidek tidak berganjak.

 

Gerila itu kemudiannya menganggukan kepalanya tersenyum. Dia menepuk – nepuk bahu Long dengan tangannya.

 

GERILA 1

Selamat tinggal…

 

Dia berjalan pergi. Yang tinggal hanya dua orang gerila Melayu. Dan Balan serta Guna. 

 

Dua orang gerila itu juga akhirnya berjalan pergi.

 

Long Sidek terus tercegat.

 

CUT TO :

 

316. EXT. PONDOK — MALAM           316

 

Mei Ling berdiri di atas pangkin itu. Seorang demi seorang gerila yang datang dan duduk di hadapannya. Mei Ling masih memandang ke arah Long Sidek.

 

MEI LING

Bagi setiap seorang dari kamu yang

menyerah diri, kamu layak mendapat

wang pampasan berjumlah …

 

CUT TO :

 

317. EXT. HUTAN — MALAM           317

 

Long Sidek perlahan – lahan membongkokkan badannya dan duduk.

 

MEI LING O.S (CONT’D)

… dua puluh  ribu tunai serta segala bantuan

untuk memulakan hidup baru. Pemerintah

baru British di London juga, sudah bersetuju

untuk memulakan rundingan bagi kemerdekaan

Tanah Melayu. Ini akan bermula dengan satu

pilihanraya pada tahun hadapan. Wakil yang

menang di dalam pilihanraya itu akan kelak

menerajui Tanah Melayu di dalam rundingan

tersebut (fade under)

Long Sidek mencabut pistol di pinggangnya, Dia memegang pistol itu. 

(Continued)

Balan dan Guna memandang ke arah Long Sidek. Kini hanya mereka bertiga di situ.

 

Guna menepuk peha Balan dan kemudiannya bangun. Dia kemudian berjalan meninggalkan Long Sidek. Long Sidek memandang Balan. 

 

Balan bangun. Dia berjalan dan berhenti di sebelah Long Sidek.

 

BALAN

Long, selama ini… kita fahaman

jugak kasi pejuang…. ideologi…. Rakyat, 

kita saja guna…. aku tak mau lagi… lama

sudah fikir… tak mau Long. Tak mau….

Long Sidek tidak berganjak. Balan akhirnya tinggalkan Long Sidek seorang diri.

 

CUT TO :

 

318. EXT / INT. BELAKANG PONDOK — SIANG           318

 

Long Sidek melangkah untuk turun ke sungai untuk mandi. Mei Ling berdiri di atas rumah itu.

 

MEI LING

Ini peluang untuk kita mulakan hidup

baru kita, kau, aku, keluarga… anak- anak… 

 

LONG SIDEK

Tidak dengan mengkhianati perjuangan aku…

 

MEI LING

Di luar sana perjuangannya lebih baik Long,

aku sudah lihat itu semua.

 

LONG SIDEK

Kau sudah di racun.

 

Mei Ling diam. Dia turun dan merapati Long.

 

MEI LING

Kita harus terima hakikatnya… perjuangan

ini sia – sia… janji merdeka di luar sana

lebih manis Long… lebih nyata.

 

LONG SIDEK

Ini perjuangan aku… ini sumpah aku…

aku sendiri akan bebaskan bumi ini… 

(MORE)

LONG SIDEK (CONT’D)

…biar aku harus berjuang hingga tumpah

darah aku…

 

MEI LING

Long, perjuangan kita hanya menumpahkan

darah bangsa kita sendiri. Kita mengusir

imperialis, tapi setiap peluru kita meletup,

setiap inci bumi kita makin menjadi hak orang.

Sedarlah… sedarlah…

 

Long Sidek memandang ke arah Mei Ling. Masing – masing menahan kesedihan kerana tidak mahu menggugurkan air mata.

 

MEI LING

Aku cintakan kau. Berikan aku kekuatanmu,

pimpin aku sebagai seorang isteri yang rindukan

pimpinan seorang suami, kita perlu rumah…

bukan khemah… kita perlu anak – anak…

bukan komrade…. 

 

Long Sidek tersenyum kepada Mei Ling.

 

MEI LING

Aku kembali kerana kau suami aku.

LONG SIDEK 

Aku tetap menyayangi kamu…

 

Long Sidek beredar ke sungai.

 

CUT TO :

 

319. EXT. SUNGAI — SIANG           319

 

Long Sidek terjun ke dalam sungai dan mandi.

 

CUT TO :

 

320. INT. PONDOK — SIANG           320

 

Mei Ling sedang menyereng baring di lantai. Matanya pejam celik. 

 

Terdengar tapak kaki orang melangkah. Long Sidek muncul dari belakang. Rambutnya basah.

 

Dia kemudian perlahan – lahan duduk di belakang Mei Ling.

 

 

(Continued)

LONG SIDEK

Aku tidak boleh serah diri.

 

Mei Ling tidak menoleh.

 

MEI LING

Kenapa?

 

LONG SIDEK

Aku tidak tahu.

 

MEI LING

Kau boleh kehilangan aku?

 

LONG SIDEK

Aku tak akan serah diri.

 

MEI LING

Apakah perkahwinan bukan satu

perjuangan?

 

LONG SIDEK

Perjuangan aku hanya satu.

 

Suasana menjadi senyap sunyi selepas kalimah itu.

 

Akhirnya airmata Mei Ling gugur beberapa detik selepas itu.

 

Long Sidek kemudian berjalan ke hadapan Mei Ling dan merapatinya. Dia duduk di antara dua sujud.

 

Mei Ling bangun dan duduk di antara dua sujud.

 

MEI LING

Rupanya, aku hanya mengawini perjuangan

mu… 

 

Long Sidek mengucup dahi Mei Ling. Mei Ling mendakapi Long Sidek sepuas – puasnya.

 

Perlahan – lahan Long Sidek menolak Mei Ling.

 

LONG SIDEK

Tenggelam matahari nanti, gugurlah

talak satu antara kita.

 

Sekali lagi Long Sidek mengucup dahi Mei Ling.

 

 

(Continued)

LONG SIDEK

Siti… aku bangga pernah berjuang di 

bersamamu…

 

Long Sidek bangun dan berjalan ke luar pondok itu.

 

CUT TO :

321. EXT. HADAPAN PONDOK — MALAM           321

 

Mei Ling berdiri melihat Balan berjalan menghampiri mereka. Semua menoleh ke arah Balan. 

 

CUT TO :

 

322. EXT. HUTAN — MALAM           322

 

Long Sidek melihat Balan menghampiri pondok itu.

 

CUT TO :

 

323. EXT. HADAPAN PONDOK — MALAM           323

 

Balan akhinrya tiba. Guna bangun dan menghulur tangan berjabat dengan Balan. Balan menyambut tangan itu.

 

Balan memandang wajah Mei Ling. Mereka bertentang mata seketika. Balan akhirnya menoleh ke arah Long Sidek. Mei Ling menoleh ke arah Long Sidek.

 

CUT TO :

 

324. EXT. HUTAN — MALAM           324

 

Long Sidek belum berganjak sama sekali.

 

CUT TO :

 

325. EXT. PONDOK — MALAM           325

 

Para gerila seorang demi seorang bangun menoleh ke arah Long Sidek dan akhirnya semua sekali bangun dan menoleh ke arah Long Sidek.

 

CUT TO :

 

326. EXT. HUTAN — MALAM           326

 

Long Sidek tertunduk seketika dan kemudiannya berjalan ke arah hutan. Beberapa langkah ke dalam hutan, dia terus hilang dari pandangan.

 

CUT TO :

 

327. EXT. HADAPAN BALAI POLIS — SIANG                     327

 

25 orang gerila berdiri dua barisan. Di hadapan mereka terdapat bangku. 

Mei Ling duduk di tengah sekali, “Machine Gun Soon” dengan cigar di tangannya duduk di sebelah kanan dan di sebelahnya ialah Teresa Lee, Darren Staunton di sebelah kiri bersama Cheng Teck Chi dan Wahab Dol yang menghisap paip.

 

“Machine Gun Soon” memberi isyarat ‘V’ dan gambar itu di rakamkan.

 

FREEZE :

 

328. STILL PHOTO           328

 

Photo “Machine Gun Soon” memberi isyarat ‘V’ dan cigar di mulutnya.

 

CAPTION

“Machine Gun Soon” di lantik sebagai 

Ahli Jawatan Kuasa Perang Saraf pada

tahun 1952. Dia bekerja untuk kerajaan

sehingga tahun 1962.

 

Photo “Teresa Lee”

 

CAPTION

Teresa Lee akhirnya berjaya menumbangkan

rangkaian penyebaran maklumat PKM dengan 

bantuan Mei Ling pada tahun 1953.

 

Photo Wahab Dol, Darren Staunton dan Cheng Teck Chi”

 

CAPTION

Mereka bertiga terus memburu Long Sidek

sehingga 1955. 1959, Wahab Dol bertanding

Pilihanraya Umum sebagai calon PERIKATAN.

Darren Staunton tinggalkan Malaya pada tahun

1958. Sebelum meninggal dunia, Cheng Teck

Chi menulis sebuah buku, mengenai penglibatannya

di dalam “Force 136” dan pertemuannya dengan

Long Sidek.

 

Photo reward Long Sidek

 

CAPTION

1955, beliau di lantik sebagai Timbalan 

Pengerusi Parti Komunis Malaya dan 

berpindah ke sempadan. Beliau pernah di 

lihat muncul di Republik Rakyat 

Cina dan Vietnam. Tetapi beliau

tidak pernah lagi muncul di hutan Tanah Melayu.

Namanya terus menjadi sebutan, bagi generasi

muda berkaitan mitos yang menyelubunginya.

 

Photo Mei Ling

 

CAPTION

Mei Ling alias Tan Su Hwa alias Siti Abdullah, 

bekerja rapat dengan

Teresa Lee sehingga tahun 1953. Selepas

itu, dia terus menyepikan diri. Sesetengah 

pihak mendakwa dia berhijrah ke Australia.

Tetapi Mei Ling tidak akan tinggalkan negara

tumpah darahnya. Dia terus hidup, di dalam 

diri setiap rakyat Malaysia yang cintakan

negara.

 

FADE TO BLACK :

 

CAPTION

The Malayan Police casualties totalled 2,947

of whom 1,346 were killed. 

 

The Military Forces suffered 1,478 casualties 

of whom 519 were killed, 

 

There were 4,668 civilian casualties of whom 

2,473 were killed and 810 went missing.

 

The total cost amounted to $1,470 million (Malayan)

but the economic damage to the country cannot 

be measured.

The Malayan Emergency ended on 31st July 1960.

 

 


 

 

 

 





Ramadan Charity Update And “Kepala Lembu”

28 08 2009

RC

Thank you folks! Thanks for starting the contribution rolling. We have arranged for the first session on the 12 September 2009. As usual our faithful supporter, YB Sallahuddin Ayub, Member of Parliament for Kubang Kerian will be there to help us to pass the donation collected from the readers of this blog to the poor and needy.

To our beloved cyber contributors, I shall be updating the RC2009 accounts on this blog. Please cross check to make sure your donation is listed. If it is not in the list, please email us to make sure we have received your contribution.

As usual we shall be targeting those poor and needy from all races, as we are all colour blind. However, those donations, which are specifically for religious obligation purposes, will be given in accordance of the religious term.

To donate, please bank in your donation to,

Bariah Ishak


Maybank’s account – 1 14105 20748 4


RHB’s account – 1 12170 0004782 8

And send a confirmation email to bariahishak@yahoo.com.my.

To read more about Ramadan Charity, please click here.

Kepala Lembu : I supported Abdullah’s Son In Law But It Left Me Wonder about Nik Aziz’s Son In Law….

I supported Khairy Jamaluddin. A man capable of  wonders when they stop bragging about who they are or whose son in law he is.

I have read the MKini report below and saluted Khairy Jamaluddin. At least he is not spending governments money trying to deceive his own father in law.

“Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum. 

“Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara,” kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

“Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

“Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

“Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan,” katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak. 

“Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain,” tambahnya.

This son in law is not bragging about how hot he is and his dilemma about taking another wife….

Cow headSnapshot taken from Malasyian Insider





Ramadan Charity 2009: The Finale

25 08 2009

Ramadan has return and this blog, once again is ready to kick-off our almost kind of annual event, The Ramadan Charity.

By taking a humble twist in 2007, my wife, Bariah Ishak and the Kickdefella’s readers have orchestrated one of the blogosphere most charitable affairs.  During the first year, Bariah and Kickdefella’s readers managed to put together almost RM4,000.00. Read about it here, here and here.

In 2008, during our second year charity drive, Bariah and the Kickdefella’s readers managed to collect a whooping RM30,000. Read here, here, here and here.

This year will be our last round of the great Ramadan Charity.

Last week, YB Husam the pillar of Ramadan Charity 2007, after being informed about my plan to leave my current position, has offered me two choices; one of it is to work directly under him at his office. Without knowing that my fellow brother, Dr. Rosli Allani had already decided to vacant the position, I have rejected both of Husam’s offers as soon as it is being made.

I plan to cease my relationship with the state government and the party altogether, which is what I told him. At least, that is what my plan is for now.

Few nights ago, I have had till the wee hours chatting with my royal neighbour, The Tengku Temenggong of Kelantan. The YAM has by principle agreed to support my plan to sail to the South China Sea and to expand the Petroleum Royalty Mission to all fixed platform offshore of Kelantan.

I have proudly suggested The YAM himself to lead and captained the journey.

I shall love to see the “Pelayaran Yang Belum Selesai” a success before I end my Kelantan stint to focus on writing about the reality. 

But as for now, let us continue with our Ramadan Charity. Last call folks!

Everyone is welcome to donate to the Ramadan Charity. As usual, cash received will be used to buy food, sugar; cordial drinks, cooking oil, rice, flour and biscuits. Last year, as we received more than we expected, cash was also given to those receivers.

To donate, please bank in you donation to,

Bariah Ishak


Maybank’s account – 1 14105 20748 4


RHB’s account – 1 12170 0004782 8

And send a confirmation email to bariahishak@yahoo.com.my.

As Kijang Care is now defunct, we will work closely with our brothers and sisters in Tabung Tok Kenali for distribution purposes.

So folks, with all the humbleness, I would love to beg you, to start the collection rolling.





Kisah Seorang Biduan (or Banduan)

18 08 2009

I once so crazy about Dahlan Zainuddin, the top star of mid seventies. One fine morning few years back, I stumbled upon him while having breakfast with my production crew in a warong in Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Without him invited me, I took my nasi lemak plate and sit next to him.

“When I see you, you remind me of my Panasonic TV”, those shocking words from me stunned Dahlan.

“I look like your Panasonic TV?” Dahlan staring at me while his fingers run through his not so many hair up there.

Fast rewind to 1976 in Kampong Paya Rambai, Jalan Bayam Kota Bharu, where we moved to from my grandpa’s house in Lorong Che Hussin (Belakang Wad Gila) after my parents divorced.

Mum and me lived in a small pondok in the kampong that looks like a secondary jungle. My two sisters who are taking their MCE and LCE that year, continued to stay at grandpa’s because our kampong has no electricity supply.

We have this 12 inches National Panasonic TV, which we have to hook to a second hand car battery. The battery will last for a week if we watch not more than 2 hours daily.

In 1976, there’s a Saturday night entertainment programme called Bintang Pujaan that featured Dahlan Zainuddin for six consecutive weeks. For those six consecutive weeks, Dahlan Zainuddin is everything that I look forward too.

“You can never imagined how important you are for a kampong boy like me”, I told Dahlan after such a long and detailed explanation on why he reminds me of the old Panasonic.

“Can you imagine the distance I have to take, carrying that battery to the closest civilization for it to be recharge and return 12 hours later to take it home?”

“Never once I regretted making the journey!”

And yes, I never regretted making those journeys in life.

Neither I regretted this journey back to Kelantan although I repeatedly claim that it was not an enjoyable one.

My family and me still wish to continue our stay in this lovely state nevertheless, I am adamant to leave my position in Perbadanan Menteri Besar Kelantan as soon as I get the opportunity to do so. And yes, I am considering the option that I have.

While Dahlan reminds me of my Panasonic TV, there are people who reminded me a lot of the second-hand battery.

And I wish not to be reminded of the second-hand battery.





The Finale

15 08 2009

It is like in the movie Cinema Paradiso by Giuseppe Tornatore, where Afredo the blind projectionist put it nicely to Toto,

Living here day by day, you think it’s the center of the world. You believe nothing will ever change. Then you leave: a year, two years. When you come back, everything’s changed. The thread’s broken. What you came to find isn’t there. What was yours is gone. You have to go away for a long time… many years… before you can come back and find your people. The land where you were born. But now, no. It’s not possible. Right now you’re blinder than I am.”

Toto left the Island and later became a successful movie director. I left Kelantan in 1990 and bagged few awards for my contribution in the movie industry, but just like Toto, I felt empty and missing something.

I crafted my way back to Kelantan, to be closed to my mother. I managed to spend three months together with her just like old days in Paya Rambai after all my siblings has grown up and left us.

Towards the end of the third month, she suffered a heart attack. In and out of hospital has become almost a weekly affair. Mid August 2007, I brought my family back to Kelantan and Mum shifted to our new place only to leave for Kuala Lumpur a month later at my siblings’ request as her health deteriorated further.

I last met mum, the day after the former Prime Minister dissolved the Dewan Rakyat in 2008. She died, a week earlier than I am scheduled to take her back to KB.

Since then, there are times when I wonder alone, “What the heck am I doing here, in Kelantan?”

Last December I wrote here in this blog, that I am lying to myself if I say I am happy in Kelantan. Eight months later, things haven’t change much.

This brought me the tale that Alfredo relates to Toto,

Once upon a time, a king gave a feast. And there came the most beautiful princesses of the realm. Now, a soldier, who was standing guard immediately, fell in love with her. But what could a poor soldier do when it came to the daughter of the king? Well, finally, one day, he managed to meet her, and he told her that he could no longer live without her. The princess was so impressed by his strong feelings that she said to the soldier: “If you can wait 100 days and 100 nights under my balcony, then at the end of it, I shall be yours.”

“The soldier immediately went there and waited one day. And two days. And ten… And every evening, the princess looked out of her window, but he never moved. During rain, during wind, during snow, he was always there. The bird shat on his head, and the bees stung him, but he didn’t budge. After ninety nights, he had become all dried up, all white, and the tears streamed from his eyes. He couldn’t hold them back. He no longer had the strength to sleep. All that time, the princess watched him. And on the 99th night, the soldier stood up, took his chair, and went away.”

In one more night, the princess would have been his. But she also could not possibly have kept her promise. And it would have been terrible. He would have died. This way, however, at least for 99 days, he was living under the illusion that she was there, waiting for him.

Perhaps, some love is not to be conquered. It is better to just admire it secretly.

As the Ramadan is closing by, this blog would love to announce that our Ramadan Charity 2009, which is our third Ramadan Charity since my returned to Kelantan, will be the last. My contract will end early next year and by the look of it, I would rather admit things might just end there.

In our donation drive for Ramadan Charity 2008, together we have managed to collect more than forty thousands ringgit. Hopefully this Ramadan Charity 2009 will be a grand finale for us all.





700 Kilometer, Pelayaran Yang Belum Selesai

11 08 2009

JOURNEY MAP

Jarak keseluruhan perlayaran yang dirancang ialah lebih kurang 400 batu nautikal atau lebih kurang 700 km, melalui 14 infrastruktur eksploitasi gas dan petroliam di Laut Cina Selatan.

Itulah perancangan saya. Saya amat berterima kasih diatas email-email yang saya terima daripada pembaca yang meminta nombor akaun saya untuk memberikan sumbangan. Seperti juga komen yang saya tinggalkan diposting terdahulu, saya belum bersedia menerima sumbangan kewangan kerana,

  • Segala-galanya perlu dipastikan terlebih dahulu, dan
  • Sebarang kutipan biarlah dibuat oleh pihak ketiga bagi menjamin ketelusannya.

Sehingga kini juga tidak kurang email-email yang memberikan pelbagai maklumat terperinci yang boleh membantu pelayaran ini. Maklumat-maklumat ini banyak membantu saya menyiapkan peta cadangan pelayaran di atas.

Namun, pelayaran ini tidak akan menjadi nyata tanpa kemudahan untuk belayar. Iaitu yang paling penting ialah bot. Sehingga kini pihak saya belum dapat mengenal pasti bot yang boleh digunakan. Saya dan rakan-rakan telah menghubungi banyak pihak tetapi sehingga ke hari ini, apa yang kami dapati bukan bot tetapi hanyalah alasan mengapa bot-bot yang kami kenalpasti tidak boleh digunakan.

Oleh yang demikian, saya merayu dari para pembaca, sahabat dan kenalan, yang mungkin dapat membantu mengenalpasti bot yang boleh dan mampu untuk pelayaran ini.

Seperti biasa, saya boleh dihubungi menerusi email di azidiaziz@yahoo.com.

Baca : Pelayaran Yang Belum Selesai





Noordin Mat Top Hidup?

10 08 2009

noordin

Mat Min Tanjong beranak dalam botol, tenggelam timbul terus masuk gol.

Setelah berbual panjang dengan beberapa rakan wartawan kanan di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur, saya tersenyum panjang sambil terkenang kisah Mat Min Tanjong.

Kesimpulan kisah Mat Min Tanjong adalah ibarat rakan media kita dari Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad. Kalau tidak kerana Khairi bersusah payah memecah ruyongnya, masakan kita merasa sagunya sejak dua tiga hari yang lepas.

Berterima kasihlah kita kepada Khairi yang dilaporkan oleh seorang wartawan sebagai memaksa dia memasukan berita memburuk-burukkan peribadi blogger yang menyangkalkan dakwaan Khairy dalam tulisannya di Kosmo.

Seorang Wartawan kanan akhbar nasional pula berkata, “memang aku tau dah…. ini yang engkau nak kan…”

Bukan senang untuk mendapat publisiti didalam media arus perdana yang editorialnya dikawal ketat oleh tangan-tangan tertentu. Kata orang perhubungan awam, “Good publisity or bad publisity is still publisity…”

Trip to Cakrawala_0085DSP Tan mendapat liputan meluas Sinar Harian hari ini. Mengapa beliau tidak menghentikan ekspedisi ini? Adakah ia diluar bidang kuasanya atau dia bijak dalam tidak memberikan kemenangan moral kepada rakyat Kelantan.

Mabuk dilaut sudah lama berakhir, tetapi mabuk media massa melayan isu Misi Royalti berterusan dan harap akan terus berterusan supaya mana-mana yang tidak tahu, akan tahu bahawa segelintir rakyat Kelantan telah meredah lautan samudera dalam, menyabung nyawa dipukul ribut dan gelora dahsyat dengan serba kekurangan dan hampir maut semata-mata mahu melihat sendiri pelantar minyak yang selama ini hanya mereka dengari dari cerita-cerita ahli politik sahaja. Terima kasih kepada usaha keras Mohd. Khairi Mohamad kerana menambahkan elemen-elemen dramatik yang lahir dari imaginasi liarnya.

Apabila kembali ke darat, segelintir rakyat ini cukup bangga bercerita bahawa pelantar itu didalam perairan Kelantan. “Polis Marin Siam tak tahan pun, polis Malaysia pun tak tahan jugak, sebab laut ni hak kita!”

“Pelantar minyak tu hok kita!”

“Pitih tu pun kena bagi ke kita!”

Didalam pada itu, ada isu yang dibangkitkan oleh Khairi perlu diambil kira, seperti isu keselamatan dan jika benar keselamatan terabai maka pihak penganjur tidak salah untuk berusaha memastikan ia tidak lagi berlaku. Sebagaimana juga pihak pengurusan media massa perlu juga memastikan imaginasi liar wartawannya tidak bercampur aduk dengan berita.

Trip to Cakrawala_0144Dipukul ombak ganas atau dibelai ombak romantis?

Kosmo bukan akhbar pertama melaporkan perihal Misi tersebut. Wartawan Malaysian Insider yang turut serta didalam pelayaran itu adalah wartawan pertama melaporkan misi ini. Tetapi kerana tulisannya teguh kepada etika tinggi kewartawanan, ianya tidak ke mana-mana.

Ekpedisi royalti minyak ke pelantar Cakrawala membuktikan bahawa pengerudian minyak itu sememangnya berlaku dalam perairan Kelantan.

Ini memandangkan kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya  153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Datuk Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala pada 4 dan 5 Ogos itu.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Mentri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut ketibaan Ekspedisi misi royalti petroleum yang selamat mendarat di pelabuhan Pengkalan Kubur, Tumpat petang tadi.

Ekspedisi disertai seramai 60 orang termasuk wakil media diketuai oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, selamat tiba di kawasan pelantar kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Anggota rombongan kemudian belayar pulang selepas membuat tinjauan selama hampir dua jam.

Turut sama dalam misi tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk  Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, ahli-ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Wartawan The Malaysian Insider yang turut sama menyertai ekspedisi tersebut difahamkan pengeluaran petroleum memang berada di dalam perairan pantai Kelantan dan tuntutan royalti sebanyak lima peratus kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat adalah wajar. Baca di sini.

Dan hari ini Reme Ahmad yang berpengalaman bersama pelbagai agensi berita ternama mengajar kita sedikit tentang etika kewartawanan dari Temasek.

Seventy people set sail in three boats on a 26-hour round trip of the South China Sea last week.

Their mission gave Prime Minister Datuk Seri Najib Razak a new headache in Kelantan — although some themselves returned seasick.

Malaysia produces oil and gas offshore, in the South China Sea, and a growing number of Kelantan residents feel that the federal government owes the east coast state at least RM1.7 billion in “oil royalties”.

Ten leaders of PAS and PKR went on the watery expedition on Tuesday to make that point.

The rest were mostly journalists, bloggers and PAS members from Kelantan, a state that has remained in PAS hands for 19 years.

Kelantan’s deputy speaker Zaki Ibrahim led the mission and state executive councillor Husam Musa was also on one boat.

The two fishing boats and one decommissioned navy boat sailed from two jetties in Kelantan.

Tabloid reporter Khairi Mohamad, who went on the trip, was quoted as saying in a newspaper: “The trip was a harrowing experience and almost all of us suffered from severe seasickness.” Baca di sini.

Cak kelepuk kelepik kelepak, buah lanah lokoh kulit, atah sana takdok bakar mari saman kita kelik….

Jangan kena sigung dahlah.

Eh- Kenapa tajuk Noordin Mat Top hidup tetapi cerita yang Top adalah pasal Khairi? jawapan – Blog ambo, suka hati ambo nak tulis tajuk apo pun dok gitu…. hehehe. Ambo mengaji filem dok mengaji kewartawanan macam Khairi. Maaf lah.





Pelayaran Yang Belum Selesai /Sailing Again

8 08 2009

Trip to Cakrawala_0133

(English version is after the Malay text)

Saya sudah membuat keputusan untuk kembali ke laut dalam bagi meneruskan misi moral dan menimbulkan kesedaran yang meluas dikalangan penduduk Kelantan dan rakyat Malaysia seluruhnya diatas hak tuntutan royalti Kelantan yang belum pernah dibayar oleh PETRONAS.

Pelayaran yang sedang saya rancang ini mungkin mengambil masa sehingga 15 hari tanpa henti lamanya bergantung kepada keadaan cuaca dan keupayaan kapal.

Saya berharap untuk belayar ke Pelantar Gas di Lawit dan Jerneh yang dikatakan didalam lingkungan 68 KM dari perairan Kelantan. Setrusnya meneruskan pelayaran ke Commercial Arrangement Area atau PM3, iaitu kawasan pertindihan tuntutan Malaysia Vietnam. Di situ saya berharap untuk melihat persiapan Pelantar Bunga Raya Alpha dan Pelantar Bunga Orkid.

Dari Blok PM3, saya ingin pula belayar ke kawasan Joint Development Area iaitu kawasan pertindihan tuntutan Malaysia Thailand. Saya ingin kembali ke Pelantar Cakrawala. Sewaktu pelayaran ke Cakrawala tempohari, saya melihat ada 6 sumber cahaya terang yang saya percayai adalah sebahagian daripada aktiviti eksploitasi gas di perairan tersebut. Dua dari sumber cahaya itu datang dari arah selatan Cakrawala. Satu dari arah Barat Cakrawala dan 3 lagi ialah dari Cakrawala sendiri dan 2 di belakang Cakrawala iaitu ke arah Timur.

5 daripada sumber cahaya itu saya dapat sahkan dengan peta sebagai Cakrawala, FSO Puteri Cakrawala, Bulan Alpha, Suriya Alpha dan Bumi Alpha. Salah satu yang berada di belakang Cakrawala tidak dapat saya pastikan.

Saya bercadang untuk juga mendapatkan kebenaran berlabuh disetiap pelantar bagi tujuan menyerahkan Bendera Negeri Kelantan kepada wakil operator setiap pelantar.

Saya akan menyerahkan kertas cadangan pelayaran ini kepada Kerajaan Negeri Kelantan di dalam masa terdekat.

Saya bersedia untuk membiayai sendiri setakat kemampuan saya berhubung kos-kos yang akan timbul dari pelayaran ini, selebihnya, saya akan terpaksa mengharap bantuan Kerajaan Negeri dan juga bantuan-bantuan peralatan, kemudahan dan kewangan daripada mana-mana pihak, termasuk pembaca yang sudi membantu untuk menjayakan misi ini.

Bagi mereka yang sudi menghulurkan apa bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah hubungi saya di email azidiaziz@yahoo.com.

Saya berharap dapat belayar sebelum Ramadhan bermula.

ActivitiesWilayah Kelantan

Sailing Again

I have decided to return to the sea and expand the Petroleum Royalty Mission to all fixed platform offshore of Kelantan. By sailing to all those platforms offshore of Kelantan, I hope to shoulder symbolically the seriousness of our claim. I too hope this second mission will trigger more wide spread awareness among Malaysians on the issue.

I reckon this journey shall take me 15 non-stop days to complete depending on the weather and the capability of the boat.

I plan to begin the journey by sailing to 2 closes platform, which are Lawit and Jerneh, about 68 KM from Kelantan shore.

From there I plan to sail to the Commercial Arrangement Area or Block PM3, the superjacent waters claim by Malaysia and Vietnam. Here, I hope to sail by Bunga Raya Alpha and Bunga Orkid Alpha fixed platform.

Then I plan to return to the Joint Development Area. During last mission to Cakrawala, on the way there I saw six very bright lights above the waters. One off them is Cakrawala Complex. But there are two others behind Cakrawala and towards the East. One of it perhaps is the FSO, but I am not sure about the further one.

There is also one on the west site and this may or may not be, Bulan Alpha unmanned platform. Then there are two to the south with one is much further. Again, it may or may not be, Suriya Alpha and Bumi Alpha.

I hope to be allowed to harbour at those platform by the operator so I could hand over to each of them the Kelantan flag.

I am going to submit a paper to the State Government on the matter pretty soon.

I shall self-finance part of the expedition cost but am very sure it will cost me more than I can afford. For that I hope to have the backing from the state and also from various parties. Help may come not only for financing purposes but also in term of kinds, services and facilities.

If you wish to help finance the expedition or wish to propose any type of help, I can be reach at azidiaziz@yahoo.com.

My dream is to start sailing before Ramadan.

Trip to Cakrawala_0026





Bila Mat Sabun Di Bawa Belayar

7 08 2009

kosmo

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Itulah yang mendorong sahabat dan mentor saya Haji Hashim Omar yang sudah berusia hampir 70 tahun menerima pelawaan saya untuk menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala menaiki bot nelayan pada 4 hb Ogos yang lepas. Haji Hashim tidak langsung meminta sedikit masa untuk berfikir sebaliknya, terus menjawab “Ya, Ana ikut,”

Saya kemudian cuba bergurau dengan Haji Hashim sambil berkata, “Tapi Abe Haji, kita kat tengah laut ni, kalau mati mayat kita tu tak bawak kelik ke darat dah, pakai kebumi dalam laut je”. “Allah Pok Sheik, kita kalau mati di atas katil pun kalau takdir tok dijumpa orang, berulat  situ tak kebumi mayat kita”. Jawab Haji Hashim.

Itulah  semangat seorang bekas wakil rakyat PAS dan aktivis rakyat yang pernah melalui pelbagai kemelut naik dan turun dalam mempertahankan hak buat yang berhak.

Trip to Cakrawala_0044Haji Hashim sedang mengambil gambar ketika bot mula mudik pulang ke jeti setelah lebih 26 jam meredah samudera.

Tetapi sudah tentu mereka yang dari kecil tidak pernah diajar berusaha akan merasakan satu usaha kecil sahaja sudah satu misi menyabung nyawa. Itulah mentaliti UMNO hari ini. Itulah mentaliti segelintir wartawan yang sudah lama makan bersuap oleh konglomerat milik UMNO.

Maut ada dimana-mana. Saya sendiri lebih rela bertemu maut di kancah pertempuran daripada berdepan maut disebalik selimut ditilam empuk.

Tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentaliti pemiliknya iaitu UMNO yang sudah lupa daratan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?

Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.

Kalau bot yang membawa kami itu dianggap daif dan serba kekurangan sehingga boleh membahayakan, seharusnya mereka menginsafilah kehidupan para nelayan kita yang hari-hari berdepan dengan kedaifan itu walaupun sudah lebih 50 tahun teraju Kementerian Pertanian disandang oleh Menteri dari UMNO.

Mungkin kerana bagi UMNO ini adalah misi bunuh dirilah maka sebab itu Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Kelantan YB Alwi Che Mat dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed takut hendak ikut serta didalam misi ini.

Sepatutnya wartawan Khairi Mohamad masukkan statistik berapa ramai yang terkorban atau terlantar di hospital setelah menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala tempoh hari.

Trip to Cakrawala_0123Bot Kami sedang meredah Laut Cina Selatan

Trip to Cakrawala_0091Wartawan TVPAS, Harakah dan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan sedang menjamu buah dokong 100 kilometer di tengah lautan.

Trip to Cakrawala_0191Blogger Fauzi dari Perisik Rakyat dan wartawan TVANTARA sedang beraksi ala “The Deadliest Catch” Ketika bot kami deihempas ombak.

Benarlah tulisan saya sebelum ini, perjuangan membela agama, bangsa dan negara sudah luput dalam UMNO. Yang ada hari ini hanyalah perjuangan untuk menikmati hasil pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Kesimpulannya, Misi ini sudah satu kejayaan kerana setidak-tidaknya bagi kamus UMNO, mereka kini sedar bahawa warga Malaysia bersedia menempuh maut untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Dengan itu mereka juga harus sedar, misi yang mereka angap misi maut itu baru sebutir garam dilautan luas. Perjalanan dan kesanggupan kami rakyat Malaysia menuntut hak kami masih jauh. Maka UMNO patut takut. UMNO patut benar-benar takut.

UMNO dan Khairi Mohamad patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk mereka kerana kami pasti datang, Perjuangan kami sekadar baru bermula.

Kepada Mohd Khairi Mohamad, kembalilah ke pangkal jalan. Keluarlah dari kepompong mentaliti subsidi yang memusnahkan orang Melayu selama ini.

Hidup mati, ajal maut dan tanah perkuburan biarlah Yang Maha Pencipta menentukannya. Penentuan buat kita ialah kita, ‘Tidak akan sekali-kali rela berputih mata, untuk itu, kita bersedia berputih tulang bila-bila masa sahaja!”.

Akhir sekali, saya tidak akan lupakan senyuman kepuasan yang melirik di wajah Haji Hashim waktu kami bertemu semula di jeti setelah dipisahkan oleh pembahagian peserta sebelum bertolak ke Cakrawala. (Haji Hashim menaiki bot nelayan bersama aktivis-aktivis parti dan saya menaiki bot nelayan bersama rakan media dan blogger.) Bila saya naik ke jeti, saya melihat Haji Hashim sudah duduk di belakang VIP dan orang ramai yang menyambut kepulangan kami. 

Haji Hashim tersenyum lebar, “lagu mano Pok Sheik, tok mabuk?” tanya Haji Hashim sebelum saya sempat bersuara. “Mabuk jugok sikit-sikit, Abe Haji?” “Ana tak mabuk”, katanya sambil bingkas bangun dengan gaya anak muda berusi 21 tahun.

Perlahan-lahan kami berdua berjalan ke kereta yang terletak lebih 2 kilometer dari jeti. 

Patah Sayap Terbang Jua!

Nota: Anda boleh mengutusi Mohd. Kahiri Mohamad di alamat email mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my.





Our Journey To Cakrawala

5 08 2009

Trip to Cakrawala_0024Staring at our dream at midnight

Some are clueless of what we are doing. Sailing to nowhere! No signpost, no landmark and no visible border.

But what we have achieved yesterday should send a stern signal to PETRONAS. If we are willing to take this torturous 26 hours journey then of cause we are ever willing to take PETRONAS face to face anytime, anywhere. In fact, if this royalty issues is not settled by March next year, than, we will know how to entertain Malaysia’s Formula One guest during the F1 in Sepang.

PETRONAS can also expect us on educating people in those countries where PETRONAS has their investment about the day light robbery by PETRONAS towards the people of Kelantan.

Kelantan Royalty Mission 2009, began with the journey taken by 70 men and women of Malaysia. 2 boats departed Pengkalan Kubur’s Jetty around 10 am after the sending off ceremony headed by Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Deputy Menteri Besar of Kelantan. The 2 boats include 50 peoples from the media and bloggers, state officers and political appointees.

Another boat carrying about 20 people left Tok Bali’s jetty around lunchtime, amongst of board were Malaysian Parliamentarians, State Deputy Speaker, State Executive Councillors and State Assemblymen.

Trip to Cakrawala_0063Leaving Pengkalan Kubur

Trip to Cakrawala_0082Stopped! Almost an hour negotiation with the police.

Trip to Cakrawala_0125The real journey begins

Trip to Cakrawala_0137

Dizzy

Trip to Cakrawala_0154Oh my…. ueeekkk

Trip to Cakrawala_0155

The boat from Tok Bali was the first to arrive at Cakrawala Main Complex Platform at Block A18, Joint Development Area. It arrived there at around 5 pm.

The other 2 boats arrived around 11 pm and stayed there for about 2 hours.

While the more sophisticated boat from Tok Bali took less than 10 hours to complete the journey, the other 2 boats (which I’m on board on one of it) took more than 26 hours and safely harboured in Pengkalan Kubur at 3.30 pm today.

Tok Guru Nik Abdul Aziz was there to received us in a humble ceremony but it truly make us all feel like a hero. Or more like a ‘drunken’ hero!

Trip to Cakrawala_0181Maaaa bukkkk

Trip to Cakrawala_0165Blogger Perisik Rakyat taking cover

Trip to Cakrawala_0206The stunning beauty

Trip to Cakrawala_0052The end of the journey

Trip to Cakrawala_0148The Last Fella Standing

To Brother Susuk 1 and Engineer Laut, hopefully one day we all can climb onto your platform, shake you hand and tell all of you, how proud  and  thankful we are to all you guys for developing this area. And maybe, you will allow us to fly Kelantan flag up there alongside the Malaysian and Thailand flag.

More photos will be uploaded in my flickr later.





We Are Sailing

4 08 2009

At 8.00am on the 4th August 2009, an historic voyage will take place where around 50 odd Malaysians will sails from Pengkalan Kubur in Tumpat towards the open sea.

The three boats that carry State Exco members, State Assemblymen, Malaysian Parliamentarian, state civil service officers, state political appointees, media personnel and bloggers are schedule to arrive within 500 metres of The Cakrawala Oil Rig Complex somewhere around 6 pm the same day.

We hope to see with our own eyes the exploitations of oil and gas within the offshore of Kelantan in order to strengthen our claims for the royalty to be paid to the state government as agreed in the 1975.

We were glad to know that what we are doing is about living the spirit of 1975 as what being written in a recent letter by YBM. Tengku Razaleigh Hamzah to the MB Tok Guru Nik Aziz.

Wish us luck!

P/S: I will leave the comment box un-moderated but please take care with all your comments, or I shall spam you for live once I’m back.


English version of YBM. Tengku Razaleigh Hamzah’s letter as translated by the Tengku’s office in Kuala Lumpur. For the Malay version please click here.

 

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30 July, 2009

8th Sya’ban, 1430

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Chief Minister of Kelantan

Office of the Chief Minister

Block 1, 1st Floor

Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu

KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim

Y.A.B. Dato,

 

KELANTAN STATE’S CLAIM FOR OIL ROYALTIES

 

My prayers to Allah, s.w.t. for your good health.

Thank you for your letter dated July 15, 2009 and conveyed to me by Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa on July 17, 2009.

Malaysia was formed in 1963, in the teeth of armed opposition from a neighbouring country, without our having had time to clarify the demarcation between State and Federal jurisdictions offshore. This discrepancy eventually led the Sarawak State Government to dispute the Federal Government’s jurisdiction over waters offshore of Sarawak in respect of petroleum resources.

In talks between the State Government of Sarawak and the Federal Government, we solved this problem within the framework of the Petroleum Development Act of 1974. I represented the Federal Government in these negotiations. Instead of going by the complicated route of amending the Federal Constitution to demarcate State vs Federal jurisdictions, we applied Section 4 of the Petroleum Development Act to apportion the value of petroleum resources offshore (and onshore) between them. The same agreement was used for Sabah.

The Petroleum Development Act is thus of unusual significance. It makes possible an agreement whereby the State Government first vests irrevocably all its “powers, liberties and privileges” in respect of Petroleum lying onshore or offshore of its territory in PETRONAS. “In return” says a second agreement, PETRONAS “shall make to the Government a cash payment in the form of a yearly sum amounting to 5% of of the value of the petroleum won and saved in Kelantan and sold by Petronas or its agents or contractors.” The late Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir  signed on behalf of the State of Kelantan as Menteri Besar and I signed on behalf of PETRONAS as its chairman.

There is no ambiguity at all in this pair of agreements about the demarcation of jurisdictions on or offshore of Malaysia with respect to Petroleum. It is very clear that PETRONAS is bound to these agreements just as the State Government of Kelantan is, and therefore that PETRONAS must pay the Kelantan State Government the cash payment of 5% from petroleum resources extracted from Malaysian waters offshore of Kelantan.

As I recall, in the 1960’s the Federal Government assigned a portion of the offshore area now being exploited by the JDA (Joint Development Authority) to an international oil company. That company returned the concession to the Federal Government after they found that the cost of extraction would exceed the market price of oil at the time.

I sought and obtained the consent of the Prime Minister, the late Tun Abdul Razak, to sign the same agreements under Section 4 of the Petroleum Development Act with each state in Peninsula Malaya for the sake of uniformity under the Act, and with a view to the fact that our East Coast states were less developed and would benefit from receiving these payments.

At the time we already anticipated finding oil and/or natural gas in Malaysian waters offshore of Kelantan, Terengganu and Pahang and looked forward to the benefit that such resources might bring to the people and to these states.

 

Thank you. Wassalam.

 

Yours sincerely

 

(Tengku Razaleigh Hamzah)

The below documents were made available by The Tengku’s office,

TGNA to TRH 1 of 2TGNA to TRH 2 0f 2Kelantan0001Kelantan0002Kelantan0003Kelantan0004Kelantan0005Kelantan0006PDA0001PDA0002PDA0003





Apa Nak UMNO Galas Ke Permatang Pasir

2 08 2009

Data Penting UMNO

Sewaktu isteri saya menghantar ubat kepada saya di lokap Dang Wangi lebih setahun lalu, isteri saya sempat berkata, “Mat Sabu telefon, dia kata bersabar,” kerana kami dipisahkan oleh dua pintu jeriji, isteri saya terpaksa berkata-kata dengan suara yang kuat, akibatnya satu lokap riuh rendah bila disebut nama Mat Sabu. Mungkin itu strategi isteri saya bagi memastikan saya mendapat penghormatan dari rakan-rakan selokap pada ketika itu.

Apabila Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Penerangan UMNO dilaporkan berkata mereka mempunyai strategi untuk menang di dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Permatang Pasir, terpanggil saya untuk menyemak data-data pilihanraya Permatang Pasir.

Mana-mana Jeneral sekalipun tidak akan mendedahkan strateginya apalagi memaklumkan mereka mempunyai strategi melainkan hanya satu, mereka sebenar-benarnya tidak tahu apalagi yang mampu mereka lakukan dan hanya mampu bermain saraf sahaja.

Kebuntuan UMNO di Permatang Pasir tidak boleh dilindungi kerana data-data pilihanraya yang lalu amat jelas sekali.

DUN N11 Permatang Pasir berada di dalam Parlimen P044 Permatang Pauh merupakan kawasan tradisi Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum pilihanraya umum 1999, prestasi PAS di Permatang Pasir amat hambar sekali dan ia boleh dilihat dari data dibawah,

  • PRU 1986 – PAS perolehi 3,030 undi dan tewas dengan majoriti 3,056 undi.
  • PRU 1990 – PAS perolehi 3,066 undi dan tewas dengan majoriti 4,272 undi.
  • PRU 1995 menyaksikan pertembungan 3 penjuru bila calon DAP ditumpaskan oleh calon BN dengan majoriti 6,198 undi dan calon PAS corot dengan sekadar meraih 1,577 undi.

Tetapi itu sejarah lama, kerana sejarah ditulis semula di Permatang Pasir bila anak emas Permatang Pauh, Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, disingkirkan dari UMNO dan dihumban ke dalam Penjara.

Semenjak itu, Permatang Pasir adalah mimpi ngeri UMNO Pulau Pinang.

Analisa Pilihanraya Permatang Pasir

UMNO mempunyai 25 cawangan di dalam DUN Permatang Pasir dengan keahlian berjumlah 5,544 orang.

Didalam pilihanraya umum 1999, calon Barisan Nasional, iaitu penyandang ADUN Permatang Pasir dari UMNO ketika itu tewas dengan hanya berjaya memungut 38.8% undi. Allahyarham Mohd. Hamdan dari PAS menang dengan majoriti 3,194 undi.

Sewaktu UMNO BN menumpaskan PAS dihampir kesemua kerusi di Pantai Barat di dalam pilihanraya umum 2004, Allahyarham Hamdan terus berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pasir dengan majoriti 679 undi.

Malang bagi UMNO, prestasi mereka dalam tahun 2004 adalah yang terbaik pasca Anwar disingkirkan UMNO dan prestasi terbaik mereka itu belum cukup menumpaskan calon PAS di negeri tumpah darah Perdana Menteri Abdullah Badawi yang ketika itu dikemuncak ‘feel good’ nya.

Jika dilihat dari sudut peratusan pula, pilihanraya umum 2008 BN hanya perolehi 32.2% undi sahaja dan ini adalah prestasi terburuk keseluruhan bagi UMNO di Permatang Pasir.

Graf Perbandingan Undi

ANALISA 1999 PPASIR

ANALISA 2004 PPASIR

ANALISA 2008 PPASIR

Bagaimanapun, jika UMNO merasakan bahawa nasib mereka kini bertambah baik selepas meraikan kekalahan kecil di Manek Urai, UMNO juga perlu mengambil kira bahawa, kemungkinan apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 2008 belum lagi yang terburuk.

Ini kerana ada beberapa faktor yang perlu UMNO dan BN fikirkan,

  • Dalam pilihanraya umum 2008, Anak Pulau Pinang adalah Perdana Menteri Malaysia tetapi hari ini, anak Pulau Pinang itu telah dipaksa mengosongkan jawatan itu lebih awal dari jadual yang lebih selesa bagi beliau.
  • Dalam pilihanraya 2008, Anwar Ibrahim belum dapat bertanding dan hari ini Anwar Ibrahim sudah berada ‘disitu’.
  • Dalam pilihanraya 2008, belum ada sebarang ikatan diantara PAS dan DAP tetapi selepas 8 Mac 2008, ternyata masyarakat cina amat-amat selesa dengan PAS.
  • Pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk tempatan.
  • Formula yang dibawa oleh Pakatan Rakyat telah berjaya menyakinkan banyak pihak bahawa ianya satu formula yang boleh menggantikan BN.
  • Mengekalkan seorang ADUN Melayu sebagai Penyokong Kerajaan dalam keadaan sekarang lebih penting dari menambah ADUN Melayu didalam Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

BN tentu berusaha untuk membangkitkan isu ‘skandal’ ahli exco DAP di Selangor tetapi terlalu sukar bagi mereka yang berada diluar kepompong UMNO untuk mempercayainya berbanding dengan mempercayai bahawa ia suatu pengkhianatan oleh UMNO.

BN mungkin gembira untuk memainkan isu ketidak sefahaman pimpinan antara parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi BN juga terbuka dengan begitu banyak masalah dalaman yang bersedia untuk dilaporkan oleh bekas-bekas pimpinan parti komponen BN yang kini bersama Pakatan Rakyat.

Isu lapuk seperti PAS sebagai boneka DAP mungkin hanya memualkan bagi penduduk Permatang Pasir apalagi bila isu sebegitu terbukti gagal memenangkan BN di Parlimen Bukit Gantang bahkan turut gagal di Manek Urai dimana hampir 99% pengundi dari keturunan Melayu.

Daerah Mengundi

Komposisi Umur

Komposisi Kaum

Melihat kepada kemelut yang bakal mendepani UMNO, tidak hairanlah siang-siang lagi UMNO sudah mengaku mempunyai strategi. Kalau berbekalkan strategi di Manek Urai tentu sekali UMNO akan kecundang lebih dahsyat lagi kali ini.

Di Manek Urai dalam pilihanraya umum 2008, PAS hanya menang dengan undi majoriti 1,352 atau 13.31%, namun UMNO gagal merampas Manek Urai didalam pilihanraya kecil yang baru lalu.

Di Permatang Pasir dalam 2008, UMNO kecundang dengan majoriti 32.3% atau lebih 5,000 undi, laratkan strategi di Manek Urai hendak digalas ke Permatang Pasir?

Tambahan pula, dikemuncak kejayaan BN dalam tahun 2004, UMNO berjaya merampas Manek Urai tetapi Permatang Pasir kekal bersama PAS.

Mungkin ada baiknya, BN tidak membazir duit kerajaan di Permatang Pasir dan ada baiknya, PAS mencalonkan Mat Sabu di Permatang Pasir. Ramai yang sudah mula rindukan Abang Mat.