Pengundi Melayu tidak lari dari PAS, 50% ini terus mahukan Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu
“Open your eyes before you open your mouth….
Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.
Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.
Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Fakta Sejarah
Mana-mana Pilihanraya Kecil sememangnya sengit apalagi di Negeri Serendah Sekebun Bunga yang penduduknya sering dijenamakan sebagai berani membuat keputusan politik yang berlainan dengan penduduk dari negeri lain di Malaysia.
Bermula daripada tahun 1987, terdapat 6 pertembungan diantara PAS dengan UMNO Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil di Kelantan iaitu,
- 1987 – PRK N14 Bukit Tunku.
- 1994 – PRK N9 Lundang.
- 1997 – PRK N32 Pulai Chondong.
- 1997 – PRK N30 Semerak.
- 2006 – PRK N12 Pengkalan Pasir.
- 2009 – PRK N41 Manek Urai.
Melainkan pada Pilihanraya Kecil N9 pada 29hb March 1994, dimana calon PAS Ustaz Mohd Daud Iraqi menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%, selebihnya menyaksikan pertarungan sengit dengan kemenangan atau ketewasan yang tipis seperti data di bawah,
- 28/6/1987 PRK N41 Bukit Tuku BN menang dengan majoriti 118 undi atau 1.4%.
- 29/3/1994 PRK N9 Lundang PAS menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%.
- 6/1/1997 PRK N32 Pulai Chondong PAS menang dengan majoriti 118 undi atau 1.3%.
- 11/8/1997 PRK N30 Semerak BN menang dengan majoriti 778 undi atau 7.79%.
- 6/12/2006 PRK N12 Pengkalan Pasir BN menang dengan majoriti 134 undi atau 0.9%.
- 14/7/2009 PRK N41 Manek Urai PAS menang dengan majoriti 65 undi atau 0.6%.
Kemenangan besar PAS dalam PRK N9 Lundang pada tahun 1994 adalah pada ketika kemuncak penentangan dan kebencian rakyat Kelantan terhadap UMNO. Pada ketika itu PAS bersama Semangat 46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990. Faktor simpati rakyat Kelantan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan kasih sayang mereka terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru 4 tahun mentadbir Kelantan adalah antara pemangkin kemenangan besar tersebut.
Dua pilihanraya kecil pada tahun 1991 yang melihat pertembungan Semangat 46 dengan Umno BN juga menyaksikan Semangat 46 mengalahkan BN dengan peratusan majoriti lebih 15%.
Manek Urai: PAS Menang Setelah 12 Tahun
Begitulah sepatutnya yang dibaca oleh pengalisa politik. Sudah 12 tahun PAS tidak pernah menang dalam Pilihanraya Kecil di Kelantan. Blogger Penarik Beca adalah antara yang pertama mengetengahkan fakta ini.
Setelah kemenangan YB Zulkifli Mamat di Pulai Chondong pada 1997, PAS telah tewas di dua PRK berturut-turut. Manek Urai merupakan sejarah setelah sedekad tanpa kemenangan di dalam PRK.
UMNO BN Wajib Menang di Manek Urai
Manek Urai adalah diantara kubu-kubu jentera UMNO BN. Ia terletak dibawah Zon Kelantan Selatan yang dikawal oleh KESEDAR sebuah agensi pembangunan tanah Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan beratus juta ringgit bagi membangunkan kawasan Kelantan Selatan dan memperkukuhkan kedudukan politik UMNO.
Sama seperti KADA sebuah lagi agensi persekutuan, KESEDAR menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mendapatkan political mileage bagi UMNO. Menerusi KESEDAR juga pelbagai jawatan lantikan politik dibuat termasuklah penceramah politik.
Manek urai berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai 4 DUN. Berikut analisa ringkas keputusan PRU12 pada DUN-DUN berkenaan,
- N39 Mengkebang – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1,903 undi atau 16%.
- N40 Guchil – PKR menang tewas BN dengan majoriti 1000 undi atau 8%.
- N41 Manek Urai – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1352 undi atau 13%.
- N42 Dabong – PAS menang dengan menewaskan BN dengan majoriti 552 undi atau 8%.

Walaupun Pakatan Rakyat telah menyapu bersih kesemua 4 kerusi DUN, apa yang jelas ialah melainkan di Mengkebang, 3 lagi DUN berada di dalam kawasan kemenangan kurang daripada 13% undi majoriti. Ini bermakna jika hanya 7% pengundi bertukar arah, Pakatan Rakyat akan tumbang.
Berbekalkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Jentera Negeri-Negeri di bawah BN, UMNO sepatutnya telah berjaya menumpaskan PAS di Manek Urai.
Oleh yang demikian, analisa yang tidak bias dan dibuat oleh mereka yang benar-benar matang dalam politik Malaysia amnya dan politik Kelantan khasnya akan mempertikaikan bagaimana BN boleh tewas dan mengapa PAS hanya menang dengan 65 undi.
Mengapa BN Tewas di Manek Urai
Anggaran Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ialah RM20 juta mengikut Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina Jambatan bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.
Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya tanpa mereka sedari, Muhyiddin sendiri tidak berniat dengan apa yang dikatakannya itu.
Muhyiddin beranggapan adalah mustahil untuk BN menang di Manek Urai.
Muhyiddin mempunyai jentera kempen sehebat-hebatnya tetapi jentera kempen BN tidak memiliki ‘passion’ seperti jentera kempen serba daif dan miskin Pakatan Rakyat.
Passion begini sudah lama berkubur dalam UMNO. Dahulu UMNO adalah satu perjuangan kini bagi ahli UMNO, adalah zaman menikmati hasil perjuangan datuk dan nenek mereka.
Pada hari penamaan calon, UMNO hanya mampu menggembeling 2,000 untuk berarak bersama mereka ke pusat penamaan calon walaupun SPR membenarkan mereka membawa 5,000 orang. Pakatan Rakyat pula membawa 5,000 orang berarak dengan mereka dan pada penghujung proses penamaan calon, jumlah penyokong mereka sudah jauh melebih 20,000 dan ia melimpah hingga ke simpang jalan Kuala Krai – Gua Musang iaitu lebih 3.4 km dari pusat penamaan calon.
Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka.
Suasana gerai begini yang dibuka seawal 4.30 petang di luar pusat penjumlahan undi tidak dapat dilihat disebelah penyokong BN kerana kebanyakkan penyokong BN hadir kerana mereka dibeli, Penyokong PAS hadir kerana bagi mereka ia sebahagian dari ibadah dan perjuangan menentang kemungkaran.
UMNO Tewas Kerana Tiada Kepercayaan Diri
YB Dato’ Wan Abdul Rahim a.k.a Chegu Rahim bersama YB Lim Kit Siang Di Sungai Peria, Manek Urai
PAS di sebalik segala retorik dan perang saraf sedar bahawa mereka akan tewas di Manek Urai. Apa yang mampu mereka lakukan ialah mengurangkan kadar kemerosotan undi supaya disaat-saat akhir mereka boleh mengharapkan kepada keajaiban berlaku.
Semenangnya itulah yang dilakukan hasil dari kebijaksanaan YB. Dato’ Wan Abdul Rahim, Penasihat Strategi dan YB. Abdul Fatah Harun, Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri.
Sebelum hari mengundi, jentera PAS berpendapat, jika jumlah keluar mengundi kurang daripada 77%, maka PAS akan menang di Manek Urai. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan dalam taklimat Jentera Kempen BN pada hari terakhir pula mendedahkan, BN memerlukan sekurang-kurangnya 82% pengundi keluar mengundi untuk menang di Manek Urai.
Pada Jam 2 petang 14hb Julai 2009, angka rasmi keluar mengundi sudah melebihi 82%. Jentera PAS sudah kini yakin mimpi ngeri mereka telah menjadi nyata. Dalam usaha mendapatkan keajaiban yang mereka perlukan, YB Fatah Harun setelah berunding dengan jawatankuasanya dengan gembira memanggil satu sidang media di Markas Induk jentera Pilihanraya PAS.
YB Fatah Harun a.k.a Abe Tah (Kanan) Bersama Dato’ Takiyuddin Hassan di sidang media Perlancaran Jentera Kempen PAS di Manek Urai Baru
Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.
Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.
Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.
Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.
Kemenangan Termanis
Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO.
Kelompok terpenting di dalam Badan Perhubungan PAS Kelantan, terus menikmati kesederhanaan yang berjaya membatasi rasa bongkak dalam diri mereka.
Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12
Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,
- Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
- Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
- Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
- Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.
- Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
- Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.
Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,
- Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
- Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
- Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
- Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.
Semangat gotong royong terus menjadi keutamaan dikalangan penyokong PAS tanpa mengharap pulangan wang ringgit.
Benarkah Pengundi Melayu Kembali Kepada UMNO
Di dalam PRK Bukit Gantang, UMNO mendakwa pengundi-pengundi Melayu telah kebanyakannya pulang kepada UMNO. Data UMNO menjelaskan seperti berikut,
- Di dalam PRK Bukit Gantang UMNO mendapat 65% undi Melayu.
- PAS dapat 35% undi Melayu.
Jika benar 65% pengundi Melayu sudah kembali setia kepada UMNO maka keputusan di Manek Urai pada 14hb Julai 2009 ialah UMNO mendapat 6,841 undi dan menang dengan majoriti 3,157 undi.
Ini adalah berdasarkan fakta berikut,
- Jumlah pengundi berdaftar di Manek Urai 12,293 orang.
- Jumlah membuang undi 10,631 pengundi.
- Pengundi Melayu 99.9%.
Sebaliknya, PRK Manek Urai membuktikan bahawa UMNO BN hanya memperolehi hanya sejumlah 50% undi dari pengundi Melayu.
Manek Urai dan Masa Depan PAS
Berdasarkan prestasi di Manek Urai, jelas bahawa PAS telah mengambil langkah yang betul dengan,
- Terus bersama Pakatan Rakyat.
- Menolak politik perkauman.
- Menolak Kerajaan Perpaduan dan Kerjasama dengan UMNO.
- Mengurangkan kehadiran tokoh-tokoh PAS yang pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan secara langsung mengurangkan kerosakan yang akan dilakukan oleh mereka di Manek Urai.
Dengan berlandaskan 50% sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu dan berlandaskan 35% sokongan pengundi Melayu dikawasan campuran serta 84% sokongan pengundi bukan Melayu, PAS seharusnya bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan PRU 13 lebih awal dari tempoh matang dengan semangat untuk bersama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.
Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.





















Pas sudah tidak laku lagi.
Fakta yang menarik, tapi ramai yang dah mati tu bro… Politik kan kontemporari, semasa dan mengikut arus. Isu hari semalam boleh diguna hari ini aje… contohnya kes SPRM tu, kalau didendangkan dgn perkara lama, rakyat pun ,muak. Akhirnya kita kena berdepan dengan hakikat juga.
“Passion begini sudah lama berkubur dalam UMNO. Dahulu UMNO adalah satu perjuangan kini bagi ahli UMNO, adalah zaman menikmati hasil perjuangan datuk dan nenek mereka.”
quote of the month.
Salam
satu analisa yang cukup terperinci
syabas saudara
takbir
Nampaknya kita masih bersikap ‘menyalahkan pengundi’ daripada muhasabah diri sendiri dalam PRK Manek Urai.
1. Pengundi Manik Urai bersalah kerana menggunakan persepsi yang berbeza untuk PRU ke 12 dan PRK Manek Urai sehingga menatijahkan sentimen yang berbeza?
2. Adakah menguntungkan kita bila kita sendiri melabelkan pemimpin kita sebagai pro Umno dan sebagainya?
Analisa tuan bermanfaat untuk menyedapkan / menghiburkan hati sendiri. Saya harap ada analisa yang lebih onjektif walau pun tidak terpapar di sini. Analisa yang melihat ke luar dan ke dalam.
Terima kasih.
Sheih Said: Siapa yang menyalahkan pengundi? Baca tu bia sampai habis, adakah analisa ini menyalahkan pengundi? Mungkin analisa objektif bagi saudara bukan yang berlandaskan fakta dan lokaliti tetapi berlandaskan retorik dan nafsu seperti yang saudara tuliskan
Salam.
Really appreciate kesungguhan syeikh untuk menghimpunkan segala fakta dan data yang hemat saya sangat komprehensif dan mudah difahami. Tentunya ia berjaya dihasilkan daripada minda dan kesedaran mereka yang larut resap bersama perkembangan ; realiti jatuh bangun politik Kelantan. Itu lebih penting berbanding mana-mana pihak yang lebih suka tumpang semangkuk dalam mengharu birukan keadaan atau menyemai pelbagai sikap dan pandangan yang akhirnya secara tidak langsung mereka itu menjadi sebahagian yang memberikan senjata kepada musuh guna menghentam kita kembali.
Iyya..si Kitul barangkali sudah mati dihukum tetapi perangainya masih dicontohi oleh yang alpa..
Saya percaya analisa ini sangat perlu dihebahkan dan menyarankan agar digerakkan usaha menerbitkan satu Buletin / booklet ringkas berkaitan, selain barangkali mereka yang prihatin juga berusaha mengambil langkah yang sama. Saya mohon memanfaatkan maklumat yang ada ini dan akan upload ke blog saya.
Salute,
aiman athirah al jundi
kah kah kah . . . jauh la kalau nak banding dengan artikel sampah MSO . kah kah kah . . .
Satu analisis yang disokong dengan fakta. Tahniah saudara, kenapa pandangan sebegini tidak ada dalam astro awani…….
Memang analisa yg tepat .hulu kelantan adalah target umno utk mengua
sai kelantan ,tapi hasrat tidak kesampian. penyukung pas kelantan tidak
menyukung kerajaan perpaduan. itu hakikat buat masa sekarang.pengundi
sangat cerdik dlm mengatur permainan mereka. semua ini dapat di kesan
kalau kita bersama mereka. jentera pilihanraya pas berkelibar dlm percaturan
menentang pihak lawan . datuk pa/awang adik mesti berusha keras mengikis
persepsi di kalangan rakyat kelantan bahwa mereka menentang kepentingan
rakyat kelantan dlm issue petrol,dan issue ini akan bertrusan sampai ke prk13
salam,
Selawat dan salam kepada junjungan Rasulllah sa.w. & keluarga dan para sahabat.
Satu analisa yang tepat , ana rasakan dan dalam proses penulisan ana ….namun tuliasan ana lebig baik ana padamkan disebabkan anta punya amat lebih tepat dan kolektif serta berpihak kepada bumi yang nyata……
Cuma risaukan kepada para ustaz dan pemimpin yang tergila bermimpi tidur dengan yang nak jatuh ………………
“mereka dineri Allah mata …tetapi mata mereka tidak buta …yang buta adalah mata didalam hati……disebabkan cinta kepada dunia ………..
org Islam yang bijak …tidak boleh bodohkan dua kali…….tolong baca sirah sahabat…………”
Briliant. Saya berminat mempelajari kaedah membuat analisa begini. Boleh beri sedikit panduan?
Sheikh, jauh orang Umno datang, dari KL sampai ke UK. Bila dengar kekalahan, kamu tak bawa dia orang terjun ke Lata Rek ? Best tau pemandangan disana. Ambil foto pun bes jugak !
Tahniah atas komen saudara yang objektif dan tidak dipengaruhi oleh sentimen. Saya bersetuju dengan saudara bahawa dalam sejarah pilihan raya kecil di Kelantan, agak sukar untuk Pas mempertahankan kerusinya. Misalnya, di Pengkalan Pasir 2006. Keadaan berlaku kerana dalam PRK, suasananya sangat berbeza dan isunya juga berbeza. Tambahan pula jentera Kerajaan Malaysia digunakan sepenuhnya. Ertinya, Pas akan berlawan dengan Kerajaan Malaysia, bukan dengan UMNO-BN. Demikianlah di MU. Namun, orang MU hebat. Biarpun diasak, dissogok, dan macam-macam lagi, mereka tetap istiqmah dengan Pas. Jadi, jangan kita mencari salah sesiapa. Apa-apa saja yang berlaku ada hikmahnya. Wassalam.
Org yg dok tulih artikel maroh2 pasal umum pas menang 2000 majoriti undi tu, kalau baca nih!!, tertelan air liur gak tu!!!
Satu pandangan berlandaskan fakta luaran dan dalaman yang tepat. Seharusnya menjadi kepada sesiapa yang berkaitan.
Salam.
1. Kita patut raikan pelbagai pandangan dan analisa.
2. Hujah/analisa berfakta dan data jika tidak disetujui, dipatahkan dengan
fakta dan data jua.
3. Tahniah Sheikh! Moga ada menfaatnya kepada pemimpin dan amilin PAS/PR.
Saudara Sheih,
Tahniah. Satu analisa yang bukan sahaja terperinci tapi ‘intelligent’ kesimpulan yang dibuat daripadanya.
Tapi saya nak tambah sedikit pada rekomendasi yang Sheih sekiranya PAS benar-benar mahu berjaya:
Selain menolak politik perkauman, PAS just mesti menolak politik keagamaan. Ini kerana pada masa sekarang, PAS tidak beza dgn UMNO dari segi chauvinisma-nya: UMNO mengagung-agungkan hanya satu kaum, dan PAS mengagung-agungkan hanya satu agama. Sekiranya PAS benar-benar hebat, PAS harus mendokong perpaduan dan persaudaraan seluruh umat manusia tidak kira bangsa mahupun agama. Selagi PAS hanya memperjuangkan Islam dan bukan berdasarkan prinsip dan nilai-nilai murni yang menjadi dasar semua agama-agama utama, selagi itulah PAS tidak relevan kepada masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini. Ini jangan sesekali dilupakan.
penelitian…itu yg penting…
tp jgn lupa pak syeikh…S.W.O.T..
kalu tak pas memang tak buleh menang lagi kat Manek Urai…
Sorrylah Bro,
Saya rasa PAS dah salah percaturan- dulu saya sokong PAS 100% tapi bila depa dok jadi drebar agenda DAP maaflah, saya pilih BN. Sekurang-kurangnya depa terang lagi nyata – buruk ke elok semua kita nampak.
Saya menunggu hari PAS benar-benar memperjuangkan Islam – pada saat itu, saya akan kembali ke pangkuannya semula.
Tahniah Sheih!
satu analisa yang saya fikir ’sangat jitu’ dan menceritakan keadaan sebenar yang telah berlaku pada hari pengundian.
atat awat hang ni benak sgt, hang kata kalau pas benar benar juangkan islam hang akan sokong pas balik so hang undi bn, awat bn juangkan islam kah? awat hang tenging sgt,kalau nhang kata aku boikot dulu logikla skit
[...] Analisa Manek Urai: Cakap Malam Dengar-Dengar, Cakap Siang Pandang-Pandang [...]
Analisa yang padat dan berfakta , ini baru satu analisis bukan macam tulisan saudara kita yang kurang cerdik tapi maksum tu..mso…kasihan betul ada penulis sebegini nak cari makan ,
Pemimpin PAS yang pro umno tu yang merosakkan undi PAS . PAS perlu lantang dan tegas dalam PR dan tidak sesekali memberi ruang dan peluang kepada umno dan bn jika terus mahu survive dlm PRU 13 nanti.
KP PAS yang gila glamour dan idea idea yang tak relevan dengan semangat dan kehendak rakyat perlu dijauhkan dari terus mengaburi perjuangan dan kefahaman ahli.
Bermula dari sekarang PAS mesti teguh di bawah nasihat TGNA biarpun Presiden kita ada tetapi sering terbabas dengan pembantu2 beliau yang serba tahu dan cerdik itu.
salam perjuangan dan tertunggu2 tulisan saudara dengan pelbagai isu dan pendedahan
Sheikh,
This analysis is amazing. Within 1 hour we can reverse the result!
Tapi TPM sudah tentu mempunyai akses yang lebih dari puak kita. Macamana dia boleh blah awal? macamana tak de penyokong UMNO waktu pengiraan undi? Undi pulak dengar ceritanya tak dikira semula. KJ pulak claim UMNO menang?
Takut2 SPR ada main belakang. Strategi apa pulak sekarang ni? Kalau dulu pengudi hantu yang bebondong-bondong…
Alhamdulillah..
analisa kurang tepat. 5 pihanraya kecil dulu itu, gelombang kemarahan rakyat tidak sekuat PRU12. Sepatutnya kalau gelombang kemarahan rakyat masih berbuak2, maka PAS akan menang besar dlm PRK Manek Urai. Malangnya perbalahan sesama PAS sendiri yg memperkecilkan sesama pimpinan member memalapkan api kemarahan rakyat. PAS skrg sudah mempunyai 2 kem, nak jadi mcm UMNO da… kalau PAS masih tak sedar lagi,masih menyalahkan penguasaan media BN, masih lagi betelagah sesama sendiri…jgn salahkan pengundi kalau PRU13 nanti PAS makin malap…. DAP dan PKR yg makin terang benderang kerana mood pengundi bandar yg majoriti bukan melayu masih kuat..
Sheih Said: Pandangan anda tidak tepat. fakta membuktikan di dalam PRK di Kelantan selepas PAS menang besar dalam pilihanraya umum sebelumnya pun tetap pilihanraya kecil menyaksikan kemenangan tipis mana-mana pihak.
Antara agama dan bangsa
Antara agama dan Negara
Antara Negara dan bangsa
Garis pemisah ?
Andai UMNO -BN di tuduh chauvinis apakah sikap chauvinis ini juga tidak diamalkan oleh PKR dan DAP ? Jawpannya sudah tentu lah .
Mana ada parti politik di Malaysia yg tidak bersifat chauvinis ?
Bezanya adalah tahap chauvinis nye.
Kulit nmpk cantik tp isi nya tetap sama PERKAUMAN , KRONI DAN MENGEJAR KEMEWAHAN.
Apakah jaminan PAS, PKR dan DAP dlm PAKATAN RAKYAT bahwa mereka tidak akan menjadi spt UMNO-BN dlm 50 tahun akan dtg ? TAKDE JAMINAN LANGSUNG.
Bila generasi PR hari ne jdi tua kerepot dan generasi muda ambil alih, kesalahan , kezaliman dan ketamakan yg jauh lebih teruk akan terjadi dan PR akan jadi lebih teruk drp BN dlm tempoh 10 tahun je.
He he he …
Oleh itu,
“Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.”
ini ayat syok sendiri..hehe..kalau benar,maka kenapa ust nasharudin dibawa di saat2 akhir..ust hadi pun terpaksa menjelaskan kekeruhan yg berlaku antara 2 kem,hingga Nik Aziz terpaksa beri cuti umum? kalau tak kerana ust nasharudin diturunkan utk berlakon konon2 takde pertelagahan antara 2kem, maka sudah tentu PAS kalah teruk!
Sheih Said: Memberi cuti umum adalah bagi memudahkan orang ramai menunaikan tanggungjawab. Cuti umum juga berjaya mengelakkan kesesakkan teruk di tempat-tempat lain. Kesan cuti umum, kesesakkan hanya berlaku di sekitar Manek Urai sahaja. Tanpa cuti umum kesesakkan mungkin sehingga ke Machang atau keterah. Tambahan pula, cuti umum tidak memberi kesan kepada pengundi di perantauan yang diharapkan membawa kemenangan kepada PAS seperti PRU 12 lepas. Soal Ustaz Hadi dan ustaz Nasha, kalau sekadar mahu berretorik, boleh juga sesiapa kata majoriti PAS merosot kerana kehadiran mereka berdua. Bukankah begitu. Jadi ketepikan retorik dan berdiskusi secara ilmiah berlandaskan fakta.
tak payah nak analisis sebegini hebat sebab kalu tengok dengan mata kepala sendiri di hari ngundi duit BN bertaburan hinggakan jenuh orang kata nak dapat RM300 sangat senang di hari itu.Nawaitunya sudah siap awal awal lagi kena dapat statistik perubahan undi memihak kepada BN mesti di perolehi walau pun kalah.Tengoklah dalam surat khabar melayu sampai edisi hari ini di canangnya trend perubahan kepada umno.
Analisis yang cemerlang gemilang dan terbilang sekali…syabas
Sebenarnya ada dua golongan yang memilih PAS. Pertama orang kampung yang mudah diperbodohkan dengan agenda agama. Orang Melayu di Kampung amat emosional pasal agama. Pada mereka PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Kedua, golongan yang `benci’kan UMNO atas pelbagai sebab – personal, bisnes, perebutan kuasa. Lihatlah serpihan UMNO yang dah masuk dalam PKR, apakah perjuangan mereka ini.
Kepada golongan Melayu Kampung, memang sukar untuk diperbetulkan akidah politik mereka. Ketaksuban adalah melampuai tahap rasional. Kepada golongan terpelajar, kebanyakannya terlibat dengan PAS atas setimen kenegerian, khususnya Kelantan.
Walau apa pun pengundi di Manek Urai membuktikan mereka masih bermentaliti kampung…
Assalamualaikum Bro,
Satu analisis berpihak yang sangat tepat dan berfakta, analisis yang terbukti membuktikan Bro memang pejuang PAS yang tulen dan sejati. Memang layak kalau Pimpinan Tertinggi PAS negeri menawarkan ganjaran berbentuk jawatan politik atau pentadbiran atau ganjaran berbentuk wang dinar atau emas atau emas dirham kepada Bro.
Ini dibuktikan dengan analisa dan kupasan saudara yang begitu mengagung-agungkan PAS dan melabelkan UMNO dengan pelbagai persepsi negatif lagi hina. Mungkin kita semua harus menerima hakikat akan kebebasan beridealogi kita semua. Stigma yang dapat saya rumuskan terhadap penulisan saudara adalah saudara sememangnya layak diberi ganjaran atas penat lelah saudara menganalisa kemenagan PAS pada PRK Manek Urai tersebut.
Maka Alkisahnya, Bro, anda lebih hebat daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Anak kepada Tantawi, sepatutnya PAS harus mengangkat pemimpin muda macam anta memimpin perjuangan nafsu amarah PAS seantero.
Syabas dan teruskan perjuangan. Terpentingnya, UMNO lebih ISLAM daripada DAP dan PKR. Jangan nak nafikan hakikat ini. Kita semua berkiblatkan tuhan yang SATU. Kita bersunat ketika kecil dahulu dengan niat bersuci dan mohon memberi zuriat ISLAM yang baik-baik. Tok Mudin kita semua dahulu kala pun mengucap dua kalimah syahadah yang sama seperti Tok Guru Nik Aziz ucapkan. Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani, kita semua orang ISLAM berkiblatkan ALLAH yang sama.
Bukannya kita bersembahyang dengan memegang lilin dan berbaju hitam bertafakur berdoa memohon rahmat Allah. Kita rukuk dan sujud mengabdikan diri pada ALLAH dengan amalan dan iktikad yang sama. BRO, jangan jadi alasan politik, kita beragenda menanam kebencian pada Umat Islam yang sama-sama kita bela ini.
Ayuh, bersama kita mempertingkatkan ilmu dan memperjuangkan agenda ISLAM dan MELAYU kita melalui ruang politik dan ideologi kita yang berbeza. Kepentingan MELAYU dan ISLAM terkehadapan, bukannya CINA dan INDIA yang kita junjungkan dan kiblatkan.
Wassalam.
Helmiehassan
abe haji hok maghi mannor pulok nih..?
dohla 18A nga 21A pong tokleh nok bezo.. jumlah undi hardcore baghu ning pong tokleh bezo lagih… huhuhuhu
atat
Baguslah telah berhijrah dari menyokong PAS kepada UMNO(Baru). Saudara berani dan tegas dengan pendirian. Walaubagaimanapun, tolong ajak sekali pemimpin-pemimpin PAS yang pro UMNO(Baru) masuk UMNO.
Sebahagian mereka telah dikenali. Pi la pujuk mereka.
ice
saya tak kisah yang menang ataukalah pada PRK Manek Urai, tapi apabila melihat sendiri betapa sesama melayu dan islam mencerca sesama agama dan bangsa sendiri, seolah-olah yang mencerca sudah mendapat jaminan syurga, sesungguhnya ia adalah sesuatu yang amat menyedih dan menyayat hati.
Sesungguhnya, selain budi baik yang kitabuat, budi buruk juga akan diambil kira , janganlah sampai tersungkur di pintu syurga
Apa khabar Syed atau Udeeng atau Kickdefella atau Sheih,
Tak kira berapa nama orang memanggil saudara, tetapi bagi saya saudara tetap seorang yang sering saya kenali sebagai hebat. Tak kira di dalam baik atau di dalam jahat. Mesti hebat. Kalau buat benda yang baik, mesti terbaik jadinya. Kalau buat benda yang jahat, mesti menyesal sesiapa yang terkenanya. Udeeng yang hebat.
Dah lama saya amati tulisan saudara sekadar mampu saya tersenyum mengenangkan saudara zaman dahulu, ketua yang baik dan ketua yang jahat. Kata orang benih baik buang ke laut menjadi pulau.
Sebenarnya, saya merasakan perjuangan di dalam PAS tidak sesuai untuk seorang yang hebat seperti saudara. Saudara tidak akan kemana (Maksud saya kalau-kalau saudara bercita-cita hendak kemana-mana bersama PAS). PAS ini sebuah parti penuh hiprokrisi. Saudara terlalu jujur dan telus untuk itu.
Saya suka mahu melihat saudara berjaya ke tahap yang tertinggi. Setelah gembira saya berkata kepada sahabat dan keluarga saya bila saudara menjulang anugerah di pesta filem saya juga hendak melihat saudara meraih kejayaan atau tahap yang sama di dalam politik.
Saya masih ingat bertapa hebat saudara berdebat dan seringkali menjulang anugerah pemidato terbaik di sekolah dahulu. Mengapa tak digunakan bakat itu untuk Malaysia pula.
Tapi seperti saya kata, PAS bukan platfom utk orang seperti saudara. Tinggalkan PAS, kembali kepada UMNO atau sertai PKR. Saya melihat bersama PKR saudara akan cepat ke hadapan. Bakat sehebat saudara dan akal selicik saudara, sekelip mata sahaja.
Maaf, tetapi tiap kali saya melihat warna sebenar saudara dalam hasil nukilan di blog ini, saya akan terus tersenyum dan terkenang, saudara saya Udeeng yang hebat.
Dan posting saudara ini, saya tidak hairan, ia hanya zarah bagi udeeng yang saya kenali.
Salam dari kaummu di TIKL 86/87
Syabas, excellant, concise and critcial analysis….
Jazakallah hi khaira khatira …may Allah give you te best reward for your effort…
analisa boleh dibuat berdasarkan kecenderungan masing -masing. Kalau yg pro BN ada analisa tersendiri, kalau pro Pas pulak ada analisa tersendiri. Bottom linenya ialah, Pas menang tipis. Itu hakikat. jangan lah tak pandai menari dikatakan papan jongkang jongkit. Dah hilang undi, boleh aja bagi 1001 alasan
antipas,
tepat sekali “analisa boleh dibuat berdasarkan kecenderungan masing-masing.” spot on! cuma, saya masih belum ketemu mana-mana penganalisa menyentuh tentang “keadaan keselamatan yang terancam” di manek urai kerana saya mendapat khabar gerombolan perisikan tentera yang diketuai sendiri oleh kepala serta deputi telah ‘dilihat’ bergaul mesra dengan rakyat. sesiapa boleh confirm? jika benar, saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka boleh meninggalkan tugas serta tanggungjawab mereka untuk satu pilihanraya kecil. apakah pilihanraya kecil manek urai lebih penting dari keselamatan negara? memadailah dengan mio-mio berserta operatives sahaja turun padang membantu ubn seperti yang lumrah berlaku di mana-mana prk. mind you, military intelligence!!!
as far as manek urai is concerned, it is not a matter of “tak pandai menari dikatakan papan jongkang jongkit. Dah hilang undi, boleh aja bagi 1001 alasan.” ubn sudah kencing merata-rata, sehingga jika terbau hancing, rakyat sudah tahu ia air kencing ubn!
Analisa sdr kurang tepat. Untuk lebih menarik dan tepat silalah dapatkan data-data mengikut saluran dari jpn. Buat statistik dan forecast dengan tolerance 3% atau 5%. Aku tau sapo tok guru mu pak sheikh!
“Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.
Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi….”
Part ni paling best gua baca. Gua & wife dok gelak sakan… ada jugak part geng UMNO kena trick…. hehehe
antipas (21:46:36) :
analisa boleh dibuat berdasarkan kecenderungan masing -masing. Kalau yg pro BN ada analisa tersendiri, kalau pro Pas pulak ada analisa tersendiri. Bottom linenya ialah, Pas menang tipis. Itu hakikat. jangan lah tak pandai menari dikatakan papan jongkang jongkit. Dah hilang undi, boleh aja bagi 1001 alasan
=================================================
Dalam pilihan raya, lebih satu undi sudah dikra menang. Hakikatnya, siapa yg tak pandai menari? umno la tak pandai menari kerana tak mampu tarik minat majoriti manek urai. Kalau kalah mengaku sajala. janganla tunjuk pula kita gila meroyan.
bukae tok panda naghi.. tok panda wi rasuoh.. hekhkehkeee… beghapo puluh juto habih baghu ni abe..?
Analisa bodoh. Sebenarnya faktor majoriti PAS turun dengan banyak kerana kesombongan PAS kelantan yang bersifat ego. Tidak membenarka Ketua Pemuda PAS Pusat berceramah dilihat bahawa PAS mempunyai masalah. Gambar Tuan Guru Nik Aziz yang kononnya mempunyai aura yang menyebabkan pengundi akan mengundi PAS juga andaian karut. PAS terlalu yakin menang sehingga fatah mengatakan PAS mendahului 2000 undi juga faktor kekalahan PAS. Ini kerana pengundi mula mengundi BN dan adalah tidak benar bilik gerakan BN ditutup. Sebaliknya mereka mula melipatgandakan usaha menarik pengundi. Jadi faktor ini tidak tepat. Rakyat mula melihat kepincangan dalam PAS kelantan sebenarnya. Kepada saudara SuperDuper Brother, Ahmad Helmie Hassan mengatakan Kickdefella adalah pejuang PAS sepatutnya saudara berdua periksa dulu siapa kickdefella. Dia adalah ahli Umno. Dia pernah menjawat jawatan sebagai ketua cawangan Umno di Segambut, KL dan dia sebenarnya diupah oleh Hussam untuk menjaga politik Hussam. Jadi janganlah terpedaya.
Menarik.. Tapi kesimpulan akhir sangat tidak bersetuju sbb menunjukkan PAS masih berpecah belah. Ada kumpulan yang tak setuju dengan kumpulan lagi satu..
Tidak kira dari mana dtgnya pimpinan PAS, sudah pasti semua nak tengok PAS menang, bkn nak tengok PAS gagl..
Sikap tak hormat dikalangan ahli yg lain, mungkin menjadi sbhgn sebab kenapa majoriti menurun.
Sikap tak hormat pada Pimpinan tertinggi PAS amat di kesali, terutamanya dalam isu ust Nasha, jelas sikap begini tak menunjukkan kita khatam usrah, hatta peringkat taaruf sekali pun.
“Segala tindakan, wajiblah mengikut Akhlak dan Adab Islam. Segala tindakan yg dilakukan oleh Pimpinan PAS Kelantan ini, hanyalah bersuluh kepada Strategi Politik semata2 dengan mengenepikan semua yg Disuruh oleh ISLAM. Strategi adalah penting, namun ISLAM adalah yg TERPENTING.” – petik dari kata2 org lain, tapi tak ingat kat mana..
abg_363 (14:27:05) :
Analisa bodoh. Sebenarnya faktor majoriti PAS turun dengan banyak kerana kesombongan PAS kelantan yang bersifat ego. Tidak membenarka Ketua Pemuda PAS Pusat berceramah dilihat bahawa PAS mempunyai masalah. Gambar Tuan Guru Nik Aziz yang kononnya mempunyai aura yang menyebabkan pengundi akan mengundi PAS juga andaian karut. PAS terlalu yakin menang sehingga fatah mengatakan PAS mendahului 2000 undi juga faktor kekalahan PAS. Ini kerana pengundi mula mengundi BN dan adalah tidak benar bilik gerakan BN ditutup. Sebaliknya mereka mula melipatgandakan usaha menarik pengundi. Jadi faktor ini tidak tepat. Rakyat mula melihat kepincangan dalam PAS kelantan sebenarnya. Kepada saudara SuperDuper Brother, Ahmad Helmie Hassan mengatakan Kickdefella adalah pejuang PAS sepatutnya saudara berdua periksa dulu siapa kickdefella. Dia adalah ahli Umno. Dia pernah menjawat jawatan sebagai ketua cawangan Umno di Segambut, KL dan dia sebenarnya diupah oleh Hussam untuk menjaga politik Hussam. Jadi janganlah terpedaya.
================================================
Kepada abg_363, fahami betul2 faktar diberikan sheih, kalau membaca sambil berkiblatkan kepada kerajaan perpaduan maka betulla demo tak temui kebenaran dalam fakta itu, nampaknya nama sahaja abg tapi fikiran macam budak2. sebenarnya apa yg dikatakan sheih hampir 90 peratus ada kebenarannya. Pas kelantan bukannya ego, tetapi keadaan memaksa kerana tindakan pihak yg menjilat kerajaan perpaduan seperti Abg yg menyebabkan berlaku huru hara dasyat dalam jemaah Pas. Sehinggakan Pas Banchok mengambil tindakan menggantung kain rentang menyuruh Nasha letak jawatan dan tidak mahu perpaduan dengan umno. Atas keadaan ini, Pas Kelantan mengambil tindakan tidak membenarkan pendokong2 kerajaan Perpaduan seperti abg ni datang berkempen di MU. Sekiranya mereka datang dihuatiri akan menyebabkan ahli pas di MU akan mengamuk dan melakukan boikot dgn memangkah BN. Setahu Aku ahli Pas tak pernah kata gambar TGNA ada aura melainkan org umno sendiri yg cuba timbulkan provokasi.
Pada PRU12 lalu ramai yg menganggap pas kelantan akan kalah ditangan Umno berdasarkan andaian seperti demo, iaitu Pas kelantan terlalu banyak kepincangan, rakyat tidak mahu lagi kepada kemepimpinan ulama. tetapi rupa2nya kekuatan pas terus bertambah seperti sekarang.
Kalau demo jadi pengarah pilihan raya untuk gerombolan umno, takla demo nak umum, BN akan kalah. begitu juga dengan Fatah Harun, tak kan la dia nak umum Pas kalah sbb itu adalah sebahagian strategi serangan psikologi untuk mempengaruhi pengundi dan terbukti telah berjaya dalam keadaan Pas diserang oleh KERAJAAN MALAYSIA, bukannya umno.
Persoalan siapakah Kick defella itu, tidak penting… Dulu lain sekarang lain. Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng, dulu ahli BN tetapi sekarang pembangkang… Apa yang penting memahami, ketidakadilan, rasuah, penipuan, rompakan royalti minyak banyak membelit UBN dan bersedia untuk melawan habis-habisan kejahatan itu dengan ikhlas.
Abg ni jelas sekali benci kepada Husam. Dalam situasi sekarang, org yg membenci Husam boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iatu org pas yg jilat kerajaan perpaduan dan org umno. tapi saya harap abg ni org umno sebab terang2 menentang pas. musuh yg terang ni lagi senang dibasmi berbanding musuh dalam selimut. Pada saya Husam ni seorang politikus yg genius. Beliau mempunyai pandangan bernas dan sanggup menggadai masa depan untuk menyelamatkan parti. Beliau pernah berkata bahawa beliau sanggup kalah dalam perebutan jawatan timbalan presiden asalkan mesejnya sampai kepada pemimpin dan ahli pas. hasil dari pada pendedahan Husam, org pas hampir 100 peratus ahli pas terkejut dan menentang keras tindakan beberapa pemimpin yg ingin kan pas laksana kerajaan perpaduan dgn umno. kumpulan inilah termasukla nasarudin tantawi yg amat diagungkan abg yg menjadi racun dan minuman dalam jemaah pas.
Apa-apa pun rakyat diManik Urai telah pun memilih calon yang mereka hendaki, oleh itu janganlah mempertikaikan mojiriti undi yang dimenangi. Didalam demokarsi undi itu penting. Walaupun menang dengan satu undi pun menang tetap menang.
Jadi kepada parti yang kalah tu janganlah meroyan tak tentu pasal. Baikilah perestasi dan jati diri.
suko dengar hok abe nawi kato tok pandai bui rasuoh…adolaa geng ambo baru balik BTK di Langkawi nii….dok pakat bergoyak ….faci kat BTN dok nyanyi ‘ oghe manek urai tok patut ambik duit tok pangkoh dacing’ …jolo sungguh kali BN tok pandai merasuoh…….
kahkahkhakhaaa… abe ADGGA gats… malu ambo demo puji2…
tapi lagu tu lah.. UNDI HARDCORE PAS tidok berganjok… cumornyo pengundi atas pagar & segala macam jenis undi hok ambo doh sebuk sblm nih mempengaruhi kurangnya majoriti..
APA2 PON, MENANG 65UNDI SUDAH CUKUP HEBAT.. KERANA SEGALA BALA TENTERA SUDAH TURUN UTK MEMENANGKAN UMNO BN.. KESEDAR & KKLW patut memikirkan semula kehadiran mereka dimanik urai.. cukuplah mengugut rakyat dgn gula2 politik.. Laksanakan tugas anda, memberi yg terbaik kepada rakyat luar bandar yg berada dalam bidang kuasa anda..
Laksanakanlah dgn usaha yg terbaik
tq
Antara rumusan kemenangan Pas di prk P36 Kuala Terengganu ialah majoriti pengundi Melayu/pinggir bandar yang terdedah atau memiliki akses pd internet atau alternatif media menjadi faktor penting menyumbang untuk kemenangan Pas. Maka, jika cerdik pandai dan generasi baru yang berfikiran lebih rasional dalam politik memilih Pas sebagaipemerintah, dan jika mok cik pok cik, pak da mak da kita di Manek Urai pun memihak dan lebih yakin pada perjuangan Islam yang didokongi oleh Pas, apa lagi yg ditinggal untuk dikutip oleh UMNO? “Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)” – al Baqarah, ayat ke 18.
Sb Dehlawi..
Saya setuju dengan kamu.
abg_363,
mu gi ngaji lagi gih. mu tak jjupo ko bahawa di kalangan sahabat-sahabat nabi saw ada yang menentang baginda habis-habisan? mu toksah nak tunjuk tunjok panda la, mu tak tunjok lain kecuali pandir?
dear brother kickdefella..
tahniah.. tulisan/ulasan yang ‘mantop’… selepas tulisan/ulasan tuan dalam isu ‘Petronas..’ kalau di tv rtm1 kita boleh saksikan kepetahan pengacara ‘goreng sakan’ pasal isu-isu semasa, maka di sini di alam siber ini setidaknya kita ada tuan yang pandai menggarap ayat dengan isu.. tahniah.. bagi saya tuan ni kira ‘gifted person’.. hahaha.. bravo !!!
tok payoh nak pening pening wei.. hakikat nyato orghe kelate meme tokse doh ko pas.. dale maso hok samo oghe pun tok cayo ko BN. tuh pasal la mene tipis. kalu pas tok beruboh kaloh sudoh pasti la pru depe.. tok payoh nok pusing pusing fakta hok tok tepat.
Ada 100 orang bloggers PAS dan Pakatan Rakyat yang buat laporan berdasarkan fakta macam ni, InsyaALLAH Umno Bn akan lingkup PRU 13.
Teruskan kerja ikhlas mu wahai Sheih, harapnya pujian yang kamu terima tidak meletakkan dirimu ditahap hina dan lupa diri, dan makian yang kamu terima tidak menjadikan dirimu seumpama api membaham api.
Setiap kerja ikhlas yang kamu lakukan dengan niat ikhlas menolong agama Allah, Gerakan Islam dan kerja-kerja dakwah serta mendedah dan membedah kebenaran akan diganjari ALLAH dengan nikmat yang tidak disangka-sangka. InsyaALLAH.
Salam perjuangan dari kami Pemuda PAS Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan.
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com
ni saya pun nak bagi analisis jugak la hehehee
kalah menang tu sebenanya Allah yg bagi, bukanlah sebab kita buat begitu begini…
ada puak tu memacam dia dah buat…berjuta duit dia dah belanja….menang tak jugak… begitu jugak sebaliknya…
jadi harap-harap kita ni bila beri pendapat dan pandangan jgn lupa pandang kat atas tu yeee…
Allahuakbar…
Nice and Comprenhesive analysis of PRK Manik urai:
Syabas kepada blogger yang bernama kickdefella;
Memang tidak dapat disangkal segala andaiaan yang telah dibentangkan, Dalam analisa politik tidak ada satu pun analisa yang boleh dikatakan salah. Setiap penulis boleh mengolah dari sudut dan pandangan mana yang diinginkan.
Dalam kes ini, hujung tajuh analisa yang telah dibuat, masih berkisar dimatlamat akhir beliau—-menyerang dan mmembangkit iosu kerajaan perpaduan, Sedangkan isu ini telah lama dikuburkan.
memang banyak faktor yang telah meyumbang kepada prestasi butuk PAS di PRK manik urai yang lalu. Dan kalau saudara sudah lama bergelumang dengan PAS sudah tentu perkara yang sama tetap menjadi punca nya, Tetapi saudara hanya baru dibawa kedalam PAS. Itu pun dengan tujuan untuk membentuk imej sasaorang dalam PAS. Kata lain, upahan.
Isu yang sama sentiasa menjadi polimik dalam setiap PRK atau PRU. Sejak bila UMNO tidak guna wang ? Sejak bila UMNO tidak mengguna jentera kerajaan? sejak bila UMNO tidak menipu ? tetapi PAS masih boleh bertahan.Tidak seperti diManik Urai.
Jawapan nya Senang
Apabila kita berjuang kejalan Allah dan demi Allah, terlalu banyak ujian yang diberikan oleh Allah. Ini adalah kebijaksaan Allah untuk melahirkan pejuang-pejuang yang ikhlas dan berhati suci murni. Jika sekiranya, tedapat dikalangan pejuang yang mempunyai titiki hitam dalam hati mereka, necaya Allah akan menurunkan musibah .
Dalam PRK manik urai baru-baru ini, telah zahir dengan jelas sikap busuk hati dan ketidak jujuran ramai pepimpin Kelantan terhadap perjuangan PAS. Mereka lebih mementingkan imej diri mereka. Dan natijah PAS mengalami kekalahan moral diMU.
Bukti nya:
Pada mulanya, suara bodoh kedengaran dikalangan Pemimpin kelantan bahawa, pemimpin luar tidak dibenarkan datanmg berceramah di MU.
Kemudian apabila YB Presiden datang dengan menebalkan muka, arahan itu termansuh dengan sendiri. Itu pun tidak semua pemimpin Pusat yang dijemput.
Gambar YB Presiden diharamkan pada peringkat permulaan. Selepas penamaan calon, melihat kesunggohan Presiden, baru ada gambar presiden.
YB.Timbalan Masih dikenakan larangan. Apabilan Muhyudiin menjadikan isu,ketidakhadiran Tim. Presiden, baru lah Tok Guru Nik Aziz menjemput beliau. Alasan yang diberi oleh TGNA ialah takut kena boo.
Datang lah Tim.Presiden, dan terkial nak jawab soalan pemeberita tentang larangan berceramah di MU. Nak mengia…rasanya tidak sopan nak menafi, tok Guru sendiri sudah kata ada larangan.
Dan yang paling lucunya, apabila Tim.Presoiden terpaksa pulang kerana sakit, TGNA boleh kata,.,saya tak tau dia sakit,Tidak ada orang bagi tahu. Saya pun hairan mengapa dia tak datang hari penamaan calon>>>cuba bandingkan dua ungkapan TGNA itu. fikirlah sendiri.
Dan kemuncak kepada itu, gambar Tim.Presiden langsung tidak ada di MU. Alih-alih gambar Husam Musa yang timbul. Siapa Husam Musa?? Exco kanan konon nya ? mana ada exco kanan diKelantan.? Dinegeri yang tidak ada TMB, bolehlah dikatakan exco kanan.
APakah erti ini semua ?? bukan kah ini mengzahirka sikap tidak jujur kepada perjuangan ? mereka hanya berjuang untuk menaikkan saham sendiri sahaja.
Maka ALLAH telah menurunkan sedikit bala sebagai peringatan. Itu pun ALLAH masih memelihara kerana masih terdapat rakyat marhain yang benar benar berjuang untuk PAS.
Kepada TGNA, selamatkan lah PAS kelantan daripada pencacai ini. Merekalah yang akan menghancurkan PAS, buka puak perpaduan ….
salah satu analisa yg pernah dibuat pada tahun 1990 apabila Pas mengambil alih Kelantan dari BN ialah kerana sikap rakyat Kelantan yang pragmatik, berani dan sanggup mengambil risiko. Di atas sikap tersebut, mereka merasakan perubahan politik negeri adalah di dalam kuasa mereka bukan di bawah kuasa parti politik baik umno ataupun Pas. Sekiranya parti tersebut boleh memberikan tawaran yang digemari oleh rakyat, maka mereka akan menyokong parti tersebut. Oleh itu, rakyat akan membuat perubahan sekiranya ada perkara2 yang tidak digemari.
Selain itu, pengaruh serambi mekah dan budaya menghormati orang alim dan ulama adalah sebab yang mempengaruhi pengundi Kelantan yang sukakan agama. Kredibiti golongan ulama dan mereka yang benar2 bekerja dengan ikhlas untuk rakyat adalah faktor besar. Rakyat tak suka pemimpin yang wujudkan jurang sebagai pemimpin dan rakyat. Sebab pemimpin bagi rakyat Kelantan adalah rakyat biasa juga. Mana2 yang berlagak dan cuba tunjuk pandai, mereka akan ditolak habis-habis. Tambah lagi jika mereka ada kes2 pecah amanah, rasuah dan diberitakan hidup kaya raya tanpa usaha dari hasil peluh sendiri, mereka akan dipertikaikan untuk diangkat sebagai wakil rakyat.
Selain itu, jika umno nak menang di Kelantan, mereka perlu persiapkan tokoh2 agama yang boleh bertanding di atas tiket BN. Ini kerana jarang tokoh ulama di kalangan Pas tewas kerana nilai agama pada diri calon yang dipertandingan di samping apa sumbangan yang mereka telah tonjolkan di kawasan mereka. mmg ada juga calon berpendidikan agama BN di letakkan di bbrp tempat di kelantan, tetapi mereka tewas kerana mereka tak dikenali.
pendek kata, pengundi kelantan tak boleh dijangka. Baik oleh Pas ataupun UMNO dan mereka perlu sentiasa bersiap sedia.
kpd judin, anda mungkin masih ingat. walaupun dalam bbrp piliharaya kecil di kelantan, BN boleh menang cthnya spt di pengkalan pasir, itu sebenarnya untuk memukul UMNO dalam piliharaya umum slps itu. Jika UMNO menang di manik urai kali ini, rakyat manik urai akan memukul umno dengan teruk dalam pilihanraya akan datang. nasib baik umno tak menang.
[...] Selanjutnya di sini [...]
Bro, aku buat pautan. harap diizinkan. tq
analisis yang menarik,cuma tak di hebah kan
memang pun ahli umno datang ke mu kerana di bagi wang ,tak de wang pakat tak geeee
Kepada KALIJAGAT, saudara kata pemimpin Pas Kelantan busuk hati? apa bukti yg menyokong tuduhan saudara. adakah kerana pemimpin pas sokong UG dilarang datang ke MU? kalau itu alasan saudara, maka saudara ini hanya pandai meluahkan emosi saja tetapi gagal dalam berfikir mengapa Pas Kelantan berbuat demikian.
KALIJAGAT, beberapa minggu sebelum MU, jemaah dalam pas dilanda ribut dengan cadangan UG oleh Nasha, Hadi dan gerombolan lain yg barangkali terliur dengan jawatan ditawar oleh UBN. ada desakan kuat yg meminta diadakan muktamar lain untuk membincankan, manakala di Johor beberapa cawangan Pas bersedia bubar dan akan berhijrah ke PKR jika UG ini menjadi kenyataan. Di Kota Bharu, malah di Pejabat Pas Negeri Kelantan, sudah naik sepanduk menolak kerjaan perpaduan. Di Bachok banyak sepanduk menolak kerajaan perpaduan dan mendesak Nasha letak jawatan MP Bachok. Keadaan ini tidak terasa sangat di luar Kelantan. Ketidak puasan hati, ahli pas terhadap UG ini dikatakan menular kepada penduduk MU. Oleh itu, Pimpinan Pas Kelantan yg secara langsung terbabit pilihan raya MU terpaksa mencari jalan penyelesaian supaya keadaan ini reda dengan meminta pendokong2 UG seperti saudara ini tidak datang ke MU bagi mengelakkan Pengundi melakukan protes senyap dengan memangkah parti TIMBANG. Pas kelantan sendiri pada awalnya, menjangka akan kalah disebabkan risikan malam terakhir TIMBANG akan menang dengan majoriti 200 undi. Dalam keadaan ini, pas kelantan berserah kerana segala perancangan termasuk meredakan kemarahan ahli berhubung UG sudah dilakukan dan akhirnya pas menang dalam keadaan sakit.
Saudara, KALIJAGAT, Pemimpin Pas kelantan dan luar kelantan bukan sahaja perlu pandai merancang strategi untuk parti, malah perlu tahu bagaimana strategi yg digunakan parti lawan untuk memecah belahkan parti. Justeru apa yg dilakukan Pas Kelantan ini adalah strategi mengena kerana dengan meminta puak UG tak datang, maka BN tak boleh jadikan Isu dengan mengatakan kepada pengundi “Buat apa kita nak menyokong Pas, sedangkan Pas sendiri akan berkerjasama dengan UMNO”.
Saudara KALIJAGAT, Kalaupun saudara penyokong tegar UG, itu bukan tiket untuk saudara membenci Husam, sebesar manakah jasa saudara dalam pas dan kerajaan berbanding husam yg sudah terbukti dapat mengendalikan ekonomi kelantan dengan baik?
Memang, Puak UG ini sangat marah dengan Husam kerana husam dianggap batu penghalang kepada mereka untuk berbaik dengan umno. Tetapi yg anehnya mengapa Mohd Sabu tidak diserang puak UG ini sedangkan beliau juga bertanding melawan Nasha.
Husam pernah berkata dalam interviu dengan akhbar bahawa beliau sanggup kalah asalkan mesejnya sampai kepada pemimpin parti dan ahli. Kalau husam seorang yg pentingkan harta, dia tak payah, rasuah, pasang kroni tetapi sudah cukup dengan jawatannya sekarang. Namun husam bukan jenis macam itu, husam seorang yg tegas dalam tugas dan amanah sesuai denganya yg selalu berdampingan dengan TGNA.
Saudara kata Kelantan tak ada TMB, betulke? yb ahmad yaacob itu sapa pula? bukan kah beliau TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN.
Itulah perangai orang PAS Kelantan yang duduk bawah tempurung. Allah nak bagi pengajaran tapi masih sombong dan ego. Dah nak kalah pun masih tak menagku salah dan tak mahu periksa diri sendiri. PAS ni hak ahli PAS. Ambil lah iktibar dari apa yang berlaku. Itu sepatutnya yang orang beriman buat tetapi kamu tetap mengatakan kamu hebat. Memang sah tak sedar diri. Bertaubatlah……..
Thanks Sb Dehlawi:
Sunggoh terharu kerana akhirnya ada insan yang jiwanya masih hidup. Terasa bahang daripada tulisan saya. Sebelum ini setiap komen saya hanya dapat bertahan paling lama 3 jam dalam blog ini. Selepas itu di-delete. Anyway thanks.At least we can share our experiance ,observation and analysis.
Untuk makluman saudara, saya bukan sahaja sekadar pergi ke MU, malah saya juga salah saorang petugas disalah subuah peti Undi di PRK Mu baru-
baru ini.
Apa yang saya perkatakan adalah berdasar kepada kronoloji ..apa yang berlaku selepas mukatamar sehinngalah ke hari akhir pengundian.
Kalau nak dikatakan, jika sekira pendokong UG datang berkempen,ianya akan menjadi isu untuk UMNO eksploit, saya rasa perkara itu tidak akan berlaku. Kerana sepanjang 20 hari saya berada disana ( ulang alik) tidak ada isu yang menjadi polomik disana…samada bagi PAS atau UMNO. Pengundi MU tidak mengambil kisah tentang isu Anwar Ibrahim, Isu Royalti minyak atau sebagainya. Jauh sekali mereka memikirkan isu UG. SO, kalau alasan untuk tidak memanggil Pemimpin Luar Kelantan datang ke MU, kerana takut isu dijadikaN polimik, saya tidak setuju.Berdasarkan kenyataan diatas.
Saudara ada menyentuh tentang penentangan Ahli Pas di Kalantan kepada idea UG. (memang secara ikhlas, saya sendiri menentang idea UG. Apa yang saya marahkan ialah mengapakah isu ini diperbesarkan. Sedang bebrapa kali Presiden dan Tim.Presiden sudah membuat kenyataan bahawa idea itu hanya satu lontaran idea).Tetapi isu ini sengaja diperhangatkan oleh pemimpin tertentu diKelantan. Apabila nampak isu ini semakin reda, dibangkitkan semula. Sehinnga TGNA mengeluarkan kata-kata yang begitu pahit untuk Tim.Presiden.
Kalau benar mereka menentang idea UG, mengapa serangan hanya dihala kepada Tim.Presiden? Sedangkan idea asal datangnya daripada Presiden sendiri.
Ini menampakkan bahawa, kemarahan sebenar kepada Timbalan ialah berpunca daripada kekalahan Husam dalam merebut kerusi Timbalan. Tapi isu UG di polomikan dan dikaitkan dengan Tim.Presiden.
Mengenai sepanduk yang dinaikan di Bachok, yang menentang Tim.Presiden,bukan dibachok sahaja, malah dibanyak kawasan. Dan dikawasan saya, saya telah mengarahkan dibuang serta merta. Saya khuatir ini bukan kerja orang PAS tetapi kerja UMNO yang mengambil kesempatan daripda kemelut ini. Kemelut yang ditimbulkan sendiri oleh ‘kumpulan Napoleon ‘ dalam PAS Kelantan. ( harap anda tahu siapa napoleon ).
Untuk jawapan suadara mengapa saya benci sangat Husam? Sebagai pejuang dalam Islam, tidak ada perkataan benci dalam kamus saya. Sebagai TGNA kata, kadang-kadang apabila kita naka mengeur sasaorang kena guna bahasa dan cara yang berbagai. JAdi saya mengambil cara negatif. Memang saya akui Husam saorang pemimpin yang hebat. Kata-kata seperti inilah yang telah membuat Husam terapung di awangan.hingga kadang-kadang berlagak saolah beliaulah yang menguasai TGNA dan Kelantan. Pemimpin lain kena akur kepada keputusan beliau yang disalurkan melalui lidan TGNA.
Banyakah Pembangunan ekonomi yang dibangunkan oleh Husam di Kelantan ?
Kalau benar ekonomi Kelantan berkembang hebat kerana usaha Husam…menagapa kerajaan kelantan mengalami difisit dalam akaun pembayaran dan terimaan. Setakat ini saya difaham sekitar -170 juta. Adakah ini sumbangan HUSAM.
Apa sudah jadi dengan program JIHAD TERNAK?
Berapa banyak sekim takaful armalah terhutang ?
Ini semua program yang dikendali oleh Husam.#
Berbalik kepada isu PRK MU. Kalau saudara turun semula ke MU ( saya sudah dua kali ) selepas PRK, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku semasa kempen baru ini.
Jelas terdapat dua golongan yang kecewa dengan kemenagan PAS.
Pertama: Golongan yang ingin mnjdai calon. Tetapi TGNA memilih Fauzi. Jika fauzi menang, peluang nya untuk menjadi calon dimasa hadapat tertutop. Kerana fuazi akan dapat menjadi saorang ADUN seperti arwah pak su wil.
Satu golongan lagi ialah, golongan yang tak sabar menunggu kerusi MB Kelantan. Semasa saham tengan naik inilah peluang untuk mengambil alih kerusi itu. Taku nanti, sjuatu hari tembelang pecah, kerusi itu akan pberpindah kepada orang lain.
Jadi inilah peluang terbaik untuk menghantar isyarat kepada TGNA supaya berundur dengan mengalahkan PAS dalam PRK MU. Dengan itu TGNA akan menerima tanggungjawab dan mengundur diri.
Jika sekiranya saudara rapat dengan Jentera Plihanaraya PAS Kelantan, tanyalah apa terjadi dalam mesyauarat Perhubungan Khas mengenai MU.? Tanya apa yang hangat tentang peruntukan PRK MU. Tidak baik untuk saya sedahkan disini.
Itu adalah sebahagian daripada sabotaj supaya PAS kalah di MU.
Pembutalan:
Saudara telah menayatakan bahawa saya telah mengatakan bahawa Kelantan tidak ada Jawatan TMB. Harap saudara baca balik tulisan saya, Apa yang saya katakan,ialah: Mana ada exco kanan diKelantan. Di Negeri yang tiada TmB bolehlah dikata exco Kanan.Maknanya..di Kelantan ada TMB, so tidak ada jawatan exco kanan.
Anyway….
terima kasih atas respon sudara. Ini lah yang sepatut kita laku suoaya satu titik kebenaran akan dilahirkan disini. Banyak perkara yang saya fikirkan tentang kemelut ini, tetapi banyak juga perkara yang tidak boleh dipertontonkan disini atas sebab kepentingan politik PAS sendiri.
Terima kasih>
cc_kobey@hotmail.com
abg363 (07:34:17) :
Itulah perangai orang PAS Kelantan yang duduk bawah tempurung. Allah nak bagi pengajaran tapi masih sombong dan ego. Dah nak kalah pun masih tak menagku salah dan tak mahu periksa diri sendiri. PAS ni hak ahli PAS. Ambil lah iktibar dari apa yang berlaku. Itu sepatutnya yang orang beriman buat tetapi kamu tetap mengatakan kamu hebat. Memang sah tak sedar diri. Bertaubatlah……..
=================================================
Lebih baik duduk bawah tempung daripada duduk dalam lingungan dosa seperti UMNO, Umno memang UP to Date, contohnya Peristiwa pembunuhan memali sampai sekarang belum selesai, peristiwa lubuk merbau sampai sekarang belum selesai, Pembunuhan Abd Samad Ghoul, rampas kuasa di perak, lahap minyak kelantan. Kamu tak payahla bercakap tentang keimanan sebab perbetulkan keimanan umno dulu. sudah 50 tahun Allah swt telah memberi peluang kepada umno untuk berubah ke arah kebaikan tetapi apa yg terjadi Umno terus semakin takbur, bongkak dan masih lagi berlenggang-lenggok tidak mahu membersihkan dosa lampau, malah terpalit dengan noda baru seperti terpalitnya kerbau pada lumpur. Insaflah Abg 363 jangan emosi sangat abe. jange tunjuk sangat kito ore umno.
abg363 (07:34:17) :
Itulah perangai orang PAS Kelantan yang duduk bawah tempurung.
————————————————–
heheheheh dok bowoh purung yer oghe kelate…..pemikiran hok bowoh purung nii laa hok kerajaan umno demo dok ikut nya….ada kat dengan 10 perkara…..
1..cuti 60 hari bersalin…
2.hapus kedai video games
3.pajak gadai islam
4.cuti 5 hari seminggu
ambo raso oghe kelate ihklas dalam menjadikan islam sebagai ad din…selama 20 tahun nii bagi kita di kelate walau diluar sana (mengaku luar dari purung) mengatakan kami nii miskin tetapi kita masih ada akal…dalam statistik jab perangkaan masih ada 4 negeri lagi bawah kelantan…kita bukan bodoh kerana tak membaca berita harian atau utusan yang data sebegini sememang takder dlm akhbar utama…
selama 20 tahun pas memerintah kelantan…rasanya 70 peratus masih muka muka lama dan bagi kita apa yang dibuat masih relevan dengan kehendak rakyat kelate….kita bukan tak mahu stadium yg baru tetapi kalau yang ada nii pun tak berapa penuh buat apa….kita tak mahu macam terengganu masjid kristal atau masjid yang indah tetapi jemaah takde….mungkin pemikiran macam nii yang dikatakan oleh saudara bawah purung….
Assalamualaikum Kalijagat.
Pada pandangan saya, anggapan saudara bahawa pengundi MU tak kisah dengan UG adalah silap. Kalau isu itu tidak berlaku (menurut kata saudara), itu mungkin kerana tiada pemimpin pas yang betul2 teruja dngn UG seperti Ust Nasha berkempen di MU. Saudara pasti tahu, UBN sangat2 mahukan kemenangan di MU untuk mengembalikan keyakinan melayu kepadanya, justeru dia telah gunakan apa sahaja jentera kerajaan untuk tarik pengundi. Tetapi, cara macam ini selalunya tidak dapat menawan hati pengundi, sama juga dengan ceramah mereka, jadi mereka telah gnakan pemuka2nya (wartawan2) untuk menyerang pembangkang. dua minggu sebelum MU, UBN telah bersiap sedia untuk mainkan isu UG untuk lawan isu royalti minyak di MU dengan wartawan2 mula mencari Ustaz nasha untuk diinterviu berhubung UG. tetapi mereka hampa kerana Ust Nasha xdatang parlimen. Jadi misi menyerang usta Nasha bersambung ke MU dengan semua wartawan bersedia untuk soa;an2 UG tetapi sekali lagi hampa kerana Usta Nasha hanya datang sekejap saja. Jadi rancangan untuk memperak perandakan Pas dengan isu UG tidak berjaya. So ada sebabla jika Pas kelantan melarang pemimpin Pas pro UG berkempen di MU. Kalijagat, dalam politik, kita tak boleh main rasa-rasa sahaja . Kita perlu tekad, laksanakan apa strategi diputuskan. Itu saja jalan yg perlu kita lalui. alah atau menang itu adalah kehendak Allah SWT.
Sauadara kata, ada pemimpin Pas kelantan senagaja perbesarkan UG. Pertama, saya nak katakan bukan pemimipn kelantan sahaja yg tolak UG, Khalid samad, ust Ahmad Awang, MP pakatan semuanya menolak dan menentang keras idea UG ini. Blog2 lagi la. Pada saya, ada sebab mereka memperbesarkan isu ini kerana, saudara kan tahu, di dalam muktamar ucapan hj hadi langsung tak sentuh UG, tetapi bila bercakap depan wartawan cakap pasal Ug pula. Lagi pun perkara UG tak pernah dibincang dalam AJK Pusat PAS dan majlis syura, tiba2 timbul puak2 yg galak memberi respon positif kepada UBN dalam isu ini. Jadi untuk mengelakkan UBN memanipulasikan isu ini atau pas diseret masuk dalam Umno, maka puak satu lagi ini terpaksa menunjukkan penentangan.
Saudara kata, isu UG ini lontaran idea – mengapa ada pertemuan sulit antara individu pas tanpa pengetahuan parti dan mursyidul am dengan ketua BN?
Kalau apa yg dikatakan hanya idea, maka tidak mungkin ada pertemuan.
Saudara kata, kalau marah kepada UG mengapa serang nasha sahaja. Sebabnya, walaupun, idea ini dari presiden, tetapi orang yg main peranan adalah Nasha. Tambahan pula mustapa li dan hj hadi pernah buat press statement tutup mulut isu UG, tetapi beberapa hari kemudian, Lagi Nasha beri respon pisitif kepada UBN untuk UG. Macam nana ahli tak marah?
Anda kata kemarahan sebenar disebabkan HUsam Kalah? – Kalau marah kerana Husam kalah sepatutnya penyokong2 husam mengamuk pada pagi selepas buang undi Tim presiden lagi.
Ini kerana, Pada hari buang undi, perwakilan hanya 1+++ , tetapi masa pengiraan undi 6 jam! aneh bukan? (dari jam 8 mlm hingga 2 pagi.) Malah pada malam itu, (antara jam 2.30 pagi) hampir semua blog dan akhbar internet sudah menerima keputusan dari sumber yg boleh dipercayai bahawa Husam telah menang dengan majoriti tipis siap dengan jumlah undi sekali. Tetapi semua terkejut termasuk blog apabiala keputusan sebaliknya berlaku, malah Nasha pula yg menang dengan majotiri banyak.
Saudara kalijagat, selalunya kalau keputusan Pilihan raya kita boleh tahu keputusan melalui akhbar talian sahaja tak perlu tunggu keputusan rasmi kerana keputusannya selalunya hampir tepat. (ini termasuk keputusan PRU lalu dan enam PRK).
JADI kalau penyokong husam nak mengamuk diatas kekalahan husam memang ada sebab tetapi mereka tidak melakukan apa2 apa protes dalam proses mengundi.
Sebenarnya puak menentang UG bukan puak husam sahaja, tetapi semua ahli dalam Pas termasuk saudara sendiri. Lagi pun penentangan ini tidak berlaku selepas undi Tim Presiden, ia hanya berlaku apabila hj hadi lontar idea yg disambut bik oleh nasha.
Mengenai sepanduk, saudara kata UBN yg naikan sepanduk. Saya naka tanya saudara sepanduk tolak UG yg digantung pada tingkat dua bangunan Pas negeri Kelantan di jalan datu pati itu, siapa yg gantung?
Mengenai kum neopolion. saya akui saya tak tahu, malah saya alu2kan saudara bagi tahu.
dalam komen, saudara akui husam seorang pemimpin hebat, dalam komen yg sama saudara katakan husam tak hebat pula dalam urus ekonomi kerana berlaku defisit belanjawan? jadi yg mana satu pandangan boleh dipakai?.
Saudara, pertama sekali boleh tak saudara buktikan negeri mana dalam malaysia ini yg belanjawannya tidak desifit. pembetangan bajet negeri2 dalam malaysia ini semauanya alami defisit. dan yg paling menariknya, kelantan antara negeri yg paling rendah defisit. itu pun selama hampir 18 tahun terpaksa bayar hutang yg ditinggalkan UBN ketika dia memerentah kelantan. Kalau saudara ingin melakukan bisnes yg makro, dan saudara tiada modal, saudara boleh meminjam dengan mana2 bank. melalui duit itu saudara boleh kembangkan bisnes walaupun pada masa sama saudara terpaksa membayar balik pinjaman bank. Jika saudara bayar pinjaman ikut arahan, lama kelamaan hutang saudara akan berkuarangan, malah keuntungan pula yag semakin berganda. Oleh itu, saudara, kebijaksanaan mengurus ekonomi bukan sahaja mencari peluang2 niaga atau eksploit hasil negeri sahaja, malah ia juga termasuk menguruskan hutang2 agar ia langsai. Lagi
Kita Kuburkan Isu UG:
Sekali lagi terima kasih kepada sb Dehlawi kerana komen balas yang baik dan rasional kepada isu yang saya bangkitkan. Jelas sekarang kita mempunyai matlamat yang sama disini, Iaitu ingin memberi pandangan, kritikan dan nasihat kepada semua agar PAS akan terus mantap.
memang, kita boleh buat analisa mengikut sudut mana yang kita lihat. Dan saya mula merasakan jika saya terus memeprtahankan hujjjah saya mengenai isu asal, perkara ini tidak akan kesudahannya. Dan ianya akan merugikan PAS sendiri.
Oleh itu, marilah kita kuburkan isu UG dan Isu PRK MU. Biarlah kita ketepikan pandangan kita yang terlalu jauh berbeza itu.Walaupun niat kita sama..terutama bagi diri saya..yang ingin menyeru pemimpin kita bermuhasabah, cuma mungkin cara saya cara krtitis.
Untuk pengatahuan sadudara, saya adalah salah saorang AJK PAS kawasan, dan menjadi perwakilan dimukatamar yang lepas. Dan secara jujur saya katakan saya penyokong Husam dalam pemilihan baru ini. Cuma saya terkilan dengan apa yang berlaku selepas itu. Jdi nampak saya amti=husam.Sebenarnya itu lah pendekatan yang saya rasa terbaik untuk menegur beliau.
Marilah kita kembali kepada tujuan asal kita disini.Memperkasakan infomasi tentang PAS.
No More UG isu.
Assalamualaikum,
Saudara Kalijagat, saya rasa gembira dapat bertukar pandangan dengan saudara, walaupun saya tidak kenal saudara dan saudara tak kenal saya. Atas dasar bersatu dalam jemaah, teguran, kritikan dan pancaran idea kepada pemimipin atasan perlu sentisa ada. Saya bersetuju dengan saudara untuk meneruskan kritikan terhadap pemimpin asalkan untuk memperkuatkan Pas, sesuai dengan saudara sebagai AJK Pas kawasan.
Pertentangan pendapat, aliran pemikira yang berbeza adalah perkara biasa, malah ia membawa rahmat kepada kita sesuai dgn hadis Rasulullah yg bermaksud Perbezaan pendapat umatku adalah satu rahmat.
Justeru, saya yakin walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tetap dalam jemaah sama iaitu, Pas dan kita mempunyai matlamat sama iaitu;
Mahukan Pas membangun bersama Islam.
Pas For All
dan perkukuh Pas dgn Pakatan Rakyat
Kuburkan UG kerana UG adalah alat UBN untuk hancurkan PAS.
salam.
kenapa black out terjadi semasa proses bilang undi? adakah keadaan ini mempengaruhi bilangan undi?
kenapa black out terjadi semasa proses bilang undi semasa pilihanraya manek urai? adakah keadaan ini mempengaruhi bilangan undi?