Kera Di Hutan Disusukan – Jenama Baru PETRONAS

13 07 2009

Sumber Petroleum dan Gas Kelantan

Muat turun / download peta ini dan jadikan ia wallpaper komputer anda

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Energy Receive Energy Return, begitulah seriusnya PETRONAS hendak menjenamakan dirinya di khalayak dunia. Iaitu sebagai sebuah 500 konglomerat terhebat dunia.

Bagaimanapun dunia harus sedar bahawa disebalik penjenamaan diri yang begitu mulia bunyinya, PETRONAS telah menyapu kebawah permaidaninya pelbagai skandal yang hina.

Kera Di Hutan Disusukan, itulah seharusnya jenama baru yang patut diberi kepada PETRONAS.

Rakyat Kelantan dan warga Malaysia seharusnya sedar hakikat sebenar-benarnya.

Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dan berkali-kali dikatakan bahawa Kelantan tiada hasil petroliam dan gas asli. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sekali-kali.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Artikel 1Artikel 2(2)

Artikel 4

Artikel 12 (13)

Artikel 13

Aseambanker-1

Aseambanker - 3Aseambanker - 4Aseambanker - 5

PM 301 dan PM 302

PM301302

PM 301 dan PM 302 adalah dua blok yang kaya dengan hasil gas asli. Sumber rasmi dari operator yang diberi kontrak membuat eksplorasi dan operasi di kedua-dua blok itu membuat pengesahan menerusi rentetan kenyataan media bahawa mereka telah menemui sumber gas asli. Bagaimanapun sumber dari PETRONAS memberitahu operasi hanya akan dilakukan pada 2011 dan 2012.

Apa yang tidak diberitahu ialah terdapat dua kawasan gas di dalam blok PM 301 atau sesetengah data menyebut Blok PM 2 yang bersempadan dengan daratan Kelantan. Dua kawasan itu ialah Kawasan Ular dan Gajah.

Peta daripada Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), pihak berkuasa bagi kawasan bertindih di JDA jelas menunjukkan bahawa Kawasan Ular dan Gajah terletak diluar JDA.Ianya sudah beroperasi.

PM2 Sudah Operasi

2 lagi kawasan gas asli iaitu Jerneh dan Lawit yang kini terletak di Blok 303 juga menimbulkan kemusykilan. Ia kini termasuk ke Perairan Terengganu sedangkan sebelum ini ia berada di dalam perairan Kelantan.

Tentu ada pihak yang terbabit di dalam skandal sebegini. Segala hasil yang diperolehi dalam blok ini hendaklah termaktub ke dalam perjanjian yang ditandatangani antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan wilayah dan perairan negeri yang membentuk persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin bahawa Kerajaan Pusat perlu memberi pampasan kepada hasil bumi yang diambil dalam wilayah negeri yang membentuk persekutuan.

Di dalam hal ini, PETRONAS bertanggungjawab melunaskan dengan tunggakan 5% royalti yang dijamin dalam perjanjiannya dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

CS Mutiara - PM301


PM301 - 5

PM301 - 1

PM3-1 - 4 discoveryPetronas Repost 2006 -1

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006

Petronas report 2006 -1

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006


JDA

JDA

Kawasan Joint Development Authority yang telah di sentuh secara panjang lebar sebelum ini merupakan kawasan pertindihan diantara Malaysia dan Thailand. Pertindihan tuntutan ini kerana kawasan itu adalah dikatakan oleh Malaysia sebagai di dalam perairan salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, perairan itu diiktiraf Persekutuan Malaysia sebagai didalam wilayah Kelantan.

Akta 440 Malaysia-Thailand Joint Authority 1990 menjamin bahawa kedaulatan Malaysia tidak terhakis di kawasan JDA. Undang-undang, peraturan, hak dan keistimewaan terus kekal di JDA. Oleh yang demikian, hak Kelantan juga tidak dinafikan oleh akta tersebut.

Dengan yang demikian, PETRONAS adalah salah menafikan hak Kelantan.

Hess JDA

 

 

PM3

PM3

Blok PM3 atau dikenali dengan nama Commercial Arrangement Area adalah kawasan bertindih diantara Malaysia dan Vietnam. Pertindihan ini kerana Kerajaan Malaysia mengakui kawasan itu terletak dan milik salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, ia adalah wilayah Kelantan.

Kawasan CAA mempunyai telaga minyak mentah yang telah mengeluarkan hasil. Ia juga adalah sebuah kawasan yang makmur dengan hasil bumi.

  • Kawasan ini melibatkan usahasama cari gali di mana Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di  Block 46-Cai Nuoc.
  • Kerja pengeluaran minyak bermula pada tahun 1997  bagi phase 1 dan phase 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.
  • Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya and Bunga Seroja . 
  • Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd of gas.  
  • Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui  paip 24in, sejauh 170km gas Platform Resak.


Talisman - CAA - 1

Tindakan Seterusnya Rakyat Kelantan

 

Pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan PETRONAS memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan di dalam tempoh 48 jam.

Pada 9 Julai 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga bapak Menteri bernama Mustapha Mohamed telah memberitahu akhbar bahawa PETRONAS akan membuat penjelasan pada 10 Julai 2009.

Seluruh penduduk Kelantan yang peka dengan isu ini menanti dengan tekun pada 10 Julai 2009. Tetapi sehingga ke hari ini, PETRONAS terus membisu.

Mungkinkah sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan memberi tekanan kepada PETRONAS.

PETRONAS perlu membuat kenyataan dan terserah kepada rakyat Kelantan untuk menilai kualiti penjelasan PETRONAS. Jika rakyat Kelantan tidak berpuas hati, maka rakyat Kelantan dan warga Malaysia berhak untuk mengatur langkah seterusnya.

Bagaimanapun, pada detik dan ketika ini, adalah masih terlalu awal untuk kita memikirkan langkah kita. Lebih elok kita berprasangka baik terhadap PETRONAS dan beri mereka peluang untuk memperbaiki segala penipuan yang telah berdekad ini.

Ingat PETRONAS, Energy Receive Energy Return.

Energy receive


Actions

Information

55 responses

13 07 2009
simon

This is a good infor.. tapi apa boleh buat..

13 07 2009
Anonymous

metar – metar raso panas telinga……bodo segho ambo jadi rakyat kelate keno wak bodo ko umno….tok taulaa ambo oghe umno kelate tok segho go satu kali dih….kalu oghe ambik telur itik sebutir dalae gok dio …raso adok kena tetok….tapi nii pasa banyok kot sheikh…main billion nih….atau oghe umno memae dilatih ‘mu ambik hok aku bagi jah dan mu kena dengar gapo ketua kito kato’……

kalu ambo ado duit sheikh ambo buat billboar paling besar depae pintu airport tuuu….mano royalti minyak….boikot petronas…..mampuh setopa dan umno bui oghe rompak minyok kito….

moga perjuangan kito(pas dan pr jah deh) tuntut minyak nii dikenang oleh anok cucu kito pah nii…

13 07 2009
Umnobongok

suruh MSO ulas menda ni hahahaha…. satu ape pun xtau, tau nak kipas bontot je

13 07 2009
mia

i thought CS Mutiara is no longer operational.
Sheih Said: Operational or not now doesn’t matter. The point is the statements Petronas, Shell and the Once JV Co. made. Petronas did the same in their Yearly Financial report, declaring the same.

13 07 2009
Oh Tanah Air Ku

Ha’ah MSO apa khabar? MeliKapakJangak pun apa khabar? Kata gedeber sangat ore To’Uban dengan ore Gual Periok, wak tubik la bedil dengan kapak demo tuh !

13 07 2009
kluangman

Ulamak Mata Duitan mungkin jolokan baru bagi Kelantan dalam isu berkaitan minyak Petronas.

Kelantan yang selalu menafikan tidak perlu pembangunan akhirnya merayu lesu untuk royalti minyak, mungkin sudah terasa bagaimana kuasa politik tanpa wang akan terus menjadi boneka kepada DAP dan Anwar dan akhirnya mengaku rakyat Kelantan sudah tidak boleh diperbodohkan lagi dengan pahala dan aqirat semata mata tanpa pembangunan infrastruktur asas yang wajib.

Mungkin Nik Aziz sudah terasa bahang dosa kerana sudah begitu lama menyuap air paip merah kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan.

Baguslah kalau poknik dah sedar, teruskan perjuangan dengan niat minyak.

13 07 2009
susuk01

Tuan, salam. Saya dengar YB Husam Musa nak naik bot laut dalam utk ke platform Cakerawala dlm kawasan MTJDA (Malaysia-Thailand Joint Development Area). Betu ke berita ni ? Wasallam.
Sheih Said: Pada 3 Ogos, Kerajaan Negeri anjurkan lawatan ke perairan yang di yakini miilik Kelantan bagi melihat operasi di sana. Semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan jurufoto dan wartawan dijemput bersama.

13 07 2009
Ceria

Kita ramai ramai pakat boikot Petronas products amacam?

BUY PETRONAS LAST

13 07 2009
Camry 3.0 V6

Buy Petronas last??

Tak payah beli langsung lagi bagus… kasi bunkus

13 07 2009
amir_rash

umnobongok tak baik cakap camtu.. MSO penulisan die lain.. die aspek lain, sheikh aspek lain.. MSO nk tgok perpaduan islam dia tk pikir pasal duit sgt… ape peduli die dapat tk kelantan royalti yang penting die masyuk…(tgok artikel mso berkaitan royalti minyak kelantan sebijik mcm hujah alwi ketereh dalam dun kelantan)..

13 07 2009
sb dehlawi

kluangman (15:52:55) :

Ulamak Mata Duitan mungkin jolokan baru bagi Kelantan dalam isu berkaitan minyak Petronas.

Kelantan yang selalu menafikan tidak perlu pembangunan akhirnya merayu lesu untuk royalti minyak, mungkin sudah terasa bagaimana kuasa politik tanpa wang akan terus menjadi boneka kepada DAP dan Anwar dan akhirnya mengaku rakyat Kelantan sudah tidak boleh diperbodohkan lagi dengan pahala dan aqirat semata mata tanpa pembangunan infrastruktur asas yang wajib.

Mungkin Nik Aziz sudah terasa bahang dosa kerana sudah begitu lama menyuap air paip merah kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan.

Baguslah kalau poknik dah sedar, teruskan perjuangan dengan niat minyak.

=============================================

Sb dehlawi kata, pertama kluangman adalah bernafas dalam umno sebab dia tidak tahu sebenarnya siapa yg mata duitan.

Kluangman perlu tahu perkataan rayu dengan tuntut hak. adalah bodo beranggapan bahawa kelanatan rayu untuk dapat royalti. saya minta kluangman buka kamus dewan cari makna rayu dan tuntut hak. Takkan lah kluangman bodo sangat apa makna perkataan royalti? dalam kes petrolium di kelate, negeri ini tidak merayu macam semua org umno rayu projek, tetapi petrolium itu adalah khazanah kelantan, maka kerajaan umno wajib bayar royalti.

Kalau nak berdebat dengan emosi dan menjilat2 kebatilan maka di sini bukan tempatnya.

13 07 2009
sb dehlawi

kluangman org umno dan dengki dengan kelantan

13 07 2009
sb dehlawi

kluangman bernafas dalam umno dan anti kelantan

13 07 2009
Anonymous

tuan,
salam.

kalau boleh mintak tolong bagi ETD Tok Bali/Tumpat dan ETA Cakerawala. Saya nak tunggu dan lambai-lambai tangan sikit (kalau ada peluang buat begitu dan kalau bot YB Husam boleh rapat ke tepi Platform la). Wasallam.
Sheih Said: InsyaAllah bila saya dpat lebih maklumat bila tiba masanya nanti.

13 07 2009
susuk01

Tuan,
salam.

kalau boleh tolong bagi ETD Tok Bali/Tumpat dan ETA Cakerawala bot YB Husam. Saya nak tunggu dan nak nak jadi saksi peristiwa bersejarah ni (peristiwa bersejarah dlm hidup saya, utk diceritakan kepada anak-anak nanti).
Wasallam

13 07 2009
mohd

Hassan Merican,
aku tau mu bukan kaki bodek atau perasuah jadi baik bercakap benar kepada rakyat kelantan.
jangan rosakkan nama dan profesyen..

13 07 2009
Adam

hahahhaha…gila banget….aku gelak bukan apaaa…aku dok pikir apa lagi alasan menteri2 bodoh tu nak cakap lagi utk lawan fakta2 tersebut. Patut laa petronas menyepi. Aku rasa kelantan patut saman petronas…!!!

13 07 2009
dd

keluang man ni orang bodoh benar gamaknya… hujah dia nampak sangat bodoh…

menuntut barang kita yang dicuri tu bukan mata duitan la bodoh!!

patut la johor abis separuh dijual… bodoh rupanya!!

13 07 2009
wudan

Dear Mia,

To contact the General Manager of CS Mutiara Petroleum, please dial 03-2051 7979. Ask for Chandramohan M Saminathan.

13 07 2009
red

None of the field in PM 301 or 302 is in production… just so everyone knows… the other 2 joint development area is not a sole Malaysian sovereign claim….
Sheih Said: Brother, Please read the Malaysia-Thailand Joint Development Act. Passed by both parliament. Malaysian jurisdiction works on Malaysian side vice versa. Ular and Gajah are operational and in PM301 (PM2 according to Petronas’s paper), but handle by MTJA. How is that? Based on data and map by MTJA and Petronas all the red dots on my map are operational gas field while green dot is operaional oil field. So just as everyone knows right? “

13 07 2009
nawi

Alhamdulillah.. legor ambo bilo abe sheih delete msg ambo hok emotional..

Oghe awam po ambo tok leh join ko naik kapal skali.. gatung di sauh takpo doh.. hkehkhe

13 07 2009
kluangman

Saman le kerajaan ke mahkamah kalau kata dah hak dan bukan emosi mata duitan. Dan kalau kalah di mahkamah – katalah pula mahkamah tak adil.

Kan tu rupa dan perangainya puak PAS.

13 07 2009
sb dehlawi

Saya cadangkan agar tok guru nik aziz adakan solat hajat bersama rakyat kelantan untuk menuntut hak kelantan dan minta semua kelantanese di luar klantan turut adakan juga solat hajat minta Allah SWT kembalikan hak kelantan.

Doa orang yang dizalimi jaraknya hanya sejengkal dengan Allah SWT.

13 07 2009
Anonymous

royak YB kito tu ambik gambar banyok deh.. puak tu belit kito pos gambar gi dio skali ngn peta.. pasar cuci gambar xpo, print jah ngn komputer. nk bui pehe jah bukan nk comei pun..

kalu bulih ajok stopa jeli skali,sumbat benar tengok nokgi stopa tu…

13 07 2009
rawama

Sheikh, kalu betul hasil petroleum tu Kelantan punya…Kelantan tak boleh nikmati hasilnya kerana dok bawah perintah PAS…rakyat Kelantan bodoh sombong masih nak keras keng..tak ikut arus perdana…Terengganu bawah PAS dulu pun tak leh royalti..begitu juga Sabah bawah PBS.

13 07 2009
ADDGA

kepada saing saing hok tgk kenyataan kluangman….ambo nok kato satu jah….’bilo gak oghe umno nii cerdik’……

Sheikh, kalu betul hasil petroleum tu Kelantan punya…Kelantan tak boleh nikmati hasilnya kerana dok bawah perintah PAS…rakyat Kelantan bodoh sombong masih nak keras keng..tak ikut arus perdana…Terengganu bawah PAS dulu pun tak leh royalti..begitu juga Sabah bawah PBS.

ambo jawab…kalu dok bawoh umno koho tokleh raso…pasal pemimpin umno sendiri kato minyak tuu bukae hok kelate….isu minyak nii akan menyebabkan jangkahayat umno makin susut…tq sheikh….pikirlaa cara untuk menyebarkan isu ini ke setiap rakyat kelate dan malaysia….

petronas sendiri yg diberi masa 48jam untuk buat statemen sampai hari nii senyak…carilaa alasan gapo pun…lembu tetap lembu walau tok make rumput….rakyat boleh menilai siapa yang betul…..kes royalti di trg dia boleh bagi pelbagai alasan…

14 07 2009
jauhnyeee

tak sangka keluang man telah mengiyakan apa sebenarnya umno dalam komen beliau terhadap kepimpinan ulama’ di Kelantan. Lain kali belajar dulu dan fikir dgn teliti sblum buat ulasan. Terperangkap umno dan koncu2nya..kesian..dah tak de modal nampaknya

14 07 2009
Amin Ahmad

Ofis MTJA baru siap – depan Goethe Institute di Jalan Tun Razak (lupa nama bangunan).

14 07 2009
kbguy

Sebab tok kejo hagi ni, magi kito pakat gi Manek Urai bagi sokongan padu. Kito pakat2 pakai baju hijau.
Aku nok ikut gi jugok rombongan 3 Ogos ni Sheikh. Naik boat ko naik chopper ????

14 07 2009
budu

sebenarnya ramai pekerja di Petronas tu sokong PAS terutama golongan professional yang bertanggung jawab mencari, menggerudi dan mengeluarkan minyak dan gas dari perut bumi, sikit sangat yang sokong umeno…kalau tak percaya pergi ke surau dalam KLCC…tiap2 hari ceramah ugama ustaz PAS. Depa semua dah meluat dengan gelagat umeno yang bodoh sombong. Orang2 umeno sebenarnya memakan hasil dari keringat orang PAS. Umeno hanya pegang kuasa kat atas sebab dia ada kuasa politik tetapi pekerja2 Petronas bukan orang bodoh macam orang umeno, mereka tetap dengan perjuangan PAS.

14 07 2009
budu

Kalau Petronas tu bagi kat orang umeno yang duduk riuh kat PWTC tu buat kerja…habis lingkup Petronas…boleh bangkrap negara. Betapa takutnya umeno dengan PAS bila suatu ketika lambang Petronas kat stesen minyak menyerupai bulan…serta merta suruh Hassan Merican tukar ke warna hijau di tengah..dengan menepek warna hijau….itu je lah kepandaian umeno…berkukuk kat PWTC…tembak sana..tembak sini..kenapa tak pergi ganti pekerja2 Petronas yang ramai penyokong PAS dengan orang umeno…kenapa tak tukar mereka macam guru2 yang lawan kerajaan…habis kantoi…sapa nak buat kerja cari minyak…???

14 07 2009
OrangTanahMelayu

kluangman ,aku syorkan ko balik semula ke hospital sakit jiwa dgn tiung man.ko ni blm sembuh btol lagi ni.ke blm makan ubt? wakakaka

14 07 2009
al-chicks

kalu dah tau ramai org pas kije kt petronas, nk boikot bakpe lg..? takkan nk bg duit kt company yg tulang belakangnye org2 yahudi..

14 07 2009
al-chicks

pak shiekh, kalau refer to MTJA act 1990 pon, takde specific claus yg kate 5% or 2.5% of royalty will be given to state government, die just state “respective government” which are thailand and malaysia. tp kat mane yg die specify utk beri kepada kerajaan negeri? kalau refer to other malaysian PSC, mmg ade specific claus yg kate contractor kena beri 10% royalty kepada petronas utk diagihkan kepada federal and state government berpandukan kepada Akta petroleum 1976 dan disebut lg dalam akta petroleum 1976. so, mcm mane ek?
Sheih Said: Akta Kemajuan Petroliam 1974 bukan 1976. Benar 5% kepada setiap Kerajaan yang ditafsirkan sebagai Thailand dan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan – artikel 1 menafsirkan Malaysia sebagai mana-mana satu dari 13 negeri yang membentuk persekutuan. Akta MTJA juga memberi hak untuk membuat pembayaran kepada Menteri. Akta 440 juga jelas menyatakan bahawa undang2, perjanjian, keistimewaan dan hak terpelihara di kawasan tersebut. Bahagian malaysia memperdaulatkan perundangan Malaysia. bererti ia tidak membatakan perjanjian 1975.

14 07 2009
al-chicks

satu lg..dalam akta 440 “MTJA Act 1990″ article 13 dalam bahagian Am disebut juga “Jika mana2 peruntukan akta ini adalah bercanggahan atau tak konsisten dengan mana2 peruntukan dalam mana2 undang2 lain, peruntukan akta ini hendaklah mengatasi peruntukan undang2 lain itu”. so soklan adalah mana lebih priority, akta ini ataupun federal constituition?
Sheih Said : Perkara 13 Akta 440 “Nothing in this Act shall be construed as creating any responsibility whatsoever for the Government of Malaysia or the Government of the Kingdom of Thailand in respect of any liability of the Joint Authority.” – Saya rasa anda telah salah merujuk akta. Dan tiada undang-undang atau peraturan yang boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kalau ia bercanggah maka akan terbatallah undang-undang itu.

14 07 2009
ktteokt

Even though laws passed after Merdeka should conform with the Constitution, let us not forget that THEY can always amend the CONSTITUTION itself to suit the passing of such laws! MALAYSIA BOLEH buat apa saja yang BN suka!
Sheih Said: Ya benar, tetapi perlembagaan persekutuan menjamin bahawa Parlimen hanya boleh meluluskan undang-undang mengubah sempadan negeri setelah memdapat kelulusan dewan Undangan Negeri dan Persidangan Raja-Raja.

14 07 2009
al-chicks

its ok kalau kerajaan kelantan benar2 mempunyai hujjah yg kukuh utk mendapatkan hak royalti bg rakyat kelantan. TQ for your explaination. just to ensure yg kita terlalu ber”politiking” dalam isu berkaitan hal2 hasil minyak dan gas..

14 07 2009
al-chicks

Sheih Said : Perkara 13 Akta 440 “Nothing in this Act shall be construed as creating any responsibility whatsoever for the Government of Malaysia or the Government of the Kingdom of Thailand in respect of any liability of the Joint Authority.” – Saya rasa anda telah salah merujuk akta. Dan tiada undang-undang atau peraturan yang boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kalau ia bercanggah maka akan terbatallah undang-undang itu.

bukan perkara 13, tp article 13 perkara ke 25. tlg refer and comment yek..
Sheih Said : bahagian 13 Perkara ke 25 25. Where any provision of this Act is in conflict or is inconsistent with any provision of any other law, the provision of this Act shall prevail. Akta ini hendaklah digunapakai sekiranya ada konflik dengan mana-mana bahagian didalam akta lain. Memang benar tetapi apakah konflik yang wujud bila akta 440 menjamin hak, keistimewaan dan perundangan Malaysia digunapakai di kawasan JDA. Akta 144, berhubung surat cara antara Petronas dan Kerajaan Negeri tidak ada sebarang konflik kerana akta 440 menjamin kedaulatan perundangan Malaysia di JDA. Akta 440 juga memberi kuasa kepada Menteri berhubung soal-soal pembayaran. Jadi Menteri hendaklah menggunakan kuasanya melunaskan perjanjian surat cara akta 144 kerana ianya digunapakai.

14 07 2009
al-chicks

emm, i still nk argue. bukan i nk nafikan hak rakyat kelantan, tp nk make sure kerajaan kelantan punya hujjah yg kuat n kukuh sekiranya dipanggil berhujjah di parlimen nnti. lgpun i rase perkara yg i sebut ni pon adalah perkara2 yg akan dibangkit oleh pihak kerajaan malaysia..

Pertama: “Perlembagaan Persekutuan – artikel 1 menafsirkan Malaysia sebagai mana-mana satu dari 13 negeri yang membentuk persekutuan.”. betul, tp dalam akta 440 MTJA 1990 tak disebut secara jelas sekadar menyebut “government” tanpa specify ianya adalah “Federal” or “State” government. for me, kite still bley argue berkaitan penafsiran istilah “government” yg diguna pakai. It can be federal, and it can be state gov. sbb dua2 istilah tu termasuk dlm artikel 1 perlembagaan malaysia pada 2(1) dan 2(2)

kedua: Article 13 perkara ke 25 Akta 440 menyatakan “Jika mana2 peruntukan akta ini adalah bercanggahan atau tak konsisten dengan mana2 peruntukan dalam mana2 undang2 lain, peruntukan akta ini hendaklah mengatasi peruntukan undang2 lain itu”. tp setahu saya MTJA tertakluk kepada 2 negara (straddle area) dan bermaksud ianya tidak bleh tertakluk pada mana2 perlembagaan negara yg terlibat. sbb dikhuatiri bagaimana kalau ade percanggahan antara perlembagaan kedua2 buah negara?? this act shud be free from any constituition. btol tak?? boleh tak pak sheih check kt “memorendum persefahaman 1979″ between malaysia and Thai gov on mcmane they resolve on this issue. TQ
Sheih Said: Bro, susah untuk saya jelaskan kalau bro sendiri tak baca atau faham Akta 440. Akta 440 jelas menafsirkan bahawa 5% pergi kepada 2 Kerajaan yang di tafsir sebagai Thailand dan Malaysia. Saya yakin, 5% dalam akta itu adalah untuk kerajaan Persekutuan Malaysia. Tetapi, klausa-klausa lain di dalam akta itu tidak menafikan hak, keistimewaan dan perjanjian-perjanjian yang ada kepada mana-mana pihak di wilayah tersebut sebelum akta digubal. Oleh itu, tuntutan 5% Kelantan walau tidak ada didalam Akta 440 tetapi mengikat Petronas dengan akta 144. Dibawah akta 144 Petronas hendaklah bayar 5% kepada negeri bila hasil onshore dan offshore di eksploitasi. Akta 440 juga tidak menghapuskan perundangan akta 144 ke atas kawasan JDA. Ini jelas. Akta 144 juga tidak menjelaskan jarak keluasan perairan negeri dalam erti kata lain, selagi perairan itu di warta oleh Malaysia sebagai perairannya maka ia adalah wilayah kepada 1 daripada 13 negeri yang membentuk persekutuan. Sebab itu, Terengganu dan Sabah menikmati royalti dari pengeluaran telaga minyak yang berada di hujung Zon EEZ Malaysia dan juga perairan bertindih tuntutan dengan Indonesia.

14 07 2009
sb dehlawi

Setiap enekmen (undang2 negeri) dalam konsep federalisme tidak boleh bercanggah dengan akta atau perlembagaan perlembagaan persekutuan. jadi akta 440 MTJA 1990 akan tertolak dengan sendiri Begitu juga dalam konsep persekutuan Malaysia jelas ada pegagihan kuasa antara state dan federal.

Mengikut al-chick “Perlembagaan Persekutuan – artikel 1 menafsirkan Malaysia sebagai mana-mana satu dari 13 negeri yang membentuk persekutuan.” manakala akta 440 MTJA 1990 tak disebut secara jelas sekadar menyebut “government” tanpa specify ianya adalah “Federal” or “State” government.

Perkara ini bukan menjadi confius sebab yg disebut sebagai ‘goverment’ itu sudah pasti merujuk kepada kerajaan negeri sebab ia terletak dalam lingkungan pantai @lautan kelantan. Kita kan tahu dalam federal ada juga kongsep pengasingan wilayah di mana negeri dlm federal diberi kuasa untuk mentadbir wilayah sendiri. justeru, dalam kes kawasan minyak itu, walaupun ia terletak di kawasan bertindan antara thai-malay, kawasan milik malaysia itu sudah tentu disebabkan pemilikan kawasan perairan kelantan kerana kelantn paling hampir dengan kawasan itu. Kerajaan Federal boleh menuntut hak pertindihan itu daripada thai kerana adanya peraran kelantan yg termasuk dalam gugusan federalisme.

14 07 2009
kluangman

Puak PAS Kelantan tidor sekarang mimpikan minyak siang dan malam, makin maleh le tu buat keje – dok tolak buah dam je..

Satu lagi nak bagitau – kalau asyik berceramah, minyak takkan keluar dari bawah pentas atau dari bawah rostrum, kena pi ke laut, gali..

14 07 2009
orang malaysia

SHEIH TAK ABIS ABIS AJAR ORANG MINTA SEDEKAH
PEMALAS TAK TAU MALU

14 07 2009
snapangman

mamalia jenis kluangman nie la yg buat aku menyampah kat umno dan tak undi umno selama aku idup

14 07 2009
aurapelangi

kluangman , responlah secara ilmiah sikit..main emosi tak selesai masalah.provokasi lak tak tentu arah. buang masa je.isu royalti ni bukan melibatkan material semata2 tp lebih kepada hak dan kesahihan dri sdut undang2.lu fikirlah….

14 07 2009
muthu samy vellu

WHY DOESN’T KELANTAN TAKE THIS CASE TO THE ICJ- International Court of Justice, shame them into submission.

14 07 2009
pokjoh

Assalamualaikum..

Good Job Pak Sheikh.

14 07 2009
tongkat pak ali

Assalammualaikum Sheih,

Nampaknya wabak H1N1 ni sebagai petanda bahawa ironi 1Malaysia diterima rakyat dan PAS sudah semakin tersekat. Saya tak jangka percutian panjang saya dan keluarga hanya mendengar berita tak menarik sesudah kembali……..Tapi apa nak buat sebab…..UG dulu…..PAS mula berkarat…..tapi jangan risau sebab Kelab Penyokong PAS (KPP) di luar sana masih kekal setia……. selagi mana Presiden dan Timbalan Presiden tidak lupa……Tetapi jika mereka mudah lupa pastinya KPP berpaling tadah……betul-betul-betul…kan Upin dan Ipin???

14 07 2009
free

sheikh,

ular belum produce, gajah dah produce

14 07 2009
tongkat pak ali

Oh ya, semasa saya mula-mula berkhidmat dulu saya dan Bos saya pergi melawat satu stesen MNLG untuk taklimat……..Kalau tak silap saya, setiap kapal tangki yang membawa LPG/NG membelanjakan sehingga RM3,000,000.00 (tiga juta Ringgit)termasuk gaji dan kos perjalanan bagi satu perlayaran penghantaran ke Jepun, Amerika dan sebagainya…….dan jumlah harga LPG/NG dalam kapal tersebut boleh mencapai melebihi Tiga Bilion Ringgit terutamanya LPG/NG……(Maaf tak dapat ingat sebab dah tua)……Oleh itu bayangkan berapa hasil yang telah diperolehi oleh Petronas setiap kali perlayaran kapal dibuat???……Patutlah Bos saya akhirnya berhenti kerja dan masuk Petronas sebelum bersara……dan orang-orang seperti saya dan seangkatannya cuma dapat terliur aje……ish-ish-ish……pilunya hati.

15 07 2009
Pulut tape

Ayo…yo….Keluang man ni manusia ka atau keluang ?
Setahu aku keluang tidur dengan kepala kebawah,kaki ke atas,,,,,sebabtu lah otak kluangman ni terletak kat ibu kaki…….iss…is….tak bolehguna pakai langsung !

15 07 2009
asri

“Dan tiada undang-undang atau peraturan yang boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kalau ia bercanggah maka akan terbatallah undang-undang itu.”

Bila ada keuntungan, boleh pula pakai Perlembagaan Persekutuan ya? kalau tak, semuanya sekular, non-Islamic dan tk boleh terima…..

15 07 2009
ADGGA

asri ..Bila ada keuntungan, boleh pula pakai Perlembagaan Persekutuan ya? kalau tak, semuanya sekular, non-Islamic dan tk boleh terima…..

kalau undang2 tuu optional kito memae tok nak pakai yang sekarang…..Hak tetap hak…kita bukan tuntut orang punya….

16 07 2009
al-chicks

ok2. paham2. TQ bro sheih. sori la. gua bukan budak law. amik masa sket nk paham seme klaus2 dlm perjanjian tu. uhuhu~

17 07 2009
kociriemann

Poor Petronas. I believe they’ve been tremendously being pressured and tried to be made a scape goat in this Kelantan oil royalty issue…off course by “perompak hasil mahsul negara-a.k.a UMNO”. There have been a concerted effort to oust Tan Sri Hassan Merican by the UMNO goons. Pls make sure you know who’s the main culprit in this debacle.

Have the Kelantan State Gov leaders go and meet Tan Sri Hassan personally to clear the air?

24 07 2009
luncai

si kluangman ni……nama dah kluang……siang dia tidur malam baru merayau-rayau cari makanan seperti bangkai……sebab tulah dia tak suka benda yang halal. yang haram pilihan dia.

Leave a comment