Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan

11 07 2009

Malaysian water

 

Whatever is due to the state according to the Vesting Agreement must be paid to the state!” – Tengku Razaleigh Hamzah, July 10, 2009

Oleh: Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,

  • Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  • Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).

Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore”  di gunapakai dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.

  • Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
  • Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
  • Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.

Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA

Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas

JDA Location MAP

Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan

JDA Gajah Ular

Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung.  Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.

Lampiran

Akta Perlombongan - header

Akta Perlombongan - Define tanahContinental Shelf Act - headerContinental Shelf Act - Seabed

ORDINAN DHARURAT 1969

Emergency ordinan - headerEmergency Ordinan- Teritorial waterEEZ Act - headerEEZ Act - DistancePetroleum Development Act - HeaderPetroleum Development Act - Cash PaymentPetroleum development Act - Cancelling 1966MTJA Act - Header

MTA Act - Define

MTJA Act - LocationAdmiralty ChartMTJA - RoyaltyMTJA - respecting original RightsMTJA - Power of MinisterMTJA - PaymentMTJA - Malaysia AreaMTJA - JDA Not Special territory


Actions

Information

50 responses

11 07 2009
sb dehlawi

Dedahkan lagi kejelekan umno, petronas sheih, kita kita tahu sesungguhnya kelate memang ada minyak dan gas tetapi dilahap secara haram oleh umno dan bn

11 07 2009
ibrahim

inilah kelebihan blogger, contohnya hari ini sheih bercakap tentang undang-undang dan perlembagaan, tentang sejarah negeri-negeri Melayu dan siap dengan bahan untuk rujukan.

orang politik pun cuba tunjuk tahu dalam serba-serbi, tapi kebanyakan mereka bercakap seolah-olah dunia ini mereka yang punya, sayangnyamereka bercakap tanpa fakta dan bahan rujukan. Kecuali dua tiga kerat ahli politik yang rajin mentelaah bahan rujukan dan bukannya setakat mendengar ceramah poltik yang berbuih-buih tanpa isi,

Tapi blogger apa yang dapat? ahli politik yang mampu bercakap angkuh walaupun tanpa maklumat lah golongan yang mendapat habuan, dilantik ke jawatan itu dan ini. Dilantik kepada jawatan yang mereka tidak sedikitpun layak, kemudiannya mereka bertindak tanpa sebarang rasa amanah dalam menjalankan tugas di atas jawatan yang mereka dilantik.

sepatutnmya perjuangan parti yang principle centered hendaklah berbeza daripada parti-parti oppurtunis, jika tidak apalah sangat bezanya antara parti yang menipu tentang hasil minyak dari perairan Kelantan dengan parti yang mengharapkan kerajaan mereka akan mendapat royalti minyak, kecuali hasil itu akan digunakan dalam menyediakan jawatan-jawatan kepada ahli politik yang tidak berkelayakan dan sombong itu.

di atas usaha orang-orang kerdil umpama bloggers, orang politik akan mendakwa kejayaan perjuangan mereka dan akan tidak meberi sekelumit penghargaan kepada golongan lain yang mendahului mereka dalam menuntut hak-hak rakyat. Merekalah wakil rakyat dan bekas wakil rakyat dan merekalah golongan rakyat akan sedang berpesta dan akan berpesta dengan hak-hak rakyat dan negeri. panjanglah soal jawab mereka nanti di depan Tuhan!

11 07 2009
MatYa

Syabas sheih, Suatu hasil selidik yang sangat baik untuk tatapan umum yang tidak tau hal sebenar.
Harap Kerajaan Persekutuan berlembut/berhikmah mengembali hak kepada rakyat Kelantan.
Semoga sheih dan keluarga mendapat rahmat berkekalan dari ALLAH dari usaha murni ini. Teruskan supaya yang benar akan tetap benar selamanya.
Thanks.

11 07 2009
MatYa

Sdra Sheih,

Kalau Petronas terus berdegil, kita boikot saja Petronas dan segala produknya.

Apa macam. Sanggupkah ?

Saya dah lama tak beli sebab harga mencekik.

T/Kasih.

11 07 2009
tuan telipot

Brovo Brother;

U the kind in needs

~pemborong payong nasi lemak

11 07 2009
el

orang kelantan patut boikot petronas!!!!

11 07 2009
kbguy

:O :O :O :O :O
:o ;o ;o ;o
;o ;o ;o
;o ;o

;o

11 07 2009
wudan

Perkembangan Di Blok PM 301 dan PM302;

PETRONAS-SHELL MALAYSIA JOINT VENTURE MAKES FIFTH SUCCESSIVE DISCOVERY

CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd, a 50:50 joint venture company between PETRONAS Carigali Sdn Bhd and Shell Exploration and Production Malaysia B.V., has made another gas discovery in Block PM301, off the northeast coast of Peninsular Malaysia.

The Bunga Kesumba-1 well, located in a water depth of 55 metres, was spudded on 28 May 2005. It was drilled to a total depth of 1,430 metres and encountered multiple gas zones. Further technical evaluation is required to determine the volumes present.

Bunga Kesumba-1 is CS Mutiara Petroleum’s fifth discovery in Block PM301, following the consecutive exploration successes of Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik and Bumi South. The well is located about 15 kilometres southeast of the Bumi South gas discovery in February 2005.

With this latest discovery, CS Mutiara Petroleum has achieved a 100 per cent success rate in its exploration campaign in Block PM301. The company is currently embarking on technical studies to assess the development options for these gas discoveries.

CS Mutiara Petroleum was formed in July 2001 and operates Blocks PM301 and PM302, both located off the northeast coast of Peninsular Malaysia.

Issued by
CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd

6 July 2005

(Nota: Pembaca yang ingin membaca atau mengkaji isu ini, sila ‘Google’ CS Mutiara.)

11 07 2009
Ore Kelate

kawe ingat masa tahun 2006 baru ditemui telaga minyak n gas. rupa-rupanya Petronas dengan Kerajaan Celaka Umno BN telah melahap semua hasil2 dari Bumi lautan Kelantan. busuk sungguh hati perut orang UMNO. Memang makan rezeki haram sungguh puak2 yang bersekongkol.

semoga hancur segala perancange jahat puak2 ni n musnah semua golongan yang yang terlibat merampas hasil Mahsul yang patut dinikmati oleh rakyat Kelate.

11 07 2009
offshoreman

sedih seror.. kampeni ambo pun ada bersubahat merompok hak rakyat negeri kelate…
Sheih Said: Usah begitu Bro. Kompeni demo tak bersalah, mereka yang duduk di dalam ahli lembaga pengarah yang menerima arahan terus dari Perdana Menteri Malaysia yang bersalah. Tetapi masih belum terlewat untuk kita berusaha perbetulkannya. Kita mulakan langkah ini secara aman dan berdiplomasi.

11 07 2009
husin abdaziz

syabas sheih,

satu usaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan yang batil. semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi sdr sekeluarga.

ini bukan masalah umno-opas, tetapi umno -rakyat kelantan. jadi apa masalahnya menepati perjanjian? sampai bila umno mahu bersifat munafik? ayuh rakyat kelantan, bangkit menentang kezaliman. dengan mempastikan tiada kerusi bagi umno selepas pru13! bersatu kita teguh, kepada Allah kita berserah. rakyat kelantan yang tergila2kan umno tunggu apa lagi? tak sedarkah kemunafikan umno? tanyalah ulama umno, apa hukumnya mengkhianati perjanjian. ada lagi ke ulama kelantan dalam umno. yang terhegeh2 nak rapat ngan umno aku tahulah ada… dalam begini perbuatan umno masih ada yang mahu berpeluk2 dengannya. malulah sikit…

11 07 2009
husin abdaziz

siapa yang berkeras menafikan kelantan hasil mahsul petronas sebagaimana perjanjian, bukankah dia mahathir? dia kata pemimpin2 umno kelantan sendiri yang tidak mahu pembayaran dibuat/ bodohnya mahathir, siapa kata dia statesman? sebagai perdana menteri dia boleh dengan stopa mamat lagi? camtu ke statesman? ko cakap apa pun mahathir, aku tak percaya kat hang! hang memang jahat. negara porak peranda bermula dengan berperdanamenterikan hang. 22 tahun hang sapu duit rakyat – petronas, kwsp, tabung haji, lembaga tabung angkatan tentera, mana ada duit situ jadi tumpuan kamu. kau tak puas hati ngan rumah khir toyo, rumah ko hanya 1 juta, kecik. harta lain yang ko ada ko tak nak declare ke? luar negara standard ko, takut rakyat tahu. ko lupa ni zaman it…. jika rakyat tak tahu, Allah Maha Mengetahui. la ni hang penasihat petronas, fulamak!

11 07 2009
lalang PepUyu

ayuh rakyat kelantan
kita penuhi KLCC meminta duit royalti
perhimpunan 1juta rakyat kelantan!!!!

KITA GEGARKAN MALAYSIA

11 07 2009
john ckako

memeng dasar BN kalau kata mereka YAHUDI mereka marah…tapi perangai mak bapak mengalahkan YAHUDI.

11 07 2009
MUS

SALAM….. AKU RASA JIKA DIBIAR AMNO NI, PERINTAH NEGARA KITA LAGI… HABIS HARTA BENDA, DAN RAKYAT NEGARA INI DIJUALNYA.

11 07 2009
naingberis

sedarla penyokong umnobn klate… bo la keno kecek kor pemimpin mu tu

12 07 2009
master

Kalau betul UMNO nak tolong Melayu, nah, bagi royalti minyak kepada rakyat Kelantan ..

Rakyat Kelantan semua majoriti Melayu ..

Jangan putar belit.

Siang malam membebel bersatu, kalau nak bersatu buktikan dulu ..

12 07 2009
Rencana Rakyat » Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan

[...] Sumber – Kickdefella [...]

12 07 2009
aeprint

Minta semua pemimpin melayu sentiasa berfikiran positif demi bangsa melayu. Jangan kerana kepentingan politik bangsa menjadi mangsa. Tidak rugi jika pembangunan Kelantan. Kelantan negeri Melayu untuk Kemajuan majoriti Melayu.
Membangun Bersama Islam… Insyaallah.

12 07 2009
ADDGA

sheikh…ghoyak ko state govt buat kempen sedarkan rakyat kelate …cetak flyer bebanyok…naikkan billboard…buat ceramah….satu usaha yang cukup baiiiik…bravooo sheikh……

kalau petronas dan umno masih berkeras…kita buat kempen boikot petronas di kelate(walau menjejaskan sedikit pengusaha minyak yg mungkin kalangan KITA) tapi ianya bersifat sementara sahaja….kita kena tunjukkan KESUNGGUHAN kita….

dan mungkin ini usaha ini menyedarkan umno totok di kelantan …BIARLAA kita yang mulakan(PAS) moga ianya menjadi sejarah buat cucu kita kemudian hari…

Untuk penyokong UMNO jangan jadi bodo…hasil nii kalau dapat untuk pembangunan rakyat kelate SEMUA….

Untuk Antipas kalu mu nii oghe kelate…memae bodo tahap kuro katup mu nii…dan kalu mu bukae oghe kelate memae jenis umno ..berdengki takut kelate jadi maju….hok kerajaan boleh samah seriyal loni pun lagi baik pengurusan dia dari negeri hok boleh 2 ..3.ribu……

darkan r

12 07 2009
nawi

sedih.. adakah bila nyawa dihalkum, hanya apabila malikil maut menjelma diri baru mahu mengaku tauhid kepada Allah SWT..??

sampai bila??

12 07 2009
salam

syabas. ini bahan bacaan ilmiah dan bermutu. terima kasih kerana berusaha keras dapatkan bahan sebegini

12 07 2009
storm62

Jelas nampaknya jentera UMNO tu makan minyak. enjin dah rosak.

jom Rakyat Malaysia, masa untuknya kami tukar enjin yg lebih bersih.

12 07 2009
trekks

very well written piece of legal framework for oil royalty
when a federal govt discriminates a state from all other states of the same soverign nation and deprives it of such oil royalty, a court challenge is impending and surely a federal govt will bear the brunt of the defaults in enforcement of the laws of the land

p/s Manek Urai campaign promises, DPM of Malaysia promises development, bridge etc…the voters must demand for these promises to be fulfilled even if BN lost in the outcome of by-election, that is what the PR should push and implant to the voters

12 07 2009
fidel castro

salam buat abang sheikh.
apa kata kakitangan petronas sendiri mogok demi keadilan untuk kelantan dan malaysia am nya.
parlimen pun boleh dibubarkan jika kakitangan petronas bersatu. semuga allah merestui negeri Kelantan serambi mekah.

13 07 2009
Warga Emas

Beranikah kakitangan Petronas tu mogok? Gaji dan bonus mereka besar woh!
Mereka hanya pekerja yang harus patuh pada majikan. Jangan letak kan tanggong jawab tersebut atas bahu mereka. Seluruh rakyat Kelantan patut buat bantahan secara aman. Biar seluruh dunia nampak jenes apa pemerentahan BN yang ada sekarang ni.

13 07 2009
Pulutape

Well done sheikh,
Its a real exposure of the real oil and gas culprits.

Selama ni mereka dah muntahkedarah hasil bumi Kelantan.Rakyat tidak diberikan hak mereka satua sen pun. Kalau pun ada diputarbelitkan sebagai wang “Kerajaan Pusat”,Wang Barisan Nasional” dan “Wang Ehsan” dan sebagainya.

Ini adalah penipuan dan pembohongan on a “Grand Scale” namanya.

Siapa diantara mereka ini (Kalau tidak semuanya) sanggup memikul DOSA keatas Kerajaan Kelantan,lebih-lebih lagi rakyat Kelantan:Wang dan hasil minyak dipergunakan sewenang-wenangnya sedangkan itu adalah JELAS juga menjadi hak Kerajaan dan Rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan (tanpa mengira fahaman politik,budaya dan agama)
tidak akan MENGHALALKAN setiap sen wang mereka yang disalurkan keluar.

1. Perdana Menteri (Dulu dan kini)
2. Timbalan Perdana Menteri(dulu dan kini)
3. Menteri-menteri Kabinet.
4. Menteri Perusahaan Utama/Petronas
5. Tokoh-tokoh dan pemimpin Umno Kelantan
6. JKKK
7. Penyokong dan para pengundi UBN
8. Bakal penyokong dan pengundi UBN di Manik Urai
9. Media Perdana yang selalunya ,”dahulu kini dan selamanya ”
menyembunyikan fakta.
10.Pengarah dan pegawai atasan Petronas yang bersubahat.

Jawab,jangan tak jawab !

Rakyat Kelantan harus tampil mengadakan sembahyang hajat dan bermunajat sekali ,lagi. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang !

13 07 2009
Amir Hamzah Amha

Excellent piece Sheih! keep it up!

13 07 2009
Remali Yusoff

Saya sokong benar tu. Memang mereka nie jahat. Orang luar selalu pendang HINA pada orang Kelantan. Di sebabkan oleh pemimpin dari PUSAT. Kalau macam nie lebih baik kita MERDEKA macam Singapura (sekarang dah mencapai negara maju). Kelantan pun boleh maju kalau kita kelaur dari Malaysia.

Saya pun boleh memerintah Kelantan dengan pengalaman luas dalam Ekonomi Pembangunan. Katanya bendera Malaysia melambangkan ‘equal right to every state’ tapi lain yang jadi.

Wassalam

Remali Yusoff, Ph.D

13 07 2009
samudera_suboh

Puak depa ni memang gitu, mencuri di siang dan malam hari duit rakyat punye ..
Ingat dulu tak , RM42 billion , bendahari kerajaaan che det , lesap gitu aje , masuk pocket sape agaknye…
Beginilah ketuanan melayu punya gomen , kepimpinan melaloi tuladan…. pakat jawab di Mahsyar nanti…..

13 07 2009
member pencen LK

Orang UMNO adalah golongan lintah dan a along, setiap projek mesti masuk kocek mereka kalau tak masuk tidak ada projek, dulu,kin tapi tak selama nya.

13 07 2009
Abd. Rahman

salam semua, nampaknya isu ini sgt hebat diperdebatkan di kalangan rakan2 semua.
saya akui memang banyak unsur-unsur politik yang terlibat di dalam perkara di atas. Namun, hendaklah saudara dan saudari sekalian tahu yang PETRONAS sebenarnya adalah dibawah hak milik kerajaan Malaysia. Mungkin sesetengah anak-anak syarikat atau bahagian sahaja yang disahkan sebagai persendirian berhad. Namun, kerajaan Malaysia turut mempunyai syer tersendiri dalam PETRONAS.
Namun, apa yang saya ingin perkatakan bukanlah berkaitan hak ataupun politik, namun saya ingin memperbetulkan pemikiran sesetengah rakyat kita ataupun saudara dan saudari yang memberi komen tentang memboikot PETRONAS. Saya tidak menghalang atau memandang hina kepada sesiapa yang ingin memboikot, tetapi saya ingin melemparkan satu dua soalan. Sekiranya tuan/puan memboikot PETRONAS, dimanakah anda ingin mengisi minyak kenderaan anda?? Adakah SHELL dan ESSO pula menjadi pilihan?? Sekiranya begitu, tidak kah anda berfikir dengan melaburkan duit pendapatan anda terhadap SHELL dan ESSO akan hanya menambahkan lagi kekayaan Amerika Syarikat yang langsung tiada kene mengena dengan anda. Tidakkah anda tahu yang sekiranya anda membeli barangan PETRONAS adalah untuk kebaikan anda juga, bayangkan PETRONAS turut membayar cukai kepada kerajaan dimana sesetengah daripada wang tersebut adalah untuk kegunaan pembangunan negara kita. Umpama ungkapan mat saleh, “A little bit of something is better than nothing.” Jadi, dengan memboikot PETRONAS dan melabur duit kepada syarikat minyak yang lain hanya akan menyebabkan kerugian kepada negara dan lantas akhirnya kepada diri anda sendiri. Mungkin juga anda semua tidak terfikir yang PETRONAS turut memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda zaman sekarang ini, dengan memboikot, anda telah mentipiskan peluang pekerjaan anak-anak anda yang sepatutnya mampu mengubah taraf kehidupan anda kepada yang lebih baik. Mahukah anda melihat anak anda belajar ke menara gading dan tidak mempunyai pekerjaan selepas selesai belajar? Dengan ketiadaan PETRONAS, mampukah Malaysia menonjolkan diri di mata dunia? Mampukah Malaysia Airline Services untuk terus berkhidmat sebagai sistem pengangkutan udara Malaysia?? Cuba anda renungkan, sememangnya perkara sebegini tidak adil untuk sesetengah pihak, namun, jika kita meluputkan PETRONAS, kesemua pihak akan rugi besar dan tidak mendapat apa-apa.

Lagipun, daripada saudara saudari sekalian asyik menceritakan hal-hal tentang keburukan orang lain, dan menyalahkan sikap orang lain sebab anda hidup kurang senang, bukankah lebih baik jika kita memikirkan bagai mana ingin meningkatkan prestasi diri dan menjadi salah seorang yang dapat membantu rakan-rakan mahupun rakyat. Lebih baik kita berusaha untuk kebaikan diri sendiri daripada mengutuk dan mengharapkan kebaikan dari orang lain.

Sekian, renung-renungkan lah.

13 07 2009
kuder

M3nergy Wins Extension Contract for FSO Puteri Cakerawala
M3nergy
|
Friday, December 07, 2007
Printer Friendly Version

* Printer Friendly Version

* Email this Page

* Save to Favorites

* Create PDF

* Share on Social Bookmarking Sites
* DiggDigg It
* StubleuponStumble it!
* NewsvineNewsvine
* DiggDel.icio.us
* TechnoratiTechnorati
* RedditReddit
* FacebookFacebook

M3nergy’s subsidiary, Trenergy FPSO Sdn Bhd has been awarded a contract by Carigali Hess for the provision of operation and maintenance services for their FSO “Puteri Cakerawala” for a firm period of three years with an option to extend up to a period of two years with effect from January 1, 2008.

Trenergy has been operating and maintaining FSO “Puteri Cakerawala” for the past three years and the existing contract expires on December 31, 2007.

The Cakerawala Gas Field Development Project in the Malaysia – Thailand JDA in Block A-18.

13 07 2009
kuder

Site visit at Cakerawala Platform..
December 20th, 2008 by eddyra on Oil & gas

Pada 15th December 2008 buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Cakerawala Platform, hak milik Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd (CHOC) join venture Malaysia and Thailand.

Cakerawala Platform ni terletak di Block A-18 of , lebih kurang 150 km NE of Kota Bahru and lebih kurang 100 km south of the Bongkot Field. Dulunya di kenali sebagai CTOC.

So sampai je aku kat Pengkalan Chepa Airport pagi tu, lebih kurang jam 7.00 am check in kat Carigali Hess punya counter. Dah dapat boarding pass kami blah. Pekena kopi jantan dengan nasi lemak kat cafe kat air port tu, mak aii mahal demo jual air ko kawe ..

Jam berapo lupo tapi kurang lebih 8.45am kami pun memasuki departure hall, then di hujung sana ada van menanti kami. Kami di bawa ke briefing room, biasa lah dengar safety briefing dulu. Nak gi mana-mana platform pun memang dimestikan tengok video briefing. Lebih kurang sama jer video clip tu.

Satu bendera Malaysia, satu lagi bendera Thailand..

OK kami menaiki MHS helicopter STE, chopper kecik, laju sikit. Perjalanan mengambil masa setengah jam jer.. OK la tu kalau nak compare dengan exxonmobil atau petronas punya platform.. satu jam, dua jam tu selamba lah.. banyak sangat tempat dia transit.

Sampai je kat Cakerawala Platform, macam biasa lah.. register nama, declare ubat kalau kita ada bawak ubat… err biasalah puak-puak ni suka sangat bawak ubat kuat hahaha.

Lepas safety briefing, minum dan makan.. rilex lah bukan datang nak gi buat kerja pun kan, datang untuk site visit sambil makan angin..

Pukul 10.30am kami kemudiannya di bawa ke luar living quarters untuk visit and survey area untuk next project. Mmm.. not bad lah platform cantik, maklum lah siap tahun 2004.. kebanyakan equipmentnya, piping, structure etc masih kelihatan baik dan cantik lagi.. kalau gi kat exxonmobil dan petronas punya platform mak aiiii macam nak runtuh dah.. 20-30 tahun punya usia tu.. tapi tua-tua pun itulah yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ni.. cewah patriotik pulak aku.

Cakerawala Platform

Ok babeh, site visit done. Malas la nak cerita apa yang aku dah visited, itu rahsia sebab masih dalam tendering stage lagi. Photo tak banyak yang aku snap sebab aku malas nak buat permit.. ingat mudah ke nak amik gambar.. takde permit jangan harap, kalau paparazi ada harapan balik awal ke daratan lah.

So apa yang menarik di sini, regular crew CHOC ni terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand.. kalau tengok name list kelihatan nama Melayu, India dan Chineese dan nama rakyat Thailand. TV di galley ada 2 units, aku rasa untuk berlaku adil lah time tengah makan tu boleh pilih nak tengok berita Thailand atau berita Malaysia. So hiduplah mereka tu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Platform Supervisor setiap 2 minggu sekali akan bertukar kerajaan, minggu ni Platform Supervisor from Malaysia next week Platform Supervisor from Thailand.

Nak call rumah pun mudah boleh pakai I-Talk card, sama macam Exxonmobil punya platform. Facilities pun banyak tapi aku tak round semua area lah.. alah sama jer dengan paltform lain.

Sedikit info tentang Cakerawala Platform ni.. Platform ni terdiri dari Cakerawala Processing Platform (CKP), Cakerawala Riser Platform (CKR), Cakerawala wellhead platforms A (CKA), B (CKB) and C (CKC), Bumi wellhead platform (BMA), Surya A wellhead platform (SYA), Bulan A wellhead platform (BLA), Puteri Cakerawala floating storage & offloading facility (FSO).

Pukul 3.30pm, chopper pun sampai dan kami pun blah menuju ke airport semula, so berakhirlah site visit kami pada hari tersebut.

Walau platform mana sekalipun kita berada, setiap platform yang kita sampai itu adalah rumah kita, rumah sementara kita.

13 07 2009
13 07 2009
ADDGA

mano kenyataan petronas niiii….siaan ko pegawai petronas dok cari dalil nok nipu…..

14 07 2009
orang malaysia

SHEIH KENCING KUAT.
NAK TIPU AJE KE
PEMALAS MINTA SEDEKAH

14 07 2009
orang malaysia

LU JUAL TOMYAM SAJA LA.. TAU KENCING KUAT

14 07 2009
sokong kebaikan

sheih, gambar pertama tu agak kurang sempurna. lebih sempurna jika dimasukkan sempadan negeri2 ,supaya mereka tahu yang kelantan tu kat mana. terengganu kat mana. mana dlm kawasan kelantan, mana siam dan mana terengganu.

15 07 2009
asri

Nak tergelak ada, sedih pun ada dgn komen kebanyakan pembaca sdra Sheikh ni.

Jelas majoriti adalah penyokong PAS atau sekurang2 nya bersimpati.

Berapa ramai/kerat yg mampu menulis atau berbicara dengan rasional? Sedikit sahaja. Lebih selesa menyumpah, mengutuk, menghina.

Beginikah kualiti penyokong negara Islam (aspirasi PAS) ?

Belum lagi menang sepenuhnya pun sudah begitu jelek perangai. Bagaimana agaknya kalau menang betul2 nanti? Apakah mampu mereka ini menghulurkan tangan persahabatan atau lebih tepat persaudaraan kepada org UMNO?

I doubt it. From what I’ve seen, PAS fanatics are not much better, in fact sometimes worse, than UMNO fanatics. In truth, I dare say not much better at all than typical Kelantanese gangsters.

Being someone who has Kelantan blood on both sides and even now living just 20 km from the state’s border, I still fail to see how different these people are from your typical uneducated buffoons.

You say you want Islam, and yet you act worse than those not Muslim. You swear at those you hate, when Islam abhors hatred even against non Muslims.

Islam for you guys is limited to going to the mosque, but do not intrude upon how you live your life. When people disagree with you, you curse them and accuse them of sins far worse than being on the opposite side.

Lihatlah kembali kedalam diri sendiri.

16 07 2009
Abd. Rahman

agree Mr. Asri

18 07 2009
mamado

Pelek gapo nyo kalu rakyat & pemimpin pas cidik baik la nga amno. Ke amno ajok baik doh!!!!, nak hok ore kena baik la baru ore buwi. Ni dok ralik nak gojoh sokmo pahtu nak mitok tulun ore. pahtu ralik duk nyalah kokre. Kalu rakyat klate cidik lamo doh rakyat pakat sene. Gilir2 la ke 5 thn skali ngundi….. gitu baru ore panggil cidik…….

19 07 2009
ADGGA

rahman and asri…sapa fanatik sampai petronas habis berjuta kena tukar logo bulat tuuu….sapa lagi fanatik sampai 14 orang kampung di memali dibunuh … bukan angkara yahudi atau siam atau nazi tetapi oleh pemimpin anda yang beragama islam (melayu rasanya ) yang mengaku memperjuangkan islam dan bangsa….

sejahat jahat yahudi dia hanya bunuh orang palestin…sejahat nazi hanya bunuh yahudi…sejahat siam hanya bunuh orang islam patani…sejahat amerika hanya bunuh islam iraq dan taliban..tetapi melayu islam umno ? lu pikirlaa sendiri

20 07 2009
melayu kelate

bravo syeh, jom kita pakat wat demo secara aman,mula2 kat kelate dulu lepas tu baru kita gerak keluar kelate lak, kat area2 menara petronas ker bole gak, kepada yang masih tido dan tak sedar diri bahawa mereka telah ditipu oleh orang umno dan persekutuan bulat-bulat samada secara mati atau dibodohkan, cepat2lah insaf, ayuh bangunlah anak kelate, maju kedepan demi negeri kelate yang tercinta, bergerak maju kedepan seiring tanpa mengira fahaman politik dan bangsa demi kelate dan anak bangsa kita semua.

20 07 2009
alfon

not much know about this article but i really enjoy read this

31 07 2009
NotAFool

Bukan Petronas yang tipu Kelantan tetapi Kerajaan Persekutuan BN. Petronas yang dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin2 UMNO hanya akur sahaja apa-apa arahan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu memboikit Petronas di Kelantan tidak membawa apa-apa faedah.

Apa yang perlu disedari oleh semua rakyat terutama rakyat Kelantan ialah bagaimana jahatnya pemimpin-pemimpin UMNO. Jahat dan busuk hati mereka terutama terhadap pengundi Melayu yang tidak menyokong mereka. Parti komponen BN yang lain tidak sejahat mereka dan mereka ini mengaku sebagai Orang Islam!!

31 07 2009
nawi

mamado membawa satu pemikiran baru yg sangat baru… mai2 sumer.. kalo nak senang, nak duit banyak.. jom pakat2 masuk kristian.. kaya sikit, kita masuk Islam balik.. pastu bila miskin.. masuk kristian balik… hakhkahkaaa… baru betul kan mamado.. kan kan…

baru bahagia dunia akhirat…

31 07 2009
nawi

asri nak jadi/berperangai cam yahudi kat khaibar.. asri.. penah dengar pasal perang khaibar? iaitu perang selepas perang khandaq?

takan tak tau… u kan Islam.. penyokong dan pendokong parti yg memperjuangkan Islam – UMNO la tu… PAS buat aper selama ni..? takde buat aper.. pandai kutuk org jer..

berbalik semula kepada PERANG KHAIBAR… Allah SWT menurunkan ayat2 khas berkenaan peristiwa Rasulullah diperintahkan merosakkan sebahagian estet2 kurma yahudi khaibar.. dan yahudi khaibar menyatakan perbuatan tersebut tidak Islamik lah kununnya… hkahkahkhaaa… so.. ala ko tanyer ustaz2 korang lah.. ko tgk lah aper dia jawab.. & ko bandingkan dengan ustaz yg mengenal sirah nabawiyyah… hkahkahkaha.. selamat mengaji sirah

3 09 2009
Jenggo

Syabas orang Kelantan, banyak pengetahuan pasal Petrolem, Petronas dan Persekutuan. Cakap-cakap meletup-letup, nak demo, nak masuk kristian lah namun tidak akan menggegarkan KLCC. Kat Petronas KLCC tu 20 peratus kakitangan orang Kelantan tentunya meraka kecut bila orang Kelantan lebih-lebih cakap pasal Petronas. Kesan nya … mereka aje yang tahu. Kenapa tak heret Petronas dan Persekutuan dalam mahkamah????. Tegakkan keadilan di sana. Orang Kelantan takada pitte ke nak urus kemahkamah??

Baca engkau orang punya comment penatlah, Petronas pandang sebelah mata aje atau tak pakai mata pun. Bawalah kemakamah dan rakyat Kelantan sedekahlah ramai-ramai bantu ongkosnya.

Aku bagi kau orang sikit klu……. masa pengalian Telaga Orkid dalam kawasan JDA 1996 maka terjumpalah sebuah telaga gas terbesar di SE Asia dan kemudian komform ada minyak. Semua kakitangan diberitahu ‘SHUT UP’ takut Kelantan tahu. Banyak lagi yang Bro gedebe taktahu oii…..

Budak-budak Kelantan akur dan SHUT UP. Taktahan aku lihat semua ini. Walau apa pun engkau orang cakap, minyak naik juga.

4 09 2009
anok Tanah Meroh

Hanyan orang yang celik dunia tapi buta hati saja yang sokong urm…no…
Dekat-dekatkanlah dengan agama. Jangan hanya ambil separuh tinggal separuh. Renungkanlah..

Leave a comment