Untuk gambar banner di sekitar Parlimen Bachok, sila ke sini.
Bila pemimpin bijak berunding, perundingan tidak perlu berlaku menerusi perjumpaan dalam gelap. Bila pemimpin pintar berunding, perundingan tidak perlu berbentuk dua hala. Bila pemimpin hebat berunding, tiada siapa pun menyangka dia sedang berunding.
Tetapi, semua akan terkejut dengan keputusannya. Pantas dan tepat seperti dimahukan.
Muhyiddin hari ini telah membuka laluan seluas-luasnya buat PAS untuk berunding dengan UMNO. Ramai terkejut dan merasakan ianya adalah satu perangkap atau satu petanda betapa desperadonya UMNO. Tetapi semua silap.
Ini adalah petanda betapa jujur dan seriusnya UMNO mahu berunding dengan PAS.
Timbalan Presiden UMNO hari ini berkata,
“We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I’m concerned, we have to be open,”(di sini)
Muhyiddin mengajak pemimpin, ahli dan penyokong PAS lupakan yang lalu, let bygones be bygones katanya. Muhyiddin dengan ikhlas bersetuju untuk UMNO tidak meletakkan sebarang syarat tetapi sebaliknya bersedia menerima sebarang syarat dari PAS supaya rundingan ini berjaya.
Syukur kepada yang Maha Kuasa, akhirnya dianugerahkan kepada UMNO seorang messiah yang akan membuka pintu kebenaran buat UMNO.
Keikhlasan Muhyiddin pasti bersambut, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Memandangkan Muhyiddin bersedia menerima sebarang syarat, saya mencadangkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mengusulkan syarat-syarat berikut sebelum rundingan bermula.
- Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia harus mengambil cuti dan serahkan kedua-dua jawatan tersebut kepada Muhyiddin Yassin sebagai Pemangku sepanjang tempoh perundingan.
- Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera menyiasat kes pembunuhan Altantunya dan mencari segala jawapan yang tidak terjawab didalam perbicaraan di Mahkamah dengan tujuan membersihkan nama Najib Razak buat selamanya. Sesiapa yang didapati bersubahat didalam kes ini harus didakwa segera.
- UMNO dan BN harus mengundurkan jenteranya dari Manek Urai segera dan bukan sahaja tidak bertanding tetapi tidak akan meletakkan calon-calon bebas di situ. PAS wajib diberi kemenangan tanda bertanding.
- Muhyiddin Yassin terus mengetuai perundingan bagi pihak BN sehingga nama Najib dibersihkan.
- Kedua-dua parti, UMNO dan PAS perlu memanggil EGM segera bagi mendapatkan mandat perundingan.
Dengan persetujuan UMNO menerima syarat tersebut, rundingan boleh dimulakan segera.
Berikut adalah saranan intipati rundingan.
- UMNO dan PAS hendaklah dibubarkan.
- Sebuah parti baru ditubuhkan yang menggabungkan ahli kedua-dua parti tersebut. Ini supaya parti yang lebih besar tidak menekan parti yang lebih kecil untuk tujuan politik.
- Parti baru hendaklah mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai pedoman dan intisari perlembagaannya.
- Parti baru hendaklah ditadbir berlandaskan pertadbiran yang Islamik dari segenak aspek.
- Parti baru hendaklah diterajui berdasarkan konsep kepimpinan Ulama iaitu, ianya dikawal oleh sebuah Majlis Perundingan Ulama-ulama tertinggi di dalam parti tersebut. Ini tentu tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO kerana beberapa bulan kebelakangan ini mereka berpegang teguh kepada Ulama memimpin parti.
- Parti baru perlu komitted untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan kebebasan mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu.
- Parti baru hendaklah komitted mempertahankan pengagihan kekayaan negara secara adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa keturunan.
- Barisan pimpinan parti hendaklah di pilih terus menerusi pengundian oleh ahli-ahli dengan menghapuskan kuasa perwakilan bagi memastikan segala elemen yang memakmurkan politik wang dalam UMNO dahulu tidak merebak ke parti baru.
Selamat bersatu umat Melayu dan selamat melangkah sebagai ummah.







sheih,
Ambo setuju sangat2!hok ni baru betul Kerajaan Perpaduan(UG)..tubuh parti baru berlandaskan Al-quran & hadith,hok lamo kita bubar.
saya tahu la awak tu kan…..kuli datuk husam.cuba awak buka cerita tentang menantu soleh tok guru kat pmbk kat sini …biar kita pakat tahu.Untung banyok kroni2 baru lantikan CCO tu……gaji beribu2 lebih dari ore2 lama.Royak gak ko tok guru biar kelih etek gapo kijo menantu dia…..jangan sapa jadi masalh lain pulok
selepas muktamar yg brakhir dengan kekalahan teruk perwakilan2 kelantan,pas dilihat menjerumuskan dirinya kembali ke kancah kekalutan politik yang senantiasa menjadi kerugian yang teruk kepadanya.apakah hj hadi fikirkan tentang kerajaan gabungan dengan bn ? apakah kaum2 pak lebai yang mendominasi pas berhasrat utk menyumbangkan tenaga yang tidak diperlukan kpd bn yg masih ego dgn kekuatannya.
pas tidak mempunyai kepakaran yg menyeluruh dalam memerintah,buktinya pas ditolak di terengganu pd piliharaya 2004,pas tidak mampu memperlahankan kekuatan umno dgn ceramah2nya yg bersemangat.hj hadi kena buktikan dahulu kemampuannya merampas dan mentadbir terengganu sebelum bercita2 utk memerintah malaysia.
di kelantan pas berjaya mengekalkan kekuasaannya bukan kerana ianya sebuah parti yang kuat tp kerana umno tidak mempunyai tokoh yg sesuai utk memimpin jentera parti mengembeling tenaga merampas kembali kerajaan negeri.umno hampir berjaya melakukannya pd 2004.
pas tidak memerlukan sebarang penggabungan dgn bn utk menjadi sebuah parti yg benar2 berkhidmat kpd rakyat.spt mana kata TGNA penggabungan ini adalah sesuatu idea yg karut.hj hadi`,nasa pendek, tidak pernah menyatakan garis panduanbagaimana bentuk penggaungan yg diinginkan.siapakah think-tank yg mengeluarkan cadangan supaya berjayanya penggabungan ini?
apakah yg memberi cadangan ini seorang musuh dlm selimut? spt yg diperkatakan oleh harundin air tawar baru2 ini? pas hanya perlu buktikan bahawa sebarang bentuk penggabungan yg akan diadakan bukan berbentuk bn atau pr,tapi penggabungan mou membina persefahaman dengan bn dlm menguruskan negeri2 yg dikuasai pas supaya tidak dianaktirikan.
kjaan pusat membela nasib rakyat yg masih lg perlu pembelaan tanpa ada pengkhianatan.ppm atau penghulu mukim.ppm mengkhianati anak2 orang pas,penghulu mukim menganaktirikan anak2 orang umno.
kalau penggabungan bentuk ini orang bawahan boleh terima,kalau ada cita2 lain lebih baik hj hadi`balik kampung jaga saran burung layang2 !!
Salam Sheikh,
Tambahan kepada syarat2…. Semua tahan politik ISA dibebaskan terlebih dahulu…… Sekian….
Mmm…Kito badi tengok staro mano…Klu tok guru bagi syarat demo tu trimo..ok,klu dok gak “ko” la jwbnyo..Kui,kui,kui
Syabas Sheih,
Idea yang sangat baik. Kawe rasa semua orang setuju baik PAS atau UMNO.
Kalau begini tak payah mengundi semula di Parlimen Bachok.
Kawe rasa inilah yang di tunggu oleh Ayahanda TokGuru selama ini.
Takbir !!!
ha ha bijak cadangan u bro…
bila timbalan perdana menteri Malaysia, pembesar nombor dua negara bercakap macam penjual obat dikaki lima saya amat kagum.
jadi tak jadi suku kira, tapi dia sudah layak untuk anugerah sekurang-kurangnya Pancar Delima.
mana tau kot Nobel Peace Prize pun dia gondol sama..Malaysia boleh!
“Syukur kepada yang Maha Kuasa, akhirnya dianugerahkan kepada UMNO seorang messiah yang akan membuka pintu kebenaran buat UMNO.”
Syukur betul betul ke perli ni Sheikkkhggh? Messiah tu selalunya untuh Yahudi atau kristian (yang x caya pada Islam, Addin yang akhir)
Messiah :- The awaited king of the Jews; the promised and expected deliverer of the Jewish
Messiah :- Jesus Christ; considered by Christians to be the promised deliverer.
Pusing pusing cammanapun kami faham Shaeiikghh! Ada lagi spesis yang tergamak berdetik dihati menidakkan keimanan satu satu kaum atau kumpulan.
Salam Sheikh,
Nice proposals~!
TGNA dissolve Kelante state government and have state by election….HUssam the next MB….
hang mimpi apa malam tadi.tapi hang jangan lupa sampai tak sembahyang subuh.
bila hang sembahyang subuh,bermakna hang sudah tidak mimpi lagi.bila lhang sudah tdak mimpi,hang akan tau apa yang hang post hanya satu angan angan kerana selagi umno bernama umno.dan PAS bernama PAS.masing masing ada dalam jalur laluan masing masing.tegak.lintang,terus ,tak akan bersambung macam anak sungai.
[...] http://kickdefella.wordpress.com [...]
[...] http://kickdefella.wordpress.com [...]
indah nya malaysia kalu benda yg pak sheikh cadang kan jadi kenyataan…pasti mso jadi gila babi…tak tau lg nak kutuk sapa lepas ni…tak dok la duit jual buku/jual fitnah!
Good points of view……hope it can be true
Saya setuju,
Kita perlu mengangkat Alquran dan Hadis sebagai pedoman dan jalan..
=D
Saya setuju dgn kickdefella dalam hal kick Najib out dan berunding dengan Muhidin sahaja.
Waima keTuanan Ulama sesuatu yang mundurkan Islam.Sebab concept dan definasi Ulama telah di cemari dengan commercialism(jual beli ilmu Tuhan di peringkat University yang Allah larangkan.Concept Ulama mirip Paderi Katolik dan Ayatolah Syiar. Dalam Islam tiada Institusi Paderi/Ulama.Setiap umat boleh jadi Ulama dan boleh menerima ilham direct dari Allah. Hakikat nya di ajar oleh kaum Sufi.
Jika ingin bahas lagi, sila ka..
http://warongpakyeh.blogspot.com
aku rasa cadangan ko bagi tu UMNO tak akan terima.mereka suka sangat kelab malam dan dangdut.bagi mereka, menganut islam yang ada kebenaran berdangdut
Inilah mentaliti yang paling banyak dalam PAS, banyak pula syarat macamlah bagus sangat.
Patutlah Husam cakap pun macam speaker mabuk todi bila penasihatnya penuh dengan buruksangka hasad dengki.
Pimpinan Ulama dan definasi Ulama perlu di halusi.
Sila bahas “Pimpinan Ulama : Tiada Institusi Ulama di dalam Islam.” di..
http://warongpakyeh.blogspot.com
Cheng Ho.. cheng ho.. suh zambry demo la hok bubar dun nyoh.. hkehkeheee.. keno sawae ko guano demo aghi nih.. hekhekhkehkeeee..
Merepek yang disengaja dan berniat jahat. Tidak menepati semangat perpaduan Hj.Hadi dan tidak menggambarkan sifat Islam dalam perjuangan.
Good point,
at least tengok dulu apa yang dicakap, bukan siapa yang bercakap.
[...] June 20, 2009 · Leave a Comment Syabas Muhyiddin, Nik Aziz Pasti Setuju [...]
betul..betul..betul….
abe kick defella saya stuju benar tulise demo. ambo juga terkilan kerana ramai calon drpd kelate ditolak perwakilan. ambo pasti ini adalah perancangan yang rapi dibuat pihak tertentu nok naikke puak penjilat UG
Sheih,
Not a bad idea but I for one do not believe that UMNO will change for the better after 50+ years of looting and having great faith (God) in $$$. Never ever get to work with any of them; you will be transformed! Just press on with PAS and improve for a better Malaysia.
ambo stuju benar nga demo sheikh..ni la baru blh tau, UMNO btul2 ikhlas ko nga UG ataupun sajo nk kukuhkan kembali parti UMNO hok nazak…so lg ambo nk oyak, perwakilan kelate bukan ditolak, ttp PAS ramai lg pemimpin yang berwibawa (except nasa n mustapa ali) …kalu la btul PAS Kelate ditolak oleh muktamar, jangan bimbang pemimpin PAS Kelate, rakyat akan bersamamu, rakyat kelate tidak akan meninggalkanmu…xpayah duk bangga la kalu buleh mene pres, timb pres PAS atau dilantik jd SU PAS nyo kalu rakyat xsokong..andai la suatu malapetaka buruk berlaku dlm PRU-13 (nauzubillah), ambo raso negeri lain sumo akan tumbang dan hanya KELANTAN akan terus diperintah oleh PAS…masa tu br kito buleh lihat sehebat mano pemimpin yg kononnya menjadi PRES, TIMB PRES @ SU AGONG…xpayoh duk blagok la kalu xleh memenangi hati rakyat..PEMIMPIN DATANG DAN JUA PERGI, RAKYAT KELATE TIDAK BERGANJAK TETAP BERSAMA PAS..TAKBIR!!!!!!!!!!
kluangman (10:55:36) :
Inilah mentaliti yang paling banyak dalam PAS, banyak pula syarat macamlah bagus sangat.
Patutlah Husam cakap pun macam speaker mabuk todi bila penasihatnya penuh dengan buruksangka hasad dengki.
===============
semua syarat menepati syarak dan Islam.ada salah ke?
jangan lupa:
Bawa Mahathir, Musa Hitam dan Azmi Khalid ke muka pengadilan terhadap pembunuhan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya bersama-sama 14 orang awam di Memali pada 19 November 1985.
Cadangan yang bagus….
lepah nii bolehlaa najib jadi tok imam siap pakai serban besar mace ulamak ust tantawi….rosmah ketua dewan muslimat….
cadangan2 itu part of idea unity government… yg lainnya – unity government ajak semua parti bergabung, bukan hanya parti2 yg sama agama atau sama kaum saja…
but , I think you start to understand what is meant by ‘unity government’ and what it meant by ‘coalation’ government.
I hope ustaz Nasha will stop making press statement. the more he speaks, the more his statements would be manupulated.
tambah syarat lagi –
a) semua tahanan politik ISA perlu dilepaskan.
b) kembalikan kerajaan negeri perak kpd pakatan
c) kembalikan kebebasan bersuara dan berhimpun
d) kembalikan hak rakyat kelantan dan negeri2 lain
e) semua expenses MP dan ADUN perlu dihebahkan walaupun setiap sen!!!
hello bro; berani ke umno bubarkan parti dan mengikut syarat-syarat PAS, AGAKnya sampai kucing bertanduk pun belum tentu…umno hanya berani bila tiada jalan keluar lagi UNTUKnya menyelamatkan diri, selagi ada cara lain umno akan gunakan cara lain…bila dah nyawa nyawa ikan boleh lah dia setuju..,setuju utk menyelamatkan diri dan bukannya atas nama UG ..kalau benar nak menubuhkan UG KENAPA masa umno kuat mendapat mandat tidak dilaksanakan terus cadangan ini..? (sendiri fikir bro ),kalau niat dalam hati tak betul..beginilah jadinya..belajarlah dari kesilapan..org politik ni mana mahu mengaku silap..dia ajelah yg betul..,.Seorang pemimpin yang bagus bukan sahaja boleh memimpin tapi juga boleh dipimpin (jika melakukan kesilapan)jalanraya tak semestinya lurus bro! kadang kala berbengkang-bengkok.jadi seharusnya pemimpin juga boleh menerima teguran !haribaaaa handeleeee
stu penyiasatn menyeluruh perlu dilakukan ke atas ust nasa…apa tujuan…siapa mastermind…task force 2010…
While we have the Old Testament and New Testament for the Jews and Christian, we also have two versions of the Quran for Muslims in Malaysia, the UMNO version and the PAS version!
bro KTTEOKT… pls la bro.. u r saying something that is beyond UR TRUE SELF knowledge.. u can insult human being for their carelessness but pls la.. no need to giving AL-QURANUL-KARIM a bad name..
and how ironic, lotsa people like to talk about Islam.. this not follow Islam.. That not follow Islam.. PAS is long fighting for Justice, equality and fairness.. This remind me of Jews in Khaibar.. they r saying IT IS NOT ISLAMIC FOR THE MUSLIM ARMY TO CUT DOWN THEIR DATES TREES… and There is special ayat that describe & support the MUSLIM ARMY… come on..time changes.. but history repeat..
Bila Pas berbaik dengan Umno… polis tidak akan kacau parti kita. Mereka hanya akan ganggu DAP dan PKR. Bukankah ini menguntungkan parti kita? This is good for Islam you know… Bila Anwar dah kena penjara, Ustaz Nasha can say something like “Well, no one is above the law and Anwar is no exception”. Kalaulah Anwar kena pukul ke apa, Haji hadi boleh jawab macam ni, “It’s the act of an individual and we must not blame the entire police force. Pas has 100% confidence in the Malaysian justice system”
SETUJU SEMUA DENGAN PENDANGAN SEIKH…..BAGUZZZZZZZZZZ
CUMA TAMBAH LA SATU LAGI …
BAGI DATO HUSAM JADI PM BARU (baru tokguru setuju)
Aku amat berharap calon PAS bagi parlimen Bachok kali ni ialah tidak lain dan tidak bukan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz b. Nik Mat.
Tok Guru boleh menebus kekalahannya pada pilihanraya umum 1982 di tangan Ustaz Zin (BN). Hidup Tok Guru demi perjuangan yang masih belum mencukupi
hm.. nampak mcm bagus je idea tue.. tapi nampak mcm banyak untung dan faedah belah sana je…
ADA SAPO NAPOK GU KAWE. KATO HILANG SEMINGGU DOH. TAK TAU GI PAH MANO. MASUK UMNO CHERAS KOT.
MASUK UMNO, KAWE TIBE LA
hadi nasha mustafa ali please go and join umno….r.i.p
THGA dikatakan penentang kuat UG ni, tapi Tok Guru pernah berkata kalau UMNO berjuang dan bersiasah berlandaskan Islam sepenuhnya, PAS dah tak perlu cukup UMNO saja. Tidakkah gagasan ini lebih praktikal dan hebat daripada UG itu.
error….should read TGNA not THGA.
gu demo dih… ahkahkakaaaa
duduk BUKIT MAHKOTA tuuu…. maing2… BUKIT MAHKOTA abe nyoh weeehhh…
bukae bukit marok..
nasa tu timb pres pas atau amno..aku konpius
presiden pas ko umno ko…tok ghok secetong…..boh laa mari kelate nyo
Tambah satu syarat… Razak baginda diadili kerana bersekedudukan dgn tuya
Brother Sheih,
Kenyataan Akhbar dari Majlis Presiden P*****n R****t telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya bahawa tidak ada usaha penubuhan Kerajaan Perpaduan antara U**O dan P*S atau mana-mana Parti P*****n R****t pada masa terdekat ini. Ini bermakna U**O semakin keseorangan setelah timbul ura-ura M*A akan keluar B*****n pada bila-bila masa sahaja lagi. Pemergian keluar Parti M*A pastinya akan disusuli oleh parti-parti lain yang tidak lagi relevan atau berfungsi seperti M*C, G*****n, P*P dan beberapa parti serpihan dan kecil di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, eloklah Parti P*****n bersedia dengan Kabinet Bayangan masing-masing sebagai persediaan PRU ke 13 yang tidak sampai tiga tahun setengah lagi ini.
Bila difikirkan semula, Unity government akan melumpuhkan UMNO. Yes, pada mulanya macam nampak seolah-olah Pas macam nak masuk pakatan (coaliation/perikatan government seperti tahun 1970s). Akan tetapi bila fikir kembali, cadangan ni amat menjejaskan umno pd masa akan dtg.
btw, in political science – the term unity government is totally different from what we usually understood as pakatan. and unity government usually a short term duration of period. do you think UMNO will dare to continue it?
Thanks for those who had manupulated this issue and I think the more they did that, the clearer we can understand the political situation in our country.
Do you think umno sanggup nak ubah sistem SPR yg akan jadi desakan Pas nanti? Adakah UMNO akan sanggup serah kembali mandat kerajaan negeri Perak dalam melaksanakan unity government yg pernah disarankan dan dicetuskan oleh Pas? Adakah UMNO akan sanggup menghapuskan ISA? adakah UMNO akan sanggup melepaskan badan kehakiman negara? Adakah UMNO akan sanggup menghadapkan PM sendiri ke muka pengadilan dengan ketelusan kehakiman yg didesak oleh Pas? I don’t think so.
when I think again and again about this, there is much more we need to understand. Yes we know that we never can believe UMNO and we are really angry when we know Nasha went to see some of the UMNOs during Pak Lah’s reign. Did we angry when Anwar began his strategies meeting with BN MPs as well? Did we mad at him when he proposed the idea of Sept 16? So why we are so angry with the proposed unity government idea which is in a long run would put najib in the cell, a clean SPR and a better malaysia??
apa2 pon… nasa!!! berambosss
agak2 klu jadi…
spe yang akan jadi presiden parti baru ney???…
najib atau haji adi atau kickde……..
idea yg mantap, persoalannya… beranikah syarat ini diterima oleh UMNO?
PAS bergabung dengan UMNO… No way…..
UMNO kalau cakap, lagi manis dari gula…….
Memang bodoh lah PAS kalau bergabung dengan parti liar macam Umno…
UMNO skang dh terdesak sangat…
Sbb tu terhegeh-hegeh nk berunding dgn PAS…
UMNO tolak Islam, hina Islam dan memusuhi Islam,
Harap PAS tak terpedaya dengan helah Umno yang berlidah ratusan cabang….
Orang bukan Islam kini sudah mula menerima Islam dan undang2 Islam melalui PAS, sedangkan 51 tahun UMNO memerintah langsung tidak menerima undang2 Islam….
Kalau PAS bergabung juga dgn Umno, bermulalah satu detik kehancuran umat Islam….
Kekalkan perpaduan Ummah….
Juga perpaduan masyarakat berbilang kaum….
Ya Allah, selamatkan perpaduan umat Islam…..
agree with org awam..
memang setuju dengan komen org awam tu..mana ada pemimpin umno yang sanggup memenuhi syarat2 tu..nanti semua pemimpin umno akan ke sg.buluh masuk penjara..kami rakyat pribumi yg bukan islam di sarawak pun sanggup sokong pas kerana benci dengan rasuah..
I supported this 100%, but UMNO must first agree to the conditions. No more ISA, no more corruptions, equality for all. Balanced economical shares, among races. This is a great dreams, but the question is, will it happens?