
STATUS AGAMA PENDUDUK MALAYSIA – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU

Sebagai sebuah Negara berbilang kaum, penduduk Malaysia juga menganut pelbagai agama. Penganut Agama Islam adalah yang terbesar di Malaysia dengan 59.1% penduduknya beragama Islam.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satu parti politik di Malaysia yang berteraskan agama. Bagaimanapun, sejak awal penglibatan parti ini di dalam politik, PAS sudah mengamalkan dasar PAS untuk semua dengan menekankan perjuangan kebajikan untuk semua lapisan masyarakat. Ini bersandarkan kenyataan Timbalan Presiden PAS kepada Majalah Belia Bilangan 16 Tahun 1, 27 Julai 1955 sewaktu berkempen untuk kerusi Parlimen Selangor Tengah.
Namun agenda Islam yang dibawa PAS seringkali digunakan oleh parti lawannya untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sempit perjuangannya atau parti untuk perjuangkan orang-orang Islam sahaja.

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari skop sempit sekalipun, perjuangan PAS mempunyai pasaran yang lebih besar kerana penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih besar jumlahnya daripada penduduk Malaysia dari kumpulan etnik Melayu. Iaitu Islam sebanyak 59.1% dan Melayu pula ialah 50.3%.
TABURAN PENDUDUK ISLAM DAN MELAYU – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU

Walaupun jumlah penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih ramai daripada kumpulan etnik Melayu, bagaimanapun dari segi politik, PAS sentiasa lebih lemah dari UMNO dalam banyak aspek seperti terutamanya,
- Jumlah keahlian, cawangan dan kawasan.
- Jumlah kerusi di Parlimen.
- Jumlah negeri yang ditadbir.
Namun begitu PAS sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan di Kelantan di mana ia pernah memerintah semenjak merdeka sehingga 1978 (1974-1977 PAS di dalam Barisan Nasional). PAS berjaya menawan semula Kelantan pada 1990 dan mentadbirnya sehingga ke hari ini.
Terengganu, negeri yang mempunyai bilangan penduduk Islam dan Melayu terbesar juga pernah ditadbir oleh PAS dan kali terakhir ialah selama satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004.
Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS juga dapat menawan Negeri Kedah dari BN.
Perlis, sebuah lagi negeri yang mempunyai peratus penduduk beragama Islam yang tinggi juga sering dilihat sebagai berpotensi di tawan oleh PAS, namun masih gagal. Pilihanraya 2008 bagaimanapun menampakkan peningkatan yang memberangsangkan.
Di negeri-negeri dan wilayah lainnya PAS gagal menyaingi UMNO dan BN. Ini kerana sebelum 2008, UMNO sering mampu meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Sokongan ini diantara lain disebabkan faktor hubungan UMNO dengan parti-parti komponen BN yang mewakili lain-lain etnik.
Politik berteraskan ras sebelum ini juga dilihat sebagai sesuatu yang perlu dan penting bagi mengekalkan kerhamonian masyarakat berbilang kaum.
Segregasi politik mengikut ras juga adalah senjata utama BN yang telah bertahun-tahun menanam ke dalam masyarakat bahawa keseimbangan dan kestabilan politik negara hanya akan tercapai menerusi sokongan kepada parti-parti politik berteraskan ras.
Oleh yang demikian, pengundi-pengundi merasakan perlu mereka mengundi mengikut garisan perkauman kerana takut etnik mereka kehilangan suara dan pengaruh di dalam Kerajaan.
Bagaimanapun sebelum pilihanraya 2008, perlahan-lahan arus perubahan sudah mula dapat dirasai. Arus itu pada mulanya datang bersama gerakan reformasi pada tahun 1998 tetapi reda setelah Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, gerakan reformasi 1998 membawa keprihatinan di dalam generasi baru tentang peranan mereka dalam menentukan hala tuju politik negara.
Sebelum 2008, kebanyakan masyarakat Malaysia semakin resah dengan corak pentadbiran UMNO dan BN yang antara lain dilihat semakin berleluasa dengan
- Amalan korupsi
- Kronisma
- Nepotisme
- Diskriminasi kaum dan agama
Beberapa insiden pemusnahan rumah ibadat pelbagai agama mendapat liputan meluas terutamanya dengan berkembangnya teknologi informasi.
Lahirnya web portal dan laman-laman blog serta jaringan penetrasi jalur lebar yang lebih meluas memudahkan audio dan video dipamer dan ditonton.
Perkembangan teknologi informasi ini akhirnya menamatkan cengkaman kerajaan didalam penyebaran maklumat.
Akhirnya, Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan satu trend baru pengundian yang melampaui batasan agama dan etnik.
ANALISA PEMILIH DALAM PRU12

Menurut statistik pengundian yang didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia jumlah pemilih dalam PRU12 ialah 10,740,277 orang. (Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 jumlah pemilih sekarang ialah 10,922,141 orang).
PRU 12 menyaksikan jumlah pemilih keluar mengundi yang tinggi iaitu 76%. Laporan dari parti-parti politik juga memaklumkan kadar pengundi saluran muda yang tinggi (tiada data rasmi dari SPR).
Didalam forum-forum pasca PRU12, para penganalisa politik dan pemerhati pilihanraya berpendapat, PRU12 adalah penamat kepada trend pengundian menerusi garisan ras.
Pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU12 juga membenarkan kesimpulan itu apabila parti yang tidak berteraskan ras memenangi 4 daripada 5 kerusi yang diadakan pilihnaraya semula.
ANALISA UNDI YANG DITERIMA OLEH PARTI-PARTI BERTANDING

Di dalam PRU12, BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen menerima hanya 51% undi popular. Dalam erti kata lain, daripada sejumlah 7.9 juta kertas undi yang dipulangkan, 3,861,688 tidak mengundi BN.
Malangnya pihak SPR mengeluarkan statistik undi yang diterima oleh setiap parti komponen BN sebaliknya ianya disatukan dibawah satu sahaja,
Walaupun tidak mustahil, tetapi ia akan mengambil masa untuk secara tepat mengumpulkan semua undi-undi yang BN terima menurut parti komponennya. Bagaimanapun adalah menarik untuk menghitungnya bagi melihat undian yang dibuat berteraskan garisan ras.
PAS adalah parti kedua yang menerima undi popular terbanyak dan merupakan parti pembangkan yang memperolehi undi popular paling banyak di Parlimen.
PAS bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 19.3% undi popular. Ini diikuti oleh PKR yang bertanding di sejumlah 97 kerusi dan memperolehi 14.8% undi.
DAP pula bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 13.8% undi popular.
Walaupun begitu dari segi kerusi Parlimen, PKR memperolehi 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 (termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh bukan ahli).
PAS memperlehi tambahan satu kerusi apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari UMNO BN di dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan pada Januari 2008.
ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DEWAN RAKYAT / PARLIMEN – SEPINTAS LALU

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 mengejutkan semua pihak. Buat pertama kali di dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 nya di Parlimen.
Barisan Nasional memenangi sebanyak 140 (sekarang 139) kerusi di Dewan Rakyat. Gabungan PAS PKR dan DAP yang bergelar Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 82 (Kini 83) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun satu kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi oleh PAS di Pasir Mas di kira sebagai kerusi Bebas.

Daripada jumlah tersebut, BN hanya memenangi 85 kerusi (kini 84) kerusi di Semenanjung Malaysia manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 (kini 81) kerusi.
Dalam erti kata lain, Semenanjung Malaysia bukan lagi kubu bagi BN. Harus diingat bahawa UMNO adalah parti tunjang bagi BN dan agenda UMNO adalah agenda Melayu.
Adalah ironi bila Malaysia Timur menjadi kubu kuat BN sedangkan UMNO parti tunjang BN hanya bertapak di 26 daripada 57 kawasan Parlimennya.
Dan di 25 daripada kawasan Parlimen tempat UMNO dibenarkan wujud ini, iaitu di Negeri Sabah, peratus penduduk Melayu hanyalah 15.3%.
Jika suasana politik dan sentimen yang membuak dikalangan rakyat di Semananjung berterusan, BN berkemungkinan akan menjadi minoriti di Semenanjung Malaysia.
Parti politik berteraskan ras di Semenanjung seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP berkemungkinan untuk pupus di Parlimen.
UMNO juga tidak terlepas untuk kehilangan tapaknya di Semenanjung.
APA AKAN JADI PADA MELAYU SELEPAS PRU 13?
Pasca PRU 12, keresahan dikalangan segelintir orang-orang Melayu mula membuak-buak. Melayu dilihat bukan sahaja semakin mengecil dari aspek komposisi kaum tetapi juga semakin kehilangan ketuanannya dalam politik Malaysia.
Perangkaan 2003 menunjukkan etnik Melayu adalah 50.3% sahaja. Jumlah ini diambil berdasarkan kelahiran seseorang itu daripada etnik Melayu, iaitu tidak mengambil kira sama ada individu tersebut membesar dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu.
Bancian dibuat setiap 10 tahun dan ia akan dilakukan semula pada tahun 2010. Kemungkinan besar perangkaan baru selepas 2010 akan menunjukkan bahawa etnik Melayu akan kurang dari 50%.
Secara langsung ini akan menjadi masalah utama bagi UMNO yang memperjuangkan agenda Melayu. Ia kerana pasaran bagi mereka semakin menguncup.
ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG
Hampir 60% penduduk Malaysia beragama Islam. Tidak seperti masalah menguncupnya etnik Melayu di Malaysia, Islam sebagai sebuah agama boleh terus dikembangkan.
Adalah mustahil untuk meMelayukan orang bukan Melayu tetapi tidak mustahil untuk mengembangkan Islam di kalangan bukan Melayu.
Perangkaan terkini menunjukkan hampir 10% penduduk Islam di Malaysia adalah bukan dari etnik Melayu. PAS sebagai gerakan Islam telah memainkan peranan dan perlu terus memainkan peranannya untuk mengembangkan umat Islam di Malaysia.
Pas dapat mengembangkan Islam bukan sahaja menerusi dakwah tetapi menerusi dasar pentadbiran Islam.
PERANAN BARU PAS
PAS perlu bersedia untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai parti induk etnik Melayu.
Adalah amat sukar bagi UMNO untuk mengikis persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah parti politik yang korup, mengamalkan dasar diskriminasi kaum, kronisme dan nepotisme.
Sebahagian orang Melayu telah menolak UMNO dalam PRU12. Namun begitu, itu bukanlah kerisauan utama. Apa yang merisaukan UMNO ialah majoriti penduduk bukan Melayu telah menolaknya.
Mungkin UMNO berpeluang mengembalikan sokongan sebahagian orang Melayu yang menolaknya, tetapi adalah mustahil untuk UMNO melaksanakan satu polisi yang boleh berjaya dalam jangka masa pendek untuk menarik orang Melayu dan bukan Melayu serentak kembali kepadanya dan BN.
Tambahan pula isu rampasan Kerajaan menerusi jalan belakang oleh UMNO dan BN di Perak terus membuat orang-orang bukan Melayu jauh hati dengannya.
UMNO memerlukan sokongan padu bukan Melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di negeri-negeri di Pantai Barat. Tanpa sokongan orang-orang bukan Melayu, UMNO dan BN akan berdepan dengan cabaran getir di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Untuk mengambil alih teraju UMNO sebagai parti induk Melayu, PAS harus memperkukuhkan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi untuk tujuan itu, PAS harus terlebih dahulu meperkasakan hubungannya dengan parti-parti lain di dalam Pakatan.
MENGAPA PAKATAN RAKYAT ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK DARI BN?
Sekiranya PAS bersama BN pada hari ini, PAS akan menjadi parti kedua terbesar di dalam BN. Tetapi, PAS akan selamanya menjadi parti yang lebih kecil dari UMNO.
Ini bermakna UMNO akan sentiasa boleh mengawal perkembangan PAS.
Memandangkan kebanyakan kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah menentang UMNO, sudah tentu berlaku perebutan kerusi ini dalam pilihanraya akan datang.
UMNO mungkin bersedia memberi PAS lebih kerusi tetapi sudah tentu ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh melemahkan kekuasaan dan ketuanannya dalam BN.
Menerusi pembahagian kerusi Parlimen sahaja UMNO sudah boleh melemahkan PAS. Sudah tentu keutamaan bagi UMNO ialah untuk memberikan kepada PAS kerusi-kerusi parlimen yang tidak selamat untuk UMNO tandingi.
Akibatnya, UMNO akan sentiasa lebih besar dan PAS akan sentiasa lebih kecil.
Implikasinya, agenda PAS untuk melaksanakan pentadbiran berlandaskan ajaran Islam akan tidak tercapai kerana UMNO akan sentiasa lebih besar dari PAS.
Bagaimanapun, jika PAS bersama PR, peluang untuk PAS mengambil alih kedudukan UMNO terbuka luas. PAS hanya perlu menewaskan UMNO di kubu-kubu terakhirnya.
Dengan itu, PAS akan terus berkembang dan mempunyai harapan menjadi parti yang terbesar pengaruhnya dan dengan itu ia akan dapat melaksanakan agenda-agendanya.
Menewaskan UMNO di kubu-kubu kuat UMNO adalah bukan tugas mudah tetapi ianya juga bukanlah tugas yang mustahil dilaksanakan.
Keputusan PRU12 dan keputusan-keputusan pilihanraya kecil membuktikan kenyataan di atas.
ANALISA KONSTITUENSI PARLIMEN PAS TEWAS DALAM PRU 12

Daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, PAS tewas 43 buah kerusi. Bagaimanapun ia berjaya merampas Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil.
Dalam PRU12 PAS telah bertanding di 30 konstituensi di negeri-negeri penduduk Melayunya lebih 60%. Daripada jumlah tersebut, PAS telah menang di 17 konstituensi dan tewas di 18 konstituensi lain. Prestasi PAS di Terengganu adalah amat mengecewakan memandangkan secara keseluruhan PAS mendapat peningkatan besar undi popular di negeri-negeri lain.
PAS tewas di kesemua 2 konstituensi yang ditandinginya di Perlis tetapi ia telah mendapat undi yang memberangsangkan. Di Arau PAS tewas dengan majoriti kurang dari 1% manakala di Padang Besar PAS tewas dengan majoriti kurang dari 5,500 undi.
Di Kedah PAS menang 6 dari 8 kerusi yang ditandinginya manakala di Kelantan, PAS menang 9 kerusi dan tewas di konstituensi Gua Musang dan Jeli.
Di negeri Perdana Menteri Malaysia, PAS melihat harapan untuk melakukan sesuatu walau tewas kesemua 6 konstituensi Parlimen yang ditandinginya. Di konstituensi Jerantut, Bera, Lipis dan Kuala Krau, kesemuanya PAS tewas dengan peratusan majoriti kurang dari 20% atau jumlah undi kurang dari 5,300 undi.
Prestasi PAS di Negeri-Negeri Melayu Kurang 60%
PAS meletakkan calonnya di 31 konstituensi di 9 negeri dan wilayah yang majoriti penduduk Melayunya kurang dari 60%. PAS telah berjaya meraih 7 kerusi Parlimen iaitu 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua di Perak dan 4 di Pahang.
Terdapat 7 konstituensi di mana jika diteruskan momentum PRU12, PAS mempunyai harapan untuk merampasnya. Konstituensi tersebut ialah,
- Larut
- Kuala Kangsar
- Sepang
- Tasek Gelugor
- Parit
- Tanjong Karang
- Sungai Besar
- Lenggong
Calon-calon PAS tewas dengan peratusan minima 6% dan undi maksimum 5,000 undi sahaja.
Di dalam konteks PRU 12, prestasi PAS paling corot adalah di Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, jika sentimen yang di lihat di Bukit Gantang berterusan, PAS ada harapan menawan 3 kerusi Parlimen di Johor.
Kesimpulan
Berdasarkan momentum PRU12 dan sentimen semasa hari ini, harapan PAS untuk melangkah sebagai parti induk orang Melayu memang cerah. Bahkan, tidak mustahil untuk PAS akan berjaya mengambil alih peranan UMNO jika langkah yang tepat diambilnya.
Bagaimanapun, PAS perlu belajar dari UMNO, iaitu, kekuatan UMNO sebagai parti induk orang Melayu bukanlah pada konstituensi yang majoriti Melayunya tinggi. Tetapi UMNO menjadi parti induk Melayu di arena politik Malaysia untuk sekian lamanya ialah kerana ia berjaya meraih sokongan dari pengundi-pengundi bukan Melayu.
Kejayaan UMNO adalah kerana ia bertanding di bawah banner Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.
PAS hari ini sudah berada dilandasan yang betul bersama Pakatan Rakyat. PAS hari ini sudah berjaya meraih undi bukan Melayu. Apa yang perlu ialah memperkukuhkan kedudukannya dan komitmennya didalam Pakatan Rakyat.
Untuk salinan pdf analisa di atas dan analisa lengkap 17 konstituensi PAS tewas kurang 5,000 undi sila klik di Data dan Analisa PRU12.







tahniah sheh atas kupasan yang mantap dan bermutu !
semuga Allah SWT memberikan idea yang bernas untuk terus sheh menulis.
TQ.
salam tuan, tahniah atas hasil kajian yg menyeluruh… semoga Allah membantu Pas menerajui negara kita pula..
Salam..ni data sheh yang buat ka ataupun haji husam yg buat?
bro sheikh,
Saya terpaksa copy artikel ini untuk dimuatkan dalam blog edyesdotcom kerana isi dan statistik nya yang sangat membantu bagi merealisasikan sebuah mitos “Tumbangnya UMNO-BN”.
Pakatan Rakyat harus menyediakan satu menifesto yang bercirikan sebuah kerajaan yang berteraskan kebajikkan rakyat.
Salam..
Kajian secara ilmiah dan menyeluruh seperti ini amatlah bagus selain kritikan yang berfakta serta bernas juga amat berguna untuk PAS. Tahniah!! Saya sudah melihat PAS amat matang untuk mendepani arus politik tanah air.
Kawe selalu tertanya-tanya sebab apa pas tidak boleh menang?kawe temui jawapannya- pas masih bergerak di bawah label kedaerahan.pemimpin bawahlah yang tidak sebati ngan dakwah. menyokong pas sebab tokoh bukan kerana dasar.saling berebut nak wat naik orang masing-masing.
syabas syekh semoga data data ini akan memberi petunjuk kepada perwakilan muktamar pas untu memilih mana batu mana permata
WELL DONE BRO
U DID VERY2 GOOD JOB..
buka spt satu lagi blog satu lagi yg hanya tahu fitnah @ cerita psl org lain yg belum tentu betul atau tidak..
Wow, now I know the reason I follow your blog. Bravo!!!
Salam, terima kasih atas kupasan yg menyeluruh. Diharap implementasinya juga lancar, banyakkan berdoa pada Allah SWT, semoga diberikan bantuan oleh-Nya. Amin.
BTW, hati kecil saya mengharap agar perwakilan pas akan memilih haji husam sebagai timb. presiden untuk muktamar kali ini. Semoga dimakbulkan Allah SWT. Amin.
Terima kasih.
kita hidup dengan fakta nombor atau matematik sepanjang hayat … jika dibuat kajian mendalam tentang fakta nombor, segala andaian dan ramalan akan menjadi kenyataan. Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan dan hanya masa yang menentukan. Jika Amerika memerlukan 222 tahun untuk menukar Presiden Kulit Putih kepada Presiden Kulit Hitam, Malaysia akan memerlukan kurang dari 60 tahun untuk bertukar kerajaan. Sekian dan salam dari saya.
dapat putrajaya kita jual deh?haha
Islam in Malaysia divided into a few sect ;
1-Islam Umno , 2- Islam Pas , 3-Islam Erdogan , 4-Islam Ulamak , 5- Islam others
In politic u should not divide ppl based on skin color and religion , u must do it for rakyat and the country irrespective of their skin color and religion , your approach is very dangerous for democratic Malaysia….
chengho,
Islam is not divided. But the Muslims are.
There are Indian Muslims, chinese Muslims, Arab Muslims, Malay Muslims, Palestinian Muslims, American Muslims, Indonesian Muslims etc. Do you know that laksamana chengho is also a Muslim? I bet you know.
satu analisa yang baik..x kisah la idea sape.
yang kurang ilmiah sila baca pengamatan ini… http://perakexpress.com/www/?p=4046
Well done Sheh! to strategize one must collate sufficient data. You r doing just that. Tak hilang Melayu di buminya sendiri kalau bukan kerana perpecahan & perbalahan.
ala2 husam musa gitu,, penuh dgn fakta. bagus!
I love PAS!
for the 1st time… hey chengho… u faking fool.. stinking words always pouring from ur faking mouth.. u faking fool
ABE SHEIH….
nok mitok NASIHAT…. nok tanyor nih… kito tengoh summbak nak pilih kamera hok sesuai ngar kito hok baghu belajar amik gambar…
Kito dgr saing2 royak Kamera Nikon bagus.. kito tgk doh huduh2.. kito list lah hok mano kito beghaso ghok..bajet kecik & 1st time beli kamera..
1. COOLPIX P60
2. COOLPIX P90
3. COOLPIX S630
tulong ABE SHEIH.. summbak doh mikir nok pilih hok mano.. tq
Satu fakta dan penganalisaan yang cukup baik
PAS perlu bersama PR dan bukan dengan UMNO.
Mantapkan saf kepimpinan untuk bersama menuju Putrajaya
Kepada YB2 yang pro umno itu..Ingat sikit bagaimanakah nasib dan keadaan penyokong,pengundi yang bukan sedikit wang , tenaga dan masa hatta telah berkorban jiwa dan raga mereka demi satu perjuangan.
Bukan sedikit kekecewaan yang dirasai oleh kami di bawah ini melihat satu lakonan pentas yang dimainkan oleh pemimpin2 kami yang telah lari dari matlamat perjuangan bersama.
Salam.
Tahniah Tuan Sheikh atas perkongsian analisis yang mantopp ni. Insya Allah akan tiba masanya nanti PAS bertapak di Putra Jaya.
ABCD
Fes, Maghribi
Brother Sheih,
Tolong ulang tayang artikel ini dari semasa ke semasa supaya orang akan sentiasa ingat……….tapi faktanya perlu juga dikemaskini setiapkali ianya diketengahkan suapaya menunjukkan keadaan sebenar……..Saya cuma risau pihak lawan akan sentiasa mengeluarkan fakta rekaan mereka sendiri untuk melemahkan semangat perjuangan kita
Tolong perbetulkan satu rajah table peratusan mengundi popular yang diperolehi oleh parti politik. Sepatutnya PAS yang dapat 1.5M, not PKR (1.1M). Nanti ada kekeliruan fakta. Table ada silap, tetapi, bila baca artikel, baru betul.
If Pas allow someone like Husam who has better image to non-Muslim, big winning for sure. But, Nasa and Hadi…….. no different as before……..very sorry!
What a great report he put out.
CONGRATULATION!!!
I read in Malaysiakini…Husam is elected VP of PAS.
Congratulation to him too.
Signs are all pointing……marching to Putra Jaya for sure.
Yes Nawi…….jolly good…fark chengho.
Never seen you so mad before.
All religions have so many sects…yet he picked Islam to insult.
I told you..this is a farking MCA jarkun.
dear monsterball, go marching to putrajaya in your dream
tahniah bro,
saya peminat fakta yg realistik’, bukan andaian semata-mata.
Nawi,
advice Hussam to join uncle Monsterball and DAP…. HUssam can become….don’t know? may be secretary general …..
Brother Sheih, tahniah di atas kejayaan YB Husham. Semuga Pas akan lebih majujaya dengan gandingan ulamak dan erdogan yang pragmatik, konstruktif, dinamik dan berteraskan Agama Islam. Saya dan isteri mendoakan YB Husham dapat menegakkan keadilan, ketelusan dan keikhlasan dalam pemerintahan Negeri dan Negara
UNCLE.. how r u? its been a weeks not seeing u here.. life ok yaa..
yeah.. u got the point.. there is lot more things to discuss & talk.. why on earth we should insult one religion.. ? CHENGHO is really fool and fool him will be.. he know nothing bout trully Islam and he talk like he knows. How about i’m insulting his religion.. bodo punyer org.. U CHENGHO… r a fool that is why u were brought up in the racist flock..
see.. i know lot of malaysian r blinded by ULTRA MALAY+RACIST.. their propaganda r enherit from those who colonised us for few hundred years.. and its not easy to open their eyes.. even their blood vein is clog with racism blood…
see CHENGHO.. though i were really angry with u.. i didn’t insult ur religion.. not like those who like to waving their keris..
anyway.. they is always a place for u.. if u really insist on fighting for PEOPLES.. i mean KEBAJIKAN UTK SELURUH UMAT MANUSIA… we r all relative.. coming from a ONE SOURCE.. ADAM & HAWA..
Brother Sheih, Nampaknya saya dah “jump over the gun” sebab memberi ucapan kepada YB Husham terlalu awal. Inilah akibat baca internet terhad melalui “OPERA MINI” handphone. Walau bagaimanapun tahniah kepada semua pemenang dan yang kalah jangan berputus asa sebab perjuangan PAS untuk Islam bukan peribadi. Saya dan keluarga mendoakan semuga PAS akan kekal utuh memperjuangkan yang hak dan benar. Mungkin lepas ini PKR akan mengadakan perancangan lebih teliti sebagai sebuah kerajaan bayangan. Salam dari Tongkat Pak Ali dan keluarga di NANGA KAPUAS, KALIMANTAN.
too late la bro.. husam dah kalah dah… sebenarnya kajian ni berkaitan kempen husam untuk jawatan Timbalan presiden…
Susah ya bila dilabelkan sebagai parti Islam? Bila membaca bahasa2 kasar orang Pas dalam blog ne dan mengutuk sesama sendiri… apa beza dengan parti lain?
Analisis byk sgt tk guna beb kalau kecoq teloq. Bila Karpal Singh sergah korang pasal negara Islam, tak melawan langsung. Buat malu je la. Pas ni kena buli dek DAP je. Fed up aku pangkah Pas masa last general election. Cuba la melawan sikit woi.
Kalu dgn UMNO bukan main korang sanggup baring tgh jalan, but bila kena ugut dgn DAP je, diam membisu. Apsal jadi penakut sgt ni?
salam n congrats syeikh!!!! i hope this would opened up first; the eyes, the heart, the mind of all the PASES’ on the ground n to the top of how very great their chances are to become the leader of the political ‘pakatan rakyat’ pact.
second all the muslimins and muslimahs of our country to put ur crosses on PAS in the next GE. The movement of the party’s commandoes on the ground is the utmost important. The people want to see them and interact with them. 3 solid years of sacrifices would harvest a bountiful of nikmah….
Please excuse my frankness on asking following question about the paragraph below. So, is PAS interested to help governing the country or converting non-Muslim? Please explain because I might misunderstood the Bahasa. Thank you.
“Adalah mustahil untuk meMelayukan orang bukan Melayu tetapi tidak mustahil untuk mengembangkan Islam di kalangan bukan Melayu.
Perangkaan terkini menunjukkan hampir 10% penduduk Islam di Malaysia adalah bukan dari etnik Melayu. PAS sebagai gerakan Islam telah memainkan peranan dan perlu terus memainkan peranannya untuk mengembangkan umat Islam di Malaysia.
Pas dapat mengembangkan Islam bukan sahaja menerusi dakwah tetapi menerusi dasar pentadbiran Islam.”
MEMANG KITA BOLEH TUKAR SHEIKH, TAPI LA NI APA YANG DAH JADI MR PRESIDENT DENGAN NASHARUDIN MAT ISA DEPA DAH KASI KITA PUNYA KELAB PENYOKONG HURU-HARA…. SEDIH SHEIKH KITA BERJUANG MCM NAK MATI DEPA SENANG-SENANG SAJA PI BUAT LAGU TU APA2 PUN KAMI ORG KEDAH TETAP DIBELAKANG TOK GURU NIK AZIZ
TAKBIR…..
MENANGKAN ISLAM, BUKAN MENANGKAN “BONEKA UMNO”
I am fine Nawi and reading more than commenting.
My messages seems to be approved by Sheih.. so late…..making them not important…..yet few are immediately approved…..especially when I com to defend the blog owner.
That discourages me to comment.
Moderation is fine….but not to the extend…to make my comments irrelevant.
Antipas…..At my age….I do not have silly dreams…although marching to PutraJaya by Anwar as PM… is my hope and desire.
You can dream and pray..it will not happen.
Can you comprehend what Chengho is trying to say about me.. Husam..and DAP??
I join no party nor carrying any party balls like Chengho.
Chengho is a seasoned balls carrier to MCA…so much so…go and read all his comments…nothing but crabs and shit.
He dare not respond to any replies to his idiotic comments…and start all over again and again.
He has been absent at Lim Kit Siang’s blog….because we zipped up his mouth for good. It will take sometime for him to get someone to unzip it…and he will start his nonsense again.
Nawi…should avoid using Islam..Adam and Eve….or his religious beliefs to talk politics and Malaysians matters.
Religions and politics must be separated.
Defend and fight for your rights….OK….but do not promote how great a Muslim you are.. It carries no weight.
Chengho insults Muslims…fire him proper!! That’s correct.
That pariah must be a lousy Christian or a Buddhist…….plenty around to spoil our religious beliefs too.
Such is the nature of humans greed and selfishness.
ye haaaa…. UNCLE dah datang balik…
no doubt.. i miss ur appearence here more than ever..
Assalamualaikum tu you UNCLE.. have a good diet & stay fit..
tq for comment on me.