
Notis Mohon Maaf Seperti Tersiar Dalam Akhbar Berita Harian Hari Ini, 2 Jun 2009
Akhirnya terungkai juga satu episod setelah hampir dua tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan BN – Paloh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Haji Husam Musa.
Bertempat di lobby ADUN di Dewan Negeri Kelantan pada November 22, 2007, YB Nozula Mat Diah telah memanggil satu sidang media dan membacakan tuduhan-tuduhan rasuah terhadap Haji Husam sambil menunjuk beberapa bungkusan bahan bukti yang kebanyakkannya adalah print-out daripada blog Mohd Sayuti Omar.
Setelah sidang media tersebut, YB Nozula dan lebih sedozen ADUN BN Kelantan telah berarak bersama kontijen media ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) Kelantan lalu membuat satu laporan rasuah ke atas Haji Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan.

BPR Di Persila 24 Jam Sehari
Haji Husam mendiamkan diri. Tuan Guru Nik Aziz pula memberi arahan supaya semua akses kepada dokumen Kerajaan Negeri di beri 24 jam sehari kepada BPR. Ahli-ahli politik dan pemimpin PAS semuanya bersetuju memberi kerjasama penuh. Syarikat-syarikat yang mendapat tender, kontrak dan permit balak juga diharapkan dapat berbuat perkara yang sama.
Pejabat mereka yang baik dan rapat dengan Haji Husam diselongkar. Dokumen-dokumen berkaitan dengan Haji Husam dalam apa bentuk sekalipun diimbas dengan amat berhati-hati. Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan juga tidak terkecuali.
Akhirnya, BPR menemui dari rekod Air Kelantan bahawa Haji Husam telah didapati belum melunaskan tunggakan bil air sejumlah lebih kurang RM200.00. Kakitangan terbabit ditekan dan disoal siasat bagi mewujudkan kes salah guna kuasa terhadap Haji Husam. Setelah tuduhan yang besar-besar didapati fitnah semata-mata, maka usaha diambil untuk mendakwa Haji Husam kerana terlewat melunaskan tunggakan bil air sebanyak lebih kurang RM200.00.
Husam dalam satu temubual media, menceritakan bagaimana dia menitiskan airmata bila melihat keadaan rumahnya dengan dokumen-dokumennya berselerak diselongkar semata-mata kerana terlewat membayar tunggakan bil air.
Akhirnya, BPR menutup kes setelah mendapati tiada satupun pertuduhan tersebut berasas. Husam menjelaskan tunggakan bil air tersebut dan para sahabat yakin, beliau kini insaf dan bertaubat untuk tidak melupakan tanggungjawabnya membayar bil utiliti.
Namun kegagalan BPR untuk menemui sebarang bukti yang setidak-tidaknya dapat memulakan pertuduhan ke atas Husam tidak meredakan keadaan. Bahkan media-massa langsung tidak mahu membantu menghebahkan secara adil bahawa Husam telah dibersihkan oleh BPR. Maka dengan itu, Husam memulakan tindakan menyaman YB Nozula Mat Diah dan beberapa akhbar.
Nozula Mangsa Blogger
Semalam, pihak YB Nozula telah tiada upaya melainkan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh peguam yang mewakili Haji Husam bagi mengelakkan kes itu dibicarakan. Mengelakkan kes itu dibicarakan tentu sekali melegakan banyak pihak terutama blogger yang segala tulisannya menjadi punca Nozula terperangkap.

Namun begitu, difahamkan Nozula juga adalah mangsa. Nozula ditekan oleh Annuar Musa yang ketika itu Ketua Pembangkang untuk menjadi hero setelah Nozula digantung dari menyertai Persidangan Dewan Negeri sehari sebelum itu kerana menendang ADUN PAS. Annuar Musa pula telah bertemu dengan seorang blogger sehari dua sebelum itu untuk mendapatkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Husam.
Setidak-tidaknya, itulah yang dimaklumkan kepada pihak Haji Husam.

Jawapan Kedua Sayuti Kepada Kickdefella
Sementara itu, Hari ini Blogger Mohd Sayuti Omar telah respons terhadap jolokan pendedahan smsnya kepada Husam dengan mendedahkan beberapa sms Husam terhadapnya.
Sms-sms Husam kepada Sayuti itu adalah seperti berikut,
- “Penulis bisa kadang kala ingat tuhan tidak ada. Boleh tulis ikut sedap. Kerana dunia sanggup godam duit rakyat. Insyallah mana yang mahal dan rugikan rakyat kita tolak w pun tak disenangi. Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan. Ya Allah bantulah hamba Mu mengatasi orang yang zalim walau siapa dia.”
- Bismilah. Insyallah ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina. Ambo hanya mampu berdoa atas segala aniaya demo. Allah tetap akan penuhi janji bila tiba masanya.”
- “Teruskan kemuliaan demo. Tuhan tak dok saja.”
- “Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu, manusia tak tahu. Demo mulia. Ambo tak tahu hal demo. Ada menteri mana demo boleh peraugut, buatlah. Tuhan beri tangan boleh tulis lagi, loh la,”
Jelas kepada para pembaca kini, menerusi sms Husam yang didedahkan oleh Sayuti bahawa Husam menghantar sms itu kerana Husam telah diugut oleh Sayuti, lihat keratan sms Husam,
- Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan.
- ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina.
- Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu,
Kepada pembaca budiman saya bertanya, mengapa hendak Husam menghantar sms sedemikian jika dia tidak diugut?







ALLAH MAHA KAYA, CUMA MASA YG MENENTUKAN CEPAT NGAN LAMBAT JE…INGATLAH, KITA HIDUP NI CUMA PINJAMAN SAJA..
teruskan usaha murni mu sheih,pmbongkaran demi mbongkaran jahat yang dilakuakan oleh puak H1 N1 ini,HIDUP…SHEIH
MSO nnt cakap, “ermm.. husam boleh beli norzula tu” hehe
MSO dok nyorok dalam kelambu sekarang ni…. Ingatlah PAS, bahawa adanya golongan2 seperti ni yg dok menyorok dan menyamar dalam PAS. Macam TG Harun Din bgtau ” berwaspada dengan musuh dalam selimut”. Keadaan UMNO semakin gawat dan tatkala ini lah UMNO akan berusaha menumbangkan PAS dan cuba bangkit semula. RAPAT DAN PERKEMASKAN BULATAN DAN JANGAN KELUAR DAN MASUK BARISAN. BIARLAH UMNO YG MENJADI MUSUH ISLAM DAN TG NIK AZIZ MENJADI MUSUH SEMUA AHLI PAS. MUSUH ISLAM JANGAN DI TOLONG, SEBALIKNYA DI KALAHKAN. DALAM ISLAM TIADA ERTINYA MELAYU DAN KETUANAN. SESIAPA YG MASIH LAGI SIBUK DGN RHETORIK MENYELAMATKAN MELAYU SAMA DENGAN MENYELAMATKAN ISLAM ADALAH DALANG2 UMNO DAN MUSUH DALAM SELIMUT KEPADA PAS. DALAM ISLAM TIADA MELAYU DAN TIADA KETUANAN BANGSA. KETUAN MELAYU CIPTAAN UMNO. UMNO BUKANLAH MELAYU DAN UMNO JUGA BUKANLAH ISLAM. ISLAM UNIVERSAL DAN ISLAM UTK SEMUA. SAMA SEPERTI PAS UNTUK SEMUA, SEMUA BANGSA SAMADA MELAYU, CINA, INDIA, IBAN, KADAZAN, BAJAU. ASALKAN MANUSIA MAKA ISLAM UNTUK MEREKA DAN PENAUNG SEMUA.
mso kalau nak berperang biar lengkap bersenjata, jgn tengah berperang peluru kehabisan, nak pulak semua “peluru kapur” haaa…skg dah mengelupur…
bro,kawe baru baco hok trbaru di mso…
perhati molek no tepon dari husam …ada so hok silap 01980++++..
hok lain sama 01998…
mso siap nak attack personal sheik pulok…
ada kemon tulis bro kuat isap rokok,bini bro pakai skirt pon dia siar……
hahahah ….
dia tgh konar baring ohhhh….siap suruh cari nama dia mohd,sayuti even omar dlm deed project kambing….
hahahahah org pakai proksi cari sapa mampus pon memea takdok nama dio dalam syarikat ….
dia makan komisen ,
baham pitih puak nie….nuar muso wak lari pitih pprt pon ,dok selesai…inikan pulo mso hok beratus rial,ribu ….
lawan hujah +fakta sampa abis bulan jun…
Alhamdulilah,
Kebenaran terbukti akhirnya……Inilah bahayanya Fitnah….lebih zalim dari membunuh. termasuklah sifat membenci terlampau kepada sesuatu pihak..Setiap umat islam adalah bersaudara tidak kira apa faham politik….yang membezakan adalah keimanan kepada Allah yang mana Allah sahaja yang tahu isi hati manusia…..
Saya tahu ramai yang akan marah..jika diluangkan persaudaraan sesama islam, ramai yang akan menghentam saya jika saya menyeru supaya semua pemimpin politik yang mentawhidkan Allah tak kira dari parti mana supaya mencari titik pertemuan menjalinkan persaudaraan…..
Tapi ramai akan tersenyum membaca jika tulisan disini menyeru supaya jangan diadakan perpaduan sesama islam….bersetuju jika kita terus berpecah….bergembira jika saudara islam dari parti berlainan di maki, dicaci dan dihina…..ramai akan gembira membaca bila saudara islam lain dimaki dan dihina dan diseru supaya terus berpecah dan jgn bersatu….Kerana buat masa ini sebarang usaha untuk menjalinkan persaudaraan dengan parti saudara islam yang lain adalah ditegah dan sesiapa yang menyeru perpaduan akan dikecam hebat…
Inilah dunia….
Kata dah..MSO dah setaraf dengan Khir Toyo…hebat sikit dari Khir Toyo sebab Adun BN pun bole kena goreng..dasaaattt
Bagus la..sekarang semua dah tau betapa bangsatnya melayu-islam ni.
Mari kita ramai-ramai sokong orang-orang yang mau perjuangkan dengan ikhlas ajaran Islam yang sebenar.
TGNA, Husam, Nizar dll ada contoh yang terbaik. Takbir!
MSO dah kantoi
Salam utk semua. Alhamdulillah. Kebenaran akan terbukti jua . Teruskan menegakkan kebenaran. Hidup islam dan hidup PR.
Gua dah boikot paper nyamok SIASAH.
lama doh kawe dok caya ke penulis merapu i…ha ha kasian dia
Saudara Sheikh,
harap jangan marah lah ye tapi…
ini blog kickdefella ke Blog Saudara Husam Musa?
Dah jadi macam jentera propaganda Muktamar PAS lah pulak.
Cara MSO ni sangat berbahaya kerana penulisnya berlagak alim, taat agama dan tidak memihak kepada sesiapa padahalnya tidak, ramai yang telah terpengaruh dengan hentaman beliau ke atas Husam, kesian Husam. Nasib baik ada blog-blog yang dapat mendedahkan penipuan-penipuan dengan bukti-bukti yang boleh diterima akal, tidak seperti MSO hanya dengan terima panggilan telefon dah buat tuduhan berjela-jela !!!
Buat masa nie kebanyakan orang politik takut kepada perubahan.. Depa nak maintain status quo.. Xkira la dalam UMNO atau PAS.. Rakyat mahukan perubahan.. Bila ada pemimpin dalam parti nak mendokong aspirasi rakyat, mula lah status quo nie melatah ‘Puak Erdogan’ dsb..
Yang paling menyedihkan, latahan status quo nie sama.. Baik UMNO mahupun PAS.. Itu yang agak pelik.. Parti-parti dalam PR kena ingat, korang menang 4, 5 negeri masa PRU12 bukan sebab korang kuat.. Tapi sebab rakyat dah jemu ngan UBN..
Ambo mengharapkan Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS..
untuk mr.kickdefella
rendahkan resolution gambar, sebab lambat la nak loading.
ikhlas,
idealogika.blogspot.com
ambo fikir BO la dok defend sdr husam nya… sebab lagi defend lagi banyak oghe hk bengong mari bantai dio pulok…bak kato oghe putih… sdr husam is big enough and need no defending by anybody . his sterling performance and clear idealism is enough to convince most people that he is the guy to lead PAS.
kalu banyok do’oh dok defend husam ambo takut jadi ‘overkill’ pulok bak kato oghe putih…
nasharuddin dok senyap jah mache aye moyok… oghe mungkin napok dia molek berjurus tak dok kaki kepeng…dan akhir nya dia hok akan menang nyo. kalu dio mene alamat nya oghe umno akan lega lah sebab dia ni tak berapa bervisi tinggi…mudah umno nak sepak kiri kanan….
dah bersiri laks cerita hikayat ni…
nampaknya masing-masing dah tunjuk bukti….
rasanya kalau diteruskan lagi…
kerugian di pihak husam….
to husam…
jaga lah langkah anda….
to peminat husam…
bacalah dgn waras….
hehehe….
kenapa tak siarkan semua yang MSO tulis dalam bab 1 tentang jawapan kepada saudara… kanapa tak boldkan apa yg MSO minta saudara buktikan……….
kenapa amik skit2 je…
Banyak komen di sini amat beremosi,kenapa ye ? orang yg nak cari kebenaran,dia mesti dengar dari kedua-dua belah pihak,baru boleh mengadili,kan Allah perintah berlaku adil.Satu lagi,bagi yg tuduh,Nabi ajar supaya kemukakan bukti,dan sumpah bagi yg mengingkarinya…sekian.
Bkn nak jd tukang promo, tp aku nampak fitnah pd husam sgt teruk hatta kawan2 pun percaya, apalagi penyokong yg tak kenal hatibudi. Aku mula2 nyaris percaya kalo tak didedahkan punca dan perancangan jahat segala fitnah ni. baru sehari 2 ni aku faham citer sebenarnya dari dua dan tiga belah pihak. Kalo aku jd tuan sheikh pun aku akan bela husam bila tahu tentang kebenaran sebenarnya. Kulilhakki walau kana murro! Kalah sbb tegakkan yg hak takpelah dr menang bawak benda yg bathil. Buat semua! Renung2 kanlah! Aku dari dahulu tahu ada segelintir org atau penulis yg mencari makan menjadi pelobi, makan komisyen, mengugut atas kelemahan org serta memfitnah dgn tujuan menjatuhkan seseorg tp tak tau sapa dikalangan mereka tu. La ni, dah nampak skt. Kalo diorg ni berjuang dgn ikhlas. Insyaallah diberkati walau macamana hebat dan susah dugaannya sbb mata pena ini lebih tajam dari mata pedang. Ada gak 2 3 kerat lg yg spesis mcm tu. Sekali pandang sgt dihormati dan dikenali tp rupanya golongan opportunis sbb jual maklumat peribadi seseorg kat musuh. Jd pemimpin Pas yg ada kena hati2 kat penulis dan utk renungan kita semua. Pemimpin pun ada yg depan nampak steady, blakang buat kerja melaga dan menjatuhkan. Tp bangkai gajah manakan boleh disorok, akhirnya ketemu jua. Sabarlah rakan semua! Moga yg benar akan terbukti jua. Wallahu a’lam, wassalam.
syabas tuan….
akhirnya kebenaran d pihak husam
kpd husam,,,bersabarlah,,sesungguhnya manusia dzalimi akn dpelihara ALLAH
kadang2 mata yang sudah juling akan terseliuh dari memandang dengan tepat ke arah sasaran kebenaran demi kepentingan diri!
ada golongan yang mencari elat orang lain dalam perjuangan tanpa memperduli elat sendiri. dua petikan mafhum nas di bawah sewajarnya jadi pertunjuk:
- demi masa, sungguh manusia dalam rugi melainkan org2 beriman, beramal baik, menasihatkan dgn kebenaran serta berpesan2 agar sabar.
- dan bertolonganlah kepada kebaikan dan takwa; jangan kamu bertolongan ke arah dosa dan permusuhan.
bab inilah terseliauhnya yb nozula dan rakan2 sewaktunya… termasuk mso dan ramai lagi wartawan / bloggers.
moga kita diampuni dan dirahmati Allah.
aku tak penah jumpa pun mso n husam ni, stakat dgr husam berhujah n aku rasa dia ni la pemimpin yang sebenarnya perlu ada sbg pemimpin pas.. pro muqabalah? penyokong pro muqabalah? nanti akan kena telan dengan bumi bersama-sama umno.. aku takkan sokong dah pas jika bersama umno.. riak2 nak baik dgn umno dah nampak..
kawe lamo doh dok ikut tulise mso ni,drpd buku2 politik sapalah tabloid siasah.
mamat nilah hok besungguh benar pasal isu kerajaan perpaduan maso mulo2 panah siap tubik gambar TGHH dan kenyataannya di muko depe siasah,lepah tu lah ramai pemimpin2 pas mula keluarkan kenyataan2 yg berbeza pendapat. mamat mso nilah yg mengapi-apikan isu tersebut dlm surat kaba siasah.lihat apa yg terjadi loni. penulis macam nilah yang cuba memporak perandakan keutuhan perpaduan yg selama ni terjalin dalam pas.tidak dinafikan gaya penulisannya cukup seronok bila dibaca (dalam pujian sebenarnya ada maksud yg tersirat) walaupun agak riak dgn profile diri yg disertakan dlm blog beliau disamping teori2 politik yang ntah ape2 semata2 utk mempopularkan diri sebagai seorg penulis/wartawan/pemerhati politik dan menarik minat pembaca utk mengikuti surat kabanya.apa yg terjadi pada sdr husam boleh dikatakan sama dgn apa yg terjadi pd sdr anwar.bandingkan tulisannya tentang sdr anwar dalam siasah dgn tulisan karutnya dalam buku ‘perang salib-najib anwar’.sama-samalah kita menilai dgn bijak setiap isu yg berbangkit demi keutuhan parti kita.
Untuk saudara shah.. rasanya kita semua pun bukan x belajar agama. kita semua pun bukan suka gaduh2. Tapi persoalan disini bukan nak bergaduh. cuma menerangkan sesuatu yg hak. Kita kena hapuskan saki baki duri dalam daging mcm MSO ni. bukan benci pada sebagai ciptaan Allah. Tp benci kepada perangai dia yg jual maruah untuk kepentingan sendiri. Klau yg di ceritakan tu betul dan ada bukti saya pun sokong dia. Saya x kira la klau nik aziz sekalipun yg buat salah, sy x kan sokong kebatilan. Ni sampai YB Norzula pun dah buat notis mohon maaf kerana dia buat tuduhan tu semata2 mendapat maklumat dari MSO. Manusia ni selalu melakukan kesilapan. Kita akan jadi yg terbaik jika kita sedar yg kita salah kemudian minta maaf serta bertaubat. Tp MSO x begitu. Tembelang dan pecah tp masih cuba menegakkan benang yg basah. Masih boleh di anggap sebagai manusia ke tu?
Dan untuk agletek.. kenapa kata kita peminat husam. Saya pun x kenal husam.. awk kenal ke? saya x minat pun dia.. saya pun x tau keperibadian dia.. setakat kenal rupa saja. Mereka tu bukan artis untuk kita semua minat atau tidak. Mereka tu pemimpin kami yg kalau mereka itu bersalah akan kami tegur dan perbetulkan. Kami bukan penyokong membabi buta yg nak menyokong mereka tu seperti mengundi mawi dalam AFF. Xkira lah klau nik aziz sekalipun.. x betul mesti kami tegur. Persoalannya sekarang segala tuduhan MSO tu tiada bukti dan fakta. Jika betul, sanggah la kenyataan norzula tu yg menyatakan bahawa banyak dari tuduhannya tu di print out dari blog MSO.. So disini norzula menyalahkan MSO. MSO buat la ulasan kepada norzula pula… Awk suruh kami baca dengan waras.. yang awk tu dah baca dgn sehabis waras ke? ke sebenarnya awk ni MSO kot… hehehe..
baru ler ambo paham kenapa mso marah sangat kat Husam.
molek la tu… maso ni meme keno dengan masonyo…
“Maksud Menghalalkan Cara”……….Itukah Islam…………….yang diperjuangkan U**o
Bro Syeikh,
not too late to organise a forum /debate between Hussam , Mat sabu and Nash….
abe shah..
Islam ada sistem politik/pemerintahan/susur galur kuasa yang tersendiri. Namun isu kuasa pemerintahan lebih baik diterangkan oleh yang lebih mahir. Apa yang ambo mahu tekankan.. apa maksud abe shah dgn semua umat Islam adalah bersaudara tampa mengira paham politik? apakah abe shah fikir kalo terang terangan saudara muslim kita mengambil faham politik kapitalist + aetist + markist, kita tak perlu tegur dan duk diam jer.. ?
abe shah..
kalo pasal “ayat” fitnah lebih bahaya dari membunuh.. ambo pohon, abe shah baca/mendalami secara menyeluruh permulaan ayat tersebut hingga akhirnya… jangan ambik sekerat2 camtu… setiap isu yg dibangkitkan dalam Al-Quran ada rangkaian ayat dan relate dgn ayat2 disurah2 lain juga… jom sama2 kita mengaji.. ringkasnya FITNAH yg dimaksudkan bukan hanya menunjuk kepada maksud FITNAH = mengumpat, menuduh tampa bukti… tapi lebih dari tu..
apa maksud abe shah dgn…
“Saya tahu ramai yang akan marah..jika diluangkan persaudaraan sesama islam, ramai yang akan menghentam saya jika saya menyeru supaya semua pemimpin politik yang mentawhidkan Allah tak kira dari parti mana supaya mencari titik pertemuan menjalinkan persaudaraan…..”
Sebelum ini.. jarang2 ambo dengar ada org bercakap pasal persaudaraan Islam dikhalayak ramai.. kenapa ni… ? kita.. semua umat manusia adalah dari sumber yang satu.. Diciptakan oleh Allah SWT.. kita semua adalah bersaudara.. kenapa nak sempitkan dengan ISLAM sahaja… tidak cukupkah lagi seruan PAS FOR ALL… Kita semua bersaudara tak kira waima bangsa dan agama…
Assalalmualaikum,
Komen saya yang terdahulu sebenarnya tiada kaitan sama sekali tentang Husam atau MSO……Yang saya katakan adalah perpaduan sesama islam….ta kira lah individu ke atau parti…..
Buat saudara Nawi,
Saya memang amat bersetuju bahawa kita perlu tegur sebarang kemungkaran yang ada tidak kira oleh mana-mana individu atau parti kerana tak ada manusia yang maksom dan tiada perti yang maksom…..PAS perlu menegur UMNO dan UMNO juga perlu menegur PAS……yang penting niat adalah untuk membaiki dan membantu pihak yang lain dan bukannya untuk meruntuh pihak yang lain….dan lakukan secara berhemah dan mulia….Bukannya caci cerca atau maki hamun,
Dan diharap saudara Nawi telah membaca kenyataan terbuka terbuka DAP kafir Harbi bahawa DAP akan memastikan PAS tidak melaksanakan Hudud jika PR memerintah…bahkan Lim Guan Eng berkata Perjuangan Negara Islam dan Hudud bukan perdirian PR…..Semoga lepas ini PAS dan UMNO akan dapat sama-sama menegur dan mengajak DAP menyokong secara rela hati perlembagaan Islam dan perlaksanaan Hudud…..
Betul ke saudara Nawi…jarang dengar tentang perpaduan Umah diperkatakan….Saya selalu dengar tentang perpaduan umah diceramah ugama,dikhutubah dan juga dikuliah-kuliah subuh….kecuali di ceramah politik tak kira lar mana-mana pihak.
PAS FOR ALL adalah motto sebuah parti politik…….Alhamdullilah jika Karpal Singh dan Lim Guan Eng sanggup menerima perlembagaan islam dan hudud….Syukur…….DAP pun pernah kata DAP for ALL bahkan Parti Gerakkan pun ada motton ‘ONE’…..terpulang bagaimana kita nak menafsir mengikut kesukaan kita….Yang penting bukannya motto….tetapi niat dan usaha secara suci dan mulia bagi mendaulatkan islam dinegara tercinta ini….
Bagi saya tak kira parti mana pun, yang penting keikhlasan untuk menegakkan kesucian agama islam melebihi dari menegakkan kepentingan politik…
Pengakuan ini mungkin mewujudkan banyak lagi pengakuan tuduhan palsu oleh BN keatas ahli-ahli parti pembakang. Mungkin sekali juga dengan kes liwat DSAI.
Salam.. untuk saudara shah.. Saya x berasa begitu hairan bila DAP berkata begitu.. Sbb ramai ahli DAP bukan beragama islam. Tp saya hairan kenapa UMNO menolak apa yg hendak PAS laksanakan. Kenapa jadi begitu? UMNO bukankah mejoritinya mengaku islam? X betulkah islam yg nik aziz bawa ni? ke nak kena guna islam hadari jugak? Tanggungjawab siapa klau DAP x terima negara islam? Bukan tanggungjawab PAS sahaja untuk menerangkan islam kepada yg bukan islam dalam malaysia ni. UMNO juga perlu menerangkan tentang agama islam kepada semua yg bukan islam x kira la mereka dari parti apa pun. UMNO ada buat mcm tu ke? Pernah umno buat siri penerangan islam kpd yg bukan islam selama mereka memerintah ? DAP menentang tu sebab selama ni kita semua x pernah bertanggung jawab menyebarkan islam tu kepada mereka. Bila PAS nak buat.. hangpa tolak mentah2..
Assalammualaikum, Bujang susah
…saya bersetuju dengan kenyataan saudara….tanggungjawab semua pihak tak kira UMNO ke PAS ke atau sapa saja yang beragama islam untuk menerangkan kepada bukan islam tentang kemanisan islam…
Tapi sebagaimana saya tak pernah menafikan usaha PAS menerangkan kepada DAP tentang Islam saya juga tak menafikan usaha pemerintah yang berikhtiar untuk menerangkan kepada bukan islam….Depa ada juga buat…tak lar UMNO tu tak guna langsung….tak lar UMNO tu tak islam langsung……Kita boleh hentam depa tapi depa pun boleh bagi list apa yang depa telah buat…..sedikit sebanyak secara jujur saya akui ada lar juga usaha yang dibuat….mungkin tak cukup bagus dan menyeluruh….mungkin cara depa tak kena…..yang betul….kita kata kan betul…walaupun dia musuh kita…. yang tak betul kita kata kan tak betul walaupun dari kekasih kita……Kalau kita rasa UMNO buat tak lengkap…..tak baik…bukankah molek jika kita ajak depa berbincang, mencari jalan cara terbaik bagi menyampaikan islam kepada orang bukan islam….kita letakkan kepentingan politik ketepi….bab parti UMNO ke parti PAS ke kita letak ketepi….kita bincang dengan depa atas dasar persaudaraan islam….Depa UMNO tak dengar itu masaalah depa….PAS dah berusaha atas nama saudara islam….yang penting keikhlasan kedua belah pihak…
Nak cari salah orang senang saja tapi nak cari kebaikan orang itu yang susah mana-mana pihak nak cari…
Biar ada kelainan dalam berpolitik tapi bila sampai ke hal agama…letakkan politik ketepi dan Islam sebagai pedoman…jika saudara islam UMNO kita terpesong…janganlah dimaki mereka,dicaci mereka atau dijauhi mereka…tapi hulurkan slam persaudaraan, bimbing mereka…..siapa tahu dengan izin Allah mereka melihat kemulian budi bahasa dan adap sopan ahli PAS maka terbuka hati mengundi PAS….
Islam Hadari……tah dari mana dalil datangnya saya pun tak tau…..Dan saya pun tak faham kenapa hebat sangat Islam hadari ini……
Bagi saya Islam hanyalah satu…bukan islam Hadari atau islam tok Guru atau islam tok imam….yang ada hanyalah islam yang dibawa oleh Rasulallah S.w.t
to bujang susah…
saya pernah jumpa Husam….
saya kenal dia..
cuma…
dia x kenal saya…
saya peminat Husam…
dgn brilliant idea dia utk rakyat Kelantan….
dan saya rasa byk lg idea dia yg belum dilaksanakan atau dikemukakan…
dan saya berharap agar idea dia tu…
dilaksanakan dgn sempurnanya…
x salahkan kalau saya jadi peminat Husam…..
hehehe
saudara agletek.. its ok.. silakan berkunjung ke blog saya.. http://rubbertapperz.blogspot.com .. terima kasih.
Nampak sangat apa yang berlaku seperti satu babak untuk menjatuhkan maruah orang yang dibenci. Apa yang ditulis tiada bukti. Kalau sekadar bukti mengatakan Nozula terperangkap kerana MSO adalah naif sekali. Tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan MSO menjadi dalang dalam hal ini. Kalau sekadar kenyataan bahawa semua sumber fitnah datang dari maklumat MSO tidak boleh diterima akal. Sepatutnya siasat kenyataan orang yang mengaitkan MSO dalam hal ini. Kata orang Umno tidak boleh dipercayai. Kenapa dalam hal ini tiba-tiba kenyataan orang Umno boleh diterima pakai la pulak? Pelik la. Mungkinkah ini perancangan Umno untuk mengalihkan perhatian orang PAS? Atau sekadar gimik murahan dari kicdefella untuk menjaga orang tertentu dalam pemilihan dalam muktamar untuk meraih undi simpati? Nampaknya kalau sekadar perbalahan MSO dan Hussam untuk di forumkan ia adalah memalukan sekali. Sepatutnya kita mesti memandang lebih jauh dari memikirkan fitnah ini. Adakah dalam kotak pemikiran orang PAS hanya sekadar membincangkan perkara yang samar dan tidak mempunyai nilai langsung untuk diperbincangkan untuk kebaikan Islam. Tetapi bertambah kusut jika sekadar diperbincangkan di sini. Kalau inilah pemikiran golongan yang dikatakan “profesional” adalah malang jika kita mengambil mereka sebagai pemimpin. Kepada Kickdefella bincangkanlah isu yang boleh memertabatkan islam supaya lebih tinggi lagi. Janganlah menampakkan pemikiran yang bodoh dan menjadi batu api dalam perbalahan orang lain. Ini bukan dari ajaran Islam. Jadilah pendamai. Berfikirlah secara profesional. Janganlah menjatuhkan mertabat anada yang kononya penyokong golongan “profesional”. Tapi tindakan seperti orang yang hilang akal dengan menerima sahaja berita dari orang tanpa disiasat dan bukti.
Nampak sangat apa yang berlaku seperti satu babak untuk menjatuhkan maruah orang yang dibenci. Apa yang ditulis tiada bukti. Kalau sekadar bukti mengatakan Nozula terperangkap kerana MSO adalah naif sekali. Tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan MSO menjadi dalang dalam hal ini. Kalau sekadar kenyataan bahawa semua sumber fitnah datang dari maklumat MSO tidak boleh diterima akal. Sepatutnya siasat kenyataan orang yang mengaitkan MSO dalam hal ini. Kata orang Umno tidak boleh dipercayai. Kenapa dalam hal ini tiba-tiba kenyataan orang Umno boleh diterima pakai la pulak? Pelik la. Mungkinkah ini perancangan Umno untuk mengalihkan perhatian orang PAS? Atau sekadar gimik murahan dari kicdefella untuk menjaga orang tertentu dalam pemilihan dalam muktamar untuk meraih undi simpati? Nampaknya kalau sekadar perbalahan MSO dan Hussam untuk di forumkan ia adalah memalukan sekali. Sepatutnya kita mesti memandang lebih jauh dari memikirkan fitnah ini. Adakah dalam kotak pemikiran orang PAS hanya sekadar membincangkan perkara yang samar dan tidak mempunyai nilai langsung untuk diperbincangkan untuk kebaikan Islam. Tetapi bertambah kusut jika sekadar diperbincangkan di sini. Kalau inilah pemikiran golongan yang dikatakan “profesional” adalah malang jika kita mengambil mereka sebagai pemimpin. Kepada Kickdefella bincangkanlah isu yang boleh memertabatkan islam supaya lebih tinggi lagi. Janganlah menampakkan pemikiran yang bodoh dan menjadi batu api dalam perbalahan orang lain. Ini bukan dari ajaran Islam. Jadilah pendamai. Berfikirlah secara profesional. Janganlah menjatuhkan mertabat anada yang kononya penyokong golongan “profesional”. Tapi tindakan seperti orang yang hilang akal dengan menerima sahaja berita dari orang tanpa disiasat dan bukti.
‘jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan’
-kata Pak Anwar Ibrahim
inilah risiko Husam yg terpaksa ditempuh dlm perjuangan.
harap terus istiqamah.
doa kami bersama sdr.
hidup husam musa
takbir…..ALLAHUAKBAR
Buat pakcik….tak payah dok ikut cakap pak Anwar Ibrahim,
Anwar berjuang kerana kecewa tak dapat jadi PM…..bukannya berjuang nak menegakkan perlembagaan Islam atau Undang-undang hudud……Bahkan perlembagaan PKR pun bukan perlembagaan islam…..Masa dalam UMNO…dia dok hentam PAS…..projek sapu juga….kroni puin ramai juga……ANwar tu darah UMNO……perangai UMNO pun sedikit sebanyak ada juga…….PAS jangan dok berjangkit dengan perangai UMNO……Anwar tu alim ke???Orang UMNO pun ramai yang alim???
Siapa yang tak menyokong pelembagaan islam patut ditentang tak kira UMNO ke DAP Ke PKR ke???
Bro Shah,
Sekali air bah, sekali pantai berubah………Sekurang-kurangnya DSAi telah mula menunjukkan perubahan positif terhadap Islam dan perjuangan raskyat………Tengok saja orang besar U**O………Dulu cakap lain……tapi dibuatnya lain……Orang masih sokong jugak……….Tetapi Allah s.w.t. Maha Kaya…….dibuatnya orang U**O tak berubah jugak……….jadi kena Tunggu PRU 13 juga nampaknya…….baru dapat berubah
krg jangan jadi budus…pasal rasuah ni takan documan nak letak kt dlm laci opis atau letak kt umah…..benda kecik ni pon krg tk blh fikir..terlepas tk semesti bersi makan rasuah…BN..PAS sama je sama2 makan pandai simpan…kecuali nik ajis je budus sikit…terang2 mengakju sebab nk tunjuk kunun dia jujur pada pandangan dia…tapi akibat nya ..sendiri mau ingt…sebb berjuta cra org berfikir tk sama ngt nik ajis fikir..jadi bg aku sprm mmg penting jln kan tugas dia..dan yg bt report pon penting nak kekang msalah rasuah ni,,,tk kra sapa2 pon..sekrg2 org lain akn berfikir nk makan rasuah..wlpn tk takut dgn allah..skrg2 drg tkut sprm dtg rumah.sah ke tak drg mkn rasuah tu bkn isu…yg jadi isu..rasuah wajib di benteras..tk kira sapa pun..krg gaduh pn tk guna…org yg mkn duit rasuah tersenyum kegirangan poket dh penuh duit..krg apa dpt..bergaduh sana sini..tmbh permusuhan..yg susah sapa…LU dengan kuarga LU gak susah…keh keh keh..
aku yakin dlm pemimpin malaysia ni hanya mahadir je pernah di izin kan allah dpt keistimewaan sembahyang di dlm KAABAH rumah suci allah..tpi dia tak pernah takbur..tk pernah canang dia lah paling islam dri org lain..dia lah yg paling istimewa di sisi allah..bukan mcm pemimpin yg ngaku kunun nya islam..tpi terlalu takbur dia lah paling islam..org lain tk layak masuk syurga kunun…tapi hakikatnya allah sja yg mengetahui siapa antara mereka yg istimewa di sisi allah…SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
ISU SEBENAR PAS MERNYERTAI PR ADALAH MENCARI KEPENTINGAN POLITIK..BUKAN SEMATA2 KERANA PERJUANGAN ISLAM..MAKSUD PENGARUH POLITIK ADA LAH KEPENTINGAN PAS DLM POLITIK MALAYSIA..PAS HANYA NAK TUNGGANG DAP DAN PKR UNTUK MENDAPAT KAN LEBIH BYAK KAWASAN JAJAHAN DIA..BEGITU JUGA DAP DAN PR..NAWAITU DRG HANYA NAK TUNGGANG PAS…JADI KESIMPULAN…PR TAKAN BERTAHAN DI PENTAS POLITIK CIPTAAN MEREKA KERAN NAWAITU PERTUBUHAN ATAS DASAR TUNGGANG MENUNGGAN….PERSOALAAN..APA AKAN JADI JIKA PR DI BERI MANDAT MEMERINTAH OLEH RAKYAT..?DI SINI KITA DH DPT JAWAPANYA..DH PASTI PR AKAN KUCAR KACIR KERANA PEREBUTAN KUASA…JIKA PERKARA ITU BERLAKU….SIAPAKAH YG AKAN JADI MANGSA???? DH TENTU RAKYAT…..DLM TEMPON 4 TAHUN PEMERINTAHAN PR..APA AKAN BERLAKU SELAMA ITU…???SUDAH TENTU NEGARA AKAN KUCAR KACIR…DAN DENGAN MUDAH YAHUDI DAN AMERIKA MENGAMBIL PELUANG KEATAS MALAYSIA..YG DI KATA KAN ANTARA NEGARA ISLAM YG PALING DI HORMATI ANTARA SAHABAT NEGARA ISLAM….TAK TERMASUK ISRAIL DAN AMERIKA….JADI KESIMPULAN DISINI…AGENDA ANWAR YG PALING BESAR SUDAH BERJAYA….DRI PANDANGAN SY….DLM PR…RANCANG PALING BESAR ADA LAH AGENDA ANWAR..UNTUK MENBAWA MALAYSIA KE ARAH ISLAM LIBRAL YG DI TUNJANG YAHUDI DAN AMERIKA….OLEH ITU..SAMA2 LAH KITA TOLAK PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG….HANYA RAKYAT YANG KAN MERASA KESENGSARAAN NANTI…AHLI POLITIK..PASTI AKAN CUBA SEDAYA UPAYA INTUK MENGUMPUL KAN KEKAYAAN DIRI SENDIRI…..ADA KAN ANDA MAHU SEMUA INI BERLAKU KE ATAS DIRI ANDA DAN ANAK2 ANDA…FIKIR2 KAN LAH.