Unity Government – Don’t Sleep With The Tainted

30 04 2009
I hope PAS will see through this gimmick which is a trap to demonise PAS once again. 
The next PAS ‘muktamar’ is very important in order to elect party leaders who can ensure this unity government idea is buried once and for all.
They have to elect people with Tok Guru Nik Aziz’s mindset who can see through the plot someone is trying to play in creating this unity government.
wkulit-april2009_0519 Whose Wayang Is This?

By Timmy Say 

When the unity government was first lauded, it was intended to gather support to push Tengku Razaleigh Hamzah or someone else highly regarded by both BN and Pakatan Rakyat to be the prime minister. 

Now that Najib Abdul Razak has become PM, and this unity government plan has to be aborted once and for all. 

It takes someone highly principled to be the leader of a unity government. This to ensure the government puts the country’s problems at the highest priority, that is before party and politics. 

The person must also command the confidence of the rakyat and is one who can be accepted by both coalitions as someone who is incorruptible, fair and without bias. This person must have a very clean record over the years, a record which is undisputable. 

Sad to say, currently there are no one in our cabinet who has such a track record. The only person left which such track record is Tengku Razaleigh, he who has been consistently sidelined and ignored by his very own party.

Now, it seems that the unity government issue is played out everyday by a certain daily newspaper. It even covered the issue about the unity government on its front page and continued it onto its back page. 

What’s the real agenda? 

nik-aziz-rocky0042qiadah

Besides the motive to break-up the Pakatan Rakyat coalition, I really don’t see any other motive. Why, out of sudden, would someone want to work with his enemy of 50 years? 

Every move in Malaysia’s third-class politics is always about survival, killing off your enemies and how to stay in power forever.

Therefore, this unity government idea is being played up now to ensure a certain party’s survival in the next general election. 

I hope PAS will see through this gimmick which is a trap to demonise PAS once again. And PAS should ask all its members to stop reading this daily and encourage them to get more accurate contents from the Internet to prevent further confusion and brainwashing by its enemy.

The next PAS ‘muktamar’ is very important in order to elect party leaders who can ensure this unity government idea is buried once and for all. 

They have to elect people with Tok Guru Nik Aziz’s mindset who can see through the plot someone is trying to play in creating this unity government. 

PAS, you have come so far to be able to be accepted by a mass of Malaysians. Cherish this and appreciate that this moment did not come easy. Do not lose it by sleeping with the tainted. (From Malaysiakini)

Meanwhile, Brother Manjanik posted an interesting email he had received here

Sepanjang pengajaran Tok Guru di pagi Jumaat sehingga habis Tafsiran 6666 ayat dua tahun lepas,  perkataan SESAT hanya di tujukan kepada orang-orang yang mengkhianati Islam dan sentiasa berusaha memusnahkannya. (Manjanik)
Namun apabila Ustaz Nik Abduh menyebut perkataan SESAT kepada pembantu-pembantu Tok Guru dengan kes tidak bersetuju dengan UNITY GOVERMENT maka amat sukarlah untuk di terima oleh sebahagian Pemimpin dan penyokong PAS. Gambaran ini seolah-olah sesiapa yang menentang Kerajaan Perpaduan adalah SESAT. (Manjanik)

 

 





If Party Needs Me, Party Has To Push Me.

29 04 2009

Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya.  Jika arah tuju PAS sudah tegas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu  pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya (dalam menandingi jawatan timbalan) nanti, Insya Allah. 

Husam is ready to consider accepting nominations by the divisions for him to go for number 2 position in PAS.

Husam made the announcement today in Pengkalan Chepa. Husam said whether he will challenge Ustaz Nasharuddin Mat Isa or not is base on three factors.

1.    Whether or not the reason for those division to nominate him is consider valid and truthful to the spirit of Islam and PAS.

2.    The direction of the party and whether he can brave the party into the right direction.

3.    Whether by being number 2 he can strengthen the party to face the next General Election.

Husam also said then he has never change and he still not belief in self promotion. “If party needs me, party has to push me”, said Husam.

Read Husam’s full statement here and watch the video below.





PAS Will Return To BN in June

28 04 2009

update

Perdana Menteri baru ada “task force” (jawatankuasa bertindak) untuk meneruskan perbincangan tentang penyatuan Melayu ni dengan PAS – Wrote Reme from Temasik.

Original Posting

PAS will join Barisan Nasional in June 2009. After it’s pact with other opposition parties had created history, PAS is ready to undress its opposition uniform once again.

Scary? Maybe. Betrayed? Yes.

I received an sms from a buddy in Singapore that later lead me to double-check his query with another buddy in KL.

I was told “everything is on track bro”.

But why June? Perhaps PAS members know better.

Meanwhile I found this piece from Malaysia Kini,

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.          

Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

“Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib). 

“Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 PAS kawasan Bachok, hari ini, lapor Bernama.

 

 

And I counter check with Harakahdaily and found this interview with Haji Hadi by Khairul Azlam Mohamad,

Question: Tapi Dato’ Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Answer: Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini ‘unity’ biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa ‘Unity Government’. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul. 

Will PAS members understand it by June?

Nevertheless, it will certainly be in June.





Datukship For Hilmi!

23 04 2009

“I didn’t know about the said article. I was informed by my staff and I lodged a report,” he said. 

A movement calling itself Gagasan Melayu Perak (GMP) has lodged a police report against Malaysiakini over a news report which the website had not published.

In the police report, GMP president Mohd Hilmi Ismail claimed that Malaysiakini had published an article insulting the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, and Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah. 

The said article, headlined ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule’, was allegedly published by Malaysiakini on Tuesday. 

But a check revealed that no such report was published by the online news daily. 

Its Bahasa Malaysia section had however uploaded a Malay version of the story based on a Bernama report but this was published on April 19. 

Mohd Hilmi (right) and his group lodged the report at the Sungai Senam police station near Ipoh at 5pm yesterday. 

According to Bernama, Mohd Hilmi had told reporters that the police report was lodged because GMP considered the news carried by the website as rude and discourteous to the monarchy in the state. 

He also said GMP hoped that the Ministry of Information, Communications and Culture would take action against the website for abusing information technology without considering the implication on national security. 

‘I was informed by my staff’

Malaysiakini contacted GMP this morning to seek clarification over the police report and was told by Mohd Hilmi that he was not aware if Malaysiakini had carried such a report before going to the police. 

“I didn’t know about the said article. I was informed by my staff and I lodged a report,” he said. 

When asked if he realised that he could have tarnished Malaysiakini reputation with his police report, Mohd Hilmi asked: “Isn’t Malaysiakini the same as Malaysian Today or some other blogs?” 

Malaysiakini has asked Mohd Hilmi to publicly apologise for making the false report. 

The website is also mulling possible action against Mohd Hilmi and GMP. (Check Malaysiakini for full news)

Hello brother Hilmi, kalau kemaruk nak pertahankan Istana, this is what you should do…

“Hilmi to files a police reports against ex Indonesion model’s mum for trying to tarnish the image of Malaysian Monarch from the state of Kelantan. Hilmi confirmed that he had saw the photographs dated 31 March 2009 in Kickdefella that shows the ex model, now known as Cik Puan Temenggong of Kelantan looks visibly happy performing her new role.”

Ada faham Hilmi!





PRK DUN Penanti : Anwar Ibrahim dan 2M.

21 04 2009

Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir

Penanti dan penantiannya bermula dengan bosan sehinggalah munculnya Tun Dr. Mahahtir Mohamed.

Kesediaan Tun Dr. Mahathir untuk mengetuai jentera Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya kecil Penanti jika ia diadakan merupakan satu harapan baru kepada Malaysia di dalam menghadapi arus perubahan yang baru.

Barisan Nasional seharusnya bertindak cepat dengan memberi endorsement kepada Tun Dr. Mahathir untuk diberi kuasa sebagai penasihat kepada Pengarah Jentera Pilihanraya BN yang besar kemungkinan akan terus diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ataupun, Muhyiddin yang banyak berjasa dalam mengembalikan Mahathir kepada UMNO berundur selangkah dan memberi laluan kepada negarawan itu untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Penanti.

Tawaran yang dibuat oleh Tun terjadi memberi harapan baru kepada sebahagian rakyat Malaysia yang sudah merasa jemu dan bosan dengan sikap Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan belum berhenti menyalahguna platfom pilihanraya untuk kepentingan peribadi.

Jika berlakunya pilihanraya kecil DUN Penanti, ini merupakan kali ke tiga rakyat terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil akibat wakil rakyat dari PKR meletak jawatan diatas arahan Ketua Umum PKR itu.

Ternyata Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat membuat Tun Dr. Mahathir percaya bahawa pilihanraya kecil ini berlaku diatas keputusan peribadi wakil rakyat tersebut secara seratus peratus. Sedangkan Elizabeth Wong yang mempunyai cukup alasan untuk kosongkan semua jawatannya yang memerlukan moral yang tinggi pun tidak berbuat demikian bila ditawarkan untuk kekal, apa lagi Wan Azizah, Arumugam dan Fairus.

Mahathir tentu yakin bahawa Fairus dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti kerana Anwar sudah hilang punca dengan kemelut PKR Pulau Pinang. Kegagalan Anwar memilih satu dari dua ADUNnya untuk mengantikan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 membuktikan segala-galanya.

Fairus ditekan supaya meletakkan jawatan ADUNnya agar Anwar dapat mengimport orang kepercayaannya ke dalam DUN Pulau Pinang dan seterusnya jika menang tentu sekali diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ini jelas menunjukkan ketandusan pemimpin dalam PKR. Yang ada hanyalah penumpang tidur yang menunggang PKR hanya untuk melayan mimpi mereka.

Tentu sekali juga Mahathir mengharapkan Anwar menafikan semua ini. Tentu sekali Mahathir akan mendesak Anwar melantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang segera jika Anwar menafikan dia sedang berusaha mengimport calon untuk jawatan itu.

Tentu sekali ini akan menjadikan pilihanraya DUN Penanti menarik. Tentu sekali ini juga bererti Najib Razak telah terjerat oleh pakatan Muhyiddin-Mahathir yang termeterai di bulan Ramadan 1429 Hijrah yang lalu.

Tentu sekali ini bukan kali pertama Najib Razak terjerat di dalam pakatan ini. Kali pertama Najib terjerat ialah apabila Muhyiddin mengumumkan akan bahawa Mahathir bersedia masuk semula UMNO dalam bulan Ramadan 1429 Hijrah dalam satu pukulan yang bukan sahaja menjerat Najib tetapi menamatkan peluang Tengku Razaleigh untuk kembali sebelum sempat apa-apa berlaku.

Sebagai seorang pemimpin yang berusaha membawa perubahan segera dalam sistem pemerintahan negara dan juga dalam cara rakyat memandang Parti pimpinannya, Najib telah membuat kenyataan mencadangkan BN tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Tindakan Najib senang difahami oleh majoriti senyap dan rakyat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bercanggah ideologi politik.

Tindakan Najib telah memulih kembali keyakinan golongan ini terhadap keikhlasan Najib setelah senarai kebinetnya gagal membawa perubahan kepada UMNO, BN dan pentadbiran negara. Tindakan Najib berkata sebegitu dianggap berani menentang arus. Ia adalah hembusan nafas segar.

Najib tentu tidak menyangka Tun akan menyanggahnya secara terbuka walaupun Najib tahu Tun memang berkemampuan berbuat begitu. Tapi Najib tentu terkejut bila dia mula menghidu suatu pakatan sulit Muhyiddin-Mahathir atau pakatan 2M. Siapa sekarang pilihan Tun sebenar-benarnya? Apakah benar Najib atau Muhyiddin menerusi Najib?

Mungkin sudah tiba masanya Najib berbicara dengan Ali Rustam dan berdua mereka melihat kembali kronologi yang telah memerangkap Ali sehingga terlucut haknya menentang Muhyiddin.

Tentu sekali DUN Penanti semakin menarik sekarang.

Dengan pendedahan ini, tentu ramai yang mahu melihat apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim mahukan Pilihanraya Kecil di DUN Penanti untuk mengimport Timbalan Ketua Menteri 1 untuk Pulau Pinang atau ada muslihat Nasional di sebaliknya. Muslihat yang bertujuan mendedahkan kepada Najib dan mengekploitasi situasi sebenar di sebalik liku-liku koridor kuasa di Putrajaya.

Dan jangan kita lupa, Penanti di dalam Negeri Pulau Pinang. Usah terlupa juga Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang masih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Paling usah kita lupa ialah bukan Anwar yang menumbangkan Abdullah dari puncak UMNO tetapi Abdullah tumbang kerana pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir pada Ramadan 1429 Hijrah.

Pengaruh Abdullah mungkin telah luput sama sekali tetapi Abdullah memiliki 2 kerusi di Parlimen. Manakala Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang digugurkan memiliki satu kerusi Parlimen setiap seorang.

Apakah gajah sama gajah berperang, Najib akan mati ditengah-tengah, hanya dengan adanya Pilihanraya Kecil di DUN Penanti sahaja kita dapat mengetahuinya.

Apa yang pasti, ianya berlaku terlalu pantas buat Najib. Dalam minggu pertama sahaja kepimpinannya telah tewas di dalam 2 pilihanraya kecil. Apakah Penanti akan menjadi nesan ke tiga dalam tempoh 100 hari buat Najib.

Sewaktu BN berhadapan dengan tsunami dalam PRU 12 pada 8 Mac lalu, semua jari pemimpin dalam BN menunding ke arah Abdullah. Sewaktu BN tewas di Pilhanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, semua jari menunding juga kepada Abdullah.

Sekarang, pasca Abdullah, kepimpinan UMNO telah berubah, tetapi nasib UMNO dan BN di Semenanjung terus tidak berubah. Jika BN bertanding dan tewas di Penanti, tentu sekali tidak lama selepas itu Muhyiddin-Mahathir akan tiba-tiba terasa bahawa nasib malang BN bukan sangat kerana Abdullah tapi bila di lihat balik baru BN terngadah.

Nasib malang BN sebenarnya kerana Najib.

Untuk itu kita harus menyanjung Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya Anwar lebih bijak memahami masalah BN itu daripada Mahathir. Benarkah Anwar lebih bijak dari Mahathir?

Kerana itu, dalam pertembungan antara Anwar dengan Muhyiddin-Mahathir, hanya akan menyaksikan satu lagi batu nesan terpaksa digendung Najib.

Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir.





Couple, their 3 kids found dead in Maryland home, USA

19 04 2009

The 33-year-old mother and three children suffered “traumatic cuts” and each also had at least one gunshot wound from a .25-caliber handgun

MIDDLETOWN, Md. – An accountant for a railroad operator killed his wife and their three children before fatally shooting himself in a northwest Maryland home, leaving a gruesome scene that was discovered Saturday by the youngsters’ grandfather, authorities said.

Authorities didn’t specify a motive but said there was evidence the man faced psychiatric and financial problems.

When investigators arrived at the two-story home, the couple’s two sons, ages 5 and 4, lay dead in their beds, while the bodies of a 2-year-old daughter and the mother, Francis Billotti Wood, were in the master bedroom, Frederick County sheriff’s office spokeswoman Jennifer Bailey said. On the master bedroom floor by the foot of the bed was the father, 34-year-old Christopher Alan Wood, dead of a self-inflicted gunshot wound, Bailey said.

The 33-year-old mother and three children suffered “traumatic cuts” and each also had at least one gunshot wound from a .25-caliber handgun, Frederick County Sheriff Charles Jenkins said. Their precise cause of death wasn’t immediately known, and Jenkins declined to say what was used to slash them.

The woman’s father found them dead around 9 a.m. He had grown concerned after not hearing from them for several days, Bailey said.

Christopher Wood apologized to family members in one of five notes he wrote and left at the scene, and he indicated in a note that he had psychiatric problems, Jenkins said. The sheriff wouldn’t elaborate on what else was written in the notes. Read More

By ALEX DOMINGUEZ, Associated Press Writer





More and More Lonely Nights for The Muslimats

18 04 2009

But Husam is actually a traditionalist in party sense. Furthermore, he is indeed a ‘boringly ultra religious’ person. He has won the battle of winning the heart and mind of the non Malays and the young Malaysians not because of his willingness to strip the religious attire from his six footer built but due to his diligence in applying his religious knowledge into his administrative styles and using religious as a way of life instead of a way to make others feel discriminated.

dsc_0028

When Pas President Tuan Guru Haji Hadi Awang walked passed me, the wording of Mary Hopkins’s, Those Were The Days linger between my ears.

The day before he left for Kota Bharu, Haji Hadi made a statement from the comfort of his home claiming that he has withdrawn his offer for the formation of Unity Government.

“I made the suggestion to Abdullah because we (I) see him as a leader with the least problems, but I don’t see any such Umno leader now,” Hadi told The Malaysian Insider.

I disagree with Hadi to withdrawn the offer, because if he wants to make the offer, it should be made to the new Prime Minister not the outgoing PM.

Making the offer for Abdullah, after PAS has worked very hard to bring down Abdullah is absurd. The whole country has been wrecked by Abdullah indecisiveness and series of misjudgement. How on earth could we justify prolonging the damage to this country?

Last night, Haji Hadi made a statement in Kota Bharu claiming he is ready to be challenged as president.

Bernama reported that Hadi as saying that he would remain with PAS whether he was re-elected president or otherwise at the general assembly, expected to be held in Shah Alam in June.

This statement maybe coincide with the rumours that Nik Aziz has obtained his first two nominations to contest for President by a Division in the Federal Territory and a division in Kedah.

Strictly playing by the tradition, neither Nik Aziz nor any of his aides has mention anything about having the Spiritual Leader to hold the highest executive position in PAS.

Nevertheless many outsiders especially the non Muslim are expecting a strong blend of Kelantan leaders will fill the important position in PAS because of the trust and respects the non Malays have toward them due to their administrative experience at State level and their popularity at national level.

They are also expecting names like Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Sallahudin Ayub and Mohamad Sabu to make it as the vice president. Nevertheless out of the three names, one may not make it as PAS delegates normally will fill one of the three vice president positions with an Islamic Scholar.

While Nizar made his name as the people’s Menteri Besar of Perak, Sallahuddin is seen as the pillar that managed to control the extremist within the PAS Youth Wing from exploding ala Taliban.

Today, The PAS President Hadi received a warm and rapturous welcome to The PAS Kubang Kerian Division. Leading the welcoming committee is no other that the Division Chief Dato’ Haji Husam Musa, the Vice President of PAS.

Husam is seen to be providing the morale support to his President while at the same time Husam is also seen as Nik Aziz top loyalist.

When Husam led the President to his seat in front of the delegates who are Husam’s staunch supporters at the Religious School in Pasir Tumbuh, it can be seen how comfortable the President felt at the moment.

Officiating Husam’s division at the moment went Husam is seen as the biggest threat to Nasaruddin Mat Isa future as Deputy President of PAS may has send the signal of Hadi’s approval to Husam to take a step up in the leadership hierarchy of PAS. At the same time, it may also send the signal to other division about the hidden warm relationship between both of them.

Husam is actually a stabiliser within PAS. He is the most misunderstood character within the party hierarchy. Many have seen Husam as the reformist and among the accusation thrown to him is he is more UMNO than green.

But Husam is actually a traditionalist in party sense. Furthermore, he is indeed a ‘boringly ultra religious’ person. He has won the battle of winning the heart and mind of the non Malays and the young Malaysians not because of his willingness to strip the religious attire from his six footer built but due to his diligence in applying his religious knowledge into his administrative styles and using religious as a way of life instead of a way to make others feel discriminated.

In a matter of fact, Hadi needs Husam more than Nik Aziz ever did. And it shall be very comforting to know that Husam is a loyalist. Something that Nik Aziz has known all along.

Nevertheless, one thing for sure, it shall be more lonely friday nights ahead in what shall be the less productive months of the year.





Muhyiddin, You Are One Stupid Bugger!

14 04 2009

“It is their right to attend or not to attend (the state assembly sitting), but not to the extent of jeopardising Barisan’s position in the assembly, for we are the government in Terengganu”, – Muhyiddin Yassin.

What the ….! Ayo Muhyiddin, why you fast becoming an idiot lately. It is so ungrateful of you towards the voters to claim that BN assemblyperson has the right not to attend state assembly sitting at their own pleasure.

Hello brother, state assembly sitting is less than 10 days out of 365 days in a year.

This is another UMNOPUTRAS corrupted mind at work.

I say, no elected representatives of the people has the liberty to decide themselves whether they want to do the work that they pleaded from us. When we voted them, they must perform no matter how hard the situation is and attending state assembly is part of the work.

Muhyiddin, you just proved that UMNO has never change. It is nothing but sheer arrogance!

Stupid bugger!





Masanya Bagi Nik Aziz Melangkah Ke Hadapan Untuk Rakyat Malaysia

14 04 2009

Muktamar PAS yang akan datang adalah muktamar yang akan menentukan barisan saf PAS bagi PRU13 dan berkemungkinan besar, jika saf itu betul pilihannya, ia akan menjadi pemilihan terakhir sebelum PAS bersama PAKATAN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.

PAS akan berhadapan dengan pemilihan jawatan-jawatan tertinggi partinya menjelang Jun 2009 kelak. Memandangkan isu Muqabalah dan isu Kerajaan Campuran sudah mula lesu, tibalah masanya PAS menyusun semula saf kepimpinannya sesuai dengan kemelut dan peluang yang bakal dihadapinya di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan menjelang dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Jaguh setiakawan PAS-UMNO, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilaporkan memberitahu orang kanan media bahawa era penyatuan antara PAS-UMNO sudah lesu kerana ianya dahulu perpanjikan keikhlasan Pak Lah selaku pemimpin negara dan teraju UMNO. Bagaimanapun, menurut Ustaz Nasha, dia tidak nampak keikhlasan yang sama pada Najib Razak.

Walaupun masih ada mencurigai kegagalan Ustaz Nasha melihat keikhlasan Najib, ramai tidak mencurigai bahawa masa hadapan PAS bukan bersama Si Luncai yang akan terjun dengan Labunya.

Setelah berhadapan dan menang cemerlang dalam 3 pilihanraya kecil Parlimen dan 1 pilihanraya kecil DUN, ternyata gandingan kerjasama PAS-DAP sudah melepasi detik-detik percubaan yang getir. Setelah satu tahun berhadapan dengan tekanan dakyah media pro kerajaan pusat, gandingan PAS-DAP dalam bentuk kerjasama di peringkat negeri-negeri dan gandingan DAP-PAS diperingkat pusat dalam bentuk kesatuan isu dan perjuangan telah berjaya menampakkan kesan positif.

Walaupun di dalam 4 pilihanraya kecil itu tidak melibatkan sebarang pertandingan dari calon DAP, tetapi ia membuktikan bahawa, hubungan itu tidak menamatkan sokongan setia pengundi PAS kepada PAS dan masyarakat Cina yang kini menerima DAP sebagai parti arus perdana mereka juga tidak langsung gentar memberi undi mereka kepada PAS.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah satu ujian paling getir. PAS walaupun kehilangan sehingga hampir 5% undi Melayu tetapi kalau kita kaji keputusan pilihanraya 2004, PAS masih mengekalkan dan mendapat peningkatan undi padu penyokongnya. Dalam pilihanraya 2004, PAS mencabar calon BN-Gerakan di Bukit Gantang. PAS memperolehi lebih 10,000 undi iaitu undi padu Melayu. Undi tersebut termasuklah undi protes Melayu dan ahli UMNO yang marah kerana kerusi tradisi UMNO itu diberi kepada Gerakan.

Kita tolak ketepi fenomena luarbiasa PRU 13 tetapi kita lihat keputusan 7 April 2009 dan kita akan dapati, walaupun terdapat pengundi Melayu yang terbabit dengan fenomena luarbiasa PRU 13 sudah kembali kepada UMNO, tetapi PAS masih mengekalkan undi-undi padu Melayu pada kadar yang sama dengan biasa diterimanya seperti PRU 2004.

Kesimpulan daripada 7 April 2009, pengundi Melayu yang setia menyokong PAS tidak lari dari terus menyokong PAS walaupun UMNO mendakyahkan segala bentuk kedurjanaan kepada PAS. Lebih baik lagi pengundi dari saluran muda semakin terus cekal memberi undi kepada PAS. Dan dalam apa yang dianggap sebagai undian di luar aturan tabii, masyarakat Cina pula kini semakin padu mengundi PAS.

Selepas persempadanan semula Pasca PRU 1999 yang banyak berjasa kepada UMNO, kini persempadanan semula itu yang meletakkan orang-orang bukan Melayu sebagai ‘king maker’ ternyata hampir melenyapkan MCA, MIC dan Gerakan dan melumpuhkan UMNO.

Oleh yang demikian, PRU 13 tenyata memberi peluang cerah kepada PAS untuk meraih kemenangan lebih besar dan seterusnya bersama rakan mereka PKR dan DAP akan mungkin memikul tanggungjawab sebagai pentadbir di peringkat pusat.

Perubahan teraju di dalam UMNO dan MCA ternyata tidak membuahkan sebarang hasil sehingga kini. Sebaliknya, kedua-duanya dilihat telah mula berhadapan dengan polemik baru hasil dari perubahan teraju itu.

Keasyikan rakyat terhadap aura kepimpinan Najib juga tidak berlaku seperti diharapkan. Walau pada mulanya, rakyat hampir teruja tetapi setelah Tun Dr. Mahathir dilihat memainkan peranan agresif dalam kepimpinan Najib, rakyat yang bukan penyokong setia TDM terus meminggirkan Najib sebagai boneka. TDM adalah negarawan ulung dan beliau punyai eranya. Tetapi eranya sudah berlalu dan kebanyakan rakyat mahukan era baru dan keluar dari kepompongnya.

Bukan kacang lupakan kulit, tapi kacang-kacang pun mahu juga kulit yang baru sesuai dengan era perubahan global. Rakyat Amerika cintakan Kennedy, tapi kalau JFK masih hidup sekarang, cinta mereka pada JFK pasti pudar dan mereka tentu sekali mahukan era Obama tanpa campurtangan JFK.

Persoalannya sekarang, haruskah PAS ketinggalan keretapi yang sekian lama dikejarnya?

Tetapi, jika PAS mahu merasai nikmat menaiki keretapi itu, PAS harus menyediakan dirinya untuk tidak lain tetapi satu, iaitu naik keretapi itu!

PAS boleh cemerlang dalam PRU akan datang jika mereka dapat terus mengekalkan keyakinan masyarakat bukan Melayu kepada mereka. Untuk itu, PAS harus terus setia dengan identiti perjuangan Islamnya dan terus tolak perjuangan assabiyah atau nasionalistik.

Namun dalam mengekalkan identiti perjuangan Islam itu, ia perlu ditonggak dengan pemimpin yang dilihat fundamentalis tetapi bukan ekstremis. Ia juga harus diterajui oleh saf pimpinan yang bukan sahaja berilmu tetapi berakal.

Di dalam erti kata lain, PAS harus lekangkan diri mereka dari imej kampung tetapi tidak boleh menyarung imej elitis. PAS kini perlu beralih dari parti pondok kepada parti rumah pangsapuri dan jangan jadi parti rumah banglow.

Kemenangan-kemenangan bermakna PAS dalam PRU12 lalu ialah disekitar kawasan sub bandar dan urban tetapi yang memberi sokongan padu kepada PAS baru-baru ini ialah golongan pekerja atau proletar bukan golongan bangsawan.

Tiada tokoh lain yang lebih sesuai untuk meneruskan agenda PAS ke pusat selain daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed.

Dan dalam PRU ke 13 kelak, Tuan Guru perlu bertanding kerusi Parlimen begitu juga teraju-teraju PAS lainnya termasuk Husam Musa, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu yang jelas berpengaruh luas dikalangan bukan Melayu.

Jika PAS benar-benar serius dan mahu rakyat mengetahui ketegasannya bersama Pakatan Rakyat ke pusat, PAS perlu pertaruhkan segala kekuatannya di Pusat.

Tidak ada lebih baik, di dalam pilihanraya umum akan datang selain PAS mampu meletakkan poster Nik Aziz bersama Poster Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang selaku pemimpin parti-parti politik Pakatan.

Muktamar PAS yang akan datang adalah muktamar yang akan menentukan barisan saf PAS bagi PRU13 dan berkemungkinan besar, jika saf itu betul pilihannya, ia akan menjadi pemilihan terakhir sebelum PAS bersama PAKATAN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.





Kabinet ‘Buah Tumpang’

12 04 2009

Maka, apa yang kita dapat ialah satu Kabinet yang dibuat atas desakan Tun Mahathir Mohamad dan desakan komponen-komponen BN. Semuanya dibuat dengan tujuan-tujuan yang lebih utama dari falsafah One Malaysia, People First, Performance Now.

Ramai salah mengerti bila saya cuba berkias. Ramai kurang arif perubahan yang sebenarnya boleh dilakukan oleh Najib Razak menerusi perlantikan kabinet barunya. Perubahan kabinet negara bukan sekadar menukar nama orang. Orang boleh ditukar oleh sesiapapun, tetapi kalau sistem dimana orang itu berada tidak ditukar bersama orangnya, apa benda KPI sekalipun akan lenyap dan akhirnya kembali ke asal.

Pi mai pi mai tang tu jugak.

Kabinet baru Najib sekadar kabinet saranan Mahathir. Melantik orang yang dilihat bersih dan diletakkan di dalam suasana yang penuh peluang dan ‘loop hole’ untuk melakukan aktiviti tidak bersih tanpa ‘check and balance’ yang ‘proper’.

Tiada tindakan kreatif dalam memastikan kabinet ini akan menidakkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tiada tindakan kreatif dalam memastikan kabinet ini menggalakkan persaingan kuasa dikalangan pemimpin politik dan tiada tindakan dalam perlantikan kabinet ini bagi menjamin tidak akan berlaku politik wang lagi di dalam UMNO.

Najib telah terlepas keretapi.

Keretapi ini mungkin tidak akan sempat tiba di stesen seterusnya untuk membolehkan Najib menukar ke keretapi lain.

Apa yang diharapkan berlaku tetapi tidak dilakukan Najib? Sebelum kita menjawab persoalan itu, kita lihat apa yang dilakukan oleh Najib dalam senarai baru kabinetnya.

1.    Kabinet baru Najib kelihatan sekali pandang lebih kecil sedikit dari kabinet Abdullah.

2.    Dua kali pandang, kabinet Najib memiliki 29 orang Menteri dan 40 orang Timbalan Menteri dengan seorang yang tidak disebut namanya dilantik ke taraf Menteri. Jumlah keseluruhannya ialah 69 orang.

3.    Kabinet Abdullah mempunyai 32 orang Menteri dan 38 Timbalan Menteri. Jumlah keseluruhan 71 orang.

4.    Kabinet Najib bukan kabinet rakyat sebaliknya kabinet Barisan Nasional.

5.    Ia bukan kabinet untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan tetapi kabinet untuk memuaskan hati parti-parti komponen BN supaya mereka berpuashati dengan Najib.

6.    Najib lebih utamakan BN dan masa depan BN bukan rakyat dan masa depan rakyat didalam kabinetnya.

Apa yang Najib terlepas peluang untuk melakukkannya dan membentuk kabinet rakyat sebenar-benarnya?

1.    Najib harus mengurangkan lantikan ahli kabinet dari kalangan pemegang jawatan di dalam parti-parti yang membentuk kerajaan. Ini akan memberi isyarat kepada pemegang-pemegang jawatan di dalam parti bahawa jawatan di dalam parti bukan pas untuk dilantik ke dalam kabinet. Secara langsung ini akan mengurangkan kepanasan perebutan dalam pemilihan parti terutamanya UMNO.

2.    Apabila ini berlaku, ia juga akan mengurangkan dan seterusnya menamatkan politik wang di dalam UMNO. Tiada guna berhabis wang berkempen dan membeli undi kerana mendapat jawatan dalam parti hanya bererti mereka akan menabur khidmat kepada parti mereka dan bukan negara.

3.    Pemegang jawatan didalam parti tidak akan mendapat peluang terus untuk mengaut balik ‘pelaburan’ mereka dan penyokong mereka menerusi projek-projek kerajaan.

4.    Jika ahli kabinet bukan dari pemegang-pemegang jawatan parti, ia akan dapat meringankan tugas ahli kabinet seterusnya lebih fokus kepada prestasi kepada kementerian mereka tanpa menyalahgunakan kemudahan mereka sebagai Menteri untuk tujuan parti.

5.    Pada hari ini, para Menteri menggunakan kemudahan yang diterima sebagai ahli kabinet untuk membiayai kerja parti mereka seperti tiket penerbangan, elaun, keraian, pengangkutan darat dan lain-lain.

6.    Jika Menteri bukan pemegang jawatan di dalam parti, penyalahgunaan kuasa ini lenyap.

7.    Seterusnya, Najib seharusnya mengurangkan jumlah ahli kabinet dari anggota Dewan Rakyat seterusnya ini boleh mengurangkan masalah melobi di dalam parti untuk menjadi wakil rakyat menjelang pilihanraya.

8.    Ahli-ahli wakil rakyat dari pemerintah juga akan dapat menumpukan lebih perhatian kepada tugas mereka sebagai penggubal undang-undang di Parlimen dan sebagai Wakil Rakyat di konstituensi mereka.

9.    Pada waktu ini, seorang ahli politik bergelar Menteri, setidak-tidaknya adalah seorang Wakil Rakyat, sebagai ahli Majlis Tertinggi Partinya dan sebagai Ketua Bahagian Partinya. Oleh itu, terlalu banyak sumber kerajaan yang disalahguna untuk mereka melaksanakan tugas mereka. Ini mengakibatkan pengagihan kekayaan negara yang tidak seimbang. Ini juga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung pelbagai jawatan lantikan politik untuk membantu Menteri itu melaksanakan amanah-amanah yang dipikulnya.

10. Seorang Menteri juga terpaksa menganugerahkan tender dan peluang-peluang projek dari kementeriannya kepada bukan sahaja partinya, tetapi kepada penyokongnya yang membiayai kempennya dalam pilihanraya umum dan pemilihan parti.

11. Di atas sebab demikian, sebersih mana sekalipun seorang Menteri itu diperingkat awalnya, dengan kuasa besar yang ada ditangannya dan dengan tanggungjawab yang bertindan-tindan serta untuk ‘survival’nya di pelbagai peringkat, terpaksa jugalah dia menggunakan kedudukannya dengan cara yang tidak beretika.

Oleh yang demikian, dari manakah harus dilantik Menteri-menteri ini?

1.    Menteri-menteri boleh dilantik dikalangan sesiapa sahaja yang layak dan mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh Perdana Menteri untuk melaksanakan misi dan wawasannya.

2.    Tangan PM tidak terikat untuk memuaskan hati partinya dan parti-parti komponen lain.

3.    Komposisi ahli kabinet boleh dilakukan berdasarkan persetujuan BN.

4.    Perlembagaan Negara membenarkan ahli kabinet dilantik dari ahli Parlimen beerti tidak semestinya Wakil Rakyat tetapi Senator juga.

5.    Oleh yang demikian, dengan cara ini, Dewan Negara akan mula dipenuhi oleh mereka yang mempunyai kepakaran tinggi yang dilantik sebagai Senator bagi membolehkan mereka menganggotai kabinet. Dewan Negara tidak lagi diisi oleh mereka yang tewas dalam PRU atau mereka yang diangkat ke situ bagi mengurangkan ketegangan dalam parti.

6.    Ini akan membuka pintu kepada pengasingan kuasa antara eksekutif dan perundangan walaupun tidak menyeluruh pada mulanya.

Apa yang dijelaskan diatas adalah satu gagasan transformasi di dalam Kabinet Negara oleh seterusnya berpeluang menghapuskan masalah politik wang, rasuah dan amalan penyalahgunaan kuasa.

Mengapa Najib tidak melakukan apa yang tersenarai di atas jika beliau benar-benar mahu melakukan perubahan segera.

1.    Najib dan penasihatnya sebenarnya ‘clueless’ dengan apa yang dikatakan transformasi dan reformasi dalam peringkat tertinggi Kerajaan.

2.    Atau Najib sebenar-benarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang perubahan selain hanya sekadar perubahan kosmetik semata-mata. Dalam erti kata lain, Najib tidak ikhlas dalam mahukan perubahan.

3.    Atau Najib sebenarnya di dalam keadaan terancam dan tidak berani untuk berubah kerana takut kehilangan sokongan dan mengakibatkan huru hara di dalam BN disebabkan parti-parti komponen BN hanya mahukan kuasa untuk survival dan bukan kuasa untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Maka, apa yang kita dapat ialah satu Kabinet yang dibuat atas desakan Tun Mahathir Mohamad dan desakan komponen-komponen BN. Semuanya dibuat dengan tujuan-tujuan yang lebih utama dari falsafah One Malaysia, People First, Performance Now.

Jika falsafah tadi di dokong sama oleh komponen BN dan UMNO khasnya, maka tidak perlu timbul soal kuota parti-parti komponen dan soal pemegang jawatan parti perlu diutamakan. Yang penting ialah soal ‘performance’ dan sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Malaysia tanpa kira agama dan keturunan, asalkan yang terbaik yang ada, maka dia wajib dipelawa untuk menjadi ahli kabinet.

Kegagalan Najib mentransformasikan kabinetnya, diikuti pula kegagalan untuk mewujudkan reformasi dikalangan ahli-ahli kabinet.

Di dalam usaha memenangi hati rakyat, anggota kabinet bukan sahaja perlu disukai rakyat tetapi juga perlu bersifat sebagai rakyat. Hanya dengan bersifat sebagaimana rakyat maka kabinet ini dapat berfungsi sebagai kabinet rakyat.

Saya merasakan satu reformasi fizikal dalam kabinet diperlukan. Ia bukannya reformasi kosmetik seperti di zaman Tun Dr. Mahathir, di mana kabinet bermesyuarat di lokasi-lokasi berlainan di negeri berlainan kerana ini bukan sekadar kosmetik tetapi pembaziran yang besar.

1.    Sebagai permulaan, reformasi kabinet perlu bermula dengan setiap Menteri diwajibkan menggunakan kemudahan awam pada setiap hari mesyuarat Kabinet di adakan. Ini akan menjadikan Menteri tersebut masuk ke dalam mesyuarat kabinet dengan satu mood yang berlainan. Bayangkan mereka masuk ke mesyuarat kabinet dengan bergegas kerana terlewat atau ‘barely make it on time’ setelah tersangkut di dalam kesesakkan lalulintas. Bayangkan mereka masuk ke dalam mesyuarat kabinet dengan memori mereka masih segar dengan bau hapak ketiak rakyat di dalam kenderaan awam. Setidak-tidaknya, jika ini berlaku, setiap keputusan dibuat akan lebih dekat dengan rakyat kerana yang berhujah di dalam kabinet itu adalah orang-orang yang baru sahaja bergelumang bersama rakyat.

2.    Seterusnya, setiap aktiviti Menteri hendaklah tidak melibatkan penutupan jalan raya dan hanya melibatkan kawalan keselamatan yang minima. Setiap Menteri seharusnya bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk jenayah seperti juga rakyat jelata.

3.    Setiap kali menggunakan pernerbangan, Menteri harus menggunakan penerbangan tambang murah atau terbang dengan kelas ekonomi supaya mereka dapat menghabiskan lebih masa untuk beramah mesra dengan rakyat jelata. Menteri tidak perlu memberi alasan mereka perlukan segala kesempurnaan kerana mereka banyak kerja dan tidak cukup masa, kerana menghabiskan masa dekat dengan rakyat massa adalah kerja utama mereka.

4.    Menteri tidak boleh membuat tuntutan claim keraian dihotel-hotel sebaliknya hanya claim di restoran biasa sahaja. Wang rakyat tidak boleh dihabiskan untuk tujuan keraian mewah.

5.    Kunjungan ke kelab-kelab ekslusif tidak dibenarkan. Segala urusan rasmi hendaklah dilakukan di premis awam. Menteri digalakkan di lihat di kopitiam, warung dan restoran mamak.

Anggota kabinet perlu dielakkan dari sebarang kemewahan kerana anggota kabinet sentiasa perlu sedar bahawa setiap sen yang digunakan oleh mereka adalah hasil titik peluh rakyat. Mereka menjadi ahli kabinet bukan untuk merasai kemewahan tetapi untuk membawa kebaikan kepada negara.

Hanya dengan menerapkan sifat-sifat rakyat, barulah ianya sebuah kabinet rakyat.

Mungkin ini terlalu berat untuk dilaksanakan oleh BN kerana keikhlasan untuk berubah yang amat cetek.

Mungkin juga Anwar Ibrahim boleh berikrar bahawa, asas-asas sifat rakyat ini akan dilaksanakan oleh kabinetnya jika mereka dapat mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU 13 kelak. Sementara itu, ciri-ciri ini digalakkan digunakan di Negeri-Negeri Pakatan Rakyat yang belum mengamalkannya.  Saya tahu sebahagian besar ciri-ciri ini telah lama diamalkan oleh Pentadbiran PAS di Kelantan.

Kepada Yang Maha Kuasa Malaysia berserah.





Queck, queck, queck!

12 04 2009

crikect0005april-2009Wef ‘Tendulkar’ and Rayyan ‘Gangguly’, Batsmen for Kampung Demit

All this photos should be read together with those link articles.

crikect0059april-2009

crikect0060april-2009

crikect0061april-2009

crikect0062april-2009Stumped and Out!

Bad feng shui Najib!





Ini Bukan Kabinet Najib!

9 04 2009

Foto Ehsan The Malaysian Insider

Kabinet yang tiada apa-apa yang luar biasa. Kabinet yang tidak menggambarkan sebarang perubahan. Kabinet ini tidak ada ‘wow factor’.

Ia bukan satu barisan kabinet yang menggambarkan usaha untuk mengukuhkan kembali negara tetapi satu barisan kabinet yang berusaha mengukuhkan Barisan Nasional dan UMNO melalui cara tradisional.

Kepanasan sokongan saya kepada Perdana Menteri baru ini nampaknya begitu cepat menjadi sejuk. Sejuk bila melihat dia menghantar Tun Dr. Mahathir ke perbatasan Pilihan Raya Kecil yang menggambarkan satu usaha tradisional yang ketandusan idea dan ternyata keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang dan sekarang bertambah sejuk bila melihat senarai kementerian di bawahnya dan barisan Menterinya.

Saya masih belum mahu mengkritik Perdana Menteri baru Malaysia. Saya masih berusaha menyakinkan diri saya untuk tidak cepat mengalah dalam sokongan saya kepadanya. Saya cuba memahami masalahnya.

Malangnya bila saya rasa saya faham masalahnya, ia tambah menyakinkan saya bahawa Najib juga akan mengulangi apa yang dilakukan oleh Abdullah. Yang menggerunkannya ialah, Najib melakukan apa yang Abdullah lakukan dalam tempoh yang terlalu cepat.

Ternyata apa yang kurang dalam keputusan Najib dari segi politik dan juga dari segi kepimpinan ialah kreativiti dan keberanian menentang arus. Tindakan-tindakan Najib setakat ini semuanya tindakan yang sudah diramal oleh pengkritik dan musuh politiknya. Tindakan Najib membawanya tidak lain tidak bukan, ke jerat yang tersedia buatnya.

Apakah ini benar-benar tindakan Najib atau tindakan seorang yang bercelaru dengan pelbagai tekanan? Tindakan Najib terlalu berbau Mahathir di dalam banyak aspek.

Saya mengharapkan Najib mempunyai kekuatan sendiri, bertindak diluar norma biasa politik UMNO, BN dan Malaysia. Tindakan-tindakan yang tidak pernah diramal yang membuktikan beliau seorang yang kreatif dan berani mengambil risiko.

Bagaimanapun, Najib cepat melihatkan tindakannya hanyalah tindakan seorang pentadbir dan bukan tindakan seorang pemimpin ulung.

Tiada apa yang berubah didalam kabinet Najib kalau dibandingkan dengan Kabinet Abdullah selepas PRU 12. Orangnya mungkin bertukar tetapi tabii dan ragamnya sama.

Setidak-tidaknya Abdullah sedikit berani dan kreatif bila menamakan Zaid Ibrahim sebagai Menteri. Seorang yang jelas menentang arus. Seorang yang jelas mahukan reformasi sebenar dan berani berusaha melakukannya. Bukan sekadar retorik dan hanya reformasi untuk tujuan politik. Malangnya perlantikan Zaid menjadi tindakan bodoh dan bahan jenaka kerana mengapa Zaid tidak diberi peluang mempertahankan kerusinya dalam PRU 12 kalau sudah ikhlas rancangan Abdullah mahukan Zaid ke dalam kabinetnya?

Kabinet baru Najib tidak menunjukkan sebarang muka baru dalam ertikata sebenar-benarnya. Orang-orangnya tetap orang lama dalam politik. Orang-orangnya semua kita tahu dan kita boleh dengar cerita-cerita masam dan masin mereka.

Tidak ada satu nama yang membuat kita tertanya ‘wah siapa dia tu’ dan bila kita mendapat jawapannya kita rasa teruja dengan latar belakangnya.

Bahkan, Najib telah melepaskan peluang untuk membawa nafas baru ke dalam kabinet apabila akur dengan desakan-desakan luar dan dalam. Najib mengorbankan Khairy Jamaluddin (KJ), satu-satunya penjawat jawatan di dalam UMNO yang mempunyai ‘cv’ yang bisa membuat orang yang tidak mengenalinya teruja dengan latar belakangnya dan laluannya ke menara politik.

Mengapa harus diketepikan KJ kalau kaki disko yang suka melakukan gangguan seksual ditempat awam boleh diambil ke dalam kabinet. Mengapa harus diketepikan KJ kalau ‘lelaki’ yang suka menghunus keris dan mengguris perasaan kaum lain boleh dikekalkan?

Kalau dikatakan KJ jahat, rasanya Johari Baharom lebih jahat kerana menderhaka dan menghina bekas Presiden UMNO. Johari Baharom juga walau berjaya membersihkan dirinya, terus dicurigai.

Setidak-tidaknya KJ tidak pernah bertindak memukul seseorang sehingga lekuk kepalanya seperti Menteri yang terus dikekalkan oleh Najib.

KJ memang tidak popular, tetapi dia lebih berakal berbanding hampir keseluruhan pilihan Najib. Kalau mahu melantik penipu, penjenayah atau pun Menteri, biarlah yang berakal.

Melihatkan senario ini, bukankah lebih baik melantik KJ daripada Mukhriz. Bahkan adalah lebih senang bagi Najib mempertahankan perlantikan KJ daripada perlantikan Mukhriz.

Seolah-olah Najib tidak mempunyai kuasa penuh dalam perlantikan Menteri kabinetnya. Kabinetnya menjadi begitu bercelaru sehinggakan satu kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu dalam aspek perniagaan dan pendidikan lenyap tak tahu hilang ke mana.

Beberapa kali saya melihat dan mencari siapakah menteri Kementerian Pembangunan Usahawan tetapi tak jumpa-jumpa. Ke mana perginya MARA? Rasanya tak juga dijelaskan dalam ucapan panjang Najib sebelum pengumuman kabinetnya.

Mungkin harapan saya kepada Najib terlalu tinggi. Saya harapkan kabinet yang akan membuat Anwar Ibrahim berpeluh dan membuat Nasharuddin Mat Isa menangis kerana terlepas peluang untuk turut serta bergelar menteri.

Satu barisan kabinet yang membuat anak-anak muda berasa masa depan mereka di Malaysia akan lebih bermakna.

Selain dari Peter Chin, senarai lain mengecewakan. Ianya dipenuhi dengan ‘has been’ dan mereka yang sepuluh tahun dulu dikatakan ‘berpotensi’ tetapi hingga kini tinggal potensi.

Merenung kembali senarai kabinet ini, semakin suram sejuk harapan saya untuk melihat perubahan seterusnya di dalam institusi lain seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Di Raja Malaysia dan lain-lain.

Namun, jauh disudut hati saya, masih ingin terus memberi sokongan kepada Najib. Sekurang-kurangnya biarlah sehingga beberapa bulan. Harap-harapnya.

Tetapi, juga jauh disudut hati saya, terus berkata-kata, ini bukan Kabinet Najib! Ini bukan Kabinet Najib! Ini bukan keputusan Najib. Kabinet ini langsung tidak melambangkan retorik yang Najib uar-uarkan sejak menjadi Perdana Menteri. Kabinet siapakah ini?