Sekian lama orang-orang Melayu dibelenggu kepercayaan terhadap pentingnya jati diri yang bertitik tolak dari perlambangan dan metafora semata-mata. Kepercayaan yang diteraju oleh UMNO sejak 1946. Kepercayaan yang sudah tidak kemana.
Perjuangan terhadap mengekalkan ketuanan Melayu berteraskan metafora dan retorik semata-mata mungkin releven waktu awal politik Melayu Moden tetapi setelah lebih setengah abad merdeka, ternyata ia sudah mencapai tahap stagnant. Malangnya, kita masih dirasuah dengan idealisme yang sama tetapi sebenar-benarnya, ketuanan itu hanyalah ketuanan UMNO.
Satu ketika dahulu Orang-orang Melayu tiada pilihan. Mengharapkan pembangunan hanya dengan belas ehsan UMNO. Ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin terbaik dan berpengalaman di kalangan orang-orang Melayu majoritinya berada di dalam UMNO. Kini orang-orang Melayu sudah memiliki alternatif. Orang-orang Melayu kini mempunyai pilihan.
Tetapi persoalannya adakah orang Melayu mampu membuat pilihan itu?
Saya bersetuju dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor supaya pintu UITM di buka kepada golongan bukan Bumiputera.
1. Saya bagaimanapun percaya jika pintu itu dibuka, ia tidak akan mendapat sambutan yang baik dari mahasiswa-mahasiswa bukan bumiputera kerana ianya sebenarnya sudah terlewat.
2. Di dalam polemik Melayu mahukan universiti khas untuk bumiputera, Melayu telah buta dari memikirkan komplikasinya.
3. Atas dasar politik, selepas pilihanraya 1999, apabila UMNO terngadah dengan merosotnya sokongan pengundi Melayu kepada mereka, UMNO menerima usul untuk menaiktaraf Institut Teknologi Mara kepada sebuah universiti dengan harapan mendapat semula sokongan Melayu.
4. Apa yang orang-orang Melayu tidak sedar, apabila membuka pintu kepada ITM menjadi UITM, pemimpin Melayu dalam kerajaan juga mendapat tekanan dengan pelbagai tuntutan yang sama dari Bukan Bumiputera yang pada tahun 1999 setia mengundi Barisan Nasional.
5. Akibatnya, pemimpin-pemimpin Melayu terpaksa meluluskan tuntutan yang sama kepada bukan bumiputera.
6. Di dalam menjamin ketuanan UMNO yang ketika itu bergantung kepada pengundi bukan bumiputera untuk menerajui negara, maka MCA, Gerakan dan MIC diberi hak untuk menubuhkan universiti-universiti mereka sendiri untuk anak bangsa mereka.
7. Kerana mahu memiliki satu Universiti khas untuk bumiputera, menjadi taksub sehingga buta melihat bahawa tindakan mereka menyebabkan kerajaan terpaksa memberi hak kepada kaum-kaum lain juga memiliki mereka sendiri.
8. Satu ketika dahulu, Orang Melayu bertungkus lumus menekan kerajaan tidak memberi hak kepada penubuhan Universiti Merdeka yang diusulkan oleh bukan bumiputera.
9. Tetapi selepas di sogok dengan satu Universiti Bumiputera, kita pun berpuashati dan senyap sunyi dan buta tuli terhadap universiti-universiti lain yang ditubuhkan oleh bukan Melayu tumbuh seperti cendawan.
10. Dari segi prestij, UITM masih sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mempunyai dasar-dasar yang rigid.
Tetapi ambil contoh univerisiti milik MCA, Universiti Tunku Abdul Rahman adalah sebuah IPTS dan mendapat begitu banyak bantuan kewangan dari luar.
1. UTAR membuka pintu kepada semua kaum dan yurannya adalah di antara yang terendah.
2. UTAR mempunyai kemudahan serba moden dengan setiap fakulti mempunyai perpustakaan mereka sendiri.
3. UTAR kini mempunyai kampus yang amat conducive untuk menjana minda mahasiswanya di Kampar, tapak yang diberi percuma oleh Tajol Rosli dan Kerajaan Perak di bawah pimpinan UMNO.
4. Sebagai seorang yang pernah mengajar di UTAR, saya sendiri merasakan kehebatan dan kesungguhan UTAR untuk menjadi yang terbaik dan oleh sebab itu saya sehingga hari ini yakin bahawa didalam jangka masa yang tidak lama lagi, UTAR akan meninggalkan UITM di belakang.
5. Tapi orang Melayu tidak kisah, mereka hanya suka bercakap pasal ketuanan Melayu tetapi yang penting bagi mereka ialah menang sorak, kampung tergadai pun tak mengapa.
Orang Melayu begitu bangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Orang Melayu merasakan bahawa bahasa Melayu adalah satu cara untuk mereka meletakan ketuanan mereka mengatasi segala-galanya.
1. Akibatnya orang-orang Melayu mendesak diperkasakan Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
2. Orang-orang Melayu begitu taksub dengan Bahasa Melayu dan begitu bangga sehingga mengakibatkan salah satu punca anak-anak Melayu ketinggalan.
3. Kadar kemahiran bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Perancis dan sebagainya masih lemah dikalangan anak-anak Melayu.
4. Akibatnya kebanyakan Mahasiswa Melayu kehilangan daya saing di universiti kerana kebanyakan buku rujukan utama masih di dalam bahasa bukan Melayu.
5. Siswazah Melayu kehilangan daya saing berbanding dengan siswazah keturunan Cina dan India didalam sektor swasta kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.
6. Akibatnya kerajaan terpaksa memaksa pengajian Sains dan Matematik dibuat di dalam Bahasa Inggeris.
Akibatnya begitu banyak tekanan daripada orang-orang Melayu atas dasar kedaulatan dan hak-hak mereka didalam perlembagaan.
Sewaktu saya di UTAR, saya mendapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan Mahasiswa-mahasiswa di situ juga rendah, ini adalah kerana,
1. Kebanyakan mereka dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
2. Kebanyakan mereka dari luar bandar dan dari keluarga miskin.
3. Mereka yang datang dari keluarga berada tidak ke UTAR tetapi keluar negara.
4. Mereka yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris juga banyak memilih keluar negara.
UTAR mengambil langkah radikal bagi mengatasi masalah ini,
1. Semua kursus melainkan Kursus Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina di ajar di dalam Bahasa Inggeris.
2. Kelas Tutorial di kendalikan di dalam Bahasa Inggeris.
3. Peperiksaan di lakukan di dalam Bahasa Inggeris.
Adakah masyarakat Cina menekan MCA supaya mengubah dasar ini demi bahasa ibunda mereka? Tidak pula kedengaran kerana mereka tahu ini adalah demi kebaikan dan demi masa depan anak-anak mereka.
Ramai juga mahasiswa UTAR gagal kerana kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi ia tidak dijadikan isu kerana ini adalah untuk kebaikan mahasiswa itu sendiri seterusnya untuk kebaikan dan keutuhan keturunan mereka.
Orang Melayu, akibat diracuni sekian lama oleh pemerintah menjadi begitu taksub dengan Kemelayuan mereka sehingga ianya tidak boleh dipertikaikan langsung.
Orang kita lebih suka metafora dan retorik. Jangan cabar hak-hak orang Melayu dan jangan terbalikan bendera, itu semua lebih penting biarpun negara dan bangsa menjadi tunggang-langgang.
Biar papa asal bergaya. Itulah pegangan segelintir orang-orang Melayu yang masih kukuh mempercayai apa yang dilontarkan oleh UMNO. Yang ironinya, UMNO sudah memerintah lebih 50 tahun dan sudah lebih 50 tahun Perdana Menteri Malaysia adalah orang Melayu, tetapi orang Melayu masih tidak puas hati dengan pencapaian mereka. Disebalik polemik ini, orang Melayu masih yakin lagi kepada UMNO.
Perjuangan segelintir orang Melayu seolah-olah tertumpu kepada mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidakkah mereka terfikir, hak dan keistimewaan itu sebenarnya adalah satu agenda untuk mencucuk hidung orang Melayu?
Mungkin fasa di dalam perlembagaan itu nampak begitu manis, tetapi bukankah manis itu kalau keterlaluan boleh membawa penyakit yang kronik?
Janganlah terus dengan budaya Pak Kadok. Janganlah asyik menang sorak sahaja. Dari segi politik, hari ini orang Melayu sudah mempunyai alternatif yang kukuh. Tibalah masanya untuk berubah.







Wow! Satu satunya pandangan yang amat tepat dan ikhlas. Kaum Melayu di Singapura mempunyai daya persaingan yang tinggi, setaraf dengan yang bukan Melayu. Kalau mereka berjaya, orang tak cakap itu kerana bantuan kerajaan. Di Malaysia walaupun Melayu benar benar berkebolehan, ramai masih sangsi adakah kejayaan mereka kerana tongkat yang di beri atau sebaliknya. Bilakah persepsi ni akan hilang kalau tak bertanding dalam gelanggang yang sama rata? Mengapa tak ada keyakinan yang bangsa Melayu boleh berjaya. Bila bang bila???
Berapa ramai melayu yang berjaya di Singapura?
Saying…”only Melayu”.. is not correct!!
Saying ..”only Malaysian….bangsar melayu”.. is correct!!
Lets hope they are brave enough…to take the responsibilities to accept other races as Malaysians…and stop this race identifications.
Vast Majority Malaysians..bangsar melayu…are Malaysians…no more malayu..
What about Kelantan and Terengganu……still living on false dreams?
Pandangan yang begitu bernas dan tepat~! Saya seringkali mengunjungi kampus uitm kerana ramai saudara dan rakan-rakan saya mengajar di sana, menurut mereka daya saing pelajar-pelajar melayu begitu lemah, keputusan akademik mereka kebanyakannya tidak begitu memberangsangkan, sekalipun ada yg memperoleh keputusan yg baik tapi seringkali dipandang rendah oleh syarikat-syarikat korporat kerana kualiti nya yg tidak bagus, sehinggakan ramai yg memperlekehkan kualiti akademik di uitm dengan mengatakan CGPA 3.0 di uitm sama taraf dengan CGPA 2.0 di USM~!!
Dan menurut pensyarah2 di uitm dan dari pandangan mata saya sendiri, moral di kalangan pelajar-pelajar uitm begitu teruk sekali, gejala sosial di kalangan mereka begitu kritikal sekali, kes2 berkelakuan dan berpakaian tidak sopan dan khalwat merupakan perkara biasa di sana. Budaya melepak juga merupakan kegiatan utama pelajar-pelajar di malam hari, boleh kelihatan terutamanya di malam minggu beratus2 atau beribu2 pelajar berkeliaran tanpa arah tujuan sehingga lewat malam.
Sheih,
You’re spot on. It’s beyond a doubt that in Malaysia good education is only for the elitists. See where Najib, Hisham, etc send their children for education. Private schools and then overseas for tertiary. Good education is the solution to poverty eradication.
Read UiTM: Let jobs do the talking
Saya ada ramai kaum kerabat dan kenalan diSingapura tak ada seorang pun berjaya.Malahan mereka complain tentang ketidakadilan kerajaan Singapura.Betul melayu manja tapi ini negara kita.Cina bantu cina dalam semua bidang orang melayu cuba jadi baik dan adil konon.Satu lagi,ulamak selalunya menjadi penasihat bukan masuk politik.Maka rakyat jadi tak bermoral kerana ulamak sibuk berpolitik.Fikirkan!
Aku bukan penyokong kerajaan malahan aku tak suka bergaul dengan ahli politik.Disini aku nak tanya,kenapa kalau orang lain berkroni hukum salah besar tetapi kalau ulamak berkroni kononnya diharus dalam islam.Apa dah jadi ni.Pasal itulah aku cakap ulamak jangan masuk politik cukuplah sebagai pemimpin ugama dan penasihat.
syeikh… tepat!
Jika agenda negatif perihal perkauman, warna kulit , taraf hidup dan politik di tinggal kan pada 31hb Ogos 1957, maka segala masalah yang kita hadapi hingga tanggal 31hb Ogos 2008 mungkin tidak ujud.
Masih ada harapan untuk generasi muda jika mengambil langkah pertama untuk memperbetulkan kesilapan kita.
Sorry Montoya03, aku x setuju dgn pendapat hang!
Kenapa nak salahkan ulama’ yg berpolitik sedangkan pimpinan negara yang dengan jelas berkuasa membetulkan moral rakyat sendiri tak bermoral? Adakah dgn ulama menjadi penasihat boleh menasihat pimpinan2 yang langsung x bermoral apatah lagi mendengar nasihat? Lihat lah contoh apa terjadi pada Allahyarham bekas mufti Selangor bila dia membantah acara Ratu Cantik dahulu – beliau DIPECAT!! so…adakah salah ulama untuk berpolitik dengan harapan dapat tegakkan syiar Islam bilamana berkuasa kelak…?
so mantoya03 kau kena buka hati sket… jangan nafikan bahawa salah satu cara Islam boleh tertegak dgn bijaksana & penuh rahmah adalah melalui kuasa yakni politik.
bro, tengok berita ni: Penganjur kempen Jalur Gemilang terbalik kurang ajar: PM
klik sini: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080820122309/Article/index_html
bro, dah baca ke berita ni: “Penganjur kempen Jalur Gemilang terbalik kurang ajar: PM”
klik sini: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080820122309/Article/index_html
Salam,
Kenapa pemimpin harapan Malaysia suka berubah-ubah wajah?
Adakah PAS bebas daripada masalah mencampur adukkan agama dengan pendirian peribadi?
http://www.suaradu.com
Damn good article. Tepat kena muka saya dan terus tersungkur jatuh jemuran kerana terlalu sedih terlalu lama terpedaya oleh kata-kata mesra dari bibir yang parah……
Sangat setuju dengan Bro Sheikh.. Siswa-siswi Melayu hari ini semakin mudah dimomokkan dengan agenda-agenda tajaan Umno tanpa boleh menimbal balik komplikasinya selepas itu… Inilah kebodohan minda tajaan pengamal korupsi!
Umno yang dari dulunya dikatakan memperjuangkan hak Melayu, ketuanan Melayu tapi tak pernah mewujudkan sebuah Universiti swasta buat anak-anak Melayu. Apa yang di buatnya ialah ‘merompak’ sebuah institiusi kerajaan (ITM) dan menggubalnya menjadi universiti khas Melayu… Ahh… Perkara rompak-merompak ini memang dah tepu jadi amalan ahli Umno…
Saya turut menulis pandangan saya dalam isu ITM ini.. sila rujuk, http://fluxlounge.wordpress.com/2008/08/15/pelajar-uitm-semakin-bangang/
bro…better b carefull.read this…its a sign.rpk & bakaq dh kene…better watch out…they’re planning something more to shut our mouth…respon to my mail…we’re with u if anything’s happen.poji2ya@gmail.com. http://www.perisik-rakyat.com/
MELAKA, 20 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan ‘kurang ajar’.
Perdana Menteri berkata perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.
“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di sini hari ini.
Abdullah berkata penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.
“Sahaja nak bagi orang susah dengan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya.
Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog berasal dari Kelantan, Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lepas.
Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu perkara yang diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukannya bagi menyatakan bahawa negara ini sedang dalam keadaan tertekan.
Cadangan beliau bagaimanapun mendapat bantahan dari rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk juga dari penyokong pembangkang.
Seorang pelawat blog itu menulis bahawa jika di India, pengibaran bendera negara secara terbalik tidak diterima sebagai simbol kecemasan antarabangsa sebaliknya merupakan penghinaan kepada negara itu.
Sokong mengenai artikel ini.
Para lepasan ITM (kini dikenali sebagai UiTM) merupakan pengerak nadi mahasiswa sejak tahun 1970′an lagi. Bermula dengan peristiwa Baling, pelajar ITM merupakan barisan hadapan apabila menangani masaalah kemiskinan, kelaparan dan penderitaan rakyat.
Sehinggakan pelajar ITM dapat membawa balik “rampasan demonstrasi” mereka dalam bentiuk cotar dan topi merah FRU. Dan ketika mahasiswa pusat pengajian tinggi lain dibelenggu dengan akta, pelajar ITM kembali menyatakan hak mereka dengan menolak Lokman sebagai pengetua ITM…..itu sejarah ITM. Walaupun sebab mereka bertindak demikian adalah pasal kesungguhan Lokman untuk mendisplin pelajar ITM dengan memaksa mereka berambut pendek…..
Pelajar ITM juga terus menerus mendesak Kerajaan untuk menaiktaraf Diploma dan ijazah yang mereka sadang sehingga ITM dikenali sebagai gedung ilmu, menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. ITM berkerjasama dengan universiti bertaraf dunia di luar negara sehinggakan berjaya mengadakan associate degree program dengan universiti2 tersebut.
Itu dulu…sebelum ITM ditukar menjadi UiTM. Kini mahasiswa UiTM mula berfikiran sempit dengan memperjuangkan hak monopoli UiTM untuk melayu.
Apabila sesebuah institusi berstatus Universiti, ianya harus membuka pintu kepada semua bangsa dari dalam dan luar negara. Dengan cara ini barulah mahasiswa UiTM celik kehidupan, dengan erti tahu betapa tinngi rendahnya dunia dan keluar dari tempurung fikiran dan mental yang sempit.
Naib Cancellor UiTM seharusnya tidak melatah kepada kenyataan yang dibuat oleh MB Selangor. Sebaliknya Naib Cansellor tersebut harus menerima pendapat dengan cara yang terbuka untuk kemajuan bangsa Melayu.
Cuba bayangkan, mahasiswa UiTM yang berpendidikan di sekolah dari tahun 1 hingga tahun 6, kemudian ke sekolah menengah dalam persekitaran Melayu, terus ke menara gading UiTM yang dihuni oleh 100 % bumiputra Melayu. Apabila mereka keluar ke dunia nyata dan bekerja, mereka akan menghadapi cultural shock yang kronik….mereka akan terperangkap dalam kegagalan untuk menguasai bahasa Ingeris, kecundang dalam menjalankan tugas harian apabila dikelompokkan bersama dengan bangsa lain, serta terasing dalam memahami budaya kerja serta nilai budaya bangsa lain….
Pendek kata, graduan UiTM dibawah naib cansellor yang lebih gemar berpolitik dari memikirkan cara untuk memertabatkan graduan akan terpinggir dan tercicir….
Sehingga ketemu lagi…selamat malam M’sia…dimana jua anda berada…
Dlm kita bercakap pasal bangsa, kita lupa pada agama & prinsip keadilan dlm Islam. Mungkin bangsa kita kurang berjaya hari ini kerana kita tidak memberi peluang secukupnya pada bangsa lain. Allah membalas secara tunai & dlm berbagai-bagai cara. Jgn kita lupa dunia ini hanya sementara.
Shieh, I just read what Pak Lah said bout your upside down flag. I think this is a a prelude to action taken against you. Please take care.
salam alaik,
(mantoya03) ko harus paham maksud kroni org politik dan kroni ulamak..jgn main tafsir direct macam tu..ada perbezaan antara kduanya..
sudahlah sheikh
benci kan UMNO ada hadnya. Bencinya kau pada UMNO sehingga point yang diberikan adalah sama dengan point orang UMNO dulu. Cuma bezanya kau ambil idea tu, twist sikit, dan nyatakan seolah olah UMNO/BN sangat teruk. Aku benci Pak Lah, aku gak benci UMNO member yang suka twist macam kau.
Aku garenti kalau PKR dan PAS memerintah negara, aku boleh ambik artikel kau dan tunjukkan yang kau pun akan buat benda yang sama.
Maths ngan Sains patut dalam B.ingerris, tapi orang UMNO kata tak yah. Aku garenti besok kalau PKR/PAS amik alih, dia mesti kata guna bahasa BAKU utk maths ngan sains. serooopa aje la yeop!
ini idea bodoh, bukan bernas.
Saya berpendirian bahawa semua anak anak Malaysia perlu dibantu dan diberikan peluang untuk maju serta berjaya dalam pelajaran.
Saya memang bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu, tetapi itu tidak membuat saya berfikiran sempit serta tidak saya tidak ingin memandang lain lain kaum sebagai masyarakat Klass dua dalam Bumi yg bertuah ini.
Perelembagaan telah menetapkan tentang hal 2 kedudukan istemewa orang2 Melayu serta Bumiputera, tetapi tak perlu org melayu yg malas serta tak mahu berkerja keras menggunakan HAK ini untuk menjadi pemalas serta tak mahu berdaya saing.
I amat setuju dgn kenyataan yg di buat ..” sudah lebih 50 tahu UMNO/BN di beri peluang mentadbir negara..tetapi masalah org2 melayu tak pernah selesai2…”.
Kuota penguasaan 30% ekonomi pun tak mampu dicapai, sedangkan kalau ikut nilai kontrak serta kos pembangunan negara serta eksport keluar negara sejak 50 tahun lalu..sepatutnya masyarakat Bumiputera telah mampu mencapai kuota itu.
Ini sebenarnya menunjukan jelas bahawa dasar dasar serta perlaksaan yg dibuat oleh UMNO/BN ini tidak telus dan banyak kebocoran serta ketirisan telah berlaku. Bantuan bantuan modal serta peluan peluang projek serta tender kerajaan yg sepatut nya sampai ke BUMIPUTERA disalurkan kepada AMENOPUTERA. Amat malang kepada orang2 Bumiputera…
Berbalik pada persoalan peluang pendidikan untuk semua serta meningkatkan KUALITAS pelajaran …maka kita hendak lah lebih terbuka kepada kaumk kaum lain.
Lihat sahaja Pak Lah…..Teman hidup dia pun bukan ORANG MELAYU …..he3.
kata orang tak kenal maka tak cinta…..
So mamat mamat kat UiTM…..Lu olang fikir lah sendiri…
Malang jugak sebab dapat VC macam Penyanyi Dangdut serta Bercermin mata Besar….Mahu hidup dalam dua dunia…Glamour tapi Educated…..Pirahhhhh….
Pisahkan ahli agama dari politik…??? sedara Kamal Antartuk ke En. Mantoya03 nie… Jgn cepat sangat melatah… klu tk pasti cuba usul periksa dulu yea
Inilah masalah ngan orang orang Ameno totok….
Kalau ameno buat salah terangan terang pun..mereka boleh tutop dua dua mata.
Lu tolong check…..berapa ramai Ketua Ketua Bahagian Ameno MB Serta Menteri dari Ameno yg tidak bertaraf JUTAWAN….??
Kalau lu iklhlas dan trahu kira matematik ..tak kira lar dalam bahasa melayu atau Inggeris maka lu akan tahu …kalu nak ikut gaji serta elaun dan lain lain kemudahan yg dibayar….
Tak kan ada seorang pun dari mereka ini akan jadi JUTAWAN kalau mereka betul betul berkhidmat untuk rakyat…
Ini tidak …segala peluang2…kebayakan nya mereka yg sapu dulu…
Lu fikirkan lahh…..
Ni yg gua malas nak argue ngan bangsarrttt2 dari amenoo nie…
Taik mata orang ….kat seberang laut dia nampak…..
BERAK DIA KAT …KAT DEPAN MATA DIA DIA TAK NAMPAK….PIRAAHHHHH…
SATUJU! Sia satuju betul ko punya sakap.
Sheih,
Dollah says you are “evil”. Can you respond to this certified idiot.
http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/7944-pm-call-to-fly-jalur-gemilang-upside-down-evil-
Buat perkongsian saja ya… orang melayu dengan banyak bantuan kerajaan yang sedia ada, sepatuknya sudah berjaya di dalam apa jua bidang. Tapi sehingga kini, orang melayu tetap meminta dan menerima bantuan demi bantuan. Cuma melayu yang berjaya itu hanya kroni2 UmNo. Cuba buka mata dan lihat, betapa kesiannya kanak2 kita yang bukan melayu. Peperiksaan keputusan cemerlang pun tak pasti dapat biasiswa, apatah lagi tempat didalam IPTA.
Sheih, kamu lah antara melayu yang benar2 merdekakan minda sendiri, berani dan “open minded”, mampu melihat kekuatan dan kelemahan kemelayuan sendiri. Kan bagus kalau peminpin2 kita ada 10% daripada otak kau. Malaysia will be a much much better place to live in…
Salam Broder,
You punya isu ‘Bendera Terbalik” dah masuk dalam Buletin Utama TV3 kejap tadi? Pak Lah sendiri yang beri komen.
Sheih,
“You punya isu ‘Bendera Terbalik” dah masuk dalam Buletin Utama TV3 kejap tadi…” – Sukj
# You’ll be famous (and/or already famous)….just take care!
To Mantoya03,
Fakta anda tidak benar, ramai keluarga saya keturunan Melayu tulen yang sukses di Singapura malah ada beberapa yang mengetuai sebagai ketua koperat menjadi ketua orang Cina . Saya telah bertemu lebih ramai businessman Melayu rakyat Singapura di China . Kebanyakan Orang melayu Malaysia yang pernah saya ketemu di China hanya pelancong dan kakitangan kerajaan sahaja.
Ada Orang Melayu Singapura juga yang meneroka business di Amerika Selatan,selain dari Eropa dan Amerika.
Kebanyakan orang Singapura “KIASU’ (like to show off) termasuk Melayu, Cina, India. I don’t blame for having this character because it is true that their lifestyle are better than Malaysia.
setuju dgn syeikh…….ambik Islam……jgn letak bangsa no 1………jgn terlalu taksub perjuang utk bangsa…….Islam is no 1 !!!
salam..saya salah seorang graduan UiTM ..dari apa yang saya baca dan faham..banyak pihak memandang rendah keupayaan UiTM ..kebanyakkan komen tuan-tuan para ilmuan juga adalah tidak betul dan fitnah sama sekali..biar saya tegaskan disini..saya tidak menyokong dan memihak kepada mana-mana parti ataupun individu politik..saya hanya mahu menyatakan rasa ‘kurang senang’ dengan pendapat dan komen tuan-tuan para ilmuan yang ‘kurang tepat’..buat pengetahuan tuan-tuan.. sepanjang saya belajar di UiTM banyak anugerah yang diperolehi UiTM hasil penyertaan peringkat nasional dan antarabangsa didalam semua acara termasuk bahas,rekacipta,akademik,sukan dan lain-lain lagi..jika di peringkat antarabangsa..wakil-wakil IPTA lain ‘kebanyakkan’nya dikalangan bukan bumiputera tetapi wakil dari UiTM adalah 100% bumiputera dan kebanyakkan nya memperolehi kejayaan yang gemilang lebih dari IPTA lain..adakah kita tidak bangga?? cuma kejayaan ini tidak mendapat perhatian yang meluas oleh semua media.. dari segi peluang mendapat pekerjaan pula.. hampir 90% pelajar dari fakulti saya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian(selepas 2 bulan tamat konvokesyen) dan jika graduan UiTM tidak berkualiti adakah situasi ini boleh berlaku?? malah dari segi pencapaian sukan adalah tidak keterlaluan saya katakan UiTM adalah IPTA yang paling digeruni ketika berlangsungnya sukan antara universiti..dari segi penguasaan bahasa.. buat pengetahuan semua.. di UiTM pembelajaran dan pengajaran semuanya menggunakan Bahasa Inggeris dan semua bahan rujukan serta peperiksaan semua nya didalam Bahasa Inggeris.. tidak lupa juga bahasa ketiga(france,mandarin,arab,japan) yang merupakan subjek yang perlu bagi setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda yang perlu dipelajari dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 semester(1 1/2 tahun)..selain dari yurannya murah..UiTM juga menyediakan suasana tempat belajar serta kemudahan yang amat memuaskan..selain itu terdapat juga PELAJAR PERTUKARAN ASING (international students) ..oleh itu saya rasa wujud juga persaingan dikalangan pelajar-pelajar..kalau nak dibandingkan berkenaan masalah sosial..IPTA mana yang ‘bersih’ daripada nya?? rasanya kita pon sedia maklum tahap sosial IPTA dan IPTS lain juga.. janganlah kerana dendam ataupun dengar cakap orang kita menuduh UiTM .. saya tidak memihak kepada mana-mana tetapi saya berharap agar segala komen dan pendapat terhadap UiTM yang hendak ditulis perlulah menggunakan maklumat yang tepat dan betul.. ini kerana ramai pelajar dan bekas pelajar yang akan tersinggung lebih-lebih lagi ianya akan memberi kesan negatif terhadap UiTM dan juga ‘produk’ keluaran nya..sekian
I am ex-Uitm from Shah Alam. Things not all that bad in UiTM. Mana2 universiti pun ada masalah sosial OK…jangan ‘bias’ la? Obviously there is something wrong with the die-hard hater of UiTM.
It is good to be a die hard fan, but not so nice to be a die hard hater of another. But some people say there’s not much fun in being a die hard fan if you aren’t die hard hater of another team. Alumni mana2 universiti akan jadi die-hard fan universiti/naib canselor masing2? Haha…
Although i know that UiTM is for Malay, but i have no problem at all if they want to open it for non-Bumi. Cuma jangan ada agenda politik..itu je..adioss
As Salam’kum,
Benar! Orang Melayu mempolitikan kegunaan bahasa sebagai ukuran ketuanan Melayu. Kita ditakutkan kononnya mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan memberi kelebihan kepada bangsa Cina dan India yang hidup di bandar.
Pemimpin sekarang agaknya lebih rela kita balik kampung tanam kacang. Apa gunanya memang sorak dalam bahasa Melayu jika ber-billion pekerjaan dalam bidang pembuatan tergadai kepada negara Cina dan dalam bidang perisian kepada negara India?
The Malays have to compete in the global job market that is English speaking!
Alor Gajah
21th August 2008
MANTOYA03 anak lelaki KAMAL ATTATURK.. wei bro.. ape bondo ekau nih.. ko ISLAM ke hapo.. ko dapek ISLAM tu dari mano?
ko tau tak Nabi Muhammad SAW penah memerintah negeri Madinah dan seterusnya membuka Kota Mekah dan seterusnya seluruh Semenanjung ARAB.. dan lepas Rasulullah wafat timbul gejala RIDDAH/MURTAD/ADA YANG MENGAKU JADI NABI BARU.. 4khalifah susah payah menbuka kawasan pemerintahan dan menyebarkan dakwah keserata bumi afrika, bumi hijaz, spain, india, dan hampir 1/3 tanah yang wujud di muka bumi..
dan tiba2 ko cakap ULAMAK ni patut jadi pemerintah jer… hapa la lu bro.. kalo aku cakap buta AGAMA ko maghah… ko ni memang la.. sesat lagi menyesatkan.. kalo tak tahu, tanyer.. jangan malu2 ramai yg nak tolong.. aku bukan marah ko MANTOYA03.. aku marah setan yang tengah meracuni diri ko.. ISTIGHFAR byk2 bro.. cuba amal ayat kursi time subuh & sblm magrib.. InsyaAllah tenang sikit.. jangan tanggal wudhuk..
ok bro..
noNameFace.. hang lagi satu.. kalo interview ngan aku.. gerenti reject.. cakap yer2 jer.. hang ni skolah ker tidak? tulis tu bagi la ade paragraph, senang orang bace..
dah la bro/sis.. hang tak perlu la nak sembunyikaper2.. semua orang tahu.. dan tak perlu gak hang nak cakar belakang orang lain skali.. baik hang senyap2.. buat malu jer nak pertahankan Uitm.. korang yg berarak pon tak tahu isu aper yg korang kecoh2kan.. ntah la.. malas aku nak taip lagi..
ok la bro/sis.. cermin diri lah..
Ulamak wajib berpolitik kerana Nabi SAW pun berpolitik. Nabi SAW adalah ketua negara, ketua tentera, ketua agama, ketua rumahtangga, ketua majlis mesyuarat, sehingga baginda sehingga kini tersenarai sebagai pemimpin contoh no. 1 sepanjang zaman. Ini diakui oleh pakar-pakar sejarah seluruh dunia.
Ulamak yang berpolitik berkuasa untuk membentuk akidah dan syariat di kalangan rakyat. Orang yang tak mahu ulamak berpolitik sebenarnya tidak menyukai ulamak dan mungkin juga tak mengambil berat tentang Islam. Kalau ulamak hanya menjadi penasihat atau sekadar menyampaikan kuliah di masjid-masjid, dah tentu tak ramai orang ke masjid dan leka dengan hal-hal duniawi.
Dalam Islam, tak timbul soal kroni. Cuba ikuti kenyataan Tuan Guru Nik Aziz melalui link di bawah dan renungkan sedalam-dalamnya.
KONTRAK SOSIAL
Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.”
Terjemahannya :
Dalam ucapannya bertajuk “Menjawab Kritikan Mengenai keistimewaan Orang Melayu”, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata; Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekaligus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.
Ucapan YB Tun Tan Sambathan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then wen ontained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent the had the 88 percent of the electorate still with them. What did they do with the citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcome in Ceylon, is not welcome in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcome in Thailand, In Vietnam, In Cambodia, In all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malayawhat happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them into ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualification, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens…
As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where alse in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10 percent majority race here. But I am happy here”.
Terjemahannya:
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambathan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapannya berkata,
“Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majority yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewargenagaraan?
Jika kita lihat di Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan kita lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, kembola, dan di Negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewargenagaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan juga anda tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain daripada Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minority di sini. Tetapi saya amat gembira di sini”.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60.
Sheih, a very hard-hitting post and hitting all the right notes. Coming from you only makes it more credible. I totally agree with your views here. This ‘ketuanan Melayu’ as practiced and envisaged by UMNO is detrimental to the Malays in general.
Also, ITM of the 60s, 70s and 80s is a different animal from the one today. Just look at who’s who – who are in their forties and fifties today, and you get the picture. They’ve done well. One can only conclude that politics, specifically UMNO politics had a hand in the general decline of even a once-great institution like UM.
These views need to be mainstream. After all, it’s the bottom line we’re after – the betterment of Malays – AND the side-effect is that all Malaysians will benefit. To do that we can’t afford to segregate anymore – especially in today’s borderless, fast-changing market-place.
Aku memuliakan ulamak jangan salah faham.Cuma di Malaysia ni kebanyakan ahli politik sangat kotor maka kalau ulama turut terbabit dalam bidang ini maka ditakuti orang hilang keyakinan dan ulama hilang kemuliaan.Perasaan kasih dan hormat kepada ulamalah membuat aku berfikiran begitu.Kalau aku tersilap aku minta maaf.
Bro Sheih,
I admire your courage to speak the truth. “Sorak menang, kampung tergadai” truely said it all. I urge those who’re still living in the pass to wake up and come to your senses. We as Malaysians, Malay or non-Malay are ready for changes after 50 years of independence.
Saya pun pasrah dengan sistem pendidikan sekarang dan anak saya adalah “batch” pertama yang akan melalui dasar yang diperkenalkan dimana pengantar Bahasa Ingeris untuk mata pelajaran sains dan matematik. September akan datang akan menduduki UPSR.
Saya sendiri pernah menjadi seorang guru tetapi bersara awal. Tak payahlah saya nyatakan sebabnya disini. Kementerian pendidikan telah pun menjalankan kajian dengan cara mengadakan pra ujian kepada 2 subject tersebut di kawasan luar bandar.
Hasil dari kajian yang diperolehi oleh kerajaan melalui rakan guru saya, pencapaian anak-anak melayu amat tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan pencapaian murid-murid melayu yang duduk dibandar-bandar. Mungkin kerana saingan dengan anak cina, india dll. sebab dibandar ibubapa cina dan india akan menghantar anak-anak mereka atas sebab “convenient” dengan tempat tinggal. Pun begitu pencapaian anak-anak melayu kita dibandar masih lagi jauh ketinggalan dengan bangsa lain. Rumusan yang dapat saya dan rakan saya buat adalah kekurangan guru-guru Melayu sendiri dalam bidang Bahasa Ingeris.
Diluar bandar pula, Jumlah anak-anak cina, india dll di sekolah-sekolah kebangsaan amat sedikit kerana kebanyakannya bersekolah disekolah cina atau tamil dan pencapaian mereka amat memberangsangkan atas kesedaran ibubapa menghantar mereka “tuisyen” yang mana tidak dapat dibuat oleh ibubapa melayu kerana faktor kewangan.
Kesimpulannya, pencapaian anak-anak melayu baik dibandar mahupun luar bandar tidak memberangsangkan.
Soalnya,
1.Adakah dengan menggunakan Bahasa Ingeris untuk Sains dan Matematik ini satu pendekatan bijak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
2.Apakah langkah untuk mengatasi masalah ini yang telah dilakukan dari hasil pra ujian yang diadakan? Atau memang kerajaan mahu melihat Bangsa Melayu di bawah ini terus ketinggalan dan Bangsa Melayu atasan/elit terus maju kerana mereka mampu untuk mengadakan pendidikan lebih formal untuk anak mereka mantan menjadi pengganti mereka kelak.
3.Bukankah dengan cara ini Bahasa Ingeris terpaksa dipelajari oleh murid-murid hanya untuk tujuan peperiksaan “Exam Oriented”?
4.Jika betul kita hendak memartabatkan bangsa Melayu, kenapa tidak diberi penekanan dari awal seperti Republik Indonesia yang hanya membenarkan 2 bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar disekolah iaitu Bahasa Ibunda (wajib)dan Bahasa Ingeris. “I’ve come across a lot of Indonesian Chinese that cannot understand or speak in their own mother tounge language” tetapi mereka boleh maju.
5.Bila berada diluar negara contoh Perancis dan Jepun, mereka masih maju walaupun Bahasa Ingeris tidak diberi penekanan langsung. Di Perancis dan Jepun, papan tanda jalan pun menggunakan Bahasa Ibunda.
Uitm berkualiti?
Satu persoalan yang paling menarik untuk diersoalkan. Apakah kayu ukur yang boleh kita letakkan bagi mengukur kualiti? Adakah kerana dengan melahirkan ramai artis? Atau dengan cara memenangi pertandingan yang orang lain tak minat pun nak sertai? Atau kerana penggunaan bahasa inggerisnya? Pelbagai persoalan yang menarik boleh didebatkan. Kalau tanya bekas graduan UiTM memanglah mereka bertegang urat menegakkan Uitm yang ‘glamour’ dgn cereka melampau spt aksi Uitm Dungun dan sebagainya. Kita perlu jujur. Bagaimanalah Uitm nak maju jika 10% pelajarnya masuk menggunakan ‘pintu belakang’. Satu kes yang boleh saya berikan contoh adalah rakan-rakan saya di USM. Jika dulu semasa di Uitm mereka merupakan calon-calon “dean list” tapi bila sambung peringkat ijazah di USM “hampeh”. Bkn kata nak dapat cgpa 3.0 nak lepas 2.0 pun payah. Bukan fitnah. Bukan auta. Saya lihat sendiri kwn2 saya berhempas pulas. Malah ada yang menyesal sambung belajar di USM. Itulah hakikat.Ni baru saingan antara IPT tempatan. Belum lagi peringkat dunia. Lu pikirlah sendiri nabil..
Bagus amir??jangan kerana isu yang dibangkitkan membuatkan kita sesama melayu bergaduh. Saya ex-ITM yang mengambil bidang senibina..saya pernah bekerja firma arkitek tempatan dan antarabangsa. Saya berkerja dengan pelbagai produk samada universiti tempatan dan juga antarabangsa. Tak usah mengcaci mana-mana produk universiti. Yang nyata saya temui…setengah universiti tempatan awam amat lemah berkomunikasi dalam bahasa inggeris(termonologi senibina diajar dalam bahasa malaysia sahajakah???) dan kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan. Sehinggakan kebanyakan firma di Kuala Lumpur tidak begitu berminat mengambil graduan dari IPTA yang berkaitan .Tak payahlah saya war-warkan mana universiti yang baik dan kurang berkeupayaan semata-mata ego atau ingin menghina universiti lain DAN SAYA TIDAK MAHU BIAS HANYA SEMATA-MATA BIDANG SENIBINA DIPEPOLURI DAN DIKUASAI OLEH GRADUAN UTM DAN UITM. Setiap IPTA mahupun IPTS mempungyai kekuatan mereka tersendiri dalam bidang-bidang tertentu…tak payahlah nak melondehkan orang lain kerana sikap mazmumah yang bersarang didalam hati….yang penting majukan diri..janakan perpaduan orang Islam…fokus pada perkara positif….terimalah nasihat abang ini dengan hati terbuka ye dik..
tok benci korupsi…ape yg diperkatakan oleh sheih semuanya bernas dan berfakta
adakah… kita dapat berubah?
adakah semua melayu sependapat dengar saudara?
saya harap ia