Forum BAR COUNCIL Agenda Abdullah

10 08 2008

Saya malas mengulas panjang kerana masih di dalam mood Festival Filem Malaysia yang baru berakhir semalam. Tetapi ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh secara ringkas,

• Pihak-pihak tertentu didalam BAR Council telah dipergunakan oleh Abdullah Ahmad Badwi untuk tujuan Politik.
• Ianya bermula selepas pilihanraya umum ke 12.
• Memahami keadaan yang meruncing di dalam isu kehakiman yang hilang kepercayaan oleh rakyat, Abdullah menerusi wakilnya telah menggunakan BAR Council.
• Adalah tidak pasti sama ada ahli-ahli BAR Council mengetahuinya atau hanya beberapa kerat di dalam jawatankuasa tertingginya sahaja yang terlibat.
• Selepas PRU12, BAR Council telah menganjurkan satu majlis makan malam dan jemputannya ialah ahli-ahli politik bekas-bekas hakim termasuk yang dipecat oleh Kerajaan sebelum ini.
• Di dalam majlis makan malam tersebut, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan sumbangan Ex-Gratia kepada hakim-hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman lewat 80’an.
• Makan Malam anjuran BAR Council itu sebenarnya ditaja atau boleh dikatakan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
• BAR Council telah membiayakan diri mereka menjadi platform Abdullah membina semula popularitinya yang merudum.

Siapakah yang mendapat manfaat daripada Forum yang berlangung semalam (Sabtu) berhubung perlembagaan negara yang melibatkan mereka yang memuluk agama Islam?

• Abdullah Ahmad Badawi mendapagt manfaat kerana forum itu boleh menjadi platform yang menyatukan orang-orang Melayu dan Islam.
• Forum sebegitu menimbulkan kemarahan orang Melayu.
• Forum sebegitu mengakibatkan pemimpin-pemimpin di dalam UMNO yang menentang Abdullah terpaksa beralih pandangan dan bersatu bagi mempertahankan kepentingan UMNO memperjuangkan hak orang-orang Islam.
• Forum begitu menekan pemimpin-pemimpin pembangkan beragama Islam untuk turut sama dengan pemimpin UMNO supaya tidak dilihat dayus dalam hal Islam dan Melayu.
• Orang-orang Melayu bangkit dan keadaan jadi tegang lalu parti politik seperti PAS dan faction Melayu dalam PKR jadi tersepit di tengah-tengah.

Bagi mereka yang menyokong forum itu dan menentang forum itu, sila ambil kira faktor di atas.


Actions

Information

39 responses

10 08 2008
LaDy DarK aka Sophia

Ish Bro, Takkan lah kot…source dari mana nih?

10 08 2008
kakibangku

huh…dasat tul ulasan ni. Sebenarnya isu ini tak membantu Pak Lah tetapi membantu umat Islam agar sedar ttg perkara yg di perbincangkan oleh orang lain. Selain drp politik ke’bangsa’an, platform agama ini dapat menyatupadukan seluruh umat Islam dalam sesuatu isu yg tertentu.

sebab itu, sbg muslim yg ada jati dirinya, isu ini terpanggil utk di tentang tanpa mengira sempadan politik dan bangsa. Islam itu ad-deen…islam is the way of life…

Politik yg menyempitkan keadaan dan menyukarkan masyarakat … jika kerajaan hari ini mengikut nasihat DS Nik Aziz … “bubar UMNO, bubar PAS, tubuhkan satu parti yg meletakkan Islam sbg dasarnya…” maka selesai sengketa sesama kita dan org2 lain akan gerun dgn kita.

Tapi adakah pemimpin pemerintah berani menyahut cabaran ini atau sekurang-kurangnya jadikan ia sbg satu perkara yg perlu di bahaskan dalam perhimpunan agung pada bulan 12 nanti?

Masa akan menentukannya…sbg rakyat … tunaikan tanggungjawab kita dalam mencorak suasana negara ke arah yg lebih baik!

10 08 2008
iswarahijau

satu lagi teori konspirasi tanpa bukti.. ini bos tuan ke yg bagitau?
bro tak nak buat akuan bersumpah ke pasal ini? hehe

“Forum begitu menekan pemimpin-pemimpin pembangkan beragama Islam untuk turut sama dengan pemimpin UMNO supaya tidak dilihat dayus dalam hal Islam dan Melayu.
• Orang-orang Melayu bangkit dan keadaan jadi tegang lalu parti politik seperti PAS dan faction Melayu dalam PKR jadi tersepit di tengah-tengah.”

jadi PAS dan faction melayu hanya sekadar tersepit di tengah2 dan bukan benar2 berjuang dlm protes jumaat lalu? sekadar utk tidak dikatakan dayus oleh umno? apa pun, kita perlu bersyukur kerana umat Islam bersatu walaupun berbeza fahaman politik,atas dasar mempertahankan Islam..

10 08 2008
pakkubumi

hehehhe,

Syeih penarik beca baru keluar jangan pulak penembak badak yang masuk …..

Source tak penting tapi logik kita semua berfikir harus difikirkan .

10 08 2008
Mat Saleh Rabun

Walau apapun, aku rasa Dollah Badawi memang tolol dan sial…..bila nak turuk ekk!

10 08 2008
hafiz

hmmm, saya ada tulis artikel berkenaan isu ini di blog saya. Bagi saya, no point untuk pimpinan atau lembaga2 agama melatah dengan penoh emosi. Walaupun ia menyentuh isu yang boleh dikata sensitif, ia tetap menjadi bayang tanpa tubuh a.k.a hantu yang sentiasa akan ‘mengacau’. Lebih baik forum ini diteruskan. Ditaja dolah atau tidak, umat islam seharusnya menerima ‘isu’ ini dengan lebih terbuka. Adakah islam yang kita anut ini tak mampu untuk menjawab segala permasalahan dan rungutan dari BAR Caoucil itu? Jelek sangatkah islam sehingga sesiapapun tak boleh bertanya soal akan darihal pengurusan dan perundangannya- semua ini disimpulkan oleh manusia jugak? Mengapa perlu umat islam emo!!!?? Mengapa perlu lari dari realiti!!?? Mengapa !!??? bagi saya, lembaga2 agama ini hanya akan memburukan lagi imej islam…lalu, segala pencerahan fikiran, kematangan akal terencat sekerat jalan….

10 08 2008
Hafiz

Bro,

nak kata tersepit di tengah2 tu gua kurang setuju la… kami orang Pas kat sini nawaitu sahih nak pertahankan hak-hak islam dan muslim…bila bro kata tersepit kat tengah2, buniy macam tak ikhlas pulak kami ni…jangan gitu bro

10 08 2008
penulis_cyber

semua Pak Lah yang kena. Husam tak lah kena kena pula.

Mana Husam semalam ? mana Nik Aziz semalam ?

UMNO bukan parti nama Islam. Namun menjadikan Islam menjadi mizan (dacingnya.)

Pas nama Islam dan bersimbolkan bulan.Simbolik kepada Baginda s,a,w,…tentu kuasa dua islamnya dan kuasa dua pergerakannya menentang majlis tersebut.

Yang saya tahu anda juga tidak berada di sana semalam.Anda berada di Putrajaya menjadi penyampai FFM21 bersama saudara Aziz M Osman…..

Saya menunggu artikel isu menantu Nik Aziz keluar di sini. Adakah selantang itu juga anda mengkritik parti baru anda ini tanpa mengira terjejas atau tidak gaji anda bekerja dengan Husam.

apa ? anda menyepit atau tersepit dengan artis artis di FFM 21 semalam ?

Atau mata kepala anda terbalik pening tengok ‘belahan dada’ dan juga lurah gunung di majlis sana ?

siapa pula nak diusung ke Kelantan selepas ni ? agak agak Fasha Sandha ?

Apa cerita ‘drama dalam kelambu ‘ zaman zaman dulu ? tak tersepit ?

Nasihat saya, bagus artikel bab filem disiarkan disini dari terus berpolitik menyusahkan kerajaan dan menjadikan rakyat makin marah dengan ‘hasutan’ anda yang tidak henti henti.

hentikan membalikkan bendera sebelum kepala anda dibalikkan oleh patriotik negara kerana menghina panji kebanggaan negara Malaysia.Negara yang ada jasanya di dalam menaikkan nama Agama saya dan awak juga.

Anda suka ISA ? Tak tahu penarik beca kena tahan sebab menghina lambang polis ?

Itu lambang polis. Apatah lagi lambang NEGARA MALAYSIA !

Nak popular macam Raja Petra ? masuk keluar penjara ? macam Anwar ?

Moga Allah mengampuni saya dan anda…

Sudahlah dan berhentilah. Lebih baik anda cari kebaikan yang ada dalam kerajaan dan sebarkan kepada rakyat.

Seperti saya melihat anda pada nama syed anda yang mana dari nama keturunan nabi dan seharusnya dibaca dengan bangga dan bertindak mewarisi sifat nabi yang menjadi penyatu semua kabilah dan bangsa di mekah dan madinah bahkan seluruh alam.

Walaupun Islam menegaskan zuriat bukan syarat iman mantap, tetapi saya berharap saudara menjadi pendamai antara umat.

Pengalaman saudara di dalam UMNO di Sri Hartamas dan juga pengalaman di dalam PAS diharap dapat membantu menyelamatkan umat ini dan menjadikan perpaduan antara Melayu sama Melayu dan juga sesama bangsa kafir / non muslim yang tidak BENCIKAN Islam akan juga semakin bertambah baik dari masa ke semasa….

Maaf kerana panjang bicara saya, namun ia berkat bulan Syabaan yang mana bulan Datuk segala orang bertakwa; Rasulullah s.a.w.

Selamat menyambut Ramadhan, bulan umat Rasulullah saw pula tidak lama lagi.

http://pedangberbisa.wordpress.com

10 08 2008
hasilox

Remember anwar was talking about the possibility of contesting in bandar baharu kulim? Then zulkilfi traveled all the way from kedah to protest. Unhappy about PKR?

Shahrizat house that was attacked was bought from ambiga. Would be interesting to find out about their relationship.

10 08 2008
complot

i agree dgn U. May be its another trick to get support.
Taktik begini biasa terjadi

11 08 2008
leela

Forum begini tidak sepatutnya diadakan secara terbuka kerana sudah terima bantahan dari banyak pihak. Ianya perlu dihadap ke badan agam dulu dan bincang dengan mereka. Apabila ianya tidak dapat diselesaikan baru dibawa ke makahmah.Baru baru ini se orang wanita india dalam delima apabila suaminya meganut ugama islam tanpa pegetahuannya dan juga anak anaknya juga dipaksa .Lelaki ini megambil ugama sebagai umpan.Dia mesti disoal dan di denda.Terdapat banyak kes lagi .Jika pihak yang mengadu perkara sebegini fikir sedalam dalamnya sebelum menganut ugama islam taklah timbul tunjuk perasaan yang sepatutnya dikawal awal awal lagi.Kenapa polis tidak cuba menghalang mereka.Ianya seperti (buatlah apa kamu suka,kami tengok saja.)Kata kata kasar dan kemarahan yang dilemparkan semuanya menakutkan.Dengan mlihat mereka, jelas ianya mungkin hasutan pihak pihak tertentu. Inikanh cara pertahanan islam.Jangan cemarkan islam.pertahankan dengan cara baik dan damai .Keluarga saya juga terdapat kahwin campur tapi mungkin kami bernasib baik kerana mereka ada give and take attitude.

11 08 2008
Lin

Saya merasa sungguh kecewa apabila melihat org org Islam berkumpul kat luar Bar Council dan bersifat aggresif terhadap org yg tengah berbincang di dalam bangunan.

Kalau nak express apa apa idea pun, masuk lah dengan sopan and beri pendapat kita. Itukan satu Forum terbuka. Cakap apa yg patut, dan I pasti kalau agama Islam tu satu agama yg kuat, pasti org lain akan akur. Yang paling penting, ia menampakkan bahawa kita penganut Islam adalah org yang munasabah dan waras.

Sekarang kita nampak macam gangster dan tak waras. Saya tak boleh nak cakap dengan tourist yang negara kita ni negara Islam yg bertoleransi sebab dah tak benar. Kita macam nak paksa org lain menganuti agama kita… kenapa harus paksa? Kalau Islam tu memang agama yg kuat, org lain akan ikut.

Saya tak nak negara ni jadi macam ni, I taknak melihat kwn2 saya meninggalkan Malaysia sebab mrk tak boleh nak hidup tanpa rasa takut. Macam mana kita akan rasa kalau org lain mengancam kita sebab kita org Islam? Kenapa tak boleh bagi mereka chance and bagi mrk menjadikan Malaysia negara mrk juga?

11 08 2008
mu alaf baru

Syaitan (termasuk jenis yang bernama manusia) ni ada di mana-mana sama-ada di dalam terang atau gelap..sekali-kali, mereka tidak akan membenar kebenaran dan keadilan terdiri.

Untuk itu mereka akan mengguna lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak.. segala bentuk cara kaedah dan helah termasuk tipu daya yg halus untuk menyesat memesong dan mengeliru, tak kira la dari mereka yg berilmu, ahli agama, apa lagi yang jahil (jenis ikut-ikutan).

Hanya segolongan kecil sahaja yg mampu memahami bentuk kewujudan dalam serba macam manifestasi.. iaitu proses melalui pancaran mata hati..

Sheikh, percikan kilauan seni ini ada pada mu.

11 08 2008
jean

I suspected the same and it made Ambiga’s face looks even uglier. I thought lawyers are smart people but it seems that even Dollah is smarter…

11 08 2008
boy

Assalamualaikum.
Mungkin pandangan dari brother sheikh ada kebenarannya. Kalau kita menyingkap kembali beberapa tahun yang lalu Bar Council telah menganjurkan forum yang hampir sama dibeberapa tempat. Pada masa itu, tidak ada pulak pemimpin UMNO yang bangkit menentang tindakan Bar Council. Kenapa isu ini mereka begitu lantang menentang. Kalau brother sheikh mengatakan ini perancangan dari abdullah badawi, ada kebenarannya.
malah forum yang diadakan Bar Council sebelum ini dipertahankan oleh nazri aziz, seorang menteri, yang mengatakan NGO yang membantah forum yang dianjurkan Bar Council adalah BODOH. Pemimpin UMNO senyap aje.
Kenapa hari ini mereka yakni UMNO begitu agresif ???

PAS dari dulu lagi menentang sebarang usaha untuk menjatuhkan imej Islam. Kehadiran pemimpin PAS semasa membantah forum ini bukan kerana mereka tersepit. bukan juga kerana mereka pemimpin PAS tidak mahu dianggap sebagai dayus. PAS adalah PAS. perjuangan PAS menegakkan Islam. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk memperjuangkan Islam.

11 08 2008
tok batin

tok setuju dengan pandangan tuan sheikh kita ni..kita perlu lihat dari perspektif yang tersurat dan tersirat..tok xblh nk halang pendapat masing2 krn apa yang anda semua kemukakan ade betulnya tapi cubalah kita panjangkan akal fikiran kita dan terangkan hati anda semua utk menilai perkara ini dalam jangkamasa yg panjang..kita jgn terpedaya dgn provokasi yg cuba menekan umat islam. cuma kita perlu ingat,sesungguhnya kafirun akan mengambil peluang untuk memecah belahkan umat islam jika kita tidak bersatu, kita juga harus sedar yg kita mempunyai musuh dlm selimut demi memperjuangkan agama yg suci ini.. kpd sauudara sesama islam,kita haruslah pandai menilai dan berkifir di luar kotak diatas segala permasalahan dan serangan yg bertali arus ke atas umat islam.jgn lah kita menjadi lemah dan bersengketa diatas apa yg berlaku ini sebaliknya cubalah kita muhasabah diri kita diatas apa yg berlaku ini.

SESUNGGUHNYA ISLAM ITU AD-DEEN
KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH UMAT ISLAM DGN BIJAKSANA!!!!!!!!!!

11 08 2008
tok batin

tok setuju dengan pandangan tuan sheikh kita ni..kita perlu lihat dari perspektif yang tersurat dan tersirat..tok xblh nk halang pendapat masing2 krn apa yang anda semua kemukakan ade betulnya tapi cubalah kita panjangkan akal fikiran kita dan terangkan hati anda semua utk menilai perkara ini dalam jangkamasa yg panjang..kita jgn terpedaya dgn provokasi yg cuba menekan umat islam. cuma kita perlu ingat,sesungguhnya kafirun akan mengambil peluang untuk memecah belahkan umat islam jika kita tidak bersatu, kita juga harus sedar yg kita mempunyai musuh dlm selimut demi memperjuangkan agama yg suci ini.. kpd sauudara sesama islam,kita haruslah pandai menilai dan berkifir di luar kotak diatas segala permasalahan dan serangan yg bertali arus ke atas umat islam.jgn lah kita menjadi lemah dan bersengketa diatas apa yg berlaku ini sebaliknya cubalah kita muhasabah diri kita diatas apa yg berlaku ini.

SESUNGGUHNYA ISLAM ITU AD-DEEN
KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH UMAT ISLAM DGN BIJAKSANA!!!!!!!!!!
TAKBIR!!!!!!!!!!!!

11 08 2008
sobri sudin

apa sekalipun, yang menjadi tandatanya ialah keberanian Majlis Peguam yang makin terlampau, mereka seakan punyai immuniti, apakah interpretasi undang-undang dan soal pembicaraan hak hanya hakmilik mutlak Majlis Peguam. Isu dasar yang perlu Majlis Peguam atasi ialah soal slahlaku peguam, disiplin ahli-ahlinya, peningkatan profesionalisme ahlinya bukan menjadi ketua pemberontak yang mencabar segala rangkuman dan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.

11 08 2008
Abi Ayyub

Topic Forumnya mudah, soalnya semua orang kecoh sangat tu kenapa?

Kita orang Islam, takut sangatke nak jawap, kenapa Islam itu yang terbaik, orang yang bukannya penganut Islam berhak mempertahan pandangan mereka. Ramai orang yang “masuk” Islam kerana keyakinan kepada agama itu, tetapi ada juga yang masuk Islam kerana salah faham tentang kemurnian Islam.

Di Malaysia khusus nya, dan di seluruh dunia am nya, ini telah terbukti, dan kerana itu Islam berpecah belah. Islam ini perlu difahami dan dihayati, itu pasal apabila yang masuk Islam nak keluar kita kata murtad, tapi sebaliknya kita tidak pernah memahami kenapa mereka masuk Islam pada mula nya. Berapa nbanyak kes Jabatan Agama sibuk nak tanam mayat orang mati dengan keluarga simati. Masa hidup, ada pernah dijenguk dan dinasihati ?

Islam adalah agama yang murni, orang yang menganut Islam jangan ingat lafaz syahadah dah cukup, lain tak ambil peduli. Di Malaysia ni orang melayu semuanya Islam sangat ke, niat masing-masing, perbuatan tak tentu mengambarkan Islam. Masa UMNO dan PAS bermuzakarah dulu, fokusnya apa melayu dan Islam, bila agaknya orang Cina atau India Islam dapat di terima jadi Presiden UMNO (mungkin tidak, pasal Melayu) dan Preiden PAS?

Adakah kita berbangga dengan Osama Bin Laden kerana dia mengaku Islam, begitu juga orang yang percaya bahawa membunuh diri dan meletupkan bom untuk membunuh orang lain itu ajaran Islam?

Ingatlah bahawa bukan semua orang melayu itu Islam, tetapi yang pasti ramai orang dari bangsa dan negara berbeza itu Islam. Mengakui Islam itu mudah, tetapi membezakan antara “Orang Islam dan yang BERIMAN” itu yang menjadi pokok utama.

Sekarang di Malaysia ini semua berkemungkinan, kerana kalau fitnah, rasuah, pembunuhan itu mudah dan seronok apa yang hendak dibanggakan lagi. Satu ketika dulu bila orang berkata tentang Malaysia, mereka akan berkata tentang BUDI BAHASA orang nya, kecantikan NEGARA, tapi sekarang apa …

Sekarang nak sebut dari manapun MALU ….

11 08 2008
Creeps

Hahaha..bro sheih, Tahniah. Kawe respek pandange demo..If we thought AAB is ‘not smart enough’, then he has proven again that he’s smarter than those in the council. If it is true, shall we jeopardize our nation’s future in the hands of the ‘dumber’?

I agree!! It’s a political gimmick that have captured most of the Malaysian’s attention, diverting us away from the reality that we are currently in, or maybe there’s some thing behind the scene? All this I blame to AMENO.

11 08 2008
longman

possible… ambiga and shahrizat kamceng what… sharizat and mat kenceng (dalam pampers) pun kamceng…

the truth will prevail…

11 08 2008
LokeFatt

May be Abdullah gets some benefits from the Forum, but to assume that he planned it was a big JOKE. Bro, you have been dreaming too much lately. Was it because you want to kowtim back with your angry boss?

11 08 2008
bardnurz

Forum tentang agama memang satu isu yang sensitif. Tetapi masalahnya, kenapa sekarang nak bangkitkan forum yang sebegini. Didalam perlembangaan memang termaktub hak individu untuk menganut setiap agama yang disukainya dan tidak menyentuh hak-hak agama lain terutama Agama Islam. Rakyat bangkit kerana ada sesetengah pihak yang cuba mengapi-apikan sentimen ini. Memang wujud permasalah tentang pertukaran agama tetapi itu hanyalah isu yang boleh diselesaikan dengan cara perundangan yang betul. Rakyat perlu diberi informasi tentang cara penukaran agama (terutama ke agama islam) dan beritahu mereka tentang satu garis panduan yang memang telah lama wujud. Permasalah berlaku kerana ada individu yang tidak mengikut garis panduan tersebut. Ini menyebabkan ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut. Majlis peguam ialah satu badan profesional, kenapa mereka sanggup membangkitkan forum sebegini?

11 08 2008
11 08 2008
iswarahijau

bro sheikh tolong komen 2 isu ini,
kalau ianya hanya sekadar agenda PakLah, kenapa Keadilan beria2 nak hukum Zulkifli Nordin kerana ia ketua protes bantah forum Bar Council? apa kata pengundi2 melayu kat Permatang Pauh nanti kalau beliau benar2 dihukum oleh PKR kerana mempertahankan ISlam?

bro tolong komen juga isu kronisme tiada dlm Islam, yg ditimbulkan Nik Aziz. kalau ianya benar,maka apa salahnya Pak Lah lantik Khairy,kan dia juga berkelayakan,graduan keluaran Oxford yg tersohor!

11 08 2008
budd

Ya Allah! Aku minta kepadaMu baiknya angin dan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diutuskan dengannya, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan angin dan kejahatan apa yang dibawa dengannya. Ya Allah! jadikanlah angin ini rahmat bagi kami dan janganlah dijadikan angin ini menyeksakan.

11 08 2008
mardhiah

Politik ni macam berlakun JUgak LAH ha ha ha. Tak de isu create isu, SO THAT adale pasal nak menghunus keris ke sana ke mari, kunun hak Melayu sedang terancam. Ada isu sikit, create isu lagi besar untuk alihkan pandangan masyarakat, ala macam isu ganyang Malaya dulu tu, macam cerita teladan Arab yang mama dia rebus batu TU bagi melalaikan anak-anaknya tertidur.

Sapa yang mengancam Melayu? Kenapa Melayu boleh terancam? Tula apa pasal tak siok nak jadi Melayu? kenapa semua gian nglepar nak jadi sama ada Arab atau omputeh?

Penghabisan ceritanya sapa yang paling pandai karang skrip yang paling dramatik, paling mencengkam perasaan sehingga boleh bikin satu Malaya bangkit keluar berarak tengah jalan, maka dialah yang menang. hu hu hu

11 08 2008
neutronic

Perasan tak jurucakap kat TV tentang bantahan tersebut pakai baju GPMS. Mamat ni siap tunjuk gedebe…tepi camera dalam dewan.

Husam tak datang, TGNA tak datang tak ape, depa hantar wakil mereka salahuddin Ayub. DSAI pun hantar zulkifli jadi wakil. UMNO hantar saper? Mana Azeez putera UMNO…mana hishamuddin? Pesal tak bawak keris turun.

Bermacam-macam perkara timbul zaman paklah ni. Inilah akibat pemimpin lemah. Jangan salahkan PAS…jangan salahkan orang lain. UMNO selama ini dok jaja merata cerok hanya mereka sahaja pembela melayu dan Islam…..mana batang hidung mereka?

Time macamni mana mereka datang untuk pertahankan melayu dan Islam. Cuba buat majlis merompak harta rakyat…gerenti berduyun-duyun pemimpin dan ahli UMNO turun.

bat8

11 08 2008
whispering9

It is so obvious when umno youth was not in front pages and TV’s news for the first time. Seeesh….please lah politicians go back to governing and not politiking.

11 08 2008
nawi

kepada pejuang2 ISLAM yang tulus dan ikhlas..
sambutlah tangan2 ini..
rangkullah hajat hati pejuang2
yang bukan sedikit gugur dimedan dakwah & perjuangan..

kepada pejuang2 ISLAM yang tulus dan ikhlas..
apakah jalan mu tuju itu jalan yang benar..
atau ada kabus dimatamu yang tidak mampu kamu kuakkan
beza antara benar dan palsu..

perlu apa berjuang mencari yang sia-sia..
perlu apa selama ini menahan tohmahan dari seribu hati2 yang penuh dosa nista
perlu apa kita selama ini terus tegak menahan ombak kutukan
katanya.. menuju kemunduran..
katanya.. menuju keganasan..
katanya.. kolot
katanya.. tidak moden..

APA ADA PADA ISLAM DI MALAYSIA SELEPAS 50TAHUN MERDEKA?
APA ADA PADA ISLAM DI KELANTAN SELEPAS 50TAHUN MERDEKA?
APA ADA PADA ISLAM DI JOHOR SELEPAS 50TAHUN MERDEKA?
APA ADA PADA ISLAM DALAM DIRI KITA SEMENJAK DILAHIRKAN?

APA ADA PADA MELAYU SELEPAS 50TAHUN MERDEKA?

usahlah terlalu rakus memakan umpan pancing.. umpan pancing tersebut sudah dirangka terlebih awal, harapnya dapat disatukan dalam telenovela MUZAKARAH.. tetapi.. ALLAH SWT masih memberi taufik & hidayah kepada yang ikhlas…

TAHNIAH KEPADA PAKLAH DAN SAHABAT2NYA.. nantikan pelukan hangat neraka jahanam jika benar anda dan sahabat2 anda yang merencana umpan tersebut..

11 08 2008
berat hati nak sokong

bro, your posting menampakkan keazaban UMNO..sampai macam tu sekali ke Pak Lah kena buat??ishh..pity UMNO..

-nak sokong tapii..macam bnyk sgt corruption..penipuan..terus lemah rase nak sokong..ishh..
..yg benar tu benar la..yg salah tu salah la…kenapa yg benar tu jadi salah??..?-
…jom buat party baru jom!!..party blogger..amacam?

12 08 2008
patek1472

Q48. Freedom can only exist in the mind, not in real life. (True or False)
Kebebasan Cuma didapati dalam minda, tidak di dunia nyata. (Betul atau Salah)

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

12 08 2008
FrancisJeffers

agree with you. at least you are getting more sensible now instead of the extremism shown previously. best…

12 08 2008
monsterball

His mind changes like the seasons of the wind.

12 08 2008
whateva...

boleh dtrima akal pendapat tadi tp dr 1 sudut len,nmpak cam x btol sgt…pikr lu ea…

12 08 2008
maxtor

Hebat sungguh hasil karangan ini. Bab2 memburukkan orang memang hebat. Tapi betul ke semua ni?hmmm..

13 08 2008
Sagaladoola

My Opinion on the Recent Interfaith Dialogue

Link:
http://sagaladoola.blogspot.com/2008/08/my-opinion-on-recent-interfaith.html

15 08 2008
omar qayyum mohan

now thats wat cha call an alternative view to sumthin’ others dun subscibe but nevertheless u did make sense to me

cheers

16 08 2008
JanganMainMain

Walaupun selalu tertidur, Si Dollah pandai jugak buat kacau dan alihkan perhatian orang ramai, terutama orang UMNO, dari problem yang dihadapinya. Pandai jugak dia buat orang percaya yang Saifool orang Najib dan Sodomy II adalah terbitan dan arahan Najib. Saya cukup kagum dengan taktik ‘diversion’ si Dollah. Kalau tak pandai dan tak competent, kita buat kacau, biar orang lain jadi frontman show kita. Kita tak payah buat apa-apa.

Kenapalah orang Pakatan Rakyat baik sangat dan buat semua benda terang-terang? Nak gaduhpun, buat terang-terang! Engkau orang belajarlah sikit dari Pak Helah. Kalau kita gaduh pun, cakaplah orang rumah sebelah yang buat bising, janganlah mengaku!

Leave a comment