We Are What We Are

27 08 2008

Listen To Our Negaraku Click Here

We Are Malaysian!

Once upon a time, our forefathers had given what ever they have to finance the journey for Tunku Abdul Rahman and their entourage to London. The memorable journey ends with us lowering the Union Jack and proudly hoists our federation flag, the older version of what today we call the Jalur Gemilang.

Yesterday, we have self-finance our self to go to Permatang Pauh and today, we have bring back Anwar Ibrahim to Parliament with resounding victory.

Our journey for a new Malaysia has begun. This is history in the making. Let us end all the humiliation that has given us shame by UMNO under Abdullah and his son-in-law.

Let us make a call to all the great Malaysian MPs in the Dewan Rakyat to join us to save the old Malaysia and make it a better one for our children.

Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

- Mahathir Mohamed, Statesman

Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.

- Tengku Razaleigh Hamzah, Statesman

Jika PRU12 pada 8 Mac 2008 memberikan mesej supaya Abdullah segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 adalah endorsement dan re-enforcement kepada mesej tersebut.

- Ruhani Ahmad, Kuda Kepang

Ia juga berupa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi ketua kempen BN.

- A Kadir Jasin, The Scribe

Understand that today, you (Najib) and your friends (in UMNO and BN) must contend with a force rejuvenated by self-belief.

- Haris Ibrahim, Speaker People’s Parliament

Let us hoist our flag up-right again, a sign of VICTORY for all Malaysian.

- Kickdefella and Friends

Dare to dream… we will win. 

Ramadan Charity 2008 update

First day collection – RM500.
Donate by 2 great Malaysian who wish to remain anonymous. Thanks a million!.

As per 5.00pm today RC2008 received another RM1,300 from 3 anonymous contributors making the up-to-date total is now RM1,800.00 thanks.

For more info on RC2008 click here.





Anwar Returns To Parliament

26 08 2008

If this results is correct, this means the 79% of the registered voters has cast their vote. Almost 10% higher than the figure given by SPR at 5pm today, where do they came from?. (9.40pm)

Arif Shah LOST The Votes from State Assembly Area of Seberang Jaya where he is the ADUN with majority almost 4,000 votes. (8.55pm)

Anwar returns with bigger Majority. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,579. Dato Arif Shah Omar Shah (BN) 15,045. Hanafi Mamat (AKIM) 89. Majority of 16,534 votes (update 9.15pm) Wan Azizah Won on March 8, 2008 by a majority of 13,398 votes. Wan Azizah garnered 30,348 votes.

Malaysia Governments Declares By-Election DEFEAT (8.45pm Channel News Asia)

Anwar Ibrahim has returns to Malaysian Parliament in style!. Unofficial result by IPGlobal.TV so far, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR) 22,373. Dato’ Arif Shah Omar Shah (BN) 9,549. Hanafi Mamat (AKIM) 39. 

Anwar will be making a statement shortly. Watch it on www.ipglobal.tv.





Kickdefellaphotos Launches New Collection: LIVING IN EXILE

26 08 2008

Donation for Ramadan Charity 2008 has begun to pour in according to its coordinator, Bariah Ishak. For more info on RC2008 please click here.

Meanwhile, Kickdefella Photo Journal has been updated with a new collection called, LIVING IN EXILE.

Modern Arts is defined as a work of art that reflects the emotion of the artist. Living in Exile reflects the loneliness and the emptiness that is associated by a dark moment in live.

For many months I have been praying to God asking Him for a motivation to capture beautiful photos. What I got in return is a broken camera which given me the chance to replace my D40X with Nikon D300.

Living in Exile is my first collection using the D300.

Living in Exile

As I look into the viewfinder, I search neither the beauty nor a subject. I want to capture emotion. I search for the emotion. My framing must portray my feelings at that particular second.

If I capture it again another day, the outcome will not be same. It will only define my emotion of that day.

A work of art, when it catches you, will trounce you with an aesthetic experience. A feeling of being flooded by the overflow of emotions from it. It is not the beauty, it is the arts. Kickdefella Photo Journal.





Ramadan Charity 2008

25 08 2008

Aboo dan Lady Dark beri saya gelaran Mr. Evil Betis Berbulu, ketawa besar saya, tapi  bila saya baca artikel yang di tulis mereka, menitis pula airmata secara tak segaja. Tak sangka, perkenalan yang singkat bersulamkan panggilan telefonnya yang sering saya tak sempat jawab, mereka masih sudi mengingati saya yang kerdil. Kalau ada masa, jenguk-jenguk Kroni Blues Untuk Mr. Evil Si Betis Berbulu di sini.

Sementara itu seminggu lagi menjelang Ramadan di mana umat Islam diseluruh dunia akan mula berpuasa. Bulan Ramadan sering diserikan dengan pelbagai amal ibadat dimana umat Islam lazimnya akan mengurangkan diri mereka dari bebanan dunia dan menumpukan lebih perhatian kepada beribadat.

Setelah sebulan berpuasa, Syawal akan menyusur dan pada tarikh 1 Syawal umat Islam akan meraikannya dengan penuh keinsafan dan kegembiraan sebagai tanda kemenangan.

Kebelakangan ini, amalan berpuasa di bulan Ramadan bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam. Di Malaysia, terdapat juga rakan-rakan dari bukan Islam turut berpuasa samada bagi mencuba-cuba, menghormati sahabat sepejabat atau sekerja atau bagi tujuan kesihatan. Itulah kehebatan Warga Malaysia yang seringkali keakraban ini menjangkaui batasan perbezaan agama.

Pada tahun lepas, Bariah Ishak, telah mengesyorkan supaya Kickdefella menjalankan kempen mengutip derma bagi tujuan dibahagi-bahagikan kepada mereka yang tidak bernasib baik supaya dapatlah kiranya sedikit membantu meringankan bebanan mereka menghadapi Hari Raya Aidil Fitri.

Bagi melihat semula aktiviti Ramadan Charity 2007, pembaca budiman bolehlah melayari pautan di bawah,

Bariah Ishak: Ramadan Charity
Ramadan Charity Pt 1
Ramadan Charity Pt 2
Ramadan Charity – Finale

Pada tahun ini, Kickdefella sekali lagi akan bekerja sama dengan Bariah Ishak dan juga dengan Kijang Care untuk mendapatkan sumbangan bagi menghulurkan sedikit keceriaan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan juga yang hilang pekerjaan akibat kemelut ekonomi negara yang tidak menentu.

Kijang Care sedang mengumpulkan sumbangan berbentuk barangan daripada firma-firma korporat untuk diedarkan pada Ramadan ini.

Bagi pembaca budiman yang sudi untuk menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan tunai sempena kempen Ramadan Charity ini, bolehlah berbuat demikian secara online kepada :

Bariah Ishak
Akaun Maybank – 1 14105 20748 4
Akaun RHB – 1 12170 0004782 8
Atau menerusi akaun PayPal Kijang Care.

Sila email kepada bariahishak@yahoo.com.my nama saudara dan saudari pembaca budiman dan tujuan atau niat derma (jika ada) bagi tujuan pengurusan dan akaun.

Segala sumbangan akan disenaraikan di blog ini dan juga di laman Kijang Care berserta dengan penyata akaun bagi menjamin ketelusan.

Derma yang mempunyai niat-niat khas atau tujuan keagamaan (seperti zakat) akan diasingkan dari derma umum.

Sumbangan tenaga bagi tujuan pembungkusan, pembelian barang-barang edaran dan pengagihan juga amat-amat dialukan.

Kepada para pembaca yang telah memberikan respons dari awal lagi, kami mengucapkan amat-amat bersyukur. 





Ramadan Charity Part 2

23 08 2008

Saya di nasihati supaya

1. Menyaman Abdullah Ahmad Badawi kerana tindakannya memanggil saya saya Evil dan lain-lain kata-kata kesat yang dilemparkan kepada saya setelah tuduhan Abdullah kepada saya disiarkan oleh media-media massa.
2. Menyaman beberapa media-massa kerana menyiarkan kata-kata Abdullah itu dan kerana ulasan yang dibuat diluar daripada kata-kata Abdullah yang membawa kesan negatif ke atas saya.
3. Menyaman Menteri Azalina yang menaja sebuah laman web yang digunakan untuk menghamburkan kata-kata kesat dengan niat jahat terhadap saya.
4. Membuat laporan polis terhadap ugutan yang dibuat di laman web pro UMNO yang menghasut pembacanya dan menyiarkan komen-komen pembacanya yang penuh dengan ugutan terhadap saya, keluarga saya dan kedua arwah ibu dan bapa saya.

Perkara-perkara sedemikian bukan keutamaan bagi saya pada ketika dan saat ini.

Apa yang lebih penting bagi saya ialah memikirkan nasib-nasib warganegara Malaysia yang kehilangan pekerjaan lewat kini terutamanya yang beragama Islam kerana mereka akan berhadapan dengan Bulan Ramadan dan diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri.

Pada tahun lepas, isteri saya dan blog ini menganjurkan Ramadan Charity untuk mengutip derma yang diagihkan di dalam bentuk barang-barang keperluan kepada warga miskin. Blog ini berjaya mengutip derma yang diedarkan kepada lebih 50 orang warga miskin.

Pada tahun ini, saya percaya derma kita lebih signifikan kerana kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat polisi kerajaan yang langsung tidak bermanfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Oleh yang demikian sekali lagi blog Kickdefella akan menganjurkan Ramadan Charity supaya kita dapat membuat setidak-tidaknya beberapa orang warganegara Malaysia dapat menyambut hari raya dengan seulas senyuman.

Ramadan akan menyusur setelah kita menyambut perayaan ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke 51. Bagi para pembaca yang tidak bercadang untuk membeli bendera Malaysia untuk dikibarkan pada ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini, kemungkinan besar wang tersebut boleh disumbangkan kepada mereka yang memerlukannya. Blog ini bersedia untuk menerima derma itu menerusi pihak ketiga yang kemudiannya akan menyalurkannya kepada mereka yang memerlukannya.

Kepada para pembaca yang budiman, mulai 31 Ogos ini blog ini akan memulakan kutipan derma tersebut.

Terima kasih.





Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan

23 08 2008

Laman web pro UMNO tajaan seorang Menteri memanggil rakyat Malaysia untuk menyembelih saya dan untuk membunuh saya. Tidak mengapa, saya hanya insan kecil berbanding dengan mereka ahli-ahli UMNO yang berkuasa lebih dari pihak polis. Perjuangan saya pun sekadar membela nasib insan-insan kerdil tentu sekali berbeza dengan perjuangan segelintir pengunjung laman web tersebut yang perjuangan mereka membela elit-elit di dalam UMNO.

Tentu sekali saya halal untuk disembelih dan dibunuh kerana saya menebalikkan bendera Malaysia yang tidak salah disisi undang-undang. Sebab itu kes saya disiasat di bawah akta hasutan dan bukan kerana menghina bendera Malaysia. Tentu sekali elit-elit UMNO yang merampas hak dari rakyat  Malaysia yang lebih layak tidak bersalah. Tentu sekali elit UMNO yang mengarahkan supaya perwakilan di Kubang Pasu di sogok supaya tidak memilih Tun Dr. Mahathir sebagai perwakilan yang serius mahu bersuara di Perhimpunan Agung UMNO tidak bersalah, kerana tindakan mereka ini semua adalah demi agama, bangsa dan negara. Tentu sekali elit UMNO yang membayar RM500 seorang kepada pegundi di Permatang Pauh supaya mengundi BN di dalam pilihanraya kecil itu tidak bersalah kerana mereka sekadar menderma duit kopi.

Suatu ketika pada sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi, saya terbaca secebis berita di akhbar. Berita itu mengisahkan bagaimana mayat seorang lelaki bersama anaknya ditemui di bawah bangunan. Lelaki itu dipercayai terjun dari puncak bangunan bersama anaknya. Menurut berita itu, pihak polis menemui satu botol susu di puncak bangunan. Adalah dipercayai, lelaki itu menyusukan anaknya sebelum memeluk anaknya dan terjun bersama-samanya. Lelaki itu dan anaknya adalah warganegara Malaysia. Siasatan polis mendapati lelaki itu mengalami masalah rumahtangga dan berpisah dengan isterinya setelah kehilangan kerja. Apakah benar dia rakyat Malaysia atau dia sekadar statistik?

Beberapa minggu yang lalu, secebis berita di dada akhbar melaporkan bahawa seorang lelaki dan anak-anaknya ditemui mati di dalam rumahnya. Anak-anaknya diberi minum racun dan setelah anak-anaknya mati, lelaki itu mengambil tindakan membunuh diri. Siasatan polis mendapati lelaki itu mengalami masalah rumahtangga setelah hilang pekerjaan. Lelaki itu dan anak-anaknya adalah warganegara Malaysia yang bernaung dibanwah Jalur Gemilang yang kita banggakan. Tetapi lelaki itu hanyalah statistik.

Saya boleh bayangkan betapa sedih dan sebaknya kehidupan mereka. Ramai yang turut memahaminya tetapi tidak bersetuju dengan tindakan mereka mencabut nyawa anak-anak mereka. Tetapi selain dari sekadar merasa tidak bersetuju pernahkan kita bertanya kepada diri kita, apakah yang telah kita lakukan bagi membantu mereka supaya mereka tidak mengambil tindakan sedemikian?

Tentu sekali jawapan kita ialah kita pasti membantu mereka jika kita kenali mereka, malangnya kita tidak mengenali mereka. Mereka hanya insan kecil. Tak lebih sekadar statistik.

Tetapi apakah yang kita lakukan untuk mengelakkan dari perkara yang sama berulang. Apakah yang mampu kita lalukan supaya insan-insan kerdil ini tidak hilang pekerjaan. Supaya mereka tidak mengalami masalah rumahtangga dan supaya tidak mereka mengambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah mereka itu?

Mungkin juga jawapan kita ialah bagaimana kita mahu membantu mereka kerana kita sendiri sudah nyawa-nyawa ikan.

Apakah sudah tiada penyelesaiannya? Setiap insan kecil atau besar pasti akan rasa jatuh bangun di dalam hidup kita. Bagi yang mempunyai kekuatan pegangan agama, di saat-saat jatuh itulah kita akan merasa begitu hampir dengan Pencipta kita. Bagi mereka yang tidak berkesempatan memiliki pengangan sekuat itu, kekucar-kaciran hidup waktu itu pasti begitu menekan. Bagaimana kita menyelesaikannya?

Saya kesal dan saya risau. Perkembangan ekonomi yang tidak menentu ini sudah pasti melahirkan pelbagai kerumitan. Ramai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah Jalur Gemilang akan mengalami tekanan ekonomi dan sebahagiannya akan menjangkiti rumahtangga mereka. 

Tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh amat saya yakin tidak akan dapat menurunkan kos harga barang keperluan, kos pengangkutan awam dan kos sara hidup yang telah meningkat akibat tindakan Kerajaan menaikkan kos bahan bakar pertengahan tahun ini. Bagaimana penurunan harga minyak ini tetap akan membantu menurunkan sedikt bebanan rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan.

Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan? Saya menyokong tindakan Kerajaan menurunkan harga minyak ini. Ini membuktikan bahawa seruan Pakatan Rakyat bahawa harga minyak tidak sepatutnya dinaikkan dan harga minyak boleh diturunkan terbukti benar.

Berbalik kepada laporan polis yang dibuat ke atas saya dan seterusnya siasatan di bawah akta hasutan yang menyusul menyebabkan saya musykil. Mengapa saya tidak didakwa kerana menebalikan bendera Malaysia? Adakah saya ini penghasut? Adakah dengan mengenengahkan persepsi saya terhadap sikap Kerajaan yang menindas golongan kecil ini adalah satu cubaan menghasut yang boleh memporak-perandakan negara?

Saya protes terhadap ahli-ahli politik yang tidak serius menangani masalah yang dialami rakyat akibat ekonomi yang tidak menentu yang mengakibatkan kos hidup melonjak. Saya menyeru rakyat Malaysia di alam maya supaya turut serta protes terhadap ahli-ahli politik ini supaya rakyat-rakyat kerdil tidak terus kekal sebagai statistik. Saya tidak menyeru rakyat Malaysia berhimpun tanpa permit. Saya tidak menyeru rakyat Malaysia merasuah dan saya tidak menyeru rakyat Malaysia menghuru-harakan negara. Saya juga tidak menyeru supaya pemimpin negara atau mana-mana umat manusia disembelih dan dibunuh.

Foto bendera Malaysia yang terbalik bersama bendera Kelantan yang disiarkan diblog saya pada posting saya yang lalu di ambil oleh saya pada pertengahan tahun 2007. Insiden ini saya sedari sewaktu menghisap rokok di puncak bangunan pejabat saya. Kedua-dua bendera itu berada dihadapan Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Setelah mengambil foto itu, saya menghubungi seorang pegawai di kompleks itu dan memberitahu bahawa bendera Malaysia berkibar secara terbalik. Seketika kemudian bendera itu dibetulkan semula. Tarikh sebenar kejadian itu masih ada didalam simpanan saya walaupun tiada pada saya pada saat ini. Pegawai yang menerima panggilan dari saya juga masih berkhidmat di Kelantan.

Saya juga diberitahu foto saya disebarkan di Permatang Pauh oleh pihak yang mengaku mewakili PEKIDA dengan arahan supaya saya dibelasah oleh sesiapa yang terjumpa saya di Permatang Pauh.

Saya hanya statistik dan rela menjadi sekadar statistik jika saya tidak dapat menyumbangkan secebis pun sumbangan supaya insan-insan kecil Malaysia tidak tinggalkan kita sebagai statistik.

Saya mengaku saya sedih dan derita melihat Jalur Gemilang dikibarkan terbalik tetapi saya lebih sedih dan tersiksa mengenangkan nasib rakyat Malaysia sekadar statistik. Tetapi saya tidak sedih dengan ugutan untuk disembelih dan dibunuh oleh segelintir penyokong UMNO. Saya takut, tetapi tidak sedih.

Salaam saya buat Timbalan Ketua Polis Negara. 





Evil Pertahankan Abdullah

20 08 2008

Saya akan pertahankan hak Abdullah Ahmad Badawi yang merujuk saya sebagai Evil. Saya juga akan pertahankan hak Abdullah menuduh saya berniat jahat. Saya hormati hak Abdullah sebagai individu dan menghormati haknya untuk berkata-kata.

Sekarang bolehkah Abdullah menghormati hak saya?

Dendam kesumat Abdullah terhadap saya tidak perlu dibangkitkan hingga melibatkan perundangan negara.

Jika Abdullah yang berada di singgahsana merasa sedih melihat Jalur Gemilang diterbalikan secara maya di alam siber oleh saya, seribu kali lagi saya merasa sedih bertanggungjawab menerbalikan jalur gemilang itu.

Setiap hari bila saya membuka blog saya, hati saya terguris melihat jalur gemilang ini terbalik. Namun saya tabahkan hati saya kerana bagi saya nilai masa hadapan dan nilai nyawa seorang rakyat Malaysia lebih utama dari segala perlambangan.

Saya terbalikkan jalur gemilang setelah Kerajaan melaksanakan “Self-Service System” di stesen-stesen minyak seluruh negara. Tindakan kerajaan ini mengakibatkan atendan-atendan pam di seluruh Malaysia menerima notis perberhentian kerja pada 1 Ogos 2008. Mereka akan mula kehilangan punca pencarian pada 1 September 2008.

Kebanyakan pekerja stesen minyak di pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar adalah anak watan, warganegara Malaysia. Kalau kita boleh menangisi dan membesarkan tindakan kilang-kilang multinasional memberhentikan pekerja, bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain yang hilang pekerjaan akibat tindakan Kerajaan yang sepatutnya mewakili mereka ini.

Adakah kerana saya protes terhadap penindasan menerusi polisi oleh Kerajaan terhadap anak bangsa sendiri adalah berniat jahat?

Apakah saya menerbalikan bendera Malaysia supaya masyarakat mendengar keluhan saya tentang nasib anak-anak watan ini menjadikan saya seorang yang jahat?

Setiap hari terpampang di dada akhbar nasib anak-anak watan yang dilanda kemiskinan. Setiap hari terpampang di dada akhbar anak-anak watan mencabut nyawa mereka sendiri bahkan lebih dasyhat mencabut nyawa anak-anak mereka sekali kerana tidak sanggup berhadapan dengan kemelut ekonomi dan masalah rumahtangga yang hadir setelah mereka di landa kemelut itu.

Saya pernah melaluinya. Saya pernah kehilangan pekerjaan dan bukan sekali tetapi lebih dari itu. Saya tahu jerih perihnya. Saya masih ingat hangatnya airmata saya mengalir di pipi sewaktu saya membelai rambut anak saya yang sedang lena. Saya masih merasa pedihnya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Tetapi, diluar sana, bukan lagi soal memberikan yang terbaik tetapi memberikan keperluan asas pun sudah tidak termampu. Memang benar, kita masih belum menjadi seperti Myanmar, tetapi haruskan kita menunggu sehingga kita setaraf dengan Myanmar?

Dimanakah ahli-ahli politik yang kita lantik pada 8 Mac 2008 yang lalu. Berapa ramaikah yang bermati-matian mempertahankan hak rakyat dengan segala kudrat mereka? Berapa ramaikah pula yang terhoyong-hayang ke sana ke mari terus bermain politik?

Sekarang kita berhadapan dengan kemelut dalaman UMNO yang mengikat pemimpin-pemimpin mereka sepenuh masa untuk mempertahankan kedudukan mereka di dalam pemilihan UMNO di peringkat Cawangan, kemudian Bahagian dan akhirnya peringkat nasional, begitu juga dengan MCA.

Fokus ahli-ahli politik yang sepatutnya menjana minda mereka untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia sebenarnya telah terhapus dengan kesungguhan mereka bermain politik.

Saya mengeluh, saya tahu rakyat segelintirnya turut mengeluh sama. Saya tahu majoriti rakyat Malaysia merasai kesan di atas merudumnya ekonomi mereka sendiri akibat tindakan kerajaan yang tidak tepat. Ya, saya yakin di dalam banyak hal, tindakan oleh kerajaan tidak tepat.

Akibatnya, rakyat merasai kesengsaraannya. Persoalannya bukan berapa ramai yang mengalami kesengsaraan tetapi berapa ramai yang berani meluahkan kesengsaraan mereka.

Bagi atendan-atendan pam minyak yang kehilangan punca pencarian bermula 1 September ini, dunia mereka sudah roboh. Bukan mudah malah hampir mustahil untuk mencari pekerjaan dikampung dan dipekan kecil dengan hanya berbekalkan sijil tamat sekolah rendah, tamat tingkatan 3 dan tercicir dari tingkatan 5. Bukan juga mudah bagi pak cik dan mak cik yang yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan dan kini berusia lebih 50 tahun yang terpaksa bekerja seharian di pam minyak dan kini seharian hidup mereka hendak ke mana?

Orang-orang kecil, warga kerdil Malaysia mengalami kesengsaraan. Saya mahu hak mereka tidak diabaikan. Apabila hak mereka kita abaikan seperti yang berlaku sekarang, yang bersalah bukan sahaja kerajaan, bukan sahaja ahli-ahli politik dan bukan sahaja orang-orang kaya.

Apakah kita fikir insan-insan kecil ini pedulikan kebanggaan kita pada Jalur Gemilang? Mereka juga ingin berjaya. Ingin membelai anak-anak mereka setiap malam. Mereka juga ingin mandikan anak-anak mereka dengan kebahagiaan.

Apakah patriotik namanya berdiri tegak menjulang panji dan bendera sedang kaki bergelumang najis?

Bagi saya, itu bukan patriotik namanya. Sebuah negara boleh wujud tanpa panji tanpa bendera, tanpa nama dan kebesarannya. Tetapi bolehkah wujud sebuah negara tanpa rakyat, tanpa insan kerdil. Bukankah kita dulupun insan kecil juga?

Salam saya buat Abdullah.

Sheih Kickdefella





Biar Papa Asal Bergaya

20 08 2008

Sekian lama orang-orang Melayu dibelenggu kepercayaan terhadap pentingnya jati diri yang bertitik tolak dari perlambangan dan metafora semata-mata. Kepercayaan yang diteraju oleh UMNO sejak 1946. Kepercayaan yang sudah tidak kemana.

Perjuangan terhadap mengekalkan ketuanan Melayu berteraskan metafora dan retorik semata-mata mungkin releven waktu awal politik Melayu Moden tetapi setelah lebih setengah abad merdeka, ternyata ia sudah mencapai tahap stagnant. Malangnya, kita masih dirasuah dengan idealisme yang sama tetapi sebenar-benarnya, ketuanan itu hanyalah ketuanan UMNO.

Satu ketika dahulu Orang-orang Melayu tiada pilihan. Mengharapkan pembangunan hanya dengan belas ehsan UMNO. Ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin terbaik dan berpengalaman di kalangan orang-orang Melayu majoritinya berada di dalam UMNO. Kini orang-orang Melayu sudah memiliki alternatif. Orang-orang Melayu kini mempunyai pilihan.

Tetapi persoalannya adakah orang Melayu mampu membuat pilihan itu?

Saya bersetuju dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor supaya pintu UITM di buka kepada golongan bukan Bumiputera.

1. Saya bagaimanapun percaya jika pintu itu dibuka, ia tidak akan mendapat sambutan yang baik dari mahasiswa-mahasiswa bukan bumiputera kerana ianya sebenarnya sudah terlewat.
2. Di dalam polemik Melayu mahukan universiti khas untuk bumiputera, Melayu telah buta dari memikirkan komplikasinya.
3. Atas dasar politik, selepas pilihanraya 1999, apabila UMNO terngadah dengan merosotnya sokongan pengundi Melayu kepada mereka, UMNO menerima usul untuk menaiktaraf Institut Teknologi Mara kepada sebuah universiti dengan harapan mendapat semula sokongan Melayu.
4. Apa yang orang-orang Melayu tidak sedar, apabila membuka pintu kepada ITM menjadi UITM, pemimpin Melayu dalam kerajaan juga mendapat tekanan dengan pelbagai tuntutan yang sama dari Bukan Bumiputera yang pada tahun 1999 setia mengundi Barisan Nasional.
5. Akibatnya, pemimpin-pemimpin Melayu terpaksa meluluskan tuntutan yang sama kepada bukan bumiputera.
6. Di dalam menjamin ketuanan UMNO yang ketika itu bergantung kepada pengundi bukan bumiputera untuk menerajui negara, maka MCA, Gerakan dan MIC diberi hak untuk menubuhkan universiti-universiti mereka sendiri untuk anak bangsa mereka.
7. Kerana mahu memiliki satu Universiti khas untuk bumiputera, menjadi taksub sehingga buta melihat bahawa tindakan mereka menyebabkan kerajaan terpaksa memberi hak kepada kaum-kaum lain juga memiliki mereka sendiri.
8. Satu ketika dahulu, Orang Melayu bertungkus lumus menekan kerajaan tidak memberi hak kepada penubuhan Universiti Merdeka yang diusulkan oleh bukan bumiputera.
9. Tetapi selepas di sogok dengan satu Universiti Bumiputera, kita pun berpuashati dan senyap sunyi dan buta tuli terhadap universiti-universiti lain yang ditubuhkan oleh bukan Melayu tumbuh seperti cendawan.
10. Dari segi prestij, UITM masih sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mempunyai dasar-dasar yang rigid.

Tetapi ambil contoh univerisiti milik MCA, Universiti Tunku Abdul Rahman adalah sebuah IPTS dan mendapat begitu banyak bantuan kewangan dari luar.

1. UTAR membuka pintu kepada semua kaum dan yurannya adalah di antara yang terendah.
2. UTAR mempunyai kemudahan serba moden dengan setiap fakulti mempunyai perpustakaan mereka sendiri.
3. UTAR kini mempunyai kampus yang amat conducive untuk menjana minda mahasiswanya di Kampar, tapak yang diberi percuma oleh Tajol Rosli dan Kerajaan Perak di bawah pimpinan UMNO.
4. Sebagai seorang yang pernah mengajar di UTAR, saya sendiri merasakan kehebatan dan kesungguhan UTAR untuk menjadi yang terbaik dan oleh sebab itu saya sehingga hari ini yakin bahawa didalam jangka masa yang tidak lama lagi, UTAR akan meninggalkan UITM di belakang.
5. Tapi orang Melayu tidak kisah, mereka hanya suka bercakap pasal ketuanan Melayu tetapi yang penting bagi mereka ialah menang sorak, kampung tergadai pun tak mengapa.

Orang Melayu begitu bangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Orang Melayu merasakan bahawa bahasa Melayu adalah satu cara untuk mereka meletakan ketuanan mereka mengatasi segala-galanya.

1. Akibatnya orang-orang Melayu mendesak diperkasakan Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
2. Orang-orang Melayu begitu taksub dengan Bahasa Melayu dan begitu bangga sehingga mengakibatkan salah satu punca anak-anak Melayu ketinggalan.
3. Kadar kemahiran bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Perancis dan sebagainya masih lemah dikalangan anak-anak Melayu.
4. Akibatnya kebanyakan Mahasiswa Melayu kehilangan daya saing di universiti kerana kebanyakan buku rujukan utama masih di dalam bahasa bukan Melayu.
5. Siswazah Melayu kehilangan daya saing berbanding dengan siswazah keturunan Cina dan India didalam sektor swasta kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.
6. Akibatnya kerajaan terpaksa memaksa pengajian Sains dan Matematik dibuat di dalam Bahasa Inggeris.

Akibatnya begitu banyak tekanan daripada orang-orang Melayu atas dasar kedaulatan dan hak-hak mereka didalam perlembagaan.

Sewaktu saya di UTAR, saya mendapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan Mahasiswa-mahasiswa di situ juga rendah, ini adalah kerana,

1. Kebanyakan mereka dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
2. Kebanyakan mereka dari luar bandar dan dari keluarga miskin.
3. Mereka yang datang dari keluarga berada tidak ke UTAR tetapi keluar negara.
4. Mereka yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris juga banyak memilih keluar negara.

UTAR mengambil langkah radikal bagi mengatasi masalah ini,

1. Semua kursus melainkan Kursus Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina di ajar di dalam Bahasa Inggeris.
2. Kelas Tutorial di kendalikan di dalam Bahasa Inggeris.
3. Peperiksaan di lakukan di dalam Bahasa Inggeris.

Adakah masyarakat Cina menekan MCA supaya mengubah dasar ini demi bahasa ibunda mereka? Tidak pula kedengaran kerana mereka tahu ini adalah demi kebaikan dan demi masa depan anak-anak mereka.

Ramai juga mahasiswa UTAR gagal kerana kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi ia tidak dijadikan isu kerana ini adalah untuk kebaikan mahasiswa itu sendiri seterusnya untuk kebaikan dan keutuhan keturunan mereka.

Orang Melayu, akibat diracuni sekian lama oleh pemerintah menjadi begitu taksub dengan Kemelayuan mereka sehingga ianya tidak boleh dipertikaikan langsung.

Orang kita lebih suka metafora dan retorik. Jangan cabar hak-hak orang Melayu dan jangan terbalikan bendera, itu semua lebih penting biarpun negara dan bangsa menjadi tunggang-langgang.

Biar papa asal bergaya. Itulah pegangan segelintir orang-orang Melayu yang masih kukuh mempercayai apa yang dilontarkan oleh UMNO. Yang ironinya, UMNO sudah memerintah lebih 50 tahun dan sudah lebih 50 tahun Perdana Menteri Malaysia adalah orang Melayu, tetapi orang Melayu masih tidak puas hati dengan pencapaian mereka. Disebalik polemik ini, orang Melayu masih yakin lagi kepada UMNO.

Perjuangan segelintir orang Melayu seolah-olah tertumpu kepada mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidakkah mereka terfikir, hak dan keistimewaan itu sebenarnya adalah satu agenda untuk mencucuk hidung orang Melayu?

Mungkin fasa di dalam perlembagaan itu nampak begitu manis, tetapi bukankah manis itu kalau keterlaluan boleh membawa penyakit yang kronik?

Janganlah terus dengan budaya Pak Kadok. Janganlah asyik menang sorak sahaja. Dari segi politik, hari ini orang Melayu sudah mempunyai alternatif yang kukuh. Tibalah masanya untuk berubah.





UMNO Permatang Pauh Facing Extinction

19 08 2008

UMNO Permatang Pauh Chief, Dato’ Abdul Jalil Abdul Majid had tendered his resignation as The Division Head. According to Kickdefella’s Sources within UMNO Tasek Gelugor, Jalil took the action after he was not chosen as BN Candidate for Permatang Pauh By Election.

The decision to chose Dato’ Arif Shah Omar Shah, which was endorsed by Najib Razak did not go well with Jalil and his supporter. Arif Shah who is also the State Assemblyman for Seberang Jaya was the contender for Permatang Pauh Division Head who the incumbent is Jalil himself.

According to an exco for UMNO Youth of Tasek Gelugor, Arif Shah supporter saw this decision to choose Arif as an endorsement by Najib for Arif Shah as this will be translated as Najib’s signal for delegates of Permatang Pauh Division to vote for Arif Shah in the coming Division Assembly.

Arif Shah also seen as rubbing salt to Jalil’s wound when he was quoted by mainstream media as saying that He will only back-off from toppling Jalil as Division Head if he won the By Election. Where else everybody knew that Arif Shah would never win the By Election.

Jalil and his supporter took Arif Shah’s words as a sign of how adamant Arif is to topple him. Thus, Jalil who garnered strong support from at least 14 branches in Permatang Pauh has made public his dissatisfaction by tendering his resignation.

Abdullah Ahmad Badawi saw this latest eruption in UMNO Permatang Pauh as a sign of continuous disability by Najib Razak to solve the problem in the grassroots and have taken the task himself by making a surprise stop over in Permatang Pauh after the nomination day to consult Jalil and his supporter. Till this posting is written nobody is willing to confirm whether Jalil has retract his resignation letter.

Meanwhile, my same source from UMNO Tasek Gelugor also informed me that Nor Mohamed Yakcob, The Second Finance Minister and Member of Parliament of Tasek Gelugor has openly saying that “Arif Shah is a gone case” during the Nomination Day in Institut Perguruan Tuanku Bainun in Bukit Mertajam.

The remarks came while Nor Yakcob watched Arif walking passed him towards the Astaka for the official announcement by the Returning Officer.

Nor Yakcob was also heard laughing and said, “There goes another friend of us…”





Stranger in Not So Strange Land

16 08 2008

UMNO and Barisan Nasional found themselves as stranger in a not so strange land. Kickdefella was there to witness the historic moment that may mark the end of the beginning in the post PRU12.

About thirty thousands strong supporters of Pakatan Rakyat filled the Football field of the Institut Perguruan Tuanku Bainun in Permatang Pauh to show their solidarity and support for Anwar Ibrahim in the nomination day for Permatang Pauh. While only about five thousand supporter from Barisan Nasional who have made the journey from all parts of Malaysia. Some even said that Pakatan supporters who turn out may numbered to fifty thousands as the crowd swelled into the Bukit Kayu Hitam Highway as far as 3 kilometres.

The Barisan Nasional supporters are basically very quite and well discipline compared to their unruly behaviour in previous by election and most noted was the by election in Ijok in 2007. Barisan Nasional top guns led by Deputy President of UMNO, Najib Razak also have to take the barrage of jeers from Pakatan supporter as they walked a long and lonely journey towards the BN side of the field. A few Pakatan Supporters also offered some cash to the BN leaders who walk past them by waving few ringgits. While Ezam Mohd Noor may wish he has other occasion to choose rather then coming to the Nomination Centre.

Anwar Ibrahim the heroic figure of Permatang Pauh since his UMNO days, filed his nomination paper around 8.30 a.m.

While Barisan Nasional looks tame and with a lot of it’s component parties big gun shy away from attending the nomination day here, Pakatan Rakyat has full support from all the leaders from PKR, DAP and PAS. Nik Aziz Nik Mat leads PAS delegation and it includes almost all the notable names.

For High Resolution Photos of The Nomination Day, please proceed to Kickdefellaphotos. Photos will be uploaded in batches throughout the day and night. Please feel free to republish the photos as you wish.





Selamat Bersidang

14 08 2008






Sheih on Sheih: Self-Interview

12 08 2008

 

Selamat Tinggal Bungaku, Kenang Daku Dalam Doa Mu

I will not comment on Haji Hadi’s statement and indulge into stumpy politics. Rather then wasting the space in the World Wide Web with it, let me just waste my time by interviewing myself. Below are those questions that people always throw to me for years and my honest answer.

1. Your favourite song is SM Salim’s Kenang Daku Dalam Doa Mu, is it a joke or April Fool came late this year?
SM Salim? I adore him as much as I adore Mokthar Dahari…

2. So you really hear SM Salim’s numbers?
Let me just list the top ten most played numbers on my ipod.
i. Kenang Daku Dalam Doa Mu by SM Salim
ii. Surah Ash-Shams by Mishary El-Efasy
iii. Mohon Kasih by SM Salim
iv. Rindu Hatiku Tak Terkira by P.Ramlee
v. Foolish Game by Jewel
vi. Don’t Know Why by Norah Jones
vii. Jikalau Abang Merindu by Nona Asiah
viii. Pertama dan Terakhir by Rusty Blade
ix. Tanda Kasih by Hail Amir & Uji Rashid
x. Srikandi Di Sisi by Belantara

3. This is a joke right?
Umm? But I surely caught my office mates by surprise when I first hooked-up my ipod to my iMAC, but later I realised every time I came back to the office, somehow the volume on my iMAC is by few decibel louder than before I left. Someone else is enjoying it too… I guess they just too embarrass to admit it….

4. Mmmm, How you describe your taste in music?
It is like a can of lychee. When I was small, we have to share a can of lychee amongst 7 of us. I promised myself that when I can afford it, I would buy a can for each of us so we need not quarrel over it. When I start living on my own, I bought a dozen cans of lychee every month, and stared at those cans until it reached its expiry dates. Now, I swear not to buy it anymore. Are we talking about lychee? By the way, nowadays we can get the fresh lychee from Pasar Gok Kapur, so why bother to buy the one in the can?

5. Maybe it is time to change the topics, would you like to comments on your children’s name, their name is considered long if it is join with your name?
Really? My mother always remind me that we should use the recycle name from our ancestors as it were written in the ‘salasilah’ so I named my first son with my father’s name. I wanted to name the second one with the name of Shah Jehan’s son, Aurangzeb. But then it brought shivers to me thinking what happen if he grows up and become like Aurangzeb and put me in prison like what Aurangzeb did to Shah Jehan? So I end up by naming him after my granduncle. But I also want him to have his own name so it became Rifqi Najmuddin. The third one should carry the name of my uncle but again he should have his own name so it became Rayyan Razzaq. My wife always wanted to name our daughter as Qistina and we think four is enough. The problem arises when I still have one name that I wanted to give if I have another son, so we combined it and became Qistina Rayshad. May you ask me a question about football?

6. Yes, sure, why not. So let’s talk about football? What you want to talk about football?
I still remember Isthiaq Mubarraq and Marina Chin, and how they were gossip together. Then came Rabuan Pit.

7. So they are your favourite local footballers?
Obviously not. SEA GAMES 1977, it was like performing in the Olympics. SEA GAMES today is just like Primary School Sports Day.

8. What about politics? Let’s hear your view on politics.
Mokthar Dahari is the best, but let us not forget R. Arrumugam The Spiderman in front of the goal. Shukor Salleh, Santokh Singh, Abdullah Ali, Then the East Malaysia connections like Hassan Sani dan James Wong. I still remembered the day we beat South Korea and qualified for the Olympic in Moscow. Mokthar was out injured, but we still have Hassan Sani doing the magic and James Wong who scored the winning goal. But I never like our ‘tauke’ Soh Chin Aun, I do not know why. But he did save us more than we can remember how many times Abdullah Ahmad Badawi changes his mind.

9. So you think there are better politicians than Pak Lah?
I think Mokhtar Dahari deserved a Tan Sri-ship more than Pak Lah deserved a ride in our Perdana V6 with Gearbox Rosak. I think Pak Lah needs a Kancil. At least the Kancil is known to be brainy.

10. Who you think should take over from Nik Aziz as the MB of Kelantan?
Where is Awang Adik? By the way, how come Dato’ Shake did not made the list in my top ten. Somebody must be tampering with my ipod.

Hey, let us hear what my brother Bakaq has to say!