Parlimen Rakyat: Agenda Muqabalah Diluar Aturan Tabii

28 07 2008

Tuan Speaker Sdr. Haris Ibrahim,

Saya ingin mengambil peluang ini untuk memperkatakan berhubung kenyataan Tuan Speaker dibawah tajuk Half-truth hadhari, froggie PAS-tors and bamboozled bee-enners.

Tahukah ahli-ahli UMNO apakah agenda sulit Muqabalah yang dibincangkan di antara Abdullah Ahmad Badawi dan rakan Ana-Anta yang diakui kini lebih UMNO dari UMNO walaupun sangka Abdullah Ana-Anta itu mewakili PAS?

Tahukah Najib Razak apakah agenda sulit Muqabalah yang Najib beria-beria cakapkan perlu diteruskan dan diperluaskan skopnya?

Tahukah kita semua mengapa Abdullah akan menolak saranan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya dibubarkan UMNO jika benar UMNO mahu mengutamakan Melayu dan Islam?

Semalam terbongkar sudah segala-galanya. Parlimen Rakyat menerusi speakernya Sdr. Haris Ibrahim sudah mendedahkan agenda sulit yang dibincangkan oleh Abdullah kepada Ana-Anta.

Menurut Parlimen Rakyat, agenda sulit Muqabalah ialah Abdullah mahu kerjasama dan sokongan PAS bagi mengukuhkan kedudukannya supaya dia dapat mengambil tindakan menyingkirkan Najib Razak daripada tampuk kuasa.

Abdullah juga mahu bantuan PAS untuk memperkukuhkan kedudukannya supaya dia dapat memecat Abdul Ghani Patail, Peguam Negara dan Musa Hassan, Ketua Polis Negara.

Hari ini, saya ingin membahaskan kenyataan Speaker di Parlimen Rakyat.

Tuan Speaker,

Saya percaya bahawa kenyataan speaker di Parlimen Rakyat semalam adalah benar dan walaupun menjadi tanggungjawab Tuan Speaker untuk tidak mendedahkan sumber tersebut, saya tetap yakin seratus peratus kebenarannya.

Tuan Speaker,

Bagaimanapun, saya terpanggil untuk berhujah di atas beberapa perkara yang saya yakin menjadi tanggungjawab saya untuk mengupasnya.

1. Apakah Abdullah mempunyai maklumat salah laku ketiga-tiga yang di sebut namanya.

Abdullah hendaklah memiliki maklumat atau bukti tentang salah laku Timbalannya Najib Razak, Ghani Patail dan Musa Hassan contohnya penglibatan Najib dengan kes pembunuhan Altantunya, penyalahgunaan Kuasa Ghani Patail dan rasuah serta salah laku Musa Hassan, jika benar-benar tindakannya ini adalah untuk kepentingan negara dan bukan kepentingan peribadi.

• Jika Abdullah mempunyai bukti yang kukuh maka dia seharusnya menggunakan kuasa eksekutif yang ada padanya dan juga memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong agar satu tindakan penyiasatan yang rapi yang turut memberi perlindungan tahap tertinggi kepada saksi dan pemberi maklumat agar tindakan yang sah dapat diambil keatas ketiga-tiga mereka ini.

• Jika Abdullah memiliki bukti yang cukup, mengapa beliau perlu meminta bantuan dan kerjasama dari parti politik seperti PAS sahaja. Jika Abdullah memerlukan sokongan Parlimen untuk bertindak, maka dia seharusnya bermuqabalah juga dengan semua parti politik lain dan bukan dengan PAS sahaja.

2. Tuan Speaker, apa yang merisaukan saya bahawa Abdullah mengambil kesempatan diatas khabar-khabar angin dan juga diatas tuduhan-tuduhan yang bertempiaran keatas ketiga-tiga nama tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya ditampuk pemerintahan negara dan bukan untuk kebaikan Malaysia seperti yang kita sangka.

• Tindakan Abdullah menjalankan aktiviti muqabalah secara diluar aturan tabii dengan Ana-Anta seolah-olah ada muslihat oleh Abdullah sendiri.
• Melibatkan PAS sahaja untuk sesuatu yang penuh dengan kepentingan negara menambah jelas bahawa ianya bersifat peribadi.

3. Adalah menjadi keraguan bagi saya tindakan Abdullah ini sebenar-benarnya jujur. Tuan Speaker, izinkan saya meluahkan keraguan saya kerana pada pandangan saya,

• Penyingkiran Najib, Ghani Patail dan Musa Hassan hanyalah satu umpan yang Abdullah buang untuk memerangkap PAS supaya bekerjasama dengannya.
• Apabila PAS terjerat dan bekerjasama dengan Abdullah (Bukan UMNO), kemungkinan benar Abdullah akan bertindak keatas ketiga-tiga nama ini tetapi ianya hanyalah bersifat untuk mengukuhkan kedudukannya sahaja.

4. Oleh yang demikian, saya menyarankan jika benar Abdullah mahu bertindak ke atas ketiga-tiga nama ini disebabkan bukti yang cukup, maka beliau tidak perlu risau kerana seluruh rakyat Malaysia akan menyokong tindakannya.

5. Tuan Speaker Parlimen Rakyat, saya juga ingin menarik perhatian Parlimen Rakyat terhadap dakwaan yang dibuat oleh Abdullah pada akhir April 2008 kepada seorang Tokoh Politik dan Perniagaan Negara yang telah lama menyepikan diri. Adalah dikatakan bahawa pada akhir April itu, Abdullah telah berkata bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah pada bulan Ogos 2008.

6. Jika benar dakwaan ini, maka saya ingin menarik perhatian Parlimen Rakyat terhadap beberapa kemusykilan,

• Bagaimana Abdullah boleh tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan didakwa pada bulan Ogos 2008?
• Jika dakwaan yang dikatakan ini ada kaitan dengan tuduhan liwat, maka bagaimana dia boleh tahu 2 bulan sebelum mangsa yang mendakwa dirinya diliwat membuat laporan polis.
• Adakah benar kemungkinan tuduhan liwat ini dirancang oleh Najib Razak dan maklumat tentangnya telah dipintas oleh Abdullah.
• Atau Abdullah sendiri dibelakang sebuah konspirasi yang berhubung tuduhan liwat ini dan Abdullah melakukkannya menerusi agen-agennya dengan satu strategi supaya Najib Razak dilihat berada dibelakang konspirasi ini.

7. Tuan Speaker, saya mohon Parlimen Rakyat yang dibawah telunjuk Tuan Speaker supaya menghalusi kemusykilan ini kerana ianya adalah bersifat kepentingan awam dan membabitkan masa depan negara.

8. Sekian, Terima Kasih.

-Yang Berblog Al Hadee Bangun Berhujah -

Tuan Speaker,

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB Sheih kerana membangkitkan soal ini di dalam parlimen rakyat untuk dibahaskan. Izinkan saya membahaskan perkara ini di dalam 3 hujah.

Pertama sekali, saya ingin merujuk kepada kenyataan-kenyataan balas yang boleh didapati dari laman blog beliau. Diantaranya menyebut, dengan izin ‘..mana yg kita sepatut lebih percaya, ulama2 PAS yg bgn smyg tahhajjud setiap malam,berzikir kepada Allah atau dgn khabar angin yg disebar Haris Ibrahim peguam liberal yg membela org murtad?..”

Saya menyebutkan ini sebagai satu panduan dan pengajaran bagi YB Shaikh sendiri bahawa sesuatu itu hendaklah dinilai dari merit sesuatu pendapat atau hujah dan bukannya dari segi label dan tuduhan liar yang tidak berasas.

Amat malang sekali Tuan Speaker, di negara kita ini, majoriti akan menghukum berdasarkan kepada sentimen semata-mata. Apabila sesuatu figur ataupun ikon yang disokong menyebut tentang sesuatu, ianya akan disokong 100% semata-mata kerana ikon ataupun personaliti itu dianggap ‘keramat’. Apabila seorang yang dianggap sebagai ‘Tok Guru’, maka segala-galanya yang keluar dari mulut beliau itu adalah betul.

Apabila ini berlaku, maka hujah yang bertentangan akan ditolak mentah-mentah tanpa diberikan pertimbangan sewajarnya dengan alasan bahawa ianya keluar dari seseorang yang tidak di sokong ataupun keluar dari seseorang yang dianggap sebagai musuh.

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana agama yang mengajarkan kesetiaan secara melulu. Yang ada adalah mereka-mereka yang berselindung di sebalik agama dan mempergunakan agama itu untuk kepentingan politik dan keserakahan nafsu untuk kuasa dan pangkat mereka ini sahaja.

Kita harus belajar dari sejarah, Tuan Speaker. Taktik begini bukan sahaja terhad kepada sesuatu agama sahaja. Agama Kristian juga telah mengalami fasa yang sama apabila di negara-negara barat, pada satu ketika mereka telah mengamalkan ikutan mutlak kepada para paderi dan juga gereja. Hanya mereka yang tertentu sahaja boleh mambaca dan mengkaji kitab injil. Dan orang ramai dipaksa untuk mengikut bulat-bulat tafsiran kitab injil tersebut dan sesiapa yang cuba untuk memberikan pendapat berlainan akan dianggap sebagai ‘murtad’ dan akan digantung.

Akhirnya rakyat memberontak. Memberontak kerana tidak tahan dengan kezaliman yang dilakukan. Maka mereka telah keluar dari amalan ikutan mutlak ini kepada amalan liberal dan progresif. Dan hari ini kita menyaksikan bahawa mereka telah menjadi kuasa-kuasa dunia. Kuasa bukan sahaja dari segi kenteteraan, malah dari segi ekonomi, pendidikan dan juga kemajuan sains dan teknologi.

Maka dengan ini saya ingin bertanya kepada YB ahli-ahli parlimen rakyat, adakah kita memilih untuk berada pada zaman gelap seperti di negara barat dengan amalan kesetiaan mutlak dan melulu ataupun kita memilih untuk menjadi progresif dan terbuka?

Saya menyebutkan sebegini kerana amalan ini begitu berleluasa berlaku di dalam parti yang dimana YB Shaikh adalah ahlinya.

Jadi saya berharap agar perkara menyokong membabi buta ini jika dapat dikurangkan jikapun ianya tidak dapat dihapuskan terus menerus, untuk kita memupuk amalan demokrasi yang sihat di negara yang tercinta ini.

Tuan Speaker,

Hujah saya yang ke dua adalah berkenaan dengan amalan ritual yang menjadi keutamaan dan menjadi kayu ukur penilaian. Baru-baru ini salah seorang pemimpian ikutan mutlak telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya yang bersembahyang mengikut amalan Sunni sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat di dalam sektor awam di sebuah kerajaan negeri.

Malah, kenyataan balas untuk usul dari YB Sheih juga berbentuk penilaian dari sudut amalan. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, sebuah kenyataan balas menyebut ‘..ulama2 PAS yg bgn smyg tahhajjud setiap malam,berzikir kepada Allah..’

Nah, sudah jelas bahawa amalan berbentuk ritual ini tidak akan melindungi sesiapa pun dari kesilapan dan kesalahan. Ianya tidak akan melindungi sesiapa pun dari di tipu dan menipu. Sebagai contohnya, seorang dari pemimpin ikutan mutlak pernah menyebut bahawa tidak ada rundingan tentang perkongsian kuasa dengan UMNO dan timbalan pemimpin mutlak ini pula mengancam untuk menyaman sesiapa yang menyebarkan tentang cerita perundingan tersebut.

Bukankah pemimpin2 ikutan mutlak ini cukup 5 waktu sembahyang nya? BUkankah pemimpin ini juga bersembahyang tahhajud kononnya mermunajat kepada Allah?

Tiba-tiba setelah didesak, barulah pemimpin ikutan mutlak ini mengakui bahawa mereka memang ada membuat pertemuan dan perbincangan dengan UMNO. Perbincangan ini bukanlah sekali tetapi 3 kali! Dan ini bukanlah perbincangan biasa tetapi perbincangan tentang kuasa iaitu pembentukan kerajaan bersama di negeri Selangor.

Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin ikutan mutlak ini sudah berbohong selama ini. Ini menunjukkan bahawa timbalan pemimpin ikutan mutlak ini juga seorang pembohong.

Jadi di manakah Solat 5 waktu yang dilakukan itu berjaya menghalang mereka ini dari berbohong? DImanakah sembhayang tahajud dan munajat itu dapat menahan mereka dari melakukan pembohongan dan penipuan?

Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita, Tuan Speaker bahawa amalan ritual tidak sesuai dan tidak boleh sama sekali digunakan untuk menjadi kayu pengukur kredibiliti seseorang itu.

Tuan Speaker,

Hujah saya yang ke tiga adalah berkenaan dengan niat dan perancangan Pak Lah untuk kekal berkuasa.

Saya ingin merujuk kenyataan YB Sheih bahawa ‘Atau Abdullah sendiri dibelakang sebuah konspirasi yang berhubung tuduhan liwat ini dan Abdullah melakukkannya menerusi agen-agennya dengan satu strategi supaya Najib Razak dilihat berada dibelakang konspirasi ini.’

Saya rasa ini adalah jelas sekali. Seperti pepatah Melayu menyebut ’sudah terang lagi bersuluh’.

Secara peribadi, Tuan Speaker, saya berpendapat bahawa strategi jangka masa panjang Dato Seri Abdullah adalah sebegini;

Fasa pertama: 1. Lemahkan atau hapuskan pengaruh Dato Seri Anwar dan juga Dato Seri Najib. 2. Menjinakkan PAS supaya PAS tidak menyerang kepimpinan beliau. Untuk melakukan ini, beliau telah mengambil pendekatan-pendekatan berikut.

Pendekatan 1: Bebankan DSAI dengan tuduhan liwat dan juga renggangkan ikatan PAS dengan DSAI. Dilakukan dengan media masa dan juga perundingan cara belakang antara PAS dan UMNO. Lihat sahaja kenyataan beberapa pemimpin PAS yang seolah-olah percaya dengan tuduhan terhadap DSAI. Pemimpin yang sama juga yang berunding dengan UMNO untuk mengenepikan PKR/DSAI.

Pendekatan 2: Menjinakkan PAS. Buka pintu rundingan tentang perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO seluas-luasnya. Dengan cara ini pemimpin PAS akan kurang menyerang kepimpinan Dato Abdullah secara langsung. Pemimpian PAS masih boleh mengkritik UMNO dan juga pemimpian UMNO yang lain tapi serangan langsung (direct) terhadap Dato Abdullah mesti dikurangkan.

Apabila pintu rundingan dibuka, masakan pemimpin PAS yang berunding dengan Dato Seri Abdullah akan menyerang beliau.? Tidak logik jika berunding tetapi masih menyerang secara langsung. Maka dengan cara ini serangan langsung dari PAS terhadap kepimpinan beliau akan dikurangkan. Lihatlah banyak serangan PAS kini terarah kepada Dato Najib dan juga pemimpin yang lain.

Pendekatan 3: Menaikkan pengaruh Dato Seri Abdullah yang merosot dikalangan ahli UMNI dengan cara menonjolkan beliau sebagai orang yang membuka pintu dengan PAS untuk rundingan bagi penyatuan Melayu.

Pendekatan 4: Membuatkan agar fitnah terhadap DSAI seolah-olah didalangi oleh Dato Najib. Dengan cara ini, pengiku DSAI akan marah pada Dato Najib dan menumpukan serangan pada beliau.

Pendekatan 5: Bebankan Dato Najib dengan tuduhan-tuduhan membunuh. Dengan cara ini, Dato Najib akan sibuk menangkis serangan-serangan dari tuduhan-tuduhan itu dan juga serangan dari pengikut DSAI dalam UMNO. Padahal sudah jelas didalam Akuan Bersumpah RPK menyatakan bahawa yang hadir pada malam itu bukanlah Najib tapi Datin Seri Rosmah.

Tuan Speaker,

Fasa pertama ini mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan sebahagiannya sudah dicapai dan ada juga hampir dicapai.

Matlamat-matlamat;

1. Gagalkan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan persekutuan
2. Lemahkan pengaruh pemimpin UMNO yang boleh mengancam kedudukan Dato Seri Abdullah
3. Menaikkan saham untuk Dato Seri Abdullah dikalangan ahli-ahli UMNO bahawa Dato Seri Abdullah cuba menyatukan orang Melayu dengan berunding dengan PAS. Dalam erti kata lain, PAS digunakan untuk memperkuatkan pengaruh Dato Seri Abdullah di kalangan ahli-ahli UMNO.
4. Melemahkan kesatuan Pakatan Rakyat dan wujudkan syak wasangka di kalangan pemimpin2 PR.

Tuan Speaker,

Kejayaan Fasa pertama ini dapat diukur dalam beberapa bulan lagi. Beliau akan dikira berjaya jika; 1. Dato Seri Anwar tidak dapat membentuk kerajaan baru dan 2. Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden UMNO pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Tuan Speaker,

Fasa yang kedua pula adalah mudah saja. Ada 2 matlamat utama yang penting Tuan Speaker. Yang pertama; Pemusnahan PAS dimana PAS akan menjadi parti yang berpecah dan lemah. Matlamat yang kedua adalah untuk mengangkat KJ sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Bagaimana PAS akan dipecahkan secara dalaman dan secara luaran saya tidak akan bincangkan disini. Tetapi cukuplah ingin saya katakan bahawa Dato Nik Aziz sudah uzur dan mungkin tidak akan berada lama di tapuk kepimpinan PAS. Apabila ini berlaku kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada PAS dan penyokong-penyokong PAS akan terpaksa menunggu 10 tahun sekurang-kurangnya, itupun jika ada pemimpin yang sebijak Dato Nik Aziz tiba2 muncul, untuk parti itu pulih.

Tuan Speaker,

Demi kepentingan awam, saya ingin mengemukakan beberapa usul penting yang dikira amat mustahak bukan sahaja demi kepentingan negara untuk masa kini tetapi juga kepentingan generasi kita di masa hadapan,

Usul pertama;

Menyokong pembentukan sebuah negara sekular demi untuk kepentingan agama Islam yang telah banyak dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin berkepentingan. Ini untuk mengurangkan muncul-munculnya pemimpian ‘ikutan mutlak’ yang akan membenjatkan keintelektualan dan menyebabkan negara kita berada pada zaman gelap sebagaimana negara barat suatu ketika dulu. Ini telah saya bahaskan di dalah hujah yang pertama.

Usul ke dua;

Mengecam sebarang pengukuran kredibiliti berdasarkan amalan ritual. Ini telah saya bahaskan di dalah hujah saya yang kedua

Usul ke tiga

Mengecam sebarang usaha kearah perpaduan berdasarkan bangsa dan agama. Saya usulkan agar ianya diganti dengan usaha kepada perpaduan Bangsa Malaysia. Harus ditegaskan perpaduan Bangsa Malaysia ini tidak boleh di buat ala Indonesia pada era Suharto dimana perbezaan budaya dan adat dilihat sebagai ancaman. Tetapi perpaduan Bangsa Malaysia haruslah berteraskan premis bahawa aspek perbezaan adat dan budaya adalah KEKUATAN kepada Bangsa Malaysia.

Usul ke empat,

Pembentukan suruhanjaya bebas yang berkuasa untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi. Saya usulkan untuk menjamin kebebasan suruhanjaya tersebut, ianya hendaklah dilantik dan dipersetujui oleh Majlis Raja-raja. Nasihat Perdana Menteri pula boleh dipertimbangkan dan hendaklah boleh ditolak. Nasihat dari Ketua Pembangkang mengenai ahli suruhanjaya juga hendaklah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk dipertimbangkan.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

-Tamat Hujah YB Al Hadee-

Actions

Information

29 responses

28 07 2008
Usul Khas untuk membincangkan tujuan sebenarnya agenda muqabalah diluar aturan tabii « The People’s Parliament

[...] Yang Berhormat Sheih aka Kickdefella Posted by Haris Ibrahim Filed in The voice of the people [...]

28 07 2008
mwrmmg

sekiranya ada dakwaan kepada anwar pada bulan ogos 2008 seperti disebut AAB, ianya tidak semestinya berkenaan dakwaan liwat saiful.

Kalau kita flashback ke 1998, masih banyak dakwaan terhadap Anwar, yang Peguam Negara ketika itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan. Cukup sekadar dakwaan salah guna kuasa dan liwat.

So I guess when saiful made that allegation, that would be a bonus, if any charges were planned for august.

28 07 2008
iswarahijau

bro,
bukanke blogger Haris Ibrahim itu peguambela kes murtad Lina Joy kan? Mohon maaf kalau tersilap. Tapi andainya benar,bolehkah kita mempercayai 100% manusia sebegini yg sanggup membela kes murtad atas dasar hak asasi manusia?

28 07 2008
iswarahijau

mana yg kita sepatut lebih percaya, ulama2 PAS yg bgn smyg tahhajjud setiap malam,berzikir kepada Allah atau dgn khabar angin yg disebar Haris Ibrahim peguam liberal yg membela org murtad? fikir2kan bro… jgn mudah melatah..

28 07 2008
Izwan

Perlukan pertimbangan yang rasional di kala ini.. We has to look to others sentiment and element.. Doaku agar keadilan tertegak juga di medan Malaysia ini..

28 07 2008
ramly

Betul lah adik syeikh ni semak fakta dulu. Tak kan TG Haji Hadi boleh ditipu. Harris tu ulamak sama taraf ke dengan tok guru kita? Lagi pun muga ballah… kalu nampak main tipu… tarik dirilah. Sangka baik itu penting sebagai seorang muslim. Adik Sheikh… pak lah ni dalam sejarah dia rebut jawatan dalam UMNO, dia tak main jahat tau… tak tikam belakang. Fikir2 dulu sebelum syak wasangka sebab sangka buruk tu kata ulamak ianya salah satu amalan syaitan.

28 07 2008
bamboo river

Tuan Speaker , bila akan meniup wisel?
Pak Lah, kad kuning di layang kepada mu.
Najib, kad merah di layang pada mu lepas ini.
Anwar, ambil sepakan penalti.
Rakyat Malaysia, beri tepukan gemuruh jika sepakan penalti menghasilkan gol kemenangan.

28 07 2008
iswarahijau

bro jgn terikut2 dgn rentak raja petra yg gemar mengkritik ulama PAS..malah terkejut baca dlm artikelnya yg mengatakan otak pemimpin tertinggi pas dah beku sebab darah takleh mengalir lantaran serban yg ketat,malah pakai serban dikatakan seperti Sinbad.. ulama itu pewaris nabi, kalau kita pun mengata menghina mereka,maka apa beza kita dgn UMNO? memang ulama pun tak maksum,tapi pertimbangan yg mereka buat secara musyawarah,setelah berserah kepada Allah,setelah berhujah dgn nas2 AlQuran & hadis adalah keputusan yg lebih baik daripada kita yg belum tentu baca tajwid Quran betul.
itulah beza antara ahli politik dgn ulama yg berpolitik.
ahli politik hanya nampak utk mengekalkan sokongan pengundi sahaja.
ulama yg berpolitik nampak apa saja cara yg dilakukan mestilah utk Islam,walaupun cara itu tidak popular.
ternyata anda hanyalah pengikut jenis cap ahli politik yg meghalalkan cara utk mengekalkankan sokongan pengundi sahaja.

28 07 2008
bisu

The sodomy allegation is a personal matter between anwar and his accuser. Let the investigation be completed. Too much have been said of the conspiracy against anwar. And how convinient it is to allege that everything is a conspiracy.

28 07 2008
Xango

Relek bro …relek….. duduk semetar make buah setto…koo … air jus setto ke bagi reknge kepalo tuu eekk…

28 07 2008
AUDITPAS

Pas kena ambil tindakan displin kepada:

1. Hasan Ali yang jumpa Khir Toyo untuk runding tubuh krjaan tanpa persetujuan Pas Pusar.

2. Hj Hadi dan Nasharudin kerana buat kerja mukabalah atau muzakarah yang lebih kearah runding kuasa tanpa izin Pas Pusat.

Kenyataan2 yang dikeluarkan merupakan helah dengan mgunakan istilah arab. Ahli Pas yang bersifat sangka baik, mudah ditipu.

SELAMATKAN PAS DARI BERSEKONGKOL DENGAN REGIM YANG PENUH RASUAH. ISU MELAYU ISLAM HANYA SEBAGAI TEKTIK MENDAPATI SIMPATI ORANG RAMAI.

28 07 2008
kbguy

Sheih, betul ke Patrick Badawi nak ambil alih projek jambatan Sultan Yahya Petra yg kedua yang sedang di kendalikan olih Redland Group ? Buat masa sekarang, projek tu sedang berjalan dengan “slow” sekali.

28 07 2008
neutronic

iswarahijau

Buat perbandingan haris dengan TG Haji Hadi guna perbandingan buoh seto dengge buoh topoh. Tok keno tuh…duo-duo buah sedap tapi sedap seto kalau dio manih dan dok kerey. Sedap buoh topoh sedap peseng laing…

Hargo pong laing-laing.Jadi gining la, kalau bidang undang-undang Haris lagi kita percaya berbanding Tok Guru kito. Daley bidang Ugama Islam, Tok Guru kito memey menang awal-awal lagi lah kalau nok hatok dengge haris.

Tapi bak baco keadaan politik dan realiti politik semasa, tipu daya politik UMNO….belum tentu lagi sapo handal.

bat8

28 07 2008
Anonymous

tak paham guer…

28 07 2008
kluangman

Terlalu banyak fitnah di dalam tulisan ….Parlimen Rakyat: Agenda Muqabalah Diluar Aturan Tabii.

Gambaran kekecewaan yang melampau, ketaksuban dan hilang akal..

28 07 2008
neutronic

Abe ramly

Sepatutnya selepas perjumpaan pertama pada 9 mac tu, anta-anta ni doh boleh baco niat UMNO(baru). Kalu nok ok pun, selepas jupo dengge pokloh dimano UMNo tawar 4 jawatan menteri dll( dengar kato jawatan TPM no,2 pun UMNO tawar), anta-anta ni doh tahu doh – UMNO BUKAN IKHLAS NAK BEKERJASAMA. UMNO NOK JAGO KUASO DEMO JAH!

Ambo takot, anta-anta ni bila dengar tawaran menarik pokloh, mari buoh pikirey hok dok jijok alam nyato ia itu anat-anta ni boleh ambil peluang untuk melaksanakan agenda Negara Islam.

Anta-anta ni takdok dale PAS lagi maso PAS masuk BN dulu. Antara alasan yang UMNO guno adalah untuk perpaduan melayu dan Islam jugok weh. Kedudukan UMNO maso tu pun mace lo ni jugok.

Bilo masuk dale baru tahu wayang dale palo PAS sebenarnya bukan wayang UMNO dan geng-geng lain. Nok buat gotu rakan-rakan dale BN dok setuju, nok wat goni ore blok. Nok buat guano, PAS sore jah dale BN, puok lain lagi rama. Last-last keno kuar BN.

Pemimpin PAS maso tu pong berfikiran serupolah dengan anta-anta nih. Bacaan senario politik seleheng sokmo dengan hok sebena.

Tapi ambo pahe anta-anta nih sebab demo nih maso tu kalau bukey budok-budok lagi maso tu, demo-demo baru jadi ahli PAS jah. TGNA sorey jah hok pangkat tinggi sikit dale PAS maso tu. Sebab tu dia faham sangat perangai puok-puok UMNO kalau maso tersepit nih. Sebab tu dio larey gi muzakaroh dengge UMNO.

Kalu kito tengok suratkoba, tv, kito napok doh gapow hasil yang UMNO rancang bilo ajok anta-anta ni muzakaroh. Kito napok doh wayang UMNO dok serupo dengan wayang anta-anta ni dok bayangkan bila pokloh buat tawarey ko anta-anta nih bayangkan.

Ambo bimbey, hok rugi adolah kito orang-orang melayu dan Islam jah. Tok tahu sampa bilo dok mundur dan keno tindah oleh politik UMNO. Wahasil balik asal……

bat8

28 07 2008
28 07 2008
28 07 2008
maxtor

Boleh percaya ke cakap dia ni? Janganlah jadi seorang lagi manusia yang cuba mengeruhkan keadaan lagi. Cukup2 lah tu..

28 07 2008
kerajaan.rakyat

Akan tiba masanya nanti,
Kehampaan rakyat tak dapat dibendungi
Rakyat bangkit menentang bapak menteri,
Tanpa mengira siang atau malam hari,

Segala halangan akan ditempohi,
Biar terluka atau tubuh dicalari,
Walau benteng batu yang memagari,
Rakyat kan tetap bangkit bangun berlari,

Tangan rakyat boleh kau gari,
Waima darah menitis ke bumi,

28 07 2008
Prebiu Artikel : Konspirasi disebalik muqabalah UMNO-PAS « Sembang2 Politik Sumbang

[...] lagi butiran artikel sdr Haris dan mempersoalkan kesahihan maklumat tersebut. Melalui artikel Parlimen Rakyat: Agenda Muqabalah di luar aturan tabii, persoalan yang diutarakan berkisar kepada [...]

28 07 2008
nawi

Haloh la… UMNO nok wak woyae jah.. tokkae lah set2 pimpinan PAS tertinggi tok napok.. dengar gak kato TOK GURU tuh… tok ngaji SIROH ko set2 demo..??

begheti2 lah MUQABALAH ko.. MUZAKAROH ko.. kalu nok sangat.. biar wak LIVE ON TV suppo nga DEBAT DSAI nga SABERI baghu nih.. biar napok belako gappo hok belaku…

bo bo lah duk seghoh tekok ko set natang tuh… padae sekali lah kito wak silak.. biar apo pon konspirasi.. kalu set2 kito kemahkae dakwah ISLAM, ALLAH S.W.T akae tulung.. ALLAH S.W.T tulung…!!!

29 07 2008
Kelantan Wanderer

If we look up an Arabic-English dictionary, the word “mukabalah” is defined as the act of sodomising millions of people at the same time.

29 07 2008
neutronic

abe nawi

Not wat guano…bilo pokloh oper jawatan dale kabinet, ado jugo pemimpin PAS raso gata paka juboh….dok napok sedap ore UMNO paka kot.

Ambo ado baco kenyataan Ustaz Nasha dale the sun bertarikh 28/7. Agah weh dok pertahan tindakan anta-anta nok join UMNO. Pah ambo tengok berito TV3, ambo suko derah la tengok puak-puak UMNO galok dok buat mace-mace nok punoh PAS, nok cemar namo baik PAS.

Yang tambah memeriohkan lagi pesta puok UMNO ni adalah kenyataan MB kedah woneng karpal. mowlek…mowlek sungguh. Ibarat main cong ngek cakdung. UMNO henjut naik papan cakdung, PAS henjut turun, semakey mowlek untuk tontonan rakyat malaysia. Mari PRU13…..tahulah puok kito. Kalu buleh pegey kelate lagi mujo sangat lah.

Usaha puloh-puluh tahun nok memperdanokan PAS di pata barat dok tinggal gapow.

Kalau nok sangat gak…gi la ambik borang UMNO, isi jadi ahli UMNO…dok gitu?

29 07 2008
Kelantan Wanderer

Saiful stuck a dildo (fake dick) up his arse for the sake of Malay unity!

29 07 2008
neutronic

Abe Nawi

Sedap sungguh la tengok TV loni….mace-mace gayo pemimpin-pemimpin UMNO dok makey PAS. Mace-mace gayo demo buwi, keno sokmo. Stail giminastik ado…stail silat ado…stail berenang berirama pong ado.

Panda..panda demo nih. time lemoh demo ni guno caro lembut. Tv tu gak dok royat mace-mace baguhnya PAS bersetuju nok kerjasama la….ado dok cerito pasal lagu mano baiknyo PAS join BN..meriah..meriah……cerito tajul rosli buat tawaran kepada PAS perok tubuh kerajaan la….meriah…meriah.

Pah tu PAS balas lagu manow?…toleh nok balah apo weh….surat koba ditangge demo…Tv ditangge demo……..jadinyo….PAS reboh terakkkkkkk weh keno taici dengge UMNO…….Jadi balik kod……..

Abe nawi….lo ni bukan gi seroh tekok sajo…kita berukah diri kito, kito asoh golok wi demo, pahtu kito seroh tekok suruh semelih…..Nok wat guano…mugo peseng puok kito dok beso tengok woyae kecik….bilo tengok woyae besa raso pinar butey mato, raso toksey….dok nok tengok woyae kecik jugok

pasa hok nok jugok ni,abe nawi…bukan ajok debat….suruh puok hok nok tu gi isi borang UMNO dan jadi ahli UMNO teruh. Manow tahu, demo ni buleh cuci tong hok anwar berahing tok rok dulu!

bat8

29 07 2008
FujitsuComp

bro… jgn bandingkan haris dengan Haji Hadi!!! siapakah Haris?? Itu adakah dia pembela islam atau haji adi pembela islam … tok guru bersedia muqabalah dengan umno fikir2 kan lah… jgn jadi egent yg merosokan ISLAM & MELAYU dengan fakta yg tidak benar….

29 07 2008
alhadee

I also post this at Haris’s website:
—————
Tuan Speaker,

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB Sheih kerana membangkitkan soal ini di dalam parlimen rakyat untuk dibahaskan. Izinkan saya membahaskan perkara ini di dalam 3 hujah.

Pertama sekali, saya ingin merujuk kepada kenyataan-kenyataan balas yang boleh didapati dari laman blog beliau. Diantaranya menyebut, dengan izin ‘..mana yg kita sepatut lebih percaya, ulama2 PAS yg bgn smyg tahhajjud setiap malam,berzikir kepada Allah atau dgn khabar angin yg disebar Haris Ibrahim peguam liberal yg membela org murtad?..”

Saya menyebutkan ini sebagai satu panduan dan pengajaran bagi YB Shaikh sendiri bahawa sesuatu itu hendaklah dinilai dari merit sesuatu pendapat atau hujah dan bukannya dari segi label dan tuduhan liar yang tidak berasas.

Amat malang sekali Tuan Speaker, di negara kita ini, majoriti akan menghukum berdasarkan kepada sentimen semata-mata. Apabila sesuatu figur ataupun ikon yang disokong menyebut tentang sesuatu, ianya akan disokong 100% semata-mata kerana ikon ataupun personaliti itu dianggap ‘keramat’. Apabila seorang yang dianggap sebagai ‘Tok Guru’, maka segala-galanya yang keluar dari mulut beliau itu adalah betul.

Apabila ini berlaku, maka hujah yang bertentangan akan ditolak mentah-mentah tanpa diberikan pertimbangan sewajarnya dengan alasan bahawa ianya keluar dari seseorang yang tidak di sokong ataupun keluar dari seseorang yang dianggap sebagai musuh.

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana agama yang mengajarkan kesetiaan secara melulu. Yang ada adalah mereka-mereka yang berselindung di sebalik agama dan mempergunakan agama itu untuk kepentingan politik dan keserakahan nafsu untuk kuasa dan pangkat mereka ini sahaja.

Kita harus belajar dari sejarah, Tuan Speaker. Taktik begini bukan sahaja terhad kepada sesuatu agama sahaja. Agama Kristian juga telah mengalami fasa yang sama apabila di negara-negara barat, pada satu ketika mereka telah mengamalkan ikutan mutlak kepada para paderi dan juga gereja. Hanya mereka yang tertentu sahaja boleh mambaca dan mengkaji kitab injil. Dan orang ramai dipaksa untuk mengikut bulat-bulat tafsiran kitab injil tersebut dan sesiapa yang cuba untuk memberikan pendapat berlainan akan dianggap sebagai ‘murtad’ dan akan digantung.

Akhirnya rakyat memberontak. Memberontak kerana tidak tahan dengan kezaliman yang dilakukan. Maka mereka telah keluar dari amalan ikutan mutlak ini kepada amalan liberal dan progresif. Dan hari ini kita menyaksikan bahawa mereka telah menjadi kuasa-kuasa dunia. Kuasa bukan sahaja dari segi kenteteraan, malah dari segi ekonomi, pendidikan dan juga kemajuan sains dan teknologi.

Maka dengan ini saya ingin bertanya kepada YB ahli-ahli parlimen rakyat, adakah kita memilih untuk berada pada zaman gelap seperti di negara barat dengan amalan kesetiaan mutlak dan melulu ataupun kita memilih untuk menjadi progresif dan terbuka?

Saya menyebutkan sebegini kerana amalan ini begitu berleluasa berlaku di dalam parti yang dimana YB Shaikh adalah ahlinya.

Jadi saya berharap agar perkara menyokong membabi buta ini jika dapat dikurangkan jikapun ianya tidak dapat dihapuskan terus menerus, untuk kita memupuk amalan demokrasi yang sihat di negara yang tercinta ini.

Tuan Speaker,

Hujah saya yang ke dua adalah berkenaan dengan amalan ritual yang menjadi keutamaan dan menjadi kayu ukur penilaian. Baru-baru ini salah seorang pemimpian ikutan mutlak telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya yang bersembahyang mengikut amalan Sunni sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat di dalam sektor awam di sebuah kerajaan negeri.

Malah, kenyataan balas untuk usul dari YB Sheih juga berbentuk penilaian dari sudut amalan. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, sebuah kenyataan balas menyebut ‘..ulama2 PAS yg bgn smyg tahhajjud setiap malam,berzikir kepada Allah..’

Nah, sudah jelas bahawa amalan berbentuk ritual ini tidak akan melindungi sesiapa pun dari kesilapan dan kesalahan. Ianya tidak akan melindungi sesiapa pun dari di tipu dan menipu. Sebagai contohnya, seorang dari pemimpin ikutan mutlak pernah menyebut bahawa tidak ada rundingan tentang perkongsian kuasa dengan UMNO dan timbalan pemimpin mutlak ini pula mengancam untuk menyaman sesiapa yang menyebarkan tentang cerita perundingan tersebut.

Bukankah pemimpin2 ikutan mutlak ini cukup 5 waktu sembahyang nya? BUkankah pemimpin ini juga bersembahyang tahhajud kononnya mermunajat kepada Allah?

Tiba-tiba setelah didesak, barulah pemimpin ikutan mutlak ini mengakui bahawa mereka memang ada membuat pertemuan dan perbincangan dengan UMNO. Perbincangan ini bukanlah sekali tetapi 3 kali! Dan ini bukanlah perbincangan biasa tetapi perbincangan tentang kuasa iaitu pembentukan kerajaan bersama di negeri Selangor.

Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin ikutan mutlak ini sudah berbohong selama ini. Ini menunjukkan bahawa timbalan pemimpin ikutan mutlak ini juga seorang pembohong.

Jadi di manakah Solat 5 waktu yang dilakukan itu berjaya menghalang mereka ini dari berbohong? DImanakah sembhayang tahajud dan munajat itu dapat menahan mereka dari melakukan pembohongan dan penipuan?

Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita, Tuan Speaker bahawa amalan ritual tidak sesuai dan tidak boleh sama sekali digunakan untuk menjadi kayu pengukur kredibiliti seseorang itu.

Tuan Speaker,

Hujah saya yang ke tiga adalah berkenaan dengan niat dan perancangan Pak Lah untuk kekal berkuasa.

Saya ingin merujuk kenyataan YB Sheih bahawa ‘Atau Abdullah sendiri dibelakang sebuah konspirasi yang berhubung tuduhan liwat ini dan Abdullah melakukkannya menerusi agen-agennya dengan satu strategi supaya Najib Razak dilihat berada dibelakang konspirasi ini.’

Saya rasa ini adalah jelas sekali. Seperti pepatah Melayu menyebut ’sudah terang lagi bersuluh’.

Secara peribadi, Tuan Speaker, saya berpendapat bahawa strategi jangka masa panjang Dato Seri Abdullah adalah sebegini;

Fasa pertama: 1. Lemahkan atau hapuskan pengaruh Dato Seri Anwar dan juga Dato Seri Najib. 2. Menjinakkan PAS supaya PAS tidak menyerang kepimpinan beliau. Untuk melakukan ini, beliau telah mengambil pendekatan-pendekatan berikut.

Pendekatan 1: Bebankan DSAI dengan tuduhan liwat dan juga renggangkan ikatan PAS dengan DSAI. Dilakukan dengan media masa dan juga perundingan cara belakang antara PAS dan UMNO. Lihat sahaja kenyataan beberapa pemimpin PAS yang seolah-olah percaya dengan tuduhan terhadap DSAI. Pemimpin yang sama juga yang berunding dengan UMNO untuk mengenepikan PKR/DSAI.

Pendekatan 2: Menjinakkan PAS. Buka pintu rundingan tentang perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO seluas-luasnya. Dengan cara ini pemimpin PAS akan kurang menyerang kepimpinan Dato Abdullah secara langsung. Pemimpian PAS masih boleh mengkritik UMNO dan juga pemimpian UMNO yang lain tapi serangan langsung (direct) terhadap Dato Abdullah mesti dikurangkan.

Apabila pintu rundingan dibuka, masakan pemimpin PAS yang berunding dengan Dato Seri Abdullah akan menyerang beliau.? Tidak logik jika berunding tetapi masih menyerang secara langsung. Maka dengan cara ini serangan langsung dari PAS terhadap kepimpinan beliau akan dikurangkan. Lihatlah banyak serangan PAS kini terarah kepada Dato Najib dan juga pemimpin yang lain.

Pendekatan 3: Menaikkan pengaruh Dato Seri Abdullah yang merosot dikalangan ahli UMNI dengan cara menonjolkan beliau sebagai orang yang membuka pintu dengan PAS untuk rundingan bagi penyatuan Melayu.

Pendekatan 4: Membuatkan agar fitnah terhadap DSAI seolah-olah didalangi oleh Dato Najib. Dengan cara ini, pengiku DSAI akan marah pada Dato Najib dan menumpukan serangan pada beliau.

Pendekatan 5: Bebankan Dato Najib dengan tuduhan-tuduhan membunuh. Dengan cara ini, Dato Najib akan sibuk menangkis serangan-serangan dari tuduhan-tuduhan itu dan juga serangan dari pengikut DSAI dalam UMNO. Padahal sudah jelas didalam Akuan Bersumpah RPK menyatakan bahawa yang hadir pada malam itu bukanlah Najib tapi Datin Seri Rosmah.

Tuan Speaker,

Fasa pertama ini mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan sebahagiannya sudah dicapai dan ada juga hampir dicapai.

Matlamat-matlamat;

1. Gagalkan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan persekutuan
2. Lemahkan pengaruh pemimpin UMNO yang boleh mengancam kedudukan Dato Seri Abdullah
3. Menaikkan saham untuk Dato Seri Abdullah dikalangan ahli-ahli UMNO bahawa Dato Seri Abdullah cuba menyatukan orang Melayu dengan berunding dengan PAS. Dalam erti kata lain, PAS digunakan untuk memperkuatkan pengaruh Dato Seri Abdullah di kalangan ahli-ahli UMNO.
4. Melemahkan kesatuan Pakatan Rakyat dan wujudkan syak wasangka di kalangan pemimpin2 PR.

Tuan Speaker,

Kejayaan Fasa pertama ini dapat diukur dalam beberapa bulan lagi. Beliau akan dikira berjaya jika; 1. Dato Seri Anwar tidak dapat membentuk kerajaan baru dan 2. Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden UMNO pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Tuan Speaker,

Fasa yang kedua pula adalah mudah saja. Ada 2 matlamat utama yang penting Tuan Speaker. Yang pertama; Pemusnahan PAS dimana PAS akan menjadi parti yang berpecah dan lemah. Matlamat yang kedua adalah untuk mengangkat KJ sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Bagaimana PAS akan dipecahkan secara dalaman dan secara luaran saya tidak akan bincangkan disini. Tetapi cukuplah ingin saya katakan bahawa Dato Nik Aziz sudah uzur dan mungkin tidak akan berada lama di tapuk kepimpinan PAS. Apabila ini berlaku kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada PAS dan penyokong-penyokong PAS akan terpaksa menunggu 10 tahun sekurang-kurangnya, itupun jika ada pemimpin yang sebijak Dato Nik Aziz tiba2 muncul, untuk parti itu pulih.

Tuan Speaker,

Demi kepentingan awam, saya ingin mengemukakan beberapa usul penting yang dikira amat mustahak bukan sahaja demi kepentingan negara untuk masa kini tetapi juga kepentingan generasi kita di masa hadapan,

Usul pertama;

Menyokong pembentukan sebuah negara sekular demi untuk kepentingan agama Islam yang telah banyak dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin berkepentingan. Ini untuk mengurangkan muncul-munculnya pemimpian ‘ikutan mutlak’ yang akan membenjatkan keintelektualan dan menyebabkan negara kita berada pada zaman gelap sebagaimana negara barat suatu ketika dulu. Ini telah saya bahaskan di dalah hujah yang pertama.

Usul ke dua;

Mengecam sebarang pengukuran kredibiliti berdasarkan amalan ritual. Ini telah saya bahaskan di dalah hujah saya yang kedua

Usul ke tiga

Mengecam sebarang usaha kearah perpaduan berdasarkan bangsa dan agama. Saya usulkan agar ianya diganti dengan usaha kepada perpaduan Bangsa Malaysia. Harus ditegaskan perpaduan Bangsa Malaysia ini tidak boleh di buat ala Indonesia pada era Suharto dimana perbezaan budaya dan adat dilihat sebagai ancaman. Tetapi perpaduan Bangsa Malaysia haruslah berteraskan premis bahawa aspek perbezaan adat dan budaya adalah KEKUATAN kepada Bangsa Malaysia.

Usul ke empat,

Pembentukan suruhanjaya bebas yang berkuasa untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi. Saya usulkan untuk menjamin kebebasan suruhanjaya tersebut, ianya hendaklah dilantik dan dipersetujui oleh Majlis Raja-raja. Nasihat Perdana Menteri pula boleh dipertimbangkan dan hendaklah boleh ditolak. Nasihat dari Ketua Pembangkang mengenai ahli suruhanjaya juga hendaklah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk dipertimbangkan.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Leave a comment