‘Saudara-saudara sekalian, Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan (delete). Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam…’ – Hadi Awang, Banggol Peradong, 1979.
‘Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno…
…Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan’ – Hadi Awang, JKR 10 Kota Bharu, 2008.
Tuan Guru Haji Hadi sudah melangkah jauh melewati usia-usia kematangan. Jikalau diperakui ungkapan Amanatnya lewat 70an dahulu, sudah tentu beliau tidak akan merestui Timbalannya, yang baru mencicah politik 20 tahun selepas Amanat Hadi dibuat, untuk melangkah mendampingi dengan UMNO.
Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS mendapat restu Tuan Guru Haji Hadi walaupun didalam hal ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak mengetahuinya.
Mengikut rentetan kisahnya, pertemuan awal Ustaz Nasharuddin dengan UMNO bermula semenjak keputusan Pilihanraya Umum ke 12 di isytiharkan. Pada awalnya Ustaz Nasha dan beberapa pemimpin PAS telah bermuzakarah dengan Khir Toyo, Bekas Ketua barisan menjadikan pembangkang sifar di Selangor.
Setelah menyedari dia bukan sahaja gagal menjadikan pembangkang sifar sebaliknya pembangkang sudah merampas tampuk pemerintahannya, Khir Toyo mengatur pertemuan di antara Timbalan Presiden PAS dan orang-orangnya dengan Presiden UMNO bagi membincangkan penubuhan sebuah Kerajaan Campuran dengan Menteri Besarnya dilantik dari kalangan ADUN PAS Selangor.
Khir Toyo mendakwa di dalam blognya, usaha itu hanya gagal kerana Anwar Ibrahim menggunakan persahabatannya dengan Setiausaha Agung PAS untuk meracuni penubuhan Kerajaan Campuran itu. Kamaruddin Jaafar selaku Setiausaha Agung PAS bagaimanapun tidak membuat sebarang komen sehingga kini. Bagaimanapun jika dakwaan Khir Toyo itu benar, maka Ahli-Ahli PAS dan Rakyat Malaysia tentunya berbanyak-banyak berterima kasih kepada Dato’ KJ.
Haji Hadi sudah melewati jauh usia kematangannya kerana jika tidak sudah tentu dia tidak merestui pertemuan sedemikian. Sayang Hadi pada Malaysia mungkin sudah menutupi cemuhnya pada UMNO yang menegakkan perlembagaan penjajah dan mengekalkan peraturan ‘kafir’. Jalan baru yang diambil Hadi inilah, membuka ruang untuk pengundi-pengundi bukan Islam mengundi PAS dan seterusnya perlahan-lahan berjinak sambil memahami keindahan ideologi yang dibawa oleh Parti pimpinannya.
PAS tidak pernah menukar prinsip perjuangannya, sebaliknya kejayaan besar PAS didalam PRU12 terutama di kawasan-kawasan yang kemenangan ditentukan oleh pengundi bukan Islam adalah kerana kepimpinan Hadi meyakini mereka yang bencikan kepimpinan Abdullah bahawa adalah selamat untuk mengundi PAS. PAS berjaya membuka ruang kepada pengundi-pengundi bukan Islam melihat persamaan seruan Agama yang diperjuangkan oleh PAS dengan seruan Agama mereka dan bukannya melihat kepada perbezaan.
Semua Agama menyeru kepada kebaikan, itu adalah persamaannya.
Hadi Awang sudah melewati jauh usia kematangannya dan walaupun dia gagal menawan negerinya sendiri didalam PRU12, itu tidak mematahkan semangatnya untuk melihat perjuangan di negeri-negeri jauh diteruskan dan mencari kemenangan berskala lebih besar didalam agenda pasca pilihanraya.
Walau apapun yang dibicarakan tentang muzakarah yang telah berlaku dan berakhir, Timbalan Presiden PAS tahu bahawa muzakarah itu bersifat politik dan membincangkan perkongsian kuasa. Abdul Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam yang hadir didalam muzakarah pertama sudah mendedahkan kepada media hal ini.
Timbalan Presiden PAS telah menafikan bagi pihak Presiden adanya pertemuan dengan UMNO bahkan di lobi Parlimen pernah mengugut untuk menyaman seorang blogger kerana bertindak menabur cerita tidak berapa benar tentang wujudnya elemen muzakarah diantara PAS-UMNO. Setelah berlabuhnya tirai muzakarah, mungkin masanya telah tiba untuk Timbalan Presiden PAS menumpukan masa untuk menimbangkan ugutannya. Jika ia baik untuk PAS dan Pakatan Rakyat, tentu sekali baik untuk dirinya sendiri.
Hadi Awang sudah melewati usia kematangannya dan Muzakarah sudah berakhir dan jika perlu, hanyalah Muqabalah. Muzakarah itu lembut, muzakarah secara umumnya dari sudut orang tempatan membawa maksud perbincangan dan pertukaran pendapat. Dari sudut politik boleh jadi perbincangan ini yang melibatkan isu Agama dan Bangsa juga membabitkan pertukaran jawatan dan kedudukan didalam kerajaan.
Muqabalah dari segi sebutannya sahaja sudah tegas. Memahaminya mungkin sukar, tetapi dari sudut bahasa orang Kelantan, bunyinya seperti ‘Muka’ ‘Balah’. ‘Muka’ sudah tentulah wajah dan ‘Balah’ dari segi loghat Kelantan bermakna ‘bergaduh’. Jadi untuk senang dihuraikan, bolehlah kita katakan pergilah kamu bertemu Abdullah dengan ‘muka balah’ kamu. Maknanya pergi dan ‘confront’ Abdullah tentang hak orang Melayu dan hak Islam. Oleh kerana kekuatan orang Melayu juga bergantung kepada kekuatan kaum-kaum lain yang bersama mendiami bumi ini sebagai warga negara, maka, bila membela orang Melayu, janganlah pula lupa membela rakan-rakan kita di Malaysia. Oleh kerana Islam itu adalah suatu agama yang prihatin kepada kehendak seluruh umat manusia, maka bila meminta hak untuk orang Islam maka berlaku adillah juga kepada hak penganut agama lain.
Maka di dalam konteks Kelantan sebagai contohnya, apabila ber ‘Muka Balah’ dengan Abdullah, tuntutlah darinya hak pendaratan Gas Asli yang diterokai di perairan Kelantan. Tuntutlah hak pembangunan Pusat untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Pendek kata pergilah membuat tuntutan apa yang menjadi hak kita dan bukan pergi menawarkan hak kita untuk memperkuatkan mereka.
Maka kaum-kaum lain dan penganut agama-agama lain bolehlah menggunakan saluran ‘Muka Balah’ yang diluluskan oleh Majlis Syura PAS ini untuk mengenengahkan tuntutan-tuntutan mereka terhadap Abdullah.
Oleh yang demikian juga, apabila kita pergi dengan ‘Muka Balah’ maka agenda politik tidak boleh dibincangkan. Ini kerana agenda politik adalah hak rakyat dan rakyat akan mengundi setiap 4 atau 5 tahun sekali bagi menentukan pemimpin mereka. Jadi apabila kita ‘Muka Balah’, kita membawa tuntutan rakyat kepada pemimpin negara dan bukan memanipulasi amanah rakyat kepada kita.
Hadi Awang sudah melewati usia kematangannya dan gandingannya dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan pasti membawa kita harapan untuk mendapat hak-hak kita.







Bro, superb writing! Tiada apa lagi yang perlu ditambah.
Sheikh…. mung la ni dok kecek mace jelmaan Abe Huse jerrr… .. jihad syeikh! jihad!!! takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Statement Majlis Syura == CheckMate Buat UMNo
Muqabalah, muka balah, mu ko dok balah
Muke Baloh?
sheikh, jgn jadi muke beloh lepas muka balah doh loh
Kata nik aziz muqabalah dikatakan sebagai perbincangan yang harus bersua muka. Muzakarah pula hanyalah teras kepada perbincangan. Namun begitu pada pendapat saya kedua-dua adalah serupa sahaja, lainlah kalau kedua-dua parti nak guna chatting ataupun perbualan telefon.
Bagi saya benda-benda sebegini akan lebih baik dan bermanfaat sekiranya dipandang dalam pelbagi sudut, terutamanya dari perspektif yang positif.
Sheih,
Mekasih mekasih…. ambo nok royat doh, der ko demo dulu.
Lega sikit hati saya bila berserabut dengan muzakarah dan datang muka balah menyelematkan keadaan dari pemanipulasi amanah rakyat.
Semalam saya berhasrat untuk tidak membuang undi di Bachok bila calon yang sama bertanding. Saya telah nyatakan di blog mudin001.com. Hari ini saya pula yang berasa was was, Adakah saya akan terus tidak membuang undi jika calon yang sama? Saya sudah terlepas membuat kenyataan, adakah saya akan terus berpegang dengan kenyataan saya?
Sahaja hendak bertanya, mengapa tiba2 artikel ini terkeluar dangan font yg amat besar? Komputer hamba rosak ke, atau memang syeikh buat font besar. Pening sikitlah membacanya. Harap ianya kembali kepada font yg selalu2 dibuat,….:)
Kehadapan Tuan sheikh,
Dato Husam remind us “Berhati-hati PM memancing”. Actually, PM is try to use Tuba, and not fishing Rod. For who do not know what Tuba is. Here i show you, How Tuba is use for poisoning The Fish:
Methods in which Tuba is used by Natives for Fishing.—The method in which tuba is used by Malays in sea fishing is described by Wray : ” It (the root) is pounded or ground fine and mixed with stiff clay and crushed refuse, shrimps or small fish, and the mixture is then made into balls and dried. These balls are thrown into the sea, like ground bait, and fish eating them become poisoned, rise to the surface, and are caught by the watching fishermen. This way of using it is probably not very harmful, though the same cannot be said of its use in fresh waters.”
River fishing with tuba is now prohibited in the Federated Malay States ; but it used to be done to a very large extent in the following way : The effective part of the plant, i.e., the sap, is obtained by pounding the roots with clubs to a pulp under water, to which lime is sometimes added to make the resulting milky watery fluid sink and spread when poured into the river. Two or three bucketfuls of the milk-like extract when thrown into a river or pool will stupefy the fish and bring them to the surface. Sometimes a stretch is dammed for the express purpose of spearing, clubbing, netting and trapping them. The roots may also be bruised with lime and tobacco in dug-out canoes half full of water, which, when the pounded roots have been thoroughly soaked, are upset into deep places between rocks, or baled out within an enclosure. About 5 or 6 cwt. of the roots may be used. The prepared root is thrown into the water about a couple of miles above an improvised fence of stakes. In about twenty minutes, as the tuba comes down, the fish are struck with panic and rush wildly down-stream to the fence, where they are speared or clubbed. In staking the stream to make the barrier, space may be allowed between the stakes to let small-sized fish pass and so escape, as they are liable to be killed outright by tuba.
The exciting sport of tuba-fishing has been described by G. Maxwell , Hose and McDougall , and is mentioned in Dr. W. H. Furness’s sketch ” Folk-Lore in Borneo.” The sport goes on for several hours : fish of all kinds, except small fry which escape by keeping on the surface, and cat-fish which hide in the mud, are affected by tuba: at first the big ones make desperate efforts to get away by leaping over the downstream desperate efforts to get away by leaping over the down¬stream barricade; but they gradually become stupe¬fied, and turn on their backs on the surface of the water, until they gradually cease to breathe, if the dose of poison should be a large one. When Malays are tuba-fishing mention of fish by name is tabooed by the bomor —everybody takes care not to do so : it is thought better to refer to them as leaves whirling down the stream. The fish that are stupefied have no ill effects when used as a cooked food by man, because the amount of tuba required to stupefy them is infinitesimal, but they are said to go bad more quickly than usual.
It has been found by experiment that fish first become very lively, then for a while they were more responsive to a poke with a stick than the controls before final stupefication, with occasional spasms : the respiration becomes slow ; thus a gudgeon with respira¬tions 106 per minute slowed down to sixty-nine after five minutes, forty-six after forty-five minutes, and in ninety-nine minutes they had ceased. Exposure to the poison for a while may be followed by death although the fish is transferred to fresh water. In frogs to which the poison is given by injection, the heart is found gorged at apparent death, though a beat may be elicited by stimulation ; there is also some slight response of nerve and muscle to direct stimulation, but the spinal cord is paralysed ). Argyll Campbell, experimenting in Singapore with an extract of tuba prepared in the same way as Malay fishermen use it, found that fish of about 50 grammes weight (If oz.) were killed by solutions as weak as 1 in 100,000: the fresh-water fish Ophiocephalus gacha, Buch., Ham. (murrel), were used in these experiments. It seemed highly probable that death was due to asphyxia, from the post-mortem examina¬tions of these small fishes .
The white sap of tuba (D. elliptica) has been shown to be an emulsion with no tendency towards coagula¬tion, and little, if any, loss of toxic action on boiling for a short period. Campbell says that the watery extract is faintly acid in reaction, and that it is not antiseptic.
-makangaji
Bagi saya kedua-dua adalah sama. Nama je yang lain. Tapi konsep sama… Dan internal PAS tidak bersefahaman tentang perkara ini,sedangkan ia adalah satu daripada tuntutan Islam.
Nice article. Perjuangan Haji Hadi nampak semakin lembut. Hidup Tuan Guru Datuk Nik Aziz!!
Sheih raso tak puas hati.
Ambo raso doh puas hati.
YB Dato’ Huse, tau doh ko?? MUZAKARAH ditukar kepada MUQABALAH??
Melepaslah lagi…………………hee.hee…………….hee
Seperti UMNO, parti PAS juga ada kelemahannya. Pendirian mereka bukan tidak ada cacat celanya. Jika Islam itu agama persaudaraan, mengapa persaudaraan yang tidak mereka cari. Mungkin caranya berbeza, tapi mereka perlu pastikan bertemu saudara seislam mereka di satu titik persamaan.
Memejam mata, menutup hati, membisu mulut bukan lah pejuang agama yang sebenar. Dan para batu api yang menentang pertautan umat Islam adalah musuh Allah, sedangkan mereka yang sentiasa mencari jalan kedamaian adalah kekasih Allah. Renung-renugkan.
salam semua/ shiekh rasa saya adalah perlu penjelasan ini d terbitkan dlm berbagai bahasa.panggil semua wakil masyarakat india/cina dll n terbitkan trnskrip penerangan dlm bahasa mereka.ini perlu dilakukan segera jika x mau hilang sokongn mereka.
Sanusi Junid pun pernah kata macam ni. Bila ahli politik pembangkang dah matang, mereka pun akan masuk Umno.
kalau fikir nak ke Putrajaya, kerjasama le dengan Umno. Kalau fikir untuk membina negara dengan kerajaan yang bersih, kena hapuskan BN dan Umno.
Allah sahaja yang tahu di hati lubuk pimpinan Pas. Ahli Pas cukup baik sentiasa bersangka baik kepada pimpinannya.
good writing ! PAS + UMNO = MCA pun takut .But dont be fooled by the agenda behind it . To forget the whole issue ,lets focus on how to survive this difficult time in Malaysia. Any tips please post it at http://www.ezineartikel.com
alah matlamatnya sama,tukar je nama..
wah bro,cepat betul tukar gaya penulisan..cam sesumpah..kalau baru2 ni siap melucah kepimpinan PAS dgn istilah liwat,main belakang, skrg sudah ditukar kepada sudah matang,hehe
itulah jgn cepat melatah, tak pasal2 tg guru yg alim,warak diperlekehkan penulis picisan cam bro
Ahli PAS yakin, selagi MAJLIS SYURA ULAMAK & keputusan mesyuarat disemua peringkat parti diPATUHI, Insya Allah PAS tidak akan sesat didalam perjuangannya………Rahmat untuk Sekelian Alam
Salam,
Tahniah and terima kasih Sheikh,
Titipan minda ringkas yang hebat. Benar, gandingan matang dan iman.
Salam takzim
Sheikh was just trying to make up for the damage he has done on Husam. Main politik gak bro…?
Membaca tulisan sheih sehari dua ni tak nampak macam sheih ni bekas ahli umno tapi nampak macam ahli pas yang dah lama.
Semoga sheih memahami perjuangan ini yang kami sememangnya menentang dan berbalah dengan umno selama ini hanyalah kerana inginmenegakkan hak-hak Allah, hak-hak Rasul….
Sheih
The time has come for Dato Husam Musa prepare himself to take over DS Hadi Awang position as President of PAS. Hadi Deputy President Nasha is just not fit lah! PAS is ageing, hence with such maturity it cannot afford an immature candidate or member like Nasha to be its President.
Wouldnt you agree Sheih???
kalau politik tu agenda rakyat . Rakyat yang berhak tentukan dengan undi . Apa kejadahnya yang DSAI dok pujuk2 ahli umno masuk PR … tupun mengkhianat namanya . Jangan double standard sheih .. satu rasuah satu pujuk … matlamat tak menghalalkan cara sheih … jangan main2 tafsir islam ikut kehendak hati ..
berpolitik dalam unmo di peringkat cawangan hingga bahagian di kawal oleh pemimpin yang penting diri sendiri dan tidak mahu terima sebarang usul dan pendapat daripada ahli mereka demi kepentingan raayat, oleh itu mereka boleh membuat keputusan sesuka hati untuk kepentingan peribadi, tanpa sebarang bantahan dan pengetahuan ahli serta tidak telus. raayat di peringkat bawahan (grasroot) perlu terima sebarang keputusan secara paksa.
Diharap agar kepimpinan pas dapat menerima sebarang pandangan dan pendapat dari segenap lapisan raayat dan pengundi (x) amnya,budaya sombong, angkuh dan berpuak puak,fahaman politik perlu di kaji semula,supaya semua raayat dalam Malaysia dapat merasa selesa dan aman dibawah kepimpinan pas.
1511 tahun keramat negeri Melaka. Perbalahan dalaman mengundang padah. 2008 Perbalahan dalaman mengundang padah, perbatasan perairan Malaysia diuja oleh anasir luar. 2009; perbalahan masih ada, perbatasan perairan Malaysia hilang lagi. 2010; perbalahan tidak berhenti lagi, pelabur-pelabur luar lari ketempat lain. 2011; perbalahan masih berlaku, pekerja-pekerja asing mangambil alih peluang pekerjaan rakyat tempatan tanpa disedari. Orang-orang gila kuasa masih memerintah. Balik semula tahun 1957, tapi tahun nya pulak 2012. Ketua-ketua kat atas tu baru sedar dan menyesal. Tapi nasi dah jadi bubur.
PAS jangan jadi parti fascist. Membela golongan yang dizalimi dan menegakkan keadilan dan keamanan di atas dunia itu agama (addeen/cara hidup) Islam. Tetapi membela segolongan manusia yang mengaku “orang Islam” itu satu bentuk fascisme agama yang bercanggah dengan Islam (Quran). Contohnya berjuang untuk jumlah quota tertentu untuk kontrak kepada peniaga beragama Islam quota biasiswa tertentu kepada pelajar beragama islam.. ini bukan ajaran dari Tuhan, tetapi ajaran dari Syaitan. Berjuang untuk membela nasib sesuatu kaum/sect/group (contohnya sekelompok manusia yang segama dengan kita) adalah dilarang oleh Tuhan. Istilah “perpaduan Melayu dan perpaduan umat Islam” yang disebut oleh nasharudin mat isa adalah satu slogan perkauman, ini kerana religious sectarianism juga adalah racism. Menegakkan Islam bererti menegakkan kebenaran dan keadilan, dan bukannya berjuang membela penganut “agama” Islam. Kalau macam ni lah pemahaman Nasharudin Mat isa terhadap “Islam”, confirmed beliau 100 kali ganda lebih sesat daripada penganut UMNO hadhari. Despite wearing western clothing with a neck-tie and coat, Nasharudin is a very narrow minded person whose mind is no different from Khir Toyo and Ali Rustam. At least those Umno leaders don’t pretend to champion the cause of Islam. I’ve voted Pas twice (2004 and 2008), next time I seriously need to reconsider.
Abe Huse naik jadi Presiden Pas, maknanya post TPM dapat ke dia nampak gaya. Kalu jadi gitu, sapa2 nak apply scholarship boleh buat appoitment dengan mung la syeikh. Ambo tak sabar dah nak amik gambar dengan mung kat depan pejabat TPM Putrajaya.
bagus ada benda2 macam ni..dapat membincangkan perkara yang membawa kepada kepentingan bersama. Tapi ada pihak2 yang sinis dan negatif memberi tanggapan buruk kepada perkara sebegini. Cuba lihat dari sudut positif..
This fracas over the PAS-UMNO meetings in secret is ridiculous.
If PAS values accountability and transparency, suggest to community non-partisan leaders to establish some kind of rapport formal or non-formal, evaluate valid critical issues, discuss and debate, set up journals or periodicals leading even to disciplined approaches.
Continue with this cloak and dagger thing and we’ll be well back to the Malaccan age of dinosaurs. Good for movie entertainment, bad for kids.
There will be UMNO members who might want to join PAS and vice versa. Let them pursue their own personal goals for whatever and survive or perish of their own account.
This vague and doubtful “talks” relating to Malay poverty are superflous. We have Parliament and State Legislature for this bizness. In any case what about poverty or injustice related to non-Malay and non-Muslims who voted PAS in?
Transparency and accountability as bases for political action will ensure most aspects of public mistrust eliminated. Governance will then be assured.
Unenlightened sentiments will bode ill, not just for PAS, but for all Malaysians.
abe sheih
Pertukaran istilah muzakarah kepada muqabalah adalah merupakan damage control excercise sahaja, langkah jangka pendek. Ia bukan satu tindakan yang akan melegakan PAS secara jangka panjang.
UMNO being UMNO akan terus menggunakan isu muzakarah ini untuk mengambarkan PAS parti yang tak mahu perpaduan melau dan Islam. !st salvo pasca muzakarah ini telah dilancarkan oleh muhd bin muhd selepas mesuarat mesuarat MKT petang tadi. ( tengok akhbar esok).
More damage is coming. For sure UMNO akan menggunakan isu ini bagi menimbulkan kesangsian bukan melayu terhadap PAS. Kita tak risau pasal orang melayu. PAS perlu bersedia untuk menagkisnya.
I personally think, pemimpin-pemimpin PAS yang jelas terperangkap dengan helah muzakarah dan yang bertanggungjawab berbincang mengenai perkongsian kuasa berundur secara terhormat.
Pengunduran ini bukanlah sangat sebagai mengambil tanggungjawab kerana meletakkan PAS dalam keadaan tertekan tapi untuk memberi fresh slate tanpa apa-apa liability kepada pasukan baru yang akan menangkis serangan UMNO pasca muzakarah.
Selagi mereka berada dalam barisan pimpinan, ia akan menjadi liabilit kepada setiap tindakan PAS untuk menangkis serangan UMNO. Percaalah, semakin tarikh 16 September dekat, serangan UMNO akan menjadi lebih vicious.
Maaflah kalau saya katakan, jika Prediden dan Timbalan Presiden kena mengundurkan diri, so let it be.
bat8
abe sheih
Pertukaran istilah muzakarah kepada muqabalah adalah merupakan damage control excercise sahaja, langkah jangka pendek. Ia bukan satu tindakan yang akan melegakan PAS secara jangka panjang.
UMNO being UMNO akan terus menggunakan isu muzakarah ini untuk mengambarkan PAS parti yang tak mahu perpaduan melau dan Islam. !st salvo pasca muzakarah ini telah dilancarkan oleh muhd bin muhd selepas mesuarat mesuarat MKT petang tadi. ( tengok akhbar esok).
More damage is coming. For sure UMNO akan menggunakan isu ini bagi menimbulkan kesangsian bukan melayu terhadap PAS. Kita tak risau pasal orang melayu. PAS perlu bersedia untuk menagkisnya.
I personally think, pemimpin-pemimpin PAS yang jelas terperangkap dengan helah muzakarah dan yang bertanggungjawab berbincang mengenai perkongsian kuasa berundur secara terhormat.
Pengunduran ini bukanlah sangat sebagai mengambil tanggungjawab kerana meletakkan PAS dalam keadaan tertekan tapi untuk memberi fresh slate tanpa apa-apa liability kepada pasukan baru yang akan menangkis serangan UMNO pasca muzakarah.
Selagi mereka berada dalam barisan pimpinan, ia akan menjadi liabiliti kepada setiap tindakan PAS untuk menangkis serangan UMNO. Percayalah, semakin hampir tarikh 16 September , serangan UMNO akan menjadi lebih vicious.
Maaflah kalau saya katakan, jika Presiden dan Timbalan Presiden kena mengundurkan diri, so let it be.
bat8
Kalau benar Umno nak jaga ketuanan Melayu kenapa tak import saja orang indon dan jadikan mereka warganegara? Supaya Populasi orang islam di Malaysia lebih majoriti lantas Ketuanan Melayu terjamin.
Bukankah dalam demokrasi Faktor “Majoriti” itulah segala-galanya. Sebab itulah Fahaman Demokrasi sebenarnya boleh mengundang kepada berlakunya Ethnic Cleansing (Penghapusan Kaum) sebab Majority adalah segala-galanya. Kalau nak faham lebih lagi tentang ini cuba tengok movie “blood diamond” di mana tangan-tangan manusia telah dipotong supaya mereka ini tidak dapat mengundi.
Tapi sebaliknya UMNO tak nak berlembut dengan pendatang indon sebab mereka-mereka ini orang-orang islam yang mungkin cenderung sokong Pas. Jadi Orang Indon lebih baik dihalau balik kampung. Mereka sebenarnya lebih selesa kalau import Bangsa asing yang bukan islam dan beri mereka kewarganegaraan kerana pastinya mereka-mereka ini akan tidak akan mengundi Pas dan sekaligus menambah undi “majority” mereka.
Sedangkan di negara US, britain dan lain-lainnya di Eropah. Peratusan orang Cina (sebagai contoh sahaja) adalah terlalu kecil sebab pemberian kewarganegaraan adalah sangat dikawal supaya faktor “Majority” ini sentiasa terkawal.
Lagi dan lagi, bencana Demokrasi akan juga membawa kepada terbentuknya undang-undang yang tak “civilised”. Ini adalah juga di atas faktor “majority”. Sebagai contoh perkahwinan kaum gay di beberapa kawasan di bumi Amerika telah dihalalkan kerana terlalu mengikut pendapat “Majority”.
Sedarlah semua bahawa Demokrasi itu sememangnya ada potensi untuk menjadi amat berbahaya!!
Tuan Sheikh,
The lost of a war wasn’t due to the weakness of an army but it was due to a lack of bravery of the general.
Tahniah Sheikh,
Berharap sangat penulisan macam ni sampai ke peringkat tinggi dalam PAS.
Sebelum nie ore PAS sokmo ajak ore UMNO nok wat muzakarah. Tapi bilo dah buat, kato tok leh pulok. Statement nie datangnya dari orang kampung yang sokong UMNO dulu, kini dan selamanya. Ambo pun konfius nok jawab guano….
sheikh al basheh… PAS Kelantan tak ada tokoh kat parlimen sebab semuanya di negeri…. Husam dan Taki kena ke parlimen sebab nak jadi menteri penting. Sehari dua ni… Trg pon tak ada tokoh ekonomi dan law yang hebat. Tokoh bersyarah kosong adalah.. retorik.
Mugabalah ke muka balah ke wa tahu anta nak mas kawin mahal ye… nak kawin dgn UMNO? Biasalah tu kita manusia apa pon material dahulu baru matlamat politik. Ana doa biar jadi kerajaan campuran di kelantan untuk kita maju. Tak lah dasar kerajaan negeri hanya buat slogan saje… macam koridor depu atau debu? Apa tu… pintu masuk debu ke. Tak nampak pon rakyat buleh tumpang nikmat. Rakyat biasa macam ana ni semut… dapat gula dan sisa pon, syukur alhamdulillah. Nanti adalah pula koridor petrolium dan gas di pantai senok, Bachok yeee… Oleh itu kalau bagi rezeki kenalah sama rata, adil dan sama rasa. Jangan makan sorang nanti bucit perut. Ingat mugabalah pon kenalah buat barisan kabinet kita yang ampuh sama setanding… bertaraf dunialah. World class bukan bertaraf kampong yang terpesona dengan slogan dan retorik.
Jika benar perbincangan antara PAS dan Umno semata mata hanya berbau politik dan perkongsian kuasa tanpa mengambil kira pandangan penyokong penyokong PKR , maka ini akan menjadi satu kesilapan besar bagi PAS .
Kerana rakyat tidak kira bangsa dan agama tidak akan membenarkan mereka si perbodohkan sejak PRU12.
Atau ini satu helah PM untuk memecah belahkan PKR kerana rakyat tertumpu kepada kes tuduhan liwat ke atas Anwar.
Saya bukan nak defend Ust Nasha tapi kita perlu mendengar dan membuka hati kita untuk memahami apakah yang tersirat pada waktu beliau bersetuju untuk bertemu dengan orang Perkumpulan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Berbagai isu tentang kekurang ajaran,biadap sesetngah pihak terhadap Islam dan Melayu pada waktu itu termasuk raja sudah sampai peringkat Tsunami kurang ajar,bukan semua dalam Pakatan Rakyat terlibat tetapi sukar untuk membezakan kerana tiada terdengar suara daripada Tok-tok juara DAP atau Keadilan menyatakan pendirian tidak endorse kepada statement yang sensitif kepada pihak yang lain( dlm hal ini Melayu).Saya di negeri yang tidak beraja, tapi hati amat dekat dengan raja atas sifat sebagai payung Agama. Saya bagi ingatan kepada orang Melayu yang ada raja dan masih majoriti di negeri masing-masing, jangan buat experimen mahu menidakkan raja dan hak istimewa atas selesa nak duduk bersama mereka yang bercakap soal kebebasan dan kesamaan serta keadilan hak.Adil bagi mereka ini adalah sama, tapi kita ADIL ialah meletakkan sesuatu di tempatnya. Kalau sudah tempat orang Melayu dan haknya dipersetujui ditempat yang ada sekarang, jangan pula Melayu sama latah angguk-angguk kata itulah yang perlu, hanya ingin menggembirakan hati teman dalam Pakatan Rakyat.
DEB mungkin gagal kerana pemimpin yang mengkuda dan merogolnya bagi kepuasan mereka( tidak semua ), tapi jangan kerana itu kita berlagak seperti duduk dalam bahtera yang besar;kerana tidak suka dan setuju dengan haluan yang kapten kapal halakan, maka kita dengan perasaan kamilah yang bertanggungjawab menyedarkan kapten yang lupa dan mengantuk lena di atas sana, telah bertindak pergi ke dasar kapal dan melubangkannya atas kesedaran luar sedar kita untuk mengajar sang kapten.Maka tenggelam kapal dan semua penumpang termasuk pelaku-pelaku sumbang yang melubangkan kapal dan bergembiralah Yu-yu yang baru tiba di perairan di mana bahtera itu karam dan menjamu seleralah mereka seperti mana tidak pernah makan sebelum ini kerana dendam nenek moyang mereka selama ini melihat bahtera tersebut berlayar dengan lancar sambil ada ketikanya penumpang bahtera meludah dan membuang najis ke laut yang didiami yu-yu yang datang daripada benua lautan barat dan timur.
SWaya percaya niat Ust Nasha baik tapi kesilapan beliau ialah beliau tidak banyak merujuk kepada orang lama dalam PAS kalaupun tidak kepada Tok Guru.Bacalah komen Sdr. Subky Latif .Belajarlah daripada sejarah ,Ust Nasha.Kelemahan hati anda tentang nostalgik ketuanan Melayu dan Islam yang diumpan oleh wakil Pertubhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah menyebabkan gempa di dalam parti anda dan yang paling dirunsingkan ialah SOAL utama yang patut kita fokuskan ialah soal harga minyak dan harga keperluan yang naik mendadak.Rakyat Marhaen sekarang ini juga telah semacam melupakan isu ini kerana isu muzakaraah muka BALAH ,lewat serah kuasa, liwat lelaki, liwat perempuan, akuan yang tidak jadi aku. Ringan sudah kerja Dato Shahrir.
Pada saya, kita belajar daripada sejarah dulu dan yang telah berlaku selepas Mac 2008 ini. Anyway satu persoalan yang jangan kita lupakan, apa sudah jadi dengan 1 rakyat yang mencipta NEGARAKUku. Apa cerita? Kalau tangkap Anwar polis kita boleh datang seperti MI3 atau SWAT movie, tunjukkanlah kehebatan kita bukan kepada bumiputra sahaja.
Mungkin bermanfaat bagi mengorak usaha untuk lihat dunia di mana “federalisma” telah bertapak beratus tahun, penuh dengan pahit manis dan budaya pemikiran di sebaliknya. Malaysia hanya melalui pengalaman se kangkang 50 tahun dan itu pun asasnya dengan hanya satu kerajaan, dengan PAS sebagai pembangkang, kena bully kiri kanan dengan undang-undang yang mencekikkan. Saya jangka banyak orang dalam PAS berendah hati bahwa budaya kepercayaan dan pemikiran mempunyai ciri-ciri kesejagatan yang sedia dilihat, dicincang, campur dengan sambal, goreng, rebus dan akhir boleh dimakan.
Kalau kita nak hantar pelajar ke US, Germany, Rusia, Iran atau Turkey selama 15 atau 20 barulah kita boleh lihat sebanyak sedikit hasilnya.
Sementara waktu, nak bawa dunia kepada ahli PAS pun sukar dengan hanya 2 cetakan sebulan. Mungkin perlu ombak lagi nak banjirkan simpati rakyat agar Kerajaan akan longgar?
Kalau tidak kita sentiasa dihidangkan dengan santapan basi—ethnicity, kepuakan, jumpa-jumpa sulit, sementara isyu-isyu relevan dikubur balik.
Harus direnung ciri-ciri pemikiran bahwa kerajaan yg lemah dan sempit akan memerlukan berlebihan kuasa yang perlu ditabur-taburkan kepada negeri-negeri supaya barang dan khidmat masyarakat diagihkan dengan luas. Kuasa yang berlebihan di negeri-negeri sehendaknya akan bersifat demikian—macam mana nak cari imbangan adalah rahsia masyarakat yang belajar dan subur.
Looks like Muqabalah = Another Live Debate. Let’s suggest it to Agendadaily!
setuju! setuju! ameno kena bayor dulu kazaliman & diskriminasi yang lalu kpd rakyat terutama penyokong pembangkang, baru buleh muzakarah. jom gi muka balah
Syabas bro…cuma aku ingat janganlah menyalahkan Timb Presiden PAS tu, dia tak salah…dia hanya ikut arahan sahaja….aku yakin Ust Nasa tak akan khianati amanah Allah…
Salam warga kickdefella (adik sheikh) dan sahabat-sahabat sekelian.,
ISU MUZAKARAH PAS-UMNO
Selepas PRU 12, keadaan politik negara menjadi tidak menentu dan nampak ada sedikit kegoyahan kepimpinan dan krisis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan BN khususnya keruntuhan kepercayaan kepada parti UMNO untuk meneruskan kepimpinan negara Malaysia. Bukti jelas apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berkali-kali menggesa Datuk Seri Utama Abdullah Haji Ahmad Badawi (AAB) untuk berundur, sehingga Tun akhirnya berundur dari UMNO sebagai tindakan protes terhadap Presiden UMNO. Pergerakan lain di dalam komponen tidak kurang juga menggambarkan ketidak percayaan komponen kepada UMNO, antaranya SAPP melalui presidennya menganjurkan undi tidak percaya kepada AAB tetapi tidak diterima usul itu oleh YB Yang Dipertua Dewan Parlimen. Jawatan timbalan dan presiden MCA tidak dipertahankan lagi oleh pemimpin yang lalu bagi menunjukkan tauladan bahawa negara memerlukan pimpinan “darah muda”. Maka tindakan ketua pemuda MCA juga tidak bertanding jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru. Hal ini secara paraktikal mengahantar ISYARAT KEPADA UMNO agar melakukan perubahan di dalam parti dan juga cara gaya pentadbiran di dalam BARISAN NASIONAL. Sama jugalah halnya apa bila ketua pemuda MIC bertindak keluar parti kerana membantah presiden MIC Datuk Samy Vellu agar berhenti dan meletakkan jawatan kesan daripada tindakan beliau MIC tidak popular di kalangan MIC di Malaysia. Akhir sekali barulah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menganjur usul tidak percaya kepada AAB dan ditolak oleh YB Yang Dipertua Dewan Parlimen.BUKTI-BUKTI TERSEBUT ADALAH MENCUKUPI UNTUK MEMBERI GAMBARAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA YAB AAB dan Barisan Nasional sudah terhakis secara menyeluruh.
Dalam kegawatan itulah pertemuan sulit PAS-UMNO diadakan agar merintis jalan ke arah MUZAKARAH. (Hasrat UMNO penggabungan dengan PAS seperti di zaman Asri Muda. Atau HANYA PELAN PROVOKASI UMNO AGAR PAKATAN RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN SESAMA SENDIRI KERANA PAS BERUNDING SECARA RAHSIA). Ini suatu kejayaan UMNO walaupun penggabungan tidak menjadi dan MUZAKARAH bukanlah menjadi hasrat utama UMNO kerana banyak kali PAS menghulur tangan untuk bermuzakarah, UMNO yang batalkan MUZAKARAH tersebut. Jadi, bagai terang lagikan bersuluh polemik MUZAKARAH PAS-UMNO hanyalah modal murahan tetapi licik dari UMNO untuk MEMPORAK PERANDAKAN PAKATAN RAKYAT DAN HASRAT AHLI-AHLI PARLIMEN BN YANG MAHU MENYERTAI PAKATAN RAKYAT (PR) MULA HILANG KEYAKINAN KEPADA KERJASAMA DALAM PARTI PR YANG LONGGAR ITU.
Elok sangatlah hal ini didebatkan oleh para perwakilan PAS dan didengar oleh Pakatan Rakyat kesah sebenarnya Polimek MUZAKARAH PAS-UMNO ini. Apa yang penting MUZAKARAH ini tidak akan menjejaskan Kerjasama dan perpaduan anggota Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat atau PAS khusunya boleh memberi tunjuk ajar kepada UMNO untuk berubah. NAMUN DENGAN KEKANGAN BUDAYA DAN TRADISI DI DALAM UMNO, TIDAK BANYAK PERUBAHAN YANG BOLEH DIBUAT. Barisan kabinet pun adalah terdiri dari TEAM WAWASAN LAMA dan “Rejected Leaders” yang dikitar semula. Anologi perubahan di dalam UMNO, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)telah beriringan dengan Mantan Perdana Menteri yang bistari menegakkan proses ISLAMISASI yang gemilang itu BOLEH DICANTAS OLEH para konspirator UMNO hanya kerana tindakan MELAWAN RASUAH dan CUBA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO, maka apalah SANGAT dengan hasrat WIRA PAKAR DEDAH KONSPIRASI EZAM MOHD NOR untuk mengubah UMNO. Enta pun tumbang kalau tidak ikut budaya dan tradisi UMNO yang membawa rebah itu. Sama-samalah kita rakyat Malaysia yang faham dan tidak termakan serta tertipu dengan percaturan UMNO/BN untuk terus tegak berkuasa, sekali pun ianya telah luput tarikh dan membawa negara mundur ke belakang. Kepada saudara-saudara saya di dalam UMNO, jangan beremosi dengan kenyataan ini. Elok sangat jika anda sendiri memeriksa pimpinan anda dan apakah yang mereka telah rancangkan untuk berkuasa dan terus berkuasa dan untuk menjadi kaya dengan jawatan-jawatan Kerajaan Persekutuan dan terus menjadi kaya. Bukti-bukti kenyataan ini terlalu banyak sehingga tersadung rakyat oleh kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional TIDAK TERSANGKAL LAGI…
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Sheih…
Nak jadi Politician N Negarawan… Jauh beza… Renungkan sejenak… di dalam PAS sudah kah tersedia org2 yg dapat memikul TANGGUNGJAWAB tu? Kita tak nak lahirkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang seterusnya… Takiyudin? Anwar Ibrahim? Najib Tun Razak? the names u mention above, not convincing enough… (nak vote siapa la, lepas ni…)
Yuyin…mu jawab modoh aje..yang dulu to PAS yang ajak depa la nih Depa ajak PAS..jadilah Mu Koba Lah..bukan Muzakarah..hehehe…
Salamm Shiek..
PAS, dulu kini dan selamanya …
http://nmjnh.wordpress.com/2008/07/24/mt-pas-sebulat-suara-tolak-muzakarah-dengan-umno/
Penulis terbaca banyak komen oleh penyokong Pas di blog Dr Mohamad Khir yang mendakwa penubuhan kerajaan campuran BN-Pas tidak mungkin akan membantu kejayaan agenda perjuangan Pas.
Terasa lucu sekali komen-komen mereka yang begitu marah kononnya idealogi dan cita-cita Pas akan tidak akan berjaya bersama UMNO.
Lucu kerana apakah kita melihat agenda dan perjuangan Pas untuk agama Islam dan orang melayu dilaksanakan sekarang di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat?
Di Selangor apakah yang diumumkan melibatkan keuntungan orang islam dan melayu seperti perjuangan Pas? Taraf pemimpin Melayu dan Islam di Selangor hari ini sekadar membantu Tuanku Sultan menjaga ahl-ehwal agama Islam.
Apakah projek pertama dan kedua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor? Projek Mega Babi, dan Projek Bandar Cina. Apakah potfolio EXCO-EXCO Melayu dalam kerajaan Selangor hari ini berbanding dahulu? Itu sahaja taraf orang Melayu yang berjaya Pas perjuangkan.
Kita lihat pula siapakah yang menguasai kedudukan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berapa ramai aktivis Pas yang berada di situ, berapa ramai Melayu yang ada di situ?
Masihkah penyokong Pas mahu menafikan bahawa dalam masa empat bulan ini pusat penjualan VCD cetak rompak dan lucah tumbuh bak cendawan muncul selepas hujan di kawasan-kawasan seperti Subang Jaya, Ampang dan Klang?
Dahulu Pas mendakwa kerajaan BN anti Islam kerana membenarkan Pusat hiburan dibuka sehingga jam 1 pagi. Hari ini bukan sahaja ia tidak ditutup atau dikurangkan masa, malah bertambah pula masa pembukaannya. Berjayakah Pas melaksanakan agenda Islamnya?
Bayangkan jika Pas mengadakan kerajaan campuran tempoh hari dengan Hasan Ali menjadi menteri Besar dan timbalan MB pun dari Pas. Bukankah banyak kuasa Menteri Besar dapat dilaksanakan bagi melaksanakan syiar Islam?
Hakikatnya, Pas tidak lagi berminat untuk agenda politik Islam dan Melayu mereka. Sebab itu Khalid Samad boleh berucap di dalam Gereja di Shah Alam menyokong usaha membenarkan nama Allah digunakan sebagai ganti nama tuhan dalam bible bahasa Melayu.
Pas hanya mahukan kuasa. Mereka tahu kerajaan campuran BN-Pas akan berakhir apabila berlaku pilihan raya. Belum tentu mereka akan menang seperti sekarang. Ini bermakna jawatan mereka tidak akan berpanjangan.
Sebaliknya jika mereka menggadaikan agenda perjuangan Islam dan Melayu mereka akan terus kekal bersama kuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Ini kerana orang bukan Melayu dan bukan Islam akan terus memberi jawatan kepada mereka.
Justeru apa yang penting bagi mereka ialah mengekalkan jawatan bukannya melaksanakan agenda perjuangan.
Lihat sendiri di Perak, Pas sanggup membuat laporan Polis terhadap khabar angin mereka akan menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan hudud. Bukankah ini agenda perjuangan mereka? JIka pun ia tidak benar, mengapa Pas hari ini begitu takut dengan isu-isu negara Islam dan hukum hudud; jauh sekali membicarakan perjuangan Melayu.
Di Pulau Pinang, Pas menerima penubuhan Majlis Antara Agama oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Mana perjuangan mereka ketika membantah Inter Faith Council suatu ketika dahulu?
UMNO terus membantah penubuhan IFC biarpun kalah dalam pilihan raya, tetapi Pas sudah menerimnya kerana menang pilihan raya. Siapa yang hipokrit dan mempermainkan agama?
Memang mereka berhak menolak sebarang muzakarah dan kerjasama dengan UMNO mahu pun BN. Namun janganlah berpura-pura menolaknya atas alasan agama Islam dan Orang Melayu. Hakikatnya mereka lebih banyak menggadaikan idealisme perjuangan mereka bersama Pakatan Rakyat berbanding jika menerima tawaran kerajaan campuran dahulu.
kunta jinte,
demo nie dah pening agaknya? asyik nampak kuman diseberang laut, tapi bangkai gajah didepan mata buat x tahu ajer…
jgn asyik salahkan PAS yg kononnya menggadaikan idelisme perjuangan mereka. sekurang2nya PAS x hipokrit, x munafik, x fasik mcm UMNO dlm memperjuangkan agenda melayu. ugama? jgn ckplah! rasa2nya x ada dlm istilah kamus UMNO…
Projek Babi Negara (BN)? Itu bangkai gajah paling besar! Itu kerja BN. Malah ada org UMNO sendiri yg terlibat dlm syarikat yg membuat permohonan utk membuka ladang babi spt yg didedahkan oleh MCA. demo nak sorok lagi ker? sekurang2nya k’jaan PR Selangor nak mengatsai masalah nie dgn buat secara centralised, guna teknologi german supaya masalah pencemaran dpt diatasi! Isu kandang babi nie dah lama. sejak zaman UMNO lg! lihat saja do NS dan Melaka, apa yg UMNO buat? habis sungai dan laut tercemar dgn najis babi! konon2nya champion?
x payahlah nak memperbodoh2kan org lain ttg k’jaan PR di empat negeri. PR baru ajer memerintah dlm 6 bulan, dlm keadaan di tekan oleh k’jaan pusat BN, dlm keadaan kewangan yg serba kurang kerana di”lahap” oleh k’jaan negeri BN sebelum PRU dulu. Berbanding dgn BN yg dah men”sodomi” negara selama lebih 50 tahun, k’jaan PR nie kira oklah jugak!
Hidup PR, Hidup Rakyat. Say NO to UMNO…
Hang semua ingin nak baca hal Belgium, sebuah negara Europa yang dalam banyak sifat sangat maju daripada Malaysia.
Bilamana seluruh Eropa nak tubuh European Union, mengukuhkan sistem kapitalisma melalui saiz besar, Belgium negara ahli hendak “menutup” Kerajaan dan menghapuskan kenegaraan “Belgium”. Bermakna tiada “negara” lagi. Antara sebabnya ialah pengangguran yang 3 kali tingginya di kalangan rakyat yng berbahasa Perancis. Manakala di kawasan rakyat yang berbahas Belanda keadaan lebih baik. Masaalah yg besar nampaknya macam mana nak membahagikan kuasa antara rakyat yang berbahasa Perancis dan Belanda—penyakit “federalisma” yang besar sekali!
Kalau tak ada “negara” bermakna raja menganggur dan Raja Belgium cuba mengemukakan suasana untuk “MUZAKARAH” !!! Atau “MUBAKALAH”!
Pemerhati berpendapat ini adalah kegagalan dan kelemahan “kerajaan” atau kerajaan gagal macam Zimbabwe beberapa bulan lalu.
Nampaknya kelemahan “governance” di US dan Britain dan UN dah jadi tauladan kepada semua dunia, Malaysia tidak terkecuali !
Artikel lengkap di MSNBC.com –
http://www.msnbc.msn.com/id/25690719/print/1/displaymode/1098/
PAS=UMNO Baru = amalkan agama Racism…..kesimpulan
kunta jinte
Jika nak hapuskan pasal maksiat yang bercambah macam cendawan ni senang aje – minta kerajaan pusat haramkan terus diperingkat nasional. Berani ke kerajaan BN yang diterajui oleh UMNo buat pengharaman secara blanket?
Penjualan VCD lucah berleluasa – betul lah kerajaan negeri ada tanggungjawab. Tapi penguatkuasaan, pencegahan dan pendakwaan bukanlah terletak dibawah agensi-agensi seperti Kastam, Polis dan Kementerian shahrir- dibawah kerajaan persekutuan?
Kerajaan Pusat buat pengharaman secara total, ambil tindakan keras – habis cerita. Semua masaalah maksiat yang timbul sekarang bukan masaalah baru timbul selepas 8 mac 2008 – dah 50 tahun berlaku. Siapa yang memerintah selama 50 tahun.
Kerajaan Pakatan hanya baru 4 bulan memerintah. memang mereka memerlukan masa untuk melaksanakan janji-janji mereka. Bagaimana dengan perlaksanaan janji-janji pilihanraya oleh BN dalam pilihanraya lalu – dah ditunaikan semuakah?
Seingat hambalah, UMNO/BN berjanji tidak akan naikkan minyak, tetapi apa dah jadi sekarang? Kalau mengikut logik puak UMNO, bila dah berjanji kena tunaikan….jika tak tunai segera bermakna hanya pandai berjanji, berjanji tipu!. Itulah alasan yang digunakan bila menuntut janji dari kerajaan Pakatan – meh kita guna logik yang sama kepada kerajaan UMNO/BN. Pasai apa minyak dinaikkan setelah berjanji?
bat8
Abe Sheih
Ambo rasa next komen, abe sheih kena tumpukan sedikit kepada masaalah ekonomi negera yang sedang spinning downwards dengan laju.
Sebenarnya isu muzakarah yang diikuti oleh kenyataan paklah yang UMNO memang menawarkan perkongsian kuasa kepada PAS – adalah merupakan diversion kepada isu sebenar yang besar i.e . our economy is getting worse and spinning downwards very very fast.
Kita rakyat malaysia terutama orang melayu: orang PAS, orang UMNO, orang tak berparti – janganlah dok masuk perangkap isu muzakarah, perpaduan melayu dan Islam yang MSM dok canang, yang UMNO dok cuba hangatkan.
Keadaan akan menjadi lebih terok lagi dalam sebulan dua dan akan terus menghimpit. Kerajaan pusat pun setakat ini tidak nampak sedang mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasi masaalah yang makin meruncing ini. Depa masih lega dan setiap tindakan lebih kepada tindakan politik yang bersifat ad hoc.
Amaran pertama dah dikeluarkan melalui statement shahrir samad walaupun beliau tidak mengatakan secara terangan.
Marilah kita buat persedian masing-masing bagi menghadapi keadaan yang makin sukar ini. jangan terpedaya dengan diversion yang cuba di ciptakan oleh UMNO(Baru).
Kunta jinte dan golongannya tak apelah – depa semua golongan elit yang terlepas dari tekanan ekonomi negara yang sedang merundum.
bat8
Everyone seems to believe Anwar has been framed by the government.
But have you all thought of other possibilities?
1. Why Mrs Anwar has the photos of Anwar’s personal secretary meeting up with Najib’s adviser? Don’t you think it’s weird? If she has the photo before hand, why didn’t she expose this before everything happened?
2. Why on earth did Anwar hire a student who couldn’t even get a proper degree?
3. Why did he still hire a pretty boy if he really ‘KNOWS’ UMNO is going to frame him like what he claimed?
4. Do you really think UMNO is that stupid to use the same stunt again to bring down Anwar?
5. Why did Anwar hide in pro-western Turkish embassy? To bring more coverage from the western press?
And BN’s action is also questionable.
1. Why so serious? (Use commandos as if they were to catch Osama)
2. Why didn’t the police bring Anwar to custody? Why should they give Anwar face? I challenge you all, if someone pressed charges on you, what will the police do? Isn’t that immediate action the only way?
I’m not pro-gov. But Anwar is equally dubious. He’s ambitious and let’s no forget what he has done during mid-80s and his time as the deputy PM.
CANTIK… memang agak sukar memahami apa yang telah, sedang dan akan berlaku… apa cerita rakyat2 akar umbi..? mungkin rakyat kelantan & rakyat2 negeri lain yang terbiasa dengan kitab2 sirah akan tersenyum puas mengikuti apa yang telah, sedang dan meneka apa yang akan berlaku..
riteeeeeeeeeeee Anon (12:47:55) : …….only KJ and AAB have clean records trustwothy,visionary and everbody else is dubious
bat8
Bumi non malay
PAS tak sama dengan UMNO(baru). hanya segelintir p[emimpin PAS yang kena tipu dengan UMNO(Baru). Lesson is – UMNO(baru) sanggup buat apa sahaja untuk terus kekal berkuasa.
bat8
Biarkan PAS memerintah dan UMNo pembangkang atau PAS pembangkan dan UMNO memerintah. Cuma the first one is better.
Tak boleh semua pembangkang atau semua memerintah, nanti tak ada feedback pula. Be profesional. Tengok negara lain aman damai pemerintahan bertukar setiap pilihanraya. Pasal apa pelik sangat di Malaysia ni.
Buatlah gapo pong asal hak molek jah. Islam lah, nescaya kamu selamat. Insyaallah.
BUBAR UMNO.. BUBAR PAS.. TUBUH PARTI BARU UNTUK ORANG MELAYU & ISLAM.. BERDASARKAN AL-QURAN & HADITH..
apepun utamakan islam dahulu…
1. If anyone thinks as a Malaysian at heart you will never support any of the current political parties who speaks only about championing or protecting their own race and religious interests. Whether it belongs to UMNO, PAS, MCA, MIC, PKR, Gerakan, Hindraf, PBS, DAP, PPP or whatever new name. It’s called racism and whoever supports that party is called a racist. It is no different from apartheid. It dirties and poison your soul.
2. Those who are racists but speak with a fork tongue (Jeyklls), hiding it behind other causes like religion, meritocracy, education, poverty etc are even worse than clear cut racists and can only fit into the category of satans.
3. Malaysian racists and the MSN have corrupted the following words which meant differently in other countries ex. nationalism, patriotism, royalists, freedom, liberty, corruption, democracy etc.
4. Power, Greed and Selfishnish rule in Malaysia and now we include Racism and Satanism.
5. See more prophesies at http://patek1472.wordpress.com
pas bukan parti melayu – sebaliknya pas adalah parti Islam yg ahlinya utk semua bangsa yg beragama Islam (ini termasuklah cina Muslim, Indian Muslim, lain-lain bangsa Muslim) dan penyokong-penyokongnya yang bukan agama Islam tetapi menyokong apa yg diperjuangkan (ataupun kelab-kelab penyokong Pas yang terdiri dari pelbagai bangsa dan berbeza agama).
Dari segi praktikalnya, bercakap soal Islam dan melayu – adalah tidak munasabah (mustahil) pas bergabung dengan umno yang keahliannya TERHAD kepada sesama melayu dan bumiputera semata.
Bahkan dalam pilihanraya yang lepas, Pas telah diwakili oleh pelbagai kaum (bukan Melayu Muslim sahaja) bahkan 2 wakil rakyat Pas berketurunan Cina (100% – bukan Cina campuran melayu) telah menang besar. – YB Drs. Idham Lim (perak) http://cinaislamcina.blogspot.com/ or http://idhamlim.blogspot.com/ dan juga YB Haji Anuar Tan, Kota Lama, Kelantan. Malah Kelab Penyokong Pas Johor menghantar seorang calon mereka berketurunan India tetapi tewas tipis di Dun Tiram, Johor, bernama Kumutha, seorang graduan dalam jurusan Law dari united Kingdom. Walaupun tewas, Kumutha telah menjaya mengurangkan majoriti BN penyandang kerusi Dun Tiram yang lepas.
oleh itu, memang lebih wajar ahli-ahli umno yang cintakan Islam dan juga menyokong dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Pas agar menyertai Pas yang memang ternyata terbuka untuk semua. (Pas for all) Soalnya apakah sebenarnya ahli-ahli Umno bersedia samada utk menyertai Pas ataupun sokong Pas (jika tak mahu jadi ahlipun)?
Jika mereka sedia, dan turut sama dalam memberi sokongan kepada Pas (yang mrk akui sama dgn umno turut mengambil berat dalam hal agama dan juga orang melayu) maka itulah tanda keikhlasan umno sebenarnya.
[...] Di sini Di sini Di sini Di sini Di sini Di sini Di sini Di sini Di sini Di sini [...]
ketika peralatan (instrument) negara seperti jabatan peguam negara, badan kehakiman dan polis dipertikai oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa, golongan bodoh dungu masih syok dengan dunia mukabalah mereka. **** You!!! I swear I will never vote for Pas again. I regret having taken leave from work to go back to kelantan in order to cast my vote in march, 2008. Pas is a snake. It has no sense of justice and fairness. For the first time, I am seriously convinced that Pas is much worse than Umno. Only Datuk Nik Aziz is an honest Pas leader with integrity. I can’t believe the comments on Pakatan Rakyat made by Nasharussyaitan Mat isa. This devil is deputy president (yes, deputy president) and yet he complained about the inner working mechanism in Pakatan Rakyat. This imbecile was spitting into the sky. I thought he’s ugly in looks only, now seems he’s ugly in both looks and character. *&^%!!!
tolonglah jangan seskali besemuka maupun apa-apa dengan ameno tu…. ini akan merencatkan… akan menimbulkan syak kepada teman PR yang lain….
saya sisipkan sebuah artikel saya untuk tatapan anda…
————————————
PARTI UNGGUL BERFAHAMAN RASIS UNTUK GOLONGAN TOTOK!
Bicara jam 2 pagi. Tingkat empat jalan 7/58 tanpa sebarang gangguan frekuensi. Malam yang penoh dengan hening, sunyi, sejuk, yang ada hanya sekali sekala bunyi motor dan kereta berhenti untuk menghantar, anak, awek, pakwe, isteri dan perempuan simpanan pulang kerumah. Hari ini hari ahad. Hari untuk orang kristian ke gereja dan untuk kita beristirahat santak santai. Hari membasuh timbunan kain dan hari mengemas-ngemas tilam, katil, toto, melipat bebaju, kutang, seluar dalam yang mungkin bersepah-sepah di lobi maupun ruang tamu rumah. Untuk anak-anak, mama dan papa mungkin membawa ke wet world, sunway lagoon, lost city dan tidak-tidak terus ke PD. Untuk Pak Lah, Najib dan rakan seperjuangan yang lain, hari ahad yang indah ini sama seperti hari-hari biasa… memikirkan untuk terus berkuasa dan kaya raya; untuk kuasa ini, kita didendang dengan lagu-lagu berbaur rasis agar orang melayu membenci cina dan India pula membenci melayu dan cina membenci melayu…..begitulah juga seterus dan terusnya. Itulah resam umno dan baresan nasional, mca dan mic juga sama seperti umno.
Aku pasti dengan hal ini dan semua pun tahu…be end a.k.a perikatan adalah parti untuk orang-orang tua yang tak mau bebas dari pengaruh penjajahan british. Aku tak sanggup mendengar apatahlah lagi menyertai… rakan-rakanku juga tak sanggup, member ku di kampong jugak tak sanggup…. Semakin lagu rasis ini didendang selagi itu terasa muak, jijik, hina, menyampah, benci, meluap, ingin mencarut kepada Be End terutamanya umno a.k.a ameno. Sejujurnya, aku lebiih rela meliwat saiful kali kedua selepas anwar (kononnya) daripada bersama perjuangan rasis ini. Meliwat mendatangkan nikmat dahsyat manakala rasis hanya merosakkan jiwa dan keamanan Negara. Pilihan adalah untuk anda semua samaada untuk memilih aman atau tidak aman. Samaada untuk memilih jalan kehidopan yang berhati aman sentosa atau hati yang penuh ragu tidak tenteram dan dibelenggu dengan paranoid gila.
Jadi, untuk menjamin keamanan Negara, jauhkan diri anda dari rasis a.k.a perkauman ini. Beradalah pada landasan reality bahwa kita semua sekarang sudah lima puluh tahun merdeka, beradalah pada landasan reality bahwa kita sama-sama perlu jaga diri masing-masing, perlu jaga anak bini, perlu jaga pakwe awek, perlu jaga lelaki-leki simpanan mahupun jaga perempuan-perempuan simpanan masing-masing.
Aku menyedari rupa-rupanya aku berada dalam kelompok bangsa Melayu berketurunan Bugis dan jawa dan sedikit banjar, walau apapun status melayu aku, ku tetap perlu cari makan…Kerajaan Be End atau Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya mengurus harta-harta ku, harta2 mak abah aku, harta2 datuk dan nenek moyang aku, harta kawan2 aku yang melayu, yang banjar, yang minang yang cina, yang india, yang kristian, yang islam, yang free thinker, yang buddha yang hindu yang islam liberal, yang atheis yang sikh yang animisme yang ada dua agama yang gay yang lesbian maupun yang khunsa, juga mengurus harta negara dengan minyak yang bertambun yang mana kami beri melalui cukai yang kami bagi untuk membeli bawang merah, beras cap rambutan, air tongkat ali, rokok dunhil 14, Carlsberg dan coke, chivas dan the tarik. Cukai juga diberi kepada kerajaan melalui hotel2 mahal dan hotel2 murah yang sesetengahnya maju kerana aktiviti persundalan yang hebat lagi aktif. Malah duit2 cukai dari cina yang membela babi juga diberikan kepada kerajaan untuk diuruskan.
Maka, kerajaan pusat maupun negeri perlulah sedar bahwa tanpa semua ini mereka takkan mampu untuk membeli mecerdes ataupun V6 yang banyak masalah tu. Apapun pegangan ideology anda, kesimpulannya ialah rasis is not the best way to describe us now. Dan untuk pengetahuan anda, antara parti politik yang memegang idea penjajah melalui konsep pecah dan perintah serta berbaur rasis ini ialah UMNO, MCA dan MIC. Apapun sama-samalah kita ikrarkan bahawa we are Malaysians and proud to be Malaysians! Hidup anak bangsa Malaysia!!! Hafiz http://www.universalkita.com
Excuse my ignorance.. I don’t understand Arabic. What is mukabalah? Is it the act of tightening your neck tie so as to stop oxygen flowing to the brain? like what nasharudin mat isa seems to be doing of late. Pakai neck-tie konon! nik aziz pakai serban dan kain pelikat, but he’s not narrow minded like nasha.
http://w2.malaysia-today.net/content/view/10433/84/
Kapal Sign sudah mempersoalkan pendirian PAS.
[...] Baca Cetak Edar 28 Julai 2008 Nik Abduh: Politik Damai Nik Abduh: hidangkanku secangkir kopi panas Maghfirah: Pas Tidak Pernah Menggadaikan Prinsip! Saifudin: Surat Terbuka Untuk Pimpinan Pakatan Rakyat Cikgu Nuri: ANTARA MUQABALAH DAN MUZAKARAH KelantanKini: Anwar bimbang ’sample’ DNA dimanipulasi JiwoKelate: Muqabalah sambil minum kopi Pemimpin PAS-Umno kickdefella: Dollah Bakal Berdepan Dengan Muka-Muka Balah Di Pintu Hadapan [...]
itulah sikap angkuh DAP..sesungguhnya PAS tidak cepat melatah dengan tikaman dari DAP…
tu la angkuhnya DAP..tanpa DAP pun PAS masing blh berjuang demi menegakkan ISLAM bkn PR seperti yang dicanang2kan oleh DAP LAKNATULLAH
Sheik,
Karpal Sing?????..Dia orang tua, mudah merajuk macam kawan depa Che Det… Tak pa lah..nanti Mat Sabu cerita tentang Mukabalah tu dengan Karpal Sing dia orang kan Roomate masa kat Kemunting dulu..Lepas tu senyap la…
Ni ..kira media arus perdana yang dok kalut buat cerita untuk pecah blahkan Pakatan Rakyat…biaq la noooo…ToK Guru Nik Aziz ada berkias supaya Ahli UMNO masuk Pas kalau betul nak perjuangkan hak islam dan melayu dengan mengatakan takan Orang UMNO nak masuk PAS, jadi kenalah dua dua parti dibubarkan dan tubuh parti yang Berteraskan ISLAM macam PAS…..kira samalah UMNO masuk pas..hehehehhe..betul tak?
Wassalam Shiek..
apa2 yang berlaku jangan salahkan rakan2 PR… mereka ikhlas dan jelas… PAS perlulah jelas. Rasanya tok guru dah jelaskan… presiden pun dah jelaskan bahawa pendirian PAS adalah bersama PR….
Akan tetapi, dalam hal muzakarah dan mukabalah…. bagi saya ia 2 x 5=sama aja…. jadi tak perlu..TAK PERLULAH JUMPA SAMA SEKALI WALAUPUN UNTUK BINCANG SOAL AGAMA…. oooo dulu UMNO taknak bincang… sekarang mau bincang pulak…
Nampak sesangat. Terang lagi bersuluh bahawa UMNO sedang menjerat pas… mungkin walaupun percubaan mereka ini tak berjaya, TETAPI IA TELAH MENCACATKAN IMEJ PAS DI MATA RAKAN2 YANG LAIN. Kasihan PKR dan DAP…lagi kasihan kepada PAS yang bersusah payah dalam PRU yang lepas… alih2 nak ‘join’ , muzakarah tajaan UMNO….. apa PAS dah lupa dengan segala fitnah, mehnah dan tribulasi sepanjang perjuangan mereka, dah lupa amanat itu, dah lupa akan memali!!? Usah tanya Nasharudin atau Haji Hadi……. saya no komen kat diaorang lagi…dan kalaulah ada wala’ saya, itu hanya kepada Tok Guru Nik Aziz…….
PAS kena patah balik….kukuhkan Pakatan Rakyat… kembalikan keyakinan DAP dan PKR… kita kena bersatu…. Ayoh Jatuhkan Be End bersama-sama!!!