Ana-Anta Terliwat Di Jalan Bellamy

22 07 2008

Mengapa PAS dan UMNO mahu hidup berdua dan mati bersama? Jawapannya ialah demi Islam dan demi Melayu. Tetapi itu semua hanya akademik sahaja, sedangkan agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Abdullah dan Najib akan mendapat bantuan hayat dan gagah semula lantaran menamatkan kritikan ke atas kepimpinannya dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Lantas bibit-bibit awal itu sudah menekan kudrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk berkata, “Saya tidak akan bercakap pasal Muzakarah lagi selepas hari ini.”

Sebelum itu Nik Aziz berkata, sebarang muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera dan jika tidak, PAS akan berpecah belah.

Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah? Selama manakah Melayu dan Islam akan bertahan dibawah kepimpinan yang lemah.

Kalau begitu banyak masa terluang untuk muzakarah maka bermuzakarah sahaja dengan PKR dan DAP tentang konsep pentadbiran negara Islam. Mengapa tidak diterangkan dengan jelas betapa agungnya dan betapa adilnya pentadbiran berlandaskan Islam. Bukankah itu dakwah yang lebih hebat?

Dan PAS juga boleh mendengar konsep keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh DAP. Kemudian satu titik tengah boleh dicapai.

Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.

Sebaliknya, mayat penyokong PAS yang dilangkah tetapi bukan oleh DAP tetapi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. Saki baki kabinet zaman Memali masih lagi didalam kerajaan hari ini. Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Samad dan Rais Yatim antara mereka yang mempertahankan Musa Hitam menyembelih manusia PAS dan Islam di Memali. Musa Hitam hari ini masih sahabat baik Abdullah. Pada mereka masih tercalit setitis dua darah suci Arwah Ibrahim Libya.

Ada buku yang boleh ditutup tetapi sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional enggan menutup buku kepada Chin Peng dengan alasan terlalu banyak kezaliman yang dilakukan oleh Gerila Parti Komunis Malaya begitu juga buku tragedi di Utara tidak harus ditutup.

Jika Kerajaan Abdullah boleh membayar pampasan kepada bekas-bekas hakim yang selepas dilucutkan jawatannya masih menerima pencen dan lain-lain imbuhan, seharusnya Kerajaan Abdullah dan UMNO wajib memohon maaf ke atas segala pembuhunan dan penghinaan terhadap mereka yang gugur di Memali secara terbuka.

Fail ke atas Musa Hitam harus dibuka dan segala apa yang berlaku sehingga keputusan menamatkan riwayat mereka di Memali perlu menjadi pengetahuan umum.

Kemudian boleh pintu hadapan diguna untuk bermuzakarah. Tetapi UMNO tidak perlu bermuzakarah dengan PAS, sebaliknya UMNO perlu bermuzakarah dengan setiap rakyat Malaysia menerusi pintu hadapan.

UMNO telah ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu semenjak 1946 lagi. UMNO telah menjadi teraju pemerintahan semenjak 1955 lagi dan bermula 1957, hingga ke hari ini, Perdana Menteri Malaysia adalah orang Melayu dari Parti UMNO. Semenjak sekian lama, Menteri Pelajaran/Pendidikan juga orang Melayu dari Barisan Nasional. Bahkan sejak beberapa dekad yang lalu Menteri Kewangan Malaysia juga orang UMNO.

Kalau UMNO mendakwa mereka adalah penyebab kejayaan orang Melayu untuk beberapa tempoh selepas perlaksanaan DEB, UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap polemik orang Melayu lewat kini. Orang Melayu tidak lemah kerana Perdana Menteri Malaysia bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak lemah kerana parti yang menjadi teras kerajaan bukan Parti Nasionalis Melayu.

Kalau dianggap orang Melayu hari ini masih lemah dan berpecah belah, maka sebab musababnya hanya ditangan Parti Melayu yang telah meliwat bangsanya sendiri untuk kepentingan peribadi.

Sebagai teras kepada Barisan Nasional, UMNO juga harus merasa bertangungjawab mengapa majoriti orang-orang bukan Melayu menolak BN dan sanggup mengundi Parti Islam di dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap undi-undi orang Melayu yang telah lari kepada PKR dan DAP.

Abdullah telah semakin tergugat sehinggakan terpaksa menyusun strategi pertahanan dengan mengumumkan pelan pengundurannya sendiri dari kemuncak kepimpinan partinya.

Akhirnya, Abdullah dan rakan sejenayah dengannya, Najib Razak telah menemui keldai itu. Maka, apakah keldai itu akan membiarkan dirinya ditonggang dan ditonggeng untuk kepentingan peribadi. Maka akan jadikah keldai itu seperti kondom yang digunakan untuk menyelamatkan Abdullah dan Najib dari lemah daya tahan politik?

Setelah kondom itu dipakai dan setelah Abdullah dan Najib berjaya mendapat kepuasan sambil memperkukuhkan daya tahan karier politik mereka, kondom itu akan dicampakkan sahaja ke tepi longkang dan berakhirlah kepentingannya. Maka kondom itu hanya akan dikebumikan oleh semut-semut sedang kerengga rancak mendaki puncak.

Selepas itu ada lagikah cakap-cakap Melayu dan cakap-cakap Islam? Tidak, sebab sejarah mengajar kita bahawa pemimpin UMNO tidak akan bercakap soal Melayu dan soal Islam sewaktu mereka senang. Didalam kamus politik UMNO, masa untuk berasmara dengan Melayu dan Islam hanyalah apabila mereka sudah tidak laku dipasaran pelacuran politik mereka.


Actions

Information

58 responses

22 07 2008
faizal

saya ada menjalankan sedikit survey berkenaan perkara ini di sini:

http://fullfilth.blogspot.com/2008/07/muzakarah-antara-pas-umno-pollsurvey.html

22 07 2008
Kecewa

My respect to Nasharudin Mat Isa going down badly. I feel very upset on behalf of people in Kelantan. Against TG Nik Aziz, what for you stay in Kelantan? That day you would like to sue Penarik Beca because of half true story, now please sue him. Why do you wait?
Then why do you meet paklah without Syura permission and yet ask syura to endorse your meeting?

22 07 2008
electrocutioner

UMNO perlu bermuhabalah dengan PAS.

22 07 2008
iswarahijau

bro,
jgn dipersendakan sgt niat TG Hadi Awang dan Dewan Ulama PAS. Mereka kan antara ulama muktabar dlm PAS,mungkin dia tahu apa yg golongan muda dan liberal dalam PAS yg tak tahu.PAS bukan parti NIk Aziz dan husam seorang.
aku tak pernah ketinggalan mengikuti blog anda, yg dpt aku simpulkan anda setuju pula apabila Tengku Razaleigh bercadang utk menyatukan Melayu PAS-Melayu UMNO apabila beliau naik jadi presiden umno.Tapi bila Paklah buat benda yg sama,kenapa anda tak setuju?
mungkinkah boss anda yg baju petak2 merah tu tak setuju sebab beliau ada agenda peribadi sendiri? mungkinkah beliau dijanjikan jawatan penting dlm kabinet DSAI sebagaimana Nasharudin dijanjikan kononnya jawatan TPM ke 2 oleh umno? Hairan juga dgn telatah sesetengah pemimpin PAS yg bermatian2 mempertahankan DSAI seolah2 beliau presiden PAS tapi berdiam diri apabila TG Hadi awang dipelagakan dgn TG Nik Aziz?

22 07 2008
OSH

Bro,
Satu entry yang keras.
But I totally agree with you!

22 07 2008
river

kenapa harus PAS merasa dipecahbelahkan oleh Pak Lah sekiranya mereka rasa PAS adalah parti yang kuat?.kenapa setiap perkara yang dibuat oleh Pak Lah sering dipandang serong?.umno dan pas ingin bermuzhakarah demi kepentingan orang melayu dan islam dan dap tiada kena mengena.ataupun mungkin belum tiba lagi dap untuk bermuzhakarah.

saya bukan pemuja umno.saya bukan pemuja pas.

saya pasti umno dan pas ada salah silap masing-masing kerana kita semua hanya manusia biasa.maising-masing mahu menyerlahkan baik mereka dan buruk mereka ingin disembunyikan.tapi perkara yang baik seperti muzhakarah rasanya elok disokong tetapi sikap berhati-hati perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak agar tiada insiden “kondom yang dibuang setelah diguna”.kita jangan mengaburi mata kita dengan kebencian hingga buta akan kebaikan.

22 07 2008
sukj

Salam brader,

1. Dalam mana-mana parti politik, pastinya ada 2 puak. Satu puak benar-benar mahu mengukuhkan parti dan satu puak lagi mahu melingkupkan parti.

2. Begitu juga dalam mana-mana parti, pasti ada duri dalam daging atau musuh dalam selimut.

3. Nak tahu duri dalam daging parti PAS sila kunjungi blog saya:

http://suarasukj.blogspot.com

22 07 2008
Kecewa

Iswarahijau,
Do you know that Dato’ Muhamad Daud Iraqi did not realised about the meeting. But you said Dewan Ulama’ agree…
TG Hadi in his statement just for damage control only.
The issues is not on Muzakarah. But the issues is on amanah given by the voters. If they would like to joint UMNO, then say it out before the election. So the rakyat will make a choice.

22 07 2008
bumi non malay

Aik…. Memali kena minta maaf….??

Macam mana pulak Mei 13, Kg Medan dan percubaan GENOCIDE Penan??

Kuala Trengganu??

Bukan Islam yang Salah…hanya penganutnya yang tak tahu macam mana nak kawal perangai mereka. Apa guna Syriah?? lebih baik gugurkan Syriah….Agama lain pun tak payah ada makahmah agama mereka sendiri, jesturu itu, tauladan mereka pun lebih baik dan memuaskan. Yang Hina Islam adalah UMNO-PAS…maka Islam mereka itu Jenis CULT…tak betul dan tulin….Reject lah mereka & hormati Hak Kebebasan beragama!!

22 07 2008
Cerek Kopi

Saudara Sheih berkata: “Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah?”

Adakah Sheih setuju pula dengan kerjasama dan muafakat antara PAS dan UMNO sekiranya pemimpin Barisan bukan Abdullah Badawi, tetapi adalah Tengku Razaleigh, misalnya?

Maaf, tapi pada pandangan hang, pendirian Sheih mengenai isu ini macam kurang jelas, seolah-olah PAS boleh tinggalkan Pakatan Rakyat sekiranya UMNO tu ada pemimpin baru yang gagah atau kuat.

22 07 2008
sobri sudin

Hakikatnya, TG Haji Hadi, Nasharuddin Mat Isa teringinkan jawatan. Lewat dua dekad lampau UMNO jarang fikirkan tentang kepentingan Islam/Melayu. PAS jangan jadi mangsa dua kali dan jangan khianati amanah rakyat. Undi yang diberi oleh Ah Kau, Ramasamy, Ali, Suparman, dan Karamsak dalam PRU ke-12 lalu, kerana UMNO dan komponen BN gagal membela nasib mereka, sebaliknya hanya menjaga kawan rakan dan kaum keluarga sahaja. Tahniah BRO, saya setuju benar dengan pandangan anda, susah nak tarbiyahkan ahli dan segelintir pemimpin PAS yang masih jumud. Sebahagian kecil ulama dalam PAS pula hanyalah bertaraf ulama PAS bukannya ulama umat Islam seperti mana Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

22 07 2008
Bob

Hakikatnya parti politik di Malaysia biar BN mahupun PR banyak dihuni oportunis yang cuma menunggu masa yang sesuai untuk menikam tuan agar diri, keluarga serta kroni hidup mewah.

Jika harganya betul, maruah pun bisa dijual beli. Bukan senang hendak menemukan golongan yang tidak mudah terpengaruh oleh wang dan kuasa.

22 07 2008
zorrokelate

Kpd ahli2 jemaah nasihat saya ialah sekira anda sudah berbaiah maka ikut sajalah keputusan pemimpin.

Kpd pemimpin2 nasihat saya ialah “Do not be the supporting actor” where you will always be second best. The public perception is that you have talked to UMNO. What about or what was agreed is not the issue here. It is the damaging perception that you are willing to jump ship if a better alternative comes along. Whether it is true or not is not relevant now. Only the perception is enough. It’s the classic ploy of divide and rule by UMNO. So be careful.

I just wish the best

22 07 2008
Kemuning

Kalau Umno jujur kerjasama ini patutlah disokong. Malangnya Umno tetap Umno. Dalam hal ni, jelas Umno sedang mempergunakan Pas. Cuba fikir kenapa Abdullah buat announcement ini dan dapat front page coverage di semua akhbar utama. Dengan satu announcement saja, Pakatan Rakyat jadi carca marba. Pas nampak berpecah dan PKR/DAP jadi suspicious kat PAS. Jelas sekali yang Umno/Abdullah tak jujur. Jadi Pas tolonglah jangan jadi balaci Umno.

22 07 2008
lanhadi

Sdra Sheikh, idea sdra baik, tapi sebolehnya menggunakan bahasa yang agak baik,sesuai dengan perbincangan yang lebih islamik-lagipun blog sudah menjadi tatapan awam bukan lagi elit tertentu. Soal muzakarah-perbincangan akan menjadi hangat dalam minggu2 mendatang- kesannya pimpinan PAS bercanggah sesama sendiri- ada yang bertungkus lumus menerangkan kepada kem masing-masing- dari segi impact politik-nyawa UMNO dapat diperpanjangkan lagi kerana PAS tidak punya masa untuk melihat mereka, apalagi untuk mengkritik,.apalagi Sdra Anwar di sibukan isu liwat,.Saya fikir think tank PAS, baik yg berada di UK, mahupun di KL, belum mampu berlawan dengan intelektual UMNO dalam isu ini. Andaikata muzakarah tak dijalankan pun UMNO sudah menang sekarang, kerana pengundi bkn Islam semakin jauh akibat isu ini. Ada setengah sarjana berhujah, ketakutan UMNO kepada PAS apabila masyarakat bkn Islam mula menghampiri parti Burhanuddin Helmi itu,.Ini lah yang cuba di buat sekarang. Soal hubungan PAS dan DAP, penglabelan liberal-ulamak-konservatif dalam PAS ( spt yang ditulis oleh pengomen lain ), blh dibincangkan dalam forum lain dan sy yakin blh diselesaikan pun.

22 07 2008
budakjb

Suatu ketika dahulu, PAS berjuang menubuhkan negara (err bukan hanya negeri) ISLAM. Suatu ketika dahulu juga panglima DAP melaungkan kata-kata, “Langkah mayat dia dahulu kalau PAS ingin menubuhkan negara (err bukan negeri lagi) ISLAM”. Kita perjuangan PAS untuk menubuhkan pemerintahan ISLAM hanya berpusat di Kelantan dan Terengganu. Di negeri lain, pemerintahan ISLAM tidak penting, kerana lebih hati dan perasaan DAP lagi penting dari pemerintahan ISLAM.

Sheikh kata DAP tak langkahpun mayat orang PAS bila PAS laksanakan pentadbiran Islam di Kelantan!! Hahahaha what’s a joke! Saya cabar PAS melaksanakan pentadbiran Islam di Perak? Kita tengok siapa langkah siapa! Kenapa tidak PAS Selangor berjihad untuk melaksanakan pemerintahan Islam di Selangor, since PKR dah takluki negeri itu? How about Kedah? Hmmm… Penang? Cubalah! Bila lagi nak tutup kilang arak di Selangor? (oppss terlupa, arak orang kafir minum, bukan orang Islam, so tak pe lah ye… tapi masa BN memerintah? )

Please, don’t be hypocrite. Perjuangan PAS has nothing to do with ISLAM! It’s just politics, and you guys are using Islam for political gains!

22 07 2008
22 07 2008
sani

saya bersetuju dgn saranan TGNA agar isu ini dibincangkan masa muktamar nanti. kata putus dari sana nanti akan kita tau pandangan ahli2 PAS seluruhannya. sapa2 yg kena spedoooo nanti adalah satu kenikmatan yg perlu dirasai krn kalu dok dlm umno laknat, depa sentiasa kena pujian pantun biar pun lemah tak berperibadi,…resolusi masa muktamar nanti jadilah panduan…bila ahli2 dah cakap kena ikut le…itu lah PAS dulu & selama2nya…JADI TAK PAYAH LE NAK KECOH2, BACA BOLEH LE CITE PSL tertemuan TU

22 07 2008
razi

atau mungkinkah PAS yg tgh gunakan UMNO utk ‘kirim salam’ dan gentle reminder to fellow pakatan rakyat DAP & PKR yg PAS masih lagi PAS yg dulu kala? dan PAS tak akan berkompromi dgn pendekatan agresif oleh sesetengah YB DAP & PKR dlm memperjuangkan liberalisme, pluralisme etc? I felt it is not Karpal, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng yg meremangkan bulu roma PAS, it cud be the new blood ie Ronnie, Theresa, Xavier etc. Just my humble opinion

22 07 2008
Pakcucing

……dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu. Bukan begitu Tuan Syed.
……dan PAS akan berterabor seperti Najis kena kipas…Atau PAS akan berterbangan seperti taik yang di lumurkan dan dilumorkan kepada sebaldi belalang…….Belalang terbang mencari padang…najis terbang mencari hidung belang…..

22 07 2008
z-man

Iswarahijau,

Haji Hadi has claimed, Majlis Syura Ulama PAS agrees to the meetings between Pak Lah and few people from PAS. And yet, Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS by the way), I supposed part of Majlis Syura Ulama PAS did not realized about these meetings. Seriously, now Pak Lah managed to divert attention from people to talk about his transition plan (which may not materialized at all) to this unnecessary discussions between Pak Lah and few people from PAS.

I fully agree with you Iswarahijau, PAS is not all about Tok Guru Nik Aziz alone, but without his courage, leadership by example, charismatic and you name others… PAS will not able to helm Kelantan for 18 years, I repeat.. 18 years dude! With all machineries UMNO has (legals and illegals), it is not an easy jobs to defend Kelantan from one election to another. Because of this alone, I will all the way be with Tok Guru Nik Aziz.

And Bro Iswarahijau, I am not trying to pict Tuan Guru Haji Hadi and Tok Guru Nik Aziz strength, but Haji Hadi was not even able to defend his state. He LOST the Terengganu government and he was once Menteri Besar. I understand it was ‘ketentuan ALLAH’ that he lost, but it also shows how weak he is as a leader. Yes, you may think, Haji Hadi lost Terengganu due to all dirty tactics done by BN, but do you think BN have steamrolling dirty tactics only in Terengganu not in Kelantan, I guess not? Even with attacks in all directions from UMNO/BN, ALLAH ‘makbulkan doa’ Tok Guru Nik Aziz for PAS to keep governing Kelantan.

Anyway Bro Iswarahijau, I still have a respect to Tuan Guru Haji Hadi, but I do not understand ‘what the heck’ he and his team taking this step at this time. I could not think of other benefits for these meetings between Pak Lah and few people from PAS other than giving extra mileage to Mr. Sleepy PM.

22 07 2008
kluangman

Dolah memang hebat dalam ertikata ‘berpolitik’.. umpama durian (UMNO) dengan timun (PAS), digolek atau kena golek, sama sahaja. Ikhlas atau tidak, ini politik beb…sejak bila pula ramai yang berpendapat muzakarah ini ikhlas, macam tak logik dan tak faham faham politik sahaja… Politik itu sudah kotor, hatta politik PAS pun kotor, cuma yang mengimbangkannya ialah Islam, manusia di dalamnya lebih dari firaun pun ada…sebab itu selain malaikat, jin pun pernah membantu PAS menang pilihanraya.

Apa yang Pak Sheih tulis memang dah jelas, cantik dan nyata dari buah fikirannya sebagai seorang penulis siasah. Soal dia mempunyai sokongan kepada Ku Li atau seumpamanya adalah lumrah dalam percaturan politik yang menuju kepada keadaan yang lebih baik dari yang lemah.

Rekod Dolah dengan sendirinya menunjukkan ‘dia tidak boleh dipercayai’ dalam memberi janji dan membuat keputusan hinggakan ada sebahagian keputusannya mampu di ubah oleh anak menantunya. Apakah Hadi Awang tidak terffikir bahawa di belakang Dolah ada jembalang dan pelesit yang cukup ‘power’ mencatur segalanya sehinggakan Hj Hadi sanggup menghantar 3 ekor lembu yang cukup gemuk untuk disembelehkan.

Kalau PAS mahu kekal, sihat dan comel, hentikanlah muzakarah yang ikhlas atau yang tidak ikhlas, kerana sekadar berbangsa Melayu dan taksub kepada Melayu tidak menjamin masuk syurga.

Apa yang diperjuangkanlah ialah kesinambungan Islam dalam bentuk kehebatan politik, ekonomi dan sebagainya secara global dan bukan di Malaysia sahaja. Jangan ikatkan diri dengan masalah UMNO yang sudah tidak relevan itu. Bermuzakarah dengan Israel mencari kedamaian di Palestin adalah seribu kali lebih baik daripada bermuzakarah dengan UMNO.

22 07 2008
saoandco

Aduh brother, saya melalui satu jalan yang semakin sempit, dan didepan itu ada jam, traffic jam, saya kena tunggu supaya satu demi satu keluar kedepan, atau apa kata kita undur kebelakang. Jalan ke Gua Musang ada banyak, satu dari Cameron Highlands, satu dari Kuala Kangsar, kedua dua melalui Jeli.

Yang mana satu bang!

22 07 2008
master

Geram saya baca articel ini. Syabas Kickdafella ! Well said. Kita jangan jadi pelacur politik. Sampai bila mahu ditunggang dan ditoggeng? Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. Nik Aziz is the most logical and reasonable person in PAS. Syabas !

Penyokong PAS sekarang, esok lusa belum tentu lagi ..

22 07 2008
BobSam

Congratulations! a very hard hitting, soul displaying piece of writing.
I hear your cry. I hope you hear mine too.

Listening to you & RPK, I went out of the way, 2 convince people to vote for PAS and not their perennial favorites, BN. They listened and they voted.

I hope PAS Baru of Hadi does not make me regret my action of late February / early March.

22 07 2008
kerajaan.rakyat

Alhamdulilah. Tahniah.

Satu penulisan berani yang hebat!!.

Allahuakbar !!!

22 07 2008
chairman

yesss…go sheikh go…
maka isu minyak tengelam begitu saja…idop pak lah!!!

22 07 2008
durian ayer lanas

kenapa susah nak percaya pd umno?

1. hari ini cakap parlimen belum bubar, esok dia bubar.

2. sebelum election ckp minyak tak naik, 2-3 bulan lps election, harga petrol naik (oh ya .. harga petrol dunia turun skrg ini, adakah harga di malaysia juga turun)

3. hari ini cakap tak kenal saiful, kemudian cakap saiful datang jumpa, jumpa dekat rumah lagi…

4. hari ini cakap kepentingan Islam dan melayu? Sejak bila Umno serius perjuangkan melayu dan Islam?

5. hari ini cakap nak muzakarah tanpa syarat kepada Pas, syarat apa? Mesyuarat/muzakarah apa tanpa syarat?

6. Pas bukan parti mewakili orang Melayu, Pas ialah parti yang memperjuangkan Islam yang dianggotai oleh orang melayu Islam, Cina Islam, Indian Islam dan lain2 bangsa yang Islam.

7. Jika Umno nak bermuzakarah, umno perlu muzakarah dengan rakyat MELAYU bukan muzakarah dgn Pas yg mendukung agenda ‘for all’.

8. Apa kata semua YB-YB umno mulakan muzakarah terbuka dengan semua orang Melayu di tempat masing-masing. Saya percaya itu lebih berkesan, terbuka dan efektif.

9. Kepada semua orang melayu – elok buat jemputan terbuka kepada YB-YB umno yang mewakili kaum melayu. Lagipun masalah orang melayu-Islam di setiap tempat berbeza-beza.

10. Kalau muzakarah Pas-Umno pun apa hasilnya, PakLah kata dia kemukakan muzakarah tanpa syarat. Dia nak ikut tak nak ikut, apa hasil muzakarah, itu dia punya suka.

22 07 2008
jeffri

Mengapa Husam Musa dengan mudah melemparkan tuduhan bahawa Pak lah sebagai menabur benih perpecahan dalam PAS? Tidakkah beliau terfikir jika PAS berpecah adalah disebabkan tiadanya persefahaman antara pemimpin peringkat tertinggi dalam PAS sendiri. Bukannya Pak Lah penyebabnya. Salahkah Pak Lah dengan hanya membuat kenyataan bahawa pernah berjumpa dengan PAS sebanyak 3x? Kenapa sempit sangat pemikiran beliau? Suka sangat menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan sendiri tak nampak…

22 07 2008
Mohammad

Janganlah PAS tak ingat siapa Pak Lah pulak tu.

Bukankah dia pengasas Mazhab Hadhari! Nak muzakarah buat apa dengan orang yang begitu berani telah menerbitkan mazhab baru untuk diikuti oleh Masyarakat Melayu di Malaysia.

Saya peliklah takkanlah begitu banyak ustaz-ustaz dalam Pas nak duk senyap saja.

22 07 2008
Piggy Singh

Should there be any room for muzakarah with PKR and DAP regarding Islamic principles, let’s do it now before Anwar “BECOMES” prime minister on the 16th of September, set the proper direction before sailing in an ocean continuously hit by turbulence.
Let’s see the reaction and response from the handsome Punjabi asshole lawyer Karpal Singh. Definitely he doesn’t care how PAS governs Kelantan as he does not live there. However try to implement in Penang, it should not have much trouble as the “caliph” Guan Eng is in power.
As I mentioned in previous posting, who cares if UMNO is fading, let them dig their own grave. But bro Sheih, what makes you think PAS will be treated better under the regime of Anwar. Form what I see, at this very moment PKR and DAP are riding high on PAS kaldai.

22 07 2008
izzatdin

Benda2 macam ni sudah dimainkan menjadi agenda politik sesetengah pihak. Bermuzakarah satu langkah yang agak baik untuk kebaikan bersama. Tapi ada saja yang cakap ini semua bertujuan untuk menyelamatkan Pak Lah dan menjatuhkan PAS. Jangan terlalu negatif dan berasa curiga tolak ketepi seketika perbezaan fahaman politik.

22 07 2008
Ir. hydir

PAS mempunyai dasar yg jelas…dasarnya Islam. UMNO dasarnya jelas … dasarnya Nasional Melayu. Dua perkara ini tak boleh bertemu melainkan salah satu pihak bersedia untuk mengikut dasar pihak yg lain. Masa kini dan masa akan datang adalah masa Islam…bukan masa untuk nasionalis dan bangsa semata-mata. Yakinlah pada Islam dan pihak2 yg mempunyai dasar yg jelas.

Pertemuan ini mungkin ada hikmah di sebaliknya. semoga Allah lindungi kita daripada Fitnah dunia dan perkara2 yg kita tak ketahui di sebaliknya.!

22 07 2008
Conspiracy Theorist

Bros,

Nuting is gonna happen on d muzakarah as it is only a polital game.. I salute dos dat is trying to bring PAS bac into d govt..demi perpaduan bangsa & agama apa salah nya.. yg saya nampak cuma silap nya time PLah jd PM… why not stop d muzakarah or put out a condition if UMNO wants to hold d muzakarah dey have to get PLah ousted & elect DS Najib as caretaker PM till UMNO election, den on election we choose YM Ku Li as PM( for 1 term to stabilize d economy & reform UMNO).. frm my observation & info dis is all a political ploy to show to DAP & PKR who has d major support… if PAS decide to abandon ship den PR will collaspe so PR shud respect PAS as it is malay dominant.. I gess dis is to teach d DAP & bro AnWar dat dey shud not take tings for granted.. PAS is using a tactic to sent a msg to DAP & PKR to show dem dat PAS is relevant in d coalition n PKR DAP shud reconsider deir outcry on d DEB n Scocial Contract wch is necessary till we hav achieve d relevant percentage of wealth distribution… BN has manage to rule peacefully so we cant change d govt but we need to reform d govt.. throw out d corrupted leaders..PAS shud remain d opposition to bring check n balance for a gud governance… reason is bcoz dey claim to b an islamic party & but yet hav majority members frm d Malays.. i mite be wrong in my observation bro, but as an outsider i feel we jst need to reform UMNO n d govt… wat can I say..heheh..(,”)

SAY NO TO NWO!!

p.s. bro, jgn la salahkan PAS & UMNO tetapi salahkan PKR & bro AnWar dgn cara dia..baru menang 5 state tp dah threaten bangsa Melayu sendiri dgn bgtau nak hapus DEB & sosial kontrak..kilang babi punya issue, duit koleksi masuk PKR.. kabar angin che gu bard masuk KDEB n bla..bla..bla… so rakyat mula pikiaq camtu baik bagi BN sebab dh tau dah..ni bg PR pun nampak cam sama so takut2 jd lagi teruk ada la..(“,)

22 07 2008
Hamba Allah

Salam untuk semua peminat blog.

Tok Guru Nik Aziz pernah sebut dengan syaitan pun kita berkawan………. Pada suatu waktu dulu………….INGAT kan???

OK lah kita katakan UMNO itu, jahat, laknak, Syaitan………… JAdi apa masaalahnya setakat nak bermuzakarah dengan Syaitan jenis UMNO. Yang nyatanya ada ahlinya yang pandai mengucap???

Kawan, kita semua kena ingat PAS adalah gerakan Dakwah. Kerja dakwah bukan hanya berlegar dalam kandang kita sahaja. Ketika UMNO sedang nazak inilah masa terbaik untuk kita membisikan ditelinganya, mengucap….. Mesti dekatkan mulut dengan telinga.

Mana mungkin nak ajar menyebut syahadah dengan jarak yang jauh……… tak betul tu. Apabila bermuzakarah sudah tentu masing-masing mengendurkan kepanasan politik. Suasana lebih kondusif. Kerajaan Pusat dah luluskan permit Harakah 2X seminggu. Pusat dah bersetuju bantu Sekolah Agama di Kelantan yang disekat semasa Dr. Mahathir dulu, tanpa apa-apa syarat.

DSAI juga pernah berjumpa dengan beberapa kerat pemimpin dari kalangan BN. Kita tidak dijadikan isu??. Munking kita jenis alahan BERMUZAKARAH tak boleh BERJUMPA ok. boleh???

jadikan kita semua hamba yang terpuji.

22 07 2008
MANTOYA03

Saya rasa kemana pun PAS masuk memang kena guna.Kalau tak mahu di guna keluar dari pakatan.Biar kena guna dengan UMNO daripada kena guna dengan DAP mengungtungkan bangsa lain.Pak Lah memang bodoh tapi Karpal lagi setan.Buat apa fikir pasal parti fikirlah pasal negara.Bincang untuk menemukan ” win win situation”.Kalau tidak jangan commit.Rasul pun duduk bincang dengan kafir.Islam konon tapi tak hayati.

22 07 2008
Bhumi

Saya bersetuju dengan artikel saudara walaupun pedas ada kebenaranya. Pada pandangan peribadi saya pemimpin PAS tidak harus menyembunyikan pertemuan dgn UMNO kepada ahli-ahlinya, malah kebanyakan pemimpin PAS yang lain tidak mengetahui pertemuan ini, hanya selepas didedahkan oleh Pak Lah barulah cerita menjadi hangat. Ini sudah tentu sedikit sebanyak menimbulkan rasa curiga. Dah jelas UMNO dah nak berkubur kenapa cuba diselamatkan nanti kita yang terkubur sekali.

Mengenai pemimpin UMNO yang lemah dan tak berkemampuan saya rasa kesalahan haruslah diletakkan kepada ahli-ahlinya yang kebanyakannya besikap bacul kerana masih memilih pemimpin yang juga bersikap bacul dan tak berguna.

22 07 2008
Hamid

Harus diingat bahwa keputusan PRY12 adalah undi rakyat. Jadi, janganlah PR cuba mendapat kuasa melalui tindakan lompat MP

22 07 2008
langkasuka

saya suka nasihatkan pemimpin pas jangan sekali-kali melepaskan anjing yang tersepit oleh kerana perkara sebegini sudah berlaku kepada pas pada masa yang lalu.

saya amat terharu dengan pendirian tuan haji nik aziz nik mat kerana ketegasan yang menyuruh dihentikan muzakarah pas umno disini kita buleh sanjung tinggi pendirian beliau – allah selamatkan tuan hj nik aziz nik mat.

22 07 2008
d a l

Muzakarah ialah bahasa Arab – maksudnya pertemuan atas tujuan memperingati tentang sesuatu. Jika tujuan utamanya ialah melayu dan Islam, maka subjek yg akan dihighlight dalam ‘muzakarah’ ini ialah peringatan tentang melayu / Islam, mungkin nak bincang isu2 berkaitan ttg ini samada dalam peruntukan perlembagaan, perlaksanaan dsb.

Jika tujuannya untuk Pas beritahu dan tegur Umno atas kezaliman, kenaikan harga minyak, ketidaktelusan, korupsi, kroni, etc. – maka kita boleh terima dengan senang hati.

Muzakarah bukan bermaksud ‘BERGABUNG DALAM SATU PAKATAN’ seperti yang difahami oleh ramai bahawa UMNO ajak PAS bergabung. Maka kita kena tanya balik Pak Lah, apa maknanya ‘Muzakarah’ tanpa syarat yang beliau duk jaja dalam negara?

Agaknya, apa org UMNO fikir, jika Pas ajak Umno bergabung dlm Pas dan terima agenda islam yang dibawa oleh Pas seperti yang biasa kita dengar pelawaan Tuan Guru Dato’ Nik aziz yang ajak Umno terima Islam yang Pas perjuangkan. Pelik pulak, kenyataan ini tak de pulak media BN manupulasi dalam berita mereka?

Kita juga kenalah juga tanya PAS, apa muzakarah yang pernah mrk laung-laungkan sebelum ini dalam ceramah-ceramah mrk. Malah mereka minta dibuat muzakarah secara langsung yg disaksikan oleh seluruh rakyat. So PAS kena terangkan makna ‘muzakarah’ yang mrk hendak. Dan apa syarat mereka, tidak pun apakah perkara yang ingin dimuzakarahkan dengan Umno.

Kita minta dua-dua pihak jelaskan. Media tolong jangan putarbelit. Dan kita sebagai rakyat Malaysia – Melayu/Islam – tuntut disenaraikan kalau ada ‘Apakah perkara-perkara yang Berkaitan dengan Melayu dan Islam’ yang ingin dibincangkan’.

23 07 2008
chepirates

allo,sume…..

nape pakat jadi bangang sangat dengan perkara yang kecik di besarkan ni…

cari Quran ‘RUJUK’…….Cari sirah-sirah ‘RUJUK’……jgn dok bermuzakarah pakai logik/akal yang cetek……..

AYAT AL-ANFAL 61-62……(JELAS,Kalau tak nak pakai same macam UMNO jgk lah kau orang sume)…..

ok cau dulu lah,

23 07 2008
Anak Malaysia

Syabas Pak Sheikh,

Satu ulasan yg tepat, ringkas dan padat! Peringatan terutamanya buat mereka2 dpd PAS. UMNO? Biar ajer si Luncai tu tenggelam bersama2 labu2nya….

Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan usia Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Without him, PAS telah lama hanyut dipukul ombak… Tuan Guru Haji Hadi? He might be knowledgeable, but his charisma is no where near to Tuan Guru Nik Aziz! Not even close! Apatah lagi pemimpin2 lain dlm PAS. Lebih baiklah PAS membuat “muhasabah” ttg kepimpinan barisan pelapis yg sedia ada skrg dpd membuang masa utk “muzakarah” dgn UMNO…

Rasa2nya, dpd membuang masa utk ber”muzakarah” dgn UMNO, lebih baik PAS ber”muzakarah” sesama sendiri dan rakan2 dlm PR. Masih banyak isu yg harus diperjelaskan. Masih bnyk cabaran yg harus di tempuhi. Masih banyak asas “groundwork” yg harus dilakukan bagi memecahkan sifat prejudis terhadap bangsa dan ugama yg disemai oleh UMNO buat sekian lama…

PAS harus “matured” dpd segi paradigma pemikiran, berfikir dan bertindak melalui cara yg penuh hikmah. Terutamanya utk tidak lagi “menari” mengikut rentak gendang tari UMNO yg cukup mengasyikkan setiap kali gendang dipukul. Sejarah dah membuktikan, UMNO has never been concerned about anything else except themselves! Jangan jadi BODOH, dan jangan sekali 2 masuk kedalam perangkap yg telah disediakan oleh UMNO bagi menguburkan PAS dan melonjakkan diri mereka kembali…

Sedarlah, ONCE and FOR ALL! UMNO hanyalah ibarat pelacur yg akan melacurkan apa saja; bangsa, ugama dan negara utk kepentingan peribadi! UMNO x berminat dgn org2 Melayu dan UMNO x berminat dgn ISLAM! Agenda ketuanan Melayu dan Islam hanyalah modal politik mereka utk kekal relevan hingga hari ini. Untuk diri mereka, keluarga mereka, anak beranak mereka, suku sakat mereka dan anak menantu mereka. Melayu yg lain? Layu ajerlah…

Belajarlah dpd sejarah, dan dpd kesilapan yg lalu…

Biarlah kita semua membentuk sebuah Malaysia baru yg benar2 adil dan saksama, yg Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk semua rakyat Malaysia, untuk diri kita sendiri dan untuk generasi anak2 kita semua…. dan pastinya, TANPA UMNO!

Semoga kita benar2 MERDEKA…

23 07 2008
creeps

Sheih,

Adakah ini isu yang meranjau jiwa seluruh rakyat malaysia? To me, it’s NOT!! Isu sebenar adalah ISU KENAIKAN HARGA MINYAK, AMENO & BEE END SWINDLERS, FIL & SIL etc. Sebagai bekas pembikin filem, saya rasa Bro lebih pakar untuk menilai hujung jatuhnya rentetan peristiwa ini yang seumpama sebuah filem yang penuh drama di tangan pengarah SIL untuk tutup isu sebenar, bermula dengan epik liwat, di susuli pula dengan Drama Minggu Ini, Sireh pulang ke Gagang.

23 07 2008
boy

Jika PAS berhajat untuk bergabung dengan UMNO, dengan kata lain Kerajaan Campuran, banyak perkara yang perlu dikaji dan diteliti. Sebelum ini, pada zaman Dato’ Asri PAS pernah bersama-sama dengan UMNO. Kita semua dah sedia maklum apakah natijahnya. Sebab itu segala bentuk kerjasama perlu dikaji dengan teliti.

Kalau setakat untuk jawatan TPM2, prisip dan agenda perjuangan serta harapan pengundi dalam pilihanraya lepas diabaikan, baik tak usah. Ingat, pemimpin UMNO di jahat. Kawan yang makan kawan. UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka. Kalau setakat TPM 2, apa boleh dilakukan?

Golongan muda hari ini begitu agresif menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS. Mereka melihat PAS satu wadah yang tepat untuk. Jangan sampai mereka menjauhi PAS akibat percaturan yang silap.

23 07 2008
jengok2

kepada para pemimpin2 pas yang terbaca komen ini,

jgn berkawan dengan munafik2. saya rasa pasti ada nas2 yang melarang kita berkawan dgn munafik. wahai khalifah2 pas, jgn paksa kami berpaling kearah parti yang lain asas perjuangannya. wahai pas sedarlah bahawa kaum bukan islam rela menyokong perjuangan islam ini berbanding perjuangan assabiyah..

23 07 2008
ramly

PERSAUDARAKAN ANSAR DAN MUJAHIRIN DI MADINAH NABI MUHAMMAD SAW AJAR KITA. ITU SUNNAH NABI. JANGAN TERLALU BERPOLITIK UNTUK KEPENTINGAN DIRI. ISLAM PERLU LETAK DI DEPAN. KALAU NAFSU DI DEPAN MAKA INILAH TABIAT BURUK YANG MENGALAHKAN ORANG PELESTIN KPD YAHUDI.

MARI IKUT SUNNAH NABI – MARI PERSAUDARAKAN UMNO DAN PAS. JANGAN TAKUT DGN DAP DAN PKR SEBAB MEREKA BELUM TENTU BOLEH SEMBAHYANG MAYAT KITA. BERJAWI PUN TIDAK KICKDEL… AMBILAH AKHTIBAL PALESTIN DAN YAHUDI. SINI PUN ADA YAHUDI BUKAN… YG NAK TENGOK ORG ISLAM BERGADUH DAN NEGARA INI AKAN DITAWAN MEREKA. MARILAH BERLAPANG DADA DAN FIKIRAN KERANA ALLAH.

PAS MODEN

23 07 2008
mehmeh...

bagi aku kalau pas nk baik ngan umno pegi mampos LAH! aku bukan kecewa tp menyesal termakan dakyah dan tipu muslihat dengar ceramah2 selama ni.. yang buat aku sokong pas pun org2 ni gak la.. yang tk bg aku sokong umno pun org ni gak la.. yang pakai kopiah ni gakla… mulai sekarang satu je pakai kopiah ke serban ke sume tk leh percaya! politik+dunia=jawatan. tkpe mampos korang la nk baik ngan umno ke apa.. aku dh malasnk l;ayan dh selama ni aku susah pun, kene tukar tempat keje pun bukan aku mintak ehsan korang pun… cuma aku mula terpikir aku nk redho ke tak duit yang aku bagi untuk derma jihad yang korang makan tu..

23 07 2008
nikaman

i am with you z-man,

btw sheih bole besarkan font sikit tak? kecik sgt la, org2 rabun susah nak baca.

Muzakarah? Hm muzakarah terbuka boley, apakata kalau kita buat muzakarah tapi bukan PAS-UMNO shj, kita buat muzakarah PR dgn BN, baru adil rite?

Masa tu nak bincang melayu,cina,india dan lain2 bangsa pun bole n please include sekali kaum org asli.

Muzakarah tertutup bole menimbulkan syak wasangka org terhadap kita. Niat betol tapi cara salah tetap salahkan?

And we do not need ISLAMIC label to form an Islamic state. Islam is about showing good example…

Malaysia for MALAYSIAN

23 07 2008
ziman

Sheikh,

:…Selepas itu ada lagikah cakap-cakap Melayu dan cakap-cakap Islam? Tidak, sebab sejarah mengajar kita bahawa pemimpin UMNO tidak akan bercakap soal Melayu dan soal Islam sewaktu mereka senang. Didalam kamus politik UMNO, masa untuk berasmara dengan Melayu dan Islam hanyalah apabila mereka sudah tidak laku dipasaran pelacuran politik mereka….”

Ayat diatas amat terkesan pada saya. Power, padat, “kemah”, dan sebenar-benarnya merupakan kesimpulan PALING TEPAT mengenai mentaliti dan darjat UMNO dalam “memperjuangkan bangsa dan agama”. Itulah yang sebenarnya tersirat dalam lipatan hati manusia umno (kalau kita boleh nampak) dari “dulu, kini dan selamanya”. Adalah sangat malang dan membinasakan kalau para pemimpin dan pendokong PAS “termakan” dengan tipu muslihat umno.

Pada pendapat saya, posting sheikh kali ini amat tepat dan jujur. Bukan pula bermaksud posting2 lain sebelum ini sebaliknya, cuma saya rasakan isu dan fakta2 yang sheikh sebutkan amat relevan, tepat dan penuh bertanggungjawab. Tidak tahulah saya samada pemimpin PAS dan pendokong2 PAS semuanya masih bersedia “dipatuk dua kali oleh ular yang sama dalam lubang yang sama”. Kita kesampingkan soal politik dan soal kedudukan dalam parti, bagi saya pandangan dan pemikiran YAB TG Dato’ Nik Aziz jauh lebih tepat dan penuh “perkiraan” kalau dibandingkan dengan pemimpin PAS lain yang “dikatakan” bersetuju dan berminat meneruskan muzakarah kearah “penyatuan ummah” dengan umno. Wallahua’lam

23 07 2008
tuke tepok

aku pun nak bagi pandangan gak la. umumnya aku tahan dulu marah aku. perjumpaan pas ngan umno; aku tak tahu apa yang depa cherita. ada yang kata pasal jawatan. aku rasa apa yang depa dok plan, tak mustahil, manusia boleh rancang tapi hasilnya tak siapa dapat confirm 100%. nafsu, akal manusia tak boleh percaya. serban besar bakul pun boleh buat dosa gak, tak kira besar atau kecil. dugaan ke atas manusia ni memang dah pasti. jadi dalam hal ni, fikirlah masak2, sapa berguna dan dipergunakan. atuk aku kata, orang BODOH, makanan orang cerdik….ada betul ke?

24 07 2008
Anak Malaysia

Saudara Ramly,

Analogi yg anda gunakan itu adalah SALAH dan jauh menyeleweng dpd fakta yg sebenar!

Pertama, persahabatan dan talian Ukhwah yg dijalinkan diantara golongan MUHAJIRIN dan ANSAR hanya dilakukan atas dasar ISLAM, IMAN dan IHSAN! BUKAN atas dasar survivaliti “ketuanan” Arab keatas kaum2 yg lain! ISLAM x pernah dan x akan sekali2 diperjuangkan atas dasar PERKAUMAN!

Kedua, golongan Muhajirin merupakan golongan yg berhijrah kerana ditindas dan diseksa oleh kaum arab Quraish di kota Mekah. Penghijrahan mereka hanyalah disebabkan oleh kezaliman yg dilakukan oleh puak pemerintah di tempat asal mereka. UMNO bukan dpd golongan Muhajirin mahu pun Ansar. Kalau ada pun, UMNO lebih sesuai disamakan dgn golongan kafir Quraish! Sebagai “parti” dominan dlm puak pemerintah arab Mekah yg sentiasa menindas kaum mereka sendiri (bangsa arab tetapi berlainan suku) dan juga kaum2 yg lain hanya semata2 kerana perbezaan terhadap kepercayaan ugama dan ritual budaya bangsa.

Betulkan fakta anda terlebih dahulu…

24 07 2008
ramly

SAHABATKU ANAK MALAYSIA,

FAKTA TAK AKAN BETUL KALAU KITA BERFIKIR SECARA EMOSI IAITU TIDAK RASIONAL. TAK LOJIK LAGI KALAU NAMPAK LAMBANG ATAU IMEJ ORANG JAHAT, TAPI BRAND YANG KITA CIPTA… SYOK SENDIRI BAIK DAN MALAIKAT SIFATNYA.

SAYA TAHU APA SAYA CAKAP SEBAB PAS DI KELANTAN TELAH HAMPIR 40 TAHUN. TAPI WAKIL RAKYATNYA ORANG YANG SAMA. PERGILAH TENGOK APA ADA DI SANA KALAU DIBANDING DGN TERENGGANU PUN SUDAHLAH. KELANTAN HANYA GAH DI SEGI SYOK SENDIRI. MACAM CERITA KATAK MENGAKUI LEBIH BESAR DARI LEMBU. AKHIRNYA PECAH…. TENGOKLAH ” KOTA BHARU COMEL SOK MO. APA ADA? BANYAK HYPERMARKET HANYA PERHABISKAN DUIT ORG KEL. BUKAN KAYAKAN ORANG KEL. SIAPA YANG UNTUNG DI KEL…. PERGILAH KELEH WEH! SIAPA YANG KONTROL EKONOMI BERSKIL BESAR DAN SEDERHANA DI KEL?
BARANG MAKAN MAHAL SAMA DGN KL… NASI BELAUK RM 2.50. TEH SERINGGIT JUGA. TAHUN 2004 DULU NAK JATUH DAH. TAPI KERANA ADA KONSPIRASI KUASA RAKYAT PULAK, PAS MENANG. KEL TU BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. KEL NEGERI BUDAYA, WARGANYA HEBAT DAN BERINSPIRASI. TAPI DASAR NEGERI TAK MEMBANTU RAKYATNYA MAJU UNTUK BERSAING SEMACAM NEGERI LAIN. BUKTINYA TRG MUNCUL SEBAGAI WARGA YANG CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN NEGARA. KEL MANA ADAKAH PERANCANGANNYA DI SEGI MODAL INSAN. INSANNYA RAMAI YANG JADI MUHAJIRIN DI KL DLL UTK CARI MAKAN. TAK PERCAYA… LU PIKIRLAH SENDIRI.

SAUDARA MARILAH BERDOA SUPAYA BERLAKU KERAJAAN CAMPURAN KALI KE 2 DI KEL. JGN LAH PHOBIA TAHUN 1974 DULU. BAGI TAHU PAK HUSAM YEE… SEKARANG PAK LAH DIA ORG IKHLAS… ANAK TOK GURU. KALAU BERLAKU KERAJAAN CAMPURAN PAS-UMNO TENTU KEL AKAN MUNCUL SEBAGAI NEGERI TERBILANG SEBAB WARGANYA CEMERLANG.

24 07 2008
ramly

SAUDARA, TAMBAH SIKIT LAGI. MUZAKARAH UMNO-PAS TU NAMPAK SLOW. BIASALAH KITA MANUSIAKAN. NAK KAN PENGKERAS, MAS KAWIN, TERMA2 RUJUKAN YANG UNTUNGKAN KITA DLL. KALAU KITA MEMINANG… BIASALAH DIKATAKAN ANAK DIA ORANG DAH LETAK BELANJA RM 10,000 SERBA SATU. LAKULAH KATAKAN. MACAM PAS… DAP PUN NAK, PKR PUN NAK…BN NAK.. PR PUN NAK. RAMAI LAGI PIHAK NAK MASUK, NAK AJAK KAWIN. LAGI KITA BUAT JUAL MAHAL LAGI TINGGI SAHAM KITA. TAPI KITA NI ADA TEMPUH MASA. LAMA2 JADI ANDARTU… MAAF! SETAHU SAYA KITA LAKU WAKTU KERUSI MENANG BANYAK. KALAU KALAH SAPA PON TAK MAU BUAT KONSPIRASI . PADA SAYA MASA NI LAH SESUAI PAS NAK PERINTAH NEGARA… NAK LAKSANA ISLAM YANG SYUMUL.. TAPI KITA TAHU SEMUA PIHAK BIJAK SANA DAN BIJAK SINI. RANGKALAH TERMA MAS KAWIN YANG SEPATUTNYA TAPI PERLULAH BUAT KERJA TU KERNA ALLAH. SAYA NASIHAT JANGAN BEROLEK SANGAT SEBAB RAKYAT TAHU NIAT DAN TERMA KITA TU.. ALAHAI MACAM KITA BAWA PELABUR KE TEMPAT KITA LAH. KALAU BEROLEK TAK MASUK GOL NANTI DAN SILAP2 NANTI JADI MODAL PILIHANRAYA KE 13 PULAK! TOK TAKI DAN TOK HUSAM APA KOMEN?

25 07 2008
Anak Malaysia

saudara Ramly,

aku bukan emosi, cuma bercakap ttg kenyataan. aku bukan ahli mana2 parti politik, jd saku x perlu pun utk beremosi! cuma aku berhak menyatakan pendapat aku berdasarkan kenyataan yg berlaku didepan mata!

again… analogi saudara ttp salah! aku bukan org kelate, tp aku ada ramai sahabat2 dpd org kelate! sikap org kelate, org ckp “gedebe” sikit. asyik nak bangkang, asyik nak lawan. tp inilah sikap rakyat kelate yg x boleh dibeli oleh politik wang UMNO. rasa2 aku, dlm bnyk2 wakli UMNO di kelate, hanya sorang ajer yg rakyat tempatan hormat, Ku Li di Gua Musang! Wakil UMNO yg lain dikuburkan oleh org2 kelate sendiri, lebih2 lagi si “musang” anuar musa…

jgn bandingkan Kelantan dgn Terengganu. Kelantan dgn peruntukan disekat oleh k’jaan pusat BN dan Terengganu dgn wang royalti minyak PETRONAS! Jgn perkecilkan keupayaan mentaliti org2 Kelantan! Klu PAS betul2 spt apa yg saudara ckp, dah lama PAS berkubur di Kelantan!

Hakikatnya, saudara lupa utk bercerita ttg Kelantan dibawah UMNO. Orang Kelantan bukan bodoh. Mereka boleh berfikir dan memilih k’jaan yg mereka fikirkan bagus utk membangunkan negeri Kelantan:

Tahun 1955, Perikatan diberi mandat penuh.

Tahun 1959, PAS telah diberi mandat untuk menerajui kerajaan Kelantan apabila menang besar, iaitu 28 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Tahun 1978, PAS Kelantan telah diMAGERANkan ekoran krisis dalaman yang dicetuskan oleh UMNO. PR khusus negeri Kelantan pada 11 Mac 1978, UMNO menang besar dgn PAS hanya mendapat 2 kerusi ADUN; satu di Sering dan satu lagi di Manek Urai.

UMNO sudah diberi peluang, tp mcm biasa, UMNO ttp UMNO. Dulu, kini dan selamanya. Politik hanya satu pentas peribadi utk terus “melacurkan” bangsa dan ugama demi kepentingan diri sendiri! Janji Umno mengatasi kemelut pembangunan dan kemiskinan rakyat hanya kekal janji.

Tahun 1990, UMNO dikuburkan pula dlm PR. Kesemua 39 kerusi ADUN dan 13 kerusi Parlimen dimenangi oleh gabungan parti pembangkang.

Mmg org kelate suka merantau. sifat mereka suka merantau. sikap mereka suka berniaga. hampir ke merata pelusuk negara mereka berada. Dan sikap mereka inilah yg sebenarnya membantu k’jaan PAS bertahan di Kelantan, terutamanya melalui duit zakat yg mereka keluarkan. Jika tidak, dah lama k’jaan PAS Kelantan tumbang…

Ini bukan emosi, ini hakikat! Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada sejarah, belajarlah dpd sejarah…

26 07 2008
Anak Malaysia

Ramly,

PRU yg lepas UMNO dah kalah,
UMNO yg lemah mula berhelah,
Tabuh dipukul UMNO bermadah,
Demi melayu kita bermuzakarah…

Jika hendak seribu daya,
Jika x hendak seribu dalih,
Sekiranya melayu masih mahu percaya,
Mudahlah UMNO mengambil alih…

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Kerana bangsa kerana ugama,
Inilah fitnah yg ampuh sebagai umpan…

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Bangsa dan ugama hanyalah helah,
Agar berpecah belah Pakatan Bertiga…

Indah kata Dato’ Laksamana,
Takkan Melayu hilang didunia,
Andainya UMNO terus berkuasa,
Melayu x hilang, cuma layu di”sodomi” UMNOPUTRA…

Dagang pak malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu,
Dagang UMNO hanya bertempat,
Buat diri, anak, isteri, menantu dan kroni, semuanya atas nama melayu…

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
UMNO dah dapat gading bertuah,
Bangsa dan ugama x berguna lagi…

Limau purut lebat di pangkal,
Sayang selasih condong uratnya,
Hanya UMNO masih berdangkal,
Perjuangan utk bangsa dan ugama…

Raja adil Raja disembah,
Raja zalim Raja disanggah,
Sedarlah melayu, bacalah sejarah,
UMNO ttp UMNO mana mungkin berubah…

Tuai padi antara masak,
Besok jangan layu-layuan,
Sekiranya melayu masih x nampak,
Melayu kan layu mati berangan…

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dah tiga orang mantan Perdana Menteri,
Tinggalkan UMNO si kaki temberang…

Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Perjuangan untuk bangsa, atau untuk diri sendiri,
Wahai UMNO jawablah sendiri…

Kota Pahang dimakan api,
Antara Jati dengan Bentan,
UMNO masih dibuai mimpi,
Hingga x nampak melayu dah bosan…

Sesungguhnya Islam itu mudah,
Hanya UMNO yg menjadikannya susah,
Kalau benar buat kerja kerana Allah,
Tinggalkan UMNO, ikutlah Sunnah…

26 07 2008
Anak Malaysia

PRU yg lepas UMNO dah kalah,
UMNO yg lemah mula berhelah,
Tabuh dipukul UMNO bermadah,
Demi melayu kita bermuzakarah…

Jika hendak seribu daya,
Jika x hendak seribu dalih,
Sekiranya melayu masih mahu percaya,
Mudahlah UMNO mengambil alih…

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Kerana bangsa kerana ugama,
Inilah fitnah yg ampuh sebagai umpan…

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Bangsa dan ugama hanyalah helah,
Agar berpecah belah Pakatan Bertiga…

Indah kata Dato’ Laksamana,
Takkan Melayu hilang didunia,
Andainya UMNO terus berkuasa,
Melayu x hilang, cuma layu di”sodomi” UMNOPUTRA…

Dagang pak malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu,
Dagang UMNO hanya bertempat,
Buat diri, anak, isteri, menantu dan kroni, semuanya atas nama melayu…

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
UMNO dah dapat gading bertuah,
Bangsa dan ugama x berguna lagi…

Limau purut lebat di pangkal,
Sayang selasih condong uratnya,
Hanya UMNO masih berdangkal,
Perjuangan utk bangsa dan ugama…

Raja adil Raja disembah,
Raja zalim Raja disanggah,
Sedarlah melayu, bacalah sejarah,
UMNO ttp UMNO mana mungkin berubah…

Tuai padi antara masak,
Besok jangan layu-layuan,
Sekiranya melayu masih x nampak,
Melayu kan layu mati berangan…

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dah tiga orang mantan Perdana Menteri,
Tinggalkan UMNO si kaki temberang…

Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Perjuangan untuk bangsa, atau untuk diri sendiri,
Wahai UMNO jawablah sendiri…

Kota Pahang dimakan api,
Antara Jati dengan Bentan,
UMNO masih dibuai mimpi,
Hingga x nampak melayu dah bosan…

Sesungguhnya Islam itu mudah,
Hanya UMNO yg menjadikannya susah,
Kalau benar buat kerja kerana Allah,
Tinggalkan UMNO, ikutlah Sunnah…

13 02 2009
seetanggang

Brother Sheik, Salam

Permulaan kepada perpecahan kaum Melayu adalah kerana beberapa sebab yang tidak bermula dari kancah politik, tetapi detik permulaan nya adalah:
a) Pemerintah dari kalangan kaum Melayu kampong (Kaum Ulu) telah meresapi kaum bangsawan Melayu asal oleh kerana kepandaian mereka didalam pembelajaraan, seperti menjadi doktor, peguam, dan lain lain lagi.
b) Apibila mereka ini menjadi kaum bangsawan Melayu baru, kaum kerabat mereka mula bersatu menjadi satu kumpulan baru yang terpisah dari kaum Ulu lain dengan sebab adat pergaulan kaum Melayu semasa itu masih belum matang dan masih mengikut cara peradapan pemerintahan bangsa Inggeris.
c) Walaupun pengasas kaum Melayu Ulu itu masih memegang penuh peradapan Melayu seperti pegangan kuat kepada agama, kaum kerabat generasi baru mereka mula menjadi kaum Melayu moden dan tinggal di Bandar Bandar serta bercampur gaul dengan kaum bangsa asing. Perpisahan kaum Melayu mula dirasai dimasa itu disekitar tahun 1970 an.
d) Perasaan kasih sayang diantara mereka mulai renggang, dimana kaum Melayu moden telah meninggalkan kaum Melayu Ulu terkapai kapai dengan perasaan hampa dan kecewa bahawa mereka tidak disayangi lagi dan ditinggalkan oleh saudara mara atau kenalan mereka sendiri.
e) Proses ini berlaku lagi pada peringkat kedua, dimana lebih ramai kaum Melayu Ulu berjaya didalam pembelajaran, dan mula berhijrah kebandar bandar untuk mendapat kerja,dan sebagainya.
f) Apa yang silap ialah, kumpulan Melayu Ulu yang telah berjaya telah meninggalkan kaum Melayu mereka yang baru mencuba nasib di bandar bandar, oleh kerana perbezaan darjat, nilai nilai hidup diantara mereka yang jauh berbeza.
g) Walaupun pengasas pertama itu ada yang berbakti kepada kaum mereka, cara komunikasi antara kumpulan ini berbeza dari segi pegangan hidup, nilai nilai dan sebagainya. Sebagai contoh, didalam hal hal pemberian hadiah, pemberian wang kepada kerja kerja mudah, sogokan, dan lain lain yang dianggap perkara biasa didalam sistem kapitalis dimana perniagaan yang diamalkan diantara berbagai kaum telah menjadi ikutan kaum atasan. Disini peranan PAS untuk merapatkan kaum Melayu telah tidak Berjaya dalam beberapa segi.
h) Ini membuat kaum Melayu makin berpechah belah kepada dua kumpulan,dimana banyak isu yang bersangkut paut perkara diatas dibangkitkan.
i) PAS sepatutnya memainkan peranan didalam menyatukan kaum Melayu, memberi kesedaran kepada pengasas kaum Melayu dan kaum kerabat meraka supaya balik kepangkal jalan untuk membangunkan satu umat yang patuh kepada ajaran Islam dan kembali insaf bahawa kita hanya hidup untuk berbakti sesama kaum serta menghiasi dengan segala amalan baik supaya menjadi ikutan kaum peniaga dan lain lain dari berbagai kaum di Malaysia.
Itu adalah pandangan saya, didalam isu perpecahan Melayu, dari segi sociologi dan bukan dari segi politik.

25 11 2009
Pribadi yang Berserah « Modal Fikiran

[...] Ana-Anta Terliwat Di Jalan Bellamy « Kickdefella [...]

Leave a comment