Alahai Sang Kelembai

8 04 2008

Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, dikatakan ‘melabur’ RM 1 Juta untuk Sang Kelembai

Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.

Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.

Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai.

Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.

Kickdefella, mendoakan Zaharin akan berjaya di dalam usahanya menyatukan orang Melayu bersama Pak Lah. Saya percaya, Zaharin telah memikir semasak-masaknya hal ini dan Zaharin yakin ini adalah pilihan terbaik buatnya.

Terima Kasih Zahrin. Adios Bro!


Actions

Information

138 responses

8 04 2008
8 04 2008
edyesdotcom

ini macam punya orang pun ada ka..?

serupa itu Ku Li juga ….

8 04 2008
mudin001

Cium tangan Pak Lah? Wow!

8 04 2008
Norae

Setiap orang bebas membuat pilihan masing2. Sebaiknya kita menghormati pilihan saudara Zaharin…. :)

8 04 2008
mountdweller

langsung tak hairan, koner baring ke, lipat ke itulah perangai orang separuh masak. Lepas diludah dijilat lepas diberak dihidu. alahai zaharin. entoh le!

8 04 2008
edyesdotcom

saya fikirkan sebagai seorang blogger, semangat akan lebih waja… sebab, bila berkomentar pastinya segala ayat2 yang dipapar melambangkan pegangan dan idealogi seseorang itu.

Tambahan pula, sang kelembai tu dah dikira blogger kehormat… but still, we have nothing to loose with this kind of ‘creep’.

8 04 2008
Dhahran Sea

Inilah “typical” ex-Umno kind of guy… prinsip boleh dibeli/dipajak gadai… tak kemana Melayu with this kind of people… nak blame sapa kalau negara & maruah tergadai? Sendirian berhad lah… btw, eloklah title blog beliau pun “sang kelembai”… sounds like him…

8 04 2008
budd

“…..di dalam usahanya menyatukan orang Melayu bersama Pak Lah”

Usaha sungguh! Usaha masyuk poket sendiri dulu. Betul pon komen Dhahran Sea tu…

“Inilah “typical” ex-Umno kind of guy…”

8 04 2008
raiedzall

Salam semua

saya adalah salah seorang peminat tulisan sang kelembai. Pada pendapat saya ada 2 kemungkinan sahaja beliau kembali ke pangkuan Abdullah:

1-Beliau sudah hilang akal atau

2-Beliau masih sayangkan UMNO dan merasakan Abdullah akan turun takhta tidak lama lagi. Maka ini kesempatan terbaik untuk beliau kembali ke UMNO untuk membuat perubahan.

Wallahualam

8 04 2008
AnakJatiMalaysia

At the end of the day… pasal masyuuuuukkkk jugak ker…??? Hampehhh..

8 04 2008
alhusseyn

Inna lillahi , wa-inna Ilaihi rajiun

8 04 2008
ariff

sh*t. i’ve just read his blog.
cheap guy.

8 04 2008
Tengku Lizan

Biasak la, dalam UMNO (Alif Mim Nun Wau = Sarkis, bak kata Sudin Pendekar Bujang Lapok) banyak adegan Drama Minggu Ini. Kalau takde drama, takde la kisah hidup yang warna-warni ini.

UMNO dulu, kini dan selama-lamanya akan masih berupa UMNO. Mentaliti UMNO tak akan berubah. Letak lah sapa pun, kalau dah isi dalam berulat, berkulat. Barang dah expired ni baik ditanam buang saja. Dah tak relevan.

8 04 2008
lo

We have to respect his decision and wish him the best. We blog because we want Malaysia to be a better country for everybody. I believe he has the same intention too. Keep on blogging bros and sis; for us, for our children, for Malaysia.

8 04 2008
abuya

Orang UMNO biasa lah tu..poket juga masuk..

8 04 2008
edyesdotcom

’same intention’??

to me, he is more like different intention in one vision…

8 04 2008
Sagaladoola

Lompat Si Katak Lompat…
Lompatlah Tinggi Tinggi
Lompat Si Katak Lompat, Lompat
Lompatlah Tinggi Tinggi

Hehehe

Sekian,
http://sagaladoola.blogspot.com

8 04 2008
PINKturtle

munafik punya orang…tak boleh pakai kalau orang yang jenis melampau ni.Kalau bencipun dia melampau kalau memujipun sapai jilat najis sendiri
perrrrrgggggggghh……

8 04 2008
life4hire

adoi..sejuta jer? ni lg rendah dr mamat naib canselor UM ni…diorang xde buat lelong terbuka ke? tp btol la..part cium tangan tuh mmg aku xsanggup tgk…hehe…tp papehal pon..kita tunggu dan lihat jer la..

8 04 2008
ToK_jAnGGuT

ala bese la tuh..
xkeji mana pon amek sejuta utk jd kudis2 di kaki UMNO yg dh kena penyakit kencing manis..

8 04 2008
Nick

the power of Money …..what can we say…be damed

8 04 2008
alfred

Zaharin kau ni betul2 bangsat. It must have been a very good offer. Makan dan cekek lah duit2 haram bersama anak2 dan isteri kamu. Bottom line… it will produce ‘bastards and morons’ in your future family tree.

8 04 2008
Shake

Apa dah jadi dgn dia ni dulu kata mcm2 munafiklah apalah sekarang apa dah jadi siapa sebenarnya yg munafik paklah ke sang kelembai. Dah dapat kot………..semenjak toukey dia dapat jawatan setiausaha agungnya nampaknya dia membetulkan kiblatnya.Islam ada hari ada hadnya dah daji islam hadhari tulin keh keh keh.itulah apa-apa komen atau pandangan kena fikir dulu sekarang dah kena kat muka sendiri balik.lu pokirla sendiri

8 04 2008
anon

Betul ke berita nie?

8 04 2008
kbguy

Duit punya pasal, dia orang sanggup buat apa saja. Tapi siapa minah cun tu yang disebelah Tengku Adnan ? Lawa betul la..
Cina ke melayu ? UMNO kut..

8 04 2008
frankcisco

melayu umno???

pasal duit, lawan pun bolih jadi kawan,

untuk duit, yang mati kembali hidup… atau sebaliknya?

8 04 2008
din

Lepas Sufiah, HUJAN lebat melanda Manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/

8 04 2008
el

hahah… dapat sejuta.. semua jadi manis… sanggup cium tangan lagi.. hahah…
ni kalau dalam perang… mau lingkup lah pasukan…
hormat apa.. kalau sebelum ni dia paling lantang mengutuk, apa nama buruk yang dia tak panggil… dapat duit.. terus cium tangan, kalau dia kembali kerana insap dan sadar… itu cerita lain.. ini kerana dapat habuan… cheh…

8 04 2008
cicit datok sagor

Biasa la tu, orang melayu beli melayu, ada pemimpin pun sama blogger pun sama, janji duit apa pun boleh jadi, tak sama cara datok saya berjuang dulu.

8 04 2008
dr butiq

kpd cicit dato sagor,org zaman datok saudara dulu berjuang dengan keris dan lembing,kalau org mcm Sang kelembai tu dah lame dah kena bunuh kerana jadi pembelot kepada blogger,

8 04 2008
edyesdotcom

ok.. kita jadikan iktibar…

jangan jadi pengkhianat bangsa !!

we are bloggers and we born to fight !!! till the end of BN life !!! or our life…

still, we fight for freedom… and justice for all…

8 04 2008
cicit datok sagor

Betul cakap dr butiq dan edyesdotcom. si zaharin ni menangguk di air keruh je. umno tengah tenat, tolong pun kena kena duit, tak ada semangat menolong tanpa duit lansung, apa la blogger melayu macam ni pun ada.

8 04 2008
kbguy

hidup di dunia skaran, semua mau duit.
Walau pun statistik menunjukkan tempat dia orang tak de orang miskin,
tapi dia orang perangai macam penganas duit. Biar mati anak, asal ada duit.. !
Tapi di Kelantan, lain lerr… kita hidup serba ada serba kurang, tapi hidup berkawan lebih… dan Happy !

8 04 2008
ah chatt

Zaharin made the right choice!

am surely believe that he knows that he lacks integrity, and the best way to maximise return from that character is Take The Money$….

UMNO has abundance of those malaise malays, another joining the club wont make much difference!

8 04 2008
monstrball

Photo tells everything.
Girl is happy….to be the companion of one………that may give her hope and opportunities.
Tengku Adnan ……with folding hands…is revealing his guilt…..giving the girl…..false hopes.
But that’s…..what UMNO guys are good at…bull-shitting everyone….so much so….they are bull-shitting each other now……like monkies.

8 04 2008
sesondol

BPR tak mau siasat ker?
Lembaga Disiplin UMNO tidur ker?
Kalau ianya betul,ini merupakan politik wang sama kesalahan seperti Zaid peguam yang didakwa dulu.

Aku rasa 1juta mana taraf dgn penulisan wak kelembai.
Duit balance pilihanraya banyak lebih lagi..

8 04 2008
Rusdi

it’s strange!!!
last entry (6th April) in sang kelembai blog still blaming AAB.
and 7th April this kelembai huge AAB & kiss AAB hand.
Yes, i can smell something fishy with kelembai!

8 04 2008
aah

Zahrin @sang kelembai kamu cukup haprak,you are a real clown !lebih baik jadi badut santa clause,kamu jilat apa yang kamu telah katakan dalam semua posting kamu .you can go to hell!

8 04 2008
nonama

tak sangka…. kalau ianya betul. Patutla blog nya dah tak upto date…..issshhhhh….. tak sangka

8 04 2008
khairul rizal bin osman

Celaka punya zaharin. Boleh dibeli juga orangnya. Kalau dia baca artikel ini, suruh dia berhenti dari sikap munafiknya kerana orang munafik kayu api di neraka jahanam.

8 04 2008
AC

Tadi saya bukak blog Sang Kelambai masih ada lagi posting yang mengutuk, menghina dan biadap terhadap Pak Lah. Apakah dia layak mendapat ciuman Hadhari. Banyak blog yang papar dan ulas gambar ni…. Mungkin Sang rasa Pak Lah tak baca kot blog dia.

Orang macam ni amat bahaya… takut jatuh taraf munafik aje… Naudzubillah….

8 04 2008
onezuka

wah sape perempuan sebelan tengku adnan tu?
:)

8 04 2008
lagendabuta

sang kelembai bertukar jadi sang keledai..aduhai!

8 04 2008
rakyat biasa saja

Kalau betul Si Kelembai dapat duit nanti., minta dia kembali bersama bloggers semula.. duit tu bole support aktiviti bloggers.. komisen sket kat blogger ’s club… kalau tak Tengku Adnan kenal pun tidak blogger2 ni..

9 04 2008
Anak Bapa

kalau manusia itu berprinsip biasanya dia akan menukar loyalty apabila pemimpinnya telah kembali ke pangkal jalan …..

Apa perubahan Pak Lah yang boleh kita katakan perubahan? Poooorah dasar UMNO tak ada pendirian …….

9 04 2008
hafaz

kalau dah umno tu umno juge…. dulu kutuk pak lah bagai nak rak….
aleh2 cium tangan… memang xbole pakai langsung orang2 umno ni!!!
BANGKAI!!!!

9 04 2008
TOP & LONG

Kesian Sang Kelembai…dah hampir setahun dia kutuk Pak Lelah anak beranak,tapi tak ada orang nak bayar cerita caci maki dia tu.Terpaksa lah Pak Lelah beli koleksi cerita cerita kelakar dia untuk Pak Lelah buat koleksi.Apabila dia dah pencen jadi PM nanti ,JEAN pak Lelah akan bacakan cerita cerita Sang Kelembai sebelum tidor
Sekurang kurangnya bebaloi Sang Kelembai dok kutuk PM . masyuuuuk!.Bloger lain ada yang kena saman..lak.
ALAHAI SANG KELEMBAI…

9 04 2008
topspin

Bangsat punya orang.Pegi mati lagi bagus.

9 04 2008
takgedebe

Apa nak heran? Kalau dibaca blog2 desperado UMNO yang kononnya hentam UMNO, tapi sebenarnya memancing perhatian. Kalau di zaman buku2 politik dulu, sudah ada penulis2 buku politik yang sengaja hentam pemimpin supaya nanti dapat offer tulis buku puji pemimpin tersebut pula. Yang saya ingat Yahya Ismail.Mereka yang cari makan dari penulisan tanpa pegangan pada perjuangan memang macam ni lah. yang bodoh… kita jugak..

9 04 2008
cicit datok sagor

sekali saya terpanggil menyokong kawan2 yang heran mengapa sang kelembai dah dibeli,apa motif dia ha.????murahnya harga bloggers kita. dak pokkai ke atau dah sedar buat kerja munafik apa pandangan blogger2 yang hebat ttg transaksi ni. apa masalah sebenarnya sampai menjilat pipi paklah….??? cicit datok ni fad upblogger mcm mau masuuuukkkk je, PI JAHANAM LA MELAYU , BARU SEJUTA DAH KELABU MATA.

9 04 2008
Top Posts « WordPress.com

[...] Alahai Sang Kelembai [image] Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, dikatakan ‘melabur’ RM 1 Juta untuk Sang Kelembai [...]

9 04 2008
bamboo river

Tak payah lah kita caci dan hina Sang Kelembai. Biarlah dia membuat keputusan mengikut kehendak beliau.
Jika beliau fikir tindakan nya semata mata untuk kebaikan orang Melayu, apa salah nya?
Kita tunggu lah dan lihat jika Sang Kelembai dapat membuat sesuatu untuk kebaikan orang Melayu.

Give him the benefit of the doubt.

Tetapi jika benar beliau di beri wang ringgit untuk menyertai Pak Lah, itupun hak dan keputusan beliau. Tuhan saja yang menentukan di akhirat nanti.

Kita cuma boleh berharap beliau jangan ’salah langkah’ dan kemudian menyesal nanti. Itu Saja.

So, this is to show, bloggers are human too, anything else will do, as long as the heart and soul is committed to what they are fighting / blogging for.
I wish Sang Kelembai all the best.

P/S : Monsterball, your nick is short of an ‘e’ ?

9 04 2008
leecouper

alai hai sang kelembai…awat jadi cam ni

9 04 2008
Sham Millanous

Sang Kelembai adalah warisan daripada slogan Dulu, Kini Dan Selamanya…

9 04 2008
ajoi

emmm..kalau dah perjuangan tu tak bersandarkan kepada keimanan..macam tu la jadinye..hampeh

9 04 2008
bamboo river

Jika Sang Kelembai membuat keputusan kerana untuk kebaikan orang melayu, maka kita mendoakan semoga beliau berjaya.
Give him the benefit of the doubt.
Apa yang di ceritakan tentang wang ringgit , kita tidak boleh mengadili kecuali Tuhan sahaja.
Bloggers are human , as long as the mind and soul is committed to fight/blog ,that is their decision and perogative.
Sang Kelembai may have his reasons only known to him for making this move.
We can only hope & wish Sang Kelembai all the best and may he walk the right path.

Let’s be optimistic about this matter and not to take it so hard.

9 04 2008
Rosman

Kepada semua pembaca bloggers,

Sila semak kembali semua tulisan Sang Kelembai @ Sang keldai sejak tahun 2006.

Semua jenis seranah sudah dihamburkan, semacam sudah berkerat rotan.
Tiba-tiba cium dan menangis di tangan Pak Lah. Apa punya bangsa Melayukah ini? Saya malu untuk mengaku dia sebagai anak Melayu. Semua Sayangkan UMNO, termasuklah Tun Mahathir, tapi peperangan ini bukan peperangan dgb UMNO tetapi peperangan salahlaku Pak Lah mengurustadbir negara bersama anak beranak.

Zaharin, zaharin, begitu malang bangsa Melayu mempunyai seorang seperti kamu.

9 04 2008
kedahLanie

eishh tak ada sapa nak bagi kat aku sama ka 1juta tuuu… he he he

9 04 2008
Ibnu Khuzaimah

Zaharin yang ku panggil abang telah melalui pelbagai rintangan dalam UMNO. Keluar masuk, itu kerja dia.
Di penghujung karier & kehidupan biarlah dia merasai kenikmatan hidup dan kemewahan selagi ada peluang.
Dengan ini Zaharin juga diumumkan sebagai blogger pertama koner 360! Semuga dia selamat dunia dan akhirat.
Maka selepas ini Zaharin akan menyatukan Melayu?? Ini aku tak setuju. Zaharin Nak satukan Melayu??? Ini aku lucu.. Melayu dah tak boleh bersatu dalam UMNO.
Yang UMNO boleh cuba ialah bersihkan parti itu dari sesumpah. Apa nama chamaleon?

Tuan-tuan, ini musim pasang pukat, musim pemilihan UMNO, musim duit gugur. Aku tak heran kalau ada lagi blogger yang koner baring.

Tahniah kepada abang Zaharin.
Calon Setiausaha Agung UMNO menggantikan Tengko Adenan Manesor.

“orang yang bermuka-muka lambat laun tidak tahu mana satu mukanya yang sebenar”

9 04 2008
jejambat minda

sila klik sini untuk tengok gambar sang kelambai cium…

http://edyesdotcom.blogspot.com/2008/04/blogger-pertama-di-pecat-oleh-umno.html

9 04 2008
bob

Selepas dibuang UMNO dulu, si ” Sang Kelembai” ni selalu ada di Parlimen semasa Sesi Dewan Rakyat 2007, habis semua keburukkan orang dibahaskan . Dia saja yang betul. Masa tu MP kalau hulur pun banyak mana?? Lepas dapat Rm 1 mil dan pengampunan ni “Sang Kelembai” bolehlah jadi Senator tak berportfolio pulak, boleh bodek KJ jadi penasihat BNBBC..

9 04 2008
a kadir Jasin

Sdr Sheih,

Saya SMS Sang Kelembai tanya hal ini. Penjelasan dia lain sikit.

Tapi dia kata dia akan jawab semua.

Kita tunggu apa dia nak kata.

I’ve seen too many unbelievable things to believe anything without question.

Thank you.

9 04 2008
Bolton Wanderer

Kalau dah jiwa UMNO (korup dan tiada suara hati mengenai keadilan socio-politik negara), akhirnya akan kembali ke pangkuan UMNO jua. Kalau setakat membenci Khairy (kerana Khairy dapat naik cepat dalam UMNO) atau membenci Dollah (kerana Dollah membatalkan jambatan bengkok, menjual Agusta), akhirnya masuk tong najis UMNO semula. Read my lips… this blogger (Sheih) will end up the same way. Sang Kelembai will certainly not be the first and not the last. Kita boleh mengenal spesis yang jiwa dan roh mereka korup ini. Dalam kalangan pengkritik Dollah (samada UMNO, PAS atau PKR), golongan yang roh dan jiwa korup ini mempunyai pendapat seperti kononnya kes/isu Lingam tidak patut ditimbulkan kerana ia tidak merosakkan Dollah/Khairy. Roh korup ini tiada suara hati kepada keadilan sosial. Of course di dalam parti UMNO majoriti terbesar adalah spesis ini.

9 04 2008
CT

Kerana duit beb…pa pe pun leh jadi…apa nak heran.. itukan typical UMNO.

9 04 2008
Carlito

Ibnu Khuzaimah,

Gua rasa belum sampai masa kalau2 lu nak label UMNO tak boleh nak satukan melayu semula. Bukan gua nak ungkit2 pasal sejarah tapi gua rasa masih lagi relevan cuma pembersihan perlu dilakukan bagi memastikan function UMNO OK balik. Kalau setakat salah laku, dalam semua parti ada salah laku dude…

9 04 2008
kluangman

Macamana dia tak jilat balik ludah dia sebab blog dia tidak ada orang lawati dan beri ulasan, kosong, sepi…buka kedai tiada pelanggan.

Kita hormati tindakan zaharin, sang kelembai dah jadi sumpah sumpah. Bagi Paklah, dia anggap zaharin yang ada pengalaman blog mampu mematahkan hujah yang lain. Bagi zaharin, masalah fulus munkin salah satu sebabnya.

Pada ahli ahli UMNO yang agak2 pandai buat2lah perangai supaya dipecat, besok masuk balik ke UMNO dengan harga yang tinggi.

9 04 2008
e Pemuda PAS

pergh! blogger pun bleh jadi jutawan nih!!!

9 04 2008
budd

KB Guy : Tapi di Kelantan, lain lerr… kita hidup serba ada serba kurang, tapi hidup berkawan lebih… dan Happy !

KAWE SOKONG SGT LAH WEIII….

9 04 2008
Carlito

Apa pun ni semua tunjangnya salah laku dalam UMNO. Pembersihan segera amatlah perlu. Kes Sang Kelembai ni baru satu hal, yang besar gedabak punya hal mau kena clean up gak.. Tapi kita tunggu jer la explanation saudara Zaharin… apa agaknya dia nak kasitau..

9 04 2008
edyesdotcom

Dato’ Kadir Jasin,

saya faham bahwa Zahrin tu rakan seperjuangan Dato’. Ada masa sehaluan dan ada masa hujung dipersimpangan…

Cuma apa yang berlaku pada sang kelembai itu adalah sesuatu yang sukar diterima oleh para bloggers even kepada semua yang kenal penulisan beliau. Tindakan beliau walau apa reason sekali pun mencerminkan peribadi beliau.

saya nak tanya dengan Dato’, apakah Dato’ setuju dengan tindakan lompatan seperti ini..? Adakah wajar dengan penulisan beliau yang mencerca paklah sebelum ini dilupakan…?

bagi saya, bukan mudah untuk menjilat kembali ludah yang telah disemburkan ke muka ’seseorang’. tak tahu lah kalau kerana uwang!!

9 04 2008
bistroz

Ini macam punya orang tidak boleh jadikan kawan se-umur hidup.Pak Lah can forgive but i don’t think he will forget. Zaharin you’re a disgrace to your family. Pls go and die you rubbish!

9 04 2008
malaccan view

Bro sheih,
At least he knows how to bargain and got rm1 million better than other idiot sold their souls for rm200.
Btw,the lady beside Tg Adnan look like Mongolian girl.dont tell me he also kaki Mongolia…:0

9 04 2008
Moderator the indie story...

Minta Laluan…dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

ARTIKEL:
Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai…Haaiiittt!

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari…

Dato’ Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya… Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche’ Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus ‘Kem Wawasan’ yang dikepalai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ

9 04 2008
A Married Man

A married man wishes for everyone to remain objective.

:)

9 04 2008
galadriel

Teringat kembali setahun lalu di National Press Club, tak salah saya.

Sang Kelembai tu salah satu daripada mereka yang capai mike nak bercakap. Cuma, sampai giliran dia bercakap, banyak gak dia seranah Abdullah Ahmad (he refused to say Badawi..heheh)

Setahun je lepas tu, dah bercium berpeluk balik. Kalau orang mintak maaf tu ikhlas, takpe. Tapi orang politik ni lidahnya “multi-dimensional” kot.

Lebih lebih lagi, kalau disuap RM 1 juta. Pada kita orang biasa ni. satu juta tu masih kira banyak.

Orang Umno ni takde character langsung.

Podah!

Mr Proxy Ku Nan ni btw, mana dapat duit banyak tu? Duit Umno ke duit dia?
Umno punya akaun tu sapa yang audit ye?
PriceWaterhouseCoopers? I think not.

9 04 2008
lalitu

Sang Kelembai adalah contoh terbaik semangat ahli UMNO… mudah cair dengan duit. Tahniah… kerana duit mulut anda dikunci dan tangan anda diikat. Untuk penulis blog lain rajin-rajin kutuk dan seranah UMNO… mana tahu anda akan dibayar lebih lagi dari Sang kelembai. Tahniah buat Sang kelembai kerana sanggup basuh dan jilat punggung pAk …. LHA

9 04 2008
hampeh lah ko

kecewa dengan tindakan sang kelembai membelot perjuangan kaum melayu,pemimpin2 tulin dan blogger2 yang ingin kan kekuatan melayu dan malaysia di pulihkan….pastinya sang kelembai akan menjadi blogger upahan umno untuk menghentam para perjuang yang menuntut perubahan…perjuangan harus diteruskan

9 04 2008
rokwan

Sang

9 04 2008
rokwan

sang kelembai@sang glebeh@sang cari makan – biasaklah dulu dia satu kapal dengan si tua kutuk, kerjanya mengutuk. sekarang dia tukar kapal, jawatan tetap sama, siaplah dia akan mengutuk si Mamak tua. muka macam ni siapa yang tak kenal, mana ada maruah sama macam khalid jafri janji dapat upah, lebih kurang macam sundal melacur untuk dapat upah, padanlah muka……he…he…..he.

9 04 2008
dr butiq

sang Kelembai dah jadi sang mataduitan,typical Umno ape pun boleh dibeli hatta perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran pun boleh dijual beli.Sang Kelembai adalah satu contoh yg memalukan.chissssss……

9 04 2008
rokwan

Padan muka si Mamak tua kutuk, siapa tak kenal sengan Sang Kelembai@Sang Keledai, dia ni bukan ada maruah, jadi blogger untuk dapat upah sama taraf dengan Khalid Jafri, sama juga macam sundal yang menyundal untuk dapat upah. Dulu dia satu kapal dengan si Mamak tua, tugasnya mengutuk si………….sekarang siaplah giliran dia menikam balik si Mamak tua, padan muka. Tak percaya dia dapat RM1 juta, orang macamni RM10 pun dia kebas, janji dapat duit…..he…..he…..orang macamni mana ada kelas.

9 04 2008
Zahira

biase le budaya org. umno, suka jilat balik ape yg.diludah. Tak menghairankan

9 04 2008
alfred

bamboo river, you must be an idiot !!!

9 04 2008
tangtangtu

Sang Kelembai? Betul saya tak minat lawat blognya yang tak ada manfaat langsung selain maki hamun. Sikit pun tak ada liur nak baca macam tak ada liur nak baca akhbar perdana yang banyak menipu. Apalah hebat sangat Sang Kelembai. Bolehkah dijadikan alat oleh UMNO sebagai penulis yang membersihkan UMNo yang terpalit najis tu. Untuk Sang Kelembai awak bacalah sorang-sorang tulisan awak tu dan pujilah Pak Lah kerajaan tiga beranak tu…kua..kua! Tahi Kucing punya penulis ingat berisi tapi tong kosong tunggu duit masuk

10 04 2008
Ah Hong

Wah! Siapa itu Amoi cunn sama Latuk Tengku Adnan. Wa Stim lo.

10 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Si Kelembai tu laki ke perempuan? Agaknya Si kelembai tu amoi yg kat sebelah Tg Adnan kot? :)
Siapa nak taja aku tulis weblog? Boleh email to me at whitenaval@gmail.com
Contoh2 web aku ader di http://whitenaval.wordpress.com
harga boleh dirunding :)

10 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Mahalla sejuta utk beli Si Kelembai kalau betul laa… harga saya cuma sekitar seratus ribu je… cepat sebelum saya dikebas orang! :)

10 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Terima kasih Sheih kerana memasukkan nama SERANTING Whitenaval dalam list Blogroll Kickdefella… Saya baru perasan tadi. Thanks a lot!

10 04 2008
bamboo river

alfred duncehill go read RPK’s No Holds Barred – “Come Hell or High Water.”
Rational Thinking Must be Idiots?
LOL. :-)

10 04 2008
aditia

bikin segan kat bloggers badi,

murah sekali si kelembai ni,

ludah dari 2006 kenalah jilat kembali,

kan jijik sekali ?

tak tau basi.

10 04 2008
maizatul ahmad

sheh,

parti politik ni sapa pantau ye? ROS ke? Depa ada ke hantar laporan tahunan yang diaudit?

10 04 2008
nawi

Saya hanya mengikuti siaran dari YM RPK & BRO SHEIH saja.. selama ini..

Saya tidak mengenali siapa Sang Kelembai.. tapi perangai2/sifat2nya sudah tercatat dalam sirah Rasulullah SAW.. dalam Al-Quran pon ade sebut.. kita tidak boleh terlalu membenci/berlebih-lebihan.. maka kembalinya die kepangkuan/ketempat asalnya usah kita tangisi..

Kita sebagai rakyat malaysia.. ada misi.. mereka2 yang mengundi PAKATAN RAKYAT baru2 ini.. ada misi.. teruskan tekad kita.. jangan undur.. itu lah harga diri kita.. kelak nanti setiap tindakan kita akan dihisab di akhirat..

10 04 2008
nawi

hekhkeee.. kalau dapat 1juta & that girl.. anyone who love the world sweetness will collapsed..

he is the same as anyone who recieved rm1000.00 for voting UMNO.. RM1juta maybe looks worthy for him, but in the eyes of ALLAH SWT… he is the same as.. emmm.. let him be.. later he will know the end of him..

10 04 2008
Tengku Lo

blogger pertama dipecat UMNO..
blogger pertama konar baring kat UMNO!!!
kwekhh…pthuiiih!!!

10 04 2008
A matter of pride and dignity | MageP's Lab

[...] obvious that it’s indeed an astounding comeback, you must be puzzled with leering look when RM1 million is mentioned to be at stake for the "change of heart", to be seen embracing a sacked [...]

10 04 2008
penulis_cyber

Agak-agak kalau dioffer RM 10 juta mahu ke antara kita ubah pendirian ??? hehehe

kalau tidak ditawar apa apa??cuma nama dan pangkat dan glamour mcm ??? ?

nak minta kicdfella masukkan blog di bawah : htpp://ustazmoden.wordpress.com… isu agama campur sosial politik dll dlm siaran komen pun dah cukup….

isu wahabi, syiah dll dikumpul2 dita’lik sikit2 ikut kodar 2 hok kawe gheti

syukran dari gu kelate jugok….

10 04 2008
yonekura

just like onezuka…i’m more interested to know who’s that hot girl next to Tg Adnan. Wow!!!
Sang Kelembai, who???

10 04 2008
Melayu Muda

Apa yang berlaku hari ini adalah satu usaha untuk memutihkan kembali pemerintahan di malaysia dan mempekasakan kembali UMNO yang telah longlai….tetapi sayang terlalu ramai pengampu dan pembelot yang menghalang usaha murni ini…teruskan lah berjuang untuk masa depan anak2 dan cucu cicit kita….Melayu hanya berkuasa pada aspek politik tetapi kini ianya mula terhakis….

10 04 2008
blogger tulin

zaharin ni boleh lah dicapkan sebagai blogger oportunis yang pandai korner baring bila melihat pengiktirafan ke atas blogger sebagai faktor penyumbang kekalahan BN dalam PRU12 di beberapa negeri dan gagal mendapat majoriti 2/3…dalam kerabat UMNO dan kelompok2 power broker ini mereka hanya memikirkan bagaimana nak mendapatkan habuan dalam apa cara sekalipun dari sebarang kemelut politik UMNO…kalau tak percaya pergilah lihat di Yaohan d Mall ataupun di hotel berdepan dengannya di mana akan terjumpalah kita dengan kelibat2 mereka yang dimaksudkan ini….kononnya nak memikirkan masalah melayu dan negara…poodahh……nak buat pelbagai gerakan nak menjatuhkan serta menaikkan seseorang..janji ada fulus dan ganjaran untuk mulakan gerakan….inilah budaya UMNO yang menjahanamkan melayu sebenarnya…gelagat mereka ini tidak lebih dan tidak kurang seperti pakcik2 yang bersembang politik dari pagi hingga ke malam di warung2 kopi di pelusuk kampung..yang membezakan cuma ialah kalau di KL ada fulus yang dikejar…..dan tempat mereka berkumpul ialah di cafe starbuck ataupun yang sekelas dengannya…..

11 04 2008
cicit datok sagor

Dah tak hairan, waktu2 terdesak ni, diambang BM terkejut beruk kerana merodum pada PRU12, Maka ular2 berkeliaran hendak mematuk paklah. tak cukup dalaman UMNO hentak paklah, mantan2 peminpinUMNO pun keluar lubang tapaan, tolong mengentak, konkulosi nya, sama…je…BAGI DEPA MIMPIN SEMULA PUN HANCOK JUGA. Tapi heran bin ajaib nya, sang kelembai yang dapat duit, syabas kelembai, bawak lagi blogger2 jumpa paklah, dema pun nak kaya juga dengan duit haram yg mike dapat tu. tak mau lagi la caya pada bloggers, ular makan coklat.

11 04 2008
shirah

tindakan sang kelembai kembali kepada umno adalah tindakan naif dan lemah setelah terlibat dengan dunia blogger. ini membuktikan beliau betul2 buta IT dan kurang jelas ttg perkembangan IT. tambahan, tiadalah juga dapat menjernihkan nama buruk umno dan mengembalikan kedudukan umno yang makin dibenci rakyat. mmg sia2 sj usaha pak lah memancing sang kelembai semata2 bagi membuktikan umno masih relevan dan tidak tewas kepada blog. sang kelembai juga tiadalah disanjung malah senantiasa dikeji kerana berbesar hati menjatuhkan martabatnya sendiri apabila jatuh kelubang yg sama buat kali kedua.
wahai sang kelembai, dunia kini sedang bergembira dan terhibur melihat kebodohan mu itu… teruskan menjadi badut blog utk terus memberikan bloggers semua hiburan tanpa henti. bwaohahahaha

11 04 2008
noyawns

Sang Kelambai – no need to read how we react to your 180 deg turn la…we’ll just no longer visit your site! You’ve lost all credibilty – you Flip-Flopped!

My, my, equating yourself with Yasser Arafat and Presidents, amboi, Sang Perasan!!
When nation’s leaders ‘kiss n make-up’ they prevent (or try to) blood shed what are you trying to do.

Anyway, Bye-bye, Sang Kelambai.

11 04 2008
mob1900

For me, tak kisah-lah beb pasal Sdr. Zaharin. Dia dah buat keputusan serta buat pengumuman. I’m more interested on your Gamber…

Sape awet tu? Isteri Kunan? Beauty & The Beast? kekekek

11 04 2008
lantakla

Tahniah Sang Kelembai terkulai minum ubat batuk disuap oleh UMNO. Orang macam dia tu elok bergelumang dalam tong najis UMNO saja. Nak bersihkan UMNO konon tapi tak sedar diri sendiri yang terbau najis. Hangit betul. Tapi sekali fikir cerdik juga dia ni. Hari-hari belasah tuan sendiri akhirnya tuannya umpan dengan emas berketul terus dia diam menikus. Hidup aman dalam kandang tuannya. Ingat Sang Kelembai kena buka kelas ajar bloger lain macam mana hidupnya boleh jadi kaya dalam sekelip mata…

11 04 2008
saje2 jer

apa daa punya sang kelembai….tak malu ker..or dah ilang rasa malu kerana dah ilang arah tuju..dan tempat berpaut dan mengaut…??

11 04 2008
kaveas

sebenarnya dia spy pak lah

11 04 2008
springmat

waa…kagumnya cium tangan Pak “sudah’ Lah lagi…, tangan KJ taknak jilat sama ke????

Selamat berjuang untuk memenuhkan poket sendiri…

11 04 2008
rw

Sang Kelembai dah jadi Sang Bye Bye, sebelum PRU12 dia ke hulu ke hilir bagi ceramah siapa yang taja? Spesis dolphin, boleh buat apa saja asal ada habuan, janji duit tak kira halal haram.

12 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Kalau betul, maknanya Sekelembai ni spesies tak boleh dipakai… atau adakah beliau mempunyai sebab dan asbab tertentu? Mmmm.. duit kadang2 mengatasi segala kemungkinan. Macam TM punya slogan ka.. merintis segala kemungkinan :)

13 04 2008
r.h.a.

wow….sebelah ku nan siapa punya lauk atau lauk untuk siapa? biasaklah kerja broker.

14 04 2008
apek

hampa ni loklaq la.

16 04 2008
spycatcher

Saya rasa kita tidak harus terus berpolimik tentang badut penulisan ini kerana kita tidak mungkin dapat mengembalikannya kepada sang kelambai asal!!. Dari dulu saya agak skeptikal terhadap beliau , apatah lagi apabila ada maklumat menyatakan beliau telah beberapa kali kelihatan di rumah Pak Lah selepas jam 10 malam!! We all have been had by this guy!! Ini lah contoh nyata untuk kita memahami apa itu agent provocator dalam dunia spy!!! Sebenarnya beliau telah sengaja di buang dari UMNO untuk dilihat sebagai real dan terus menulis menghentam Pak Lah dengantujuan untuk mendapat reaksi rakyat. Tindakanya itu senantiasa di monitor olih bosnya yang kita ketahui membantu kehidupan beliau untuk menampung kos 3 buah kenderaan, dua isteri dan seorang GF. Hidupnya berpura2 tiada wang dengan meminta sana sini dan menggunakan kedudukannya sebagai penulis politik yang digeruni untuk mempengaruhi sesaorang menghulur bantuan kepadanya! Dalam lain perkataan sdr kita ini sebenarnya berkerja untuk kepentingan Pak Lah dari awal lagi. Kalau tak percaya tanya Tg Adnan (handler nya), JJ, Syed Ali dan ramai lagi yang menjadi penaja nya.
Jadi fikir2 kan lah segala episod anda bersama nya . Pemberian wang kepadanya merpakan bonus, sedangkan beliau akan menjadi staf tetap di pejabat SU Agong UMNO !!!!!!!

18 04 2008
mokhtar b abdullah

Inilah orang kata ” cakap tak serupa bikin. ” Kesia Zahrin, kesian Zahrin!!!

21 04 2008
Sang Pandai

Stupid Zahrin. Tidak sangka sang kelembai dah bertukar jadi Sang Keldai. Dulu hina kta BN/UMNO Bodoh, polis semua bodoh tapi sekarang kau pulak yang bodoh. Haha! duduk kat Tang Ling meja kopi kutuk sana sini. Sekarang kau pulak kena kutuk. Bodoh sungguh. Badan Gemok, Otak kecil.

21 04 2008
alfred

” Aku dah pukul sampai tumbang,cukup lah tak kan aku nak pukul sampai mati”. Hai Zahrin Bangsat !!! What makes you think that Pak Lah tumbang because of your writing. You must be dreaming !!! There are many other reasons. Jadi jangan perasan. Anyway, makanlah duit haram itu dan berilah makan anak2 and isteri kamu. Tetapi janganlah hairan jika musibah2 yang dahsyat kan menimpa kamu dan keluarga. Ini adalah hukum karma.

22 04 2008
sulaiman m ibrahim

member nak hidup ,beb

22 04 2008
pedang berbisa

biarkan si luncai terjun dengan labu babinya !

dan biarkan kita tenggelam dengan perahu karam yang kita lubangkan bersama ni..

23 04 2008
AbgMan

Sang Kelembai ko taknak citer ke kenapa UMNO kalah?

4 05 2008
S ROSLI

selepas baca komen -komen dan pembelasahan kepada sang kelembai yang begitu melucukan ,saya jadi teringat kata-kata dari mulut Zaharin sendiri iaitu akhirnya kita tidak sepatutnya terus membelasah orang yang telah jatuh, Islam sendiri amat menuntut umatnya saling maaf bermaaf, tugasnya mengkritik Pak Lah mungkin dilihat berakhir selepas Zaharin mencium tangan Pak Lah. Tapi ternyata selepas adigan cium itu dalam blognya beliau masih menghentam Pak Lah. Lebih dari itu bolehkah kita buktikan beliau telah dapat pulus 1juta sebagaimana yang dituduh .

Kalau kita tiada bukti tersebut tuduhan itu akhirnya menjadi fitnah, berilah peluang kepada Zaharin untuk memenuhi tuntutan agamanya yang saling bermaafan. Mana tahu selepas ini segala kritikan Zaharin terhadap Pak Lah akan lebih berkesan lebih berjaya berbanding kritikan bloger dan peminat-peminat bloger sekelian.

S.ROSLI.

t
tersebut akhirnya

1 06 2008
Ruslan

Kau orang kenal akrab tak siapa Zaharin Sang Kelembai ini. Dia ni bapak kepada salah seorang kumpulan penyanyi FEMININ – Adeq. Sang Kelembai ini belajar taklah tinggi mana pun. Dia ni geng jerami Jln Pahang! Apalah sangat Sang Kelembai ni……dia ni kaki ampu jugak. Tak ada prinsip. Apa yg ada depan mata, dia sebat jugak. Dia ni bukannya ada prinsip punya orang…………..Jadi soal cium tangan Pak Lah………..biasalah, orang semacam Sang elembai pun nak hidup!!!

6 06 2008
joe

sang kelembai dah jadi sang bebai

27 06 2008
blackrose

x guna pnye……nmpk duit je dh klabu mata……….mmg barua pak lah…ckp x serupa bikin….

27 06 2008
blackrose

pengampu……dunia akhir zmn manusia makin gilakn harta dunia dr kesenangan d akhirt…sedarlah wahai umat..jgn smpi m’sia jd spt singapura yg dulunya kepunyaan org melayu..t skrg…?????….fikirkanlah…………

30 06 2008
asstn osama laddin

apa crita anwar ari ni???…kna kencing lagi ka??

30 06 2008
asstn osama laddin

konspirasi politik paling jahat i dunia ari ni…celaka sungguhhh.

1 07 2008
uncle_ss

wahai cucu datok sagor n saudara2 yang lain adakah anda ada bukti sang kelembai terima habuan,anda semua terlalu ikutkan hati, perasaan benci n anti kerajaan sbb tu anda semua akan membenci,menghina,mencaci sesiapa saja yg menyebelahi kerajaan,anda harus ingat dikalangan anda ada 2 warna sedang menyelinap tanpa anda sedari dan akhirnya melayu akan bermusuh sesama sendiri,jangan anggap diri anda semua yang betul,anda harus ingat kalau coklat tetap coklat pilihannya..kalau warna hitam tetap akan pilih hitam..kalau putih tetap putih kegemaranya..so anda semua ingatlah jangan silap pilihan..kalau anda semua tak pasti n yakin anda semua cubalah buat perubahan,..kalau anda yakin anda semua akan selesa,.ingat pemimpin yg anda semua agung2kan itulah akan sanggup buat apa saja demi dendam n kepentingan dirinya..sanggup jual n gadai maruah agama n bangsa demi cita2..ini adalah kenyataan…terpulanglah pada anda semua..sy akui apa yg berlaku dalam senario politik kt skg agak bagus dapat membetulkan kesilapan kepada pihak yang buat salah..tp anda harus ingat jgn sampai keterlaluan yg kt kutuk2 yg kt hina, yg kita keji adalah sebangsa dgn kita semua…sy takut ada yg menangguk diair yg keruh,kt nampak sebagai pembela utk kita tp hakikatnya itulah puncanya bangsa kt akan berpecah akan bermusuh…kerana kekuatan kita apabila bangsa kt bersatu teguh..inilah yg mereka ingin robohkan..supaya kt takan bersatu..supaya kita membenci satu sama lain maka ruang akan terbuka luas dimana satu hari melayu akan merempat dinegara sendiri…kalau anda semua tak yakin cubalah renung senario politik selepas pru 12..renunglah utk bangsa kt bukan renung utk perubahan kuasa..jgn kt terlena dibuai mimpi yg indah..anda harus ingat ada manusia sedang menarik rambut didalam tepung..kalau kt membenci bangsa kt sendiri..bagaimana dgn bangsa lain?

11 08 2008
fikiran

Akhirnyaa rebah… buang je dalam bakulsampah semua yang dulu bro… hancus tetap hancus

13 09 2008
jamal

“AKHIR ZAMAN”..antaranya… umat manusia akan berlumba-lumba memburukkan antara satu sama lain.. MUDAH MEMPERCAYA berita yang dianggap “BENAR DAN SAHIH”.. dan banyak lagi.. “TEPUK DADA TANYA IMAN DAN AMAL SOLEH”..Kita harus bersyukur kerna kita tak diJADIkan ‘haiwan’..

13 09 2008
jamal

Segelintir PEMIMPIN yang mengaku PEMIMPIN terlalu tamakkan KUASA..sanggup menghalalkan yang HARAM dan mengharamkan yang HALAL.. yang penting bagi mereka..agenda mereka TERLAKSANA..Kita sebagai “MANUSIA” merasa seronok dimomokkan dengan “berita-berita dpasaran”.. Akhirnya kita akan menang bersorak tetapi kampung tergadai!!!”
Ingatlah.. Kita ada SYURGA dan NERAKA.. Tuhan takkan jadikan ianya sebagai satu “PERHIASAN” semata-mata..

5 10 2008
mohd razuar

siapa tak kenal si zaharin ni.
dalam umno dia ditendang kesana kesini kerana perangai tak senonoh dia…
dia adalah ‘trouble maker’ dalam bahagian mana pun dia duduk..
tanya umno titiwangsa….tanya umno bandar tun razak…dia tak diterima di sana…

saya tak berminat nak baca artikel dalam blognya kerana saya tahu latar belakang dia..dia ni rajin menciplak hasil tulisan orang dan binkan pada dirinya…
apa yang dia tulis tak menggambarkan keadaan dirinya yang sebenar…

dia adalah penulis upahan…dimana ada habuan lebih..disitu dia singgah…
jadi di dalan isu ini…..saya sikit pun tak terkejut..anda akan lebih terkejut sekiranya
anda mengetahui tabiat semulajadi peribadinya…

14 11 2008
dulu&kini

sudah dapat 1juta cium habislaaa kawan tu. Yang sampai nangis2 ape citer
tak cukup lagi ka 1juta.

Psal kena tendang dari UMNO tu dia tak sedar lagi ke? yang UMNO nie
parti makan suap orang.

27 11 2008
zamanKini

Sebelum ini saya amat meminati penulisan Sang Kelembai yang hebat mengkritik kerajaan 3 beranak tetapi sekarang beliau sendiri terjerumus dengan kerajaan yang hampir karam bak Titanic. pelik tp benar

zamanKini adalah blog baru yang dikendalikan oleh seorang pelajar kolej yang berumur 19 tahun yang tertarik dengan isu semasa yang melanda Malaysia. Pembaca sekalian bolehlah melayari dan membaca komen zamanKini di

http://erazamankini.blogspot.com/

10 01 2009
Abu Ayub

RM1,000,000 kos untuk bawa balik blogger ke pangkuan UMNO? Mahalnya harga blogger.

20 01 2009
Anonymous

Alhamdulillah, akhirnya kembali kepangkal jalan. Pepatah Melayu ada mengatakan sesat dipangkal jalan, akhirnya

20 01 2009
Anonymous

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kerana kembali kepangkal jalan. sesungguhnya orang Melayu masih memerlukan pemikir yang sedar akan nasib masa depan bangsanya. Perbedaan pendapat antara kita bukanlah bertujuan untuk berpecah tetapi untuk mencari kedamaian yang abadi. Moga dengan kembalinya sahabat maka akan bertaut semula kain yang carik dulu.

8 04 2009
kikilala

rendah sungguh maruah anda sang kelembai.. duit boleh membeli segalanya tapi ingat ler sumber yg exploit anda itu akan jadi darah daging anda dan keluarga anda..

10 04 2009
qistina arriana

no komen…..ckp x serupa bikin…dpt duit kabur

29 05 2009
mail saaya

abg zaharin org lama.. makin lama makin banyak dosa.. saya org baru dosa tue sifar lagi… sang kelembai kalau dah menegur jadi batu… barang siapa yang dah jadi batu di sebab kan di tegur oleh sang kelembai saya tolong pulihkan…..

Leave a comment