BN Mulakan Kemuncak Taktik Kotornya
Sepanjang dinihari sewaktu Rakyat bermunajat bersama dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, musuh rakyat, Barisan Nasional pula memulakan fasa akhir permainan kotor mereka.
Sedang rakyat tidak tidur untuk berdoa kepada yang Maha Esa, jentera BN tidak tidur menerima puluhan Bas-Bas sewa khas yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia membawa pengundi-pengundi klon.
Ini adalah usaha terakhir BN untuk memusnahkan sistem demokrasi yang didukung oleh rakyat.
Lewat malam semalam, BN mulakan operasi menabur wang ringgit kepada para pengundi tempatan. Lewat dinihari, pengundi klon yang diimport pula mula dikumpulkan di Kem Kijang, di Machang dan di beberapa lokasi di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Menurut saksi-saksi yang telah menanti dari lewat malam dilokasi-lokasi tersebut, Bas-bas ini mula tiba seawal jam 3.30 pagi dan bertali harus tanpa henti selama hampir 3 jam.
Sementara itu, didalam usaha menakutkan rakyat, siren polis kedengaran hampir setiap 15 minit di Kota Bharu dan helikotper polis mula berlegar-legar di udara.
Bagi seseorang yang tidak dapat melihat, Kota Bharu seolah-olah di dalam keadaan huru-hara walaupun sebenarnya tidak demikian.
Sekatan-sekatan jalanraya di jalan-jalan utama telah bermula sejak jam 10.00 malam semalam. Kenderaan-kenderaan rakyat ditahan dan diperiksa. Manakala Bas-Bas yang memakai pelekat bendera Perkida (Tiga Line) di kawal rapi oleh pihak pemantau kerajaan.
Bendera-bendera Perkida atau Samseng Melayu yang dinaungi oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi di lihat dinaikan bersama-sama dengan bendera BN terutamanya di Perupok, Bachok di mana Mr ‘Cohiba’
Awang Adek bertanding untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
Segala aktiviti-aktiviti BN ini bagaimanapun dipantau oleh Gerakan-Gerakan yang memihak kepada rakyat yang turut membuat rakaman video secara sulit. Video-video ini akan digunakan untuk tujuan perundangan selepas pilihanraya.
Rakyat yang cintakan keamanan dan mahu mempertahankan demokrasi dinasihatkan keluar mengundi beramai-ramai seawal mungkin dan kemudiannya mempertahankan pusat-pusat pembuangan undi. Adalah penting untuk terus berkumpul di luar pusat-pusat pembuangan undi terutama di Ketereh, Machang, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Bachok bagi memastikan demokrasi tidak dinodai. BN telah terbukti tidak berminat mempertahankan kedaulatan sistem yang dijunjung oleh rakyat.
Pilihanraya kali ini adalah manifestasi pertaruhan diantara BN menentang Rakyat. Ternyata rakyat lebih ramai dari orang-orang BN. Jika rakyat berusaha dan bersatu mempertahankan hak mereka, permainan kotor BN akan lumpuh dan akhirnya BN akan berkubur di Kelantan.
Hanya rakyat yang dapat melakukannya.







Ya Allah ya Tuhanku.. aku memohon dengan Mu dengan penuh kerendahan hati. Aku benar memohon pertolonganmu supaya BN & pengikut2nya gagal untuk menawan Kelantan. Aku mohon supaya kami tetap berteduh dibawah naugan Tuan Guru untuk penggal ini, akan datang & selama-lamanya.. AMIN.
Pengundi hantu yg menaiki kereta akan menaiki seramai mungkin satu-satu kereta – 5 atau 6 orang. Mereka akan datang berkumpulan dan akan mendapat layanan istimewa dari petugas SPR seperti potong q, jika tidak macamana hendak mengundi sebanyak mungkin dalam satu hari?
Wakil-wakil pembangkang hendaklah meneliti KP mereka yang kelihatan seperti ini – berkumpulan dan cepat datang cepat pergi. Ambil gambar mereka dan MMS kepada wakil-wakil di pusat-pusat undi berhampiran, gambar dan nama dan no KP mereka ini. Wakil-wakil yg menerima butiran-butiran ini hendaklah sentiasa memerhatikan hantu-hantu jadian ini dan halang mereka dari mengundi
I am a Malaysian Chinese living far away in the suburban USJ – please know that I am beside you all the way that this right – and for those dishonest people we have to live with for now – your karma will come – sooner than you think
http://malajodelmundo.wordpress.com/2008/03/07/malaysia/
mintak tumpang nak promote blog boleh bang?
Assalamualaikum Tuan Kickdefella
Untuk makluman tuan, artikel ini saya muatkan di http://pru12.pas.org.my/index.php
Shieh ,please download gambar2 Lautan pejuang islam berkepiah putih (tidak kurang dari 80,000) membanjiri Stadium Mohd IV munajat kpd ALLAH ,(satu rekod dunia), seawal 3 pagi menunai zikir,tahjud,hajat,subuh serta mendengar Amanat Tok Guru dengan penuh khusu’. Kemenangan sudah pasti,insyaallah .
ni ambo nok ghoyak ni, ye hok tigo laing nih sakare nih doh sesak barak… dulu dio “amar makruf nahi mungkar” tapi le ni “amar mungkar nahi makruf” samseng aka takdok… bodo sokmo!!
awal pagi tadi.. penuh padang stadium.. mungkin 25ribu lebih mukminin & mukminat.. berada dalam saf2.. bermunajjat kepada ALLAH SWT..
ambo dengae tabah hati meninggalkan isteri & anak yang masih belum habis tempoh 40hari.. bertuoh sungguh.. anok ambo tok beronar semalam..
suasana masih hening petang nih.. suasana mendung.. ambo hanyo buleh menitiskan air mato jah tikko kawe duk soghe… emm.. kawe nangih lagi… masih lagi.. mikir ko bomi bertuoh nih….
Ya Allah… nok mitok tulung nga sapo lagi Ya Allah…
KEPADA SET2 PERKIDA & SAPO2 SAJO YAE BERSENGKOKOL DENGAE TUGASAE MEMUSNAHKAE KERAJAAE ISLAE KELATE..
CELAKO MATI BU’NUH SET2 MUNG SEMMO.. LEPAH NGUNDI NIH NATI TENGOK LAH… set2 mung nok laghi manno gak.. dalae kapung ambo pong ado 2 3 puok..
Sheih, SMS us the results and the lastest at the tempat mengira. we’ll keep in touch by phone on the latest, ok ?
emm.. abe2 semmo ghaso.. Tengku Faris Petra.. TMK ado masuk/membaca dok di page abe sheih nih..?
Abe-abe semo, esok kito berjuang mematahkan usaha jahat musuh-musuh hok nok buang pemimpin kesayangan kito Tok Guru. Demo tuh beghani jijok bumi kito, denge riak sombong bongkak dan takburnyo…Si Kepala Batas, Si Pekan dan Si Rembau. Lepah tuh beghani hino kito anok-anok Kelate sesok, miskin, mundur atah bumi Kelate kito sendiri.
Esok kito ajar tigo ekor tuh. Jange gak dok hino kito nih. Kito nih anok-anok Tok Kenali, Tok Janggut. Sapo lagi kito nok mitok tulung, sebagaimano peristiwa Abrahah mahu merobohkan Kaabah. Hanya Allah sahaja mampu mematahkan usaha jahat mereka itu. Allahuakbar, moga Allah berkati kerajaan kita ini, kerajaan insan yang amanah, jujur dan bersih daripada rasuah serta berakhlak mulia.
halo semua kawan2 yg berbagai kaum sila perhatikan ahli2 parlimen Barisan Bodoh, semua gemuk2, patutlah penyelewengan berleluasa. Comes 8 hb Mac 2008, silalah undi Barisan Rakyat yang fit2 spt AI dan LKS & Tok Guru yg kurus2 belaka.
Tuan , pengundian kali ini akan menjadi amat sengit dan dijangkakan BN akan bermain amat kotor dan jijik untuk menang.
Sila tuan menyuruh semua ahli ahli PAS bersiap sedia menangkis undi hantu yg bakal berlaku , termasuklah idea perang psikologi. Ahli ahli jaga pos undi di tempat mengundi , bawa signboard , plycard , kadbod dengan tertulis
‘ Undi hantu akan dihukum ke neraka ‘ .
‘ Sila bertaubat sebelum terlambat ‘
‘ Mengambil Duit haram sebagai undi hantu , akan dibakar di neraka ‘
Ini harus dilakukan secara beramai-ramai di tempat undi oleh pemerhati pas.
Sekiranya , pengundi hantu tiba maka akan terkejut melihat mesej yg bakal membuat mereka insaf . Tidak mustahil jika pengundi hantu- pada saat terakhir , memutuskan untuk tidak berbuat demikian dan bertaubat.
Ini adalah sedikit sebanyak perang psikologi yang mampu kita lakukan untuk memerangi taktik kotor BN besok.
Kita tahu bahawanya sebagai manusia , kita mempunyai sifat takut akan akhirat dan ini harus kita tujukan kepada pengundi hantu besok agar taktik kotor BN makan diri.
Sila tuan memberitahu Ketua PAS Tuan Haji secepat mungkin untuk memeranjatkan BN besok.
Kepada pengikut perkida kamu semua mesti ingat,jangan bertindak sebarangan,mesti bersopan dan beradap saperti mana sumpah dan janjimu dahulu, jangan jadi munafik nanti sumpah makan diri kelian,ingat!!!.Itu negeri tok-tok guru jangan kerana politik murahan ,politik diri sendiri, nanti kelian mendapat bencana anak dan cucu, jangan bersonkongkol dengan pemgkhianat bangsa penipu agama.Kepada yang maha asa kami berdoa,supaya negara kami tidak binasa dek para pembelot bangsa dan agama.
Sekali lagi mencerminkan bahawa BN cuba mengalahkan Pas menerusi tomahan yang tidak berasas.Kalau kita mengkaji secara mendalam erti berkaitan Masjid dan fungsinya, didapati bahawa Masjid ialah tempat untuk umat Islam bersembayang.Kalaulah, muatan tidak menampung bilangan, maka Masjid baru diperlukan.Kalau muatan bilangan umat Islam adalah cukup, untuk apakah kita nak bina lagi Masjid?Najib kata nak bina Masjid terindah dan termewah,bukankah dia sengaja nak perdayakan umat Islam supaya lupakan ajaran dengan menerima kemewahan benda?Fikirkanlah!Ini merupakan bisa yang tak berbau , dimana ia terus akan merosakkan akhlak dan jiwa umat Islam seperti yang BN sedang buat atas negeri jagaannya!
Apabila kita tinjau kembali dengan erti “PEMBANGUNAN”.Apa yang diertikan pembangunan sebenarnya?Apa pembangunan teringin sungguh BN nak buat di Kelantan?Membina Masjid Termewah?Membina bangunan setinggi beberapa pohon pokok kelapa?Membina Makamah Bocor?BN, di sini, saya memberi amaran tegas kepada kamu, bahawa pembangunan melalui kemewahan tidak akan menguntungkan Orang Kelantan, Pembangunan Akhlak dan Jiwa, baru boleh dikatakan berjaya!Orang Kelantan dibawah asuhan @ bimbingan PAS, adalah bersopan-santun, menolak tomahan seperti BN.Barangkali PAS terlanjak kata pun disebabkan emosi tercabar oleh BN.Memandangkan pemuda-pemudi dibawah jagaan BN, Sungguh memalukan sehingga digalak untuk menjadi MAT-REMPIT!
Kadang-kala, saya berasa cemburu, mengapakah Tempat saya tidak di bawah pimpinan PAS.Adakah Kedah 2008 boleh menjadi naungan PAS?
Saya Orang Cina dari Kedah.Tok Guru memang seorang pemimpin yang saya hormati.Semoga Undi Hantu dan Muslihat BN, akan menimpa kegagalan ketara dalam tiap-tiap kali PRU!Selamat malam Orang Kelantan. HIDUPKAN PAS
Walaubagaipun, Rakyat Kelantan tidak akan kalah kepada elit UMNO. Dari semalam saya bersama sama isteri saya telah melihat beratus ratus Rakyat Kelantan memandu balek dan tidak berputus putus sahingga malam ini. Syabas, TUHAN akan restui doa saudara Rakyat Kelantan.
sek2 pekida ni ingt dio kerah sangat..beringat weh..!! mung gi klate tuh,buke duk main kok K.L.. toksoh duk wak gedebe lah klu masuk kapung ore..
jahat t0bat bn!!!!!
AUM
Salam muhibbah dan salam sejahterah,
Buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, 3 kaum utama Melayu, Cina dan India telah bergabung dan menentang parti Barisan Nasional tanpa dihasut, dirayu mahupun dirasuah.
Akhirnya rakyat Malaysia telah sedar dan berani bersuara demi mempertahankan maruah negara yang tercinta daripada jajahan Barisan Nasional yang semakin zalim dan korup.
Sebagai salah seorang anak bangsa Malaysia, saya akan terus berdoa demi tanah tumpahnya darah ku agar dapat bebaskan diri dari jajahan pemimpin BN. Saya juga akan turut mendoakan agar bumi Kelantan yang belum pernah saya jejaki lagi akan terus kekal di bawah pemimpin yang hidup sederhana dan mesra rakyat.
Andai kata penipuan dan rancangan kotor BN berpihak kepada mereka, saya tetap akan senyum sederhana kerana sesungguhnya perpaduan bangsa Malaysia kini di pihak Barisan Rakyat. Apa pun keputusan malam ini, ianya tidak akan menghalang semangat baru bangsa Malaysia untuk terus berjuang.
Semoga keputusan malam nanti bakal memberikan nur harapan kepada kita dan kejutan penuh kecewa kepada BN.
“Menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi menang dengan cara kotor adalah adat Barisan Nasional”
‘Inbame Soolga Ellarum Vaalga’
-Makkal Sakthi-
Cindian
(tengah bersiapkan diri untuk ke pusat mengundi untuk menjadi pengundi pertama agar kotak lut-sinar yg baru diperkenalkan itu menerima kertas undi yang dipangkah untuk Barisan Rakyat!)
kadang-kadang hairan…. bagaimana manusia boleh percaya atau mudah percaya kepada perkara yang difitnah…..
YA ALLAH BERILAH KEMENANANGAN KEPADA KAMI,KASIHANILAH KAMI YA ALLAH ,DAKU PERNAH DI TAHAN ISA SELAMA LEBIH 3 TAHUN KERANA KEZALIMAN MEREKA ,YA ALLAH TOLONGLAH KEPIMPINANAN DIBAWAH HAMBAMU YANG BERNAMA NIK ABDUL AZIZ SEHINGGA BERJAYA MENEGAK KAN ISLAM DI SELURUH BUMI INI KHASNYA MALAYSIA ,ALLAH HUAKBAR
Geng2 PEKIDA ni keno ISA baru jolo!!!