Seorang Blogger Super Sensasi Hilang Sejak Dua Minggu Lalu..

24 12 2006

Ini berita terbaru. Seorang blogger sensasi dan seorang juruteknik internet kepada satu portal berita tempatan tidak dapat dihubungi sejak dua minggu lalu.

Syeikh, 40, daripada blog www. kickdefella.blogspot.com. dikatakan sudah tidak dapat dihubungi oleh sesiapa sejak dua minggu lalu.

Tetapi, Syeikh dikatakan ada mengirim mesej menerusi blog Rocky Bru baru-baru ini. Dia mengatakan dirinya dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, Syeikh dikatakan meminta blogger Emy, Jinggo dan Kak Zu dari blog Gen-M, serta blogger Hasrul dari blog Surat Dalam Botol, supaya “take care”.

Beberapa bulan lalu, Syeikh menulis sepucuk surat dalam blog kickdefella. Surat itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, mengundurkan diri.

Kira-kira seminggu berikutnya, surat berkenaan dipadamkan daripada blog Syeikh(read more here).


Actions

Information

Leave a comment