Gaban

15 09 2006

by sheih

Seharian semalam telefon bimbit saya ‘berkelakuan’ aneh. Semenjak telefon bimbit saya yang pertama pada tahun 1994, tidak pernah saya berdepan dengan keanehan ini. Di sebelah petangnya saya sudah terlalu geram dengan keanehan yang berlaku saya membuat kuputusan menukar dan menggunakan telefon bimbit anak saya. Keanehan itu berakhir tapi hanya untuk beberapa jam. Di sebelah malamnya saya keluar bertemu beberapa rakan. “keanehan” itu muncul kembali. Apabila beliau cuba menghubungi saya dan apabila saya cuba menghubungi beliau kami menghadapi masalah yang serupa. Kami terus menghirup teh tarik sepanjang malam sambil menyaksikan kedua-dua telefon kami bertindak aneh di atas meja kami. Hebat. Semua ini mengingatkan saya insiden 15 tahun yang lalu. Kisah mengenai “Gaban”. “Gaban” adalah mereka yang kita ragui kehadirannya dan dipercayai mempunyai agenda yang hanya boleh membawa petaka kepada kami. “Gaban” terlalu dashyat sehingga tiada di antara kami berani menyebut nama sebenar mereka. “Gaban” muncul di dalam hidup saya pertama kalinya pada tahun 1991. Saya masih ingat cuti semester itu yang terlalu panjang dan membosankan. Waktu itu saya baru berjinak-jinak dengan menggunakan komputer. Setelah habis dua novel saya karangkan di komputer itu, saya akhirnya membuat keputusan untuk membuat sesuatu yang tidak pernah saya lakukan selama ini. Saya belek halaman ‘yellow pages’ dan menemui alamat Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, lalu saya karangkan sepucuk surat buat YBM Tengku yang ketika itu adalah Presiden Parti Melayu Semangat 46. Di poskan. Dua hari kemudian saya menerima sepucuk telegram yang lebih kurangnya membawa kata-kata berikut “Hubungi Saya Segera. Ridwan, Setiuasaha Sulit YBM Tengku Razaleigh”. Dengan penuh debaran saya membuat panggilan itu. Panggilan saya disambut dengan nada seolah-olah saya telah di kenalinya sejak azali lagi. Saya rasa lega. Lalu pertemuan diatur untuk saya bertemu YBM pada kadar waktu segera. Pertemuan bersejarah di dalam hidup saya itu mengambil tempat di Bangunan MISC, di Kuala Lumpur. YBM Tengku banyak mencungkil latar belakang saya dengan halus sebelum tersenyum dan berkata, ‘Serahkan saya kertas cadangan, saya akan baca dan buat keputusannya”. Apakah cadangannya, biarlah hanya YBM Tengku dan saya yang tahu. Pertemuan itu bagaimanapun di sambut gusar oleh Arwah ayah saya. Saya tidak pernah melihat beliau, seorang wira negara begitu gusar terhadap saya sebelum ini. Ketika saya memulakan pekerjaan pertama saya pada tahun 1988 selaku pemandu tidak bergaji kepada Gemulah Wakil Rakyat Pas, pun beliau tidak pernah segusar itu. Sewaktu saya bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menceritakan apa yang berlaku di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan keesokkan paginya Dato’ Seri telah membuat kunjungan mengejut ke sekolah itu pun, arwah ayah sedikit pun tidak gusar. Tapi kali ini beliau cukup gusar. Sebelum pulang ke kampus bagi memulakan semester baru, buat pertama kalinya arwah berpesan panjang lebar pada saya. Arwah meminta saya serahkan kepadanya ‘flopy disc’ saya yang mengandungi segala communique dengan YBM Tengku untuk beliau simpan. Saya memasuki semester baru sebagai meneruskan tanggungjawab saya sebagai mahasiswa dan tugas baru sebagai kuli kepada Kuli. Setiap kali sebelum YBM Tengku tiba ke negeri itu, saya pasti mendapat maklumat awal, dengan tempoh masa yang cukup untuk saya mengatur pertemuan di kalangan Mahasiswa dengan YBM Tengku. Suatu hari saya diarahkan untuk bertemu YBM Tengku di VIP room di lapangan terbang itu. Budak mentah seperti saya, apalah yang saya tahu. Saya terkial-kial bertanyakan pengawal keselamatan di situ dan menyatakan tujuan saya. Saya di rujuk kepada seseorang. Selama 45 minit saya di ‘temuramah’ oleh orang itu. Bermula dengan bertanyakan hubungan saya dengan YBM Tengku dan bermula dengan pembohongan saya bahawa YBM Tengku adalah bapa saudara saya dan berakhir dengan bertanyakan nama-nama orang yang saya sendiri tidak kenali. Maka muncullah “Gaban” di dalam hidup saya. Kehadiran “Gaban” semakin hebat bila menjelang Pilihanraya Pelajar semester tersebut. Masih saya ingat Abu, Malique, Dollah K, Meor, Ipin dan beberapa rakan lain sentiasa mengatur strategi bagaimana untuk mengelak daripada perancangan kami sampai kepada “Gaban” sehingga terlalu banyak masa di habiskan membuat perancangan melindungi perancangan politik kampus kami. Sehingga perancangan politik kami tidak dapat dilaksanakan dengan betul kerana kami asyik mereka kod dan kata-kata laluan yang pelik-pelik untuk mengelak “Gaban”. Satu hari Dollah K didapati berada di bawah paras radar (hilang) selama hampir 18 jam. Apabila Dollah K muncul kembali, beliau telah tidur lena selama dua hari dan bila bangkit beliau lupa segala-galanya. Kemudian Abu pula berada di bawah paras radar diikuti oleh Malique. Giliran saya tiba dan pergi tanpa saya ingatinya. Hanya kebelakangan ini saya merasai satu mimpi datang kembali. Seolah-olah sebuah kejadian bersama “Gaban” pernah mengambil tempat di dalam hidup saya pada waktu itu. Tapi saya berani bersumpah, ingatan itu terlalu samar dan saya kehilangan segala detail tentang insiden itu. Bahkan saya sendiri tidak pernah mengingatinya sehinggalah baru-baru ini Meor menghubungi saya dan bertanyakan kepada saya ke mana saya menghilang pada malam pilihanraya pelajar 1991. Yang tambah memelikkan ialah kenapa Meor bertanya soalan itu kepada saya? Kenapa sekarang? Kenapa nak bawa kembali cerita seram sejuk tentang “Gaban?”. Lalu sel ingatan saya bercambah semula tentang Meor. Pernah ada khabar-khabar angin bahawa Meor adalah seorang “Gaban”. Beliau pernah mengikuti kursus x sebelum berhenti kursus tersebut untuk melanjutkan pelajarannya di universiti. Lalu apabila kami mengesyaki Meor adalah “Gaban”, Meor pula menuduh sebenarnya Ipin adalah “Gaban”. Ipin? Ipin yang sering ke hulu ke hilir bersama saya di setiap pertemuan dengan YBM Tengku itu? Basah seluar dalam saya waktu itu seram sejuk. Tapi siapa sebenarnya “Gaban”? Adakah dia orang Kapten Bersara dari Tanah Merah, musuh politik nombor satu kami di kampus yang cuba kami khianatinya dengan memotong segala poster pilihanraya kami sendiri lalu membuat laporan bahawa orang-orang Kapten Bersara yang memotongnya? Atau “Gaban” adalah agen Persatuan Bahasa Tionghua yang menjadi mangsa fitnah politik kami, bila kami edarkan risalah palsu tentang pakatan sulit PBT dengan Kapten Bersara. Bahkan kami juga mengedarkan chai dengan meletakkan nama Kapten Bersara di dalam chai PBT. Atau “Gaban” adalah spy Tuan Pemangku Pengarah Keselamatan Universiti yang waktu itu sedang sibuk mencari siapakah dalang disebalik kemunculan risalah-risalah Parti Melayu Semangat 46, Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah yang semakin berterabur di sekitar kampus? Atau “Gaban” adalah bayang-bayang kita sendiri yang akhirnya memporak perandakan kita. Selepas beberapa bulan kemunculan “Gaban” ikatan darah mahasiswa antara Abu, Dollah K, Malique, Ipin, Meor dan saya terburai dengan terbakarnya satu demi satu ‘jambatan’ penghubung kami sehinggakan hari ini kami tidak bisa bercerita pasal masa lampau sesama kami. Setiap pertemuan disambut dengan penuh kedinginan. Masing-masing membawa haluan politik sendiri. Saya masih ingat catatan ringkas saya pada buku “May Day For Justice” yang saya hadiahkan kepada Dollah K., catatan antara lain berbunyi “Biarpun apa terjadi, jangan sekali-kali engkau masuk UMNO”. Tetapi, saya sendiri menyertai UMNO pada tahun 1994 dan menjadi Ketua Pemuda Cawangan selama dua penggal. Malique berkerja dengan seorang peguam yang juga Wakil Rakyat UMNO dari Kelantan. Abu juga membabitkan diri dengan UMNO. Cuma Dollah K sahaja sehingga ke hari ini masih K. Beliau tetap berpegang pada nasihat saya supaya tidak menyertai UMNO walaupun pernah bekerja di bawah agensi Tan Sri Muhammad. Sewaktu saya ingin melelapkan mata semalam, saya teringat kembali saat-saat saya menjadi pemandu tidak bergaji kepada Wakil Rakyat Pas pada tahun 1988. Hidup begitu mudah. Hidup begitu daif tetapi bahagia. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa 8 jam melalui Gua Musang. Tetapi memandu Gemulah ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih 20 jam. Kerana di setiap masjid yang kami berhenti, ada sahaja yang akan menjemputnya ke rumah dan tiada jemputan yang pernah ditolaknya. Segala-galanya adhoc. Tiap kali saya hantar beliau ke Parlimen, saya hanya perlu menunggu 20 minit sahaja. Sebab dalam masa 20 minit, beliau pasti keluar semula. Maklumlah waktu itu Gemulah seorang sahaja wakil rakyat Pas di dalam seluruh bangunan parlimen, jadi bukan senang menjadi lone ranger. Tiapa kali beliau buka mulut, wakil rakyat BN akan bangun dan berkata “YB sebelum bercakap, pergi dulu ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan belajar cakap Bahasa Malaysia dengan betul!”. Jadi tak sampai 20 minit beliau keluar. Semuanya simple. Dan yang lebih menyeronokan, tiada cerita pasal “Gaban”. Kereta buruk yang kami pinjam untuk perjalanan ke parlimen tidak perlu side mirror kerana saya tidak perlu risau ada orang mengekori kami. Begitulah kisahnya. Itulah sebuah kehidupun. Kisah “Gaban” dan Abu, Dollah K, Malique, Meor, Ipin dan Saya. Biarlah saya akhiri dengan meminjam kata-kata Mary Hopkin, bukan beliau bukan “Gaban” atau ahli akademik terkemuka. Kata Mary Hopkin,

Those were the days my friend

We thought they’d never end

We’d sing and dance forever and a day

We’d live the life we choose

We’d fight and never lose

For we were young and sure to have our way.La la la la…

Those were the days, oh yes those were the days

 

Then the busy years went rushing by us

We lost our starry notions on the way

If by chance I’d see you in the tavern

We’d smile at one another and we’d say

Those were the days my friend

We thought they’d never end

We’d sing and dance forever and a day

We’d live the life we choose

We’d fight and never lose

For we were young and sure to have our way.

La la la la…

Those were the days, oh yes those were the days





Tun di Kecundangkan Oleh UMNOnya!

9 09 2006

Saya tidak mahu berkata-apa-apa. Bahkan saya tidak mampu mengulas walau seayat, walau sebaris. Itulah hari ini dalam lipatan hidup seorang negarawan kita. Hakikatnya – Tun telah tewas sebagai perwakilan Kubang Pasu.





Rashid Maidin meninggal dunia

1 09 2006

by http://n32.blogspot.com/ Bekas anggota jawatankuasa Pusat Parti Kominis Malaya PKM Rashid Maidin 89 tahun meninggal dunia pagi tadi di rumah anak perempuannya di Sisakoin, Narathiwat, Thailand dan dijangka dikebumikan di situ petang ini. Rashid dilahirkan pada 10 Oktober 1917 di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Beliau pada awalnya terlibat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM dan menyertai PKM pada tahun 1951 dan kemudiannya mengetuai Regimen Ke 10 PKM. Rashid pernah ditahan oleh penjajah British dan merupakan salah seorang tahanan yang telah berjaya membolos diri semasa tahanan tersebut. Beliau terkenal kerana pernah mengiringi Setiausaha Agung PKM Chin Peng, dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 dengan Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1989 setelah Perjanjian Damai ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM yang telah bersetuju meletakkan senjata Rashid memilih untuk terus tinggal di Narathiwat sehinggalah meninggal dunia. Samada kita suka ataupun tidak Rashid merupakan seorang ikon sejarah yang telah menyumbang ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Selama ini Rashid digambarkan sebagai seorang pengganas, seorang yang telah terlibat membunuh askar Melayu dan penduduk tempatan. Bahan sejarah versi penjajah yang ada di tangan kita semuanya menghukum Rashid. Malangnya Rashid tidak diberi peluang membela diri dan kini beliau telah pun meninggal dunia. Namun Alhamdulillah Rashid sempat merakamkan memoirnya dalam sebuah buku yang diterbitkan di sini. Insyallah saya akan cuba merakamkan dalam BLOG ini beberapa perkara penting yang dinukilkan oleh Allahyarham dalam memoirnya itu untuk kita sama-sama renungi dan nilaikan. Alfatihah. Rashid Maidin (1917 – 2006) rested in peace by http://jameswongwingon-online.blogspot.com/ According to Suriani Abdullah, the remain of true warrior for Merdeka and proud Communist to the last moment in life, Rashid Maidin had been buried in accordance to Islamic tradition this afternoon. Representing the Communist Party of Malaya to bid farewell to Rashid Maidin at the burial rite were Abdullah CD and Suriani Abdullah. Two other veterans, Chin Peng and Shan Ruhong, sent their messages of condolence through Abdullah and Suriani. Farewell, salute to Pak Rashid ! by http://jameswongwingon-online.blogspot.com/ True warrior for Merdeka, organic leader of Malaya’s anti-colonial and anti-fascist people and proud Communist to the last moment in life, Rashid Maidin passed away this morning in southern Thailand. Rashid Maidin never forgot for a moment in his life that he was the son of a poor Sumatran migrant and born in the year and month of the Bolshevik Revolution in Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Rashid formally joined the Communist Party of Malaya (CPM) in Tanjung Tualang, Perak, on the eve of the Japanese invasion in 1941. The Communist Party of Malaya was inaugurated on 30 April 1930 in a rubber plantation workers’ quarters near Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Early last year, Pak Rashid deposited with this blogger a public statement of gratidute to the Communist Party of Malaya: “As a poor boy born in a backward kampung in colonial time and without sufficient formal education, I am still very grateful to the party which has transformed me into a man who knows politics and the world in all its complexities, and also trusted me for so many years”. In his memoirs, he paid special tribute to martyr Toh Lung Shan @ Lai Lai Fook as ” my true teacher in politics”. Farewell, our dear pakcik ! All the grateful people salute you ! Rest in peace with all the martyrs and forerunners of all races